06 March 2010

AKHIRNYA!

ZULKIFLI BIN NOORDIN
AHLI PARLIMEN KULIM BANDAR BHARU

KENYATAAN AKHBAR / PRESS STATEMENT
Sabtu: 20 Rab’ul Awal 1431 / 06 Mac 2010

Saya baru menerima makluman daripada rakan pemberita tentang keputusan mesyuarat MPP/PKR yang bermesyuarat sebentar tadi yang memutuskan saya dipecat daripada PKR.

Ini adalah permulaan satu titik hitam dalam sejarah perjuangan reformasi yang bermula pada 02.09.1998. Ia juga adalah permulaan kepada kejatuhan dan kehancuran PKR. Ternyata perjuangan untuk memartabatkan nilai kemanusiaan, mengembalikan hak asasi manusia, dan mendaulatkan nilai dan prinsip-prinsip keadilan sejagat (universal value of natural justice) hanyalah sekadar laungan palsu. Keputusan ini juga membuktikan bahawa bagi Fir’aun-Fir’aun Kecil yang menguasai PKR, ianya adalah satu dosa besar yang tidak boleh dimaafkan bagi memartabat, membela dan mempertahankan Islam.

Saya dihukum tanpa diberi peluang membela diri menurut prinsip hak asasi kemanusiaan dan nilai keadilan sejagat saperti yang dilaungkan oleh kepimpinan PKR selama ini. Kepantasan tindakan memecat saya membuktikan kepalsuan slogan mereka. Sedangkan saya hanyalah sekadar menuntut hak asasi kemanusiaan dan nilai serta prinsip keadilan sejagat dipatuhi, dan prinsip tersebut mewajibkan seseorang hanya boleh dibicarakan oleh rakan sekufunya (a person can only be tried by his own peers). Saya hanya menuntut dibicarakan oleh panel yang beragama Islam, kerana isunya membabitkan kalimah ALLAH, iaitu persoalan aqidah, syariat dan agama Islam. Sebaliknya mereka meletakkan panel yang majoritinya bukan Islam untuk menghina dan mengaibkan saya dan umat Islam.

Ini bukan sahaja bercanggah dengan prinsip dan nilai keadilan sejagat, malah merupakan satu penghinaan terhadap Islam dan umat Islam. Sebagaimana umat Islam merasa terhina bila Natrah dibicarakan oleh hakim Inggeris, dan kes kalimah ALLAH dibicarakan oleh hakim bukan Islam! Saya berasa terhina dihadapkan ke panel yang bukan Islam untuk membicarakan aqidah, kepercayaan dan agama saya!

Mengapa mereka berasa begitu sukar untuk mematuhi prinsip keadilan sejagat yang cukup mudah untuk dilaksanakan ini menjadi persoalan kepada saya? Bukannya saya enggan berdepan dengan Lembaga Disiplin, tetapi saya menuntut dibicarakan berdasarkan prinsip keadilan yang kononnya diperjuangkan oleh PKR. Apakah mereka tidak mempunyai keyakinan jika panelnya terdiri daripada orang Islam? Malah salah seorang ahli panel yang beragama Islam menarik diri atas prinsip tidak mahu terbabit dengan panel yang bukan Islam ini!

Keputusan MPP pada hari ini jelas membuktikan bahawa PKR sudah dikuasai sepenuhnya oleh Fir’aun-Fir’aun Kecil yang mempunyai agenda dan rancangan jahat yang sempit lagi anti Islam. Keputusan MPP PKR hari ini juga membuktikan kepada saya bahawa PKR tidak mempunyai sebarang agenda untuk perjuangan Islam. Mereka yang bercita-cita mahu memartabat dan mendaulatkan Islam menurut kerangka Perlembagaan Persekutuan akan menjadi korban.

Keputusan ini juga membuktikan dengan jelas kepada saya bahawa agenda perjuangan Islam tidak diterima oleh PKR. Malahan terbukti kepada saya deklarasi Dasar PR pada 19.12.2009 yang kononnya mendaulatkan Islam dan menghormati kedudukan umat dan institusi Islam didalam Perlembagaan Persekutuan adalah sekadar mainan politik picisan dan retorik murahan untuk mengelabukan mata umat Islam, dan suatu pembohongan jelas kepada rakyat.

Berdasarkan itu, tiada sebab dan alasan lagi untuk saya terus berada didalam PKR. Malah saya berasa malu kapada ALLAH dan umat Islam untuk terus bersama PKR. Walaupun saya mempunyai ruang untuk membuat rayuan, namun saya tidak bercadang untuk terus menggadaikan prinsip saya dan menjual maruah saya untuk berhadapan dengan sandiwara Fir’aun-Fir’aun Kecil ini. Sebaliknya saya akan mengkaji dan menimbang opsyen dan pilihan yang ada pada saya sebelum mengambil tindakan sewajarnya.

Saya melihat menjadi satu trend didalam PKR untuk melancarkan serangan peribadi dan “character assassination” yang tidak berasas terhadap sesiapa juga yang tidak bersetuju atau tidak lagi mahu bersekongkol dengan mereka. Saya menasihatkan kepada Fir’aun-Fir’aun Kecil ini supaya jangan terlalu emosional, sebaliknya bersikaplah dengan professional dan matang. Berlainan wadah tidak bermakna silaturrahim terpatah. Itulah prinsip Islam yang sangat indah dan mempesonakan jika dilaksanakan. Saya berharap mereka akan menghentikan serta merta tindakan bacul melakukan serangan peribadi dan ‘character assassination” terhadap sesiapa juga yang memilih untuk tidak lagi mahu bersama mereka. Itulah adalah hak demokrasi dan hak asasi tiap manusia, iaitu hak untuk memilih. Janganlah mengeruhkan keadaan sehingga memaksa orang lain mengambil sikap “tell-all” dan menelanjangkan semua keburukan kita pula.

Saya mengucapkan terima kasih kepada semua rakan dan sahabat samada diperingkat wakil rakyat, kepimpinan dan ahli PKR yang telah memberi sokongan dan dorongan kepada saya selama ini. Terima kasih kerana menghormati hak dan pendirian saya sebagai seorang Muslim, walaupun saudara mungkin berbeza pendapat dengan saya. Cuma satu peringatan daripada saya, hari ini saya menjadi mangsa, esok-esok mungkin giliran saudara pula selagi Fir’aun-Fir’aun Kecil ini dibenarkan berleluasa didalam PKR.

Terima kasih tidak terhingga kepada petugas dan pembantu saya yang sangat setia dan sentiasa bersama saya senang dan susah iaitu Puan Roslijah Syed, Sdr. Gunalan dan Tuan Hj. Abdul Rahman di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu. Pengorbanan dan kesetiaan sdr/i akan saya kenang selama-lamanya, moga ALLAH membalasnya.

Sekian wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Sabtu
20 Rabi’ul Awal 1431
06 Mac 2010

174 comments:

Syeikh YB said...

cari dan guna medan lain pulak untuk berdakwah.bukan setakat PKR sahaja. tak yah melalak.kalau teringin nak masuk BN ok.kalau nak jadi bebas pon ok gak.silakan

Maizah Homestay Bertam Kepala Batas said...

kesilapan bagi PKR memecat saudara

UltramanTaro said...

Salam..
Tuan Zul..

Jgn biarkn prjuangn tuan Zul brhenti disini sahaja.. Ini bkn pngakhiran bagi perjuangan Tuan Zul.. Saya harap Tuan Zul akn lbh tabah mnghadapi segalanya.. Saya doakan agar Tuan Zul dibrkati & dirahmati oleh-Nya...

Selamat atas segalanya..

Admin007 said...

Tahniah di atas pemecatan sdra firaun Besar...

Dengan ini saya berharap sdra kosongkan kerusi parlimen sdra jika sdra benar2 pejuang islam yg tidak akan mengkhianati perjuangan jearan sdra menang atas tiket PKR.

Melihat tingkah-laku akhir2 ni, Sdra memang sengaja membuatkan MPT PKR memecat sdra, supaya sdra mendapat simpati penyokong..

Saya sedih sdra sudah berubah sejak bergelar Ahli Parlimen.. jangan sentiasa merasakan diri kita saja yang betul.

Selamat Berjuang di gelanggang lain..

Sekian.. Wassalam, inilah kali terakhir saya akan komen terhadap sdra...

Ex-Tiger
Magni Nominis Umbra.

Mr. President said...

Salam YB,
Semoga YB tabah menghadapi dugaan ini. Saya menyokong YB... Apapun, saya mempelawa YB untuk menyertai PAS.

Teruskan perjuangan !!!.

dewateruna said...

tak perlu kosongkan kerusi parlimen....

wakilrakyat said...

Ketahuilah bahawa orang-orang kafir tidak akan sesekali bersetuju dengan ajaran Muhammad saw.

Patah sayap, bertongkat paruh. Namun ku terbang, ku terbang jua. Membujur lalu melintang patah.

Tahniah kerana masih ada lagi semangat Sallahudin Al-Ayubi yang digeruni oleh tentera Salib.

JoN said...

keputusan ni mmg dh di duga pun..
tp satu je yang aku nk tau.. btol ke ko ni komitmen ngan prjuangan PKR tu.. selama aku hidup ni tak pnah langsung aku pcaya ngan brader anwar tu, sbbnya aku tau background dia ngan fmily dia..
zul pnah dak ko tnya kat brader nuar tu pasal harta kekayaan dia, tang mana dia dapat..
jgn lak ko pnah amik duit dia sbb blum tentu lagi dari mana sumber dia dapat..
nape ko tak pnah langsung paku brader nuar tu.. dh terang2 mamat tu sokong lina joy jadi kapir, dh terang2 dia sokong kumpulan2 kristian evangelican, dan terang2 dia sokong DAP kapir yang aku cukup knal sebagai anti islam..

Unknown said...

Salam Reformasi..
Saudaraku Zulkifli,
Perjuangan saudara tidak kite lupekan..walaupon kite jahil dlm agama dan tidak la sepandai saudara dlm politik inie.. .tp pada pandangan kite saudara telah diberi ruang oleh parti saudara.. .cume cara dan pendekatan saudara tidak kena pada tempatnye.. .isunye distu bukan la isu tegang..bukannye tiada panel org islam disitu..cume saudara yg inginkan kate2 dan pemintaan saudara diterima pakai..pergorbanan saudara bersama DSAI ketika dahulu amat dihargai..saudara pon boleh meneruskan perjuangan saudara dgn saluran saudara.. .jika pintu inie ditutup ade lagi pintu yg sempurna utk saudara terima pakai.. .semestinye saudara harus melepaskan jawatan MP di kwasan saudara utk pengundi2 saudara membuat keputusan yg bijaksana.. .disini juga kayu ukur buat PAKATAN n BN utk membuktikan sape yg pengundi2 saudara pilih utk menyuarakan pemaslahan mereka.. .

dgn kate yg indah, perjuangan harus diteruskan dan kite berdoa akan saudara sehat hendaknye dan diberkati Allah SWT..

Wassalam.. .

Anomie68 said...

Jangan la panggil orang firaun, adab islam ke macam tu.

Fahmi said...

Sudah2 la tu YB.. X payah lah nak gelar orang Fir'aun lah itu lah ini lah.. YB pon bukan perfect sangat.. Bagi kebanyakkan orang atau orang kebanyakkan macam saya ni, YB ni memang patut kena pecat je.. YB punye pendapat or prinsip rasenye x kena dengan PKR.. mebi YB kena join parti lain yang memperjuangkan Islam seperti yang YB inginkan.. tp persoalannye.. parti mane? PAS? masalahnye, PAS punye pendapat pasal isu kalimah ALLAH pon x sama dengan YB.. UMNO? parti tu mana nak perjuangkan Islam.. asyik2 bangsa melayu je.. yg kelakar lagi, bg UMNO ade tempat bleh pakai ALLAH, ade tempat x boleh la plak.. kartun sungguh... so rasenye.. YB buat je la parti baru.. xde sape nak marah..

akhir kata, ape kate YB jumpe Dr. Yusuf Qhardawi.. tanye ape pendapat die pasal isu kalimah ALLAH ni.. personally, saya rase ilmu dan akal beliau lagi tinggi dari YB..

Joseph a.k.a Apam Balik is Gay said...

Sabar YB, ada hikmah disebalik semua ni. PKR bukan parti memperjuangkan rakyat, tetapi parti untuk individu2 yang kecewa.

Nadi Aksara said...

Salam Tuan Zul,
Saya berharap tuan sabar dgn cabaran dan dugaan yg menimpa. Ini adalah satu cabaran yg sgt kecil jika dibandingkan dgn pengorbanan yg t'paksa Rasulullah lalui. Kami amat m'harapkan tuan kembali kembali kpd wadah asal p'juangan politik saudara, kerana kami yakin proses tarbiyah yg pernah Tuan lalui bersama PAS amat terkesan sehingga hari ini. Fikir dan muhasabah lah diri sebelum membuat sebarang tindakan.

Unknown said...

Assalam~ Sdra Zul yang sya kenal,

Lepas seminggu dua senyap lah media menayangkan antik sdra.

Sdra lupa, memperjuang Islam ada satu elemen suci yaitu HIKMAH. "Serulah kepada mereka (dakwah) dengan himah dan peringatan yang baik" (al_Qoran). Saya nampak elemen tu tiada atau kurang sdra tekankan.

Saya tidak berniagt mengajar sdra dakwah. Saya bukan orang yg sesuaipun.

Sama-sama2 kita pohon ampun pada Allah atas kesilapan. Selamat berjuang. Wabillahitaufik.

HjMisaiKontot :الدليل السياحي said...

PKR atau keADILan sebenarnya memang suatu kesilapan besar DS Anwar Ibrahim selain dari kesalahannya memasuki UMNO dahulu...

Kini terbukti DSAI dan PKR memang lebih nak menjaga hati penyokong non muslim dari orang Islam sendiri..

Jangan letak jawatan AP... teruskan berjuang YB Zul...

Saya sokong YB selagi perjuangan YB berlandaskan Islam.

YB mungkin tak ingat saya, tapi kita pernah sama2 makan chapati kat kedai tepi wisma yakin kl...

retox8000 said...

Encik Zulkifli x yah kosongkan kerusi...teruskan je sebagai tiket bebas,bukan diorang leh wat apa pun.bela nasib rakyat tempat saudara wakili.

al-mankaraqi said...

Assalamu'alaikum tuan YB!

Saya dan rakan2 di sini berdo'a agar tuan kembali kepangkuan PAS. Semoga tuan dapat mencari kembali titik persamaan dgn para ulama dalam PAS, hindarkanlah persengketaan dan kembalilah bersama jemaah.

sekadar harapan orang kampung.

Shahnizat bin Sakiran said...

TAKBIR.

TUAN ADALAH PEJUANG SEJATI.
JANGAN LEPASKAN KULIM - BDR BARU.

tokapi said...

Salam YB Zul,

Telah saya katakan lama dahulu.. YB Zul tidak sesuai dengan PKR... Mungkin UMNO bukan pilihan YB Zul.. Jadi PAS alternatif terbaik..

Walaupun begitu, saya tidak mengharapkan YB Zul menyertai PAS.. mungkin MP Bebas lebih sesuai.. PAS buat masa sekarang hanya dicucuk hidung oleh DSAI dan DAP..

Maafkan saya, YB mungkin mengkagumi DSAI.. Tapi maaf cakaplah, DSAI seorang yang opitimis dan sanggup menghancurkan hati umat Islam dengan dasar pro-Kafirnya.. untuk apa? untuk undi? untuk menjadi PM?

YB Zul, saya percaya Allah akan menunjukkan kepada kita semua wajah DSAI yang sebenar.. Perjuangan PKR yang selama ini YB junjung nampaknya palsu semata-mata..

Sedarlah YB.. sedarlah... mudah-mudahan YB akan terus berjuang demi membela umat Islam di negara ini..

Wassalam..

p/s: Saya cadangkan YB Zul bekerjasama dengan YB Ibrahim Ali.. Agenda memartabatkan Melayu-Islam yang diperjuangkan anda berdua hampir sama.. Wadah perjuangan YB Ibrahim Ali dalam NGO mungkin boleh menjadi wadah YB jugak... lihat : http://pribumiperkasa.com

Shahnizat bin Sakiran said...

mohonlah masuk UMNO. Ikut macam Fairoz

Unknown said...

Tuan Zul,
Salam,

Kami sokong tuan zul atas perjuangan tuan. Harap teruskan tak kira di mana. Mereka ni sekarang mata duitan dan membelakangkan amanah yg diberikan

sekian

harunn said...

Salam To All

Hari ini dalam sejarah Malaysia , seorang yang memperjuangkan Islam ditendang keluar oleh parti haram jadah
Saya rasa Yb Zul patut menyesal kerana mebela petualang dulu , sepatutnya Yb Zul biarkan saja dia pegi jahanam
Ini ka balasan orang yang menolong petualang , susu dibalas tuba , kacang lupakan kulit dan melepas babi tersepit

Saya rasa Yb Zul pertimbangkan untuk mnyertai Pas , kerana Parti Pas sesuai dengan jiwa Yb Zul

Anonymous said...

Jangan pedulikan ugutan dan pelawaan komentator di atas. Berdiri di atas kaki sendiri. Berjuang untuk rakyat. Saya percaya YB Zul mampu untuk membawa perubahan. Masuk PAS pun tiada gunanya, hanya pandai mempergunakan agama Islam untuk mengaburi pemikiran rakyat.

Semoga berjaya YB Zul.

Ramli Mohd Yunus said...

Saudara,

Dalam hidup ini maruah dan harga diri adalah maha penting.
Kenyataan saudara bahawa PKR akan hancur kerana memecat saudara adalah kata kata dan cakap cakap budak sekolah rendah.

Cukuplah kenyataan kawan kawan saudara yang hidup penuh masalah itu. Jangan tambahkan lagi episod Senario yang sudah cukup untuk program Jom Heboh itu.

Berhentilah dari menjadi gigolo politik. Tetapkan hati dan cari landasan yang difikirkan sesuai. Jangan tipu diri sendiri. Jangan selalu sangat menggunakan nama Islam dalam apa juga tingkah laku saudara.

Adalah amat naif kalau saudara menganggap bahawa hanya Zulkifli Nordin sahaja yang amat sayang dan berpegang kepada hukum hakam Islam.

Saudara hanya dikenali selepas Anwar dituduh meliwat. Kalau betul ada harga diri dan berjiwa Islam, serahkan balik kawasan Kulim pada SPR. Jangan jadikan hak orang rezeki kita dan jangan cuba cuba cari alasan dan dalil. Politik bukan segala segalanya. Maruah diri lagi besar!

Saya mulanya hormatnya juga orang macam saudara ini. Tetapi bila melihat lakonan dan drama saudara satu lepas satu, saya rasa saudara kena tinggalkan kawasan Kulim tersebut. Memang akan ada dalilnya, ayat Al Quran pun boleh dicari cari untuk menguatkan hujah tetapi malulah pada anak anak dan keluarga sendiri. Terlalu kecil jumlahnya pengundi memilih Zulkifli Nordin!

One Stop Center said...

assalamualaikum YB,

teruskan perjuangan YB untuk menegakkan Islam. Ini mungkin satu permulaan yang sebenar utk YB dalam berdakwah.Buktikan kepada mereka bahawa YB boleh berdiri dengan sendiri tanpa PKR..hidup Islam!!

nightcaller said...

Salam

Tetapkan diri dalam perjuangan. Walaupun saya tidak bersetuju dengan cara saudara membuat lapuran terhadap rakan MP Khalid Samad, tetpi hak menegakkan Islam adalah hak semua yang melafazkan kalimah syahadah. Cuma cara Khalid Samad agak lebih berlembut dari cara saudara.

Walaupun demikian, pemecatan dari PKR bukanlah bererti saudara harus mengosongkan kerusi saudara kerana saya pasti masih ramai yang mengundi saudara adalah dari mereka yang beragama Islam dan yang bangga dengan pendirian saudara mengenai Islam.

Harapan saya agar saudara tidak melompat ke kandang sebelah sana kerana disana pun 2 x 5 apabila berbicara mengenai Islam. Jalan terbaik saudara? Samada menyertai PAS atau menjadi ahli bebas. Tepuk dada tanya selera...

Hingga ketemu lagi...selamat malam M'sia...dimana jua anda berada...

Harris said...

YB, tolong jangan letak jawatan umat Islam Malaysia perlu lebih banyak ahli parlimen macam YB.
Jadilah calon bebas dan berjuanglah untuk kami.

Shahnizat bin Sakiran said...

Tak payah kosong kerusi. PRU bukan lama sangat pun.

pakha said...

Banyak nya pendapat dan pandangan korang suma..satu pun tak beri cadangan kepada YB supaya bertawakal kepada ALLAH dan istikorah mengenai jawatan YB tu..kepada yang kutuk ANWAR dan Keluarga dia tu ...sila semak balik..anak dan bini anwar tu ada tak macam anak dan bini YB dan Menteri dari UMNO..kita tunggu apa yang YB Zul akan buat lepas dia buat Solat Istikorah.amin.

dinbangi said...

Assallammualaikum,

Bersabar. Yang benar tetap benar.

Yang nyata PKR dan PAS hanya retorik. Mereka telah berjual belikan agama Islam, bangsa dan negara.

Teruskan perjuangan yang benar..

harunn said...

Salam

saya rasa mungkin Yb tahu banyak rahsia pkr ni , harap dedahkan siapa sebenarnya firaun2 haram jadah tu , biar rakyat menilai betul ke firaun atau malaun
kami akan terus dibelakang YB Zul , kami mohon Yb Zul tidak sertai umno , kerana itu akan menambahkan lagi kebencian puak2 balaci banjingan firaun haram jadah
harap Yb Zul pertimbangkan untuk menyertai Pas , walaupun dalam Pas ada sorang dua yang seiras pkr macam khalid samd
tak pa , khalid samad dah kena gantung , lantak pi la dia

Andalusia said...

YB Zul,

Jangan peduli komen-komen & kata kesat orang yang mengutuk YB macam si Shaqbal tu & sekutu-sekutu nye. Komen-komen depa pun hampeh .. x leh pakai. Dari tulisan depa kita dapat tahu macam mana perangai & peribadi depa.

Harap-harap YB teruskan perjuangan & dapat menilai apakah perjuangan sebenar PKR & PR. Sembahyang Istiqarah & mintak petunjuk apakah tindakan yang terbaik selepas ini.

Amir Yugi said...

Lar ko ni tk blajar kat skolah ker...
Firaun: adalah pemerintah di zaman mesir kuno. Tak semua zalim mcm firaun(pemerintah) masa zaman nabi musa. Ini kes tido dalam kelas time subjek sejarah lar ni.

Dah name politik bukan nye gado2 biase time zaman kanak2. Masing2 ade strategi dan visi untuk dicapai. Kalo En. Zul nk pertahankan islam dgn care die apsal korang nk 'care'. Korang suruh ckp inggeris pun belit2 lidah ni kn nk pidato dlm bahase melayu. Jgn ckp besar, En. Zul die jd YB sbb die ade kaliber. Harap kalo stakat dtg sini spam @ kutuk, just simpan jer ayat2 kolot tu. Suruh ko jd YB kang baru ang tau.

De R Cher said...

Assobaru minal iman...

Qulil haqqa walau kana murran

Istiqamah YB istiqamah!

Yusri Yusop said...

Yb, Jgn kosongkan kerusi KBB!!!!! Saya berdoa agar Yb teruskan perjuangan!!!

PR dan BN hampir serupa..tiada bezanya!!!

saad said...

Dari awal lagi saudara patut bersama PAS, bukan PKR. Bukankah kebanyakan ahli PKR adalah bekas ahli UMNO yang dicantas daripada UMNO? Kalah dalam pemilihan UMNO, lari masuk PKR. Ada peluang dapat habuan dalam UMNO, lompat balik masuk UMNO.

http://mulutmelayu-realiti.blogspot.com/ said...

alaaaa... dalam tempoh 14 hari ini Anwar dan Khalifah Lim Guan Eng gerenti akan datang pujuk untuk rujuk semula masuk parti firaun-firaun kecil tu.

Jangan bimbang ler....

Kan semua ini lakonan kehidupan?

PenangLani said...

Akum YB Zul,

Tak payah layan nak letak jawatan ahli parlimen, bukan kita pilih keluar parti depa yang terhegeh-hegeh nak layan cina, hindu dalam PKR dan DAP.

PKR makin melalut cari kuasa yang makin sukar digapai lagi.

Di penang depa buat macam haprak
orang melayu kat sana visit http://penanglani.blogspot.com

... tunggu lagi berita disebalik mereka yang disayangi Anwar di Penang

dizzy boy said...

Wahai YB Zul,
Setakat menjadi calon bebas tidak ada membawa makna kpd kawasan YB,Calon bebas tidak akan mendapat layanan utk penduduk kawasan YB.Pembangunan di kawasan YB akan terbantut gara-gara sikap YB begini.Tolong fikir juga kpd pengundi kawasan YB.Pengundi-pengundi YB telah memberi mandat utk YB laksanakan tugas sebagai wakil rakyat dan mendapat elaun utk YB sara diri.Seandainya YB begini,hilanglah kepercayaan pengundi kawasan YB.YB bertindak atas sifat individu,tanpa berfikir pengundi kawasan YB.Apabila menjadi calon bebas,Bagaimana nasib pengundi dikawasan YB?

lipandes said...

Seronok jadi Bebas YB,
tgk macam Ibrahim Ali, sesuka hati dia je cakap menghentam mana dia rasa patut.

WaDieQ said...

TERUSKAN JADI AHLI PARLIMEN..
JADI BEBAS..
TUJUAN SAUDARA DIARAH LETAK JAWATAN ADALAH SUPAYA TIADA LAGI ORANG YANG BERANI SEPERTI SAUDARA UTK MENGKRITIK PAKATAN RAKYAT. ITULAH YANG DIGERUNI OLEH MEREKA..

SAYA MENYOKONG SAUDARA

JoN said...

aku xnak masuk campur urusan ko, tp jgn skali2 masuk PAS ke UMNo ke..
sebab PAS sebenar dh berkuboq pun, idealogi PAS skrg ni mmg cukup sampah.. demi bangsa ngan islam.. jd bebas.. jgn plak dok merayu kat pemimpin2 PAS nnti..dan jgn jugak dok rayuan PAS suruh masuk parti depa, kalau btol ko ni pjuang bangsa ngan agama..pk2 kan la..jgn berjuang demi nama ngan undi..itu kufur namanya..

Zacharias said...

YB,

Satu ketika dulu YB duduk di dalam PAS. Kemudian YB tinggalkan PAS untuk PKR.

PKR bukan tempat untuk orang berbincang soal agama.

Dalam PAS, meskipun berbeza pendapat, pendapat tersebut boleh dirai, selagi ia selari dengan syarak. Saya cadangkan YB kembali menyertai PAS.

Wslm

Unknown said...

Alhamdulillah, PKR sekarang bebas daripada anasir yang memalukan. Maka tiba lah masa untuk anta memasukki gelanggang Perkasa yang di perjuangkan oleh Ibrahim Ali yang mungkin senadar dan seirama dengan anta.

"Deep-Throat" said...

Tuan Zul, keep on pedalling. Adat berbasikal selagi tuan tak berhenti mengayuh tuan tak akan tumbang.

Pemecatan tuan adaalah sesuatu yang dijangkakan. MPP PKR berhasrat untuk memecat tuan dari awal lagi. Mungkib kekanda tuan, Anwar cuba mempertahankan tuan, tetapi desakan yang kuat dari sekeliling menyebabkan Anwar akhirnya akur. tuan secara lansung telah membuktikan bahawa Kepercayaan dan kesetiakawanan terhadap Anwar tidak dihargai dan dihormati oleh PKR malah Anwar sendiri.

Sekurang-kurangnya tuan tidaklah menggadaikan prinsip demi parti tuan sebagaimana Anwar menggadaikan segala-galanya demi kepentingan survival politik peribadinya. Apa yang tuan hilang hanyalah keahlian parti yang tidak menghormati pendirian tuan. So what? Be independent! Teruskan bersuara lantang di Parlimen walaupun ini kali pertama dan terakhir tuan sebagai Ahli Parlimen. Tuan kini bebas dari segala kekangan untuk menyuarakan prinsip perjuangan tuan. Biar rakyat mengadilinya.Tuan tidak lagi terikat dengan mana-mana individu atau parti yang perlu tuan gembirakan atau puaskan kehendak mereka.

You are now Zulkifli Nordin, MP. Liberated and Independent!

saidibadri said...

Salam Zul,

Sudah la..blah la lu dari Bandar Baharu. Orang kampung pun dah menyampah!

Me? said...

Akhirnya tercapai juga cita2 MPP PKR untuk melarikan diri dari masalah - bukan menyelesaikan punca masalah.

DSAI sebenarnya bukan ahli PKR, dia hanya PENASIHAT maka dia tiada kuasa apa2 dalam PKR.

Rasanya pemecatan saudara ini ramai yg meraikannya...

Jadilah bebas & tidak perlu menyahut cabaran supaya mengosongkan kerusi Parlimen Kulim.

Selamat berjuang - kalau senang boleh pekena teh tarik di Masjid India

Persatuan Penduduk TBI said...

Harap tuan dapat kosongkan kerusi Parlimen kulim Bandar Baharu supaya dapat beri laluan kepada Dato Aziz. bila dato aziz dapat ambilalih kerusi tersebut,sekurang-kurangnya nasib rakyat lebih terbela daripada tuan menjadi ahli bebas.Itupun kalau tuan masih ada prinsip.

Mr. President said...

YB,
Better YB undur selangkah ke belakang dahulu untuk kita buat lonjakan dua langkah dihadapan suatu hari nanti. YB kena bina kekuatan/kena bina team utk bangkit nanti..

Teruskan perjuangan!!!

lord said...

Assalamualaikum YB
Sesungguhnya pemecatan YB oleh PKR mmg dah diduga sbb YB buat punggung 'org atasan' PR panas xleh nak duduk diam.
Takpe YB, kite pcaya yg Allah itu Maha Adil dan akan melindungi hambaNya yg teraniaya
YB xpyhla nak kosongkan kerusi Kulim tu, sy pcaya org sne undi YB sbb personaliti YB, bknnya parti yg YB wakili.
skrg nie org malaysia dan bijak2 blake, diorg lbeh pilih calon dr parti, cume masalahnye ramai yg lpas terpilih, jd lupe daratan, xpe, kat kubur tanggung sndiri.amanah rakyat dibohongi, maaflah, xberkat rezeki, anak2 xjadi manusia, yg tu ramai anak2 kat luar jd teruk prangai, jgn salahkan anak2, check ibu bapa dpt duit sumbernye halal ke x?
jd kpd YB2 yg anak2 dier prangai x macam manusia yg spatutnye, faham2 lah diorg tu ikhlas ke x.
pemergian YB drpd PKR pun bgus jgk, insyaAllah rezeki YB trus dilimpahkan dan diberkati, anak2 jd manusia yg soleh dan solehah, dan YB kne teruskan perjuangan mempertahankan Islam dan keadilan rakyat Malaysia
jgn kosongkan kerusi parlimen dan jgn gentar pd ancaman manusia, takutlah kpd Allah Yg Maha Kuasa.
Malaysia ni bkn milik BN atau PR, bkn milik najib atau anwar, tp milik Allah yg Maha Esa.

wallahualam...

pakteh adam said...

Salam YB

Teruskan jadi BEBAS.

Secara dasarnya dilihat perjuangan YB adalah citarasa majoriti rakyat.

Pekong dalam PKR terlondeh satu persatu. Saya yakin Allah s..w.t akan melondehkan segala galanya yang busuk daripada LKS, PAS dan PKR.

Pedulikan komen komen penyokong Pakatan yang dikagumi amat kuat semangat tapi buta hati dan kurang intelektual.

Teruskan perjuangan YB. Selamatkan pengundi YB daripada terus dilacurkan demi nafsu berahi syaitan syaitan berwajah manusia didalam PKR.

harunn said...

Saya rasa hanya Pas yang sesuai dengan jiwa Yb Zul
memang kita semua tau yang pkr tu membela semua bangsa , mau tak mau diorang sanggup buat apa saja demi menjaga hati semua pihak walaupun terpaksa korbankan pejuang Islam yang sebenarnya
diorang saggup jaga hati puak kapir dari orang Islam sendiri
sebab adanya petualang yang gila kuasa

mzbml said...

assalamualikum YB, Teruskan perjuangan sebenar mengikut landasan sebenar, PR bukan laluan sebenar untuk perjuangan islam, PAS jauh sekali sama saja, cakap aje lebih. Bebas pun janganlah lama sangat, sebab YB perlukan sokongan rakan sealiran. Carilah rakan tetapi bukan PAS untuk meneruskan agenda YB, semoga lebih berjaya..

Unknown said...

Salam, YB.

Saya amat terharu melihat Yb mempertahankan martabat Islam.
saya sokong 100% pendirian Yb yg
mempertahankan islam.

Insyallah Allah S.W.T
Bersama org yg memelihara agama
ALLAH.

Pingat/Pangkat/Wang/Darjat
hanya didunia, yg pening Iman dan Taqwa

TAKBIR..!!!

dausz said...

YB...

Sekarang terpulang pada YB Zul samada nak letak jawatan sbg MP atau tidak... sebab yang YB bukannya meletak jawatan dlm PKR.. sebaliknya PKR yang pecat YB..

Jika YB rasa boleh memperjuangkan keadilan sebagai ahli MP.. maka teruskan kekal sebagai ahli MP.. jika YB rasa sukar utk bergerak seorang, maka lepaskanlah jawatan.

YB cuma dipecat dari PKR.. tetapi YB masih sebagai ahli Pakatan Rakyat... malah YB masih xisytihar sebagai ahli MP Bebas pun..????

Saya rasa elok YB sertai perjuangan Hizbut Tahrir ataupun Tabligh...

elok YB join besok pukul 8.30pagi ada SEMINAR MENYINGKAP SEJARAH KHILAFAH: ANTARA PEJUANG & PETUALANG. dekat masjid jamek sultan abdul aziz, PJ (berhampiran hospital assunta)...

mari tegakkan perjuangan kerajaan khilafah...

rahimshah said...

tolong Yb jgn menari ikut rentak firaun2 kecik tu... jgn lepaskan Kulim Bdr Baru... Biar Bebas bersuara lepas ni.. PKR dah lah umpama kapal yang hampir karam.. kita tgk lah lps ni apa hadi dgn PKR...

harunn said...

Salam Yb Zul

Kami harap Yb Zul terus berjuang tanpa memperdulikan mana -mana banjingan yang menyalak suruh Yb letak jawatan , walaupun saya bukan dari kawasan Yb , tapi saya masih anak kedah yang bangga dengan pendirian Yb , saya kira ramai umat Islam sokong cara Yb berpolitik , belum ada dalam sejarah malaysia , seorang pejuang Islam dihina sebigini rupa , apatah disekongkol oleh orang Islam seniri

Semua mesti ingat , bila kita mati nanti , kita bukn menjawab dengan anwar atau najib mahupun tok guru , kita kena jawab dengan Allah

Unknown said...

Salam.

Akhirnya saudara....yg diimpikan mereka menjadi kenyataan..

Kemanakah haluan saudara selepas ini?...

PAS? Pastinya mereka tidak mahu menerima saudara...hati dan perasaan rakan2 sekutu di dalam PR lebih penting sekarang dari memperjuangkan Islam..

UMNO? Walaupun ada pembaharuan tetapi saya kira saudara tidak secocok berada di dalam nya..

Saya cadangkan saudara berjuang sebagai MP bebas..jalinkan ukhwah dengan NGO Islam dlm perjuangan saudara. Jgn saudara fikir jika tidak berparti saudara tiada berjemaah. Masih ramai yg menyokong perjuangan saudara diluar sana.

Saya pelik....kerana bila saya melihat huruf PKR itu...KEADILAN sudah kabur..dan bila saya perhatikan sejelasnya perkataan itu telah bertukar menjadi...KELENTONG....dan logonya telah bertukar menjadi SESUMPAH..

Unknown said...

anwar dulu cakap.. pkr tak macam umno, ketua cakap A, semua kena cakap A. tapi skarang, bila YB zul disagree with DAP dan isu kalimah Alah, yb kene tendang. in other word, sama je la pkr and umno. tapi teruk lagi pkr, sbb lawan cina, bela islam sebulat suara kena pangkah.

balik pada umno la macam ni. mari pulihkan umno dari dalam.

NIZAM MAT SAARI said...

saya sebagai penduduk kulim bandar bahru berbangga dgn perjuangan tuan. Tidak perlu lepaskan jwtn sbg MP kerana kami memilih tuan bukannya parti pkr.

ku2 said...

salam.
bermuhasabah la, yop.
istighfar banyak2.

fazli.adha said...

aku ingat hang bab Islam bukan main juara....tapi dok panggil org Firaun kecil la apa la...

Hang sorang saja dlm malaysia ni nak pertahan islam..org lain anti-islam.

Kalau dah tau dari dulu PKR anti-islam..awat tak kluar parti awal2? nak tunggu kena pecat baru nak kecoh satu kampung ...

melalak kata kena pecat...memang hang dok tunggu kena pecat...

Awat hang tak masuk PAS? PAS mau tak terima hang ni??

Bukan main report POLIS hal khalid samad..hal umno hina Islam hang ada report polis? JIJIK la woi..



sudah la Zul... hang pi masuk UMNO la...

Unknown said...

YB tak perlu kosong kerusi parlimen,

saya syorkan YB masuk PAS saya tengok PKR ni perjuangannya masih lagi ke arah menjaga periuk nasi masing-masing, bukan nak jaga agama pun,

saya rasa elok YB masuk PAS.

saya sokong YB

Unknown said...

Salam YB,

Demi Agama Islam , Bangsa dan Negara...

TINGGAL JE LA GOLONGAN PEMIMPIN PELIWAT TUUUU

DAH DUA KALI KENA NI TAK KAN LA KONSPIRASI LAGI....


CIA DAN MOSSAD PUN TAK BUAT KONSPIRASI DUA KALI

Unknown said...

Salam 2 x-YB.

eloklah ex-yb disingkirkan daripada PKR. elok saja kembali kepada parti lama tuan, UMNO. semasa dalam pemuda UMNO dulu pun, sdra buat hal macam dalam PKR juga. lepas keluar UMNO setelah menteri mid bin man tidak layan tuan mengenai isu murtad, tuan masuk PAS. semasa dalam PAS pun buat kecoh juga hingga terpaksa melepaskan jawatan tertinggi dalam PAS Kawasan Bandar Tun Razak. lepas tuan nak bertanding di DUN Bayu Baling dalam pilihan raya 1999, tetapi tidak boleh kerana ketika itu penduduk Bayu (termasuk di dalamnya kawasan Memali) memarahi FRU yang dok asyik pukui orang termasuklah bapa tuan yang terbabit sama melakukan kerja tidak berperikemanusiaan itu. Tuan bertanding di Kulim/BB (2008) pun kerana pertolongan dan bantuan `Fir'aun2 Kecil' jugalah yang mencadangkan nama tuan kepada kepemimpinan pusat PAS dan PKR. Firaun kecil itulah juga yang antaranya menyokong penuh pencalonan saudara. Pengundi KBB pun bukan memilih tubuh tuan tetapi PKR yang menentang UMNO/BN. Jika diletakkan PAS pun sudah pasti pengundi akan memilih PAS. Jadi sdr elok sajalah tinggalkan PKR dan Parlimen KBB atau declrae masuk UMNO seperti zaman awal sdr aktif dalam Pergerakan Pemuda UMNO. Kembalilah ke pangkal jalan yang lama!

kembara putih said...

Alhamdulillah syukur nikmat. Akhirnya drama bersiri ni berakhir juga. Dah lama kami rakyat jelata tertahan rasa loya dan nak muntah atas muka saudara, seorang munafik yang mempergunakan Islam demi sesuap nasi dan kuasa.

Akhir2 ini saudara nampak semacam mengampu TG Nik Aziz je. Kenapa? Nak masuk PAS pula? Jangan la, kami di sini tak hingin dengan seorang munafik seperti saudara.

Ramai betul pencacai UMNO di atas yang cadangkan tidak dikosongkan kerusi. Memang begitulah UMNO, takut kalah pilihanraya. Kalau kamu berintegriti, ayuh kosongkan kerusi.

Edwin said...

YB Zul,


Memecat YB bermaksud mereka tidak memperjuangkan Islam?!
Adakah YB menganggap diri kamu setaraf dengan Islam?
Diharap YB dapat mengosongkan kerusi Kulim secepat mungkin, sebab YB menang atas tiket PKR, dan disebabkan jugak banyak undi bukan-Islam, yang YB jelas tidak mengiktiraf. Saya pasti Umno dan PAS tak akan mengambil YB, adakah ini bermakna semua parti politik di Malaysia anti-Islam ?!?!
Cuba renung!

Edwin said...

Salam YB Zul,


Saya pengundi P18 kawasan Kulim Bandar Baharu. Pada pilihanraya 2008, saya memilih PKR dan bukannya YB. Jadi, elok kalau YB boleh lepaskan kerusi YB secepat mungkin.

Wassalam.

kulatlapok said...

salam YB. saya percayaYB sebenarnya tidak sesuai berada dalam PKR. Tahniah diatas pemecatan YB. kerana semut gila yg banyak seperti YB inilah yg merosakan parti. Saya percaya YB sudah membaca tulisan Zukri Aksah yg terlalu mendalam maksudnya untuk para perjuang REFORMASI. "KALAU TAKUT DILAMBUNG OMBAK, JANGAN BERUMAH DI TEPI PANTAI" Air semburan watercanon tidak pernah menyerikkan kami. YB pernah kena semburan wangian air tersebut??? memang terbukti kesemuanya ahli2 yg melompat dan dipecat adalaha mereka yg menjadi semut gila dalam PKR.

Kak Yan Coway said...

Allahuakbar!

Jika YB Latak jawatan bermakna tiada lagi wakil pembangkang/bebas yang akan bersuara untuk keadilan.

Tolong jngan letak jawatan.

Anonymous said...

TQ YB,

This is much better than u resign. People will you who they are.

Anonymous said...

Salam to all Muslim,

YBZul, sdr dah buat apa yg terdaya. Sumanya atas keizinan Allah SWT. Tentu ada hikmahnya. Dgn situasi terkini, sdr tak rugi apa2 meninggalkan PKR. Samada PKR berkubur atau tidak, itu hanya AllahSWT yg tentukan. Tapi, biasanya kaum yg ikut jln setan ni, panjang umurnya. Arah perjuangan sdr semakin terbuka luas. Banyak flatform lagi utk sdr.

Jangan kosongkan seat, itu hak sdr. Walaupun ada voter kata sdr khianati mereka, nyata mereka silap. Mereka tak tahu hak mereka sebagai pengundi sebenarnya. UNDI YG DIBERI ADALAH HAK CALON, BUKAN HAK PARTI. Parti hanyalah saluran kpd sesuatu sistem. PKR tak punya hak utk arahkan sdr kosongkan seat BB/Kulim kerana ianya hak sdr, bukan hak PKR. Klu tak percaya, suruh depa file kat mahkamah.

Sayang sekali, sdr tak punya pilihan buat masa ini selain join BEBAS. PAS bukan lagi pejuang Islam seperti dulu. Mereka dah rendahkan maruah, menghalalkan cara, bersubahat dgn syaitan. UMNO sudah tentu mengalu-alukan sdr, kerana dasar perjuangan Islam sdr amat diperlukan. Ingatlah UMNO sedang berusaha utk ambilalih teraju mertabat pejuang Islam yg selama ini di dokong olih PAS. Tapi sdr perlu ingat, bahawa UMNO bukanlah hanya sebuah Parti Politik seperti PAS, DAP, PKR dan lain2nya. Dia adalah sebuah World Class Organisation yg cukup besar & rumit utk menanganinya. Bayangkanlah, Ketua Barisan Pembangkang yg di katakan amat berpengaruh, kecundang dgn hinanya pabila cuba melawan arus semasa dlm UMNO dulu.

Jika beginilah trend yg PR nak sampaikan pd rakyat, maka memang tepatlah UMNO guna slogan, Dulu, Kini & Selamanya.

Mohd Nabil Majdi Al-Muslihi said...

Assalammualaikum Yb,

1)Saya seperti YB tidak bersetuju dengan penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam.Namun tidak pula kita boleh mengatakan mereka yang bersetuju sebagai tidak menyokong Islam.Peganglah kata ulamak dalam berhadapan dengan khilaf :"Ra'yi Sawab Yahtamilu Khoto'"- Pandangan saya betul tetapi barangkali dalamnya ada kesalahan.

2)Yb.. untuk membela Islam kita perlu berstrategi, Berani menyatakan yang hak adalah dituntut tetapi harus dilaksanakan dengan baik tanpa melulu. Bak kata Saidina Ali: Al-Hak bila Nizam Sayuhlikuhu Al-Batil bil Nizam"- Kebenaran tanpa perancangan akan dikalahkan oleh kebatilan dengan perancangan.

3)Yb.. Bicaralah dengan lembut dan baik kepada mereka yang YB tuduh sebagai Firaun kecil. Ingatlah Nabi Musa yang lebih mulia telah disuruh bercakap dengan baik (Qaulan Layyinan kepada Firaun yang Besar.

Wallahualam..

JoN said...

munafik sungguh pennyokong2 Pakatan Haram ni!!cakap je diri tu islam tp dok cerca sdara zul ni plak..
mcm ni lah zul.. ko sendiri dh nmpak kan perangai2 Pakatan Haram ni..
dulu diaorg puja ko skrg diaorg nk sampahkan ko..jgn letak jawatan sebagai MP.. biar bebas dulu..

Abi Qalam said...

Salam YB,

Tuan dah dianiaya, dan mereka yang teraniaya tersingkap hijab doa. Silakan buat qunut nazilah sebanyak-banyaknya. Saya telah menulis hal ini sejak okt 2008 di http://suaradarilembah.blogspot.com/2008/10/anwar-telah-berjaya.html

Saya percaya, pemecatan tuan akan menampakkan crack yang jelas didalam pakatan.. Didalam keghairahan minoriti yang vokal, mereka lupa akan kemampuan silence majority..

Pendidikan Islam SJKC Sin Ya said...

Kepada YB Zul,

Usah difikirkan apa sahaja pandangan negatif orang lain terhadap anda..teruskan perjuangan hatta jika anda terpaksa berjuang seorang diri demi Islam tercinta..saya sekeluarga mendoakan agar saudara YB Zul istiqomah dalam perjuanga, saya sekeluarga rasa amat menyesal kerana memangkah PKR dalam PRU-12 yang lalu..menyesal sangat-sangat..

Tiger Mizie said...

Tiger..

Takperlu takut pada benda yang betul. Anda telah lakukan yang terbaik. Jenis org pembangkang buta tuli nie.. kalau dia diperhamba dan dipijak dalam team sendiri, dia tetap kata dia betul. Kalau ada yang kata bini dia boleh dikongsi oleh teman separti pun dia setuju. Saya sokong UMNO, tapi rasanya tiger takperlu masuk UMNO, jadilah pengkritik bebas dan teruskan cara anda. Jika berminat nak masuk politik lagi, teruskan. Jika tidak, jadilah macam Lee Lam Thai, berbakti diluar politik.

Takpayah la backup Anwar dah, kalau dia betul, dari dulu lagi dia betulkan semua benda. Ini dlm parti sendiri pun hancus..

Tiger Jimie
Once a Tiger, Always a Tiger

Jelaga putih said...

saya anak tempatan serdang bandar bahru/kulim, berharap sangat2 saudara tidak meletak awatan ADUN. kami pilh saudara.saudara adalah hak kami.perjuangkan nasib kami.saya percaya PKR sedang menuju kehancuran akibat adanya firaun seperti Zaid ibrahim,Syed hussein dan pembodek yg tidak ikhlas dalam PKR. saya juga percya DSAI akan di penjara semula dan PKR ,PAS dan DAP akan berkecai semula.Saya berharap saudara terus menjadi ADUN bebas,kami menyokong saudara. Cukup untuk berpuluh tahun kerajaan BN menguasai B.Bahru. Kami telah bergelut dengan banjir,masalah padi,masalah orang kampung dan sebagainya yang diputar belit BN untuk menidakkan hak kami.tolong lah kami.berjuang lah untuk keadilan yang sebenar.semoga berjaya...

Paksu Ki said...

Sabar YB Zul.....

Sapa2 yang sayang Islam dan berjuag untuk Islam PASTI akan diuji oleh ALLAH. YB Zul baru kena pecat dari PKR dan meloncat macam cacing kepanasan... Syeikh Ahmad Yasin (Hamas) mati kena bom lawan Israel

Voices Of Taiping said...

bodohla korang ni, zul telah melakukan kesilapan dgn sengaja supaya dipecat utk dptkan rasa simpati korang, adekah korang ni mcm melayu zaman dulu yg emosi korang senang dikawal? sedarlah wahai sdrku, org melayu bukannye bodoh.
kosongkan kerusi kulim tu, kalo sdr zul betul2 memperjuangkan rakyat, dan tanding sekali lagi utk membuktikan sdr zul yg benar!
kerusi kulim bkn hak zul/pkr, ia hak penduduk2 KULIM!
REFORMASI!

Unknown said...

salam YB Zul, pada saya OK la tu YB kena pecat, daripada YB terus membebel,kalau dah rasa tak suka baik tinggalkan je.ni dah le tak suka lepas tu komen sana sini,keluar nye tak jugak..nak tunggu apa lagi, tak kan nak tunggu PRU13 kot, nak dpt extra majoriti lagi ke.Pada saya, kalau YB betul ikhlas nak perjuangkan AGAMA ISLAM kita ni, lebih baik jangan masuk mana2 parti lepas ni,baik UMNO,PAS..pada saya kalau masuk politik ni ikut emosi,sama je.baik jadi alim ulama yg betul2 alim. JANGAN jadi alim Kucing..huhu.

Parit.com said...

tahniah sebab tidak lagi bergelar ahli pkr...mm...tindakan zul ni membuatkan rating dan hit begitu menakjubkan...bagus...cara yang baik untuk popular...all the best utk ko zul...

harunn said...

Salam

Saya minta Yb Zul tidak meletak jawatan sebagai ahli parlimen
memang orang pilih sebab Zulkifli Nordin , bukan sebab pkr , kalau ada pun sikit je kot
Saya rasa kalau le Yb Zul tahu ini le nasib Yb , baik tak payah bela nuar tu dulu , biar dia pi jahanam
ini la balasan dia kepada YB , susu dibalas taik
melepas babi tersepit
nuar sekarang dah ada peguambela yang baguih2 , semua kapir 2 belaka

matdeboq said...

Salam YB ZUL,
Jika DSAI dgn slogan nya "lawan tetap lawan"....YB pun apa kurang nya -lawan dan terus lawan.Teruskan Perjuangan YB dgn Yakin seperti mana yg YB pernah war2kan . Ia ini demi menegak kan Syariat Islam yang mana YB berpegang teguh..Demi kerana Maha Agung..Maha Suci ALLAH SAW.

Maha Suci Allah SAW Yang Maha Agung lagi Maha Mengetahui atas segala-gala nya diatas muka bumi dan Alam ini.

Pasti sudah tentunya jika dikehendaki Allah SAW...akan di pertunjukan Hikmah-hikmah nya keatas apa yg YB alami dimasa ini.

Mungkin ada yg merestui tindakan ini...tapi masih ramai juga yg mendoa kan akan kejayaan pejuangan yang YB pelopori..!!

Ramai lagi Majoriti Senyap yg mungkin memihak pada YB.
Insya-Allah..!!

Wassalam.

Unknown said...

Depa tu bukan Firaun kecik lagi dah, tapi MALAUN...sekali lagi nak bg tau, kalau YB ikhlas nak memperjuangkan ISLAM, jangan dah masuk mana2 parti. semua tu parpuu. Lebih YB bukak bisnes repair moto kapcai ke. ada jugak org nak dtg repair moto.

Unknown said...

salam yb zul,

saya berharap yb tidak letak jawatan..teruskan perjuangan murni yb demi islam..bagi saya yb membuat kesilapan dengan membuat report polis terhadap yb khalid,sepatutnya perkara itu tidak patut berlaku..berhentilah dari berjuang bersama 'firaun' yg selama ini gilakan kuasa..bagi saya yb tidak pandai bermain politik..ingatlah bahawa melayu2 yg ada dalam PKR adalah pecahan umno dan mereka yg tidak mendapat tempat dalam umno..SUA PKR sekarang tidak layak mejadi pemimpin kerana saya telah lama mengenali perangai dan tingkah lakunya..

jai
pejepejal@gmail.com

Anonymous said...

Sapa2 yg nak tau apa yg akan jadik pd PKR yg dok bela Jin Kapiaq lepas ni, mai jupa aku di G. Semanggoi. Bawak teloq dua bijik !!

Keylee Daud said...

jagan risau kerja baik akan jadi baik juga

ReadMe said...

PKR tersilap utk memecatkan MP Zul...teryata..perlembagaan malaysia tidak di hormati oleh PKR...disappointed with PKR...MR ZUl..go on..dont give up..sekarang u lagi bebas bagi pandangan...sekarang tak de makna Islam agama perseketuan.. omong omong kosong saja..

Hazil said...

Saya berharap agar YB Zul tenang dan pohonlah petunjuk dari Allah.

Saranan saya tetapkan perjuangan dan jangan sekali-kali mencalar hati penyokong saudara dgn menyertai UMNO. Saya amat berharap dari dulu saudara menyertai PAS. Walaupun saya lihat PAS kini banyak berlembut, saya masih bertawakkal dgn perjuangan PAS.

Buktikan saudara benar dlm mengharungi tekanan musuh islam yg tak henti2 memperkotak katik Islam dan cuba memecah belahkan umat Islam sendiri. Amat menyedihkan bila membaca banyak komen dr org Islam yg menghentam dan menghina saudara

Saya juga kurang bersetuju dgn beberapa cara saudara yg kelihatan agak keras tetapi hal ini membuktikan PR kurang matang dlm menangani perbezaan pendapat di antara ahli mereka, terutamanya yg berkaitan dgn hal ehwal Islam. Ada saja tekanan dari mereka, terutama dr bukan Islam. Dan sepatutnya YB muslim dlm PR perlu faham ttg sesuatu isu tanpa melulu tunduk kpd tekanan musuh Islam ini. Sesungguhnya musuh Islam telah menang lagi dgn tindakan disiplin parti:
PAS - 2
PKR - makin hancur
DAP - 0 (tersenyum kemenangan walaupun dgn isu YB pembela babi di Kedah dulu yg sangat menjengkelkan, tapi tiada tindakan dan bantahan, malah disenyapkan shj)

zman said...

PKR ohh PKR... bila org lain lompat hang pa kata takde prinsip.. takda maruah...
Bahaya PKR nie... bila anwar tu kata semua pakat pi PUTRAJAYA.. 30 orang MP BN akan melompat masuk... TakDAk pun PKR kata tak betoi...
Bila Geng PKR melompat jadi bebas... Pengkhianat lah...
Moral nya PKR nie halal haram depa tak kira. Prinsip main iku keadaan. Bagus untuk PKR maka mulia lah jadinya.
Kepada YB Zul... teruskan perjuangan.. sebagai individu you are OK. Rezeki dari Allah... jangan layan PKR request utk quit MP. Yang penting ikhlas.. all the best to you...

pkks said...

salam yb,

masuk pas, tak payah kosong kerusi....

ok yb?

Unknown said...

Sdr telah memilih Islam sebagai cara hidup with full submission to Allah swt dan Muhammad saw sebagai petunjuk akhlak.

Sdr berdiri mempertahankan nama Allah swt. Kerana itu Sdr di aib kan dan di pecat dari parti PKR.

Semoga Allah swt memberi petunjuk, kekuatan, ketabahan dan ketenangan yang berterusan kedada Sdr.

Saya nampak... iman yg terlaksana dari Sdr.

tobeng said...

Eleh PKR simata satu tu pun dah tinggal nyawa2 ikan la.Apa nak heran dengan parti proksi ehem ehem tu.Lambang pun mata satu.Ada ke parti yg memperjuangkan keadilan(konon)pakai lambang rasmi illuminati.Oh ya kebetulan..sori yek

Apalagi YB lepas ni boleh tag team dgn brahim ali kat parlimen.Hantam aje siapa2 yg kurang ajar.Peduli hape.Ramai dah geng2 bebas kat parlimen.Korang nanti boleh jadi star,saham korang akan melambung dan jadi rebutan.

Tak payah risau apa2.Trend sekarang bebas.Tak mainlah parti2 ni.Kalau tak takkan MP2 PKR berebut2 nak jadi bebas.Kira diorang ikut trend semasalah tu.

Apahal nuar nak suruh yb letak jawatan,dia pun dah nak bungkus.Silap yb cuma satu pasal sibuk sangat menyokong anwar.Hai takkan tak perasan kena kencing selalu dengan nuar tu.

Sekarang tugas yb adalah menghancurkan puak2 penentang Islam tidak kira siapa termasuklah yg menjadi balaci2 mereka.Platformnya adalah parlimen,sebab itulah yb tak boleh melepaskannya.

Ayuh mulakan langkah!

tobeng said...

Oh ya satu lagi yb,pas tu cuma mengikut telunjuk pada parti2 sekular dan sosialis seperti pkr dan dap.Jadi tak guna masuk pas.Teruskan berjuang sebagai MP bebas yg aktif dalam NGO2 Islam.

Takkan takde cerita2 baik dalam pkr ataupun pasal anwar ibrahim sendiri.Sedangkan kickdefella pun tahu banyak cerita pasal tok guru and co.

Yang mana patut dedah,dedahkanlah,rakyat berhak tahu kebobrokan pemimpin2 dan parti2 yang mereka ikuti.Selepas itu barulah mereka boleh menilai kembali dengan lebih adil.Itulah pentingnya ketelusan.

Antibarua said...

PRINSIP PERJUANGAN ISLAM DALAM DIRI SAUDARA TELAH MENARIK HATI SAYA DAN RIBUAN LAGI PEJUANG ISLAM KERANA KAMI DAHAGAKAN SUPERHERO YANG BOLEH MENGETUAI KAMI MENEGAKKAN AGAMA SUCI DI TANAH AIR TERCINTA INI.

PERJUANGAN SAUDARA MEMBELA ISLAM ADALAH LEBIH 10 TINGKAT DARI UMNO, 1000 TINGKAT LEBIH DARIPADA PAS (YANG DICUCUK HIDUNG OLEH DAPIG), DAN SEJUTA KALI LEBIH DARI PKR (MEMANG TAK ADA PEJUANG ISLAM PUN DALAM PARTI NI, PEJUANG KRISTIAN RAMAI).

SUDIKAH SAUDARA MENGETUAI KAMI SEMUA MENENTANG UMNO, PAS, PKR DAN DAPIG?

Unknown said...

Mereka2 yg berpendapat dgn menuduh bahawa PAS telah menipu rakyat patut sedar .., kata2 seprti ini adalah agak keterlaluan.. Tidak dapat dinafikan sejak akhir2 ini sebilangan kecil pemimpin2 PAS terjebak dgn pelbagai2 ISU ., tetapi ini tidak terlalu menyasarkan prinsip perjuangan Parti..., Memang ada kalanya perpaduan dalam parti agak goyang .., terutama bila timbul kejutan Isu2 baru yang yang ditimbulkan komponen BA..yang memerlukan penjelasan segera tentang pendirian parti(..Individu dlm parti)....Kalau dirujuk sepuluh pemimpin tentu ada sepuluh pendapat, dahulu isu sebegini tidak begitu ketara kerana kurangnya pertikian terbuka tentang Isu yang melibatkan KeTuhanan, aktiviti2 bergama (Maulidul Rasul),Pertukaran Agama (Murtad)dan Isu Penglibatan Raja-raja Melayu krisis politik.
Kalau ada pihak yang ingin membentangkan Isu ini perlu lebih berhati2 kerana risiko yang bakal dihadapi; kalau pun tak berlaku kekecohan .. ada yg akan dipanggil ke Bkt Aman..atau lebih serius ISA...(sokong hapuskan ISA kalau nak perjuangkan demokrasi) ,
Rujuk Komen Supar yop: "PAS menipu kitaa..."
Siapa sebenarnya yang telah menipu siapa...Agak berat nih.. Sebenarnya tiada istilah menipu dalam parti yang berpegang pada prinsip Islam ..,cumanya ada yg 'menipu sunah' tu memang ada, iaitu menipu diri sendiri... Takbir.., Takbir.., Takbir.., PAS tidak menggadai nama Tuhan untuk survival parti., Takbir, Takbir Takbir..,PAS tidak menghalalkan penjualan arak dikedai runcit untuk keharmonian sesama Parti.., Takbir, takbir lagi..,PAS tidak sesekali bersetuju untuk menegah perarakan sambutan Maulidul rasul..,.kalau pun setuju mesti ada alasan tertentu..Takbir lagi ,Takbir lagi, Takbir lagi..,banyak lagi surah2 dan ayat2 AlQuran yang berharga untuk dinilai bagi menegakkan pendapat pempimpin2 dalam parti.... Inilah realiti sebenar ciri2 yg ada dlm dunia melayu Islam.....Kita sebenarnya menipu Kita..

nWo Computer Service And Repair said...

YB kalau YB ada maruah sila letak jawatan segera..YB ini macam kaduk naik junjung..YB ingat masa YB menang PRU12 pasai depa sokong YB...tolong cermin diri sikit pasai depa pangkah PKR lah..kalau YB tak percaya cuba letak jawatan dan bertanding pula lepas itu..tengok YB boleh menang atau tidak..kemungkinan duit deposit pun tak dapat..semua orang tahu YB tak pernah menang mana-mana pilihan raya sebelum ini..TOLONGLAH YB LETAK JAWATAN AHLI PARLIMEN KULIM/B.BAHRU-KAMI MEMERLUKAN SEORANG AHLI PARLIMEN YANG LEBIH MULIA DARI YB..

bolokwokger said...

YB LEBIH BAIK YB MASUK PAS...PARTI KEADILAN SKRNG DAH MAKIN KOTOR...DORG BAJET NAK JADI PM BILA DAPAT RAMPAS MALAYSIA...KALAU DAH JADI PEMBAKANG PUN DAH MAIN KOTOR APATAH LAGI NK DAJI PEMERINTAH...SY BERHARAP PAS TIDAK BERPAKAT DENGAN PKR LAGI...SAYA PERCAYA DORG ADA AGENDA JAHAT...HIDUP PAS!!!

mfrstudio said...

Assalamualaikum YB Zul.

Saya tertarik dengan kata-kata YB bahawa "parti hanya wadah" dan "apa yang utama adalah apa yang saya boleh buat untuk Islam".

Saya Muhammad Fakhrul Razi bersedia bertemu dengan YB untuk berbincang menubuhkan parti baru yang akan menjadikan perjuangan Islam paling utama untuk dibela, dan hanya memperalatkan wadah kepartian untuk mencapai cita-cita itu. Tiada kecintaan pada kepartian, tapi kecintaan pada Islam paling tinggi dan tak ada tinggi lebih darinya.

Saya juga tertarik dengan matlamat YB untuk menyatukan politikus melayu-islam dengan saranan YB supaya UMNO-PAS-PKR dapat bersatu sekurang-kurangnya dalam isu pembelaan untuk Islam.

Jika kita menubuhkan parti baru, parti itu bukan mencari musuh politik, atau bersekongkol dengan kem satu pihak samada kerajaan atau pembangkang, seperti lazim setiap parti baru ditubuhkan. Tapi parti baru kita ditubuhkan dengan matlamat untuk memujuk parti-parti yang cenderung pada Islam atau ada niat untuk Islam ditegakkan bersama kita membentuk kem baru, Dengan asas pakatan itu adalam pembelaan pada Islam. Itu akan membezakan matlamat perjuangan BN atau PR yang mahu mengangkat ideologi demokrasi liberal atau rasisme, mahupun berjuang menurut kemahuan rakyat semata-mata.

Saya akan tamat belajar hujung Mac ini, saya akan berusaha menghubungi YB dengan segera selepas itu.

Wassalam.

bolokwokger said...

teruskan perjuangan...hapuskaan firaun kecil...jgan join umno...join pas pulak...tumbangkan umno dan pkr..kerana dua2nyer parti busuk...

Wandy said...

Salam YB.

Sudah berulang kali saya memberitahu YB bahawa untuk berjuang menegakkan agama Islam bukan PKR platformnya.
Begitu juga PAS yg mengikut telunjuk DAP.
Boss YB iaitu Anwar pun tidak mahu YB lagi. Tak ada gunanya YB merayu.
Terpulang kpd YB sama ada ingin mengosongkan kerusi atau tidak. Apa yang penting, perjuangan mesti diteruskan. Cuma haluan & platform yang berlainan.

Anonymous said...

YB. jgn gentar dan dengar komen2 kosong diatas ni. Semuanya cuma berani di depan computer, tetapi bacul bila bertentangan. YB boleh teruskan usaha YB bersama PAS. Saya sendiri merasa menyesal apabila PAS bersetuju bersengkongkol dengan PKR KONONnya nak bersama-sama rakyat. Tapi apa yang PKR buat sekarang? Oleh dek kerana nak menjaga hati DAP, mereka sanggup membelakangi segala-galanya.. Hancur PKR, AMAN MALAYSIA..

enam tolak enam said...

salam zul, kalau betoi betoi u sayangkan perjuangan Pakatan Rakyat, baik u kosongkan saja kerusi kulim bandar baru... tak payah ler cakap rakyat kulim memilih u... u jangan lupa kalau pimpinan bahgian tak bagi ruang pada u untuk bertanding di situ, aper u fikir u boleh bertanding di kulim ker???? kalau betoi aper yang u cakap rakyat yang memilih u sebab u adalah zul nordin ayuh kosongkan kerusi dan u bertanding ler atas tiket aper pun tak per meh kita nak tengok hebat sangat ker u ni .... pejabat pusat khidmat pun tak ada, ada hati nak sembang pandai..... sudah ler jangan nak jadi pelengkap pada skrip seseorang, lepaskan jawatan MP KBB buat malu orang kulim jer

dizzy boy said...

Salam blogger,
Inilah kali terakhir YB Zul akan jadi wakil rakyat atau pun MP.Pd PRU 13,YB Zul nak bertanding lagi ka?Atas tiket bebas ka?Cubalah bertanding atas tiket BEBAS.Boleh saudara Zul menang??YB Zul jarang balik melawat kawasan,YB Zul asyik menyuruh pegawai khas buat kerja sebagai YB.Adakah patut??Sy berharap YB Zul wajib berfikir berjuta kali.Jgn dok makan hasil wang haram.Ingat YB Zul,Ini satu amanah rakyat KBB.Laksanakan tugas dgn amanat,jujur.Duit elaun YB itu adalah duit rakyat KBB yang mengundi untuk YB Zul.Jgn pandai bab agama yang lain,tetapi bab agama yang kecil ini akan membantu kita juga.

AE PRINTING said...

Alhamdulillah. Ada hikmah dari Allah dari setiap kejadian. hidup berKumpulan/parti/politik/masyarakat memerlukan perundingan,muafakat,tolak ansur & hormati pendapat orang lain. Islam tidak mengajar umatnya anti bukan islam/engkar suruhan Allah/kafir tetapi perlukan strategi sahabat dan dakwah. Jangan kita hanya syok sendiri, kita saja yang betul / bijak.
Jika kita berpegang Amanah Rakyat & bercakap atas landasan Islam. Jawatan wajib dilepaskan kerana kemenangan anda dari Tiket PKR.
Fikir-fikirkann...

Anonymous said...

Cukuplah YB Zul, nak berlakon seolah-olah nak jadi 'jaguh Islam'. YB Zul memang pandai berlakon sampai ramai org Melayu Islam buta-buta terpercaya dengan cara kamu ini.

Cukuplah memperkudakan agama suci kita demi matlamat politik peribadi.

Ingatlah: Nabi Muhammad S.A.W. bersabda seorang yg beriman bukan saja menurut prinsip-prinsip asas Islam tapi juga mematuhi 'jalan', iaitu mengikut disiplin dan semangat setiakawan. Maka YB Zul gagal sebagai seorang Islam yg sebenar sebab tidak menurut disiplin dan prosedur parti.

Tindakan terhadap mana-mana anggota Pakatan Rakyat kena ikut prosedur, buat aduan dengan kepimpinan parti PKR atau sekretariat Pakatan Rakyat.

Ini pulak si YB Zul ni terus buat laporan polis terhadap YB Khalid Samad dari PAS, tanpa merujuk siapa-siapa.

Adakah ini patut atau mengikut undang-undang parti? Jelas sekali tidak.


Memandangkan YB Zul ni tidak faham apa erti dan undang-undang berada di dalam parti PKR dan dalam Pakatan Rakyat, YB Zul harus disingkirkan kerana tidak memenuhi undang-undang dan 'rules' PKR dan PR.

Itu saja.

Ini pesanan Dato Seri' Anwar Ibrahim kepada kamu di ceramah semalam:

"Hati nurani kami jelas dan tenang. Zul, ini bukan masalah peribadi. Ini adalah masalah prinsip."

"Kalau kita ikut kepentingan politik sahaja, maka kita tidak akan buang Zul Noordin. Tapi kita pecatkan dia kerana prinsip-prinsip, kerana Pakatan, kerana cita-cita yang kita berjuang demi dan perjuangan kita."

"Tidak seorang pun boleh ugut kita atau membuat tebusan, tidak ada yang perlu memberikan kami ultimatum. Jika anda ingin tetap di dalam Pakatan Rakyat, anda menyokong prinsip-prinsip Pakatan. Jika anda tidak menyokong, anda boleh keluar saja."

ahaa said...

YB tak payah letak jawatan. Kalau letak jawatan dan mengundi semula pun, orang KBB tetap akan pilih YB jugak. Sapa kata orang KBB pilih PKR? Depa pilih bukan BN, bukannya pilih PKR pun! Kalau letak buah nyok lawan BN masa tu pun boleh menang. Percayalah, prinsip dan perjuangan YB dikagumi ramai.

salji said...

Fuhh...lega rasanya.

dok tunggu lama sangat dah. semalam aku belanja teman-teman makan. mau mcm2 depa nie. aku layan jer. hati puas. nak lagi puas letak jawatan. satu KBB aku raya, pilihlah raya manapun semua boleh.

Semua member aku panggil hang kepala PIRAUN bukan kecik atau besaq kepala terus. Orang kalau jahat nie mesti kepala botak. nampak baik tapi jahat nak mampuih. mcm megat komeng. awai tu tunduk, kalau jalan pijak semut pun tak mati tapi hampeh.

balik kulim buat la sikit amal. kesian kat kakitangan hang ntah dok merempat mana plak. ada opis kena tarik lepaih tu menumpang, la pokok pisang (jadi sejarah la nanti). mau tak mcm tu kedekut taik idung masin.

kalau nak mai kulim bagi tau rumah aku & geng kat taman jati ada. rumah yang hujung sekali tu masih kosong. maghi ler..... Rumah lama tak boleh dah hang PIANG kat depa.

Hang boleh buat penerangan kat surau situ atau tmn bersatu atau kat tmn tunku putra tu pun kalau layak. kat masjid junjung memang dah lama tak layak.

aku pun nak ucapkan terima kasih juga kat geng aku yang dah lama sedaq. terima kasih buat teman rapatku ahli PAS & PKR di KBB. tanpa u all tak merasa MP ler hare nie.

ingatan :
kalau letak jawatan tak merasa ler pencen, sabaq sampai PRU13 le kot. yang nie yang hang dok pikiaq kaki bawak beg.

aku nak syorkan utk buat satu majlis kesyukuran di atas kemenangan doa org ramai atas apa yang berlaku.

salam buat rakan sepejuangan.

INDAH KHABAR DARI RUPA.

AE PRINTING said...

Salam...

Alhamdulillah... selesai 1 game. Kemenangan atas tiket PKR. Jika berprinsip dan berpegang pada Islam dan Amanah Rakyat. Jika mahu hasil rezeki dengan berkat. Jawatan adalah dari Rakyat & rakyat patut memilih semula wakil pemimpin baru yang berprinsip. Fikir-fikirkan..

Unknown said...

wah ramai pulak org umno menyokong saudara skg,of course mereka akan kata janagan kosongkan sebab depa dah tau keputusan prk.

kejap lagi ramaila ahli umno keluar pkr kat tv.

cmonla zul,sdr pun dah lama dalam perjuagan ini,u know the truth.

just ambik duit tu then letak jawwatan.jangan berpura pura.

dulu dalam pas buat hal skr dengan pkr pulak.

clear conscience said...

Sudahlah. Jangan menitis mataair buaya disini. Ia hanya mengabulkan mata rakyat. Biarlah ini menjadi ajaran kpd kau yang sehingga ini tidak tahu murtabat.

Sebaliknya, seperti kau yang hujahkan, "..... bersikaplah dengan professional dan matang". Tak payah merayu kpd sesiapa melalui blog kau. Tiada yang akan mendengar kau kecuali UMNO aje.

Seharusnya kau berjuanglah demi kepentingan Islam melalui platform Islam dan bukan dalam medan politik. Tubuhkan "Brothers-In-Islam" satu-satu cermin "Sister-In-Islam" mungkin lebih baik untuk mencapai matlamat kau.

Habis cerita politik kau yang begitu retorik yang cuma kepentingan diri sendiri.

Harap kau dapat sedar diri.

sbnboy2005 said...

Salam YB

Demi prinsip dan maruah pejuang Islam sewajarnya YB melepaskan jawatan AP kerana perlantikan AP adalah berdasarkan Parti dan bukannya atas dasar individu. YB pernah berkata yang YB tak yakin menang pilihanraya dulu.

JIka YB berprinsip warak sewajarnya YB meletakkan jawatan kerana elaun AP yang YB terima mengandungi syubhat yang ketara

Yakinlah jika YB dipihak yang benar dan bertawqa rezeki ada dimana-mana, teruskan agenda perjuangan Islam YB berdasarkan prinsip YB kerana YB sendiri menolak perjuangan Islam berdasarkan muafakat jamaah berdasarkan kenyataan2 YB sebelum ini yang membelakang keputusan jamaah parti yang YB anggotai dan parti PAS yang bersama Pakatan Rakyat

kgtokngah said...

Tahniah yb kerana berani mengatakan yg benar dan tidak lg terpedaya dengan lakonan PKR. sya cadangkan Yb menjadi ahli parlimen bebas. Masuk PAS pun yb jadi pak turut gak...jadi la diri yb yg sebenar. Alhamdulilah...tahniah lagi sekali yb

Unknown said...

salam ust zul,

Lebih baik ustaz letak jawatan la sebab ustaz menang atas tiket PKR. Sbb ustaz kata PKR ni da tak mengamalkan keadilan sejagat, tak betul dan sebagainya maka lebih baik letak jawatan baru lah orang kata cakap serupa bikin. Kalau tak, xda merit la percakapan ustaz tu. Bagi saya, kalau ustaz da jadi bebas pun, ustaz tetap menang dulu atas tiket PKR bukan atas tiket bebas

Haziq Al-Fateh said...

yb bukannya nak perjuangkan islam, yb terlalu kecoh dgn agenda sendiri. ini bukan cara islam. yb lebih kpd nak menunjuk2 keegoan yb.

kalau betul yb nak perjuangkan islam, masuk la PAS. Bukankah PAS telah mengeluarkan kenyataan yg bertepatan dr hukum fiqh dlm isu kalimah Allah tersebut ?

YB usahlah nak bersandiwara lagi. PKR tak akan mjd lemah dgn ketiadaan YB. Org2 spt yb akan mengeruhkan lg perjuangan PR. YB umpama duri dlm daging kpd PR.

YB TERLALU angkuh dan sombong. mengutuk pimpinan dan ahli parti sbg firaun2 kecil. adakah sama nilai keimanan mereka kpd Allah dgn kekafiran firaun ? kita tak boleh menyamakan iman dan kufur. ini digelar qias maal fariq.

YB jgn lagi nak memalukan diri sendiri. perjalanan karier politik YB tak dpt pergi jauh slg ada sikap angkuh dan ego sebegini. asyik nak ikut kepala sendiri je...

jebat said...

PKR sekarang dikuasai oleh sampah UMNO seperti zaid ibrahim yg akan melingkupkan PKR...pejuang2 veteran seperti YB Zul sejak 1998 dipandang rendah dan dipecat...duri dalam daging (Zaid ibrahim) dlm PKR diangkat dan dijulang....

Rahimi said...

Saya dan kawan-kawan di bangi hari ini mengistiharkan utk keluar pkr dan komited utk bersama sama yb zul utk perjuangkan islam.

Kami amat berharap yb zul dpt mengusahakan gabungan ngo ngo islam segera dan kami akan berada teguh di belakang yb.

harunn said...

Salam ,

Tahniah diatas ketegasan Yb dalam isu kalimah Allah , Yb tidak takut hilang jawatan , tak macam pemimpin lain yang kecut telur , mereka terlalu taksub kepada petualang haram jadah
Harap Yb teruskan perjuangan demi Islam
Kepda firaun2 malaun bangsat , teruskan usaha kamu mengampu petualang , semoga kamu semua akan dapat balasan yang setimpal

Tegas said...

Nampaknya PKR sudah tidak ada niat untuk membela dan memperjuangkan Islam. Mereka lebih bercorak Sosialisma dan ini adalah bercanggah dengan perjuangan Islam. Sesiapa yang berjuang bukan untuk menegakkan kalimah Allah, maka sia2 lah perjuangan dan pergorbanan harta, masa dan tenaga yang mereka telah sumbangkan.
Dan di akhirat nanti mereka termasuk orang yang rugi.
Lebih baik kita sumbang tenaga dan wang ringgit kita kepada surau2 atau masjid2 dari perjuangan yang sia2 dan tak dapat apa2 di akhirat.

Unknown said...

Isunya...

La illah a illaAllah
maksudnya:
Tiada illah selain dari Allah, or
Tiada tuhan selain dari Allah.

Gua tak faham kenapa ramai yg confuse. Ada org jadikan selain dari Allah swt sebagai tuhan, terutama yg bukan Islam la. Yg nyata mereka tidak submit kpd Allah swt. Adakah sekarang mereka mengatakan Allah swt itu satu2nya tuhan mereka?

Kita mengalu2kan sahabat2 dari non-muslim untuk submit to Allah swt dgn cara2 yg telah ditunjukkan oleh Muhammad saw.

puteraperdana2000 said...

YB...TGU APA LAGI...TAKKAN NAK MASUK UMNO KOT...
WAKTU YUSOF QARDHAWI MAI DULU TAK TNYA PON PASAI TU...MGKIN ILMU HANG BNYK DAH KOT..MENTANG2 LA LAWYER,,,YUSOF QARDHAWI BUKAN LAWYER PON...TAK PAYAH LA MAIN WAYANG LAGI...CUKUP LA SAUDARA ZUL.

Anonymous said...

Salam YB,perjuangan YB sebenarnya baru bermula. Seperti yang YB cakap dulu, I am a Muslim first, Malaysian second.

Hj Azwan Affendy Ahmad Zahidi said...

YB. Kami mengalu-alukan kehadiran YB bersama PAS untuk menunaikan amanah Agama ini. Iqamatuddin Wa Siyasatud dunya bih. Amanah yang diberikan oleh rakyat kepada YB hendaklah ditunaikan. Kesilapan yang lalu boleh dijadikan iktibar dalam menempuh cabaran yang mendatang. Kami ahli PAS peringkat bawahan tidak sama sekali akan menyokong penggadaian prinsip perjuangan oleh mana-mana pimpinan PAS. Tindakan berhati-hati oleh YB Dato' Seri Presiden PAS amat kami sokong dalam menjaga prinsip perjuangan parti. Justeru, alasan apakah lagi YB tidak mahu kembali bersama kami?

Anonymous said...

YB, kami rakyat, meminta YB letak jawatan sebagai ahli parlimen.

Kami undi YB bukan kerana YB, tapi kerana menyokong perjuangan PKR dan semangat Pakatan Rakyat.

Memandangkan YB bukan orang PKR lagi, sila letak jawatan.



~~ Seorang bekas penduduk Kulim ~~


Maklumat tambahan tentang siapa dia YB Zul sebenarnya, baca sendiri dari mulut Setiausaha Agung PKR di sini. Cukup menggemparkan!!!

Unknown said...

Saya pengundi zulklifi kawasan kulim.saya tak sangka saudara begitu rascist and extremist..saya sokong parti bukan saudara zul.saya harap zul akan letak jawatan,kalau zul ada maruah....tapi...saya zul in kan taliban....takde maruah.....

tokapi said...

Woi.. hampa dok suruh YB Zul letak jawatan tanding semula?? Lagi berapa tahun baru boleh tanding? 2015? 2016?

Sapa wakil rakyat letak jawatan mana boleh bertanding dalam masa 5 tahun.. Perkara 48(6), perlembagaan persekutuan... apa da hampa neh.. cuba la paham situasi ni sat..

Kalau YB Zul letak jawatan, maknanya bukan dia boleh bertanding balik kalau ada PRK.. Yang masuk bertanding nnt UMNO, PKR atau AKIM ka kat Kulim.. YB Zul hilang suara di parlimen nak perjuangkan perjuangan dia..

sekhrazi said...

Salam YB Zul,
saya disini secara peribadinya mencadangkan kepada YB supaya pertamanya membuat solat istikharah dahulu mengenai tindakan susulan YB pada masa akan datang samada menjadi MP Bebas atau kembali kedalam PR ataupun menyertai BN. Ketepikan buat sementara pandangan dan cemuhan mereka yang saya rasa tak mengetahui akan kedudukan dan situasi YB. Kajilah kembali akan sebab YB berdiri sebagai MP.

Saya menyokong akan tindakan YB menegakkan apa yang benar dan selagi tak becanggah dengan Islam.

Sekian.

zakwan said...

Oh,YB Zul
Even if u quit,PKR will do just fine
I'm banking on DS Anwar, Azmin Ali, TS Khalid, Saifuddin Nasution, hell even Tian Chua 2 not only uphold Islam but also safeguard the rights of all Malaysians,regardless of race and religion

I believe this is the one thing you failed miserably as MP

s.vignesvaran said...

Zul,

IT IS YOU THAT WANT PKR TO SACK YOU. YOU ASK FOR IT INDEED!YOUR ARE A FOOL IF U THINK PEOPLE WILL BUY YOUR CHEAP DRAMA. Finally PKR made the right & conscience decision against you. You are torn in flesh. It is beginning of end of your political chapter. PKR and Pakatan will now have less burden to carry with your departure. Be ready to loss your deposit in the next election, anyway i don't expect you to be around till GE13.BYE BYE.

Poor Kulim Voter

Hendric said...

Yahhhhhhhhhhhhhhhhhhhoooooo..........

Pak Pandir bodoh moden sudah kena buang !!!

Tahniah PKR kerana mengambil tindakan yang betul !!!

Menangis pak pandir dan dia kata PKR menuju kehancuran....

Tetapi orang yang berotak tahu kerana seorang dua atau tiga , tak mungkin satu organisasai akan runtuh begitu saja..


Yahhhhoooo....................


psst...biasalah , orang ternama lagi kuat menipu , tengok blog -blog mereka, semua komen baik punya. Orang tahu lah komen yang buruk tidak disiarkan, saya rasa komen en. zulkifli lebih banyak yang kutuk dari yang sokong!!!!!

Zam said...

Salam YB Zul,

STEADY RAH!!

Letak jawatan, hilang maruah!!

Teruskan jadi bebas.

faziz ar said...

sdr zul
membaca kenyataan akhbar sdr ini dan memikirkan kembali tindak tanduk sdr sejak kebelakangan ini termasuk muncul di TV, kenyataan-kenyataan sdr, perjuangan karut sdr tentang kalimah Allah dan beberapa isu remeh yang lain, dakwaan sdr tentang adanya firaun-firaun kecil, sikap kepala batu sdr, saya mendapat beberapa petunjuk tentang diri sdr:
1) bahawa sdr berhasrat mahu merosakkan pkr dan PR semaksimum yang mungkin.
2) Isu yang sdr buat ini mampu memesongkan isu besar yang berlaku dalam UMNO-BN, juga mampu melalaikan tumpuan rakyat terhadap penyelewengan pemimpin UMNO-BN
3) Sdr sebenarnya adalah alat UMNO-BN yg menyusup dalam PR. Kalau Saiful dengan peranan fitnahnya, sdr pula punyai peranan tersendiri- yang matlamatnya adalah sama - mahu menghancurkan PR. Perjuangan melalui kaedah manusia munafik.

Andai sdr punya maruah..kosongkan kerusi...

Unknown said...

yb jangan letak jawatn, la ni lg baguih x dak sapa nk kontrol yb janji buat benda baik, pejuangkanislam...jgn layan penccacai pas, pkr ni. umno pun sama gak. maintain yb bebas lepaih tu balun kiri kanan bila depa buat x betoi..x kirala pembangkang ke k'jaan, saya skg yb jd bebas.

Anonymous said...

Assalamualaikum YB.,
Teruskan perjuangan YB. Saya kesian membaca komen2 HAMBA2 DEMOKRASI ciptaan kafir british yang tak habis2 mendaulatkan parti politik masing2 lebih daripada mendaulatkan agama sendiri. YB tidak perlu meletakkan jawatan kerana sememangnya negara perlu lebih ramai ahli politik macam YB. Ramai ahli politik sekarang patuh kepada ketua parti mereka membuta tuli tanpa merujuk berdasarkan ilmu dan nas-nas yang kukuh. Istilah firaun yg YB gunakan masih lagi lembut bagi mereka yg sanggup menjual agama demi survival politik ciptaan yahudi. Zaman dahulu, Islam mampu survive dengan sistem khalifah & tak perlu ada sistem2 parti sebegini. Zionis & Yahudi bertepuk tangan melihat apa yg berlaku di Malaysia sekarang. Umat Islam sekarang FANATIK dengan parti politik lebih daripada FANATIK dengan ISLAM itu sendiri. Kata2 ulama yang bebas daripada anasir politik tidak mahu didengar malah diperlekehkan. Sedangkan politik bukanlah satu2nya jalan untuk menegakkan Islam. Kita dapat dapat lihat kepincangan institusi kekeluargaan di Malaysia sehingga meningkatnya kes buang bayi, rogol, dsb di negeri2 di Malaysia. Tidak kira negeri di mana (samaada parti Islam ataupun tidak). Ini tidak lain terjadi bila pemimpin hanya tahu fikir untuk mencari kesalahan dan menghentam orang lain tanpa menyedari tanggujawab sebenar untuk memimpin dan membimbing rakyat. Di akhirat nanti, pemimpin lah yg pertama sekali akan bersoal jawab dgn Allah s.w.t. Allah pasti tidak akan tanya berapa banyak bangunan yg dibina tetapi Allah akan tanya sejauh mana seseorang pemimpin menegakkan Islam dalam masyarakatnya. Sesetengah orang berpendapat YB terlampau 'direct' dan kurg berhikmah tetapi dalam situasi sekarang sebenarnya sudah byk hikmah yg YB lemparkankan untuk ahli politik beragama Islam di luar sana. Saya doakan YB terus sukses dan kekalkan momentun perjuangan YB. Yakinilah YB bukannya berseorangan dan ramai yang menyokong YB. Semoga Allah memberkati usaha dalam menegakkan Islam di bumi Malaysia tercinta ini. Wallahua'lam.

haiza najwa said...

Usah withdraw ur position. Dan dlm situasi polemik yg seumpama hot spell skrg ney, tolaklah mem'pro' mana2 parti,kerana anda akan diperulam.
Alangkah sukarnya menunjang satu prinsip, demi itu jgnlah mensintesiskannya dgn prinsip parti yg lain. Justeru berdirilah sendiri. Jika anda telus, ramai akan menyanjungi. Berani sungguh anda, bernaunglah dengan ALLAH dan jadilah juara pd prinsip sendiri..Saya akan sering mendoakan !

rakyat kecil said...

tahniah yb..yb x payah layan orang yang kutuk yb...orang yang kutuk yb islam x ada di dada..masing2 hanyut dengan kuasa dan taksub membuta tuli.. org islam apa yg sanggup memperjudikan nama ALLAH.. yb adalah penegak islam yg sebenar lebih benar drpd org pas yg pakai serban tu...saya sebagai rakyat kecil ttp menyokong yb..dn kpd org islam yg mengutuk yb moga ALLAH memberi hidayah kepada mereka..dah terlalu sesat dengan politik..politik baik tapi tangan2 manusia yg mengotorkannya..dan mereka adalah org yg kotor..ALLAH HUAKBAR

mimsalleh said...

Pengundi undi parti PKR, PKR tak mau mu, tunggu apa lagi, letak jawatan la. Kalu tak letak jawatan, itu tandanya mu kemaruk jawatan, duit elaun, pangkat, gila, tak ada otak, dayus, gila babi, TQ

PUTERI said...

Salam Saudara ZN,

Pertama, bersyukur pada Allah SWT kerana setiap ketentuanNya ada hikmah yg hanya dapat dilihat dengan mata hati yg islam dan beriman. Amanah yg diberikan kepada saudara bkn oleh PARTI atau pengundi tetapi atas TAKDIR yg Allah mentakdirkan saudara menjadi YB Kulim. Oleh itu, teruskan amanah tersebut kerana kita harus menjadi hambaNya yang patuh dan taat. Tidak perlu kita mengambil hati manusia jika kita membelakangkan Allah dalam tindakan kita. Ingatlah, jika kita bersabar dengan hinaan manusia, kerana mencari keredhaanNya, maka Allah akan sentiasa menjaga diri kita, cepat atau lambat, yakinlah kemuliaan itu akan tetap bersama saudara kerana kita memuliakanNya dari segala-gala isi dunia yang fana ini.

Sekian, saya mendoakan saudara ZN tabah dan menyerah diri kepada Allah dengan sebenar-benar penyerahan.

SilVerWings2011 said...

askum dan salam sejahtera..
Melihat isu ini...mari kita kembali kepada asalnya iaitu kalimah Allah yang Maha Esa..sy berpendapat YB kita ni tidak akan mengambil tindakan tanpa memikirkan kesan dan akibatnya..sudah tentu beliau merujuk pakar alim ulama seblum bertindak..SALAHKAH BELIAU sebagai UMAT ISLAM bertidak sedemikian??Salahkah??heloo...ini bukan soal parti pas ke umno ke pkr ke...ISLAM...itu fokus beliau...masalahnya..yang sedih org Islam sendiri mengutuk tindakan beliau atas nama politik...SEDARLAH..POLITIK TAK KEMANA..MATI NANTI TUHAN TAK TANYA..KO DAP KE PKR KE UMNO? TUHAN TANYA IMAN ISLAM KITA..NAMA AJE ISLAM TAPI TIDAK BERBUAT SESUATU UNTUK MENEGAKKAN ISLAM..(AKU MALU PASAI PAS..NAMA AJE PAKAI KOPIAH..TAK RAMAI ORG PAS BERKATA SESUATU DLAM ISU NI...) SEMUA DOK BACUL TAKUT KHALIFAH DAN PROKSI YAHUDI TU..

zzzzz said...

Saudara seorang yg suka membuat kacau bilau. Penyokong PKR & PR tak memerlukan org yg berperangai mcm saudara

kingnek said...

YB Zul Nordin, ramai orang Islam di Malaysia ni kagum dengan keberanian anda yang seperti kelakian Umar Al-Khattab.
Syabas, Anwar tu agen yahudi, peduli apa PKR tendang YB keluar, si kaki togok Zaid Ibrahim fikir dia nak jadi PM bile Anwar dimasukkan Sungei Buloh? Kirim salah ah kaki togok, orang Islam pasti akan tentang punya

Meooo Comicore Club said...

mungkin encik terlalu outspoken kot...

ntahlah... politik tetap politik bro.

Join PAS lah mcm tue.

Nashruddin said...

Assalamualaikum YB,
Sesungguhnya Allah SWT tidak akan menguji seseorang melainkan mengikut kemampuannya dan tahap keimanannya. Semuga dengan ujian ini Allah SWT akan menambah keimanan dan kesabaran kepada YB dalam memperjuangkan Islam di negara ini dan seluruh Alam.

Sesungguhnya sesuatu yang berlaku itu pasti ada hikmah disebaliknya yang hanya diketahui olehNya.

Unknown said...

YB, kalau ada maruah tolong kosongkan kerusi Kulim/Bdr Baru. Kami orang Kulim tak perlukan pemimpin macam hang. Pirahhhh...

harunn said...

Salam

Saya mohon sesiapa yang sokong Yb Zul , teruskan bagi sokongan anda kepada Yb Zul , kita perlukan 1 juta pemimpin begini
Bukn pemimpin yang tahu angguk dan mementingkan jawatan
Saya kira Yb Zul menyesal kerana membela petualang dulu , kalau tahu begini nasibnya mesti Yb Zul akan biar petualang pi jahanam dulu

nash said...

salam

Disebabkan walaupun telah dipecat dari PKR saudara masih lagi mengaku tetap menjadi peminat setia DSAI,YB Zul perlulah menunjukkan kesetiaan itu dengan mengikut arahan dari PKR khususnya DSAI sebagai Ketua pembangkang iaitu silalah kosongkan kerusi Parlimen tersebut.Ataupun saudara boleh terus menjadi ahli PKR juga,demi terlalu cinta dan sayang saudara kepada DSAI...Janganlah menjadi manusia munafik.Sepatutnya bila sudah dipecat saudara perlu melihat semula selama ini apakah peranan DSAI dan sumbangan PKR kepada Umat Islam dan bangsa melayu?.Apakah yang telah saudara sumbang kpd rakyat di Parlimen saudara sehingga kini?publisiti?sekian
,wassallam.

Lynn said...

Anugerah Bintang Paling Popular 2009/2010..

Adalah..YB Zul...

Tepuk..tepuk...tepuk...

zsj said...

Tak perlu kosongkan kerusi. Jgn membazir wang rakyat. Org Kulim mahukan MP yg berani & tegas. Pakatan Rakyat byk mengonkong agenda2 Islam. PAS juga seperti dikonkong oleh Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat byk menguntungkan DAP.
last but not least LAWAN TETAP LAWAN.

mohd ihsam zainuddin said...

assalamualaikum yb zul! saya adalah salah seorang peminat yb sejak dr isu murtad lagi.yb perlu tabah menerima keputusan ini.ia tidak lah sampai kpd penghujung perjuangan yb.w/pun keputusan itu bersifat strategi politik ttp percayalah saudara tetap dipandang tinggi oleh masyarakat m'sia atas keberanian saudara! cuma nasihat saya sbg pemerhati di atas pagar melihat ini bukan titik noktah perjuangan saudara!jika saudara berdiri di atas tiket bebas saudara masih boleh mengemukakan idea dan kritikan terhadap apa sahaja isu yg berkaitan agama islam.kalau medan umno yg saudara pilih,percayalah ia akan lebih membawa kebinasaan kpd saudara.biar masa dan keadaan yg menentukan tindakan saudara ini samada betul atau tidak.slps ini saya cadangkan saudara bergerak dlm pertubuhan ngo yg tidak mnyebelahi mana2 parti politik.suara saudara amat diperlukan dlm mempertahankan islam di m'sia.sekali lagi saya mengharapkan agar saudara lebih yakin dan berani menghadapi ujian2 politik yg mendatang.sekian wasalam.

CgLyn said...

Klu YB masuk PAS, YB akan melalui laluan sukar kerana sebahagian PAS telah diresapi ideologi PKR. Sy terbaca komen seseorang yang mencadangkan YB menubuhkan parti baru dengan cara berpolitik baru yang ingin YB perkenalkan. Sy berminat dengan cadangan tersebut. Harap YB dapat menghubungi saudara berkenaan untuk merancang penubuhan parti baru yang tidak memihak sama ada BN atau PR itu. Semoga parti baru itu nanti dapat mendidik anak2 muda dalam pengamalan politik yang sihat.

Wak Long Man said...

Salam , YB Zulkifli Noordin

Dukacita saya , apabila YB telah dipecat dr PKR.. TAPI tindakan saudara TIDAK meletakkan jawatan sebagai AHLI PARLIMEN satu tindakan yang tepat. Saya rasa mengundi2 saudara inginkn pemimpin yang begini mempertahankan KEBENARAN. Ini amanah rakyat yg mengundi saudara

JamQistina (0195000770) said...

salam, minta T.P pkr jelaskn satu persatu perwatakan ahli parlimen pkr, jgn bila ada yg lompat baru nk tuduh mcm2... ceo la tender la, sampah la hehe lawak la

nik said...

Orang-orang yang memecat saudara semestinya lebih mementingkan maruah partinya daripada menjaga maruah Islam. Kalau dibaca alasan mereka pun, tiada langsung menyebut anda bersalah kepada agama, tetapi kesalahan kerana melanggar aturan parti. Nampak sangat parti itu lebih besar dari Islam.

Jadi, tidak hilang maruah langsung saudara Zulkifli dipecat kerana berniat mempertahankan Islam, melebihi kepentingan parti

nik said...

rata-rata manusia yang anti-zulkifli menyifatkan tindakan saudara bole memecahkan dan mengacau-bilaukan PKR & PR...tiada sebab lain yang disebut..tidak disebut langsung kesan baik/buruk tindakan saudara kepada Islam, malah mungkin mereka tidak fikir langsung kerana yang penting PKR & PR sahaja...

hafszach said...

Buat Saudara Zulkifli :

Sebagaimana umat Islam merasa terhina bila Natrah dibicarakan oleh hakim Inggeris, dan kes kalimah ALLAH dibicarakan oleh hakim bukan Islam! Saya berasa terhina dihadapkan ke panel yang bukan Islam untuk membicarakan aqidah, kepercayaan dan agama saya!

Wow..!! Cantik ayat2 serta hujah2 saudara di atas.. tak mahu kes saudara seperti kes Natrah di singapura dahulu berulang kembali bila mana org inggers yg menjadi hakim dalam kes tersebut..

Knp saudara tak pertikaikan pulak bila kes Kalimah Allah ni dibicarakan oleh seorang hakim bergangsa cina dan beragama kristian.. wakaka,,

Sebenarnya saudara dan ramai lagi yg terperangkap dgn mainan politik kotor UMNO.. selaku seorang islam yg menjunjung agamanya saudara sepatutnya lebih cerdik menilai segala mainan munafik dalam UMNO ni..

Saya benar2 kecewa bila mengetahui saudara dgn gopoh cuba tampil sebagai jaguh bagi mempertahankan kalimah Allah, setiap perkata yg berlaku seharusnya dinilai dgn akal yg bersendikan kitabullah bukannya dgn nafsu dgn bersendikan sifat amarah..

Sorang muslim yg cerdik ialah bila mana dapat mentafsir apa yg tersurat dan apa yg tersirat disebalik setiap apa yg berlaku..

Apasalahnya jika terdapat 2 atau 3 org yang bukan islam menjadi panel, sekurang2nya mereka akan mengerti mengapa saudara berjuang mempertahankan kalimah Allah..

jgn jadi seperti UMNO yg tidak boleh diajak berbincang tetapi terus menerus menyerang membabi buta sehinggakan menyerlahkan imej keburukan akhlak mereka di mata bukan islam..

* Sedarlah manusia yang bijak adalah manusia yg memuliakan dan meletakkan akal lebih tinggi dari hawa nafsu..

nik said...

YB Zul tidak perlu meletak jawatan. PR tidak perlukan YB, dan YB tidak perlukan BN..tapi Islam di Malaysia ini memerlukan YB Zul...

Ini kerana, klu dulu kita boleh berharap pada PAS untuk bersuara bagi kepentingan Islam dan umatnya.

Namun sekarang, PAS sudah terikat dengan PR dan tergoda dengan Anwar..Umno pula, memang dari dulu sekadar guna Islam bila perlu...

Jadi, hanya ahli parlimen seperti YB Zul yang jadi harapan Islam di Malaysia ini...

aresun said...

YB. Saya amat mengagumi YB lebih2 lagi kerana isu murtad yg semakin parah tidak lama dahulu. YB mmg ambil berat tentang islam. dan saya amat menghormatinya. YB menyertai bidang politik mmg platform yg baik untuk mendukung islam.


Tp YB masih amat mudah dalam politik. Kalo dibandingkan dengan Nik Aziz, mungkin YB masih bersekolah rendah ketika Nik Aziz menyertai politik. Inilah sepak terjang politik, tak sama dengan bidang YB. Dan YB juga harus menghormati pandangan rakan2 dalam PR.

Kita semua sedar isu Kalimah Allah ini adalah untuk melaga2 kan pemimpin PR. Dan YB telah pun membuka ruang untuk mereka menghancurkan kita. Sekarang siapa yang rugi? Janganlah hanya ingat pandangan kita selalu betul. Apakah dengan pandangan kita yang berbeza dalam PR sekarang telah menghancurkan Islam? Tidak kan?

Yang menhancurkan islam ialah polisi2 kerajaan sekarang.

Fikirkanlah

al-Faqer ilallah. said...

Saudara tak berguna satu sen kepada Pakatan Rakyat...masuklah UMNO, mereka sekepala dengan saudara...
Saya ahli PAS...saya membantah kalau saudara nak menyertai PAS....

rahimshah said...

Salam, apa yg terjadi pada yb tak perlu dipertikaikan lagi,, Sekurang-kurangnya yb telah bertindak sebagai seorang muslim.. soalannya apa tindakan orang2 yang mengkritik yb dalam blog ini.. kemana mereka ketika Allah cuba dikongsi oleh kafir-kafir laknatullah? apa sumbangan mereka? ingat seekor burung pun menyumbang jasa dalam menyelamatkan Nabi Ibrahim A.S tapi mereka2 yg mengkritik Yb ni terlalu bacul dalam menyatakan yg hak.. kerana terlalu cintakan dunia, rakyat islam Malaysia terpaksa berkongsi Tuhan dgn Kristian dan mungkin dengan Paria lps ni Pulak.. Wajiblah Bala Dari ALLAH turun di bumi MALAYSIA ini.. sama2 kita saksikan...

Sham said...

salam tuan yb...

tahniah, segala usaha yb telah berhasil...saya dah agak memang ini yg dinanti oleh yb..

saya sebagai pengundi yg telah mengundi yb pada simbol PKR dengan ini meminta yb kosongkan kerusi MP sebab kini kami sebagai pengundi tidak redho dengan tindakan yb yg cuba memporak porandakan pakatan rakyat. sekiranya yb masih engan kosongkan kerusi MP dan menerima n makan gaji MP fikirkanlah halal atau haramnya.....wassalam n kirim salam kat datuk najib....Tq

Haziq Al-Fateh said...

baik YB letak jawatan utk membersihkan nama baik YB. Jgn nak buat malu lg dah...cukup2la tu YB nak jd hero. Letak jawatan, then bertanding semula. Kita lihat samada rakyat masih inginkan kepimpinan YB di parlimen Kulim.

kalau betul YB nak perjuangkan islam, masuk saje PAS....atau masuk saje Biro Agama UMNO.hahahaha

Shahrulrock said...

Berjuanglah dalam apa juga bidang, dugaan akan datang.
Selagi ianya perjuangan yang ikhlas, insyaallah, akan ada kebenaran di hujungnya nanti.
Saudara YB Zul,
Saya bukanlah menyokong mana-mana parti politik,tetapi saya menyokong perjuangan YB untuk menegakkan keadilan.

Shahrulrock said...

YB Zul,
Jangan letak jawatan kerana desakan.

*Anwar pernah bergegar untuk merampas Putrajaya pada epik 16-Sept.Andai epik itu bertukar nyata, adakah penyokong BN akan mendesak di adakan semula pilihanraya?

Anonymous said...

sememangnya ini yg akan berlaku di akhir zaman ini... HUKUM diketepikan, nafsu diutamakan.... hahaha... nanti akhirat jawab....

Ibnu Saif said...

Banyakkan besabar YB.... Memang camni laa kan hidup dalam memperjuangkan ISlam nih.. once kita dah kata kita nak pejuang Islam.. Ujian bagaikan hujan ribut petir akan jatuh keatas kita...

Semoga YB akan sentiasa dan terus istiqamah dan kuat dalam menempuh Ujian ini....

Semoga Allah memberikan kekuatan kepada YB... Allahumma Ameenn...

Unknown said...

alahaiiii..makin jauh la putrajaya nuar ek...heheheheh

HIDUP UMNO!

Unknown said...

Zul,

sku baca paper pagi ni, wan azizah cabar ko kosongkan kerusi parlimen ko, pada fikiran aku, tak payah la dengar cakap bengong diaorang tu.

Diaorang hari tu nak tawan putrajaya pun dok ikut pintu belakang juga..

ni orang tak da maruah. Nik aziz pun bengong jugak, BN lompat kat PR , bagus..boleh masuk surga, hang dok jadi bebas tak sokong BN pun depa kata kena jawab kat akhirat, jadi depa tak payah jawab apa2 la kot, mungkin Lim kit siang akan bagi syafaat kat nik aziz dan sekutunya

Perjuangan perlu telus Zul, hang pun tak payah la berjuang untuk Anwar, akhlak dia hanya Allah dan orang yang rapat dengan dia aja tau.

Jadi selamat berjuang dan tak payah dengaq cakap orang bengong serupa macam wan azizah . nik aziz dan yang senangkatan dengannya. depa pun 2x5 aje

nash said...

salam

Diharap saudara dapat membuat teguran kepada semua pihak,tak kira kawan atau lawan.Salah tetap salah.

selamat maju jaya

idan said...

nak kalut apa,kalau yb zul brtanding lg lepas ni,kalau kita suka kat dia,kita pangkah dia,kalau x suka,buang saja dia.

buat yb zul,bukan saluran politik sj yg bolih yb gunakan utk brjuang demi islam.ramai sy tngk ustaz2 kat malaysia ni,yg br juang demi islam walaupun tampa sebarang ganjaran & nama.persoalannya sanggup ataupun tidak?

parti politik manapun ada kelemahannya.dalam kumpulan kita,tentu ada yang lebih baik dr apa yang yb zul brtaut sekarang.pergilah kpd mereka.x kan yb nak menyeberang ke tmpt yg pernah yb tentang dulu.fikirkanlah harga diri kita.kadang kala kita patut melihat kelemahan diri sendiri.dengan itu,mudahlah kita menilai kekuatan & kelemahan org lain.

Islah Mohd said...

tahniah...YB...kadang2 kita kena buat sesuatu yang dibenci oleh sekalian makluk kerani mencari redo khalik...apa pun YB,apa yang YB buat sekarang pasti mendapat sokongan tak berbelah bagi dari org islam yang meletakkan ALLAH lebh dari parti...semoga ALLAH pemudah kan segala nya utuk YB

Haziq Al-Fateh said...

saya sarankan YB masuk PAS dan terima pelawaan Tuan Ibrahim kalau betul YB ikhlas nak perjuangkan Islam.

Juw-one said...

assalamualaikum YB ZN~

sy bersyukur ke hadrat Allah kerana berikan seorang wakil rakyat seperti yb~ sy telah lama follow up komen-komen yg menghentam dan menyokong~ sy jugak follow yb mengenai isu murtad aisyah bukhori~ sy tak berminat dgn agenda politik di Malaysia tetapi kelihatan politik Malaysia sekarang mengancam kedudukan agama Islam di malaysia~ insyaAllah, sy percaya, dgn istiqomah yb dan doa umat islam, perjuangan yb dan rakan2 yg menegak kebenaran akan berjaya~ sy jugak pernah dgr kuthbah aidil fitri yb di surau al muhajirrin di taman tunku putra tahun lepas, dan sy percaya yb mampu membawa kemajuan dari segi pembangunan material dan akhlak dgn seadanya~ insyaAllah~

Unknown said...

Lelongan Awam:

MP Kulim/Bdr Baru. "Pejuang Islam Sejati". kah..kah..kahh...

Harga: Boleh dirunding. Bidaan dari UMNO di alu-alukan. Amat menguntung jika UMNO berjaya mambida...