25 March 2010

BAHAS TITAH DIRAJA (1)

UCAPAN BAHAS TITAH DIRAJA (1)
ZULKIFLI BIN NOORDIN
AHLI PARLIMEN KULIM BANDAR BHARU
MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KETIGA PARLIMEN KE 12 2010


MUQADDIMAH DAN ISU PEMECATAN

Assalammu’alaikum dan salam Islah.

Bismillahhirrohmanirrohim. Alhamdulillah, sumalhamdullilah. Alhamdulillah hillazi arsalarosulahu bil huda wadiinil haq, liyuz hirohu ‘aladdii nii kullih, wakafaa billah hisyahiidaa. “Segala puji bagi ALLAH yang mengutus Rasulullah dengan petunjuk dan agama Islam yang benar, dan cukuplah ALLAH sebagai saksi”.

Saya memanjatkan syukor kepada ALLAH atas kesempatan ini dan mengucapkan terima kasih kepada YB Dato Yang Di Pertua (YDP) kerana memberikan peluang kepada saya untuk turut serta dalam perbahasan menjunjung kasih Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong.

ISU PEMECATAN DARI PKR

Dato’ YDP, saya berdiri disini sebagai seorang Ahli Parlimen bertaraf bebas. Bebas dalam ertikata saya tidak terikat dengan whip mana-mana parti; samada disebelah kerajaan mahupun pembangkang. Dan insyallah, saya berasa lebih selesa dengan kedudukan ini, kerana ini membolehkan saya mengambil pendirian yang bersesuaian dengan ‘conscience’ saya, dan berdasarkan kepada syariat Islam.

Dato’ YDP, saya menjadi seorang Ahli Parlimen bebas bukan kerana saya mengkhianati parti saya, tetapi terdapat segelintir mereka didalam PKR telah berkhianat. Saya mengambil kesempatan ini untuk memperbetulkan rekod bahawa pemecatan saya daripada PKR berlaku akibat konspirasi segelintir mereka yang kini menguasai PKR, yang melihat kehadiran saya sebagai penghalang agenda sempit dan jahat mereka. Mereka menggunakan alasan kononnya kerana keengganan saya hadir dan mengiktiraf Lembaga Disiplin yang dikuasai oleh panel bukan Islam, iaitu 2 aktivis Kristian, Mr. Goh Keat Peng & Puan Chew Swee Yoke dan seorang penganut Hindu Mr. T. Kumar untuk membicarakan saya membabitkan isu kalimah ALLAH.

Dan salah seorang aktivis kristian tersebut, Puan Chew Swee Yoke adalah juga ahli Family Law Committee Majlis Peguam, badan yang menganjurkan forum “Masuk Islam” yang menerima bantahan besar-besaran umat Islam pada tahun 2008, dimana saya sendiri mengetuai bantahan tersebut. Malahan salah seorang ahli panel Lembaga Disiplin yang beragama Islam** telah menarik atas alasan beliau sendiri, walaupun beragama Islam, tidak mahir didalam isu berkaitan kalimah ALLAH! Apatah lagi bagi panel yang bukan, Islam hendak membicarakan saya dalam isu membabitkan agama Islam.

Saya tidak lupa apa yang berlaku dalam kes Natrah, bagaimana Hakim bukan Islam membicarakan isu berkaitan kesahihan aqidah Natrah dan perkahwinan beliau dengan Almarhum Mansor Adabi, tetapi berselindung dibalik kononnya ianya isu hak penjagaan bukannya isu agama Islam. Akhirnya umat Islam yang dihina apabila agama Islam diperkotak-katikkan oleh Hakim yang bukan Islam menggunakan undang-undang Inggeris. Pada saya membariskan panel bukan Islam untuk membicarakan saya dalam isu membabitkan agama Islam adalah satu penghinaan besar, bukan kepada saya, tetapi kepada umat Islam seluruhnya. Ini sepatutnya menjadi pembuka mata kepada umat Islam untuk menilai warna sebenar segelintir mereka yang menguasai PKR hari ini.

****************************************************************

*Nota: ini adalah Bahagian(1) daripada 6 bahagian ucapan yang saya sampaikan dalam Bahas Titah DiRaja yang disampaikan di dalam Dewan Rakyat pada hari Rabu 09 Rab’ul Akhir 1431 / 24 Mac 2010. Bahagian dimana berlaku pencelahan atau lain-lain insiden yang direkod didalam Hansard tidak saya siarkan. Untuk butiran penuh, sila lihat Hansard Parlimen di laman web www.parlimen.gov.my

**Ahli Panel yang menarik diri ialah Tuan Haji Din Marican

29 comments:

Blogger said...

Syabas YB. Orang yang benar ikhlas dalam perjuangan akan sentiasa mendapat bantuan dari Allah. bersabarlah dan Bertaqwalah semoga YB beroleh keuntungan. Saya tetap menyokong YB.

Syahid Benrauf

Halim Genmok said...

apa lg hg nk mengarut Zul4Kaldai?

mitchell said...

Greetings of the Almighty be upon you and your family, YB.

"Dan insyallah, saya berasa lebih selesa dengan kedudukan ini, kerana ini membolehkan saya mengambil pendirian yang bersesuaian dengan ‘conscience’ saya, dan berdasarkan kepada syariat Islam."
My dear YB, you are where you are becoz of the "rakyat" who believe in the struggle of your previous party and not you or your conscience.
If what you say now is what your socalled conscience is saying, I'm sure it is also telling you to be a man of princple and resign from being an MP immediately, then stand again for re-election, if you are elected again, praise be to God and you will surely know that the rakyat elected YOU on your princples and nor PR.
I pray that you will see the light and listen to your conscience thats if you really have one.
May God always continue to bless you.

The One said...

Hello `Little PHAROAH'

Bravo little pharoah..
sudah offer dlm dewan.. bakal mahhssyuuk.. mungkin suda mashhyuukk..

Selamat jadi munafik dan TUNGANGAN UMNO sehingga 2013

Babai Little PHAROAH

Abi Qalam said...

AlhamduliLlah,

Tuan telah menyuarakan apa yang rakyat semua bimbangkan.. Apa yang tuan YB luahkan adalah apa yg bergelodak didalam hati saya, terima kasih..

Jack O Lantern said...

ANAK HARAM LUAR NIKAH KAU ZUL, KALAU AKU JUMPA KAU SEMBAHYANG DI MASJID JAMEK JALAN TUN PERAK KL, NAHAS KAU AKU KERJAKAN KAU!!!

AKU JANJI, MARK MY WORDS!!!

KKKHHHHAAAAAAAKKKKK PTTTTUUUUIIIII!!!

SIAL PUNYA BANGSAT!!!!



P.S AKU TAU KAU TAKDAK TELOQ NAK SIARKAN KOMEN AKU NI, SIAL... CUMA YANG PENTING MESSAGE AKU SAMPAI PADA KAU.... REMEMBER THAT YOU HAVE BEEN WARNED!!!

selerasa.com said...

akum YB..saya yakin keikhlasan dan kebenaran yg tersembunyi akan dijelmakan dlm diri YB..ada kala kemaruk kuasa di dunia menyebabkan ahli politik hatta alim ulama sekalipun tertipu dengan fitnah duniawi..perjuangan kalimah ALLAH adalah maruah kita sebagai umat islam berbangsa melayu sebagai tunggak kuasa kita di Malaysia. marilah bersatu tanpa mengira parti kerana ia adalah agenda, muslihat musuh2 islam untuk menjatuhkan kuasa dominasi orang melayu dan seterusnya ISLAM di Malaysia.....ALLAH MAHA BESAR

Wak Long Man said...

Salam , YB Zulkifli Noordin
Semoga dengan ucapan bahas di parlimen ini dpt membuka mata , hati setiap warga malaysia utk berubah pada hidup aman dan damai. Bagi saya ini contoh pemimpin yg sanggup memohon maaf secara terbuka dan seterusnya bertemu sendiri dan mengaku kesalahan kpd mrk yg kita aniaya. Tidak ramai yg berani , sedangkan dalam islam jika ingin memohon maaf terhadap seseorg yg kita aniya .. kita disuruh berterus terang tanpa selindung walau sebesar zarah pun ttg kesalahan kita pada si polan .. agar si polan faham apa kesalahan kita ... dan seterusnya sama ada memaafkan atau tidak. Jika dimaafkan kita bersyukur , jika tidak kita digalakkan utk berulang kali memohon maaf kpd si polan sehinngalah si polan memaafkan kita.
Tahniah YB
Semoga terus berjaya , saya menyokong sepenuhnya ucapan bahas YB tersebut

Mlatkovic said...

Salam Encik Zul,

PArlimen adalah tempat untuk membincang masalah RAKYAT, terutama nya penduduk Kulim khasnya bagi Encik Zul.
Tetapi sedih saya bukan kepalang kerana PArlimen di jadikan tempat Encik Zul mengadu nasib dan meraih simpati; malahan seperti sarkis.
Simpati siapa yang ditagih?

Teguran & Nasihat dari kami semua adalah utk kebaikan Encik Zul dan masih lagi mampu & mahu menegur.
Jangan merasa selesa di buai dengan sokongan yang selalu menyokong Encik Zul secara membuta-tuli.
Harap Encik Zul bermuhasabah & dengar pendapat yang diberikan walaupun pedas.

Wallahualam...

johan5150 said...

you are berani but you are not wanted by PAS.why?

aka777 said...

Mlatkovic,

Dia bukan menagih simpati. Dia membincangkan masalah politik negara terutama politik org Melayu. Dah jauh menyimpang dari perjuangan asal iaitu membela rakyat. Tapi YB Melayu sibuk menfitnah sesama sendiri kerana nakkan kuasa.

Dia bukan menagih simpati. Dia membicangkan isu agama dalam kehidupan rakyat. Isu kalimah Allah adalah isu rakyat. Kita dapat lihat apabila emosi dah kuasai diri, gereja dibakar, kepala babi di masjid. YB2 pilihan rakyat patutnya selesaikan isu ini secara bekerjasama tanpa mengira ideologi, bukan gunakan isu ini untuk kepentingan politik.

Baca dgn teliti artikel dan faham, bukan baca dgn emosi. Bila baca dgn emosi, tu yg jadi tak faham.

TheInsider said...

susah benar untuk bercakap benar sekarang yer? ramai yang makin tak suka..pelik2..

anakkulim said...

syabas YB Zul...cakaplah benar walupun pahit...tegakkan kebenaran dan jangan bersubahat dalam kerja-kerja mungkar...inilah landasan sebenar perjuangan YB...kalau pkr dan pas...YB lebih maklum lagi...semoga YB bersabar jer ler...memang perangai dia orang macam tu...sanggup lakukan apa saja demi politik mereka...nak jadi PM katakan

ZahidZidane said...

tengok la komen2 orang2 yang anti YB, semua nmpak sungguh tidak Islamik.. Bila tak sehala dengan perjuangan mereka, orang itu akan digelar agen atau tunggangan UMNO walaupun seorang tok guru agama.. Apa nak jadi sekarang nie? Ramai sangat yang dah buta hati..

M.S Saharudin said...

Salam YB Zul,bijaknya seorang pemimpin dinilai dari keputusan yang dibuat.Bagi saya tindakan "memecat" diri sendiri dengan membuat provokasi dalam PR bukan langkah bijak.Ianya membunuh karier politik YB. Walaupun YB kata memperjuangkan Islam, saya tak nampak apa2 sumbangan dari YB yang boleh dibanggakan. Hanya gimik dan sensasi sahaja.

Shairon said...

kawan-kawan,zul ni cakap benda yang die tak tau..

hang cakap pasal altantuya,secara langsung bala terlibat,deepak dan bila deepak dah terlibat,automatik rosmah terlibat..

apa yang hang tau pasal datin seri rozmah?.

nak kata hang bodoh tak bodoh..

hang ni cuma "PELIK BOY"..

orang yang berbahaya kepada masyarakat..
sekelip mata boleh pegang pisau terkam orang..

sekejap ok sekejap tak..

Unknown said...

"susah benar untuk bercakap benar sekarang yer? ramai yang makin tak suka..pelik2.."

Apakah yang dikatakan iru benar?Apakah buktinya?Siapakah yang telah menawarkannya dan apa yang ditawarkan?
Dan mengapa "apaa' yang dikatakan kebenaran itu hanya timbul SELEPAS 4 TAHUN?
Mengapa kebenaran itu hanya keluar bila dipecat dari PKR?Bukankah seorang ISlam perlu berkata benar setiap masa?Atau adakah ini dianggap sebagai sunat?
Mengapa membuka pekung didada sekarang?Andainya Zul,bercerai dengan isterinya,dia mungkin akan....maaf bukan mungkin tetpi sudah pasti akan menceritakan segala rahsia isterinya kepada pengetahiuan umum.Mlahan tahi lalat di tempat sulit pun akan disebutnya di media-media perdana.....andainya harganya kena.Wahai.\,isteri atau isteri2 Zul, berjaga-jagalah.
Kalau selepas ini,saya nak cari peguam,Zul tidak mungkin akan aku cari.Lebih baik masuk penjara dari menceritakan kisah kepada peguam yang mulut tempayan.Adakah lagi yang nak ambil Zul jadi peguam?Nasiblah kamu.Orang yang dikatakan spt adik beradik pun sanggup dia caci dan cerca,inikan pula orang lain.

cincin hitam said...

"(Jack O Lantern said...
ANAK HARAM LUAR NIKAH KAU ZUL, KALAU AKU JUMPA KAU SEMBAHYANG DI MASJID JAMEK JALAN TUN PERAK KL, NAHAS KAU AKU KERJAKAN KAU!!!

AKU JANJI, MARK MY WORDS!!!

KKKHHHHAAAAAAAKKKKK PTTTTUUUUIIIII!!!

SIAL PUNYA BANGSAT!!!!


P.S AKU TAU KAU TAKDAK TELOQ NAK SIARKAN KOMEN AKU NI, SIAL... CUMA YANG PENTING MESSAGE AKU SAMPAI PADA KAU.... REMEMBER THAT YOU HAVE BEEN WARNED!!!)"...itu lah mentality orng2 PKR.....klu anda sume nmpak...sume orng PKR x blh tenang..x boleh brfikir secara rasional..adakah orng2 ini yg kita nk untuk mmbantu kita dlm keadaan susah suatu hari nanti..pikir2kan lah

aka777 said...

Jack O Lantern nama aje penganut agama Islam, tapi nilai Islam kita boleh nampak dah.

sa,

Cerai politik tak boleh disamakan dgn cerai suami isteri. YB Zul selalu tulis "blm abis edah" adalah cuma kiasan shj, bukan persamaan. Cerai suami isteri ada tatertibnya, dlm Al-Quran pun ada. Cerai politik, mana ada.

Unknown said...

Amir,
"Cerai suami isteri ada tatertibnya, dlm Al-Quran pun ada. Cerai politik, mana ada."
Adakah anda mengatakan bahawa al quran itu tidak sempurna?Saya bukan pakar,tetapi kalau cerai suami isteri yang melibatkan 2 orang,tercatat tatatertibnya,takkan "perceraian' yang melibatkan ribuan orang pengundi tiada tettibnya dalam al Quran?
Jangan sampai saudara dikatakan menghina Al Quran.
Zul yang mengatakan dirinya insan islam sebenar tidak mungkin tidak tahu hukum hakamnya?

Saya Rakyat Malaysia said...

Salam YB, I am actually contemplating whether to adore your courage or disgust with your hypocrisy. Whatever it is you are pure politician.

When you stated this;
"Saya tidak ada pada mana-mana peringkat menyebut nama sesiapa pun; samada nama Tun Abdullah, Tun Mahathir, Dato Seri Anwar, atau nama lain-lain ! Saya sekali lagi menafikan saya ada menyebut atau merujuk kepada nama sesiapa pun dengan tujuan untuk diaibkan atau dimalukan!"

Above paragraph actually conflicting with paragraph below;
"Saya sekadar memberikan contoh 4 kes untuk membuktikan apa yang Baginda sebutkan itu benar-benar berlaku; iaitu (1) kes fitnah terhadap DSAI, (2) kes fitnah terhadap Tok Guru Nik Aziz, (3) kes fitnah terhadap Dato' Seri Najib & isteri dan (4) kes fitnah terhadap Dato' Seri Nazri Aziz. Didalam keempat-empat kes diatas, jelas perbuatan "fitnah, pembohongan dan putar belit fakta" telah berlaku, yang menjejaskan keamanan dan kestabilan negara."

If you are actually trying to agree with what titah YDP Agong is, you are actually being the perfect 'fitnah' case. You are full of 'fitnah' ie people don't know what you're doing, why you're doing it and you yourself are twisting other people's word.

What a waste... I hope you keep well.

adey said...

salam yb zul..
biarlah apa org nak kata dan komen yb, yg penting teruskan perjuangan yb dalam memertabatkan agama islam dan bangsa melayu. org hanya nampak dr luar sahaja tp yb yg mengalami sendiri pgalaman2 tersebut.

yg nak main ugut2 tu mcm samseng sgt nak blasah yb kat masjid jamek. masjid tu rumah ALLAH. tmpat suci dan beribadat. hg nak g beribadat ka nak g belasah org? kalau hg nk tunjuk terror sgt g la ugut kerajaan supaya turunkan harga minyak, naik kan gaji, banyak kan peluang pekerjaan & haramkan arak dan judi di msia ni.. ni dgn mp yb zul bkn main lagi nak tunjuk hero.. hg ni sapa?

yg bcerita ttg cerai ni pun satu juga kenapa mesti mengandaian yb zul bercerai dgn isterinya mjadi cerita dlm komen ni. hg ni lagi pelik la aku rasa, tiba2 ajer kisah tahi lalat di tempat sulit pula yg hg sebut. Astarfirullah'azim..

kalo nk marah pun biarlah berpada2. jgn la biar diri dkuasai oleh syaitan yang dilaknat ALLAH tu.. byk kan beristifar.. byk lagi ayat2 yg baik boleh di gunakan bagi menunjukan rasa ketidakpuasan hati saudara2 ku sekalian.. Allah Maha Adil, setiap kata2 adalah doa. kalau apa yg hangpa komen tu balik kepada diri anda sndiri apa agaknya rasa2 hangpa ya.. berfikir dulu sblm mbuat sesuatu & byk kan muhasabah diri..

Moga ALLAH menlindungi dan mengampukan dosa kita semua..

adios..gracias

Unknown said...

Adey,
Tolong masuk semula tadika dan belajar BM dengan betul.Kalau ayat mudah begitu pun tak faham,bagaimana nak buat tesis.
Bangla marikah?(Bukan bahasa standard saya)

Anonymous said...

salam to all...

buat sa,
kesian aku tengok ko..dah cam syaitan hidung belang dah..semua dah tak kena..itu tak kena ini tak kena..ko pegi la geng dengan kafir laknat ko tu..supaya dapat nikmat nerako ko tu...

bercakap biar berpada-pada..ini berkaitan pejuangna islam..bukan perjuangna ikut ati peru busuk ko tu..

baru orang nak hentam ko..dah tak paham pulak..nak banding2 standard..standard ape yg ko ade...standard dalam islam amal ibadat je okey..standard kafir ko tu..tuk ko sorang je..

jangan memandai menghentam org yg memperjuangkan islam..INGAT..SEKALI KO SALAH CAKAP BALASAN ALLAH BILA2 JE,TAK KENA SKRG KEMUDIAN..tak paham jugak memang badigol kafir la ko...

Jangan la menghentam membabi buta..tgk dulu ape yg yb zul perjuangkan..biar dia perbetulkan ape yg tak betul pda perlembagaan..barulah rakyat..ini cara kepimpinan dengan undang2 tak betul..camner nak bentuk masyarakat dan bantu rakyat..

ALLAHHUAKBAR....

Nizarimi said...

1. Sombong benar saudara Sa kita ni. Anda saja yang pandai berbahasa Melayu? Apa kena mengena komen Adey dgn tesis? Awak pun tak faham apa yang disampaikan. Begitulah Melayu baru, baru buat satu tesis nak perlekehkan orang. Mungkin Adey ni bukan pelajar U jadi BM dia mungkin tak sebagus BM anda. Ajarlah dia. Pahala mengajar orang ni banyak.
2. Boleh saudara Sa bagi surah dan ayat mana dalam quran ada cerita ttg perceraian politik. Mungkin tuan boleh cerita lanjut.
3. Jack o lantern - Melayu macam kau ni mmg menjadi kesayangan DAP. Lepas ni kalau ada demonstrasi aku rasa kau orang yang pertama menjalar atas jalan raya sedangkan rakan DAP kau sedang ketawa besar sambil minum air sirap.
4. Saya bukan pengundi YB Zul dan bukan penyokong fanatik YB Zul jadi saya tidak rasa apa2 bila dia kena pecat jadi selagi dia dapat berkhidmat kepada penduduk yang diwakilinya biarlah. Ada orang mungkin mengundinya atas kapasitinya sebagai wakil PKR dan ada yang mengundinya kerana keperibadiannya, jadi tidak adil kalau ada orang yang meminta beliau mengosongkan kerusi sedangkan ada pengundi lain yang mahukan dia kekal. Tunggu PRU yang akan datang. Tak lama mana dah.

lan63 said...

Muhasabah lah diri,,janganlah sombong dan angkuh & janganlah apabila YB Zul tak sehaluan dengan perjuangan mereka, orang itu akan digelar agen atau tunggangan UMNO..terimalah inilah satu ketentuan ALLAH..apa niat seseorang itu adakah baik atau jahat..YB Zul nak memertabatkan agama Islam,apa salah ke..??
26 March, 2010 12:09

tokgaru said...

Jack O Lantern

Kau dah kantoi tau sbb YB Zul berani siar kau punya maki hamun yang lunak lagi sedap dibaca tu. Kau kantoi beb. YB Zul tu sorang peguam sayang ooiiii. Orang yg reti undang2.

Sori lah. mula2 aku sangka hang ni bukan kaki masjid sbb maki orang cam tuu pnya laa dahsyat. pas tu bila aku baca kali kedua baru aku tersedar rupanya aku tersilap sangka dekat hang. kalu hang bukan kaki masjid tentu la hang tak kan tau masjid mana YB Zul duk pi sembahayang.

Aku pi masjid kerana nak sembahyang. YB Zul pun pi masjid kerana yang sama juga. Tapi aku ingat hang pi masjid kerana hendak hendap jemaah punya selipar, kasut, beg, purse dan mungkin juga seluar dalam depa untuk hang nak kebas. jadi orang pi masjid nak sembahyang sedangkan hang pi masjid sbb nak cari peluang.

Orang sembahyang tak maki orang tau. tak sembahyang punya orang saja yang sanggup kata orang macam tu.

Jangan marah beb. Gua betul2 caaaayyyyaaanng sama lu. mmmuuuaaahhh. ganda 23 kali. bunyi guruh pun kedengaran.(pinjam gaya Najman Pon Pon di Sinar FM).

aka777 said...

sa,

Takde dlm Al-Quran cerita detail mcmana nak cerai parti. Tapi ada cerita tatatertib bercerai suami isteri. Nak cerai parti, ikut adab sesama manusia aje. Takde sapa kata aku menghina Al-Quran. Engkau aje, pasal kau tak pernah baca dan kau bukan penganut Islam. So, aku maafkan kau krn kau tak tau. Bukan Islam mmg confused.

aka777 said...

Sokong tokgaru.

Ingatkan pegi masjid nak sembahyang, rupanya nak cari YB Zul. Cari ajelah kat ofis dia.