08 March 2010

JAZAKALLAH

Salam 2 all.

Berikut lapuran daripada M-Star semalam. Saya ucapkan syukur alhamdulillah dan terima kasih kepada Datuk Tuan Ibrahim.

Sudah pasti saya akan mengkaji dengan serius pelawaan beliau. Insyallah saya mengadakan perjumpaan dengan pucuk pimpinan tidak lama lagi.

Kira ok juga teman yop, tak sampe sehari teman menjando dah ada yang masuk meminang ;)

Sementara itu, relax dulu lah yop. Teman baru lepas menjanda, eddah pun tak abih lagi yop ;))

Zulkifli Bin Noordin
Ahad
21 Rab'iul Awal 1431
07 Mac 2010

#####################

(Petikan daripada The Star Ahad Mac 7, 2010 MYT 3:26 PM)

PAS Sedia Terima Zulkifli

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK
PETALING JAYA:

PAS sedia membuka pintu kepada Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin jika bekas anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu ikhlas mendokong prinsip dan perjuangan parti mereka.

Naib Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, parti itu sedia mempertimbangkan penyertaan Zulkifli ke dalam PAS.

"PAS sentiasa mengamalkan dasar terbuka kepada sesiapa sahaja untuk menyertai kami termasuk YB (Yang Berhormat) Zulkifli. "Kalau beliau mengemukakan permohonan, pihak jawatankuasa parti akan mempertimbangkannya," katanya.
Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR yang bermesyuarat semalam sebulat suara memecat Zulkifli selepas lembaga disiplin parti itu mengambil kira tindakannya membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkenaan isu kalimah Allah dan kritikan beliau terhadap kepimpinan DAP.

Zulkifli dalam sidang medianya semalam juga menegaskan tidak akan mengemukakan rayuan berhubung keputusan tersebut atau mengosongkan kerusinya sebagai wakil rakyat.

Beliau bagaimanapun berkata akan mengkaji dan menimbang pilihan yang ada sebelum mengambil tindakan sewajarnya selain tidak menolak kemungkinan menyertai PAS sekiranya parti itu memperjuangkan Islam pada masa depan.

Bagaimanapun Tuan Ibrahim berkata, walaupun PAS mengamalkan dasar terbuka bagi sesiapa sahaja untuk menyertai parti itu, namun berharap penyertaan berkenaan mampu mengukuhkan PAS dan tidak membebankan parti.

"Kami harap penyertaan ke dalam PAS akan dapat membantu menguatkan lagi parti ini dan bukannya menjadi beban kepada parti," katanya.

Selain itu Tuan Ibrahim berkata, PAS menghargai kesetiaan yang ditunjukkan Zulkifli untuk bersama Pakatan Rakyat.

"Kami menghargaai kesetiaannya untuk terus berjuang bersama Pakatan Rakyat, walaupun dipecat daripada PKR beliau tetap mahu berjuang bersama kita... prinsip itu perlu dihargai," katanya.

60 comments:

Anak Banjar said...

Salam Tuan Y.B;

Saya sangat menyokong hasrat TUAN untuk menyertai PAS...

sukemiz said...

salam...
antara PAS, PKR dan UMNO, Pas adalah parti yang terbaik yang memartabatkan Islam. Tapi perlu dingat yang orang parti PAS pun ada yang salah juga. Tapi PAS lah yang terbaik buat masa ini.

noneng said...

Assalamualaikum,

Tahniah atas pelawaan PAS untuk YB, tapi disini tiada beza PAS dan PKR kerana mereka adalah sekutu dalam PR...

“..Dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang mempersekutukan Allah, iaitu orang-orang yang memecah-belah agama mereka dan mereka menjadi beberapa golongan. Tiap-tiap golongan merasa bangga dengan apa yang ada pada golongan mereka.” (Surah ar-Ruum, 31-32)

“Kemudian mereka (pengikut-pengikut rasul itu) menjadikan agama mereka terpecah-belah menjadi beberapa pecahan. Tiap-tiap golongan merasa bangga dengan apa yang ada pada sisi mereka (masing-masing).” (Surah al-Mukminuun, 23: 53)

noneng said...

Assalamualaikum,

Tahniah atas pelawaan PAS untuk YB, tapi disini tiada beza PAS dan PKR kerana mereka adalah sekutu dalam PR...

“..Dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang mempersekutukan Allah, iaitu orang-orang yang memecah-belah agama mereka dan mereka menjadi beberapa golongan. Tiap-tiap golongan merasa bangga dengan apa yang ada pada golongan mereka.” (Surah ar-Ruum, 31-32)

“Kemudian mereka (pengikut-pengikut rasul itu) menjadikan agama mereka terpecah-belah menjadi beberapa pecahan. Tiap-tiap golongan merasa bangga dengan apa yang ada pada sisi mereka (masing-masing).” (Surah al-Mukminuun, 23: 53)

sukemiz said...

Salam semua pembaca....

Antara PAS, PKR dan UMNO, parti PAS adalah yang terbaik. Memang PAS ada buat keputusan yang salah, tapi lagi banyak salah oleh PKR dan UMNO. Jadi parti PAS yang lebih banyak memartabatkan Islam.

Local Fighter said...

Salam YB Kulim - Bndr Baharu,

Bagaimana pula tempelak Si Mahfuz Bapak Si Penagih Dadah yang tidak bersetuju dengan kenyataan Uztaz Tuan Ibrahim Tuan Man?

YB bacalah kenyataan beliau dalam Haprakahdaily.net

Harus diingat agen - agen 'firaun kecil' telah bertapak di dalam Pas.

Khalil Samad pasti akan menghalang YB untuk masuk ke dlm Pas sebab laporan polis YB kepadanya..

sukemiz said...

salam...

antara PAS, UMNO dan PKR, PAS adalah yang terbaik. PAS adalah parti yang kurang membuat kesalahan.

Fauziah said...

Syabas YB yang tegas dan istiqamah dalam perjuangan kerana agama dan kerana Allah. Eloklah fikir dua tiga kali dengan pelawaan ini. PAS dulu lain, sekarang lain, dulu tidak sealiran dengan dasar DAP yang mahukan negara sekular, tetapi sekarang PAS menyerah kalah kepada DAP, dan sanggup mengorbankan dasar perjuangan agama demi kuasa politik. Eloklah fikir-fikir banyak sedikit. Nanti pisang berbuah dua kali. Tok Guru boleh duduk dengan Kit Siang, Karpal dan LGE mesra lebeh dari kepada ahli politik PAS sendiri, apa ni? Tak ada lagikah teringat "langkah mayat" kalau nak dirikan negara Islam? Manakah prinsip perjuangan untuk agama, sebaliknya prinsip nak mendapatkan kuasa saja ? Fikirlah semua, bukan hanya YB saja.

Abi Qalam said...

Salam YB,

Mungkin ada bagusnya sertai PAS, tetapi maklum sahajalah, dalam pas pun ada jugak peraun nye..

Apa-apa pun YB, istikhorohlah..

Bungaraya said...

Pada hemat saya YB tak perlu jadi ahli PAS.PAS sendiri sudah ada kata putus berhubung dengan kalimah ALLAH! Elok pakat dengan YB Ibrahim Ali. Tubuh parti baru. YB jadi Ketua 1. YB ni layak jadi ketua bukan jadi pengikut. Jadi anak buah ni... jika ada idea yang bernas memang tak dapat terlaksana.. jadi BEBAS pun bukan tak boleh kedepan...tentu BN akan bagi peruntukan untuk dibelanjakan di kawasan YB Kulim Bandar Baru.

dad2twin said...

Dalam harakahdaily hari ni, Saudara Mahfuz mengatakan PAS tak perlukan Zulkifli Nordin. Ia anggap itu pandangan PAS dan pandangan Ustaz Tuan Ibrahim dianggap pandangan peribadi. Hmmm...nampaknya ada orang yang rasa tergugat.

Bintang Gajus said...

salam,,... kalau gelar duda pun takper..... cari nombor duee... hehehhehe... semoga terbuka hati pelawaan tuan ibrahim tuh....

Ainor said...

salam abg zul-

akhirnya PKR telah menunjukkan belangnya. cuma saya anjurkan agar abg fikirkan semasak2nya sblm terima "pinangan" PAS. abg telah membuat laporan polis terhadap org kuat mereka juga. pendirian mereka untuk mempertahankan kalimah "Allah" juga goyang.

istikharah dan minta petunjuk drpd Allah swt. moga abg diberi petunjuk drpd Yang Esa.

Salam Perjuangan...

p/s yb eli wong pon dah pandai pakai "InsyaAllah" skrng. elok sangatlah abg tinggalkan puak yg mempertahankan org macam tuh.

alqadahi said...

YB zul, mohon respon soalan ini. Mengapa Yb lebih senang mengambil tindakan menyerang parti anda melalui media yg akhirnya menjadi natijah spt ini? Apakah tiada ruang yg lebih baik dlm memperjuangkan prinsip Islami dlm PR berbanding BN?

Ariffin said...

Tuan...

Firstly... congratulation sbb dah tiada dalam PKR. Either tuan dipecat or keluar sendiri... doesn't matter. Yang pasti.. "Jgn satu hari nanti dikenang sbg bersekongkol dgn PKR menghancur agama & bangsa" - mcm YB zahrin kata tempohari.

Jemputan dr PAS, UMNO atau apa jua, pertimbangkan sebaiknya.

My view - PAS is better without PKR & DAP. UMNO is better than PKR. Teruskan perjuangan. yang baik disokong, yang batil ditentang!

Cabaran Azizah untuk tuan lepaskan Kulim, jangan layan. Better Azizah cabar Anwar buat sumpah Muhabbalah.

aman said...

Jangan rugikan masa yop. PAS pun sependapat dengan PKR dalam issue nama Allah.

Dia org tu sama ajee.

Tubuh party sendiri lagi baik yop. senang nanti nak lompat keluar dan tak perlu ikut prinsip orang lain.

Yop, do it your wayyyy!

Makmal Komputer SK Ceneh Baru ditubuhkan pada 2005 di sebuah blok khasnya sendiri. Terdapat lebih 40 buah komputer yang ditempatkan di 2 bilik berasingan. said...

YB, x usah masuk PAS la YB. PAS pun PR gak, loklak nanti.

Bebas aje la YB.

Lan Pak Teh said...

Bro...masuk PAS lgi baguih la..coz menjanda lama-2 tak elok..baik kahwin cepat2 tumpang usia masih muda, tenaga masih kuat...he..he

mlh said...

assalamualaikum YB

teruskan berjuang utk agama & negara

p/s: betui ka DSAI tu pernah liwat orang?? YB pernah jadi peguam dia...

Beruang Madu said...

Tuan telah melakukan langkah yang betul buat masa ini... saya puji keberanian Tuan... syabas...

Putrajaya said...

Salam YB,

tahniah kerana YB bertegas dlm soal ini. memasuki mana2 parti tidak mnyelesaikan apa2, cuma bertukar baju..cuma saya gembira kerana YB telah dipecat dari PKR.

MEMANG BETUL TELAHAN SAYA. PADA SATU HARI NANTI YB AKAN MEMUSUHI ANWAR DALAM ERTI KATA LAIN..

ANWAR ITU BUKAN ORANGYA YANG SEBENARNYA..

lihat disebalik anwar..ada siapa.

SALIMI said...

askum En.Zul...
izinkan sy sbg rakyat biasa yg merendah diri mengemukakan pendapat sy tentang pendirian En. Zul....
sy menyokong En.Zul sejak sy tau pendirian En.Zul tentang isu ALLAH..bagi sy alhamdulillah...ada juga rakyat Melayu Islam mcm En. Zul yg berani menentang firaun2 tu...sy memang bersetuju mereka memang nak hancurkan Islam..sy anggap diri sy kini bukan PAS UMNO atau PKR...sy anggap sy org tengah pagar...pendapat sy...lebih baik En.Zul menjadi calon bebas...PAS tak tau halatuju la ni..depa memang takdak taring sejak masuk PR...ramai senyap sejak isu Allah..sy kecewa parti Islam jadi mcam ni..apa la nak jadi Malaysia ni...sebenarnya sy tak kesah sapa pun memerintah negara ni...cuma sy minta perintahlah dengan membawa hukum Allah...bukan untuk kepentingan diri sendiri...apa yg sy nampak..pemimpin la ni RAMAI yg hanya tau mengisi tembolok sendiri...rakyat menderita...janganlah sampai satu ketika mcam INDONESIA..barulah nak terngadah..masa tu nasi dah jadi BUBUR...oh ya...mengenai En.Zul nak timbangkan pasal nak masuk PAS balik..sy harap En.Zul tangguhkan dulu...En.Zul tengok dulu senario politik Malaysia sebagai calon BEBAS..atau lebik baik mcam kami rakyat biasa...tengok apa yg jadi baru En.Zul ambil tindakan...tak salah kan? sekian wassalam..

Anak Reformasi said...

salam,

YB Zul,

nampak main2 je..... saya agak pelik bila apa yang YB ZUl laung-laungkan tidak bersandarkan dengan pandangan Ulama'.

Saya harap Y. B. Zul solat istiqarah agar segala masa depan Y.B. baik dan ianya diterima ALLAH. kalau betoilah Y.B. nak ikut cara ISLAM.....

Saya dengan tegas, tidak galakkan Y.B. letak jawatan, tapi dengan TEGAS juga saya harap Y.B. jadi seorang ahli parlimen yang bertanggungjawab dan berfikiran WARAS dan tidak mencari POPULARITI MURAHAN semata-mata dengan mengeluarkan kenyataan yang dengan harapan keluar surat khabar tanpa menyedari ianya tidak betul bila Y.B. dah ada dalam komuniti.

Kalau betullah Y.B. professional, apa salahnya, pandangan dikeluarkan semasa Majlis Syura @ mesyuarat??? kalau dah hujah Y.B. sebulat suara ditolak, janganlah duk melaung sana sinun cam budak kecik yang ditinggalkan ayah mereka kerana ayah mereka nak pergi kerja.

Sekian, terima kasih.

HARAP MUHASABAH DIRI, buangkan sifat riya'.......


SALAM PERJUANGAN. s

- saya saudara Y.B. yang masih sayang dengan kepimpinan Y.B.

harunn said...

salam

Saya harap Presiden Pas juga bersetuju dengan Tuan Ibrahim ni
Saya minta juga pemimpin tertinggi Pas yang lain pun setuju juga Yb Zul masuk Pas bagi menguatkan Pas , Mp Pas juga bertambah lagi 1
Kalau ada suara sumbang mempertikaikan Yb Zul masuk Pas , perdulikan mereka

Hidup Tuan Ibrahim....

MND said...

Salam Reformasi..

Menjando apenye Yob??
Tuan Man dh tarik balik.. .
Saudara dok ingat dgn mudoh ke nk join??
Saudara ade prinsip sendiri..
saudara pon pernah mengutuk PAS.. .
saudara tak ingat ke ahli parti mana yg saudara buat LAPORAN POLIS TU!!

janganlah kite nk merasekan semua yg kite buat ade benar semuanya.. .

ini pulak saudara kate, ade lagi MP yg nk melompat.. .saudara,
bawaklah seberape ramai yg bole dan tarik la seberape ramai lagi..
lagi bagus dgn kadar yg segera..
mudahlah kite kenal sape firaun yg "api dalam sekam".

SAUDARA NIE BACUL LA.. .
KALAU ADA MARUAH LETAK JAWATAN DAN BERTANDING DGN TIKET DIRI SENDIRI..
ITULAH PENOH INTERGRITI DAN BERJUANG DEMI AGAMA..BERJUANG DLM AGAMA? SEWAKTU PEKIDA CAMPAK KEPALA B... KT MASJID,X PULAK SAUDARA TEGAS DAN MENYUARAKAN KETIDAK PUAS HATI SAUDARA, MTK LA PKR CUBE BERSUARA.. .

"kite mempunyai akal bukan?"
gunekan la sebaik2nye.. .

wassalam..
Takbir!!

ahmadsamad87 said...

Assalamualaikum YB

Agak mengecewakan saudara telah ditendang keluar dari PKR. Sungguh menyesal. Saya berharap sebab YB bertindak seperti ini lebih dari sekadar isu perkataan Allah kerana kalau tidak, saudara telah kalah dalam permainan UMNO. Walau bagaimanapun, hormat saya kepade YB tetap kuat seperti dulu dan selamat berjuang dalam platform baru.

PS Saya berharap saudara memasuki PAS. Salam perjuangan

adi_fimiyun said...

Hang silap kut.

anaktimur04 said...

Datuk Ibrahim tukar nada bila mahfuz omar bantah... (rujuk harakahdaily.net) harap YB x kecil hati sebab tuan Man mungkin kena jaga muafakat dlm PAS supaya media BN x guna isu utk lagakan 2 naib presiden.

p/s: mahfuz nie mmg firaun kecil dlm PAS.

hamsor said...

Anwar appeared cynical when he spoke to reporters outside of court. ”What did you expect? A surprise?” said the one-time deputy prime minister and former right-hand man of Mahathir in jest.

He explained to reporters that he had decided to pursue the case because he knew for a fact that the late King did not sign the letter of consent on September 2 when the letter was first issued to Anwar.

Anwar claimed that the then-Agong, the late Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman and his wife, Tuanku Najihah binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin had visited him in hospital in Munich, Germany shortly after his back surgery and informed him of the matter.

“Tuanku Jaafar told me that he was not informed on the morning of the sacking, and did not sign on the second of September.

“My wife as well as Tuanku Najihah are witnesses. They were there,” claimed Anwar.

Meanwhile, Karpal told reporters that the judgment effectively meant that the former Prime Minister had the powers of a “dictator.”

“We are not disputing the fact that the Agong acts on the advice of the Cabinet... I just can’t understand how such a judgement could have been passed,” said Karpal.

aZRoy said...

hai yop, berangan je tu. mana ada offer, kah kah kah.

kan dalam Quran dah ada cakap, jgn dipatuk di lubang yg sama dua kali, yop ler gamak yer "individu" dalam lobang tu, kah kah kah.

mimpi le yop, masuk je la ameno tu, kah kah kah. dapat ler yop nanti perjuangkan agama dan rakyat sangat nanti, kah kah kah.

Al Sunnah said...

Salaam YB, saya tumpang gembira atas berita pemecatan YB.. mungkin di satu sudut, rakyat yg memilih YB, 'ada' yang akan kecewa atas usaha YB selama ini di Kulim.. tetapi telah terangkat satu bebanan buat YB, di akhirat kelak apa jua 'amal soleh yg YB lakukan, semoga diredhai oleh ALlah SWT... bebas dari politik, mudah untuk berdakwah dan mempertahankan org Islam yg samada ingin kembali ke agama expired atau pertahankan mualaf yg mungkin digugat/ugut utk kembali ke agama asal dan kerja2 dakwah. YB tak terikat dgn apa jua protokol, YB niat kerna ALLah SWT.. saya doa'kan YB dipelihara ALLah SWT, dpermudahkan dalam segala urusan insha ALlah.. wassalamu'alaykum.. p.s.boleh juga pergi menadah kitab diluar negara?

Abi Qalam said...

Salam YB,

Tengok peraun dalam PAS jongoi kepala dah.. hehehe..

Tuan berjuang dalam bebas aja.. insyAllah, Allah akan tunjuk jalan.

zam said...

assalamualaikum YB zul
bagi saya semua statement atau comment yang orang lain berikan, semuanya seolah menghasut,
saya hendak YB zul fikirlah masa depan rakyat dahulu, sebab rakyat yang memilih anda utk menjadi YB,
disini saya harap YB zul jalankan tanggungjawab utk rakyat dahulu, tk perlu fikirkan utk parti atau soal isu sekarang ni, apa yang dipandang masih ramai rakyat kulim perlu dibantu, bukannya brain warsh pada rakyat, sebab saya telah mengubah masa depan YB utk menjadi wakil rakyat utk membantu mereka. yang terakhir dari saya, buat lah yang keperluan dahulu sebelum memerlukan dan ingatlah 5 perkara sebelum 5 perkara.

tanggungjawab wakil rakyat adalah besar utk rakyat terutama jihad dalam islam utk rakyat.


wassalam

hanafi said...

Assalamu'alaikum.
Saya bersetuju dgn YB dalam banyak hal. Bagaimanapun dalam hal nama ALLAH saya meyakini pendirian TGNA, TGHH, DRMAZA & DR Yusuf Qardhawi sebagai menepati kehendak ajaran Islamn. Saya harap sebagai seorang pemimpin muda dalam gerakan Islam YB dapat menekuni ilmu agama secara berguru dalam pelbagai aspek. Belajarlah bagaimana kaedah berbeza pendapat dalam Islam. Dalam memberi komen di ruangan ini YB mengingatkan supaya tidak mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat, tapi akhir-akhir ini YB sendiri telah melanggar pantang larang tersebut.
Maaflah. Wassalam.

hanafi said...

Assalamu'alaikum.
Saya bersetuju dgn YB dalam banyak hal. Bagaimanapun dalam hal nama ALLAH saya meyakini pendirian TGNA, TGHH, DRMAZA & DR Yusuf Qardhawi sebagai menepati kehendak ajaran Islamn. Saya harap sebagai seorang pemimpin muda dalam gerakan Islam YB dapat menekuni ilmu agama secara berguru dalam pelbagai aspek. Belajarlah bagaimana kaedah berbeza pendapat dalam Islam. Dalam memberi komen di ruangan ini YB mengingatkan supaya tidak mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat, tapi akhir-akhir ini YB sendiri telah melanggar pantang larang tersebut.
Maaflah. Wassalam.

Tulang Besi said...

Yang berhormat,

I think joining PAS shud not be ur option. PAS itself has been compromising its principles and with MPs like Khalid Samad in them.. arrghh..

I feel rather u should remain independent, and open up a Third Front.

You should woo all other Muslim PKR members who have been so upset with PKR.. woo other Muslim MPs out of PKR. form this third front, that incorporates ur principles with support from similar minded Muslim MPs from PAS, PKR or even UMNO..

A third front that ensures, Islam is not compromised either by the BN or by the Pakatan.. give equal pressure both ways..

On the other hand..
The Chauvunist DAP and Little Pharoahs of the PKR who have been riding high with some Muslim support as well.. will become weak, even loose states, as the Muslims dissolve out of PKR.

You would become an important player in the country.. one aught to be counted!

You need to wake up PAS MPs from its slumber with DAP..
Need to woo out Muslim PKR MPs who have been frustrated by the little pharoahs and the anti-Islam agenda.

Bomosiam said...

Dari dlm Gua Bkt Putus, G. Semanggoi.

Kata Jin aku; Klu Pas & suma pimpinannya benaq2 jujoq nak amik hg. Hang masuk!

Lagi, Jin aku kata; Betui, la ni PR nampak tak sebulu pasai Islam. Tapi ianya bukan dasar pun. Cakap Karpal Singh tu ja. Org tua tu pun, dah tak lama lagi dah.

YBZul, betui jugak cakap Jin aku tu. Cuma aku nak pesan satu ja kat hg. Hang jgn dok menjanda lama2 Zul. Pasai aku tengok Jin aku asyik dok renung hang...Aku nampak ayaq lioq dia meleleh ja. Hang kena jaga2 Zul !!

rahimshah said...

dah terlanjur keluar ni, tak perlu lg mengikut acuan orang lain, tubuhkan acuan sendiri kan lg bagus.. moga rakyat mendapat pilihan yang lebih baik.. Paling penting HUDUD TERLAKSANA....

Rakyat said...

Saya lebih suka sekiranya YB berada di dalam kelompok orang yang memegang tampuk pemrintahan negara. Kan bagus kalau orang seprti YB menjadi salah seorang mentri kabinet. Dengan itu YB boleh membuat perubahan pada dasar negara dengan berkesan. Rimas rasanya kerana ramai sangat menteri kabinet dari kalangan bukan Islam. Amatlah rugi sekiranya umat Islam berterusan menjadi pembangkang di negara mereka sendiri. Apa-apapun baguslah YB tidak berada dalam PKR lagi (parti yang tidak akan kekal lama).

mahmud said...

salam bro..nak kata padan muka hang rasa kesian la pulak..bro saifudin pun dok bubuh hang teruk hari ni...hizbur tahrir adalah sesuai untuk org spt hang ni...atau al-qaeda...

mahmud said...

salam bro..nak kata padan muka hang rasa kesian la pulak..bro saifudin pun dok bubuh hang teruk hari ni...hizbur tahrir adalah sesuai untuk org spt hang ni...atau al-qaeda...

sapien said...

Jangan berangan la. kalau kat kulim ni pun hang tak berani tunjuk muka macamana hang nak jumpa ahli Pas yang lain. Hang kalau masuk Umno lagi baik. Toksah masuk Pas la. Perangai dah macam Umno. Orang bila dah khianat pada amanah rakyat/pengundi mana tempat hang kat dunia ni. Hidup tak aman. mati lagi la tak aman. Pengkhianat. Buat malu mak bapak hang saja.

Mahadi said...

kih...kih...kelakar la...takkan YB nk masuk pas pulak...
Buat parti baru la YB...Tubuh la..PAS BARU...cam AMNO BARU....
Nak tergelak lagi ni....goli den....kih...kih...hu..hu..hu..

Irfan said...

takde yang susah..buat istikhorah selama mane sebelum dapat jawapan. Apa sahaja keputusan selepas itu adalah kehendak Allah.Wsalam.

Gerbang Utara Resources said...

gerbang utara

salam 4 all,
Minta tuan zul pertimbangkan untuk sertai PAS. Nampaknya perjuangan PAS dah terlalu fleksibel akhir-akhir ini. Kelihatannya pada zahir saya yang marhaen ini tindak-tanduk PAS lebih kepada menurut, bukan memimpin rakan2 PR. Apapun ,teruskan perjuangan ..sentiasa letakkan kepentingan ISLAM dalam ucapan, perbahasan dan posting tuan.. Wslm

Ampun Tuanku said...

aiiii jangan terlalu seronok sangat..belum sampai masanya lagi,....hehehe

Makmal Komputer SK Ceneh Baru ditubuhkan pada 2005 di sebuah blok khasnya sendiri. Terdapat lebih 40 buah komputer yang ditempatkan di 2 bilik berasingan. said...

berita terbaru YB (kat MStar)

BERITA
Published: Isnin Mac 8, 2010 MYT 3:25:00 PM
Updated: Isnin Mac 8, 2010 MYT 3:56:04 PM
PAS Tolak Zulkifli
Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

PETALING JAYA: PAS tidak akan menerima kemasukan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin untuk menyertai parti itu kerana ia akan mendatangkan masalah dan mencalarkan imej parti.

Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar berkata, penyertaan bekas anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu tidak akan memberi kebaikan kepada PAS malah memberi imej buruk kepada parti itu.

"Saya tidak melihat apa-apa yang dapat membantu untuk meninggikan imej PAS dengan kehadiran Zulkifli ke dalam PAS.

"Malah bagi saya ia akan memberikan lebih banyak keburukkan dan mecalarkan nama baik PAS," katanya ketika di temui selepas sidang media Pakatan Rakyat di sini hari ini.

Mahfuz juga menegaskan pendirian tersebut selaras dengan prinsip dan etika yang diamalkan PAS bagi menjaga hubungan baik antara parti komponen dalam Pakatan Rakyat.

"PAS ada etika dalam perhubungan kerjasama dan persefahaman dengan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat.

"PAS tidak akan dapat menerima Zulkifli kerana jika kita terima bermakna kita tidak menghormati keputusan lembaga disiplin PKR, ia juga bermakna kita mengekalkan permasalahan disiplin dalam Pakatan Rakyat," katanya.

Kenyataan Mahfuz itu ternyata bertentangan dengan kenyataan seorang lagi Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bahawa parti itu sedia membuka pintu kepada Zulkifli untuk menyertai mereka.

Semalam Tuan Ibrahim berkata, PAS akan mempertimbangkan penyertaan Zulkifli ke dalam PAS jika beliau mahu mendokong prinsip dan perjuangan parti itu.

Mengulas mengenai kenyataan bertentangan itu, Mahfuz berkata: "Saya rasa kenyataan Tuan Ibrahim tidak harus dipolemikkan.

"Saya juga tidak tahu sejauh mana kebenaran kenyataan itu."

Mahfuz turut menegaskan PAS tidak akan mempertimbangkan langsung jika Zulkifli mengemukakan permohonannya.

"Kita tidak wajar menerima... tidak akan dipertimbangkan langsung," tegasnya.

Diminta megulas mengenai entri terbaru Zulkifli melalui blognya bahawa beliau akan berjumpa dengan pimpinan PAS bagi membincangkan mengenai penyertaannya ke dalam PAS, Mahfuz berkata: "Saya tidak tahu, kenapa dia tak beritahu saya."

Sabtu lalu, Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR sebulat suara memecat Zulkifli selepas lembaga disiplin parti itu mengambil kira tindakannya membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkenaan isu kalimah Allah dan kritikan beliau terhadap kepimpinan DAP.

nur uwais said...

kalau ikut perkiraan sy dengan prinsip yg tuan pegang, tuan x mungkin menyertai UMNO... bebas lebih sesuai kut

adam said...

"SiLuncai terlalu ghairah nak meyuarakan pendapat dan rasa hati masing2".
Kalau diperhatikan kebanyakan luahan kata2 yang ditaburkan tidak langsung membayangkan mereka2 ini adalah golongan yang mewarisi Melayu Islam sebenar....
Sikap suka sumpah seranah dalam memberi pandangan sudah boleh diterima pakai dan menjadi satu kebiasaan bila menyatakan ketidakpuasan hati masing2....,
Kenapakah agaknya punca sebenar hilang rasa malu dan segan bertempat yang sepatutnya diwarisi dari datuk-nenek orang2 Melayu dulu2..,dan apakah budaya carut mencarut ini berpunca dari kaedah komunikasi yang berbeza , yg mana tidak perlu bersemuka,membolehkan untuk memaki hamun tanpa rasa segan silu.
Corak amalan berkomunikasi yang lebih berhemah semasa duduk berbincang dan mengupas segala permasaalahan dan perbezaan pendapat sepatutnya adalah adat tatasusila yag patut dicontohi.Suasana yang lebih terkawal dan jauh sekali terkeluar perkataan2 yang kurang sopan, kasar dan lebih2 lagi kurang ajar. Kaedah berkias pula lebih sesuai dipamerkan dalam menyampaikan pandangan yang berbeza ...itulah sebenar-benarnya kekuatan orang Melayu yang mampu menjadikan Melayu itu terus bersatu.
Kalau adanya pengaruh carut mencarut, mudahnya terkeluar kata2 kesat serta sumpah seranah ini mungkin berpunca dari pemimpin 2 Melayu itu sendiri.
Tidak salah kalau dikatan budaya begini mudah diterima pakai kerana contoh teladan yang ditunjukkan Pemimpin2 Melayu dalam majlis2 terbuka serta temuramah semasa yang disajikan arus media perdana menjadi rujukan apatah lagi kata2 itu terkeluar dari mulut pemimpin contoh yang menjadi idola mereka.
Kerapan penggunaan dan disertakan alasan2 untuk menyatakan rasa tidak salah penggunaannya ( dalam keaadaan tertentu) memang mudah mendapat tempat. Situasi ini yg biasa digunakan secara sedar oleh pemimpin2 tertinggi sesebuah parti.Pastinya mereka ini mudah dikaburi kerana beselindung disebalik asas perjuangan parti yang Islamic .
Berdasarkan pengaruh pastilah apa yg mejadi praktikal pemimpin2 dilihat dari sudut kebaikan sahaja tanpa perlu dtimbang tara kesan buruk yang menular.
Ada juga beberapa fakta lain yang jarang sekali dihitung signifikasinya...pengaruh cabang2 Bangsa melayu itu sendiri, yang mana ada kemungkinan kerana mereka dari rumpun yang berlainan ..Agak tidak keterlaluan untuk menyelitkan sedikit fakta2 sejarah iaitu asal usul Melayu dari pecahan rumpun yang berbeza-beza; seperti Melayu Patani-(Kelantan-Kedah), Melayu Banjar/Jawa- (Perak-Penang/ Selangor), dan beberapa rumpun Melayu yang lain yang merupakan generasi pertengahan penghijrahan dari seberang. Bagi golongan ini penting untuk sesebuah parti yang lbh rapat dgn pemimpin setempat dan perjuangkan komuniti mereka.

Ibni Ismail said...

Salam.

Di pecat kerana menentang perkongsian kalimah 'Allah' dengan penganut agama lain.. tetapi berhasrat menyertai PAS yang secara terang lagi bersuluh bersetuju untuk membenarkan kalimah 'Allah' di gunakan oleh penganut agama lain.. Biar betul Yb ni..

Hanya UMNO sahaja yang pemimpinnya secara solid dan bersatu mempertahankan kalimah Allah hanya untuk umat islam.

PAS? pemimpin seperti Azamudeen, hadi awang,nasharudin, harun din yang saya yakin pun tidak setuju perkongsian ini tetapi memilih untuk diam. Kalau diam berisi tu okey gak tapi ini diam menikus.

Jadinya jika prinsip pertahan Kalimah Allah ini menjadi isu utama Yb hingga di pecat, maka UMNO lah wadah terbaik. Tapi tolonglah.. jangan masuk parti UMNO yg amat kami sayangi ini. Bukan Yb ni tak bagus tapi UMNO tak sesuai untuk YB. Saya tak mahu juga Yb kena buang lagi dari parti.

Jika nak join PAS gak.. Yb kena buat keputuan nak masuk kem mana.. Kem Nik aziz, husam ATAU kem hadi awang, nasharudin, mustaffa ali ATAU kem mahfuz, salehudin, hatta ramli,kamarudin jaafar ATAU kem hassan ali n gang selangornya.

Namun, saya sarankan Yb kekal bebas seperti Yb Ibrahim ali. Pertahankan dan suarakan suara umat Islam di parlimen.

Selamat membuat keputusan. apa pun keputusan Yb, itu hak Yb yg akan saya hormati. Berbeza pandangan tak menjadikan kita musuh. Sauara tetap saudara.

bang_mi said...

ko ni zul mmg angkuh....
jaga la disiplin... nak gerakkn islam hendaklah berjemaah.. lani ko pun dalam parti tah pape... mana disiplin ko...

takkanla tuan ibrahim nak terima.. nanti ko sepak khalid samad lak.. abis porak perandalah PAS.. ubahlah perangai ko yg buruk tu...
kdg2 aku jadi meluat... perjuangan islam ko yg takde otak... huh.. mmg nak marah r.. selama ni aku sanjung rupanua indah khabar dari rupa... h

nada rakyat said...

saya sokong hang masuk pas,coz mungkin hang akan lebih berdisiplin bila dok dalam pas. tapi kalau hang masuk umno memang hang gilaaaa la,coz hang lari dari kelompok firaun kecil,join dalam team maha firaun...

userhelp said...

YB masuk la UMNO.. lagipun YB suka glamour... masuk UMNO boleh masuk rancangan TV setiap hari, boleh masuk paper hari2.. silap-silap ada rancangan khas ditv untuk YB.. Takkan YB nak masuk PAS... PAS pun dah jijik dengan YB, YB kata PR ada firaun kecil maka PAS dalam PR, tak elok rasanya YB masuk PAS.. masuklah UMNO sebab UMNO tak pernah pun bertanding pilihanraya. Yang bertanding hanya BN...

zanpundek said...

blah la..lpas ni hg brtanding atas tiket bebas,,tngok nk menang @ x?klu UMNO tolong mmg ada harapan menang(menang kecoh)..org duduk dlm Pakatan biar la ada toleransi..ni kes isu Allah..awat hg x salahkan UMNO?awat hg salahkn PKR?hg pon tau UMNO sengaja create isu tu utk pecah belah Pakatan..otak hg cm tungau pon x bole pikiaq ka?menjengkelkan btoi..patut la PKR pecat hg sbb bangang..mudah masuk jerat UMNO & buat kacau dlm Pakatan..

Adam said...

Salam YB Zul,

Saya adalah salah seorang pengundi P.18 di Taman Bersatu, Kulim. Saya sesungguhnya amat kesal dan kecewa dengan tindakan awak. Penat-penat kami semua undi awak, awak khianati pengundi di kawasan ini. Saya dan keluarga pada mulanya sangat menaruh kepercayaan kepada awak, malahan kami turut berkempen bersama cikgu pin untuk memenangkan saudara. tetapi saudara memilih untuk mengkhianati kami. dah la tu, kawasan pun tak jenguk. tengoklah pekan kulim penuh dengan sampah sarap tak dikutip, apa peranan dan tanggugjawab saudara dalam hal ini sebagai wakil rakyat yang dipilih. Tahun lepas adik saya sudah layak mengundi dan sudah berdaftar.PRU-13 saya akan pastikan undi kami sekeluarga tidak akan pergi pada saudara. Saudara tidak menjalankan tugas dan amanah yang telah diberikan oleh pengundi. Kata duduk rumah sewa di Taman Jati tapi batang hidung pun tak nampak. Sedangkan sayyidina umar pun pernah berkata kalau ada seekor lembu yang mati di lembah sg furat di Iraq sekalipun dia akan di tanya inikan pula saudara yang langsung tak turun tengok masalah rakyat di kulim khususnya di taman-taman yang pengurusan sampah tidak efisyen menyebabkan bau busuk. Majlis Perbandaran tidak buat kerja dan apa peranan saudara sebagai MP. Kalau setakat teriak kat parlimen tak payahlah susah-susah,kawasan pun tak jaga nak cakap pasal prinsip islam. piraah. Terus terang saya sekeluarga tidak akan halalkan undi kami.kami akan tuntut di akhirat kerana saudara khianat. kami undi untuk jatuhkan BN bukan suruh saudara sokong bn dan tikam PKR dari belakang. Bukankah saudara selalu bagi kuliah di surau an-nur,bangi tapi langsung tak apply apa yang dicakap. Bukankah saudara boleh menyuarakan perbezaan pandangan melalui syura atau mesyuarat dalam parti dan bukannya melalui media.ikhlaskah saudara ini?????

Saya hanya seorang pengundi biasa, tapi pengundi yang bijak memantau prestasi wakil rakyat. Jika tidak mahu kami seramai 5,000 lebih majority menuntut hak kami di padang mahsyar nanti, elok saudara letak jawatan saja dan masuk saja perkasa.itu lebih sesuai dgn saudara.

Kami tak halalkan elaun wakil rakyat yg saudara ambik setiap bulan, kerana saudara khianat dan tak jalankan tugas pada kami.

Kalau benar2 saudara telus siarkan komen saya ini.bukan hanya masukkan komen yang menyokong saudara saja kalau saudara betul2 ikut contoh saidina umar. berani ditegur, hak saya sebagai pengundi.

Mak Cik Ombun
Taman Bersatu

Matt said...

Salam YB Zul, anda pernah buat ceramah yang berbunyi begini ke? “Tuan-tuan, semalam saya ke Sungai Buluh bertemu dengan Datuk Seri Anwar. Bagi saya Anwar sah terkena racun Arsenik. Apabila saya pegang kepala Datuk Seri Anwar, penuh tangan saya dengan rambut beliau tuan-tuan. Rambut beliau mula gugur. Saya yakin lepas ini semua rambut Anwar akan gugur....” Begitulah lebih kurang kata-kata Zul Nordin dalam ceramahnya itu. Aku saja nak tanya hang betoi ke dulu AnWar kena Arsenik? Hang berbohong ke?

aloha2 said...

Pirah...semua gambar2 tuh terhegeh2 saja hang pi menempek....bohong sj pandai hang nih

Mits said...

Yb duduk bebas bersama-sama bebas yang lain, kasi lebih skit pilihan untuk rakyat nak pilih yang dah pecah ni kita kasi pecahkan lagi.

politik kita sekarang ni.. kiri ada hal dia sendiri, kanan pun ada hal dia sendiri, semua pilihan yang ada sekarang semuanya ada sebab yang kuat untuk di tolak.

ada berani YB?

kasi senang skit yang atas pagar tu nak memilih bila ada lebih skit pilihan untuk memilih

Hilmi Bin Ahmad @ Ayub said...

Saya rasakan tindakan saudara lebih kepada emotional yang keterlaluan...syabas kerana saudara begitu bertegas dengan isu kalimah Allah tetapi tanpa anda sedari anda lebih bersifat pentingkan diri sendiri. Kenapa tidak anda melahirkan rasa emotional terhadap pusat-pusat hiburan? pusat-pusat judi? dan lain-lain tempat maksiat yang jelas lebih padah merosakkan anak bangsa dan agama! Tindakan saudara lebih kepada mencari publisiti dan kononnya Hero kepada umat Islam...Tindakan Saudara sebenarnya sedikit sebanyak menjahanamkan lagi saudara sesama Islam...

rahimi said...

Saya pula berpendapat saudara Zul jangan menyertai mana2 parti politik,menjadi ahli'BEBAS' adalah jalan yang terbaik buat masa ini.
Jikalau saudara menjadi ahli bebas saudara bebas menegur mana2 parti politik tanpa ada sekatan.
Perjuangan saudara lebih berkesan tanpa bersandar pada mana2 parti politik.
Walaupun PAS sebuah parti berteraskan islam tapi nadi perjuangannya sudah lari dari jalannya yg sebenar.
Isu kalimah'ALLAH' contohnya walaupun saudara berapi2 mempertahankannya tapi ia disambut dingin oleh para pemimpin PAS kecuali Datuk Harun Din.
Jadi untuk kelansungan politik dan sebagai seorang yang berpendirian teguh dalam mempertabatkan islam saya rasa lebih baik saudara menjadi MP BEBAS.