04 March 2010

PANEL BUKAN ISLAM!

KENYATAAN AKHBAR
 
Salam 2 all.

Saya baru sahaja mengambil keputusan kuar daripada sidang Lembaga Disiplin yang akan membicarakan saya dalam isu kalimah ALLAH. Walaupun saya telah ebrsedia untuk menjawab semua pertuduhan dan membela diri saya, tetapi saya tidak boleh tunduk dan mengiktiraf panel bukan Islam untuk membicarakan saya dalam hal agama saya. Oleh itu saya membuat walk out.

Pada hari Isnin 15 Rabi'ul Awal / 01 Mac lepas, saya terkejut apabila mendapati ahli panel Lembaga Disipilin yang akan membicarakan saya dalam isu kalimah ALLAH terdiri daripada bukan Islam, iaitu 2 Kristian iaitu Mr. Goh Keat Peng dan Ms. Chew Swee Yoke, dan Mr. T. Kumar, seorang penganut Hindu. Hanya seorang sahaja yang beragama Islam. Walaupun saya telah meminta melalui 3 surat bertarikh 16, 25 dan 27 Feb supaya saya dibicarakan dihadapan Lembaga Disiplin yang ahli panelnya beragama Islam kerana isunya membabitkan isu aqidah dan syariat Islam, iaitu isu kalimah ALLAH, namun mereka menolaknya dan berkeras mahu panel bukan Islam yang membicarakan saya.

Saya percaya ini adalah rancangan jahat Firaun-Firaun Kecil didalam PKR yang sengaja mahu memalukan dan mengaibkan saya dan agama Islam dengan mengadapkan saya kehadapan Lembaga Disiplin yang bukan Islam.
 
Hari ini saya mengadap Lembaga Disiplin tersebut untuk mendapatkan keputusan mereka tentang tuntutan saya supaya mereka menarik diri daripada menjadi anggota panel Lembaga Disiplin yang akan membicarakan saya.
 
Saya menuntut supaya saya diberikan keadilan. Sebab itu saya menyokong perjuangan Dato’ Seri Anwar untuk mendapat keadilan dalam kes liwat beliau. Perjuangan beliau ingin mendapat keadilan sehingga sampai keperingkat mendapat sokongan luar. Kalau Dato’ Seri Anwar menuntut keadilan, saya juga menuntut keadilan yang sama.
 
Antara prinsip keadilan ialah kita hanya boleh dibicarakan oleh mereka yang setaraf dan sekufu dengan kita. "Justice requires one to be tried by one own peers".
 
Pertuduhan terhadap saya ialah berkaitan isu kalimah ALLAH. Ini adalah isu berkaitan aqidah, syariat dan umat Islam, agama saya. Tindakan saya adalah sekadar membela dan mempertahankan maruah dan kedudukan agama Islam saya serta insititusinya yang dilabel sebagai ketinggalan zaman dan umat Islam yang dilabel sebagai terlalu lemah kefahamannya sehingga perlu dilindungi. Ini adalah isu aqidah, syariat dan umat Islam.
 
Saya telah menuntut agar dibicarakan dihadapan panel Lembaga yang beragama Islam. Saya memberi 3 notis bertarikh 16, 25 dan 27 Feb menuntut antara lain dibicarakan dihadapan ahli panel Islam. Pada 01 Mac, sekali lagi dihadapan panel Lembaga saya menuntut antara lain dibicarakan dihadapan ahli panel yang beragama Islam.
 
Saya memberikan mereka masa untuk menimbangkan tuntutan saya dan mereka meminta masa hingga hari ini. Sementara itu sekali lagi saya meminta pejabat Setiausaha Agong supaya mengkaji semula panel yang membicarakan saya supaya dilantik dikalangan ahli panel yang beragama Islam.
 
Tetapi saya percaya Firaun-Firaun Kecil yang menguasai PKR mempunyai agenda jahat mereka untuk terus memalukan dan mengaibkan saya dan agama Islam.
 
Sebab itu saya tidak terkejut petang ini mereka membuat keputusan menolak permohonan saya. Mereka mahu meneruskan perbicaraan terhadap saya dihadapan panel bukan Islam yang ada. Panel ini bukan sahaja terdiri daripada bukan Islam, malahan dua ahli panelnya adalah aktivitis Kristian; iaitu En. Goh Keat Peng dan Ms. Chew Swee Yoke. Seorang lagi ahli panel, En. T. Kumar adalah beragama Hindu. Hanya seorang yang beragama Islam, Tuan Syed Kamarulzaman.

Bagaimana mungkin panel Lembaga Disiplin yang majoritinya bukan Islam dibenarkan membicarakan saya seorang Muslim dalam isu membabitkan aqidah dan agama Islam. Bagaimana saya boleh mendapat keadilan kalau ahli panel Lembaga Disiplin pun bukan beragama Islam. Keadilan bukan sahaja mesti dilaksanakan, tetapi mesti dilihat dilaksanakan.
 
Didalam kes saya, apakah keadilan boleh dicapai jika panelnya pun bukan sahaja bukan Islam, ianya terdiri dari orang Kristian yang menjadi subjek dalam isu kalimah ALLAH.
 
Saya tidak mempertikaikan kredibiliti dan integriti ahli panel Lembaga Disiplin ini. Mereka adalah terdiri dari kalangan yang dihormati.
 
Saya juga faham mereka tidak mempunyai sebarang kuasa kerana yang berkuasa didalam PKR adalah Majlis Pimpinan Parti. Dan MPP PKR kini dikuasai oleh Firaun-Firaun Kecil yang mempunyai agenda jahat dan sempit terhadap Islam dan umat Islam. Dan Firaun-Firaun Kecil ini memang tidak sabar-sabar untuk melakukan apa sahaja untuk memastikan saya dipecat. They'll do anything at all cost to achieve their evil goal.

Saya tidak rela dibicarakan dihadapan panel yang bukan Islam dalam hal membabitkan aqidah, syariat dan umat Islam.

Pada saya ini adalah satu penghinaan yang besar terhadap Islam dan umat Islam. Saya khuatir ini akan memberi persepsi kepada rakyat khususnya umat Islam bahawa PKR adalah parti yang langsung tidak memperdulikan sensitiviti dan maruah agama Islam, sehingga tergamak membariskan panel Kristian untuk membicarakan seorang Muslim atas isu berkaitan Islam iaitu kalimah ALLAH.

Firaun-Firaun Kecil ini mendakwa kononnya PKR kini mempunyai ahli hampir setengah juta. Takkanlah daripada 500 ribu tiada ahli yang beragama Islam yang berintegriti dan berwibawa yang boleh menjadi ahli panel Lembaga Disiplin untuk membicarakan saya. Kalau tiada pun PKR boleh meminjam atau mengambil para ulama dan agamawan daripada luar.

Atas alasan itu, saya memilih untuk tidak mengiktiraf panel Lembaga Disipilin kristian ini untuk membicarakan saya dalam isu kalimah ALLAH. Maka saya membuat keputusan untuk walk out.

Jika mereka meneruskan juga perbicaraan terhadap saya dalam isu kalimah ALLAH ini, bermakna panel Lembaga Disiplin ini dan PKR jelas tidak menghormati Islam dan umat Islam.

Oleh itu saya desak kepimpinan PKR supaya membubarkan Lembaga Disipilin ini dan menubuhkan sebuah Lembaga Disiplin baru yang terdiri dari ahli panel yang beragama Islam. Let us walk our talk. Sekurang-kurangnya kalau nak pecat saya pun, biarlah keadilan itu bukan sahaja dilaksanakan, tetapi dilihat dilaksanakan. Dan keadilan menuntut saya dibicarakan oleh mereka yang sekufu dengan saya, iaitu mestilah beragama Islam kerana ini membabitkan isu kalimah ALLAH, isu umat Islam. Dan saya bersedia pada bila-bila masa yang bersesuaian dan menasabah untuk berdepan mana-mana Lembaga Disiplin yang panelnya beragama Islam untuk mempertahankan pendirian dan pegangan saya.

Wassalam.


Zulkifli Bin Noordin
Khamis
18 Rabi’ul Awal 1431
04 Mac 2010

50 comments:

ManaratulHuda said...

semoga yb tabah dalam kejujuran hati bersama Allah swt..

Muaz Hadi said...

serius, tak ada guna kalau bincang isu ini dengan panel yang bukan islam. maknanya nanti penilaian mereka itu atas prinsip lain dan tidak sejajar dengan prinsip teras akidah yang nak disabitkan. tak yah belajar tinggi pun boleh fikir tentang ketidaklogikan dan ketidaksejajaran "isu dan penilai" ini. hmmmmm

harunn said...

Salam to All

Pa dah jadi kepada parti pkr ni , agama dipensendakan oleh puak2 kapir , puak2 kapir ini pulak disokong oleh orang Islam sendiri

Saya heran dengan penyokong yang menyokong membabi buta tuli , kalau ye pun nak sokong pemimpin tu , berpada-pada le sikit , bukan main hentam sokong je

Ini melibatkan Islam , takkan nak panggil puak kapir harbi mengadilinya , ini macam ke keadilan

Saya sarankan Pas masuk campur dalam isu ini , tapi mestilah Presiden Pas atau Naib presiden sahaja , sebab kalau yang lain tak ada makna le

De R Cher said...

dah agak dah. saya rasa saudara zul x perlu tunggu2 lagi. nampak sangat saudara dipermain-mainkan.

harunn said...

Anwar tak ingat ke jasa Yb Zul ni , dia lebih pentingkan firaun -firaun malaun ke dari Yb Zul , dulu masa pkr nak naik sapa yang bersusah payah , itu jam mana pegi firaun2 tu , baru je masuk pkr 2-3 bulan dah nak besar kepala

harap anwar pikir la habis2 , sapa yang labih penting firaun2 ke YB Zul

mafizah said...

ALLAHUAKBAR...JIHAD.........

anonymous said...

Yb Zul,

Tahniah dan saya setuju dengan tindakan anda.ini sama halnya apabila isu kalimah Allah dihakimi di mahkamah oleh individu yang bukan beragama islam.Tahniah sekali lagi.

De R Cher said...

bro, ini antara sumpah seranah dalam komen pembaca malaysiakini dan themalaysianinsider tentang isu panel hakim dan kalimah Allah

by Eugene - 10 minutes ago

If Zul says "Don't play with my religion", then he better "don't play play with my religion" too! If he can't compromise, why should anyone compromise with him then?

by 4thGenPendatang - 22 minutes ago

He's a lost cause so PKR should just go ahead and sack him. Obviously he's been instructed to cause major damage before he leaves. Stop treating him like a prima donna. Nobody is going to shed any tear anyway.

by malayamuda - 23 minutes ago

when kurang ajar fellows like this talk about Islam, Islam becomes a mockery !

written by Kooi Kiang, March 04, 2010
By all means, kick this racist and shallow minded politician out of PKR.

written by alixmeOne, March 04, 2010
this is plain arrogant at the 'moronic' level....

dan banyak lagi bro. diorang ni kutuk orang shallow-minded la padahal diorang x sedar diorang yg shallow-minded sebenarnya.

faizalzainol said...
This comment has been removed by the author.
Siberangan said...

YB Zul, saya baca habis apa yang YB tulis. Saya tidak nampak bahawa apa yang YB cakap itu mendasarkan parti PKR itu sabuah parti yang akan medokong Islam pada masa akan datang.
Apa pun yang YB perjuangkan sebagai seorang berprinsip mengenai Islam, YB tidak akan kemana2.

YB menang masa PRU12 sebagai calun PKR. Dan YB bertanding di KBB kerana YB kawan baik Anuar Ibrahim dan pernah menjadi Peguamnya dalam kes khalwat, dia kalah dan masuk perjara. Sedangkan di Selangor YB bertanding sebagai calun PAS. Kemudian YB tidak kemuka penyata akaun perbelanjaan pilihanraya itu. Patutnya kertas pencalunan YB di tolak pada masa itu juga. YB tidak lagi jadi MP, sebaliknya Aziz Fadzir menang tanpa bertanding. Jadi, YB sebagai MP adalah nasib kerana RO tidak ambil tindakan.Ok tak pa, YB berjaya menjadi MP Kulim/Bandar Baru.

Apa yang nak saya katakan disini, YB punya prinsip perjuangan terhadap kemuliaan, ketinggian dan maruah Islam. Maka itu YB berlawan habis-habisan dengan Lembaga Disiplin yang bukan Islam, hanya Syed itu sorang saja. Kita pun tahu, YB dibicarakan bukan bertujuan nak berbincang mengenai prinsip YB sebagai orang Islam yang nak pertahankan Islam, tapi YB dibicarakan kerana keceluparan YB melanggar disiplin berparti. YB bertelagah fasal kalimah Allah dengan Khalid Samad, tokoh PAS yang ada keliber. YB kurang ajar dengan SUAgong parti kompnen PR, Lim Guan Eng. Dia orang besar, YB kena ingat. Anuar pun kena hormat dia. Bila YB kurang ajar dengan kedua-dua mereka ini, YB dihadapkan ka Lembaga Disiplin PKR.

Memang, YB tidak akan dipecat. Yang nak pecat YB bukan Lembaga Disiplin PKR yang memanggil YB. Tapi yang berkuasa pecat ialah Anuar Ibrahim yang hanya penasihat PKR. Wan Azizah pun tak dak kuasa ini. Tapi, Anuar Ibrahim tak akan pecat YB. Kita tahu perangai Anuar Ibrahim. Masa dalam UMNO jika kawan dia buat salah macamana bahayakan parti dia tetap akan menyebelahi kawan nya. Ini berlaku di UMNO Padang Serai.

Jadi, Anuar Ibrahim tak akan pecat YB. Itu perangai Anuar. Saya ni kawan lama dia. Jika saya sebut nama saya, YB pi tanya dia dan Saifuddin SUA PKR tuu, mereka kenai saya.

Sekarang saya membuat ukuran, sabenarnya dari segi kedudukan YB dalam PKR, YB tidak ada prinsip. YB sudah tahu praun2 kecil tu nak buang YB dari parti. YB dah tahu PKR ini parti yang dikuasai oleh praun2 kecil ni. YB juga kenal dengan Syed Hussain asal dari sosialis. YB juga sangat2 tidak berkenan PKR berkerjasama dengan DAP. Dan pun sudah amat2 sedar bahawa PKR tidak kemana perjuangannya untuk nak mengukuhkan Islam.

Jadi..., YB buatlah perhitungan, jangai sampai orang jadi jelak kerana orang tidak mengerti apa sabenarnya perjuangan YB.

YB SAYANGKAN PART DAN ANUAR atau YB SAYANG ISLAM?

kusuwa said...

Assalamualaikum YB

Like you, I am beginning to lose confidence and faith on PKR.

It is so crystal clear that there is no justification towards you.

If that is how they conduct their party, I sincerely fear the worst that has yet to come!

Apakah 'Keadilan' itu hanya satu slogan?

Desa Saujana said...

Sekiranya orang Islam sendiri tidak mahu mendengar dan memahami penjelasan dpd orang Islam yg lain, adakah kita boleh mengharapkan orang bukan Islam utk faham ttg aqidah dan syariat Islam?

Langkah YB utk walkout adalah konsisten dgn pendirian yg YB nyatakan sebelum ini....Islam dahulu, parti.....kemudian.

CgLyn said...

PKR tiru BN bila meletakkan bukan Islam sebagai "hakim" untuk membicarakan isu kalimah Allah dan kita dapat ramal keputusannya. Kecewa sangat2 dengan PKR. Walau bagaimanapun, harap YB bersabar dan jangan keluar parti. Kami tetap menyokong orang teraniaya seperti YB.

Anonymous said...

AssalamualaikumYB...

Teguhkan pegangan YB pada agama Islam yang agung ini...dan binalah aqidah yang benar dan bersihkanlah segala bentuk kesyirikan, kekufuran, dan penyelewengan aqidah dengan sebenar-benarnya, dengan:

- Tidak berjuang bersama-sama orang-orang yang jelas yang menentang Allah s.w.t. dan tidak berkompromi dengan kaum yang menyelisihi Allah dan Rasul-Nya.

- Mendahulukan dakwah aqidah sebagai keutamaan, bukan dakyah politik kepartian.

- Bersatu dengan berpegang kepada sunnah Rasul-Nya walaupun sehingga terpaksa menggigitnya dengan geraham-geraham. (al-hadis – Sahih: imam az-Zhahabi)

- Tidak mengambil jalan dakwah yang terang-terang menyimpang dari jalan yang dibawa Rasulullah s.a.w.

- Menyeru umat kepada aqidah yang sahih dan bukan kepada Daulah Islamiyyah tanpa asas aqidah.

- Tidak banyak tanya dalih2 kepada apa yang diturunkan oleh Allah s.w.t.

- Menjaga adab sebagai pejuang dan pendakwah Islam yang sebenar.

Ingatlah...

Perjuangan “berlabel Islam” yang disertakan kesyirikan di dalamnya dengan meninggalkan atau mengabaikan petunjuk yang sedia ada iaitu Kitabullah dan sunnah Rasul-Nya, percayalah... ia pasti gagal, dan hanya menambahkan lebih banyak penyimpangan...

Berkatalah yang benar walau ia pahit hendak ditelan!!

Bungaraya said...

Sangat setuju dengan pendirian YB tu. Saya sokong. Tapi pengundi YB di Kulim Bandar Baru tentu ada yang tidak puas hati terhadap sikap YB membelakangkan nasihat Brother Anwar.
Jalan kjeluarnya ialah: Keluar parti

shafiq sabri said...

salam saudara zulkifli..
saya pun tidak bersetuju dengan en.zul dengan pelantikan panel bukan islam untuk mengenakan tindakan disiplin berkenaan dengan agama islam..saya sokong cadangan en.zul supaya membubarkan ahli lembaga disiplin sekarang..jika tidak pun saya berharap en.zul dapat memilih masa depan yang lebih baik daripada berada dalam parti seperti sekarang.
wasalam..

harunn said...

Salam

YB Zul , harap terus tabah menghadapi firaun2 malaun , bila kita mati bukan kita nak jawab dengan anwar tu , kita kena jawab dengan Allah
pedulikan la anwar tu
Saya harapkan Yb terus kekal dalam pkr demi untuk memulihkan pkr yang jauh terpesong , yang petualang hanya tengok saja ke

kamal ariffin said...

salam...tahniah yb zul.. satu tindakan yg tepat,rasional dan cemerlang.Mana mungkin panel bukan Islam tu dpt memberikan keadilan yang tepat dan betul,tambahan pula dalam isu nama Allah yang mana mrk sendiri punyai agenda jahat dan tidak bertamadun... Kesian betul pada mrk(firaun2 kecil)yang begitu terdesak dlm mencapai cita2politik.. satu kesilapan besar memberikan ruang kepada mrk dalam PKR..Orang Melayu perlu sedar situasi politik masa kini dan jangan terpedaya dgn mrk yang hanya untuk menguasai landskap sosial dan ekonomi negara dan cuba menghapuskan kuasa dan struktur orang Melayu dan agama Islam.. Untuk itu bersatulah bagi membentuk 1UMMAH...The Great Unity of Ummah... To YB Zul.. Bravo my man.

Pak Su said...

Saya menyokong kuat pendirian YB..semoga kelantangan YB boleh membuka mata ummah...Islam dahulu baru parti...YB mesti menentang POLITIKUS yang RAKUS...

najay said...

YB

Yang batil jangan di ikut. Apabila datang kebenaran yang batil itu pasti hilang.

Saya yakin YB lebih arif tentang agama YB dan amat mengenali apa yang di ajar Islam tentang kebenaran dan keadilan.

Islam itu tinggi. Kalau perjuangan kita adalah kebenaran Allah bersama kita. Dan siapakah penolong yang lebih baik selain daripada Allah.

Saya sokong YB selagi YB berada di atas perjuangan untuk kebenaran.

BERKATA BENARLAH WALAUPUN PAHIT

Supar Yop said...

Lawak tak kelakar dari Siberangan:

1)YB bertelagah fasal kalimah Allah dengan Khalid Samad, tokoh PAS yang ada keliber?

Kaliber sgt kah Khalid sampai nak buat satu jawatankuasa nak menilai
semula Enakmen 1988 Bukan Islam Selangor? Ini kah perjuangan PAS nak kasi muka lagi pd kafir guna nama Allah? Mana pegi perjuangan korang nak tegakan Hudud hang? Dulu kalau UMNO buat macamni sblum PRU 12 dah gerenti dicop kafir , murtad, Sekarang korang jilatlah balik airliur Amanat Hadi..Inilah hasil perjuangan PAS setelah berjemaah dgn DAP

Saya quote ayat terakhir amanat Hadi:"Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'". - Apa dah jadi sekarang? PAS memang tak masuk kristian tapi dah bergabung utk kongsi nama ALLAH...

2) YB kurang ajar dengan SUAgong parti kompnen PR, Lim Guan Eng. Dia orang besar, YB kena ingat. Anuar pun kena hormat dia.?

Wah dashyat sungguh penghargaan anda pd LGE, sampai Anwar pun kene hormat kat dia..Rasa nak muntah mendengarnya.. padanlah PAS bagi gelaran Khalifah Umar Abdul Aziz kat dia..

3)Tapi, Anuar Ibrahim tak akan pecat YB. Kita tahu perangai Anuar Ibrahim. Masa dalam UMNO jika kawan dia buat salah macamana bahayakan parti dia tetap akan menyebelahi kawan nya. Ini berlaku di UMNO Padang Serai.?

Ape ingat Anwar baik sgt? Dia pernah pecat Ahli UMNO tanpa dipanggil mengadap pun ! Hanya berdasarkan duit kertas palsu yg didakwa diguna utk merasuah sudah cukup memadai.. Anwar pun kiasu jugak ! Tengok apa dia buat pd Ghaffar Baba masa rebut Timb Presiden UMNO tahun 93..sampai lari orang tua tu kat Airport Subang pakai beg plastik Giant..

4) Dan pun sudah amat2 sedar bahawa PKR tidak kemana perjuangannya untuk nak mengukuhkan Islam. - yg ini baru ada masuk akal


Saya harap ZN teruskan sj stail anda.. lantaklah awak tak nak keluar ke nak tunggu kene tendang ke..Heran kenapa PKR liat sangat nak tendang anda.. Kita tunggu perkembangan selanjutnya...

fauzi rashid said...

penghijrahan itu daripada yang buruk kepada yang baik..
harus difahami manusia tidak 100% sempurna... ada kelemahan dimana-mana
tapi...perjuangan itu adalah dengan jemaah..kita harus berdisiplin dalam jamaah..menolak ego sendiri dan berpendapat kita sahaja yang benar dan belajar menerima pendapat jemaah...elak dari merosakkan jemaah..apakh tindakan sdr begitu? fikirkan...saya merayu kalaupun mahu berhijrah, berhijrahlah ketempat yang lebih waras perjuangannya..jangan merosakkan jemaah..itu perbuatan golongan munafikin. Memperbetulkan UMNO dari dalam? DSAI yang jauh lebih gagah dari anda pun tercampak oleh puak dengan sokongan al-yahud...kerna al-yahud tidak akan rela islam kuat di negara ini...perjuangan memartabatkan islam bukan sesempit sdr memperjuangkan kalimah allah sahaja...ia merupakan satu gerakan yang mempunyai liku dan seni yang hanya diketahui oleh mereka yang bijaksana seperti DSAI, NiK Aziz, Hadi dll. Anda tidak layak untuk termasuk dalam think-thank itu..perjuangan anda terhadap isu kalimah adalah berbentuk perjuangan menunjuk gah yang merosakkan gerakan untuk mendirikan satu pemerintahan baru yang mendokong prinsip adil dalam erti kata yang luas..

"Deep-Throat" said...

Tindakan PKR bertegas dengan komposisi lembaga disiplin parti untuk mendengar kes tuan amat mendukacitakan. Perlakuan ini memperlihatkan bagaimana remehnya isu-isu yang dibangkit tuan kepada PKR. Saifudin Nasution yang asalnya PAS pun nampak sudah jauh berubah. Berdolak dalik mengenai isu sebenar yang dibawa tuan.

Peliknya PKR boleh menerima pendirian tuan mengenai isu penggunaan kalimah Allah walaupun bertentangan dengan pendirian rasmi PKR tetapi tidak boleh menerima tindakan tuan membuat laporan polis terhadap individu dari parti sekutu berhubung pendirian atas perkara yang sama.

Is Islam for sale for the sake of politics? Is this the current stance of PKR?

Saya tabik tuan yang terus bertahan dalam PKR untuk membuktikan kes tuan walaupun dirempuhi pelbagai tentangan dan desakan. Saya yakin pimpinan PKR, tak tahulah siapa sebenarnya yang mempunyai autoriti untuk memecat tuan, tidak akan berani mengambil risiko kehilangan satu lagi kerusi parlimen PKR yang kian menyusut sejak beberapa hari lalu.

Tuan KELIHATAN seperti sedang menduga sejauh mana Anwar berani berhadapan dengan 'firaun-firaun kecil' untuk membuat keputusan berhubung tuan. firaun-firaun kecil nampaknya sudah menguasai PKR dan kini sudah menjadi firaun besar atau bapak firaun.

Yang paling sedih, walaupun saya tidak menyokong PKR, adalah sikap yang ditunjukkan oleh penyokong-penyokong PKR sebagaimana yang ditunjukkan mereka dalam komen-komen mereka di laman-laman blog dan portal-portal berita. Anda dianggap rasis dan ekstrem jika bercakap tentang Islam dan Melayu walaupun untuk mempertahankan status quo dan akidah anda. Saya amat khuatir PKR akhirnya akan menjadi parti yang tidak lagi mampu berlaku adil kepada Islam dan Melayu hanya kerana keinginan tersasar PKR untuk berkuasa.

Ada orang kuat PKR kata, Zul ni naik basikal, turun gon pun dok kayuh laju jugak! Anda yang lahir di Kedah tentu faham maksud ayat tersebut. In the spirit of LTdL keep on pedalling strong...

bdk sg boya rwg said...

apa salahnya kalo pkr panggil N.AJIS atau ulama yg hebat2 dari pas sbagai panel jemputan,baru la kita semua tau apa pendapat2 dari org2 yg mggelarkan diri mereka ulama tu ttg isu kalimah allah ni...jika benar pas adalah kwn baik pada pkr seharusnya elok la pas tlg mnyelesaikan masalah ni,lagi2 pas ni adalah parti islam yg di penuhi dgn ulama islam yg berkopiah dan berjanggut yg dilihat penuh dgn ilmu2...pas jgn la takut beri kenyataan yg benar untuk agama islam jgn dek kerana nak jaga hati geng2 DAP yg terangan menolak negara islam yg dicadang dulu pas mengabaikan dasar2 penubuhan partinya...jika tak berani maknaya pas dap n pkr adalah sama je...pr hanya merosakkan org melayu dan umat islam...

ABEYZAM said...

salam yb zul,

saya sentiasa mengikuti perkembangan saudara dari dulu sehingga sekarang terutama ketegasan sdr dalam isu islam...tetapi yang saya kurang setuju cara sdr mengemukakan pendapat sehingga membuat report polis kepada yb khalid samad rakan seangkatan dalam PR...sudah habiskah ruang2 yang ada untuk bersemuka dgn beliau sendiri sebagai seorang rakan satu wadah, sebangsa dan seagama? Begitu juga dgn kritikan terhadap LGE....secara tak langsung sdr menjadi lidah tak rasmi pihak UBN. Adakah ini cara berparti atau berpersatuan...buat tindakan dan bercakap ikut fikiran kita sahaja... satu lagi sdr complain lembaga disiplin bukan islam...eh takkan sdr tak tau kan PKR tu parti multietnik...kenapa join dan jadi calon sehingga diangkat oleh rakyat di bawah sbg YB. Adakah begini cara YB menggalas harapan rakyat kepada PR...patutkah dalam keadaan sekarang kita berpolemik dan berkontroversi sesama sahabat dalam Pakatan Rakyat..spatutnya yg kita perjuangan melawan kebejatan, kemungkaran dan rasuah UBN!

Unknown said...

Salam semua,

Nampaknya dari komen diatas ada yg tak faham dan termakan alasan yg di beri oleh saifudin. Pasal laporan polis la, lawan cakap la, itu dan ini. Jgn jd bodoh sangat, mcm yg YB kata isu sebenar adalah dalam lingkungan agama Islam dan laporan polis dan yg lain2 tu hanyalah HASIL daripada isu pokok tu. Mengapa nak selesaikan akibat drp isu tu sedangakan yg sepatutnya di selesaikan ialah masalah pokoknya? Klu nak selesaikan masalah pokoknya, semua panel kena org islam la sbb isunya berkenaan kalimah ALLAH.

Jgn keliru dan tuduh saudara zul takde prinsip la semua tu, yg keliru anda sebenarnya. Cakap kenal bos PKR sampai atas, tulis macam org tak tau aper. Ahli politik ke mcm ni? Patutla maruah tergadai. Bodoh sangat.

Teruskan saudara Zul, saya tetap menyokong anda.

Anonymous said...

Assalamualaikum Yb

Terlebih dahulu ingin saya mengucapkan syabas kepada YB kerana mempertahankan maruah agama Islam itu sendiri dgn bertindak membuat "walk out" drpd sidang Lembaga Disiplin yg bakal membicarakan YB dlm isu kalimah Allah.Adalah tidak wajar sama sekali pihak2 tertinggi dlm PKR terutamanya yg mengaku beragama Islam memperlekehkan integriti YB dlm usaha YB membela diri YB dlm isu ini.

Apa yg saya amat kesalkan disini ialah saya kuat merasakan ada anasir2 "asing" dlm menggerakkan kolaborasi dan konspirasi di belakang tabir utk menjatuhkan YB yg amat kita semua sedia maklum seorang pelapis pemimpin Islam yg benar2 progresif tidak sperti sesetgh pemimpin pemuda UMNO yg mengaku memperjuangkan Islam itu tapi maseh dibelenggu dgn sifat2 munafik mereka yg tidak berkesudahan.Bukanlah niat saya disini utk membuat provokasi ke atas pemimpin2 tersebut tetapi hanyalah sebagai penekanan terhadap integriti YB yg sudah lama saya teliti sejak dari mula kewujudan YB di persada politik negara.Ini termasuklah pemimpin2 PKR terutamanya yg beragama Islam sanggup mempertaruhkan nama Islam mereka sendri dlm menjaga hati "saudara"2 liberal mereka dlm memperjuangkan "keadilan" versi mereka.

Kalau dulu aspirassi yg dibawa oleh kepimpinan tertinggi PKR amatlah saya kagum..tetapi skrg gayanya kepimpinan mereka saling tak tumpah dgn budaya UMNO.DAP jgn cerita la YB.....u r absolutely rite about them.Bukan saya cuba menjadi "racist" dlm hal ini tapi like what have u said YB just let us walk the talk then CAT akan menjadi satu medium utk kita bersama2 menjadikan Malaysia negara yg betul harmoni semi kepentingan semua bangsa tanpa membabitkan isu2 panas berkaitan kontrak sosial yg telah lama termaktub dlm perlembagaan negara.

Until then YB ..keep on fighting dan jgn risau kami pemuda2 Islam akan sama2 berjuang bersama YB dlm mempertahankan apa yg sudah menjadi hak warisan kita sejak mula kewujudan manusia di bumi tercinta ini.Sekian Wassalam

Local Fighter said...

YB Kulim Bndr Baharu,

Sudah terang lagi bersuluh parti dukungan YB ini adalah pejuang liberal dan pluralisme yang sejati!

YB dipaksa untuk tunduk akur dihadapan Lembaga Displin yang diatur untuk menghina agama YB!

Jika ini dijadikan trend doktrin PKR. Saya pasti kelak bila berkuasa Artikel 11 dan 160 dalam Perlembagaan Malaysia berkenaan Islam akan dihapuskan. Nauzubillah..

hamsor said...

YB,

Saya nak tanya..

panel disiplin itu nak siasat hal berkenaal kalimah Allah, atau nak siasat pasal laporan polis terhadap YB Khalid Samad.

Kalau siasat isu berhubung kalimah Allah, saya SETUJU dengan YB, tapi kalau siasat isu berhubung dengan laporan polis yang dibuat oleh YB terhadap YB Khalid Samad, saya BANTAH cara YB.

Harap tidak diputar belitkan fakta.

Please be sure before jumping the gun!

Kalau tak tulisan tuan YB sama sahaja macam baca Utusan Meloya.

Unknown said...

As-salam, ada tiga perkara dalm ciri-ciri kepimpinan dlm organisasi, achievement, affiliation and power. Ini bergantung juga kepada motif seseorang dan "values" yang di pelopori oleh organisasi tersebut. Selalunya yang paling menonjol dalam diri seseorang adalah kriteria "achievement dan power". Affiliation hanya untuk keluarga terdekat. Achievement atau pencapain dan power iaitu impact dan influence adalah kriteria yang paling dikehendaki dalam menentukan sifat seseorang pemimpin dlm memimpin ... Disini apa yang saya lihat buat saudara Zul, semangat achievement anda sangatlah kuat namun kriteria power i.e. impact dan influence anda at the highest level semakin lama semakin terhakis... Saperti yang saya kata janganlah diharapkan "affiliation" dalam satu satu organisasi.... because that is not what you can expect from your peers!!! Make your assessment.. what "VALUES" is your organisation preaching right now.. I'm sure your past contribution is history...... time cannot wait for you.. lust,greed and thier hidden agenda would one day want to see you fall on your knee...
To you Zul... sometime when we are at the crossroad in making decision...people would say make up your mind but we tend to forget to listen to what our heart says.. so please....DENGAR LAH KATA HATI KECIL ANDA....you don't want to regret it later

Abi Qalam said...

Salam YB,

Ulang siaran buat sekian kalinya.. Allah dah kata 'Walan tardhoo..'

Jangan letak jawatan YB atau keluar PKR, biar depa tendang terajang tak pa..

ariff55 said...

Bismillah

Tidak mengiktiraf Lembaga Disiplin Kristian!!!Presiden PKR kata kes YB ni kes disiplin bukan kes aqidah?betulke 2 panel lantikan biro politik PKR tu AKTIVIS KRISTIAN? siapa anggota Biro Politik PKR? adakah kemungkinan mereka condong kepada Liberalism perangkap yg menjerat Anwar kini?Perangkap yg dipasang oleh NED?

Majlis Presiden kata kes DISIPLIN vs YB kata kes AQIDAH?

PKR bukan sahaja mesti menganut LIBERALISM anjuran NED tetapi mesti dilihat menganut LIBERASLISM the GOSPEL of GLOBALISATION agenda neoliberalis antarabangsa akhir zaman iaitu DAJJAL almasih.......

salam

zakwan said...

Hah!
You didn't post my comment that I posted yesterday
COWARD!!!
No wonder you walked out of yesterday's hearing

Raidi Hashim said...

Assalamualaikum YB,
Saya minati wakil rakyat yang mengambil berat hal ehwal rakyat dibawah tanggung jawaban di dalam Parlimen. Saya dapati YB Zulkifli Nordin mempunyai ciri2 tersebut. Alhamdulillah.
Pada pandangan saya, dalam hal ini i.e. Lembaga Disiplin terdiri daripada bukan Islam, dalam membicara pertuduhan terhadap YB Zul, harus dilihat dari aspek politik dan bukan-nya Shariah. Bagi saya ini lah masa nya YB Zul menggunakan platform ini untuk mendakwah kepada En. Goh, En. Chew dan En. Kumar mengenai Islam, dan penggunaan perkataan Allah. Allah yang Esa yang menjadikan alam ini. Selain daripada Allah SWT adalah makhlok Nya, dan makhlok nya tidak berkuasa untuk membuat sesuatu tanpa izin daripada Nya. Allah SWT yang Esa/Satu mempunyai sifat cemburu...cemburu terhadap makhlok Nya yang menyekutu(shirik) dalam penyembahan terhadap Nya...Allah SWT bukan dua, tiga (seperti kepercayaan Kristan, Tuhan mempunyai anak dan holy ghost) atau banyak ( beratus ribu seperti kepercayaan Hindu). Jika penganut agama lain ingin menggunakan perkataan Allah SWT sebagai Tuhan mereka, maka hendaklah mereka setuju untuk berada dalam satu dasar yang sama i.e. mereka mesti bersetuju tentang keEsaan Allah SWT.
Wasalam.
Saudara seperjuangan mu

Raidi Hashim said...

Assalamualaikum YB,
Saya minati wakil rakyat yang mengambil berat hal ehwal rakyat dibawah tanggung jawaban di dalam Parlimen. Saya dapati YB Zulkifli Nordin mempunyai ciri2 tersebut. Alhamdulillah.
Pada pandangan saya, dalam hal ini i.e. Lembaga Disiplin terdiri daripada bukan Islam, dalam membicara pertuduhan terhadap YB Zul, harus dilihat dari aspek politik dan bukan-nya Shariah. Bagi saya ini lah masa nya YB Zul menggunakan platform ini untuk mendakwah kepada En. Goh, En. Chew dan En. Kumar mengenai Islam, dan penggunaan perkataan Allah. Allah yang Esa yang menjadikan alam ini. Selain daripada Allah SWT adalah makhlok Nya, dan makhlok nya tidak berkuasa untuk membuat sesuatu tanpa izin daripada Nya. Allah SWT yang Esa/Satu mempunyai sifat cemburu...cemburu terhadap makhlok Nya yang shirik dalam penyembahan terhadap Nya...Allah SWT bukan dua, tiga (seperti kepercayaan Kristan, Tuhan mempunyai anak dan holy ghost) atau banyak ( beratus ribu seperti kepercayaan Hindu). Jika penganut agama lain ingin menggunakan perkataan Allah SWT sebagai Tuhan mereka, maka hendaklah mereka setuju untuk berada dalam satu platform yang sama i.e. mereka mesti bersetuju tentang keEsaan Allah SWT.
Wasalam.
Saudara seperjuangan mu

Terongpipit said...

Eleh YB Zul hanya nak tarik pertahatian idolanya CIFUT MOKHTAR!

Edwin said...

YB Zul,


Saya setuju bahwa hanya panel Islam sahaja yang boleh mengendailkan kes ini. Says juga setuju bahwa YB Zul menyeru pihak EC supaya mengabaikan semua undi bukan-Islam ketika pilihanraya 2008. Undi bukan-Islam....tak HALAL!

Mahadi said...

Pelik..pelik...yg dituduh kes lain...masuk press ckp kes lain...hairan...hairan...
yg nk dibicarakn isu laporan polis terhadap YB Shah Alam..
Yg dipertikaikn isu laporan polis tu...bkn kalimah allah tu...
Biasalah kan...org nk glamour..hari2 boleh masuk TV3..hari2 terpampang di akhbar...

abu sumaiyah said...

Assalamu'alaikum.
Saya bersetuju dgn YB dalam banyak hal. Bagaimanapun dalam hal nama ALLAH saya meyakini pendirian TGNA, TGHH, DRMAZA & DR Yusuf Qardhawi sebagai menepati kehendak ajaran Islamn. Saya harap sebagai seorang pemimpin muda dalam gerakan Islam YB dapat menekuni ilmu agama secara berguru dalam pelbagai aspek. Belajarlah bagaimana kaedah berbeza pendapat dalam Islam. Dalam memberi komen di ruangan ini YB mengingatkan supaya tidak mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat, tapi akhir-akhir ini YB sendiri telah melanggar pantang larang tersebut.
Maaflah. Wassalam.

mitchell said...

Blessings of the Almighty be upon you, YB and also your family.
Correct me if I am wrong, but, the charges brought against YB is critising YB Khalid of PAS over the Allah issue and also YB Lim of DAP over his handling of issues pertaining to Penang. Correct?...No one is charging you for what you believe in or your views over the "Allah" issue, I do not see your argument in wanting to be tried by a All Muslim panel. To me, it is now looking to be that YB is also playing the race and religion game that the UMNOputras are playing.
You keep mentioning "Little Pharoahs" but refuse to name them, weren't you also once a "Little Pharoah" yourself.
It also looks to me, your game plan is quite simple, you wanna make yourself to be the victim and protector of the faith and then finally quit to declare yourself independent but hope to have enough support amongst the voters to be reelected again in the next GE.
YB, I believe that you were and am still sincere in being strong to your faith so once again look benyond yourself for the answers.
God Bless You,

Ibni Ismail said...

Salam..

Apa tuduhan terhadap YB? Sebab mempertahankan kalimah Allah atau sebab saman Khalid? PKR ni tak peduli pun jika Yb nak pertahan kalimah Allah atau pun tidak kerana itu hak individu tuan. Yg jadi masaalah adalah tahap disiplin Yb dalam berparti. Yb Khalid kan rakan dalam gabungan PR, memang patut Yb dihadapkan ke lembaga didiplin. jika isunya adalah kesalahan saman kepada Yb Khalid maka tak timbul isu ahli panel mesti dari org islam. kalau Yb di bicarakan kerana pertahan Allah, itu isu berbeza.

Jelas di sini yg Yb tidak tahu cara berparti. Saman menyaman ini tak datangkan hasil apa2 pun. Apa yg Islam dapat dgn menyaman Khalid hingga tanpa rasa malu, Yb kata menghadapkan Yb ke panel bukan islam satu penghinaan kepada Islam! Siapa Yb ini hingga membicarakan Yb bermakna hina islam? Cukup2lah ciplak kelakuan Anwar dalam hal menyaman dan Nik Aziz dalam hal pergunakan islam untuk pertahankan diri.

Rasa kelakar sebenarnya dengan kelakuan saudara mara Anwar ni. Ada saje yg tak betul dengan orang lain. Kalau saudara keluar dari PKR nanti, tolonglah jgn masuk UMNO. Masuklah PAS. Kami dah serik terkena dengan org2 Anwar ni.

Ibni Ismail said...

Salam Yb,

Lari tajuk.. Carilah isu yg serius utk dibincangkan seperti isu yg diperkatakan oleh Mufti Perak tentang cadangan kerajaan campuran di Perak selepas PRU lalu..

Tapi tak perlu lah Yb.. Tak mungkin Yb nak lukakan PAS. Khalid samad boleh di gertak tapi Nik aziz dan kuncunya? tak mungkin.

niffiras gunung ledang said...

AllahuAkbar!

Unknown said...

Percaturan politik di negara kita semakin hari semakin nampak menarik . Dengan unculnya individu2 seperti YB Zul ini mewujudkan suasana yang lebih bervariasi...,manakala pemimpin tertinggi sesuatu parti pula tidak lagi sewenangnya utk memvetokan kuasa terhadap pemimpin bawahan.., Tahniah YB. Rakyat Malaysia terlalu lama menunggu kemunculan pemimpin2 seperti YB..

joio said...

Allahhu Akhbar,

Teruskan perjuangan..Jangan jadi seperti PAS....tunduk dan sanggup mengadaikan maruah islam hanya kerana kuasa....sanggup menjilat kembali kata-kata dahulu...selogan yg amat terkenal..."Barang siapa yg mengangkat kafir sebagai pemimpoin maka kafirlah orang tersebut"..sekarang PAS angkat DAP Laknatuallah tak pa ok...bersekutu dengan syaitan DAP Laknatuallah tak pa...PAS dulu amat dihormati kerana prinsip perjuangan keislaman tapi sekarang dah kena penyakit Anwar..,.Gila kuasa dan pangkat...agama letak tepi...

YB teruskan perjuangan menentang firaun-firaun kecil dan juga munafik-munafik ini...Bersahabat=bersahabat tapi bab agama sorry...ini akidah dan maruah agama.

YB..semoga Allah terus menberi kekuatan dan kesabaran kepada saudara.

M.HASHIM SALLEH said...

Sdra Zul pun dah jadi macam haprak.
Menari macam rambong siam. Konon nak bela Islam. Cari publisiti murahan saja. Cari populariti. Rakyat Kulim dah muak dgn sandiwara saudara. Sdra kan ank murid DSA, terikut lah cara dia nak tonjol. Cari satu isu kemudai war-warkan. Kami tak buta. Kami do k peghati saja samapi takat mana dia nak berjoget dengan gendang sumbangnya.

PUTERI said...

Salam saudara ZN,

saya dari dulu memang pelik dengan sikap dan pendirian saudara. Saya rasa sedara ni mempunyai kecelaruan di dalam membuat keputusan dan pendirian. Di satu sudut, saudara menganggap diri saudara tegas dalam mempertahankan Islam, di satu sudut lagi, saya melihat saudara tunduk dan setia kepada kumpulan yang terang-terang telah menghina Islam. Dimana pendirian saudara sebenarnya???..FIkirkanlah kecelaruan dan BALA yg menimpa kepada saudara ini atas sebab apa..Mungkin kerana saudara masih SETIA dgn seseorang yg saudara sendiri tertipu dengan lakonannya..Jangan jadi mangsa beliau, kelak sdara akan mnyesal.

H said...

saya x nampak apakah relevannya meletakkkan kuota 3 org non-muslim berbanding 1 org muslim dlm perbicaraan pembelaan oleh Lembaga Displin PKR terhadap sdr Zul berkenaan kes aqidah ISLAM???...apakah yg mereka tahu ttg aqidah dan sensiviti ISLAM???...apakah ada toleransi dalam konteks membuat KEPUTUSAN??? saya menyokong tindakan PKR untuk membicarakan mana2 pimpinan yg dianggap "bermasalah", namun perbicaraan tersebut MESTILAH nampak ADIL dengan meletakkan seorang sahaja non-muslim sbg pihak yg terlibat....

jebbat said...

Salam all

Semoga jelas...

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil musuh-Ku dan musuhmu menjadi teman-teman setia yang kamu sampaikan kepada mereka (berita-berita Muhammad), karena rasa kasih sayang; padahal sesungguhnya mereka telah ingkar kepada kebenaran yang datang kepadamu, mereka mengusir Rasul dan (mengusir) kamu karena kamu beriman kepada Allah, Tuhanmu. Jika kamu benar-benar keluar untuk berjihad di jalan-Ku dan mencari keridhaan-Ku (janganlah kamu berbuat demikian). Kamu memberitahukan secara rahasia (berita-berita Muhammad) kepada mereka, karena rasa kasih sayang. Aku lebih mengetahui apa yang kamu sembunyikan dan apa yang kamu nyatakan. Dan barangsiapa di antara kamu yang melakukannya, maka sesungguhnya dia telah tersesat dari jalan yang lurus."[Al Mumtahanah(60):1]

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu ambil menjadi teman kepercayaanmu orang-orang yang, di luar kalanganmu (karena) mereka tidak henti-hentinya (menimbulkan) kemudharatan bagimu. Mereka menyukai apa yang menyusahkan kamu. Telah nyata kebencian dari mulut mereka, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka adalah lebih besar lagi. Sungguh telah Kami terangkan kepadamu ayat-ayat (Kami), jika kamu memahaminya."[Al-Imran(3):118]

"Beginilah kamu, kamu menyukai mereka, padahal mereka tidak menyukai kamu, dan kamu beriman kepada kitab-kitab semuanya. Apabila mereka menjumpai kamu, mereka berkata "Kami beriman", dan apabila mereka menyendiri, mereka menggigit hujung jari lantaran marah bercampur benci terhadap kamu. Katakanlah (kepada mereka): "Matilah kamu karena kemarahanmu itu." Sesungguhnya Allah mengetahui segala isi hati."[Al-Imran(3):119]

Jadi berhati-hatilah dengan apa yang di firmankan oleh Allah. Semoga kita tahu hala tuju demi keredhaan Allah dan bukan keredhaan manusia.

Wassalam

jebbat
hanya seorang hamba Allah.
jebbat.blogspot.com

adnanhassan said...

wahai adikku zul, apa pendapat & pendirian abg anwar isu ALLAH & interview yb nibong tebal. keyakinan saya pada PRM tergantung pada pendirian abg anwar. bersama2lah kita mengutamakan ISLAM. NAN BTR