06 March 2010

SURAT TERBUKA BUAT AHLI MPP PKR

ZULKIFLI BIN NOORDIN
AHLI PARLIMEN KULIM BANDAR BHARU
Kamar Wakil Rakyat, Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu
Ting. 7, Wisma Yakin, Jalan Masjid India, 50100 K.L

Ruj. Kami: LD/PKR/Kalimah ALLAH (I) & DAP (II)
Ruj. Tuan: LD2010/ZulNoordin/0001

Sabtu: 20 Rabi’ul Awal 1431 / 06 Mac 2010

Kepada:
Ahli-Ahli Majlis Pimpinan Pusat
Parti Keadilan Rakyat
Ibu Pejabat PKR
Jaan Tropicana Selatan 1 PERHATIAN SERTA-MERTA
47410 Petaling

Saudara / i rakan pimpinan MPP/, assalammu'alaikum dan salam sejahtera.

Saudara/i sedia maklum saya telah dihadapkan ke Lembaga Disiplin berkaitan dua isu iaitu iau lapuran polis berkaitan kalimah ALLAH dan kritikan saya terhadap kepimpinan DAP.

Sebelum prosiding bermula, saya telah menulis tiga surat bertarikh 16, 25 dan 27 Februari menuntut agar bagi prosiding mengenai lapuran polis berkaitan kalimah ALLAH itu diletakkan panel beragama Islam kerana ianya membabitkan isu aqidah, syariat dan agama Islam. Namun semua surat itu tidak dijawab. Sebaliknya apabila prosiding bermula pada hari Isnin 15 Rabi’ul Awal 1431/ 01 Mac 2010, saya terkejut mendapatinya terdiri daripada Mr. Goh Keat Peng, Ms. Chew Swee Yoke (kedua-duanya mengaku penagnut agama Kristian katholik), En. T.Kumar (yang mengaku beliau penganut agama Hindu) dan Tuan Syed Kamarulzaman. Seorang lagi ahli panel, Tuan Haji Din Marican menarik diri kerana tidak mahu duduk dalam panel yang majoritinya bukan Islam untuk membicarakan saya tentang isu membabitkan agama Islam.

Saya menegaskan kepada panel sedia ada bahawa walaupun saya menghormati mereka secara individu, tetapi atas prinsip mereka tidak sepatutnya duduk didalam panel yang hendak membicarakan saya dalam isu berkaitan kalimah ALLAH tersebut kerana membabitkan agama saya. Tetapi saya bersedia untuk mereka menjadi panel bagi membicarakan isu kritikan saya terhadap DAP. Mereka meminta tempoh sehingga kHamis 04.03.2010 untuk mengkaji tuntutan saya tersebut. Saya meletak harapan mereka akan menerimanya dan menarik diri dan melantik panel lain yang beragama Islam. Sementara itu saya menulis kepada YB Setiausaha Agong mengenai isu yang sama, namun tiada sebarang jawapan diberi.

Sebaliknya apabila prosiding, anggota panel tersebut menolak dengan menyatakan bahawa mereka telah dilantik oleh MPP PKR dan tidak mempunyai kuasa untuk menarik diri. Saya kemudian memohon supaya mereka hanya meneruskan prosiding hanya berkaitan isu kritikan terhadap DAP, dan menangguhkan prosiding mengenai isu kalimah ALLAH untuk membolehkan saya membuat permohonan kepada MPP PKR untuk mempertimbangkan semula komposisi panel yang akan mendengar isu kalimah ALLAH tersebut. Namun pihak Lembaga menolaknya dan berkeras mahu meneruskan prosiding bagi kedua-dua isu kalimah ALLAH dan kepimpinan DAP. Berdasarkan itu, saya memilih untuk tidak mengiktiraf panel tersebut dan membuat walk-out.

Sekarang saya menulis terus kepada saudara/i rakan pimpinan MPP/PKR untuk menimbang semula tuntutan saya untuk satu panel beragama Islam mendengar prosiding mengenai isu kalimah ALLAH tersebut. Butir-butir mengapa saya meminta panel sedemikian telah saya nyatakan secara terperinci sebelum daripada ini. Sukacita jika dapat pihak sekretariat memberikan butir-butir tersebut kepada pihak MPP/PKR.

Apa yang saya minta hanyalah pihak parti mematuhi prinsip keadilan sejagat yang diterima pakai (universal principles of natural justice) iaitu "a person can only be tried by his own peers". Bagi isu lapuran polis berkaitan kalimah ALLAH itu, hanya mereka yang menganut agama Islam adalah yang sekufu dengan saya dan layak duduk sebagai ahli panel untuk mendengar prosiding terhadap saya. Apakah itu suatu tuntutan yang keterlaluan. Bukannya saya mahu mengelak daripada berhadapan dengan Lembaga Disiplin. Tetapi saya menuntut supaya semua prinsip keadilan sejagat dipatuhi, sebagaimana yang kita tuntut didalam kes pertuduhan liwat yang dibawa terhadap YB Ketua Umum kita. Keadilan adalah untuk semua, bukannya bersifat selektif.

Saya juga telah membangkitkan beberapa isu awalan yang perlu diperjelaskan terlebih dahulu sebelum prosiding terhadap notis-notis tunjuk sebab itu dijalankan. Namun pihak Lembaga menasihatkan saya supaya merujuk dahulu kepada pejabat YB Setiausaha Agong kerana apa yang saya bangkitkan tidak dapat diputuskan oleh mereka. Oleh itu saya perturunkan dibawah isu-isu yang telah saya kemukakan untuk pertimbagangan pihak saudara/i:

1. Samada pihak Lembaga Disiplin dapat bertindak dengan bebas dan adil serta tanpa sebarang pengaruh luar atau tekanan. Ujud keraguan yang serius terhadap kewibawaan dan kebebasan sebenar Lembaga Disiplin yang ditubuhkan untuk membawa prosiding disiplin terhadap saya kerana kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Ketua Umum sendiri yang telah melabel saya sebagai pelampau dan perlu dikenakan tindakan keras. Juga kenyataan Presiden yang boleh mempengaruhi pertimbangan MPP. Juga kenyataan YB Timbalan Presiden yang jelas bias dan berprasangka jahat. Termasuk juga kenyataan Naib-Naib Presiden, Setiausaha Agong YB Saifuddin Nasution, Pengarah Strategi YB Tian Chua dan Ahli Biro Politik/ MPT Datuk Zaid Ibrahim dan lain-lain pimpinan kanan PKR jelas telah menghukum saya dan menuntut saya dipecat dan dikenakan tindakan disiplin yang keras sebelum prosiding bermula pun. Jadi bagaimana Lembaga Disiplin yang duduk dibawah MPT boleh diharap berlaku adil dan saksama kepada saya; dalam keadaan kepimpinan parti yang akan membuat keputusan sudahpun menghukum saya dan bertindak menjadi penyiasat, pendakwa, hakim serta penghukum!? Atau apakah prosiding Lembaga Disiplin ini ditubuhkan oleh kepimpinan parti sebagai sekadar satu “drama politik” semata-mata untuk menunjukkan kononnya saya sudah diberi peluang membela diri sedangkan keputusannya sudah pun dipersiapkan!? Oleh itu, pihak kepimpinan parti perlu memberi penjelasan apakah jaminan MPT boleh bertindak berdasarkan prinsip-prinsip keadlian semulajadi apabila menerima sebarang cadangan daripada pihak Lembaga Disiplin kelak dalam keadaan kesemua pimpinan kanan telahpun menghukum saya?

2. Saya membantah pendengaran pertuduhan Notis Tunjuk Sebab (I) terhadap saya kerana sehingga kini, tiada sebarang Notis Tunjuk Sebab dikeluarkan dan prosiding disiplin dijalankan terhadap Dato’ Zaid Ibrahim yang jelas melakukan kesalahan lebih serius dengan membelakangkan prinsip pertanggunjawaban bersama dan akauntabiliti apabila mempertikai dan mengutuk keputusan Biro Politik merujuk saya ke Lembaga Disiplin dengan tidak menggantung saya sebelum itu sedangkan beliau termasuk anggota Biro yang bermesyuarat dan membincangkan jenis tindakan yang akan diambil terhadap saya. Malahan YB Ketua Umum sendiri telah mengumumkan suatu tindakan disiplin akan diambil terhadap beliau dan disahkan oleh YB SUA, namun sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil. Ini membuktikan prosiding terhadap saya adalah satu sandiwara sahaja seolah-olah mahu menunjukkan tindakan telah diambil terhadap saya dan kononnya saya diberi peluang membela diri. Ini adalah satu sikap double-standard dan menjejaskan kredibiliti, integriti dan kewibawaan PKR untuk meneruskan prosiding terhadap saya. Oleh itu selagi tiada sebarang tindakan diambil oleh kepimpinan PKR terhadap Dato’ Zaid Ibrahim, prosiding terhadap saya tidak sepatutnya diteruskan dan hendaklah digantung!

3. Saya membantah pendengaran pertuduhan Notis Tunjuk Sebab (II) terhadap saya kerana sehingga kini, tiada sebarang Notis Tunjuk Sebab dikeluarkan dan prosiding disiplin dijalankan terhadap YB Wee Choo Keong kerana beliau juga melakukan tindakan yang sama saperti saya; malahan YB Ketua Umum dan YB SUA telah mengumum dan mengesahkan prosiding disiplin akan dikenakan terhadap YB Wee Choo Keong. Namun sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil. Ini membuktikan prosiding terhadap saya adalah satu formaliti sahaja seolah-olah mahu menunjukkan tindakan telah diambil terhadap saya dan kononnya saya diberi peluang membela diri. Ini adalah satu sikap double-standard dan menjejaskan kredibiliti, integriti dan kewibawaan PKR untuk meneruskan prosiding terhadap saya. Oleh itu selagi tiada sebarang tindakan diambil oleh kepimpinan PKR terhadap YB Wee Choo Keong, prosiding terhadap saya tidak sepatutnya diteruskan dan hendaklah digantung!

Saya berharap pihak MPP memandang serius berkenaan dengan isu-isu dan persoalan yang saya bangkitkan ini kerana ianya adalah berkaitan dengan hak asasi kemanusiaan, hak membela diri dan prinsip keadilan semulajadi yang menjadi landasan kepada perjuangan PKR dan Pakatan Rakyat. Prosiding yang diambil terhadap saya ini akan mempunyai implikasi yang serius bukan sahaja kepada saya, tetapi juga kepada parti. Malahan saya berani menyatakan yang menjadi subjek perbicaraan bukannya sahaja saya, tetapi juga parti sendiri. Sudah tentu rakyat dan dunia akan melihat samada parti kita akan ‘walk the talk’ atau tidak. Apakah kita konsisten dalam perjuangan kita!

Saya menuntut supaya saya diberikan keadilan. Sebab itu saya menyokong perjuangan Dato’ Seri Anwar untuk mendapat keadilan dalam kes liwat beliau. Perjuangan beliau ingin mendapat keadilan sehingga sampai keperingkat mendapat sokongan luar. Kalau Dato’ Seri Anwar menuntut keadilan, saya juga menuntut keadilan yang sama. Keadilan bukan sahaja mesti dilaksanakan tetapi hendaklah dilihat dilaksanakan. Berdasarkan apa yang saya kemukakan diatas, ternyata prinsip-prinsip keadilan yang kita perjuangkan itu langsung tidak dipatuhi oleh kita sendiri. We should walk our talk!

Berdasarkan isu awalan, persoalan dan bantahan yang saya kemukakan diatas, saya berharap ianya dapat dibincangkan dan diputuskan kepimpinan parti dengan segera. Marilah kita melaksanakan keadilan kepada diri kita sendiri dahulu, sebelum kita mahu melaksanakan keadilan kepada orang lain.

Saya mengharapkan semoga saudara/i dapat mengembalikan keadilan bukan sahaja kepada saya, tetapi kepada perjuangan kita untuk reformasi dan perubahan. Dan saya harapkan saudara/i akan menimbangnya dengan serius didalam mesyuarat khas yang dipanggil bersidang hari ini.

Sekian terima kasih dan wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Sabtu
20 Rabi'ul Awal 1431
06 Mac 2010

33 comments:

sapien said...

Surat terbuka buat Sdr Zulkifli Nordin. Assalamualaikum buat MP Zulkifli Nordin. Saya bagi mewakili pengundi Kulim ingin merayu supaya saudara dapat pulang kekawasan saudara bagi menghadapi satu perjumpaan antara penyokong dan pengundi saudara bagi mendapat penjelasan mengenai status saudara dalam PR dan sebagai MP Kulim Bandar Baru. Kami ingin mendapat penjelasan tentang pendirian saudara dalam memperjuangkan nasib kami pengundi di Kulim Bandar baru ini. Seandainya saudara tidak dapat tidak untuk pulang ataupun enggan untuk pulang maka kami sepakat untuk mengadakan undi tidak percaya dengan mengadakan demonstrasi dan memorandum supaya saudara meletak jawatan sebagai MP Kulim Bandar baru. Kami mahu mendengar dari mulut saudara sendiri tentang pendirian saudara dalam Pakatan terutamanya sebagai rakan Pas. Mungkin saudara menganggap bahawa tulisan ini remeh tetapi saudara boleh lihat kesannya kelak. Sekian.

burberry said...

isu kalimah Allah telah memperlihatkan korban pertamanya.

http://malaysiakini.com/news/125864

semoga terus mempertahankan pendirian dan aqidah kita.

Unknown said...

hahahaha,

Zul...macam surat ajak mp PKR keluar parti ramai ramai jer surat terbuka ni ...hehehhehe

Tengku A said...

YB Zul,

Alangkah baiknya jika semua pemimpin-pemimpin Melayu, tanpa mengira fahaman politik, bertegas mengenai Islam dan bangsa Melayu.

Kalau bangsa kita yang majoritinya beragama Islam lemah dan sering dipersendakan, macam mana agama Islam itu boleh dimartabatkan?

Dalam konteks Malaysia, sudah jelas jika Melayu lemah, agama Islam juga akan menjadi lemah. (Siapa lagi nak martabatkan agama Islam jika bukan orang kita sendiri?)

Saya bangga menjadi anak Kedah!

Semoga YB Zul dilindungi Allah swt.

Amin.

Pendekar said...

Salam YB Zul

Inilah yang dinamakan parti keadilan yang tiada keadilan didalamnya ...

Keadaan ini juga telah mencemarkan pengunaan nama keadilan didalam parti ...

Untuk tidak bersekongkol dengan parti yang tidak tahu menilai apa itu ISLAM .....

jalan yang paling baik ialah diminta YB Zul Keluar dari PATRI TERSEBUT ....

MENGIKUT ORANG YANG TERANG MENGHINA ISLAM ....
BERMAKSUD PENGIKUT JUGA TERKENA TEMPIAS TERSEBUT.

hafszach said...

Sebagaimana umat Islam merasa terhina bila Natrah dibicarakan oleh hakim Inggeris, dan kes kalimah ALLAH dibicarakan oleh hakim bukan Islam! Saya berasa terhina dihadapkan ke panel yang bukan Islam untuk membicarakan aqidah, kepercayaan dan agama saya!

Wow..!! Cantik ayat2 serta hujah2 saudara di atas.. tak mahu kes saudara seperti kes Natrah di singapura dahulu berulang kembali bila mana org inggers yg menjadi hakim dalam kes tersebut..

Knp saudara tak pertikaikan pulak bila kes Kalimah Allah ni dibicarakan oleh seorang hakim bergangsa cina dan beragama kristian.. wakaka,,

Sebenarnya saudara dan ramai lagi yg terperangkap dgn mainan politik kotor UMNO.. selaku seorang islam yg menjunjung agamanya saudara sepatutnya lebih cerdik menilai segala mainan munafik dalam UMNO ni..

Saya benar2 kecewa bila mengetahui saudara dgn gopoh cuba tampil sebagai jaguh bagi mempertahankan kalimah Allah, setiap perkata yg berlaku seharusnya dinilai dgn akal yg bersendikan kitabullah bukannya dgn nafsu dgn bersendikan sifat amarah..

Sorang muslim yg cerdik ialah bila mana dapat mentafsir apa yg tersurat dan apa yg tersirat disebalik setiap apa yg berlaku..

Apasalahnya jika terdapat 2 atau 3 org yang bukan islam menjadi panel, sekurang2nya mereka akan mengerti mengapa saudara berjuang mempertahankan kalimah Allah..

jgn jadi seperti UMNO yg tidak boleh diajak berbincang tetapi terus menerus menyerang membabi buta sehinggakan menyerlahkan imej keburukan akhlak mereka di mata bukan islam..

* Sedarlah manusia yang bijak adalah manusia yg memuliakan dan meletakkan akal lebih tinggi dari hawa nafsu..

Qazwsx said...

salam ngn achi estet xpa plak ye???xcaya hgpa semua p tgk post bulan feb 2008.bg tau je la firaun2 kecil tu.nk tau la jugak.jgn jd ezam duk berkokok kata ada 6 kotak.ad teluq ka x???

bg hujah la wei.ms berbincg kat umah DSAI,dgr kata hg snyp menikus...syok la geng umngok dgr hg bntai PKR.p la kt umngok.xkebuloq la berzina ngn umngok tu.esok p la jmp najib,p cium tgn dia tau.jgn hg p slam bik momma plak tau..haram..ngn achi pn haram gak..

Qazwsx said...

SALAM NGN ACHI ESTET,XPA NO..PASTU KATA LA FIRAUN KECIL LA.HG TU FIRAUN KOT.

DARI UMNO DIA DTG,KEPADA UMNO DIA KEMBALI....

Unknown said...

YB Zul, jangan putus asa Dan jangan letak jawatan sebagai MP! Malaysia memerlu pemimpin seperti YB yang mempertahankan Islam.
Kami doa semoga ALLAH SWT melindungi kami semua InsyaALLAH Dan YB Zul akan masih berjuang Dan berkhidmat dengan ikhlas demi Islam, Bangsa Dan Negara!
SALAM.

Shairon said...

salam zul..

saya melihat satu babak demi satu babak drama anda,anda bukan dibenci puak2 pakatan,anda juga diherdik puak2 disana..

apakah makna perjuangan anda?saya masih berfikir dimana nampaknya nilai dan harga perjuangan yang anda bawakan?

sebab perjuangan dan akidah kononnya yang anda bawakkan hanyalah retorik,sebab dalam ayat anda acapkali diulang tulis perkataan firaun kecil,yang anda tidak maksudkan siapakah dia..

sebab apa anda tidak terjemahkan siapa "firaun kecil"??kerana "firaun kecil" hanyalah ayat ciptaan anda terhadap teman2 dalam Pakatan Rakyat,anda tidak punyai bukti dan alasan,sama seperti orang gila yang gertak ingin membunuh diri semata2 mahu diperhatikan..

sebab perjuangan "akidah" anda tidak punya harga,hasilnya apatah lagi,tidak nampak satu hasil langsung..

anda manusia yang terperangkap oleh UMNO,pokoknya yang telah meletakkan pesuruhjaya kehakiman seorang non muslim..

anda ingin menunjukkan sifat islamic anda apabila ingin membuat laporan polis terhadap YB Samad..hakikatnya tindakan Yb Samad yang terang terang menyokong penggunaan Allah oleh non Muslim adalah tidak wajar..Dan perbuatan anda juga sama-sama tidak wajar..

so bagaimana untuk menyelesaikan masalah kalau sama2 melalut?sekarang isunya bukan Kalimah Allah ataupun Akidah,tetapi masalahnya kenyataan anda ingin membuat laporan polis terhadap sahabat di dalam Pas..nampak tak betapa rendah tahap pemikiran anda?

saya tak nampak anda sebagai hero kerana sesiapa pun wakil rakyat,walaupun tarafnya hanya SPM boleh menjadi seperti anda,melalut-lalut kemudian menyangkut satu persatu..

saya tak nampak sedang bercakap kepada seorang "YANG BERHORMAT"..saya anggap sedang bercakap dengan seorang pesakit yang perlu kita memahaminya,membelainya hakikat kita tak faham apa2 di dalam kepala si pesakit tersebut..

fazli.adha said...

aku ingat hang bab Islam bukan main juara....tapi dok panggil org Firaun kecil la apa la...

Hang sorang saja dlm malaysia ni nak pertahan islam..org lain anti-islam.

Kalau dah tau dari dulu PKR anti-islam..awat tak kluar parti awal2? nak tunggu kena pecat baru nak kecoh satu kampung ...

melalak kata kena pecat...memang hang dok tunggu kena pecat...

Awat hang tak masuk PAS? PAS mau tak terima hang ni??

Bukan main report POLIS hal khalid samad..hal umno hina Islam hang ada report polis? JIJIK la woi..

sudah la Zul... hang pi masuk UMNO la...

Don said...

Selamat berjuang YB diluar dari gang PKR. Sekarang YB tiada dlam jemaah jadi boleh buat apa yang YB suka.
Dalam jemaah ada peraturan yang kena ikut dan saya nampak YB ni jenis yang tak suka ikut peraturan...makna nya macam Ikut Suka Aku ( ISA ).
Sekarang diluar harap perjuangan YB untuk menegakkan mertabat Islam dan bangsa Melayu akan berhasil...ya la selepas negara merdeka lebih dari 40 tahun dibawah pemerintahan UMNO bangsa Melayu masih menjadi macam peminta sedekah dan masih berharap kepada subsidi.

Macam YB selalu kata..Adios

Syazli Tahir said...

Salam YB Zul,

Walaupun ramai yg mengkritik saudara kerana perjuangan menegakkan agama dan kalimah Allah, percayalah, perjuangan Nabi Muhammmad SAW juga tidak semudah seperti yg kita diajar baca pd sirah Nabi.

Teruskanlah pertahankan kesucian agama kita dan bangsa kita.

kepada penulis yg memang anti UMNO, apa-apa tindakan orang kita yg kearah perjuangan bangsa, mereka akan tetap berkata ini adalah mirip UMNO yg mereka amat benci seolah-olah PR ini adalah satu parti yg suci. PR ini adalah satu parti campuran BiaDAP dan hamPAS.

Teruskan perjuang YB dengan wadah yag berbeza.

Amir said...

Semoga YB tabah menghadapi semua ini dan menganggapnya ujian keimanan dari AllAH SWT. Umat islam memerlukan orang seperti YB, teruskan istiqomah YB ini, insyaAllah generasi akan datang pasti amat meghargai perjuangan YB ini. Saya benar-benar bersyukur kerana YB telah meninggalkan jemaah sesat dalam PKR yang berjuang atas dasar sekularisme dan liberalisme. InsyaAllah YB dijalan yang benar....

*~De' Reza Family~* said...

buat yb zul..

ada kala prinsip individu perlu diketepikan utk mempertahankan prinsip persepakatan yg ramai..

jgn dok rasa prinsip yg terkalung didada..yg konon dijaja merata adalah benar...kepentingan ramai perlu diutamakan..

maknanya...apabila kita bersepakat...maka apa yg telah disepakatkan..perlu dipertahankan...bukannya pertahankan apa yg ndividu perjuangkan(baca individu-prinsip yb zul)

mengenai kalmah allah...PR dah sepakat...penjelasan telah diberikan oleh TGNA...dan PR sepakat...apa masalahnya??..

Nak jadi juara ker???...adakah TGNA pun termasuk firaun kecil??

yb zul memang silap...menampakkan kesombongan dan keangkuhan diri...

Johan Marco said...

akhirnya kita nampak perangai PKR yg sebenar,
tgk Boss dia sudah cukup YB,
teruskan perjuangan mu tak kira apa parti...
assalamualaikum

Unknown said...

Salam YB Zul, saya rasa yg paling gembira dgn keputusan ini ialah Khalid & DAP. Teruskan perjuangan anda semoga diredhai Allah

Adi Jie said...

Salam YB.. Saya akan terus menyokong YB dari belakang! Tegakkan Islam. Masih ramai lagi melayu Sekular yg berleluasa di bumi islam ini. bersama2 membawa mereka kembali ke pangkal jalan.
Hidup YB!

nanyang said...

hidup rakyat,hidup satu malaysia,saudara yb terus perjuang,reformasi keADILan

AntiHero said...

salam yb zul
bagi saya adalh lebih baik anda berpatah arang dgn PKR@PR.bagi kami pr ini hanya menyusahkan rakyat malaysia yg cintakan keamanan,mengganggu gugat perlembagaan,memecah belahkan masyarakat dan anti melayu islam.ini semua boleh di lihat dgn apa yg berlaku di penang dan di selangor dimana segala yg buruk2 hanya untuk melayu dan islam sahaja.bagi kami walaupun UMNO itu banyak kelemahan tetapi barisan kepimpinan UMNO yg di terajui oleh DSN sedaya upaya untuk menambahbaikkan dan memulihkan parti keramat org melayu ini.

atiefs said...

susah dah nak cari orang mcm YB Zul hari ni..

tahniah & terima kasih tak terhingga kerana kesanggupan YB untuk "berani kerana benar"..

May Allah bless you and all the muslim families..

Qazwsx said...

pergilah jmp bik momma esok.mnta peruntukan.jaga2.bik momma suka laga pipi.jgn dia jmp hg nnt dia laga dada.sbb hg kn pejuang Islam.jadi dia taksub la skit.salam dia hg nk bls x klu dia huluq?

sembang kemas saja.umngok putar isu skit saja,hg gelepur lebih.TGNA pn hg bantai..hebat hg no.hbt2.p la men golf balik mcm dlu..SAMPAH!!!!

dulukini said...

anda cuba menjadi terlebih islam dari orang lain??? PKR tidak pernah menentang Islam cuba anda saja yang terlebih Islam. Pikirlah sendiri. Susah sudah join UMNO boleh kaya cepat.

sap said...

Salam YB.
bg sy YB ni seorng YB yg ok la.
cuma saudara terperangkap dgn permainan tactical kotor UMNO.
Bile UMNO hilang kepercayaan rakyat, bangkit kan isu2 sensitif utk kembali mendapat sokongan kaum melayu.dats it.
ape pun selamat maju jaya kpd saudara.looking forward to see active in political arena

Unknown said...

hope YB dpt perjuangan Islam secara keseluruhannya mengikut n menegakkan hukum hudud, dr segi akidah, akhlak, syiar n syariat islamnya. Hope YB berjuang krn Allah n ikhlas itu penting. Janganlah YB hanya membawa isu tentang kalimah Allah shj sebagai org islam kita wajib memperjuangkan islam secara keseluruhan.

cucukerinci said...

YB zul,,,,,, bila kena pecat drp PKR nada suara macam dirasuk setan...sudahlah tu....ingat hang sorang saja yg bejuang utk Islam?????.banyak tindakan umno yg anti Islam kenapa tak repot polis...mengata ada firaun kecil dlm PKR...jika berani sebutkan namanya baru dinamakan hang tu berani....bukan pengecut asyik dok cari alasan
Akhir kata kosongkan kerusi parlimen KBB sebab hang tu menang atas tiket PR melalui PKR...jangan hang buat tak faham pulak..

nash said...

Salam Yb,

Saya mengucapkan syabas kepada saudara kerana berani memperjuangkan isu Kalimah Allah,..namun begitu janganlah saudara memilih isu yg tertentu sahaja utk di ketengahkan.Isu kes liwat membabitkan DSAI juga perlu diperjuangkan oleh saudara.Amat penting saudara menasihatkan DSAI melakukan Sumpah junjung Al_Quran seperti yg dilakukan oleh Saiful didalam masjid demi membersihkan nama DSAI dimata penduduk2 kampung.Jika DSAI tidak bersalah mengapa beliau begitu takut sekali untuk bersumpah seperti yg dilakukan oleh saiful?beranikah saudara lontarkan persoalan ini kepada DSAI?tentu tidak..

Unknown said...

Komen aku x keluarpun!!! Tak sedap dibaca ke? Walau macamana pun, Teran-teran - legaa.

The One said...

Hello `LITTLE PHAROAH'

At Last..
Kena sack juga ko ek..
Nak tunggu ko keluar mungkin.. bejanggut.. @ ko mmg tak de telor..

Boleh la ko form 1 pertubuhan.. PErtubuhan Gabungan Individu Dan bebAs.. @ PEGI DA, Ajak sekali Ezam kotak, Zahrain,ADUN C Tangkai Jering, ADUN BEHRANG,FAIRUZ.. HASSAN BTN ALI dan gringos yg baru dan lama dan AKAN jadi bebas tu

Dan Jgn Lupa

1. Tukar moto Honda shadow cokia ko tu dgn Honda Goldwing or Harley Fatboy. Tulis kat moto tu ayat.. D Little Pharoah.. sure mampu punye.. Sponsorship akan mashyuukk belambak2.. ko tak minta pun dia org akan bagi.. kalu tak tau.. cuba tanya FAIRUZ

2. Pakai baju itam ada tulisan.. The Riding MP WHO CHEATS HIS VOTERS and PARTY..
or
KADOK now is LITTLE PHAROAH

3. Sila/Ko buang kopiah ko tu bila jumpa atau bbincang dgn sponsors..

Peace and G Luck 2 U `The riding MP and Little Pharoah'

Bye2

Mohd Saifuddin Bin Mohamad said...

Alahai Zul kau ni aku anggap macam bulldozer lah rempoh apa saja yang ada tak kira betul atau salah. Otak kau ni keras sebab tu tak dengar nasihat kau aja yang betul, dan cuba nak tunjuk terror semua orang salah aku yang betul, hebat. nampaknya kau lari dari firaun kecil dan akan menyua tengkuk kau kepada firaun besar (Umno) senang-senang hubungilah ibrahim ali

Qazwsx said...

UMNOLAH PEJUANG ISLAM SEBENAR....BERSAMALAH KITA IKUT YB ZUL YG ALIM SALAM ACHI ESTET NI.IKUT LAH DIA...DIA LAH HERO BARU...

Qazwsx said...

cucukerinci,DIA NK JADI MAT EZAM.KLU MAT EZAM MAIN KOTAK,DIA MAIN FIRAUN..SALAM ACHI ESTET XPA PLAK...JGN KATA AKU TUDUH FITNAH.P TGK KT POST FEB 2008.

UMNO WAT ISA,WAT RATU CANTIK,WT HARAM JADAH BYK LAGI OI...AWAT XREPOT.HERO KAMPUNG BALING...POODAH...LA HG P LA SKG UMNGOK..HG LUPA KES AISHA BUKHARI????

Raffi said...

Assalamualaikum yb....
Saya anak muda dari parlimen kulim bandar baharu.

saya akan laya mengundi pada pru13..
namun...pada saya...Alhamdulillah...saya harap penghijrahan yb adalah 1 anjakan paradigma untuk dsai memikir pabila tulang belakang beliau selama ini sudah dianggap org buangan... namun pada saya yb tetap manusiayang teguh dan kukuh de=ng sibghatullah......KITA TIDAK AKAN TUNDUK DAN SUJUD PADA FIRAUN KECIL APATAH LG YG DIBANGSAKAN PADA THOGUT.( definisi sbnar thogut, ruj: pemuda tauhid terbitaan abjda malaysia)

YB....saya mewakili anak muda p18....menyeru kpd yb....kita bersaa2 bangunkan KBB.
sedih yb... dari sya kecik sampai besaq....kaw bb tetap lembab....
Malu yb... dari zaman Tok kadiq lagi....pekan bb jadi pekan koboi....
xan kena sunmpah 7 penggal pru kot..hehehe
tapi kalaw nak ikot kira2, dah lebih dari 7 penggal depa pegang kbb.....tapi...amat mengecewakan...
Yb... sekarang yb sudah bebas...saya tidak berniat nak " menunjuk" jalan pada yb... tapi tidak slahkan kalaw kita kongsi jalan....

kalaw yb ada masa....tolong la msg @ col saya.
saya xtaw no yb....
saya ada agenda yang boleh kta berbincang....

Yb.... nak tengok pemimpin masa depan...tengok pemuda pemudi sekarang...betoi x??? saya bukan pandai bab agama pun macam tok guru nik aziz @ dato harusani ( penah makan semeja ngan beliau dulu).
tapi saya taw 1 perkarayang anak muda especially pemudapemudi KBB lupa
BANGSA AKU DAN AGAMA KU HARUS DIBELA DAN DIMARTABATKAN....

BIAR NON PARTISAN....DARI NON RAHMAT WA TAUFIQ...

YB..... RABBUNA MAA'K...

PLZ YB...UNTUK ISLAM DAN AGAMA....
YANG KENA TOLONG SAYA DAN RAKAN2....

RAFI ( 0179808062)