06 January 2010

ALLAH KRISTIAN!?

Salam 2 all.

Apakah dia isu yang ada dihadapan kita. Isunya mudah. Segelintir puak Kristian diwakili oleh akhbar Herald menuntut menggunakan nama "ALLAH" dalam bentuk ALLAH itu Tuhan Satu Dalam Tiga-konsep Triniti yang fundamental kepada kefahaman ketuhanan Kristian terutamanya Katholik. Ringkasnya, mereka mahu menggunakan nama ALLAH dalam bentuk kufur dan syirik. Tidak ada lagi yang lebih jelas daripada itu.

Persoalannya, adakah kita redho dan terima penggunaan nama ALLAH dalam bentuk syirik itu? Iaitu ALLAH itu Tuhan Bapak, Tuhan Anak dan Roh Suci?

Bagi orang yang beriman dan jelas Islamnya, jawapannya mudah..TIDAK, kita tidak akan sama sekali redho dan setuju ALLAH dipersekutukan dengan konsep triniti yang dipercayai oleh Kristian!

Kerana apa. Kerana ALLAH itu adalah Ahad, Maha Esa..SATU!! Mempercayai, meredhoi dan bersetuju ALLAH itu ada sekutunya adalah syirik dan membawa kepada kekufuran. Sebab itulah 'ulama' yang imannya jelas dan ikhlas saperti Sahibul Fadhilah Dato' Dr. Harun Din menyatakan jawapannya jelas, bagi mereka yang redho dan setuju dengan segelintir Kristian yang mahu mensyirikkan ALLAH ini maka mereka sendir adalah kufur dan syirik!

Apa guna kita pergi sampai ke zaman sebelum Islam dan risalah Nabi untuk menegakkan benang basah, bahawa kesemua agama samawi, agama langit, agama wahyu..agama Ibrahim telah menggunakan nama ALLAH sebagai Tuhan. Sebenarnya kesemua Rasul dan Nabi membawa risalah yang sama. Bahawa ALLAH itu satu, sembahlah ALLAH itu! Daripada Nabi Adam a.s sehinggalah Nabi Muhammad saw, risalahnya tetap sama. Dan tiap kali seorang Rasul dan Nabi diutuskan, ianya adalah untuk memperbetulkan kembali 'amalan kufur, syirik dan menyengutukan ALLAH yang dilakukan manusia.

Tiap kali selepas seorang Rasul atau Nabi itu diutus, manusia kembali sesat dan kufur. Mereka kembali mensyirikkan dan menyengutukan ALLAH. Samada dengan mendakwa ALLAH ada anak, ada sekutu atau ada wakilnya. Maka diutuslah lagi Rasul dan Nabi untuk memperbetulkannya.

Begitu jugalah dengan kedatangan Nabi Muhammad saw. Baginda diutus dalam keadaan manusia telah kembali syirik dan kufur kepada ALLAH. Yahudi dengan mendakwa ALLAH ada anak Huzair. Kristian Nasara dengan dakwaan ALLAH ada anak Jesus. Musyrikin Makkah dengan dakwaan selain ALLAH ada Tuhan lain iaitu Latta & Uzza. Kaum Parsi dengan dakwaan ketuhanan matahari dan penyembah api. Dan banyak lagi dakwaan dan rekaan yang pokok pangkalnya mereka tidak lagi mentauhidkan dan mengesakan ALLAH..tetapi mensyirikkan dan menyengutukan ALLAH.
Ditengah-tengah 'amalan syirik dan kufur itulah ALLAH menegaskan siapa itu ALLAH. Melalui Nabi Muhammad saw, penutup segala Nabi, ALLAH menurunkan penegasan didalam wahyu terakhirnya Al Quran, Al Ikhlas: 1-4:"Katakanlah Muhammad, ALLAH itu Satu, Ia merdeka dan tidak bergantung dengan sesiapa, Dia tidak beranak dan tidak diperanakkan, Dia tidak sekufu dan setaraf dengan sesiapa pun!".

Dan Nabi Muhammad saw melaksanakan tugas Baginda, menyampaikan risalah ketauhidan ALLAH. Samada kepada 'ulama' Kristian Waroqah Bin Naufal, Raja Kristian Maharaja Najasyi Habsyah, atau kepada 'ulama' Yahudi Abdullah Bin Salam. Kesemua mereka telah mensyirikkan
ALLAH dengan kefahaman ALLAH ada anak Huzair atau Jesus. Dan setelah menerima da'wah Rasulullah saw, mereka terkeluar daripada kesesatan, dan kembali mempertuhankan ALLAH yang Satu! Allahu hu Ahad!

Sepatutnya kita bila mendengar segelintir Kristian saperti di Sabah yang telah dipesongkan dan dikelirukan bahawa ALLAH itu adalah Tuhan yang punya anak Jesus, bukan kerja kita menambahkan lagi kekufuran dan kesyirikan mereka dengan membenarkan mereka terus tenggelam mempercayai ALLAH itu ada anak Jesus. Tetapi tugas dan tanggungjawab kita ialah pergi kepada mereka dan memperbetulkan tanggapan mereka yang salah dan batil itu. Itulah kerja yang sepatutnya dibuat oleh Jakim, Yadim, Jawi, Jais, Muis dan kesemua para pendakwah, ulama', ustadz, tuan guru dan lain-lain.

Apabila kita gagal melakukannya, sebaliknya redho dan setuju dengan mereka mengkufur dan mensyirikkan ALLAH, dengan memberi alasan tok nenek mereka sebelum Nabi Muhammad datang pun memang telahpun mengkufurkan dan mensyirikkan ALLAH, dan mereka berhak dari segi sejarah, undang-undang atau Perlembagaan, atau atas nama hak asasi manusia, atau lebih teruk lagi atas nama 'political expediency' untuk terus menyatakan ALLAH adalah Tuhan Bapak, Tuhan Anak dan Roh Suci, maka kita dan mereka adalah sama. Kita juga termasuk golongan yang syirik dan kufur kepada ALLAH.

Oleh itu, saya menyeru golongan yang beriya-iya sangat menyokong tuntutan segelintir Kristian melalui akhbar Herald yang mahu menggunakan nama ALLAH dalam bentuk yang syirik dan kufur itu, jangalah kita menjadi golongan pekak, bisu dan buta. Perbuatan kita sekadar menambah kekufuran dan kesyirikan mereka kepada ALLAH. Sebaliknya lebih baik kita bersatu fikiran dan tenaga, mengatur strategi dan siasah, dan merangka tugasan da'wah untuk menembusi mereka dan memperbetulkan tanggapan mereka yang salah dan batil itu.

Adakan dialog dan pertemuan dengan mereka. Bagitahu mereka bahawa paderi dan gereja-gereja di Eropah sendiri menolak penggunaan nama ALLAH menggantikan perkataan 'God' kerana tidak selaras dengan konsep triniti ketuhanan mereka kerana ALLAH itu Satu! Bagitahu mereka bahawa ramai penganut Kristian dan banyak gereja di Malaysia sendiri yang tidak mahu mengaku ALLAH itu God! Tanya mereka apakah Ketua Agama Katholik mereka sendiri Pope Benedict di Vatican bersetuju dengan gantinama God sebagai 'ALLAH'!

Jawapannya jelas, mereka telah terpedaya sebegitu lama dalam mempercayai ALLAH itu Tuhan Triniti. Mereka akan tahu kelak bahawa mereka telah disesatkan oleh segelintir golongan yang sudah sedia sesat. Dan bagitahulah mereka bahawa mereka masih boleh mempertuhankan ALLAH itu..hanya dengan berkata "bahawa ALLAH itu Satu, Ia tidak bergantung dengan sesiapa, Dia tidak beranak dan tidak diperanakkan, Dia tidak setaraf dan sekufu dengan sesiapa pun". Dan serulah mereka kepada mentauhidkan ALLAH dengan lafaz syahadah "Aku naik saksi tidak ada Tuhan melainkan ALLAH, dan Nabi Muhammad itu utusan ALLAH".
Semoga ALLAH mengampuni kita semua dan memberikan kita petunjuk dan hidayahNya. Semoga ALLAH memberikan kita kekuatan dan istiqomah dalam perjuangan mentauhidkan ALLAH dan menyebarkan risalah Islam kepada seluruh manusia.

Wassalam.
Zulkifli Bin Noordin
Rabu
20 Muharram 1431
06 Januari 2010

28 comments:

Syawal Ipoh said...

Salam.

http://bit.ly/88YRmD boleh tengok pd link tersebut. Satu usaha yg saya rasa elok sebgai persediaan.

Azrin H said...

HAIRAN, orang katholik yang menang kes mahkamah, orang Islam yang bergaduh tidak habis-habis. Rasanya bergaduh sahajalah yang orang Islam tahu. Ianya seolah-olah seperti penyakit yang melanda umat Islam Malaysia. Penyakit hati yang tidak dapat membezakan antara sesama saudara seagama.

Setakat ini tiada langsung penerangan yang jelas dari pihak agama (yang layak) mengenai isu ini. Kalau ada dilakukan secara tertutup dan tidak dilakukan secara meluas.
Tetapi yang pasti, kelihatan dan kedengaran sekarang pendapat-pendapat dari ahli-ahli politik sahaja. Tidak pasti samada mereka ini benar-benar faham dan ikhlas untuk memberi penerangan. Ikhlas untuk menjaga maruah Islam dan ukhwah umatnya.

Memburukkan keadaan kesemua pendapat tersebut mempunyai agenda politik untuk mendapat undi pada pilihanraya akan datang.

Umat Islam sekarang dalam kebingungan, kerisauan dan keresahan. Kami melihat tiada apa yang dilakukan oleh sesiapa untuk menyelesaikan isu ini. Dilihat juga tiada pihak yang berkemampuan untuk menyelesaikannnya.

Yang kelihatan cuma pemimpin, ahli politik dan para penyokong sibuk mempertahankan parti masing-masing sahaja. Semua sibuk mengeluarkan kenyataan akhbar yang ringkas dan juga tulisan di blog berdasarkan parti masing-masing sambil memburukkan parti yang lain.

Ini seolah-olah kita semua meletakkan politik lebih tinggi dari Islam. Nauzubiillah.

Diharapkan pihak agama yang bertauliah dan bebas dari cengkaman politik duniawi memperjelaskan isu ini secepat mungkin kepada semua umat Islam di Malaysia. Ini adalah tanggungjawab orang-orang yang berilmu.

Keputusan samada boleh atau tidak boleh adalah lain perkara. Perjelaskan dulu kepada semua agar kami semua faham. Bila semua sudah faham, buat satu pemuafakatan dan bersatu mengenai isu ini. Ingatlah, umat Islam itu bersaudara melangkaui fahaman politik, warna kulit dan bangsa.

Untuk orang dan parti politik, tolong hentikan mensensasikan isu ini dan menjadikannya batu loncatan untuk mendapat lebih penyokong. Kalian hanya memecah-belahkan umat Islam dan menimbulkan buruk sangka antara kami. Ingat, betapa beratnya balasan Allat SWT kelak.

Tiada guna mengeluarkan kenyataan akhbar untuk menjelaskan tentang sokongan atau bantahan sambil diselangi dengan kritikan/tohmahan/kutukan terhadap umat Islam lain. Tiada guna juga mengambil potongan ayat al-Quran dalam kenyataan akhbar tanpa penjelasan sewajarnya yang akhirnya semakin memburukkan keadaan.

Tolonglah, kita yang majoriti berpecah-belah akibat dari isu ini, akan pasti menggembirakan golongan minoriti. Bahkan, kita mungkin menjadi bahan gelak ketawa mereka sekarang. Memburukkan keadaan kita sendiri yang memecah-belahkan umat kita. Seolah-olah kita lupa bahawa hidup kita di dunia ini adalah sementara. Kita semua akan kembali menemui Pencipta kita, Allah SWT.

Insaflah semua. Sekiranya kita semua ada berbeza pendapat, mari kita berbincang sesama Islam. Cadangkan kepada kesemua pemimpin kita (UMNO, PAS, PKR dan lain-lain) untuk duduk berbincang. Halang mereka untuk terus memecah-belahkan umat Islam dengan mengeluarkan pendapat yang berpaksikan politik semata-mata.

Salam Ukhwah

md zakhir said...

salam,

hanya dgn iman dapat bezakan mana yg benar dan yg batil..byk perkara yg tersirat sukar di fahami oleh org yg kurang iman ini..saya setuju dgn penjelasan YB..teruskan kerja DAKWAH ini..sudah jelas YB tidak tergolong dgn org2 yg sesat...

amin...

Unknown said...

salam...org islam tidak mengetahui ajaran islam yg sebenarnya jika tidak belajar...sesungguhnye dalam ajaran islam lebih kepada kehidupan hari akhirat..org yahudi dan kristani mengkaji terhadap ajran Al-Quran tetapi mereka mendapat apa-apa..hanya org yg belajar ilmu tasawuff yg mendapat kelebihan..Allah untuk org islam memgenali Pencipta alam..

bani said...

Saya setuju dengan YB

Ilhad (mengingkari) asma` Allah  ialah tindakan menyelewengkan asma` dari kebenaran yang wajib dilaksanakan terhadapnya.
Macam-macam ilhad:
a. Mengingkari sesuatu dari asma` Allah , sifat dan hukum yang terkandung di dalamnya. Seperti tindakan kaum Jahmiyah dan golongan lain dari ahli ta’thil. Menurut mereka, sesungguhnya asma` adalah lafazh yang kosong, tidak mengandung sifat dan makna. Mereka memberikan nama kepada-Nya as-Sami`, al-Bashir, al-Hayy, ar-Rahim, al-Mutakallim, dan al-Murid. Namun mereka mengatakan: Tiada kehidupan bagi-Nya, tiada pendengaran, tiada penglihatan, tiada perkataan, tiada kehendak yang berdiri dengan-Nya. Ini adalah ilhad paling besar pada asma`, baik secara akal, syara`, bahasa, dan fithrah.
b. Menjadikan asma` Allah  mempunyai indikasi (dalalah) yang serupa dengan sifat makhluk. Seperti tindakan ahlu tasybih (antropomorphism). Golongan ini adalah kebalikan dari golongan pertama yang mengingkari sifat Allah  dan menolak sifat kesempurnaan-Nya.
c. Menamai Allah  dengan nama yang tidak disebutkan-Nya untuk diri-Nya dan tidak disebutkan oleh Rasul-Nya dalam hadits yang shahih. Seperti tindakan kaum Nasrani yang menamai-Nya ‘Bapa’ dan tindakan filosof yang menyebut-Nya ‘Al`ilah al-Fa`ilah’ (Efficient Cause). Karena Asma` Allah  adalah tauqifiyah, maka menamai Allah  yang bukan berasal dari Allah  atau dari Rasul-Nya , berarti menyelewengkan Asma` Allah  dari kebenaran.
d. Mengambil dari Asma` Allah  nama untuk berhala. Seperti tindakan kaum musyrikin yang menamai berhala mereka dengan nama al-’Uzza berasal dari al-’Aziz dan berhala al-Laat yang berasal dari al-Ilah.
Ilhad dengan segala macamnya adalah haram, karena Allah  mengancam orang yang berbuat ilhad dengan firman-Nya:
وَللهِ اْلأَسْمَآءُ الْحُسْنَى فَادْعُوهُ بِهَا وَذَرُوا الَّذِينَ يُلْحِدُونَ فِي أَسْمَائِهِ سَيُجْزَوْنَ مَاكَانُوا يَعْمَلُونَ
Hanya milik Allah asma-ul husna, maka bermohonlah kepada-Nya dengan menyebut asma-ul husna itu dan tinggalkanlah orang-orang yang menyimpang dari kebenaran dalam (menyebut) nama-nama-Nya. Nanti mereka akan mendapat balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan. (QS. Al-A’raaf : 180)
e. Mensifati-Nya dengan sifat yang Dia  Maha Besar dan Maha Suci dari sifat kekurangan, seperti perkataan Yahudi yang paling jahat: “Innahu faqiir (bahwasanya Dia fakir) dan perkataan mereka bahwa Dia beristirahat setelah menciptakan makhluk-Nya. Dan perkataan mereka:
يَدُ اللهِ مَغْلُولَةٌ غُلَّتْ أَيْدِيهِمْ وَلُعِنُوا بِمَا قَالُوا
Tangan Allah terbelenggu”, sebenarnya tangan merekalah yang dibelenggu dan merekalah yang dilaknat disebabkan apa yang telah mereka katakan itu. (QS. Al-Maidah:64)
Dan perkataan-perkataan serupa dengan itu termasuk ilhad pada Asma` dan sifat Allah

bani said...

Saya setuju dengan YB

Ilhad (mengingkari) asma` Allah  ialah tindakan menyelewengkan asma` dari kebenaran yang wajib dilaksanakan terhadapnya.
Macam-macam ilhad:
a. Mengingkari sesuatu dari asma` Allah , sifat dan hukum yang terkandung di dalamnya. Seperti tindakan kaum Jahmiyah dan golongan lain dari ahli ta’thil. Menurut mereka, sesungguhnya asma` adalah lafazh yang kosong, tidak mengandung sifat dan makna. Mereka memberikan nama kepada-Nya as-Sami`, al-Bashir, al-Hayy, ar-Rahim, al-Mutakallim, dan al-Murid. Namun mereka mengatakan: Tiada kehidupan bagi-Nya, tiada pendengaran, tiada penglihatan, tiada perkataan, tiada kehendak yang berdiri dengan-Nya. Ini adalah ilhad paling besar pada asma`, baik secara akal, syara`, bahasa, dan fithrah.
b. Menjadikan asma` Allah  mempunyai indikasi (dalalah) yang serupa dengan sifat makhluk. Seperti tindakan ahlu tasybih (antropomorphism). Golongan ini adalah kebalikan dari golongan pertama yang mengingkari sifat Allah  dan menolak sifat kesempurnaan-Nya.
c. Menamai Allah  dengan nama yang tidak disebutkan-Nya untuk diri-Nya dan tidak disebutkan oleh Rasul-Nya dalam hadits yang shahih. Seperti tindakan kaum Nasrani yang menamai-Nya ‘Bapa’ dan tindakan filosof yang menyebut-Nya ‘Al`ilah al-Fa`ilah’ (Efficient Cause). Karena Asma` Allah  adalah tauqifiyah, maka menamai Allah  yang bukan berasal dari Allah  atau dari Rasul-Nya , berarti menyelewengkan Asma` Allah  dari kebenaran.
d. Mengambil dari Asma` Allah  nama untuk berhala. Seperti tindakan kaum musyrikin yang menamai berhala mereka dengan nama al-’Uzza berasal dari al-’Aziz dan berhala al-Laat yang berasal dari al-Ilah.
Ilhad dengan segala macamnya adalah haram, karena Allah  mengancam orang yang berbuat ilhad dengan firman-Nya:
وَللهِ اْلأَسْمَآءُ الْحُسْنَى فَادْعُوهُ بِهَا وَذَرُوا الَّذِينَ يُلْحِدُونَ فِي أَسْمَائِهِ سَيُجْزَوْنَ مَاكَانُوا يَعْمَلُونَ
Hanya milik Allah asma-ul husna, maka bermohonlah kepada-Nya dengan menyebut asma-ul husna itu dan tinggalkanlah orang-orang yang menyimpang dari kebenaran dalam (menyebut) nama-nama-Nya. Nanti mereka akan mendapat balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan. (QS. Al-A’raaf : 180)
e. Mensifati-Nya dengan sifat yang Dia  Maha Besar dan Maha Suci dari sifat kekurangan, seperti perkataan Yahudi yang paling jahat: “Innahu faqiir (bahwasanya Dia fakir) dan perkataan mereka bahwa Dia beristirahat setelah menciptakan makhluk-Nya. Dan perkataan mereka:
يَدُ اللهِ مَغْلُولَةٌ غُلَّتْ أَيْدِيهِمْ وَلُعِنُوا بِمَا قَالُوا
Tangan Allah terbelenggu”, sebenarnya tangan merekalah yang dibelenggu dan merekalah yang dilaknat disebabkan apa yang telah mereka katakan itu. (QS. Al-Maidah:64)
Dan perkataan-perkataan serupa dengan itu termasuk ilhad pada Asma` dan sifat Allah

lordapes said...

http://anwaribrahimblog.com/2010/01/06/isna-sokong-keputusan-awal-mahkamah-tinggi-membenarkan-penggunaan-kalimah-allah/

sudirumusibarat said...

salam

1.Kita tahu mereka salah – itu betul= sudut pandangan kita

2.Kita tahu kita betul- itu betul = sudut pandangan kita

3.dia nak guna nama Allah kita bagilah =bagi peluang dia berkenal-kenal (kerana belum kenal 100%)

4.kalau tak bagi macamana kita nak dakwah mereka sbb awal2 lagi kita tak bagi dia guna Allah yang sama (masih lagi sudut pandangan kita tidak sama dengan sudut pandangan mereka tentang Allah)

5.Lepas kita bagi

6.Jangan buang masa dok berdebat sama sendiri,kita dakwahlah dakwahlah DAKWAHlah mereka bertubi bertalu

6.Bukan pendekatan kita dakwa dakwa dakwa dakwa DAKWA sepanjang masa sampai kesudah

7.Jadilah KALAM yang menggoreskan DAKWAT di atas lembaran KERTAS bukan dakwat yang tertumpah di atas TANAH

terima kasih

diariseoranglelaki said...

karut la ini sumer...sibuk2 nk pakai ALLAH kenapa? nak dekatkan dorg bkn dgn cara bg pakai nama ALLAH sukati dorg..apa jd klu anak2 sekolah terbaca artikel dorg yg kata ALLAH ada anak ada bapak..x ke haru generasi selepas nih...itu pon susah nk pk ke wahai2 org politik yg hebat2..akai ada ka??

aku geram btol ngn kalid samad nih...rasa nk lempang jek...tolerate tahap gaban dia nih...

Shahnizat bin Sakiran said...

Lagi satu sebab mengapa YB wajib keluar PKR...

(Plainfield, IN-4 Januari 2010) Persatuan Islam Amerika Utara (ISNA) menyokong keputusan yang telah dibuat oleh Mahkamah Tinggi di Malaysia pada 31 Disember 2009 yang lalu yang mengiktiraf hak dan kebebasan beragama bagi penganut-penganut agama Kristian di Malaysia.

Mahkamah tersebut telah memutuskan bahawa penganut Kristian mempunyai hak untuk menggunakan pekataan “Allah” untuk tujuan menterjemahkan perkataan “God” ke dalam Bahasa Melayu. Ia sekaligus membatalkan sekatan yang pernah dikenakan oleh Kerajaan Malaysia pada tahun 2007 berkenaan penggunaan terma ini di dalam literasi Kristian.

Kumpulan yang membantah penggunaan kalimah Allah sebagai terjemahan kepada “God” berhujah bahawa “God” biasanya diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu sebagai “Tuhan” oleh penganut-penganut agama selain daripada Islam. Mereka juga menegaskan bahawa kalimah “Allah” hanya boleh digunakan untuk merujuk kepada Tuhan dalam Islam sahaja.

Hujah ini sebenarnya bercanggah dengan kefahaman dan pengamalan Islam yang sebenar. Bebarapa petikan ayat dalam Al-Quran jelas menyatakan bahawa Muslim menyembah Tuhan yang sama dengan penganut agama Kristian. Al-Quran memerintahkan pengikutnya menyaksikan bahawa Tuhan yang mereka sembah dan disembah oleh pengikut-pengikut Kitab yang telah diturunkan oleh Allah termasuk dari kalangan penganut agama Kristian adalah Satu: “…dan katakanlah: Kami percaya dengan apa yang telah diturunkan kepada kami serta apa yang telah diturunkan kepada kamu, dan Tuhan kami dan Tuhan kamu adalah Satu, dan kepadaNya lah kita menyembah.” (Qur’an 29:46)

Merujuk kepada amalan semasa dan sejarah terdahulu, orang-orang Arab yang beragama Kristian telah menggunakan kalimah “Allah” untuk merujuk kepada Tuhan dalam Kitab-kitab agama mereka sejak Islam mula diperkenalkan di Tanah Arab, namun amalan ini tidak pernah dipertikaikan oleh mana-mana individu Muslim atau Kerajaan Islam yang memerintah ketika itu.

Undang-undang Islam sangat jelas mengiktiraf hak penganut agama Kristian untuk mengamalkan agama mereka sesuai dengan kehendak dan ajaran Kitab mereka. Justeru, kami menggesa agar Kerajaan Malaysia mengiktiraf prinsip kekebasan beragama yang sewajarnya diberikan kepada penganut agama Kristian di Malaysia serta menerima keputusan Mahkamah baru-baru ini.

Kamu juga mendesak NGO-NGO Muslim di Malaysia agar menghormati ajaran dan tradisi Islam yang telah lama dilaksana, serta sekaligus menggugurkan bantahan mereka terhadap pengunaan kalimah “Allah” oleh saudara-saudara mereka dari agama Kristian

Anonymous said...

Habis tu YB apa yang boleh kami buat? Waktu untuk bercakap dan berbincang sudah lama kita laksanakan kerana memang kita tahu ini isu lama..

beri kami pedoman YB. Apa tindakan boleh kami buat?

Zam said...

Salam YB,

Apa lagi tunggu, buktikan kepada kami yang YB telus dan berpegang pada prinsip.
Kami tunggu u keluar PKR. Kalau tak kuar jugak kira you pon hipokrit macam org2 UMNO yang you dok kata jugakla. Kalau tak berani jgn kata yer lain kali. Teruskan sokongan anda pada DSAI yg terangterang menentang prinsip YB.
Ingat pengundi dan penyokong you sedang memerhati.

Idealis Malaysia said...

Salam Perjuangan...

Tepat, Bernas dan Padat... bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana melahirkan pemimpin seperti YB yg tetap teguh berpaksikan prinsip dan landasan perjuangan tulen dan benar mengikut syariat dan ajaran ISLAM walau pun diuji mehnah dari kanan dan kiri bukan sahaja lawan malah rakan...

Walaupun untuk sesetengah perkara kita berbeza namun bagi saya untuk isu ini pandangan dan pendapay YB amat saya hargai dan izinkan saya memetik dan emngambil artikel YB untuk sebaran....

Saya berdoa YB diberikan kesihatan yg baik dan fikiran yg jelas serta kemampuan untuk terus berjuang kerana ummah memerlukan pemimpin sebegini untuk memimpin ummah melalui zaman sukar dan mencabar bagi ummat islam dan negara...

Buat YB ingatlah walau sehebat mana dugaan dan mehnah yg melanda... walau hilang saudara dan rakan sewaktu kesusahan... jika YB terus berpengan pada prinsip seperti sekarang ini... saya yakin dibelakang YB masih rakyat yg akan menyokong dan menongkat perjuangan dan usaha membela kebenaran itu... InsyaALLAH...

Jauh disudut hati saya merasakan agak kesal Kerajaan tidak memiliki pemimpin seperti YB ini dan alangkah baiknya jika YB dilahirkan sebagai pemimpin kerajaan pasti lebih makmur dan sejahtera pemerintahan negara... maaf kerana bukan niat untuk memancing YB cuma meluahkan pandangan ikhlas....

Semoga Allah SWT merahmati dan membantu perjuangan YB...

Kepada Allah Berserah

Anonymous said...

Akhi Zul yang dikasihi ...

Aku doakan agar kamu sentiasa thabat(teguh pendirian ) dalam membela deen ini.

kamulah antara yang Allah pilih untuk membela agamaNya.

Teruskan tinta tinta keramat mu menyedarkan manusia dari kufur dan syirik disebabkan taasub kepada Parti Politik dan kerjasama antara Pakatan Rakyat.

Biarlah pengomentar2 yang jahil dengan islam dan deen ini mengutukmu kerana ini membuatkan kita tahu bahawa masih ramai lagi yang celik komputer tetapi buta agama disini yang harus kita dakwahkan.

Mereka mereka ini adalah golongan juhala' dan memerlukan AlFahmu (kefahaman ) terhadap tasawur islam ini.

Memang golongan taasub kepada parti ini sentiasa wujud disepanjang abad ini dan merekalah yang menjadi duri dalam daging dalam perjuangan islam ini.

Disebabkan terwujudnya 'Pakatan Rakyat" yang disertai oleh PAS yang semakin bisu dan tuli ini, telah membuatkan rakyat semakin kabur dengan Islam.

Ulama' PAS semakin beku dan bisu untuk menyatakan pendirian.Pemuda PAS sudah menjadi harimau yang tak bergigi kerana telah larut dengan pemikiran PKR dan telah cair dengan angan angan untuk menjadi ahli ahli majlis kerajaan yang diperintah.
Pemuda pemuda PAS ibarat harimau yang dipenjarakan kerana tidak berani lagi untuk mengadakan demonstrasi seperti yang dilakukan oleh mereka untuk membela Anwar Ibrahim ....
Memang semenjak didalm pakatan ini PAS sudah tidak boleh diharapkan untuk membela islam lagi seperti dahulu ...
Semuga dengan peristiwa ini saya bermohon dan munajat kepada Allah agar Allah menggantikan PAS dan pemimpin2 tua yg sudah tidak relevan lagi berada didalam saf Jihad ini kerana kami amat memerlu dan dahagakan tarbiyah dan usrah untuk memmbina kekuatan untuk berjuang dan bukan lagi ceramah umum yang sudah basi dalam era ini.

Saudara teruskan perjuangan sekalipun kamu berada dalam pakatan rakyat tapi aku tahu itu hanyalah wasilah untuk kamu berada dalam parlimen dan jiwamu adalah jiwa seorang pejuang yang amat amat aku hormati ....

Salam ukuhuwah
muharrikdaie

Humaira said...

Salam...YB sy mtk YB buat report polis supaya dia siasat niat jahat GERAKAN KRISTIANISASI di malaysia...YB bleh tengok VIDEO NI!ni la bukti agenda dorang...mtk sgt2 YB buat report polis

http://skn5x.rmxpres.com/skn5x/viewer/NoPopupRedirector.aspx?peid=268e3447-93bc-4d9c-9330-a886ec9c6341&shouldResize=False#

Zanie said...

Firman Allah,
"....Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al-Quran) dan Rasul (Sunah), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian (An-Nisa‘: 59).

Bertolak dari firman Allah SWT di atas, cuba saudara berikan satu saja ayat yang khusus melarang orang kafir menyebutkan nama Allah.

Dr Asri Zainal Abidin, bekas mufti Perlis mengatakan tidak ada. Bahkan menurutnya dalam surah Al Ankabut ayat63 yang bermaksud “Dan sesungguhnya jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu dia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?” sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”. Ucapkanlah (Wahai Muhammad): “Alhamdulillah” (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak menggunakan akal (untuk memahami tauhid).

Menurut beliau lagi " Ayat-ayat ini, bahkan ada beberapa yang lain lagi menunjukkan al-Quran tidak membantahkan golongan bukan muslim menyebut Allah sebagai Pencipta Yang Maha Agung. Bahkan Nabi Muhammad s.a.w disuruh untuk mengucapkan kesyukuran kerana mereka mengakui Allah. Apa yang dibantah dalam ayat-ayat ini bukanlah sebutan nama Allah yang mereka lafazkan, sebaliknya ketidak tulusan tauhid yang menyebabkan akidah terhadap Allah itu dipesongkan atau bercampur syirik.
Justeru, soal bukan muslim mengakui Allah tidak dibantah oleh Islam, bahkan kita disuruh bersyukur kerana pengakuan itu. Cuma yang dibantah ialah kesyirikan mereka."

Begitu juga dengan pendapat Tuan guru haji Abd hadi Awang, telah mengeluarkan kenyataan serupa dengan huraian dari kalimah suci dan rentetan asal-usul penggunaan nama Allah itu di kalangan penganut agama samawi.

Pokoknya hujah mereka sangat kemas dalam konteks "kembali kepada Al Quran dalam meleraikan kekeliruan berhubung Islam".

Apa hujah saudara melawan hujah kedua susuk di atas? Maksud saya dalam konteks Al Quran juga.

usabukata said...

salam yb,

syabas yb, setakat ni yb saja yang ada telo yang lain tak de telo baik pas atau umno. kenyataan masing-masing semuanya cuba playsafe untuk politik mereka.
macam yb tulis isunya mudah saja.
mula-mula nak guna untuk majalah dalaman lepas tu tiada siapa tahu apa akan jadi. nak kawal pengunaannya? jangan nak mimpi le lepas bagi kebenaran nak kawal mereka. kenapa masih ada puak islam/melayu liberal yang tak nampak strategi halus pihak yang tidak sehaluan dengan islam. dimasa orang islam/melayu diasak kiri kanan atas bawah kita masih tak sedar.

usabukata
shah alam

p.s kalau yb ada jumpa dengan khalid samad bagi tahu dia saya tarik balik undi saya kat dia masa pru 12 yang lalu.

Humaira said...

USABUKATA SAID

kenapa masih ada puak islam/melayu liberal yang tak nampak strategi halus pihak yang tidak sehaluan dengan islam. dimasa orang islam/melayu diasak kiri kanan atas bawah kita masih tak sedar.

============
SEBAB DORANG SUME BUTA!ALLAH DAH BUTAKAN MATA HATI DIORANG!!

TENGOK VIDEO NIE


http://skn5x.rmxpres.com/skn5x/viewer/NoPopupRedirector.aspx?peid=268e3447-93bc-4d9c-9330-a886ec9c6341&shouldResize=False#

usabukata said...

yb,

kalau betul laporan akhbar ni saya nak minta tolong yb sekolahkan mb selangor ni. susah betol kalau orang dah kemarok politik ni yb.

usabukata
shah alam

p.s saya tak pilih dia jadi mb selangor.

Thursday January 7, 2010
The word Allah present in Selangor anthem, says Khalid
By WANI MUTHIAH

SHAH ALAM: The word “Allah” is present in the Selangor anthem titled Duli Yang Maha Mulia and the rakyat of all races sing it, said Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

The word was an accepted general term for God in this context, he added.

Khalid explained that if “Allah” was used to describe God as a form of common understanding, there was nothing wrong in it.

However, he warned that the word must not be misused and action must be taken when it happens.

“For example, if the word Allah is written on an idol, then we must take action but this has never happened,” Khalid told a press conference after chairing the weekly executive council meeting here yesterday.

The mentri besar added that the police must be strict in not allowing street demonstrations in the state over this matter.

“The Selangor CPO (Deputy Comm Datuk Khalid Abu Bakar) is against protests on the streets.

“He and I accept the fact that if anyone wants to protest, they can do it inside a stadium,” said Khalid.

He was responding to a question about possible demonstrations taking place in the state over a court decision allowing the usage of the term “Allah” by the Catholic weekly Herald.

Khalid said the state executive council had reached a consensus on the matter and any wrong usage of the term would see the state taking action.

YB,

kalau betul laporan akhbar ni saya nak minta tolong YB sekolahkan mb selangor ni

Abi Qalam said...

Salam,
Sepatutnya umat Islam bersatu dalam mempertahan syiar Islam terbesar iaitu penggunaan nama Allah ini. Bukan menjadikan ini sebagai isu politik. Inilah yang dinamakan menjual agama Allah demi dunia..

1) Kalimah 'Allah' adalah nama khas
Kalimah Allah bukanlah kalimah bahasa Melayu yang bermaksud tuhan (t kecil), ianya ialah kalimah arab yang khusus penggunaannya. Sejarahnya, kalimah ini hanya digunakan selepas kedatangan islam ke dunia Melayu, dan sejak itu ianya hanya dinisbahkan secara KHAS kepada Tuhan (T besar) yang dipercayai oleh orang Islam.
Poin pentingnya disini, kalimah Allah tidak boleh digunakan secara bertukarganti (interchangeably) dengan kalimah 'tuhan'(t kecil) kerana;
i) Kalimah 'Allah' bukanlah daripada Bahasa Melayu
- Jadi argumen yang kata pribumi Sabah Serawak menggunakan kalimah Allah kebagai gantinama Tuhan dalam Bahasa Melayu dalam upacara keagamaan kristian mereka adalah batal dan tidak sah. Istilah sepatutnya adalah Tuhan (T besar) iaitu merujuk kepada tuhan dalam akidah mereka atau bahasa-bahasa peribumi, contoh: Kinoringan dalam bahasa Kadazan atau Shan Di dlm bahasa cina. Adakah kita dengar kristian di Thai menggunakan istilah 'Buddha' untuk memanggil nama tuhan mereka?

ii) Ianya mempunyai nisbah KHAS terhadap penggunaannya
- Iaitu dinisbahkan secara asal kepada Tuhan yang sejajar dengan kaedah Tauhid Asha'ariyyah (Ahli Sunnah Wal Jamaah) yang menekankan bahawa Tuhan itu Tunggal(Ahad), tidak Beranak dan Diperanakkan, tidak ada sesuatu yang menyerupaiNya dan tidak takluk pada masa dan tempat. Maka sebarang penggunaan yang menisbahkan kalimah Allah selain daripada Tuhan yang bersifat dengan sifat-sifat yang disebutkan adalah bercanggah dan boleh dilihat sebagai usaha untuk mencemarkan kalimah 'Allah' itu sendiri.

iii) Konteks penggunaan yang berbeza dari negara-negara Arab.
- Meskipun, kristian di negara-negara Arab menggunakan kalimah 'Allah', ini hanya kerana konteks penggunaan hanya berbentuk 'nisbah umum' kerana faktor bahasa mereka, kerana kalimah Allah itu sendiri memberi makna Tuhan(The God), dan penggunaannya ialah boleh ditukarganti (interchangeably). Kerana sifat Dakyah Kristian ialah berasimilasi didalam bahasa dan budaya masyarakat sekelilingnya, maka adalah salah membandingkan penggunaan Allah oleh kristian di negara-negara Arab dan penggunaannya di Malaysia.

Allahua'lam.

harunn said...

Salam to All

Syabas Yb Zul , Inilah pejuang tulen yang kita cari selama ini selain dari Yb Ibrahim Ali , nampaknya Yb Zul begitu komited mempertahankan Islam walaupun presiden parti Yb Zul sendiri sebaliknya , saya harap Yb teruskan uasaha murni Yb tanpa risua akan tekanan dari pihak parti YB

sekian

harunn said...

Saya memang marah betui dengan khalid yang beriya-iya mempertahankan hujah beliau bahawa kristian boleh guna kalimah Allah , apa jenis pemimpin la , dia berjuang untuk Islam atau untuk orang kapir , saya sokong cadangan Yb Zul agar dia masuk je dalam dap tu , dalam dap dia boleh berjuang untuk orang kristian , kalau dalam Pas untuk Islam saja , nampaknya khalid ni keras kepala , dulu bab kuil , kemudian Baiah , sekarang ini pula

Saya amat berharap Yb Zul terus mempertahankan kenyataan Yb walaupun kenyataan ini berlainan dari PKR

Walaupu mereka tuduh yang Yb sama seperti umno , perdulikan saja , tak mengapa sam dengan umno asalkan untuk kejalan Allah

walaupun penyokong fanataik kata umno membelakangkan Islam , tapi umno masih mempertahankan kalimah Allah , itu membuktikan umno tak membelakang Islam

Unknown said...

Demi selangkah mendekatkan mereka kepada Allah. Adakah kita begitu takut kepada dakyah sehingga kita lupa kepada tanggungjawab dakwah kepada kaum musyrikin? Cukupkah Muslim berdebat semama Muslim itu dinamakan menjalankan tugas dakwah? Vatican memang tidak mahu pengganut mereka dekat sedikit pun kepada Allah. Biar ia bermula dengan Allah, kemudian Lailahailallah dan dituruti Muhammadurrasulullah.

Unknown said...

apa pandangan tuan adalah benar bagi saya,jika tuan perlu pandangan lain tanyalah pada bekas pederi yang telah masuk islam,pasti jawapan yang jelas tuan akan dapat.wasaallam.

Mohamadazhan.com said...

salam Yb,

izin copy post ini, sangat mantap hujah.tahniah !

bang_mi said...

RAMAI paderi2 kristian yg masuk islam.. berkualitinya mereka dari sudut ilmiyah.. Kepada sesiapa yg ank dia masih tak kenal ALLAH.. hang pi ajar lagi ank anda dirumah tu.. tak kira tua muda... taknak ic je islam.. tp dok togok kencing syaitan..

jiwakitamerdeka said...

Maaf..pembetulan sikit:
1.Bukan Huzair tetapi Uzair.

2.Kristian Nasara dengan dakwaan ALLAH ada anak, Jesus.

jiwakitamerdeka said...

Saudara sudirumusibarat...

Memang bila2 masa pun KITA kena dakwahkan orang kafir termasuk orang Kristian ini TAPI kena faham prinsip2 asas yg terkandung dalam satu bidang ilmu Islam iaitu Siyasah Syar'iyyah...

Eloklah baca artikel Kalimah Allah Dalam Konteks Siyasah Syariah oleh Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman http://sanggahtoksago.blogspot.com/2010/01/kalimah-allah-dalam-konteks-siyasah.html