07 January 2010

DAKYAH YANG MENYESATKAN!





Salam 2 all.
Saya perturunkan diatas contoh risalah yang diterbitkan untuk membuktikan betapa penggunaan nama ALLAH yang ternyata disalahgunakan dari kacamata aqidah Islam, dan jelas mengelirukan dan boleh membawa kesan negatif kepada keharmonian dan ketenteraman awam dalam negara kita.

Sebenarnya ALLAH telah memberi amaran dan peringatan kepada kita umat Islam tentang dakyah dan konspirasi halus Yahudi & Kristian ini yang tidak akan redho dan setuju dengan kita umat Islam selama-lamanya selagi kita tidak mengikut cara kehidupan dan kemahuan mereka:

Al Baqarah: 120
"Sesungguhnya Yahudi dan Kristian tidak akan redho dengan kamu selama-lamanya sehinggalah kamu menurut cara hidup mereka. Katakanlah 'sesungguhnya petunjuk ALLAH itulah petunjuk yang benar'. Dan sesungguhnya jika kamu memilih untuk mengikuti kemahuan Yahudi dan Kristian ini setelah datang kepada kamu 'ilmu (Al Quran), maka ALLAH tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu".

Dan ALLAH menceritakan kepada kita tentang kesesatan, kekufuran dan kesyirikan golongan Yahudi & Kristian ini dengan menyalahgunakan nama ALLAH ini:

At Taubah: 30-32
"Kaum Yahudi mengatakan , 'Uzair itu anak ALLAH' dan kaum Kristian pula berkata 'Isa (Jesus) itu anak ALLAH. Demikian itulah ucapan mereka dengan mulut mereka, mereka meniru perkataan orang-orang kafir yang terdahulu. Dila'nati ALLAH mereka, bagaimana mereka sampai berpaling".
"Mereka (Yahudi & Kristian) menjadikan orang 'alimnya, dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain ALLAH, dan (juga mereka mempertuhankan) Al Masih Putera Maryam (Jesus); padahal mereka hanya disuruh menyembah ALLAH Tuhan Yang Satu, tidak ada tuhan (yang berhak disembah) selain Dia (ALLAH). Maha suci ALLAH dari apa yang persekutukan".
Mereka mahu memadamkan cahaya (agama) ALLAH dengan mulut (ucapan-ucapan) mereka, dan ALLAH tidak menghendaki selain menyempurnakan cahayaNya, walaupun orang-orang kafir tidak menyukainya".
Dan ALLAH menegaskan bahawa apa jua pun, ALLAH telah mengutuskan Rasul dan kitab Al Quran yang benar dan hak, dan akan pasti menang atas segala agama lain, walaupun kafir musyrikin tidak suka dengannya.
At Taubah: 33
"Dialah ALLAH yang telah mengutus RasulNya (Muhammad) dengan membawa petunjuk (Al Quran) dan agama yang benar, untuk dimenangkannya atas segala agama, walaupun orang-orang musyrik tidak suka!".
Dan ALLAH memberikan penegasan yang muktamad tentang hakikat ketuhanan dan ketauhidan kepada ALLAH ini.
Al Ikhlas: 1-4
"Katakanlah, "Dialah ALLAH Tuhan Yang Maha Esa (Satu), ALLAH adalah Tuhan yang bergantung kepadaNya segala sesuatu, Dia tiada beranak dan tiada pula diperanakkan, dan tidak ada sesuatu pun yang sekufu (setaraf) dengan Dia".
Malahan sebenarnya isu penggantian nama God kepada 'ALLAH' ini juga muncul di Eropah Isnin lepas. Seorang tokoh kanan Roman Kristian Katolik di Belanda yang berusia 71 tahun Bishop Tiny Muskens mencadangkan supaya penganut Kristian menggantikan nama God kepada 'ALLAH', namun cadangan beliau dibantah keras oleh tokoh-tokoh Kristian Euro-Amerika. Seorang tokoh dan ilmuan Kristian di Amerika, Dr. R. Albert Mohler, Jr., President of The Southern Baptist Theological Seminary, menegaskan bahawa, "it is inappropriate for Christians to call God "Allah" based on irreconcilable theological differences associated with the name "Allah" and core Christian beliefs.The key condition behind calling the Christian God "Allah" is that "Allah" must refer to the same God as the one in the Bible. However, this requirement presents “a huge problem for both Muslims and Christians,” contends Mohler.The theologian pointed out that the Qur’an explicitly denies that "Allah" has a son, and Islam considers the idea of a triune God to be blasphemy. “Thus, from its very starting point Islam denies what Christianity takes as its central truth claim – the fact that Jesus Christ is the only begotten Son of the Father,” wrote Mohler on his web blog Wednesday. “If "Allah" has no Son by definition, "Allah" is not the God who revealed himself in the Son. How then can the use of "Allah" by Christians lead to anything but confusion …and worse?”.
Berdasarkan itu, saya ingin bertanya kepada segelintir Melayu di Malaysia ini yang beriya-iya sangat menyokong kemahuan segelintir Kristian di Malaysia ini yang mahu menggunakan nama ALLAH dalam bentuk triniti- bahawa ALLAH itu adalah Tuhan Bapak, Tuhan Anak & Roh Suci, apakah kamu bersetuju dan redho dengan kemahuan itu? Bagaimana kita boleh sampai menjadi golongan yang 'summum bukmum 'umyum faahum-buta, pekak dan bisu!! "Ingatlah "Ar ridho bil kufr..kufr. Mereka yang redho dengan kekufuran itu adalah kafir!! Na'uzubillah minzaalik.
Sebab itu saya menyeru kepada diri saya dan seluruh umat Islam yang masih punya walau sekelumit iman, bertaubatlah kita kepada ALLAH dan kembalilah kita kepada petunjuk Al Quran dan Sunnah. Ingatlah pesanan ALLAH di dalam surah Al Baqarah:2, " sesungguhnya Al Quran itu tiada sedikit pun keraguan kepadanya, menjadi petunjuk bagi mereka yang menuju ketaqwaan". Dan ingatlah pesanan Rasulullah saw dalam khutbatul wida', "aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang selagi kamu berpegang kepadanya nescaya kamu tidak akan sesat..iaitu Al Quran dan Sunnahku". "Dan sampaikanlah kepada mereka yang tidak hadir pada hari ini (hari wukuf haji Rasulullah), semoga mereka yang terkemudian yang mendengarnya lebih memahaminya".
Dan pesan saya kepada diri saya dan saudara/i yang se aqidah dengan kalimah Tauhid Laa ila ha illallah, janganlah kita terpedaya dan terpesona dengan mainan hidup didunia ini. Janganlah kita menjadi saperti kalkatu, yang begitu terpesona dengan keasyikan cahaya pemusnah, dan terus berebut pergi kapadanya walaupun mereka tahu cahaya itu akan memusnahkan mereka. Janganlah kita menjadi Muslim Al-Kalkatu, sehingga sanggup menjual agama dan Tuhannya sendiri demi mengejar sedikit habuan didunia ini!!
Ya ALLAH, persaksikanlah bahawa aku telah menyampaikan amanat itu. Semoga ALLAH memberikan keampunanNya, dan menganugerahkan petunjuk, taufiq dan hidayahNya, dan memberikan istiqomah dalam perjuangan membela, mempertahan, dan menobatkan syariat dan risalah tauhid ini. Ameen ya robbal 'alameen.
Wassalam.
Zulkifli Bin Noordin
Khamis
21 Muharram 1431
07 Januari 2010

62 comments:

Abu Hud said...

salam..YB..tolonglah jangan menghina orang islam..bongok sangatkah kami bila mudah sangat terkeliru ngan risalah2 sebegitu..bagaimana dengan risalah2 islam yang mengatakan Allah itu esa dan sebagainya?mengapa itu tidak mengelirukan orang nasrani?bijak sangatkah mereka?bangang sangatkah kami?sebenarnya mereka2 ini tidak akan berhenti mengatakan Allah itu ada anak..biarpun undang2 menghalang mereka, mereka tetap akan mengatakan sedemikian..tugas kitalah menyeru kepada kebenaran..adakah YB betul2 percaya yang kita telah berjaya dengan menyekat mereka menggunakan kalimah itu?fikir 2x..

Azmi Ramli said...

Salam YB...saya sokong usaha yg dilakukan oleh YB...Mungkin kita yg dewasa tidak terkeliru dgn risalah tersebut tapi saya risau & terganggu jika risalah tersebut dibaca oleh anak2 kita yg masih mentah untuk menilai mana yg betul dan yg salah...

Senjaliza said...

Bagi orang yg "kegotan politik", melihat hukum Allah SWT yang tidak menyebelahi kemahuan politiknya dengan "keraguan yang besar di hati" lalu cuba menjadikan diri liberal dan konon menjunjung "basic freedom" lalu pendirian agamanya "goyah". Ramai manusia ini di sekeliling kita.

Saya sokong paparan YB Zul yang pendiriannya tetap teguh. Lihatlah sekeliling berapa ramai manusia kita yg mengubah pendirian kerana POLITIK...

BY the way "Kegotan bermaksud "hangover" atau terlalu mabuk atau kemaruk...

Tokapi said...

Salam YB Zul, my Kulim guardian..

Ni apa yang hampa ni semua dok tudoh orang tak belajaq ilmu ka apa.. apa hampa semua lagi terer dari Tok Mufti dalam Muzakarah Fatwa ka?

Tu la.. selalu sangat dok guna agama untuk politik.. sampai isu macam ni pon hampa dok tuduh orang main politik lagi..

Kalau ikut hampa semua, habeh dengan taib azamudin, dengan haron din, dengan zul noordin (3 "din") ni semua main politik..

Ini soal Aqidah la woi!!

Buat Yb Zul, teruskan usaha anda.. walaupun saya tak sependapat politik dengan YB, tapi soal Aqidah macam ni saya sokong!!

Takbir!!!

YB Raz said...

saya sokong YB. kata kata abu hud tak masuk dek akal. masih nak menangkan pihak kristian.

walaupun dah berumur lanjut, kalau dok baca risalah itu setiap hari sudah pasti akan terlintas jua dihati dan fikiran kita untuk memikirkan tentang agama mereka.

mencegah itu lebih dari mengubati.

jadi lebih baik kita cegah sebelum kita semua dok baca dan pikir pasal risalah sebegitu nanti.

MUHAMMAD said...

saya x berapa sokong dengan Abu hud..memang betul klu usia abu hud tu boleh bezakan risalah tu..tp bg yg cetek pengetahuan, bg yang baru saja mengenali islam, bg budak2 yg masih mentah spt kata azmi..apa yg akan jadi pada mereka..?bukan nk kata kita ni bodoh atau aper..tp manusia tidak sama pemikirannya

An Tak Tau said...

Abu Hud,
bongok sangatkah kami bila mudah sangat terkeliru ngan risalah2 sebegitu.. bijak sangatkah mereka? bangang sangatkah kami?
--> anda berfikiran kurang matang. Cuba anda lihat risalah ketiga sahaja, tanpa lihat risalah lain. Saya pasti, anda akan terkeliru disitu!!

sebenarnya mereka2 ini tidak akan berhenti mengatakan Allah itu ada anak..adakah YB betul2 percaya yang kita telah berjaya dengan menyekat mereka menggunakan kalimah itu?
--> mmg mereka takkan berhenti.. tapi setidak-tidaknya kita tidak akan keliru dengan dakyah mereka... tgk lah e.g yang YB bagi kat atas tu... ntah baca atau tidak apa YB tulis tu...

mymoksha said...

Yb, kenyataan Presiden PAS telah menunjukkan keterbukaan Islam dan penerimaan Islam terhadap mana-mana agama Samawi jelas dibenarkan menggunakan nama 'Allah' sebagai pengganti kepada nama Tuhan. Kenyataan yang bijaksana dan berhemah itu patut dijadikan contoh yang baik. Datang dari nas agama dan ulama yang bijaksana.

Sedarkah YB, penulisan YB sudah menjangkui batas-batas tersebut. Umat Islam memandang serius kesahan penggunaan nama Allah tetapi janganlah kita sebagai 'pemimpin' cuba untuk menyemarakkan api perkauman dan rasa benci kepada agama lain.

Kalau kita masih bimbang tentang kewujudan dakyah dan pemesongan agama dari masyarakat Kristian terhadap Islam tentang kekeliruan kalimah 'Allah' tidakkah ia menunjukkan kegagalan sistem pendidikan agama Islam itu sendiri. Bertahun-tahun belajat agama tetapi masih 'keliru' dengan Allah milik Melayu/YB Zul dan milik Kristian?

Namoak janggal di situ bukan?. Saya tahu YB terlalu bimbang dengan dakyah Kristian. Tetapi janganlah mencampuri urusan 'emosi' dan 'perkauman' dalam hal ini.

Tidakkah YB Tuan Guru Nik Aziz menyatakan tentang pentingnya dialog agama antara Islam dan Kristian?

Mengapa tidak YB yang menjadi penganjur menjayakan dialog tersebut dari terus menafikan dan cuba menujukkan 'keghairahan' YB tentang isu ini.

Penduduk Taman Selasih di bawah kawasan YB masih lagi mempunyai masalah kutipan sampah. BOlehkah YB menyelesaikan isu 'sampah' ini dahulu dari menulis tentang pendapat sampah YB?

Sekian.

glassman said...

bagi aku, abu hud ni ADALAH ORANG BODOH2 SOMBONG, TAK SEDAR DIA BODOH, SOMBONG LAK TU!!

Jason Kay said...

Zul,

Do correct me if I'm wrong, but I don't think Matius, Kolose, Yohanes, Yesaya, & Roma are part of the Quran. And I do believe this basic fact should be very well known to even the most casual Muslim.

Jason Kay
http://jasonkaykl.blogspot.com/

AnwarShazali said...

risalah sedemikian mungkin pada kita yang berpendidikan tidak lah menggentarkan... tapi bagaimana pula pada anak-anak kecil dengan ibu bapa yang kurang didikan agama? bagaimana pula dengan mereka yang duduk di pedalaman atau yang kurang berpendidikan? hatta sehingga sekecil2 perkara di dalam Islam pun ada yang masih jahil dan ragu apataha lagi bertemu risalah seumpama di atas... keliru dan was-was akan mendorong kepada kerosakan aqidah. Bab aqidah ni samada kita yakin atau tidak je, kalau yakin maka selamat. kalau rosak kerana keraguan maka binsalah agamanya.

Tun Faisal Ismail bin Aziz said...

Tahniah YB - seorang rakan FB yg menamakan dirinya Christian Rational telah postkan article ini ke FB Menenteng Penggunaan Nama Allah oleh Bukan Islam. Artikel lama tp menarik - masihkah ada kristian yg rational spt ini? nampaknya ilmunya lebih tinggi dr ilmu nik aziz dan dr asri.

saya petik tulisannya:

And papists have fallen for this blatant heresy without even asking the Holy Spirit whether such a new dogma is true or false! So, can Christians refer to the God of the Bible as "Allah"? Absolutely "NO!" for the simplest of all arguments (philosophical or otherwise) that according to the Quran of Islam (and you can also challenge the Quran (contend for this case) in court) the name "Allah" was REVEALED to their prophet Muhammad (Ahmed)" just like the name of JESUS was announced by the angel Gabriel to Mary even before He was born!! Since you have already "half-won" (almost actually) the court case (no surprise to me since the judge was a non-Muslim – what do you expect?), why don’t you challenge the claim of the Quran that the name "Allah" was revealed to Muhammad alone by Elohim/Yahweh? It is one stupid thing to poke some fun in the characters of one’s religious prophet, but to challenge the entire Islamic world that the name "Allah" was not revealed to Muhammad in circa 630AD is akin to waging a religious war with Islam. Don’t you think so?

I mean where does it all end? You win the court case and enjoy the privilegeto use "Allah" in all your Malay Bibles, periodicals and call on the name of "Allah" each time you raise your hands in prayer of kneel down on your knees when you worship your god, Mary and the Roman Catholic ’saints’, what’s next for you? Will you then be telling the whole of Islam that "we must now come to an amicable agreement that we share the same god which we shall refer to as Allah from henceforth"? The Roman Catechism has in its so-called magestirium / dogma that Islam is actually embracing the god of Roman Cathgolicism; isn’t this a fact?

baca artikel penuh di blog ini
http://god-is-tuhan.blogspot.com/2010/01/christians-must-judge-righteously.html

bertaubatlah sdr seIslamku yang masih tidak faham apa yg Haron Din perkatakan..

Ahmad Jawhi said...

Asskm. YB Zul,

We do what we have to do, Allah SWT is not an argument, but the intent of using Allah for misleading future Muslims is..

My fellow Malaysians, YB Zul is doing his part as a muslim, and no ill feeling intended.. Forgive us if youre being misled for seeing this is an emotional or racism act, we have a say on this. Allah SWT is solely for Islam and no one can challenge it. All these years there is no intention but suddenly, this came up. Please dont judge our action entirely based on emotional and racism.

YB Zul, if they say about ur carbage problem, i say, is not MP's task, but it is Municipal Authority's task. What you can do is, be yourself, pray to Allah SWT to show you the right path...

Ammmiiinnnnn...

Ahmad Jawhi said...

Asskm. YB Zul,

We do what we have to do, Allah SWT is not an argument, but the intent of using Allah for misleading future Muslims is..

My fellow Malaysians, YB Zul is doing his part as a muslim, and no ill feeling intended.. Forgive us if youre being misled for seeing this is an emotional or racism act, we have a say on this. Allah SWT is solely for Islam and no one can challenge it. All these years there is no intention but suddenly, this came up. Please dont judge our action entirely based on emotional and racism.

YB Zul, if they say about ur carbage problem, i say, is not MP's task, but it is Municipal Authority's task. What you can do is, be yourself, pray to Allah SWT to show you the right path...

Ammmiiinnnnn...

Apocryphalist said...

Abu Hud,

Memang sebenarnya, anda bongok sebongok-bongoknya kerana berpikiran seperti apa yang tertera dalam tulisan anda itu. Orang sibuk tengah nak mempertahankan tauhid Allah SWT daripada diperkotak-katikkan, anda sibuk untuk mencanangkan betapa kuatnya Iman anda jika terbaca risalah sesat seperti yang di tunjukkan oleh YB Zul ini. Kalau dalam penyenaraian jenis muslim, anda termasuk dalam kategori Atropos dalam rencana ini. Awak beruntung kerana saya tidak memperjelaskan secara lanjut di sini tetapi bagi sesiapa yang berminat, sila ke sana. (Dan saudara Zul pulak, ikut pengkelasan ini, adalah Lachesis. Which is not necessarily bad :-) ).

And to this entity called Jason Kay. I notice that you have a special website just writing open letters. I know. So much angst, rage, and fuming. I, of course, don’t read any of them, but suffice to say that in this issue it would also be good if you can write, to stroke your ortographic pride, an open letter to God and ask Him about this. But then I am sure he won’t send you any replies by Federal Express. You can, however, address your open-letter-writing skills to the next best thing: “God’s representative on earth”, not unlike what I have done here, and try to get some answers instead.

Apocryphalist

puteraohtrabulan said...

Assalamualaikum w.b.t Y.B

Saya menyokong usaha kerajaan dan semua pihak untuk menghalang pihak2spt Herald Magazine yg cuba mencetus isu sensitif keagamaan iaitu penggunaan nama ALLAH.Usia saya 27 tahun ..dah tentu sesiapa yg seusia dgn saya atau atas yg mempunyai asas agama yg kuat..Sudah tentu dpt membezakannya.Tp bagaimana dgn yg berusia 7 tahun?10 tahun.mereka masih budak2 lagi..Kita didikan agama yg terbaik untuk anak2x ketika mereka kecil.Cuma apa yg dibimbangkan apabila nama ALLAH elah digunakan oleh Kristian dalam pengaruh mereka yg mungkin untuk Tak mustahil lama2x anak kita akan terkeliru juga.Mmg kita sbg org ISLAM mesti mempertahankan kalimah ALLAH.Sudahlah kita sekarang dibebani masalah kerosakan akhlak daripada anak2 remaja ISLAM kita.Mereka yg bukan ISLAM ketawakan kita.Mereka rasa puas hati sebab dapat mengalahkan Org Islam dgn cara paling halus sekali.Keegoan org politik yg berlainan ideologi harus lah diturunkan.Sama2 pemimpin2x ISLAM menyokong usaha menegakkan nama ALLAH daripada di salahgunakan.Biarkan seluruh suara muslimin muslimat di Malaysia bergegar & bergema satu Malaysia bersatu padu bagi menggentarkan pihak yg cuba mencetuskan polemik ini.

dausz said...

saya menyokong YB memberikan pendapat ini. kalo kita baca balik risalah yg YB sediakan itu. memang kita akan terkeliru. tambahan pula yg baru belajar nak kenal Allah & Islam. memang akan terkeliru. seolah2 kita akan nampak ia seperti satu ajaran sesat.

memanglah agama samawi dibolehkan menggunakan nama Allah. tetapi situasi di malaysia ini lain. Kita di malaysia adalah sensitif & tak sama dgn negara2 arab yg dah biasa guna. kita tengok filem2 hollywood yg berkaitan kristian. majoriti mereka gunakan GOD.

jika mereka tetap mahu menggunakan Allah. maka kita menerusi Jabatan Agama setiap negeri berhak menghalang sebaran mereka disebabkan fahaman mereka lebih kurang mcm ajaran sesat haji kahar, ibrahim bonjol, ayah pin dll. sebab semua ajaran tu guna nama Allah utk menyesatkan.

kepada mymoksha, takkanlah masalah kutipan sampah pun perlu YB parlimen selesaikan. bongok ler gitu. kita ada majlis perbandaran. sepatutnya PBT yg selesai & uruskan.

sekian

Shaari said...

Syukur Alhamdulillah.

Walaupun saya tidak menyokong Pakatan Rakyat, tapi saya sentiasa bersama-sama YB dalam isu membela Islam. Pandangan yang YB lontarkan amat jelas dan tidak berselindung menjaga hati penganut Kristian seperti kebanyakan pemimpin Pakatan Rakyat yang lain. Takkan bertoleransi sampai menjejaskan Islam.

Penyokong PR seperti Abu Hud akan menghancurkan agama Islam. Yang sedihnya, ramai seperti dia dalam masyarakat dan komuniti blogger.

Moga Allah selamatkan akidah umat Islam di negaraku daripada serangan akidah secara halus begini.

asemal said...

Salam untuk semua.

Buat Abu Hud,

Ingat kisah Aishah Bokhari?? Dia seorang pelajar dari Mesir, sudah khatam Al-Quran malah jika tak silap saya dia juga menghafal sutuh Yassin. Ilmu agama yang ibu-bapa dia ajarkan sudah cukup. Tetapi disebabkan pengaruh kawan apa yang berlaku?? Kamu tahukan. Jadi cuba fikirkan bagaimana dengan anak-anak yang kurang pendidikan agamanya apayang akan berlaku. Fikir-fikirkan lah.

PakLong said...

Salam YB,
Teruskan usaha murni YB. Dalam keadaan semasa yang bukan sahaja puak kristian ingin berdakyah kepada umat Islam, malah ayat Alquran pun ditafsirkan untuk menyesuaiakan dengan kepentingan masing-masing, penggunaan nam a Allah oleh puak Kristian sudah tentu akan mengelirukan generasi akan datang.Ini bukan soal UMNO, PAS atau mana-mana parti, ini soal ISlam. Jgn ada antara kita gadaikan kepentingan agama untuk politik. Bagi PAS, selesaikan masalah arak dengan Ronie Lie, Itu pun tak boleh handle ka?

uop said...

Wahai Abu Hud, tak semua orang cerdik dan tak semua orang bongok.

kamil said...

YB... KETAWALAH WAHAI PENGANUT DAN PENYOKONG KRISTIAN AGENDA PERTAMA MEREKA UTK MEMECAH-BELAHKAN ALIM ULAMA DAN UMAT ISLAM TELAH BERJAYA! TUNGGULAH AGENDA KEDUA DAN KETIGA MEREKA AKAN MUNCUL SELEPAS INI...
TK YB, anda seorang Islam sejati

burung said...

Aku rasa YB kalau bertanding BEBAS pun bleh menang.. nak je aku register mengundi kat KULIM.. saper ada alamat..?

padil asri said...

salam yb..
izinkan saya guna gambo2 yb ni to be posted in my blog..
thanx..

HAJI AL-AZMY said...

Askm YB

Penjelasan Dr. Asri (Mantan Mufti sudah jelas begitu juga YAB Tok Guru Nik Aziz.

Yang kita mahu undang-undang murtad di ambil tindakan. Itulah intipati perjuangan.

Wallahu 'alam

Roswita said...

Abu hud,

Anda mungkin kuat Iman. Bagaimana dengan generasi anda kelak? Cakap tu biarlah fikir dulu. Mencegah lebih baik dari mengubati.

sapien said...

Sebab tulah kalau tak nak anak-anak kecil terpengaruh dengan dakyah Kristian tu semenjak kecil lagi kena beri didikan agama. Bukan dok suruh dengar lagu saja. Kalaupun tidak AF ka JL ka . Hiburan yang do tunjuk perut dengan punggung tu saja. Ajarlah anak-anak dengan sifat 20 ALLAH. Macam orang dulu-dulu. Seawal 6 tahun dah diajar kitab sifat 20 Allah. Harapan semoga ambil iktibar dari kes ini. Pihak yang berkuasa sahaja dok bermuka-muka.

akhiezam said...

mymoksha, sy sokong hujah sdra yg berasaskan ilmu..
tidak spt komen org2 lain yg hanya menyemai kebencian dan berniat politik..
ini semua menggalakkan islamophobia di kalangan bukan islam..

sampai ada yg sanggup daftar undi di kulim bila YB jd bebas.. perjuangan ikut ajaran mana bergerak secara individu? bukankah Islam mewajibkan kita sertai jemaah dlm berjuang? lupakah kita?

jika larangan guna nama Allah dikuatkuasakan, adakah risalah spt ini x boleh dicetak dan diedarkan?

sedangkan Kristian di sabah dan sarawak (negri bawah pimpinan Islam BN) dah lama guna Allah sehingga hari ini.. malah umat Islam di sana semakin ramai sbb penggunaan nama Allah mengelirukan penganut agama Kristian..

pendapat dr.asri, PMIUM dan beberapa NGO Islam lain agar dialog diadakan di antara Kristian dan Islam adalah pendekatan terbaik utk mengelakkan islamophobia..
perbincangan ini ajaran Islam sebenar, bukan menyemai kebencian..

baru2 ini kita dikejutkan dengan gereja yg dibaling bom petrol.. adakah ini yg kita mahukan?

kasut ku larrie said...

perkara ni dah lama..sejak sekolah aku dah melihat dan membelek buku2 nyanyian dari gereja..nyanyian di gereje pun ada guna nama allah..masa tu pelajar2 dari sabah dan sarawak bawak kesekolah...bila aku baca sikit pun aku tak terpengaruh..lantak diorang laa dgn kepercayaan diorang..

Muhammad said...

Jadual Lengkap Program Ziarah dan Dakwah Habib Umar di Malaysia : http://wp.me/piAx4-135

PENGGUNAAN NAMA ALLAH: ANTARA CELARU DAN KELIRU http://wp.me/piAx4-13v

Isu Kalimah Allah - Dr. Siddiq Fadzil : http://wp.me/piAx4-13p

nazati1 said...

Teruskan YB....jgn berundur walau selangkah..Kami akan terus bersamamu dalam memperjuangkan isu ini..

Putrajaya said...

salam YB

Berjuanglah menurut apa yang benar di dalam hati YB. Dalam hal ini Dr Yusoof qardawi pun tak boleh selesaikan..aku yakin sangat.

Tuhan sengaja datangkan isu ini bagi menilai manakah hambanya yang tulus ikhlas dalam memperjuangkan Tuhan.

YB kita perlu guru yang muktabar..guru yang boleh menjawab segala masalah tanpa menyakitkan hati sesiapa.

xplorer said...

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=24109:to-stay-in-power-will-najib-push-malaysia-into-terrorism&catid=1:utama&Itemid=50

i really don't understand the stand taken by PAS , seems like they don't bothered about this issue.janji sokongan bukan melayu bertambah

xplorer said...

saya tabik dengan saudara zul , cuma saudara sorang saja yang berani bersuara .Orang yang mengaku dari parti islam sendiri tak berani bekata-kata.Saya org umno tapi kalau en zul bertanding di kawasan saya , saya confirm akan sokong , saya menilai karektor dan bukan parti

jibauk26 said...

salam Yb Zul......
Terima Kasih atas segala maklumat yg di berikan....insyaallah sehingga ke akhir hayat saya,saya akan sokong dan berjuang bersama dengan Yb menegakkan syariat Islam...jgn berundur mahupun setapak....

Allahuakbar !!!!!!!!

Siti Zuraini binti Mohd Jenan said...

salam ustaz,izinkan saya copy gmbr2 tu ye....

abdulghuyub said...

Quote Abu Hud;

"salam..YB..tolonglah jangan menghina orang islam..bongok sangatkah kami bila mudah sangat terkeliru ngan risalah2 sebegitu.."

Tak cukup bongok ker kalau dah beribu remaja Islam dimurtadkan termasuk yg berada di universiti2 dengan risalah2 demikian!? Syabas YB Zul sy tetap bersama perjuangan YB... Allahuakbar!

Abu Hud said...

salam..saya boleh terima dan pertimbangkan segala nas/dalil/bukti/penerangan semua pihak KECUALI mereka yang mengatakan penggunaan kalimah tersebut boleh mengelirukan umat ISLAM. it's so insulting!!!jika risalah nasrani boleh kelirukan umat islam begitu juga risalah kita boleh mengelirukan mereka..jika mereka kata allah ada anak..kita kena kata allah itu esa..fair and square what?jika anak-anak kita boleh keliru, anak-anak mereka pun boleh keliru what?apa masalahnya?masalahnya berapa kerat orang muslim yang nak berjuang untuk dakwah ini?apa kata kita buat kempen SEJUTA RISALAH ALLAH ESA?edarkan satu malaysia...bagi puak nasrani keliru pulak cam dakwaan korang..tapi, keliru ker depa?saya bengang la dengan istilah KELIRU ni..

kluangman said...

Sebok betul YB nak pi trang, nak pi habaq, nak pi pebetui bahawa itu bukan 'kerja orang Islam'.

Sebenarnya mungkin kerja orang Islam dan mungkin tidak, tapi tak perlulah YB nak sebok sebok sebab siapa yang cari pasal awal awal. Apabila mereka memohon di mahkamah apakah sebok paderi mereka mai habaq yang tu berniat baik, yang tu tak ada muslihat..

Kita tidak sokong apa yang berlaku, tetapi kita juga tidak boleh menghalang mereka yang mempunyai fikiran demikian.

Tindakan YB cukup hina, Orang Islam jangan terlalu 'hina' dalam bertindak..

Hj Markoko said...

Abu Hud..

..kamu ni mungkin seorang yang cerdik dan tinggi ilmu ugama Islam.. kamu pastinya tidak mudah untuk terpengaruh dengan dakyah Kristian seperti contoh postal yang tunjukan oleh YB Zul..kalau semua orang Islam cerdik dan berilmu macam kamu, kami semua tidak perlu bimbang dengan dakyah kafir itu walau sehebat mana pun..

..tapi kamu tak fikir ke tentang mentaliti anak-anak kita kerana mereka inilah sebenarnya yang akan menjadi sasaran dakwah/dakyah pihak Kristian..

HR said...

Encik Abu Hud,

Keliru atau tidak seseorang Muslim dengan penggunaan kalimah Allah oleh puak Kristian, itu bergantung kepada ilmu dan iman.. tetapi en abu hud pun tidak boleh menolak kemungkinan akan ada yang akan terkeliru.. bukan sedikit anak melayu yang telah terpengaruh dengan ajaran sesat...

kalau ada anak Kristian yang 'terkeliru' dengan nama Allah yang difahami oleh orang Islam. kita seharusnya berasa gembira dengan 'kekeliruan' itu kerana sekurang-kurangnya dia telah difahamkan dengan makna Allah yang sebenar.. bukan Allah Bapa sebagaimana yang difahami oleh orang Kristian...

jamil said...

Abu hud adalah org yg sama bagi komen hentam YB. Ada pesuruhnya...

smart said...

Abu hud,
beristghfarlah banyak-banyak..
komen anda pd permulaan td menampakkan riak dan takbur yang amat sangat (syaitan di dalam hati)..
Sepatutnya anda merendah dan mengenal diri sebelum menulis apa-apa. Ujian Allah pelbagai-bagai..tak tersisih pada yang bijak ataupun bongok..yang penting kita sama-sama dapat menghindari dari perkara yang lebih buruk terutama pada anak cucu kita..(mencegah lebih baik dari mengubati)..sebelum terlambat
Pd komen anda yang terakhir anda boleh terima dan mempertimbangkan penerangan dari semua pihak di forum ini..menampakkan anda was-was dengan pendirian anda.
Janganlah kita was-was di dalam soal akidah..kerana ianya boleh merosakkan akidah kita(nauzubillah)...
Hadith Nabi s.a.w yang bermaksud "Tinggalkan apa yang meragukan, buatlah apa yang tidak
meragukan"..bkn hanya pd makan dan minum..tetapi pd keseluruhan hidup kita..
Jika rasa ragu atau was-was tentang niat dan dakyah kristian ini..lebih baik mendiamkan diri dr menyokong membabi buta..sebab org2 kristian tidak hairan jika tidak menang di dlm mahkamah untuk menuntut penggunaan nama Allah ini..kerana selama ini pun mereka tak menggunakannya..(melainkan dengan niat yang tidak baik)
Dengan keadaan dunia di zaman keterbukaan ini..bukan sekadar SEJUTA RISALAH atau penyampain di media masa tentang islam...bahkan lebih dari yang digambarkan oleh anda berada di zaman ini..tetapi mengapa masih ramai yang telah murtad di sebabkan cara dan pendekatan dakwah yang salah seperti yang anda fikirkan...
Semoga kita sama-sama di beri Hidayah dan petunjukNya..

Mat Kilau said...

Abu Hud...

letih la dengan hujah kau yang agak "kurang" nie... (lebih kurang bodoh laa)..

Jangan pandang dari satu sudut je... beribu masalah akan menyusul akibat dari kebenaran mahkamah ini

perkara penggunaan nama ALLAH bagi menggantikan perkataan "GOD" didalam majalah Herald nie mesti ditentang... tak kira dalam bentuk apa pun..

katakan mereka berjaya mendapat kebenaran ini.... nanti akan ada agama lain pula yang memohon pada mahkamah untuk alasan yang sama iaitu menggantikan nama tuhan mereka dalam majalah mereka juga dengan alasan untuk penganut mereka di sabah & sarawak..

contoh (contoh sahaja , tidak pernah terjadi pada masa ini) iaitu menggantikan perkataan Dew* Mur**** dengan Allah...

Apa perasaan kamu Abu Hud sekiranya ada yang menuntut itu pula... pasti perasaan kamu membara bukan..

tapi ketika itu sudah terlambat kerana mereka akan merujuk kepada kebenaran yang diperolehi oleh Herald.. dan saya pasti pada ketika itu suhu di Malaysia amat panas sekali sehinggakan boleh membakar pakaian kita

Jadi jalan paling baik ketika ini adalah kita sebagai umat islam cuba dan berusaha untuk memastikan perkara ini tidak berlaku demi kemakmuran anak cucu kita dan rakyat malaysia secara khasnya pada masa akan datang.

Brahim Nyior said...

Zul pasti apa yang dia bimbangkan, sebab dia seorang peguam yg mengendalikan kes Aishah Bokhari, remaja Johor yang murtad tanpa dpt dikesan sehingga sekarang.

Abu Hud, kamulah yg bongok, tengin dan bodoh melantung-lantung, gerakan missionary sedang melangkau fasa yang cukup agresif sekarang, adakah kamu boleh jamin anak cucu kamu akan datang dpt melalui cabaran ini dan kekal menjadi Muslim?

Bodoh tak boleh diajor, ceghodik tak boleh diikut..

hamba said...

ASSALAMUALAIKUM..... YB ZUL...SAYA MENGHORMATI SEMANGAT YB PADA ISLAM... TAPI SAYA RASA YB SPERTI TERLALU MENCARI POPULARITI SEJAK AKHIR2...NI BUKAN ISU PETAMA...SAYA CADANGKAN PADA YB RUJUK PADA TUAN GURU HAJI HADI DAN TUAN GURU NIK AZIZ...JANGAN MEMANDAI2... BAHAYA...

kristalyamaki said...

Salam YB Zul.

Pada pendapat saya, anak-anak kita, sekiranya kita mendidik mereka dengan betul, mereka tidak akan mudah terkeliru. Samalah seperti Harry Potter. Anak-anak kita pun tahu yang magis magis seperti ni tidak wujud...

joegrimjow said...

baca komen duk komen pasal hud punya pulak

ish ish

isu ni isu agama
kalau bab agama tak di tentang oleh org beragama islam, sape lagi kan?
ni pon mao gado?

cuma,
org yahudi skrg begitu bijak manipulasi agama juga untuk tentang kita
cuma kene beringat supaya kita tak jadi mainan manipulasi org yahudi

smoga ALLAH merahmati malaysia

Abu Hud said...

salam..i rest my case..marilah kita bersama-sama menilai kebangangan kita berhujjah dan berfikir..........

kasut ku larrie said...

ada kajian ke membuktikan risalah2 di atas membuatkan akidah anak2 kita terpesong?? hiburan2 yg berlambak tu jgn lupa yek..

bang_mi said...

siapa disini yg nak mempertahankan ISA a.s daripada difitnah jadi anak TUHAN??? yg manakah lagi menyesatkan mereka?? sudah tentu ISA ank tuhan lagi menyesatkan.. ALLAH memang utk semua..tiada siapa yg mahu mengatakan isa itu manusia biasa... tiada siapa yg mahu merusuh atas fitnah terhadap isa yg lemah ini.. ADAKAH ALLAH itu perlu dipertahankan?? sedangkan ALLAH ITU MAHA BESAR.. ISA a.s yg perlu diutamakan.. Jesus kristus bukan anak ALLAH tetapi pesuruh ALLAH yakni manusia biasa..

MIMIE said...

salam yb..
izinkan saya guna gambar yb ni...
nak sedarkan kawan sebaya saya..
thanx n semoga YB teruskan perjuangan bantu kami yang muda2 ni menilai

anaklangkawi said...

Salam YB,

Saya amat menyokong kenyataan YB. Implikasinya adalah mereka2 ini cuba menggugat Islam menggunakan mahkamah..secara tak langsung akan meletakkan agama islam satu taraf dgn agama mereka dr segi perlembagaan.

pada saya ini merupakan percubaan awal utk plan yg lebih besar didepan.. memandangkan PRU-Sarawak akan menjelang maka ini juga mungkin menjadi taktik org berkepentingan politik utk menarik sokongan org2 sarawak yg kebykannya majoriti org kristian..

pada saya.. melihat gambar yg YB letakkan menunjukkan yg org Islam yg kurang imannya akan mudah terpesong.. terutama sekali jika mereka2 itu dibawah umur 18thn..

nauzubillah.. mari kita bersatu utk menentang segala percubaan utk menggugat Islam..

Faz said...

salam..
sy sgtla x setuju ngan kenyataan abu hud (1st komen).. ur komen showed how your brain and knowledge is..

perlu ingt,, care yahudi sgtla halus..xboleh org dewasa,depa akan attack pulak kanak2..bgaimane pulak ngan ignorance adult people?? pon perlu di ambil kire..

utk tuan punye blog ni.. teruskan berjuang...smoga suksess.. salam...

Diver.Miskin said...

hmmm... agaknya... lepas nie bila semua warga Malaysia dah fasih berbahasa inggeris... artikel kristian yg ditulis dlm inggeris juga akan diharamkan.. pasal takut iman tergugat....

ntah la... artikel2 nie dah lama saya baca psl sebagai anak askar, saya bercampur dgn ramai anak2 askar yg berasal dari sabah n sarawak.. d saya juga berpeluang duduk di sarawak selama beberapa tahun... saya juga a naive child and youth back then... tp alhamdullillah... berkat didikan islam yg diterapkan oleh ibubapa saya... saya tahu yg mana islam yg mana kristian... lagi pon artikel tu terang2 tulis ia dari injil dan bukan quran....

nway... artikel ni bukan dakyah kristian.. tp ia adalah artikel2 utk disebarkan kpd penganut mereka sendiri... sebagaimana kita menyebarkan artikel2 berkaitan islam kepada anak2 kita...

saya akan bersama menyokong jika jelas Quran dan Hadith melarang mereka menggunakan kalimah tersebut... ttp sehingga hari ini takde sapa bagi satu nas yg kukuh mengatakan ianya salah... penentangan tersebut hanya atas dasar prejudis dan ketidakyakinan pada iman sendiri... yg bagi saya amat menyedihkan... jika di Arab tidak menjadi isu... mengapa ianya terlalu kontroversi disini??

maaf... saya pasti ramai yg akan tidak sependapat dgn saya... tp takpe... everyone is entitle for their thought... same goes to me... Salam....

aL-MaRBaWi said...

Salam YB.

Saya cukup hairan dengan komentar-komentar di sini yang kelihatan menyokong penggunaan kalimah ALLAH kepada bukan Islam.

Jika kamu benarkan Kristian menggunakan kalimah ALLAH itu bererti kamu rela ALLAH digunakan oleh agama lain, bukan? Seterusnya akan bertambah kelirulah generasi akan datang.

Ya, generasi sekarang mungkin boleh membezakan ALLAH Islam dan Kristian. Generasi akan datang?

Usah disamakan penggunaan kalimah suci ini di negara lain. Kita adalah Malaysia. Kita ada hak untuk menentukan dan mengawal penggunaan perkataan bersifat keagamaan. Biarkan mereka dengan cara mereka dan kita dengan cara kita.

Selama kita merdeka, tidak pula kedengaran suara penuntut-penuntut ini. Malah sejak Kitab Injil diterjemah ke Bahasa Melayu ratusan tahun lalu, tiada pula perkataan ALLAH disebut di dalam Injil ini. Mengapa harus dipolemikkan?

Saya menyeru kepada umat Islam, inilah masanya kita mempertahankan hak kita bukan dengan keganasan, tetapi dengan ketegasan.

ALLAHUAKBAR!

Panglima Hikayat said...

Buku ini lah saya jumpa di tepi jalan berdekatan Sekolah Menengah Seri Gombak pada tahun 2001. Sejauh mana boleh saya buat ialah majukan buku itu ialah ke Ustaz Rohan di Sekolah masa itu. Akhirnya sampai hal ini ke pengetahuan semua. Tahun lepas, 2008, saya didatangi makcik yang memberikan buku kanak-kanak secara percuma dan isinya jugak diselitkan nama-nama Yehweh di setiap muka surat dalam tulisan Hebrew. Mujur kita punya sedikit asas dalam subjek Comparative Religion yang membantu mengenalinya. Semoga tidak rosak aqidah kita.

C L J said...

Hamba banyak membaca tulisan orang orang kristian tentang kemusnahan yang berlaku hasil kerja orang zion yang ditunjukkan sebagai dimulakah muslihah semenjak 929 tahun sebelum Isa dilahirkan.

Kini kesan dan akibat yang menimpa umat kristian itu sedang mengalir dan dialirkan terhadap Islam pula. Sebenarnya kekeliruan ini ikut menimpa orang kristian sendiri untuk jangka panjangnya. Jadi isu mengelirukan ini sebenarnya ditalakan terhadap kedua dua ugama Kristian dan juga Islam.

Maka hamba menyeru kepada Orang Islam supaya menyemak mereka yang menyokong isu ini. Sementara orang kristian pun kena semak orang kristian yang menimbulkan perkara ini kalau sebenarnya kamu sayangkan ugama mu. Itulah yang ditujukan oleh ayat "aku dengan ugama ku; engkau dengan ugama mu".

Begitulah sebaiknya. Jangan menerobos sempadan.

blinkz08 said...

tahniah YB zul..

isu penggunaan kalimah allah ini mmg panas dan boleh memporak-perandakan masyarakat islam sendiri..

bg sy,penggunaan kalimah allah boleh digunakan oleh semua agama kecuali agama kristian.ini kerana sblom nabi muhammad diangkat mnjadi rasul,penganut agama samawi/agama nabi ibrahim alaihissalam mnyembah berhala..apabila ditanya siapa tuhan mereka,maka mnjawap ALLAH tuhan mereka sedangkan mreka mnyembah latta dan uzza dan berhala lain.ini kerana penyembahan berhala tersebut sebagai perantaraan mereka dengan allah taala.walaupon begitu,hukum penggunaan kalimah allah bg mereka boleh digunakan ttpi mereka syirik terhadap ALLAH taala kerana menyukutukan allah...ini tidak mengapa kerana perbuatan td merujuk kepada sifat solid alla yg esa dan 1...tidak ada yang lain..

lain pula halnya dengan kristian,mmg tidak boleh sama sekali penganut agama kristian menggunakan kalimah allah dalam mana2 artikel mahupon dakyah mereka sbb dr asal lagi mereka mengatakan allah itu ada 3 iaitu tuhan bapa,tuhan anak dan roh suci..sama sekali bertentangan dengan islam dan dalil allah yang esa yg trdapat dlm surah al-ikhlas..

secara ringkasnya,penggunaan kalimah allah didalam konteks ahli akademik boleh digunapakai oleh semua agama kecuali kristian asalkn ianya tidak menjatuhkan atau menukarkan ketauhidan serta sifat2 allah itu sendiri..dan dr konteks umum..di malaysia sendiri,perlu ada garis panduan yang ketat untuk digunapakai kalimah allah pada agama lain agar kalimah suci allah ini tidak disalahertikan oleh sesetengah penganut agama lain...klu di arab sana tidak mengapa jika isu ini dibgkitkan ttpi m,sia,kita ada bnyk gerakkan2 agama yang boleh menyebabkan kekecohan berlaku...

bg saya,adalah eloknya sekiranya kalimah allah itu dipakai oleh org islam itu sendiri kerana ianya melambangkan tuhan kepada org2 islam sebagaimana penganut agama lain menggambarkan tuhan mereka didalam bahasa mereka...yang peliknya,mengapa kristian perlu menggunakan kalimah allah sekarang ttpi tidak masa dahulu..?adakah mereka mempunyai dakyah yang lain?..marilah sama2 kita berdoa agar allah bukakan pintu hati kita dan menyatukan hati kita semua demi menjaga islam yang suci dari diperlekehkan oleh agama2 lain...wsalam...takbiirrr...!!

ONEDROP said...

Salam YB,
Melihatkan kesungguhan YB menentang penggunaan kalimah tu memang membanggakan dan menyemarakkan semangat saya sebagai org muda ISLAM.
Saya bersetuju 200% dengan YB,tak kira parti politik apa yang kita pegang,bila membabitkan soal aqidah dan agama perlu kita tentang,jangan menegakkan benang yang basah hanya untuk meraih undi.

Soberi Moin said...

Kepada Semua,

Agak sedih juga bila melihatkan beberapa ulamak dan cerdik pandai Islam berkeceramuk dengan hujah masing-masing mempertahankan kebenaran masing-masing dalam isu penggunaan nama Allah.
Dan sesungguhnya saya percaya setiap yang memberi hujah adalah dari golongan ilmuan yang mempunyai ilmu dan pemahaman aqidah yang dalam dan jitu.
Percayalah, inilah kehendak Allah swt. keatas kita umat Islam diakhir zaman ini.
Bagi diri saya, sebagai seorang Islam, sudah semestinya saya mempertahankan Aqidah saya. InsyaAllah tidak mudah untuk dirobak-robekkan dengan dakyah yang sebegitu - dan semuanya ini dengan izin Allah yang maha berkuasa.
Sebagai seorang Islam, saya juga mestilah mempunyai sikap persaudarran diantara sesama manusia tanpa mengira bangsa, agama dan pangkat. Justru dari itu sebagai seorang Islam saya seharusnya menghormati dan memberi ruang kepada penganut agama lain dengan kepercayaan mereka. Bagi diri saya, maksud menghormati disini bukanlah bermakna saya juga percaya dengan kepercayaan mereka hanyalah sekadar menghormati akan hak mereka untuk mempercayai akan sesuatu yang bertentangan dengan kepercayaan saya terhadap Allah swt.
Kita tidak akan menang jika kita mengatakan kepada mereka bahawa kepercayaan mereka salah kerana mereka juga mengatakan kepercayaan kita juga salah disisi mereka. Apakah dengan hanya jika penganut agama lain mengatakan bahawa agama Islam itu sesat mengikut kepercayaan mereka, kita terus melemparkan rasa amarah kita dengan perbuatan yang kasar yang tidak melambangkan sifat-sifat Islam yang sebenarnya?
Saya percaya, mereka juga akan merasa marah dan tersinggung jika kita mengatakan mereka sesat, walhal mereka amat percaya bahawa kepercayaan merekalah yang benar.
Lantaran dari kesumat anutan kepercayaan masing-masing itu; Allah swt telah memberi kita jalan penyelesaian sebagaimana firmannya dalam Surah AlKafirun:
0. Dengan Nama Allah, Yang Maha Pemurah. Lagi Maha Mengasihani.
1. Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai orang-orang kafir!
2. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.
3. Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah.
4. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat.
5. Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat.
6. Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku.

Peganglah kepada kalam Allah, nescaya kita semua akan selamat dan tidak bercerai-berai seperti buih-buih yang bertaburan. Seharusnya, kita serahkan diri kita kepada Allah swt dan hanya Allah swt Maha Mengetahui akan segala-galanya.

sudirumusibarat said...

Salam Ustaz /YB

Lagi2 YB hujah/bukti risalah/sebar kepercayaan /Pegangan Kristian

Semua orang tau nak beza mana Islam mana Kristian.
Bukti YB sendiri pun faham/Tahu perlu apa kemukakan lagi dan lagi.
Itu Agama mereka.Itu depo punya sukalah.Nak rombak 1000 kali ke,Tak perlu susah2 tlg sebarkan! Hitam @ Putih jelas semua orang tau!
Yang perlu YB fikirkan mcm mana kaedah untuk memantapkan akidah Orang Islam selain keadah(jangka pendek/jangka panjang/jangka-jangka) sekat,serang dan hukum adat/tempatan yg YB tonjolkan

Tolonglah!
Jangan ingat YB sorang sj sayangkan ISLAM & ALLAH

Berjuanglah dengan BIJAK bukan dengan LAJAK&LAGAK