16 January 2010

ALLAH KRISTIAN:SATU PENGALAMAN NGERI

Salam 2 all.

Saya menerima satu kisah dari seorang Melayu yang pernah hidup di Indonesia. Dan pengalaman beliau benar-benar suatu iktibar dan pengajaran yang sangat berguna untuk kita di Malaysia. Walaupun peristiwa yang diceritakan itu berlaku di Indonesia, saya tidak hairan bahawa suatu hari nanti ia akan berlaku di Malaysia, tambahan melihat ada haprak dikalangan Melayu yang begitu beriya-iya nak menyokong puak-puak Kristian ini.!!

Saya lihat apa yang beliau ceritakan benar-benar menepati konsep 'uruf al balad yang menjadi dalil saya menentang penggunaan kalimah ALLAH oleh segelintir Kristian di Malaysia ini. Iaitu kita mesti melihat isu ini dalam konteks masyarakat setempat..iaitu masyarakat Malaysia sendiri.

Satu perkara yang jelas, bagi puak Kristian ini, nama ALLAH hanyalah satu terminologi; tapi bagi kita umat Islam ianya satu aqidah! Terminologi boleh ditukar ganti, tapi aqidah tetap sebati.

Puak Kristian berkeras mahu mengguna nama ALLAH sebagai satu terminologi ketuhanan Triniti-Tuhan Bapak, Tuhan Anak & Roh Suci. Itu adalah perbuatan syirik dan kufur kepada ALLAH. Dan bagi Melayu. Yang menyokong, ini bermakna kamu setuju dan redho dengan perbuatan mensyirik dan menyengutukan ALLAH. Dan "Arridho bil kufr..kufr: redho dengan kekafiran itu kafir namanya".

Amaran dan peringatan saya kepada Melayu yang menjadi penyokong dan pendokong para Kristian ini, kamu mungkin sudah melakukan suatu perbuatan syirik dan kufur atas keredhoan kamu. Dan kata Dato' Dr. Harun Din, itu kafir namanya!! Na'uzubillah min zalik.

Zulkifli Bin Noordin
Sabtu
29 Muharram 1431
16 Januari 2010

###########################

(Catatan suatu Pengalaman)

Just nak kongsi pengalaman sepanjang lebih 5 tahun tinggal dan belajar di
Indonesia. Saya tidak berniat memburukkan Indonesia..They have my respect,dan saya tahu orang2 Indonesia tidak seburuk yang disangkakan di sini.(orang Indonesia baik dan ramah, pintar dan rajin.. that's a fact!)

Pengalaman ini saya kongsi supaya orang ramai boleh tahu dan membayangkan implikasinya jika penggunaan nama Allah oleh non-muslim dibiarkan. Di satu sisi memang agak lucu, tapi di sisi lain terdapat keseriusan di dalamnya

Aku ingat satu hari aku bukak TV perdana dia pastu tengok satu program.. Aku ingat ceramah agama lah.. dia punya penceramah punya semangat berkobar2.. "Kita semua sudah berdosa! Allah Maha Kuasa! Allah Maha Penyayang! Kembalilah kita semua ke jalan Allah! (aku dalam hati, Alhamdulillah.. bagus!) pastu tak pasal2 dia sambung "Kembalilah ke Yesus Kristus dan Bunda Maryam!" aku langsung tergolek... astaghfirullah! ceramah Kristian rupanya.

Satu lagi kenangan aku kat Indonesia, kalo baca surat khabar sana nanti ada slot obituaries: "Telah Kembali ke Rahmat Allah, Sdr. XXX pada XXX Semoga ruh beliau dicucuri rahmat Allah" Bila tengok balik nama yang mati Eduardus, Kristus, Paulus, etc. (nama org Kristian) pastu ada salib diikuti tulisan kecik "ash to ash, dust to dust, fade to black"... tergolek lagi aku.. wakakaka..

Satu lagi cerita aku kat Indonesia, satu hari aku 'bermusafir' lah ke daerah Jawa Barat naik motor, pastu nak berhentilah solat.. aku toleh ke kiri kanan jalan cari masjid..Pastu aku nampak ada signboard kalimah Allah (dlm arab!) pastu ada banner "Ayuh kerjakan kewajipan kita kepada Allah dan agamanya!" aku pun pergilah dekat.. tup2 aik,.awat lain macam tempat ni, siap ada patung jesus kena salib??!! Tergolek lagi aku.. lah..gereja Kristian rupenye.

Satu lagi kat sana nak beli buku-buku agama kena hati-hati.. Aku dulu pernah 'usha' buku kat kedai buku..Ada satu buku aku tak ingat persis tapi tajuk buku dia lebih kurang camni: "Memantapkan Iman Anda Kepada Allah" bila bukak2 browsing per helai aku start confuse, amacam lain macam aje ayat2 dan hadis dia.. Aku tengok balik lah.. ayat2 kutipan dari Bible.. tergolek aku lagi.. lah, buku dakwah Kristian rupanya..risau gak kalu jadi camni kat M’sia

Di tengah tengah bandar bandung juga terdapat sebuah geraja yang dinamakan "rumah Allah"...mcm mcm lagi isu akan timbul lepas ni selagi Malaysia mengamalkan demokrasi-sekular!

36 comments:

shuk said...

Apa pun terjadi samada menang atau kalah di mahkamah pihak Islam akan di pandang serong dan buruk dan di perlekehkan. Itu yang saya benci sangat-sangat bila isu ini timbul. Ia seperti membuka pintu yang luas yang membolehkan sesuatu berlaku pada masa hadapan yang menjadi rumit untuk pihak Islam di Malaysia. Saya tak mahu melihat berlakunya nanti keganasan di negara kita jika isu ini tak ada nokhtahnya. Mereka pandang isu ini pada istilah sedangkan kita lebih dari itu, segi akidah dan kesucian Allah yang Satu. Dan situasi di negara kita tidak boleh di bandingkan dengan negara lain. Mungkin sekarang ada pihak kata kita perlu konfiden dsbnya. tapi bila pintu dah di buka, macam-macam lagi boleh di minta boleh berlaku. Sedarlah saudara Islam semua. Tak nak nasik jadi bubur.

shazz said...

Saudara ZN,

Saya rasa kalau ada melayu Liberal macam YB Shah Alam, satu hari nanti tak mustahil perkataan yang kita sering gunakan, juga akan digunakan oleh musyikin di Malaysia. Saya yakin akan ada juga puak islam yang ada kepentingan politik akan mengeluarkan ayat al-quran dan hadis dan membuat tefsiran sendiri untuk menyokong perbuatan puak musyrikin ini..

Perjuangana Islam tidak sepatutnya di politikan..kalau di politikan, maka akan jadilah macam sekarang ini. Tok Guru boleh cakap Celaka kepada blogger... tapi kalau PM cakap Celaka...agak-agak apa respond org2 PAS ni. Mendoakan kemusnahan org lain pun telah di bolehkan oleh parti politik ini... asal apa sahaja yang tidak sealiran dengan mereka, maka perkara ini di bolehkan oleh mereka..akan di keluarkan pula ayat al-quran (tafsiran sendiri)untuk menyokong perbuatan mereka.

kepada penduduka Shah Alam, berhati-hatilah. Saya pasti tak laam lagi aka ada Gereja untuk org Melayu di shah Alam dan perkara ini sudah tentunya akan dapat sokongan dari YB nya kerana Shah alam penduduk majoritinya adalah Melayu... kalau kuil pun boleh di buat di kawasan majoroti Melayu, apatah lagi gereja Melayu di Shah Alam... sudah tentu akan dikeluarkan ayat al-quran untuk menyokong keputusannya kelak...

saya minta perkara ini dijauhkan dan mudahan kesucian Islam di perlihara

hans said...

salam YB Zulkifli,

Orang katolik sebenarnya sudah mempunyai nama bagi tuhan mereka. nama tersebut adalah YHWH. Jadi kenapa orang catholic sibuk sangat nak guna nama Allah, nama yang maha suci dalam agama Islam. Mereka nak adopt nama Allah dan memberinya konsep triniti, kenapa?. Adalah tanggung jawab orang islam untuk memelihara kesucian nama Allah. Berbalik kenapa orang2 catholic tidak guna nama YHWH dalam bible terjemahan mereka?? Jawapanya mereka (catholic) sendiri dilarang menyebut atau menggunakan nama YHWH (nama tuhan mereka)kononnya bagi menjaga kesucian nama YHWH. Pelik sungguh mereka ini, berbeza dengan orang islam, yg digalakkan menyebut nama Allah dan memuji kesucian dan kebesaran nama Allah, tetapi mereka sebaliknya.

menurut "Vatican Congregation for Divine Worship and the Sacraments, dated June 29 2008"
rujuk website

http://www.catholicnews.com/data/stories/cns/0804119.htm

"By directive of the Holy Father, in accord with the Congregation for the Doctrine of the Faith, this congregation ... deems it convenient to communicate to the bishops' conferences ... as regards the translation and the pronunciation, in a liturgical setting, of the divine name signified in the sacred Tetragrammaton," said the letter signed by Cardinal Francis Arinze and Archbishop Malcolm Ranjith, congregation prefect and secretary, respectively.

The Tetragrammaton is YHWH, the four consonants of the ancient Hebrew name for God.

"As an expression of the infinite greatness and majesty of God, it was held to be unpronounceable and hence was replaced during the reading of sacred Scripture by means of the use of an alternate name: 'Adonai,' which means 'Lord,'"

......

"Apart from a motive of a purely philological order, there is also that of remaining faithful to the church's tradition, from the beginning, that the sacred Tetragrammaton was never pronounced in the Christian context nor translated into any of the languages into which the Bible was translated."
seterusnya
The two Vatican officials noted that "Liturgiam Authenticam," the congregation's 2001 document on liturgical translations, stated that "the name of almighty God expressed by the Hebrew Tetragrammaton and rendered in Latin by the word 'Dominus,' is to be rendered into any given vernacular by a word equivalent in meaning."

Ini mungkin juga bermakna semasa mubaligh catholic tiba di Borneo mungkin 400-500 tahun dulu, penduduk tempatan pada ketika itu adalah beragama Islam. Apakah kita nak biar sejarah hitam ini merebak di seluruh Malaysia. nama tuhan orang catholic adalah YHWH, tetapi mereka sendiri tidak dibenarkan mengguna nama tersebut, kerana Vatican bimbang nama tersebut tercemar. Apakah kita orang Islam diMalaysia nak biar paderi catholic kebebasan mencemar kesucian nama Allah??

arah said...

‘Allah’ Allowed In East Malaysia

Nazri says: Government Recognizes Two States’ Traditional Usage Of Word

KUALA LUMPUR: The word ‘Allah’ is allowed to be used by Christians in Sarawak and Sabah because the government accepts that the natives in these two states have traditionally been using it in their prayers and religious services and the Muslims there are accustomed to this practice.

http://dayakbaru.com/weblog08/

Ampun Tuanku said...

menyokong penggunaan Allah bagi penganut kristian bukan bermakna kumpulan yang menyokong beriktikad bahawa allah adalah trinity.
berfatwa amat berat.jangan sekadar berhukum

noracom said...

Salam YB,sebenarnya itu cuma sedikit yang dialami oleh sudara kita yang pernah tinggal disana,dan banyak lagi kalau kita nak ambil pengajaran dari indonesia,dan pasti perkara sebegitu akan terjadi juga di malaysia ini ,kalau kita tak membendung sejak dari awal ini,tetapi sayangnya orang melayu(islam sendiri yang berfahaman ISLAM LIBERAL ) yang ber-iya-iya,menyokong dan menyatakan SEMUA AGAMA SAMA (termasuk DSAI),jangan terkejut sekiranya puak-puak kristian menukar nama hari perayaan natal(krismas) kepada sambutan "MAULIDUR ISA AL-MASIH" itulah kenyataan yang di-instruksikan gereja kepada penginjil-penginjilnya.Dan YB PR bagaimana? ,tepuk dada jangan tanya penyokong ,tapi tanya IMAN.

Anak Banjar said...

Salam En Ampun Tuanku;

Yang kita tentang ialah penggunaan Kalimah ALLAH yang membawa maksud Trinity oleh penganut Kritian di MALAYSIA.. tak paham ke lagi?...

Niat Penganut Kristian adalah menghalalkan Kalimah suci ALLAH untuk di beri makna Trinity...

Susah sangat ke nak PAHAM?..

The One said...

Ko nak cover silap ek,
Buat cerita indonlah bagai.. Cerita AKHBAR herald(CETAK) nak guna nama.. nak di samakan dgn nama gereja.. Kan jauh tu..
Undang2 CETAK dgn NAMA sama ke.. kata lawyer..


Bila ko nak masuk umno ni.. Kerna kesamdolan dan cara mengelabah ko ttng islam sama dgn umno dari dulu kini dan selamanya.. mencipta isu dan BAKAR

Jgn kata kami tak cabar ko.. wahai sikaduk

Ali Baba Bujang Lapok said...

Salam YB ZN,
Walaupun YB mempunyai pandangan yang berbeza dengan saya dan rakan-rakan saya yang lain dari segi ideologi politik namum kita mempunyai pandangan yang sama didalam hal nama ALLAH ini. Saya amat-amat sedih apabila terdapat orang melayu beragama islam beria-ia untuk menyokong penggunaan nama ALLAH oleh penganut-penganut kristian ini. Saya tidak menafikan bahawa kebanyakkan alasan mereka ini berlandaskan bahasa, agama samawi dan sebagainya tetapi adakah mereka sedar bahawa ini mempunyai satu agenda yang amat merbahaya dan tersirat oleh mereka untuk menyebarkan dakyah agama mereka buat orang melayu islam yang terdapatnya terlalu ampuh menahan soal akidah. Bagi saya jika mereka-mereka ini tidak tahu tak usahlah memandai-mandai.. sehinggakan Dr Harun Din membuat kenyataan mengenai perkara ini pun diperlecehkan sampai menyatakan Dr Harun Din tidak layak untuk berkata-kata soal ini. Saya rasa ramai pemimpin UMNO tidak berani menyanggah kenyataan dari seorang ilmuwan seperti Dr Harun Din tetapi terdapat penyokong-penyokong setengah Parti yang belum habis mengaji pun dah berani membuat kenyataan yang sombong sebegini. Harapan saya, semoga kita semua mengerti diantara mana politik dimana soal akidah...

seri kalam said...

astaghfurullahal`azim..
Encik The One..jaga sikit adab kamu apabila berbicara..dimana adab kamu?tambahan lagi kamu berbicara dengan seorang pemimpin..
kita di sini bukan mahu bertelagah..bukan mahu bergaduh..kita cuma mencari penyelesaian terbaik untuk isu ini..dan penyelesaiannya perlu berhemah..
YB punya pendapatnya tersendiri..masing-masing ada pendapatnya tersendiri..kamu?apa yang lakukan untuk bangsa,agama dan negara?
saya bukanlah pengikut PKR mahupun PAS..tetapi kita masih saudara sebangsa,seagama bukan?..jangan berpecah belah wahai umat Melayu Islam..kelak bukan mereka yang rugi..yang rugi bangsa sendiri..dalam keadaan isu sensitif agama mulia kita diperkotak-katikkan..kamu ada masa lagi mahu berhujah politik?hentikan..
sekali lagi saya menyeru kepada kedamaian..kedamaian bersuara..

ariff55 said...

Dr Harun Din? siapa dia? antara dia dan Zaid Ibrahim atau Anuar? Zaid dan Anuar lebih popular dalam Pakatan kerana keduanya memperjuangkan Liberalisme dan Pluralisme Malayasia... Hidup Harapan Baru contohi Indonesia

Anuar,Anuar,Anuar
Matikan suara Harun Din yg bertentangan dgn muafakat Liberalisme dan Pluralisme agenda PR

JIL jaringan islam leberal

ariff55 said...

Apa cara nak batalkan Keputusan Mahkamah Tinggi?
dengan Fatwa Kebangsaan dan Enakmen Negeri?
Ini dah robek Perlembagaan Persekutuan?
Robek ni nanti akan terkoyak rabak,

urbanest_smile said...

you and your friend are very jahat. u shld know that the kristian pronunciation of allah is different from the muslims. so your friend would have known that the program is kristian. unless he is jahil about his own religion.

betul-betul jahat!

PEMIKIR said...

ni senua buang masa.....Masjid dah kena baling tu suadaraku....

macan said...

Ariff55 :
Kalau Sdra nak menyuarakan pendapat yang dangkal dan tak bertamaddun di sisi ISLAM, maka tak payah lah nak berforum di BLOG ini. Keterbukaan kita bukan alasan untuk merobek aqidah.
Kalau Sdra fikir Indonesia contoh terbaik utk 'Hidup Harapan Baru', maka saya cadangkan agar Sdra 'migrate' lah ke sana utk menyempurnakan hidup Sdra. Saya yang tegar menyokong UMNO pun tak pernah rasa kurang utk menghormati YBhg.Dato' Dr.Haron Din.
Nampak sangat yg PKR langsung tak sensitif dgn isu ini.
Kepada YB Kulim BB, tak payah lah nak menyokong pandangan DSAI yang nampaknya tidak selari dgn pandangan YB...Cukup-cukuplah...

Abu Hud said...

salam..Sekali lagi YB, tahniah kerana mencurahkan petrol dalam botol-botol yang akan dijadikan molotov cocktails dan akan dibaling ke gereja-gereja atau masjid-masjid..biar saya syarahkan matan-matan yang YB karangi ini dalam bahasa melayu tulen :

"bangunlah umat Islam semua, kumpulkanlah sebanyak mungkin botol untuk dijadikan bom petrol, marilah kita membakar gereja-gereja seluruh Malaysia dan bakar juga rumah Ahli Parlimen Shah Alam..haa..ha..ha.hebatnya aku"

atau dalam bahasa ibrani :

"wahai kamu orang-orang kristian di Malaysia, botol-botol kosong semua kami dah angkut, tiada walau setudung botol pun yang tinggal untuk kamu membalas pengeboman kami, Ha..ha..haa..bongkaknya aku"

*perhatian..syarahan ini dibuat tanpa usul periksa..sila rujuk bible terjemahan Abdullah Munsyi untuk rujukan.

DSaint Patric said...

YB,
Do Read this

http://www.thepeopleofthebook.org/strategy.html

And check the "dangerous" strategy used...excerpts:

Mr. Gilchrist adds the following comment in section 4 - Becoming a Muslim to the Muslims:

"What, then, is the Biblical approach to Muslims in the light of this method into which the great apostle allows us to enter? It is simply this - in the same way that he became as a Jew to the Jews, so each of us must become as a Muslim to the Muslims. We must discover the beliefs of the Muslims, their view of prophetic history, their assessment of Jesus Christ, and their overall religious perception of life, and present the Gospel against that background. Samuel Zwemer, one of the most famous missionaries to Muslims, sums this up perfectly in saying: 'We must become Moslems to the Moslem if we would gain them for Christ. We must do this in the Pauline sense, without compromise, but with self-sacrificing sympathy and unselfish love. The Christian missionary should first of all thoroughly know the religion of the people among whom he labours; ignorance of the Koran, the traditions, the life of Mohammed, the Moslem conception of Christ, social beliefs and prejudices of Mohammedans, which are the result of their religion, - ignorance of these is the chief difficulty in work for Moslems. (Zwemer, The Moslem Christ, p. 183).'"


We believe that it can be very effective to use the Quran as a tool to share concepts that are familiar and acceptable to Muslims, and that support Biblical principles. There are many concepts that are very compatible with the Bible and there are other Quranic teachings that may actually be misunderstood by Christians and Muslims. Of course, the Holy Bible is the only and complete authority for everything pertaining to doctrine and lifestyle.

We believe that it is perfectly acceptable to use the name Allah, both in the Bible that we use to minister to Muslims, as well as materials that we distribute. It is the translation of the word "God" in Arabic. Joshua Massey has written an excellent summary about this topic. This does not mean that Allah in the Qur'an is exactly the same as the God of the Bible.

Pray that God raise up Muslim men and women who are committed to sharing the Gospel of our Lord Jesus Christ in an appropriate and contextualized manner.
-----------

kyo_9 said...

Subhanallah.. banyak kita boleh belajar daripada negara jiran.. bukti yg jelas, nyata dan terang pasca penggunaan Allah secara bebas oleh semua agama.. ana harap kerajaan dapat berjuang sama ntk mengembalikan hak agama Allah kepada umat Islam dengan segera sebelum keadaan x dpt dikawal..

Last call said...

salam..
org islam malaysia skrg sudah tidak sepakat dlm byk hal lagi... yg pandai dan cerdik agama snggup menggadaikan akidah demi survival politik sendiri... gilaaaaaaaaaaaa

magn said...

wah yb

tiba2 org umno jadi baik dan islamic kat sini,rasa teramat pelik sekali ya.
yb walaupun ada di antara yg saya setuju dengan pandangan Yb tetapi saya amat tidak bersetuju cara YB kendalikan pendapar itu.

Supar Yop said...

Abu Hud,

jaga - jaga, anda boleh diandai sebagai menghasut orang supaya baling molotov cocktail ke arah gereja kerana ayat anda itu jelas menuju je arah itu.
Perhatikan ayat ZN tidak ada satu pun menyuruh samada secara terang atau sembunyi membaling botol minyak ke arah situ.Dia tau la dia lawyer.Kita hanya mahu pertahankan hak kita.

Jgn samapai awak kena cekup dgn polis sudah.. Kalau di airport awak gurau saja dpan imigresen "dlm beg saya ni ada bom" kejap2 itu polis akan cekup awak sumbat dlm lokap..

Ayat2 spt baling bom ke arah gereja, molotov cocktail adalh jelas perkataan menghasut.Ingat polis bukannya bodoh, diorang boleh bukak sebarang password, pin number dlm atm, hp , computer dan apa saja.

Jadi kes naya mcm budak yg melalut dlm facebook hari tu padahal dia bergurau sj tapi gurauan yg bawa padah

Kalau awak tak setuju dgn ZN itu hak awak tapi jgn mengapi2kan suasana seolah2 ZN yg nak mulakan perang padahal awak yg curah petrol kedalam api

Lanun Darat said...

Salam. Apa komen YB tentang diskusi di Al Jazeera 101 yang ditayang hari pukul 11.30 tentang penggunaan kalimah Allah di Malaysia? Panelist, YB Khalid Samad (kawan baik YB), Marina Mahathir dan brother Yusri (ABIM).

Joeking said...

Saya tak faham dengan YB...sekejap macam bangkang gila2 tak kasi kristian guna nama Allah...then sokong pula siap attached hujah Ketua Umum PKR...sekarang dah macam tak sokong pula....mana satu ni YB...jangan bagi orang keliru dengan pendirian YB

Abu Hud said...

Salam YB..ada yang meragui syarahan saya..mungkin terjemahan dalam bahasa tamil nesan ini boleh membantu :


dey tambi, betol-betol fikir kalo cakap..YB zul, apa dapat ini macam cerita?tambah benci, tambah marah, takdak tambah iman, takdak tambah bahagia..tambah huru hara..lu rasa bagus, lu rasa lawyer, bawak ini kes mahkamah juga, kasi sue depa guna allah tanpa lu punya suka..atau gua cadang lu buat patent ini kalimah..

harunn said...

Yb Zul

nampaknya dalam Pakatan rakyat ni , hanya Yb Zul , Ustaz Harun Din serta Hassa Ali saja yang mempertahankan kalimah Allah dari digunakan oleh puak kapir , saya tak paham kenapa pemimpin Islam dari pr lansung tak terbuka hati mereka

malah bos Yb Zul sendiri tak kisah , kami rakyat dah naik menyampah dengan Pas yang dah lari alligment dulu , kalau dulu nak perjuangkan Islam , sejak bersama pkr dan dap , semua hancur

dah tak ada lagi perjuangan Islam , dah tak ada lagi hudud ,

saya minta Pas kembali ke jalan asal

ada sorang dua pemimimpin pas seperti khalid dan nizar yang lebih kuah dari sudu , ini 2 orang bisa buat pas jadi rosak

saya sokong cara nasharudin dan haji hadi serta Hassan Ali , tapi kadang depa ni ikut sangat telunjuk anwar tu

DAKWAH YEOP said...

terima kasih YB Zul,,teruskan memberi pemahaman islam kepada golongan muslim dan non muslim khasnya ahli parlimen dan golongan ahli politik dan para peguam di malaysia. syukran kerana prihatin dengan isu2 agama di malaysia semoga Allah memberkati Tuan.

gangga awana said...

Sekadar peringatan kita bersama.

"Barangsiapa yang berkata pada saudaranya ‘hai kafir’ kata-kata itu akan kembali pada salah satu diantara keduanya. Jika tidak (artinya yang dituduh tidak demikian) maka kata itu kembali pada yang mengucapkan (yang menuduh)".

Bukhari dan Muslim

noneng said...

YB sudi YB sesuatu yang tak disangka dalam blog ini..saya terkejut dengan perdedahan berani yang amat perlu saya ketahui dan YB ketahui...carilah berkenaan DSAI dalam Youtube...

http://sejarahmelayu.blogspot.com/

mira0579 said...

Ramai betul penyokong UMNO tegar yang menyokong kenyataan Ustaz Haron Din berhubing isu 'Allah'.

Tapi kemana gerombolan UMNO/BN semua 'menikus' bila Ustaz Haron Din tidak diendahkan dan dicaci dalam dua isu yang dinyatakan dibawah ini?

Kenapa mereka tak sokong?

Senang ja...sebab UMNO/BN tak dapat sebarang 'nilai politik' dalam isu ini.

1) Mahathir 'hentam' Haron Din pasai 'air jampi'

BANYAK isu berkaitan dengan "ulama" yang telah dilambungkan untuk orang
politik smesy atau menghentam. Anataranya ialah "ULAMA dan AIR JAMPI" telah menjadi satu isu besar. Ia bermula dengan "lambungan" oleh Dr Mahathir yang mempertikaikan "kesahihan" Datuk Dr. Harun Din sebagai ulama dan pengubat menggunakan ayat A-Quran, dibacakan kepada air untuk pesakit.

Ramai tertarik dengan isu tersebut kerana Dr. Harun mempunyai ribuan
peminat, pesakit dan murid. Akhbar utama, beberapa penulis dan penceramah politik telah menggunakan isu tersebut untuk menyindir dan memperkecil
Harun Din sebagai pengubat, cara bomoh yang tidak sesuai dengan pengajaran Islam. Ia disebut cara yang tidak masuk akal, malahan semacam satu "penipuan"!

Begitulah sedikit kelebihan dan “authority” yang dikurniakan ALlah kepada Dato’ Haron Din sehingga ditohmah oleh Tun Dr Mahathir sebagai menjual air jampi pada suatu ketika dahulu tatkala timbul isu Mahathir menyindir Nabi Saw menyimpan janggut dan tidak bercukur kerana zaman itu tiada pisau cukur. Ustaz Haron Din juga pernah difitnah membela jin dan mendapat bekalan jin dari Mekah setiap kali beliau pergi umrah dan Haji.


2. Nizar dan Sultan ada tafsiran sendiri, biar rakyat tentukan kata Haron Din


Dato’ Dr Haron Din menasihatkan agar kemelut yang berlaku di Perak ini diselesaikan dengan cara paling baik iaitu mengembalikan kuasa kepada rakyat untuk membuat keputusan melalui pilihan raya seluruh negeri.

Timbalan Mursyidul Am PAS itu juga berpendapat, perselisihan tafsiran undang-undang di antara Sultan Perak, Raja Azlan Shah dan Menteri Besar Perak Dato’ Seri Nizar Jamaluddin merupakan proses biasa dalam amalam demokrasi, dan bukan kali pertama berlaku di Malaysia dan mana-mana negara di dunia.

“Nizar tidak meletakkan jawatan kerana dia memegang amanah rakyat, dia hendak kembalikan semula kepada rakyat. Itu tafsirannnya.Saya tidak nafikan Tuanku Sultan ada tafsirannya. Jadi jika ada perselisihan tafsiran undang-undang, maka saya tidak fikir itu boleh dinamakan sebagai derhaka.

“Ini sepatutnya diselesaikan dengan cara paling baik iaitu, kembalikan kepada rakyat. Biar rakyat yang menentukan. Atau kita berlapang dada dan bersabar sedikit, biar Mahkamah Tinggi memutuskan kesahihan pelantikan menteri besar kedua,” katanya dalam satu wawancara eksklusif dengan Harakah baru-baru ini.

Dalam pada itu beliau menegaskan Raja-raja Malaysia perlu dikekalkan pada takhta yang sedia ada dan rakyat diseru supaya bersatu dan mengekalkan kedudukan mereka.

Beliau antara ulama yang dekat dan rapat hubungannya dengan istana menjelaskan istilah ’sembah derhaka’ yang dimanipulasi oleh plebagai pihak khusunya media sedangkan ianya bukan satu bentuk tindakan derhaka yang sebenarnya.

Syamsul said...

Lepas ni mesti Khalid Samad (KS) dan sekutu nya setuju anak-anak boleh pilih agama apa yg nak dianuti selepas umur 21 tahun..

lepas ni mesti kafir akan perjuangkan bahawa dalam MyKAD tak boleh letak agama yg dianuti dan mesti YB KS sokong (nak jadi mcm indonesia)

Lepas ni YB KS mesti sokong ceramah kristian dan agama lain dapat di siarkan di TV..

Lepas ni YB KS mesti melayan tuntutan dibenarkan GEREJA di bina tanpa dikawal..

Selepas ni YB KS mesti bersetuju dan sama-sama memperjuangkan agar AJARAN KRISTIAN dapat diajar di semua SEKOLAH di MALAYSIA..

Tahukah YB KS di SABAH kebanyakan TADIKA adalah TADIKA KRISTIAN dimana diawal waktu persekolahan diajar mcm PADERI Kristian ajar..

YB KS TAHNIAH.. memang senang nak menghentam KERAJAAN tetapi ingat walaupun KERAJAAN sekrang KEJAM terutamanya masa ZAMAN MAHATHIR tetapi KERJAAAN yg DIPERINTAH ORG ISLAM tak pernah berani untuk MEMPERDAGANGKAN AGAMA ISLAM seperti mana pemimpin dari PARTI ISLAM itu sendiri.

Adakah YB KS mahu tanggung jika ada anak muda Islam yang sesat hanya kerana kalimah ALLAH yg telah diputar belitkan oleh KAFIR??


Wahai semua saudara ISLAM ku.. pilihanraya akan datang jikalau PAS masih letak Khalid Samad sebagai calon pilihanraya maka jgn UNDI dia..

Walaupun setinggi mana wahai YB engkau tolong rakyat tetapi AKIDAH umat ISLAM tidak dapat ko jaga maka berambus lah!!

Setinggi mana KEMARAHAN kami kepada PERASUAH tetapi TINGGI lagi MARAH kami kepada PEMIMPIN YG MENYESATKAN UMAT..

Ampun Tuanku said...

anak banjar:

Dizaman nabi saw kaum nasrani mengguna kalimah Allah dan mengakui allah adalah triniy.Nabi saw menolak dakwaan kaum nasrani dan mengajak kaum nasrani agar bermubahalah. kaum nasrani enggan.adakah selepas itu nabi mengharamkan dan pancung kepala nasrani yang beriktikad allah adalah trinity?.

Jelas sekali Allah diguna pakai oleh penganut nasrani dan yahudi sejak sekian lama sebab asal usul nasrani dan yahudi berpunca dari agama islam yang satu.

saya menyokong kristian guna kalimah allah dengan syarat hendaklah mereka mengesakan allah.adakah jika demikian maka saya kufur?

sokong dan tidak sokong masing masing ada hujah.yang mampu menghalang dan membenarkan terletak ditangan Penguasa.

sekian terima kasih.

harunn said...

Yb Zul ,

Boleh komen tak apa yang bos yb melalut ni

Usah pertikai kalimah Allah

KUANTAN - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa kontroversi kalimah Allah sengaja ditimbulkan oleh UMNO untuk menunjukkan bahawa parti itu adalah pejuang Islam yang sebenar.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, UMNO juga menjadikan isu berkenaan untuk menggugat kepercayaan rakyat kepada parti pembangkang yang kononnya gagal menangani kontroversi tersebut.

Menurutnya, penggunaan kalimah Allah sudah diguna beribu tahun lalu oleh penganut Kristian di Mesir malah tiada sebarang masalah timbul berhubung perkara tersebut.

“Saya merujuk kepada ulama Islam dunia iaitu Sheikh Yusuf Al-Qaradawi mengenai perkara tersebut dan beliau sen:diri menyatakan bahawa kalimah Allah tidak salah digunakan oleh orang buk:an Islam. Saya menganggap ia adalah isu yang sengaja direka oleh UMNO untuk menghangatkan suasana politik negara," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penutup Konvensyen PKR Negeri Pahang di sini, semalam.

Turut hadir Pengerusi PKR Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman, bekas Menteri Kesihatan, Datuk Chua Jui Meng dan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution.

Anwar yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) berkata, isu kalimah Allah juga terlalu banyak digembar-gemburkan oleh media sehingga menimbulkan kemarahan orang Melayu.

Katanya, UMNO menganggap PR sudah longgar sehingga sanggup menggadaikan kalimah Allah kepada orang bukan Islam.

“Mereka boleh mengatakan apa sahaja malah boleh menyebarkan pelbagai isu untuk menutup kesilapan mereka.

“Yang penting, PKR mempunyai pandangan tersendiri dan melihat perkara ini selesai serta tidak perlu dikontroversikan,” katanya.

Pada konvensyen tersebut, Anwar menegaskan bahawa PKR meletakkan usaha yang komited untuk menawan Putrajaya pada 2011.

“Kita sedang beru:saha ke :arah itu malah setiap cabang akan melaksanakan tanggungjawab masing-masing untuk mendekati masyarakat termasuk golongan muda dan wanita,” katanya.

Konvensyen yang diadakan di negeri ini adalah konvensyen terakhir yang mengakhiri siri jelajah PKR ke setiap negeri bagi menyatakan pendirian dan kesetiaan terhadap perjuangan parti.

Pemuda Kampung said...

salam Yb, saya ada satu pertanyaaan, mengapa dan kenapa pandangan, YB dan kenyataan parti keadilan mengenai isu penggunaaan kaliman ALLAH berbeza. Pihak Yb membantah, sedangkan pihak Parti Keadilan Rakyat(PKR), tidak mempunyai msalah tentang penggunaan perkataan ALLAH oleh orng bukan islam....adakah PKR tidak menjaga perasaan org2 melayu di negara ini....adakah PKR tak memikirkan implikasi terhadap orng melayu terutamanya kanak dan remaja melayu sekiranya membenarkan perkara ini terjadi....Boleh yb bg penjelasan...untuk meyakinkan kami....terima kasih yb.... saya sentiasa di belakang Yb...

Pak Tam said...

Salam YB Zul,
Saya kagum dengan pendirian YB Zul barkaitan dengan kalimah Allah. Tapi kenapa pulak pendirian parti PAS dan PKR agak bertentangan dengan pendirian YB Zul, Dato Harun Din dan YB Taib Azamudin? Mengapa boleh berlaku? Isu ini menyebabkan umat Islam jadi bingong dek kerana pemimpin2 Islam yang tidak bersepndapat. Wallahualam

PEMIKIR said...

Pak Tam,

Perbezaan mazhab jer tapi tetap ISLAM..

ariff55 said...

Ahli Parlimen merupakan penggubal undang-undang di parlimen.

Kes Herald the catholic weekly ni telah meletakkan aqidah ahli sunnah wal jamaah dirobek oleh hak perlembagaan gereja katolik dan meletakkan raja-raja,majlis agama islam negeri, rakyat malaysia samarata, islam sebagai agama rasmi telah mula dicabar