25 January 2010

PROFESSOR SYED NAQUIB AL ATTAS

Salam 2 all.

Saya melihat dalam isu penyalahgunaan kalimah ALLAH oleh segelintir Kristian di Malaysia ini, ulama'-ulama' dan 'ilmuan-'ilmuan tempatan yang jelas non-partisan memberikan pandangan yang jelas tidak bersetuju dengan penyalahgunaan kalimah ALLAH tersebut.

Yang tersohor diantara mereka adalah Sahibul Fadilah Professor Dato' Dr. Kamal Hassan, Sahibul Fadhilah Datuk Dr. Siddiq Fadhil, Sahibul Fadhilah Dato' Dr. Harun Din, Professor Datuk Dr. Shad Faruqi, pakar perbandingan antara agama Professor Dr. Kamar Oniah dan ramai lagi.

Paling terbaru ialah Professor Dr. Syed Muhammad Naquib Al Attas, bekas Pengerusi ISTAC dan seorang 'ulama yang sangat dihormati dan disegani bukan sahaja di nusantara, malahan seluruh dunia Islam.

Beliau memberi pendapat yang tegas-iaitu dalam negara Malaysia ini kita tidak boleh membenarkan selain mereka yang mentauhidkan ALLAH Maha Esa mengguna pakai kalimah ALLAH ini.

Saya perturunkan dibawah ceramah yang disampaikan oleh Dr. Syed Naquib dalam isu ini. Ceramah ini telah dipadankan dalam bentuk transkrip, jadi ada ditempat-tempat tertentu kelihatan agak janggal. Namun secara keseluruhannya mesej beliau jelas (dalam Bahasa Inggeris).

Saya berdoa semoga kita semua mendapat menafaat daripada ceramah beliau ini.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Ahad
09 Safar 1431
24 Januari 2010

#########################
(Petikan ceramah Professor Syed Muhammad Naquib Al-Attas)

Question: The using of kalimah “Allah” by other people in this country?".

Answers by Prof. Syed Muhammad Naquib Al-Attas:

Well I have been talking about this long time ago. I remember about this in ISTAC, when we first established ourselves (late 80’s and early 90’s), I think the Arcbishop of Penang was asking this question. And I have answered that.

And then we had a meeting with the Archbishop of Kuala Lumpur and about all the representatives of Christianity, including the ministers, we had a meeting at ISTAC.

And I said, “Why you want to use the word ‘Allah’ for yourself?”

They said “we are going to pray in Bahasa Malaysia".

That’s the way they put it. So my answers to them, “Why you have to change praying into Bahasa Malaysia. You have been praying in English all the time. Why suddenly change into Bahasa Malaysia?”

Ok, so they said they want to change so that it is more patriotic. Then in that case I’m saying that “why don’t you use Tuhan while praying in Bahasa Malaysia? Because you are talking about God isn’t it?…God is not just a name…”Allah” is a name of this Being whom you called God… and in fact a Being whom even higher than what you called to be God”

And then I said, “ …and “Allah” is not from Bahasa Malaysia. It is not a national language. It belongs to the language of Muslim all over the world. Therefore your argument using this for the word “Allah” does not fit into your idea of God. Because “Allah” does not have a son, It is not one of three (Trinity), that is why out of respect to Allah we can’t allow you to use this.“

But when we Muslim, when we write in English we say God, or when we talk to people we say God but we mean “Allah”…but they cannot say when they speak about God it means “Allah” as they don’t mean it.

So in this particular respect, we have to be clear about this, not was-was (hesitate)...whomever responsible in our governing, they have to be clear about this and to explain to others.
We agree you want to use God, then use Tuhan as we also use that…but we understand in the Malay language that Tuhan is not a translation of Allah..that is why we say “tiada Tuhan melainkan Allah” not “tiada Tuhan melainkan Tuhan”. We don’t say “there is not God but God”..at least the ulama’ among the Muslim Malays, we understand what is the meaning of that (word “Allah”).

So “Allah” cannot be translated as no language has translated Allah. The Arabs themselves they only use that after Islam..although the word existed (before)..the Christians Arab they also did not use Allah (in theological, epistemological and ontological sense in the same manner as the Muslim)..if they say that it is just a language..they are talking about language..because they say “Allah” like the Muslim when they (melatah)…

So it appears they want to do that in order to confuse the Muslim into thinking that all is the same..that is why I say one of the problems about religion is the nature of God..about who Allah is..that is why in Arkanul Iman (The Pillars of Faith), the first thing is “amana billah”.

“Who is this Allah?” and that need to be explain at higher institution in a proper way.

So we have answer the question. It is not proper to allow them using this, since they asking us and there is no point bringing this to court since this is not a matter of court to decide it whether they have the freedom to use it or not. It is up to the Muslims.

But then if they used it and said “in Indonesia they have use it, why can’t we?”…but it is because of the Muslims..if Muslims don’t care they will go on and use it..and in Indonesia they are using not only that, other things they even call it “choir” as “selawat”. Choir is not a “selawat”, as “selawat” is for Prophet..it’s not singing hymn.

And they also talk about..in Indonesia they are also confuse..Muslims..that is why this thing happen. Sometimes the language when you come across English words like “Prophet of Doom” in Indonesia they said “Nabi celaka”. How can there be “Nabi celaka”? What is meant by the “Prophet of Doom” is…even the word Prophet in English does not mean “Nabi” only…it means “yang meramalkan malapetaka”..that what it means…so the “Prophet of Doom” means “yang meramalkan malapetaka”, not “Nabi celaka”.

They (the Muslims in Indonesia) seem not to bother about this. What we can say is that ultimately well they say “God is not Allah”...well if you want to use the word God, we are saying we also use the word God, we refer to Allah as we know and we are not saying that your God ultimately will not refer to Allah. You can’t run away from Allah. You can only escape Him and so in the Qur’an (surah An-Naas) says: “Qul aAAoothu birabbi annas, Maliki annas, Ilahi annas”. He (Allah) is saying “ I am the real Ilah (God) of naas (mankind)”, although mankind (non-Muslim) does not interpret it that way.

(The End)

48 comments:

luv_ima said...

salam saudara zul, sikap saudara tidak berkompromi dalam hal2 ehwal agama amat jarang ada dalam diri ahli politik di Malaysia baik pembangkang atau kerajaan. Alhamdulillah Allah telah memilih saudara untuk menjadi contoh kepada saya dan kepada semua umat islam di malaysia....hidup dan mati kita hanyalah untuk islam.

Bengkang said...

Tiada fitnah,tiada hasutan,tiada isu perkauman dan tiada bahas kesat.
CUMA MAUKAN ADA LETAK JAWATAN SEBAGAI AHLI PARLIMEN KULIM,MALU SAYA DENGAN ADANYA MP DI TEMPAT TINGGAL SAYA.
BALIK KAMPUNG ATAU SERTAI UMNO UTK PERJUANGAN ANDA!

Abi Qalam said...

Salam,

Semoga Allah memberi kekuatan kepada YB. Ada orang islam yang terlalu sekular sampaikan neraca pertimbangan hanya berdasarkan PARTI.. bukan kepentingan agama..

Inilah perjuangan kita untuk kemurnian aqidah anak cucu kita..

noneng said...

YB yang di hormati...saya kagum dengan pendirian YB...nampaknya pendirian YB tidak sehaluan juga dengan boss YB..apabila DSAI mengatakan YB telah menlampaui batas...pabila YB membuat laporan Polis tentang YB Khalid Samad..adakah YB masih setia dengan gabungan parti YB...fikirlah yang terbaik demi agama Islam yang mulia ini..janganlah kerana ingin kuasa sanggup jual agama/bangsa

Cawangan Bandar Baru Salak Tinggi said...

Salam YB.. suatu ketika dulu saya kagum dgn semangat & perjuangan YB. Saya tak pasti apa tujuan YB buat laporan polis terhadapYB Khalid Samad kerana perkara ini boleh diselesaikan & diperjelaskan dalam program2/mesyuarat dalaman. Saban minggu saya lihat YB di Masjid Jame' & jgn sampai saya & kawan2 naik meluat dgn YB. Gunakanlah kebijaksanaan dalam bertindak melainkan YB tak kisah PR tersungkur pada PRU13 nanti.

aimanjelutong said...

YB ZUL, saya sokong pendirian YB.. Jgn Sebab nakkan undi cina dan hindu, perkara yang berkaitan dengan agama Islam kita abaikan..
YB Zul antara orang yang saya respek.. Agama dulu baru politik... Sekiranya YB ZUL disingkirkan dari PKR, jgnlah sertai UMNO, jadilah pendakwah BEBAS seperti mana dulu. Bercakap benar walaupun ia pahit.Memang tidak salah sekiranya agama kristian guna nama ALLAH, tapi sanggupkah kita lihat nama ALLAH dihina dan diletakkan setaraf dengan agama lain yang telah diubah suai. Bila suatu hari nanti di Shah Alam ada geraja dinamakan rumah ALLAH, saya harap YB Khalid Samad boleh pergi solat jumaat dalam tu.. YB ZUL tahniah atas keberanianmu

Jonsen said...

Salam,

Pada pendapat saya, tindakan YB membuat laporan polis terhadap YB Khalid Samad adalah keterlaluan. Dari segi sikap serta prinsip Islam, saya tidak nampak dimana kesalahan YB Khalid Samad di dalam isu penggunaan nama Allah. Ini adalah disebabkan semua ulama bersetuju tidak ada satu nas Al-Quran atau hadith yang mengharamkannya untuk mereka yang terdiri dari golongan agama samawi. Cuma yang menjadi perdebatan sekarang ialah dikalangan ulama' sahaja. Maknanya tidak ada nas qat'ie, yang muktamad dalam hal ini. Pendirian YB yang beranggapan pendirian muktamad adalah tidak bertepatan dengan semangat bermusyawarah.. Bahkan ketika muzakarah bersama ilmuan islam di rumah DSAI, YB langsung x bersuara diketika mana YB Khalid Samad mempertahankan hujahnya. Hujah perlu dipatahkan dengan hujah. Bukan dgn police report. Bayangkan bagaimana sekiranya YB diundang untuk berdebat mempertahankan Islam dengan agama2 lain? Saya lebih yakin YB Khalid Samad mampu melakukannya berbanding YB sebab telah terbukti YB Khalid Samad mempunyai hujah yang kukuh untuk memperkatakannya...

Saya terlalu kecewa dengan pendirian YB ini.

mohdfitriidris said...

tahniah yb,teruskan berjuang.jgn berundur walau selangkah.dan kepada muslim yg masih pertikai kenapa yb tetap dalam pkr,jawapannya mudah.walau dalam parti mana pun kita berada,islam mesti diutamakan.kepada yg masih cintakan pakatan rakyat,ingin dijelaskan disini apa gunanya pakatan rakyat jika maruah islam tidak mampu dipertahankan???lebih hina yb2 pas yg kononnya cintakan islam,tetapi bisu bila islam diserang.
teruskan perjuangan utk agama tercinta....

Ampun Tuanku said...

ustaz. tindakan ustaz kumpul pendapat ulama tersohor tersohor dalam negara dan luar negara berkaitan tidak boleh guna kalimag Allah adalah kerja yang baik. Namun demikian ada atau tidak ulama dari dalam atau luar negara yang mengharuskan penggunaan kalimah Allah???.Perselisihan pendapat diharuskan namun demikian tindakan menyerang golongan yang tidak sependapat dengan ustaz secara berterusan adalah tidak manis.ada baik ustaz lihat kebelakang dan mendalami adab adab ketika berfatwa.raikanlah pendapat selagi tidak menggugat akidah.

Ampun Tuanku said...

1. Al-Quran menegaskan bahawa manusia yang bukan Muslim/musyrik samada penyembah berhala ataupun orang-orang Yahudi dan Nasrani mengakui ALLAH adalah Pencipta, Pemilik, Pemelihara, Pengatur alam.
2. Orang Muslim (Mukmin) wajib mengimani bahawa ALLAH adalah Tuhan (Rabb) bagi seluruh alam dan Dia juga ALLAH bagi seluruh manusia.
3. Adalah menjadi kesalahan dan bercanggah dengan ajaran Islam sekiranya orang Muslim mendakwa/berkata/mempercayai bahawa ALLAH hanya Tuhan bagi orang Islam sahaja.
4. Mempercayai ALLAH sebagai Tuhan (Rabb) seluruh alam, belum bererti menjadi Muslim/Mukmin.
5. Menurut aqidah Islam, seseorang yang mengakui ALLAH sebagai Tuhan/Rabb Pencipta, Pemilik, Pemelihara, Pengatur alam; wajiblah mengimani bahawa ALLAH sahaja (yang Esa) ILAH yang wajib diibadati (“disembah” dalam Bahasa Melayu yang kurang tepat).
6. Orang-orang musyrik termasuk Kristian dan Yahudi menyebut nama ALLAH dalam konteks kepercayaan mereka yang sesat atau bercanggah dengan aqidah tauhid.
7. ALLAH mengutuk perbuatan mensekutukanNya dan memberi ancaman siksaan yang keras di hari Akhirat.
8. Namun ancaman keras ALLAH terhadap golongan yang memesongkan kepercayaan aqidah tauhid itu tidak pula bererti bahawa umat Islam boleh melakukan paksaan atau kekerasan terhadap mereka kerana Islam agama dakwah, bukan agama paksaan, apalagi kekerasan.
9. Hampir setiap kali kalimah ALLAH yang dipesongkan oleh golongan sesat itu, diiringi dengan penegasan dan penjelasan bahawa ALLAH Tuhan Yang Maha Esa (dari segi uluhiyah/ubudiyah).

fisabilillah said...

sy merasakan pendirian yb dlm isu penggunaan perkataan Allah ini, tidak perlu dipertikaikan kerana sumber rujukan yb juga adalah, ulamak2 yg uktabar ilmunya... namun begitu, yb harus ingt, ulamak2 yg muktabar yg lain plak ada yg mengharuskan penggunaan perkataan Allah. contohnya, ketua persatuan ulamak dunia, dr yussuf qardawi, tok gru nik aziz n tok guru hadi. ape yg sy tdk puas hati, adalah, tindakan yb yg pergi buat laporan polis. sprti kata yb khalid, knp yb hanya buat laporan terhadp yb khalid shj sdgkan, pndgn yb khalid adlh selari dgn ulamak yg muktabar juga. tindakan yb, mmg kurang bijak dlm hal ni. ini kerana, byk akibatnya terhadap pakatan rakyat. kalaupun yb tdk berpendirian seperti skrg, eloklah yb bersemuka dgn golongan yg tdk sebulu dgn pendirian yb secara gentleman. bknnya pergi buat laporan polis. yb harus tahu, isu ni masih lg dlm perbincangan ilmiah. so jgn la buat tindakan melulu.

abuuwais said...

Salam
Lawan tetap lawan.
No kompromi di dalam bab Agama
Mabruk YB....
Biar tidak diredhoi oleh seluruh manusia asalkan Allah SWT meredhoi KITA adalah lebih bermakna dari dunia dan seluruh isinya.
Takbirrr!!!

ameenya said...

Semalam, saya menghadiri ceramah maghrib disalah satu masjid di Shah Alam, penceramah (beliau selalu masuk TV) pun bersependapat dengan YB didalam isu ini.

a kl citizen said...

assalammualaikum yb

entri ini memperjelaskan perkara yang memang sudah terang.
apa pun, semoga Allah memberi kekuatan kepada pihak yang sentiasa cuba berada di jalan yang benar

noneng said...

Sedarkan mereka...YB yang dikasihi...teruskan perjuangan YB...sedikit pengetahuan dikongsi..

Kezaliman yang paling besar dan lebih besar dari maksiat berzina, berjudi, riba, minum arak, dan mencuri, adalah kezaliman yang bernama Syirik. Iaitu mereka yang menyekutukan Allah dan juga bagi mereka yang menbenarkan pengunaan kalimah Allah... Mensyirikkan Allah dalam ber-Aqidah dan beribadah. Ia merupakan sempadannya umat Islam di antara kafir dengan muslim. Di antara kufur dengan iman.

Sedarlah...wahai pembaca dan pengikut PR..

“Sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar.” (Surah Luqman, 31: 13)

“Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu dan kepada (nabi-nabi) yang sebelummu. “Jika kamu mempersekutukan (Tuhan), niscaya akan hapuslah amalmu dan tentulah kamu termasuk orang-orang yang rugi”.” (Surah az-Zumar, 39: 65)

Tidak hairanlah selepas ini jika kejayaan memihak kepada mereka(kafir) yang kehendakkan menggunakan kalimah Allah, gejala murtad akan berleluasa sekiranya gejala penyimpangan aqidah berlaku dengan teruknya dari kalangan umat Islam dinegara ini apabila kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam....kesedihan yang amat sangat apabila setengah manusia yang mengaku sebagai ustaz ,ulama, ahli2 politik beragama Islam dan juga parti yang berlabel Islam pula yang mengizinkan...hanya kerana kuasa dan demi 1 undi...

Mr said...

Moga dgn tindakan disiplin yg dikenakan terhadap anda dpt muhasabah diri.

cabar mencabar, ugut-mengungut adalah kebudakan n kehingusan mencari pengaruh dan kuasa. amat memalukan.

pengunjung blog fanatik anda jg tidak matang dan suka mencari gaduh. Memalukan.

Sebelum tidur, ketuk hati tanya. adakah perjuangan anda ini tulus kerana Allah atau sebaliknya.

jebat said...

14 Tuntutan IFC
Nama penuhnya adalah Interfaith Council. Sebelum ini dikenali sebagai Inter Religious Council. IFC didalangi beberapa pemimpin Pakatan Rakyat antaranya adalah Sivarasa a/l Rasiah ( Naib Presiden PKR ), Tian Chua ( Ketua Penerangan PKR ), Ronnie Liu ( Setiausaha Hal Ehwal Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan DAP Pusat ), Elizabert Wong Keat Peng ( Ketua Penerangan Wanita PKR ). Berikut merupakan 14 tuntutan IFC:-

i. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa orang Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.
ii. Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk agama Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali kepada agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.

iii. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh Mahkamah Syariah tetapi dikendalikan oleh Mahkamah Sivil.

iv. Tidak perlu dicatatkan didalm kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.

v. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menagnut agama Islam sekiranya ingin berkahwin dengan ornag Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.

vi. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk agama Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak.

vii. Orang-orang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seseorang yang memeluk Islam hendaklah diberi hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.

viii. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadah orang bukan Islam sebagimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.

ix. Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.

x. Bible dalam bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.

xi. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agam itu hendaklah diajar disemua sekolah.

xii. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahas ibunda masing-masing.

xiii. Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.

xiv. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.

ESA ABD SAMAD said...

Salam. Tahniah kpd YB yang berprinsip, mengutamakan prinsip Islam berbanding kepartian. Sy tahu ramai yg melenting..org PAS mahupun PKR. Biarkan tuan...insyallah jika perjuangan kita berpaksi KEBENARAN dan LILLAHITAALA, Allah itu ada dan akan melindungi kita.

Johan 23.01.84 said...

bila nk lompat masuk umno,Zul? berambus jela,jgn meracau n buat jacau!

Wayzinger said...

ada baiknya YB masuk UMNO, hidup UMNO!!!

harunn said...

kepada johan

sungguh kurang ajar ko ni

ini la zaman budak2 sekarang , sokong pemimpin cara mebabi buta

yang berjuang untuk Islam di kecam dan dihina manakala yang berjuang untuk pangkat dan glamour diangkat dan disanjung

harunn said...

Yb Zul

Saya nampak ramai penyokong pakatan mengelupur apabila Yb report polis , ramai yang masih mentah dalam berjuang untuk Islam

kalau kita tengok dalam Pas , maaf la , dah tak ada lagi berjuang untuk Islam , semua ikut apa kata anwar tu

komunis pun dia kata baguih

yang penyokong mentah pun ikut la kata baguih kat komunis tu

J. Sattar said...

Salam

Tanhniah pada Yb.Zul diatas ketegasan dalam menpertahan kan islam.Saya rasa bangga kerana mengundi saudara pada piliharaya yang lepas di kawasan kulim bandar baharu.Di harapkan saudara tabah dalam menghadapi apa jua cabaran yang munkin akan dihadapi samaada di dalam parti atau di luar parti.semoga usaha anda untuk terus menpertahan kan islam di berikan ganjaran oleh allah s.w.t.wsm

pak mat/cik ina said...

Pelbagai komen kita baca tetapi pernahkah kita fikir siapa kita untuk katakan saper yang benar sapa yang salah.Kita menyokong ulama untuk dijadikan umarak supaya dgn ilmunya kita selamat dunia dan akhirat.Kita harap apa yang betul itu diredhai Allah dan yang salah itu moga2 diampunkan-NYA.Orang awam seperti kita ini amal dan ibadatnya tidak seberapa berbanding dgn tok guru2 yang ada,tetapi kita komen pendapat orang seperti kita tahu segala2nya.Marilah kita berbincang dengan berhikmah.Ingatlah satu yang baik yang kita tinggalkan di dunia ini akan menjadi pahala selagi ada yang menggunakannya tetapi apa yg buruk yg kita tinggalkan akan menjadi dosa selagi ada org lain menggunakannya.Maka saya harap semoga segala komen yg kita hantar hendaklah di tulis dgn iman sebagai Islam.Amin.

Azmi said...

Tahniah YB atas pendirian anda. Islam dulu baru politik. Kita hendaklah mengislamkan politik bukan mempolitikan islam. Salah besar tu. Bagi sesiapa yg tak setuju dengan pandangan YB dan tindaktanduk YB ingin saya bertanya bukankah anda semua memperjuangkan hak bersuara, maka apa salah YB Zul bersuara dalam hal ini?

nazati1 said...

Assalamualaikum wbt....saudara.

Saya memahami situasi saudara skrg...saudara berada di persimpangan....

antara politik dan agama, diantara sahabat dan perjuangan. Saudaraku..janganlah takut atau gentar..kerana saudara dipihak yang benar.

Saudaraku...saya percaya jika PAS berada diluar PR dan masih memperjuangkan prinsip perjuangan terdahulu pastinya saudara sudah mencongak2 untuk menyertainya tapi apakan daya..PAS terus lesu dihanyutkan keghairahan berpolitik. UMNO..pastinya bukan pilihan saudara.."rotten to the core" bak kata sorang sahabat TDM. PKR...parti saudara skrg..apakah bezanya dgn UMNO? hanya melaung2kan slogan keadilan dan sentimen rakyat sdgkan akar umbinya adalah bekas ahli2 UMNO yg dahagakan kuasa & wang?? dibahagian cabang pun bergaduh hanya kerana kuasa walaupun berada di pihak yg sama?

Saudaraku...jika itulah masalah saudara itu jugalah masalah saya disini. tiada parti yg releven lagi..jadi saya menjauhkan diri dari mereka2 ini dan tetap berjuang atas prinsip2 saya sendiri. Jika saudara dinyah dari PKR jgn lah berhenti..teruskan berjuang walaupun tanpa naungan yg rimbun masih ada saudara2 mu yg akan bergandingan tangan membina benteng utuh dalam menongkah arus demi mencari yg hakiki...teruskan berjuang saudaraku..

Aie said...

Salam untuk semua

Maka disini lah ujian yang perlu di hadapi oleh umat melayu islam. memilih sesuatu yang masih kurang pasti atau belum diputuskan. Umat melayu Islam yang dah memang berpecah ini makin berpecah lagi dan lagi dan lagi. Entah sampai bila penghujungnya.
Tapi yang pasti, Musuh-musuh umat melayu islam ini akan ketawa dan ketawa lagi. Tak perlu keluar darah, tak perlu keluar duit, tak perlu apa-apa pun. tunggu dan lihat aje.
Alangkah mulia dan moleh seandainya majlis-majlis debat yang penuh dengan hujah-hujah yang benas di pertontonkan supaya akal yang ada ini dapat menilai, mencongak dan membuat keputusan yang disepakati.

Wallahualam

pst: "Bagi kamu agama kamu, bagi kami agama kami "

qutbudeen said...

Salam YB, isu nama Allah akhirnya yang berpecah adalah kalangan kita. Pandangan saya selari dengan YB kerana persoalan motif penggunaan perkataan Allah itu belum terjawab dan secara logiknya lain tidak ada selain memesong akidah kita jua. Cuma sedikit kegusaran apabila laporan polis terhadap YB Khalid dan rentetan isu ini pelbagai cakap-cakap kedengaran. Terasa agak sedih kerana sesekali teringat peritnya bersama gerakan reformasi dahulu, sambutan hari lahir DSAI dan berbuka puasa di perkarangan HKL kini dilupakan. Mereka yang dahulu lari dari perjuangan kini menjadi tokoh utama pembaharuan, kita yang bersesama dahulu ditembak gas pemedih mata pula nak diambil tindakan. Lupakah kita? Kembalikan hak bersuara.

chemomoi said...

Izin Bukan Bererti Redha

Disiarkan pada Jan 24, 2010 dalam kategori Akidah

Oleh: Dr. Mohd Asri Zainul Abidin



Saya tidak suka terlalu berfalsafah dalam bicara. Tujuan ucapan dan ungkapan adalah untuk difahami oleh pendengar atau pembaca, bukan agar mereka bertambah pening. Pun begitu ada juga beberapa istilah yang perlu diperbetulkan, bukan kerana ingin berfalsafah tetapi kerana ia penting untuk difahami untuk mengelakkan salahfaham antara kaum muslimin.



Antara perkara yang penting untuk dibezakan ialah ungkapan ‘izin’ dan ‘redha’. Kedua-dua perkataan ini berasal dari bahasa Arab. Apa yang kita izinkan bukan semestinya kita redha. Juga apa yang kita redha bukan semestinya kita izinkan. Juga mungkin apa yang kita izinkan itu kita redha, atau sebaliknya juga mungkin apa yang kita redha maka kita izinkan. Mengizinkan bermaksud membolehkan sesuatu itu berlaku (lihat: al-Kafawi, al-Kulliyyat, 72, Beirut: Muassasah al-Risalah). Sementara redha bermaksud suka atau kasih kepada sesuatu. Disebut al-Mahabbah wa al-Ridha atau cinta dan redha (ibid 76).



Kita mungkin memberikan kebenaran atau memboleh sesuatu yang di bawah penguasaan kita berlaku dalam keadaan redha ataupun tidak redha. Apa yang kita izinkan bukanlah semestinya kita redha atau suka. Umpamanya jika seseorang pemerintah muslim mengizinkan bukan muslim membina rumah ibadah mereka, bukanlah semestinya bererti pemerintah tersebut meredhai kekufuran atau penyembahan selain daripada Allah.



Demikian juga apabila pemerintah tertentu mengizinkan mereka melakukan perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam seperti minum arak atau berjudi dalam premis mereka, bukanlah bererti pemerintah tersebut telah menghalalkan arak atau judi. Keizinan itu diberikan disebabkan kerana hak-hak mereka sebagai bukan muslim dalam mengamalkan agama dan cara hidup mereka.



Pemerintah mengatur urusan rakyat dengan adil dan saksama. Keizinan atau kelulusan yang diberikan oleh pemerintah bukan menunjukkan akidahnya telah rosak atau dia telah menghalalkan yang haram. Melainkanlah jika perasaan dia itu memang redha atau dia sendiri melakukan perkara-perkara yang menunjukkan dia redha. Ketika itu barulah datang penilaian di sudut akidah.



Apa yang ingin dijelaskan bukan semestinya setiap yang diizinkan itu diredhai oleh seseorang. Saya misalkan, seorang anak yang mendesak ayahnya memberikannya kunci kereta kerana ingin keluar bersama dengan rakan-rakannya. Si ayah enggan memberi kerana bimbang anaknya tidak tahu mengawal diri apabila keluar bersama rakan.



Namun si anak terus mendesak dan bertegang dengan ayahnya sehingga menyebabkan si ayah akhirnya memberikan kunci kepada si anak. Anak ini pun keluar berjumpa dengan rakan-rakannya sambil berkata: “ayahku izinkan aku pakai keretanya malam ini”. Sementara si ayah apabila ditanya berkata: “memang saya izinkan tapi saya tidak redha, sebab dia mendesak dan saya malas bising-bising”.



Keadaan ini menggambarkan bagaimana kadang-kala keizinan diberikan tanpa keredhaan atau kerelaan. Betapa ramai wanita zaman tahu yang mengizinkan bapa mereka mengahwinkan mereka, sedangkan jantung hati mereka tidak redha.



Di samping ada keadaan di mana kita izinkan sesuatu dengan penuh redha. Juga ada keadaan di mana kita meredhai sesuatu tetapi tidak dapat mengizinkannya. Kita tidak izinkan mungkin disebabkan faktor-faktor tertentu.

matdeboq said...

Salam...,

Saya berpendapat deme-deme kat PKR tu tak akan sampai mengambil tindakan memecat YB. Setakat Warning gitu2 tu... mungkin le!!


Di dalam Klip Video 4 Siri di Blog Mahaguru58..YB menyatakan dengan jelas pendirian serta asas-asas penyataan yang YB ambil. Hujah2 yang di nyatakan oleh YB memang ada kebenaran nya bila membabit kan isu kalimah "ALLAH" ini !!


Golongan seperti IFC harus disekat akan agenda halus dan nyata mereka. YB berada di kelompok yang mana kata dan tindakan YB boleh menyentak sedar kepada golongan yang sepatut nya. Baik di pihak yang memerintah atau golongan sasar yang lain.


Teruskan perjuangan serta usaha murni YB mempertahankan lagi mempertabatkan syiar Dauliah Islam .Agama yang Maha Agung ini di negara yang tercita ini. Alhamdulillah Syurkur.

Wassalam.

Ust Kama said...

Yb Zul...islam apa yang kau perjuangkan...tasawwur mana yang kau dendangkan...berbanding kau TG nik Aziz dan TG hj Hadi lebih lama berkecimpung dalam politik Islam...tapi tindakan mereka tidak sepertimu...kau baru bertatih dalam politik...rebah jatuh dalam pemikiran politik...aku melihat...naif sekali dalam memacu politik perjuangan...jauh sekali perjuangan islam...

mns2121 said...

Hanya jauhari mengenal manikam..

95% politikus di malaysia ada agenda peribadi dan ekonomi tersendiri mengatasi agenda agama, waimma dari parti yg beranggapan dari landasan agama sekalipun.

Tapi YB kulim agak berbeza, barangkali termaktub dalam yg 5% lagi. Syabas dan teruskan perjuangan.

Dalam isu panas ini, yg terang lagi bersuluh sudah amat jelas, ramai tukang sorak yg bercakap seperti burung kakaktua tidak faham implikasi apa yg disuarakan.

Fakta yg amat terang ialah bangsa pendatang semakin kuat bersuara manakala bangsa melayu semakin hilang jatidiri, semuanya akibat bercakaran sesama sendiri.

Sungguh ramai melayu yg tak sedar diri...

ESA ABD SAMAD said...

Sy mendengar tafsiran surah Al-Baqarah ayat 183 oleh seorang ustaz, yang kemudian merangkaikannya dgn beberapa surah lain spt At Taubah dll...antara lain beliau menyatakan betapa kita tidak seharusnya mendokongi ulama-ulama/umara secara membabi buta spt dilakukan oleh org Israel/Yahudi terdahulu. Kita harus berpegang kpd prinsip, prinsip sebagai umat Islam ialah ISLAM DIDAHULUKAN, ALLAH DIUTAMAKAN, AKIDAH DIDAHULUKAN...baru soal parti, ideologi dll. Mcm pdpt Johan di atas...itu pdpt prejudis. Bkn semestinya membuat laporan polis terhadap rakan sePakatan Rakyat, mengkritik rakan PR, pemimpin PR ataupun membuat laporan rasuah ke atas PR itu bererti nk masuk UMNO. Itu pdgn sempit/prejudis. Khalifah Islam dulu sanggup menghukum kerabat sendiri spt dilakukan Saidina Umar ke atas anaknya. Saya minta YB Zulkifli usah mengalah dgn tekanan/paksaan mana-mana pihak. Berjuang ATAS NAMA ALLAH DAN ISLAM semata-mata...krn DIA telah berjanji sesiapa membantuNya, menegakkan agamaNya, akan memperoleh ganjaran. Ameeen!!

Miak Bujat said...

YB,

Saya amat menyokong tindakan YB. Kita kena pisahkan isu agama dari politik. Tapi kita kena terapkan agama ke dalam politik supaya politik jadi lebih elok dan mulia. Tapi mempergunakan agama untuk politik wajar dielakkan.

Isu agama adalah akidah kita dan keturunan kita. Saya amat takut satu hari nanti anak kita akan bertanya... kepada Allah yang mana satu kita nak berdoa ini ayah/mak?
Pada masa itu sudah terlewat untuk kita mencegahnya dari berlaku...

bigwinner said...

jangan menghalalkan yg haram dan mengharamkan yang halal


silalah masuk umno jika tidak sehaluan dengan pakatan rakyat dan terlalu fanatik dengan assobiah melayu


adioss

Tengku A said...

Assalamualaikum YB,

Benar kata YB.Bukan suatu yang pelik jika hari ini orang-orang Islam sendiri malu untuk menonjolkan bahawa itu penganut agama Islam.

Kita juga telah lihat bahawa sesetengah pemimpin juga malu untuk membangkitkan tentang perihal Islam kerana kononnya takut dilabel macam-macam oleh musuh-musuh Islam.

Tetapi tindakan YB adalah sangat mulia.YB tidak peduli akan apa yang akan dilemparkan kepada YB demi memelihara agama kita yang suci ini.

Semoga Allah subhanawataala melindungi YB.

Allahu Akbar!

zackdanial said...

Join UMno bro , what u waiting for ? takkan tak cukup million2 yang menanti kalau masuk umno ?

Al-Abid said...

Ini cuma cubaan kecil dari Allah bagi org seperti YB dlm perjuangan. Sememangnya walau pun mungkin tiada nas dan dalil mengenai hukum penggunaan perkataan 'Allah' oleh puak kafirun dan mungkin tidak salah juga dari segi bahasa, tetapi hakikat kelemahan aqidah umat Islam negara ini akibat pembobrokkan yang dilakukan oleh penjajah barat dan disinabungkan pula oleh anak didik mereka, UMNO dan sekutu-sekutu mereka sehingga ke hari ini tanpa ada tanda mereka akan mengubah pendirian, hampir pasti sahaja mendedahkan generasi umat Islam Malaysia kepada kekeliruan demi kekeliruan. Ianya adalah jelas mala-fide di pihak puak christian utk menggunakkan perkataan itu di Malaysia sepertimana yang dipertikaikan oleh Prof Syed Naquib. Saya ahli PAS Jln Enggang Keramat, dan akan terus bersama PAS walaupun ada kekhilafan dikalangan rakan ahli kerana kekhilafan itu perkara biasa dlm byk hal. Saya berharap YB akan terus bersama PR tak kira parti mana pun yang akan disertai. Dan JANGANlah pulak parti United Materialistic National Organisation (UMNO) menjadi option bagi YB. Allahu Akbar.

ABATASA said...

Berfikiran matang dan terbuka serta berani mengutarakan perkara benar adalah sesuatu yang asing pada masa kini.

Letakkan Allah di hadapan dalam semua perkara, tiada kompromi. Prinsip YB amat saya sanjung serta mengharap ramai lagi berani berjuang seperti saudara.

Kita tahu ada agenda dibelakang "isu" ini, YB berdiri teguhlah dalam mempertahankan kalimah "Allah" ini kerana ramai di belakang YB. Allah tidak akan sesiakan perjuangan saudara.

Bukan senang menongkah arus, tetapi percayalah bahawa kejayaan dan kejituan sesaorang pemimpin itu adalah kesengsaraan memperjuangkan kebenaran tambahan pula atas perinsip "kerana Allah".

Selamat berjuang bukan bermatlamat politik tetapi atas kedaulatan adDin.

Wassalam

Col Roseli said...

Salam to you,

Ternyata sdra bukanlah seorang ahli politik. Ahli politik mengamalkan sistem berparti dan mempunyai collective reponsibility.

Saya cadangkan sdra meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen Bandar Baru Kulim yang dimenangi atas tiket PKR supaya diadakan pilihanraya kecil dan sdra sebagai seorang yang berfikiran bebas bolehlah bertanding diatas tiket bebas dan tengoklah bagaimana nasib sdra.

Sebaiknya sdra duduk di surau atau di masjid. Saya rasa itu lebih baik bagi sdra dan lagi banyak dapat pahala. Bak kata Nabil: Lu fikir la sendiri ...

adyseptember said...

Saya sokong YB walau memdapat celaan & makian dari ahli2 PR.
saya rasa mereka(PR) sudah tak bleh nk berfikir antara Agama & Politik.
Dulu tak mcmni pun!! sekarang ramai yg anti Islam & melayu sudah berani bersuara.. suara yg minoriti tetapi besar kepala dgn kuasa politik PR.

manfrommachap said...

Dear YB Zul,

To defend Islam till the last drop of blood is noble indeed but in defending, one has to be witty and wise. In the story of a midget defending his sanctuary against two giants, the midget knows that a face to face fight with the two giants would result with a loss to his life. Hence, the midget retreated and witfully, crafted his plan to defeat the giants. From faraway, hideously he pelted pebbles at one of the giant to appear as if the other giant is doing the pelting and before anything else, the two giants were slitting each other's throat. When it was all over, one giant was left dead while the other giant extremely exhausted due to the fight. To the midget , the weary giant is history. A simple story, but yet was wisely used by the infidels to pit the two giants.

YB, your enemy is not your fellow Muslim, but those heathen infidels who would take every opportunity to put this to their advantage. They know you well enough to predict your move and it seems to be working well, so far. They will stretched it to as far as whatever mileage thay can get and the best part is that, you and the other YB is the most convenient tool that they can use to hammer and whack Islam in Malaysia till kingdom. Do you sincerely believe that they are really desperate to use the term Allah when it grossly runs contrary to the practices of the christendom worldwide and in whatever denomination.

zalee said...

Jikalau YB dipecat drpa PKR, sertailah jemaah Pas..

mansur said...

Brother Haji Zulkifli,

Why cause all this confusion dan derision?

Why don't you go see Tun Abdullah Ahmad Badawi Chairman of IKIM dan suggest to him the following:

[1] start a Project to Build the most authentic, authoritative and reliable Dictionary of the Bahasa Melayu in both the JAWI & ROMAN scripts.

[2] Follow the examples of Ibn Mansur with his greatest contribution to the Arabic Language with his Lisan ul Arab OR the Oxford English Dictionary which is an ON-GOING project for as long there is English [rule Britainnia, Britainnia Rules the Waves].

[3] It is incumbent upon as a important person and now famous to go see Tun Pak Lah to get him to start this very important project.

Of course make sure non "hanky-panky" business no politiking just plain IBADAH.

[4] and the Legal Fraternity will have not problem with Bahasa Melayu as every word is now listed, defined, noted its origin, etymology, lexical, morphology, epistemology, ontology ....

Now, it is not there, brother.

[5] This is your positive contribution to the Muslim-Malay Ummah .... don't worry about rewards Allah swt will know exactly how to reward you.

And this Malaysia will be better with you helping to start this project.

my life journal said...

salam buat Y.B... kenapa hak bersuara Y.B disekat oleh DSAI..... lihatlah diktator DSAI... mereka perjuangkan hak bersuara.. bermacam2 hak diperjuangkan.. orang melayu terus terang dah x mau sokong PKR.... nak raih undi orang bukan melayu... PKR x martabatkan orang melayu seperti termaktub dalam perlembagaan hak istimewa orang2 melayu..... agama islam..... sila rujuk kitab perlembagaan malaysia... di negara sendiri berlandaskan prinsip kemerdekaan... asas tertubuhnya malaysia tercinta... agama islam, raja2 melayu, hak istimewa orang2 melayu ini lah malaysia bangun menjadi negara berbilang kaum yang saling hormat menghormati..... ramai pemimpin2 PR lahir produk hasil hak istimewa ini .. tapi sudah lupa daratan..... ramai lagi orang melayu perlukan ...

tetapi malangnya ... pemimpin melayu hilang arah.. pas hilang arah... kalimah allah pun x leh nak jaga.. nie kan pula yang lain aduhai.... malangnya..... dapat nikmat hasil istimewa dapat pimpin GLC besar.... last2 lupa diri.. orang melayu out... x rasa langsung pembangunan di selangor... aduhai.....padahal orang melayu juga memimpin.... tapi orang melayu diketepikan... kea masih x paham perlembagaan persekutuan....

gara2 nak raih undi .. nak pilihanraya di serawak.... aduhai sanggup korbankan apa sahaja....

moga2 allah swt memberkati saudara y.b untuk berkhidmat untuk rakyat kerana allah swt.....bukan kerana politik....

orang melayu dah muak ... cakap berdentum dentam ... dapat rasa rm 12 jea aduhai .. nilai orang melayu rm 11 sebulan ... nie nilai orang melayuuu....... adakah pemimpin melayu hanya mampu rm 11 untuk orang melayu....

my life journal said...

salam buat Y.B... kenapa hak bersuara Y.B disekat oleh DSAI..... lihatlah diktator DSAI... mereka perjuangkan hak bersuara.. bermacam2 hak diperjuangkan.. orang melayu terus terang dah x mau sokong PKR.... nak raih undi orang bukan melayu... PKR x martabatkan orang melayu seperti termaktub dalam perlembagaan hak istimewa orang2 melayu..... agama islam..... sila rujuk kitab perlembagaan malaysia... di negara sendiri berlandaskan prinsip kemerdekaan... asas tertubuhnya malaysia tercinta... agama islam, raja2 melayu, hak istimewa orang2 melayu ini lah malaysia bangun menjadi negara berbilang kaum yang saling hormat menghormati..... ramai pemimpin2 PR lahir produk hasil hak istimewa ini .. tapi sudah lupa daratan..... ramai lagi orang melayu perlukan ...

tetapi malangnya ... pemimpin melayu hilang arah.. pas hilang arah... kalimah allah pun x leh nak jaga.. nie kan pula yang lain aduhai.... malangnya..... dapat nikmat hasil istimewa dapat pimpin GLC besar.... last2 lupa diri.. orang melayu out... x rasa langsung pembangunan di selangor... aduhai.....padahal orang melayu juga memimpin.... tapi orang melayu diketepikan... kea masih x paham perlembagaan persekutuan....

gara2 nak raih undi .. nak pilihanraya di serawak.... aduhai sanggup korbankan apa sahaja....

moga2 allah swt memberkati saudara y.b untuk berkhidmat untuk rakyat kerana allah swt.....bukan kerana politik....

orang melayu dah muak ... cakap berdentum dentam ... dapat rasa rm 12 jea aduhai .. nilai orang melayu rm 11 sebulan ... nie nilai orang melayuuu....... adakah pemimpin melayu hanya mampu rm 11 untuk orang melayu....

angah said...

Saya cadangkan YB perjuangkan Undang-undang Anti Murtad baru kena & tepat dengan semangat YB nak mempertahankan kalimah Allah. Kalau kalimah Allah tak dibenarkan penggunaannya, apakah masalah murtad akan terhenti? Saya berkeyakinan penuh ianya tak mampu dihentikan hanya dengan menghentikan penggunaan kalimah Allah kecuali adanya undang-undang yang mengawal aktiviti ini secara total.

Tapi saya masih menganggap perkara ini adalah isu furu' yang menjadi khilaf. Kita sebenarnya lebih memerlukan mekanisme menghalang dakwah kristian & anti murtad berbanding dok berkelahi pasal kalimah Allah sahaja. Terakhir biarlah ulamak yang selesaikan masalah ini sebab YB bukan dalam kategori ulamak. rujuklah mereka dan jika ianya dari sumber yang dipanggil QAT'IYYATUDDILAH QAT'IYYATUTHUBUT - makaselayaknya kita mati demi mempertahanya tetapi jika sebaliknya amatlah wajar kita berlapang dada untuk menerima perbezaan pendapat. Seeru ala barakatillah.

Hesyam said...

Tahniah Sdr Zul. Saya sependapat dengan tuan. Memang benar Allah merupakan Tuhan semesta Alam. Tetapi senario di Malaysia tidak mengizinkan penggunaan kalimah Allah, kerana akan membuatkan umat Islam yang kurang ilmu agama dan mua'laf menjadi confius. Telah menjadi kelaziman di negara ini, apabila di sebut Allah = Allah yg maha Esa.