23 January 2010

DAULAT TUANKU

Salam 2 all.

Saya mengambil kesempatan mengucapkan tahniah atas perlantikan DYMM Tunku Ibrahim Ismail ibni Almarhum Sultan Iskandar sebagai Sultan bagi negeri Johor Darul Ta'zim pada hari ini Sabtu 07 Safar 1431 bersamaan 23 Januari 2010.

Saya yakin dan percaya dengan pengalaman Baginda selama beberapa tahun sebagai Tengku Mahkota Johor dan dengan bimbingan Almarhum Ayahanda Baginda Almarhum Sultan Iskandar, Baginda Tuanku akan menjadi penaung dan tempat berteduh bagi rakyat jelata khususnya bagi Negeri Johor Darul Ta'zim dan umumnya bagi negara Malaysia ini.

Semoga ALLAH merahmati dan memberkati pemerintahan DYMM Baginda Tuanku Sultan Ibrahim Ismail ibni Almarhum Sultan Iskandar sebagai DYMM Sultan Johor Darul Ta'zim.

Daulat Tuanku.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Sabtu
07 Safar 1431
23 Januari 2010

5 comments:

perfectwater75 said...

Salam YB, buka lagi beberapa tahun tetapi hampir 30 tahun...Harap Sultan Ibrahim Ismail lebih cemerlang dari Almarhum Bapanya...Semoga Allah memberikan rahmat dan 'haibah' kepada Tuanku...

Abu Hud said...

salam YB..kali ni saya puji tindakan YB..Insyaallah laporan polis terhadap khalid akan memberi kesan,.sekurang-kurangnya Yb menunjukkan cara yang betul dan hikmah dalam kita menzahirkan ketegasan dan prinsip..tahniah,,

supadepo said...

Askm YB,

YB merupakan seorang yang konsisten engan perjuangan

tidak seperti rakan2 YB seperti Khalid Herald Samad yang terlah meggadaikan maruah bangsa dan negara demi untuk kepentingan politik

aNuaRseNaL said...

syabas YB....
Istiqomah dalam perjuangan.. Walau apa pun dugaan selepas ini, ia hanyalah terlalu kecil jika dbandingkan dgn dugaan yg dterima sahabat2 nabi dalam mempertahankan Islam...
Teruskan Perjuangan walaupun dipecat.. Dalam hal ini, ( Isu kalimah Allah ) kita tidak boleh toleransi!!!
Biar apa org nak kata, Allah akan bersama YB.. Ingat tu...

Abdullah said...

Salam Tuan,
Kenapa tidak diadakan sesi hujjah/diskusi yg ilmiah antara pihak yang bertentangan diantara dua pihak yg bertelagah/selisih ini secara facing dua hala dgn matlamat utk meninggikan/memuliakan kalimah itu sendiri.
Pendapat saya, tindakan saudara juga yg semuanya muslim ini juga semacam mencemarkan perlaksanaan deen Islam itu sendiri secra direct/indirect.
sekian