21 January 2010

PENGHINAAN OLEH YB KHALID

KENYATAAN AKHBAR
AHLI PARLIMEN KULIM BANDAR BHARU

Salam 2 all.
Saya merujuk kepada kenyataan YB Khalid Samad yang disiarkan oleh media MalaysiaKini hari ini Khamis 05 Safar 1431/21 Januari 2010 (versi Bahasa Melayu) dimana beliau menyatakan bahawa larangan penggunaan kalimah ALLAH yang terkandung didalam Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) 1988 "sudah ketinggalan zaman" dan perlu dikaji semula untuk tujuan dimansuhkan.

Saya berpendapat kenyataan YB Khalid ini adalah tindakan melampau dan kemuncak kepada penghinaan besar beliau terhadap agama Islam dan institusi Islam dinegara ini khususnya bagi negeri Selangor. Pada saya ianya satu kenyataan yang melambangkan sikap angkuh dan sombong dan berasa diri hebat tanpa mengambil kira pandangan orang lain.

YB Khalid sepatutnya sedar bahawa dalam pertemuan di rumah Dato' Seri Anwar Ibrahim pada hari Isnin 02 Safar 1431/ 18 Januari 2010 isu kalimah ALLAH ini telah dibincangkan dengan panjang lebar, dan ternyata kebanyakan 'ulama' dan ilmuan muktabar Islam yang hadir saperti Dr. Kamal Hassan (bekas rektor UIA), Ustadz Abd Ghani Shamsuddin, Sdr Cikgu Azmi (Teras) dan lain-lain ternyata tidak bersetuju kalimah ALLAH boleh digunakan oleh umat Kristian yang berfahaman ketuhanan triniti, sebaliknya kalimah ALLAH hanya boleh digunapakai oleh mereka yang mentauhidkan dan mengesakan ALLAH. Malahan pendapat ini juga dikongsi oleh 'ulama' dan ilmuan lain (yang tidak hadir) saperti Dr. Syed Naquib Al Attas (bekas Rektor Istac), Datuk Dr. Siddiq Fadhil (Pengerusi Wadah), termasuk pakar perlembagaan Datuk Dr. Professor Shad Faruqi (UiTM). Memang ada agamawan dan mereka yang menyokong saperti Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, YB Salahudin Ayub, Hanipa Maidin (yang kesemuanya daripada PAS), termasuk Dr. Mohd. Nor Manutty (PKR) dan beberapa orang lain.

Sebagaimana kata Dato Seri Anwar sendiri, ternyata ada perbezaan pendapat yang sangat ketara, dan perbezaan itu menyebabkan rumusan kesepakatan tidak dapat dicapai pada malam itu sebagaimana yang diharapkan beliau.

Saya berpendapat kenyataan YB Khalid Samad tersebut adalah suatu penghinaan terhadap Yang DiPertuan Agong yang telah menitahkan supaya agama Islam dan peruntukkan Perlembagaan berkaitan Islam hendaklah dihormati. Ianya juga satu penghinaan besar dan penderhakaan terhadap Paduka Tuanku Sultan Selangor yang telah bertitah dengan jelas bahawa penggunaan nama ALLAH oleh bukan Islam dilarang dan diharamkan sama sekali dalam negeri Selangor.

Malahan saya berpendapat kenyataan beliau itu satu penghinaan terhadap fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan yang telah memfatwakan pelarangan penggunaan nama ALLAH dikalangan bukan Islam.

YB Khalid Samad perlu faham bahawa pelarangan penggunaan kalimah ALLAH didalam Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) 1988 adalah dibuat secara sah menurut undang-undang berdasarkan peruntukkan Artikel 11 (4) Perlembagaan Persekutuan. Ianya dibuat setelah perundingan, perbincangan, muzakarah, kajian dan perbahasan mendalam oleh para ulama' dan ilmuan Islam dan para cendikiawan. Ianya terkandung bukan sahaja di Selangor, tetapi juga di 9 negeri lain kecuali Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.

Ianya adalah undang-undang yang sah dan berkuatkuasa. Ianya bukan undang-undang yang dibuat daripada atas pokok oleh golongan bodoh dan jahil. Dan umat Islam tidaklah sebodoh dan selemah yang beliau nyatakan. Sebaliknya kejahilan itu adalah pada beliau sendiri akibat daripada sikap sombong dan fanatik beliau mahu memaksa orang lain menerima pandangan beliau yang terlalu jumud dan sempit.

Pada pendapat saya, kenyataan dan tindak-tanduk beliau adalah memudharatkan dan/atau boleh memudharatkan keadaan harmoni atau perpaduan dikalangan umat Islam, malahan boleh mencetuskan ketegangan diantara umat Islam dan bukan Islam. Pada saya, ianya suatu kesalahan yang boleh disiasat dan diambil bukan sahaja dibawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Selangor, Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) 1988; malahan tindakan boleh diambil dibawah Akta Hasutan dan Seksyen 298A Kanun Kesiksaan.

Saya dengan ini mendesak supaya:

1. YB Khalid Samad segera menarik balik kenyataan beliau yang menghina Islam, Yang DiPertuan Agong dan Sultan Selangor tersebut dalam tempoh 24 jam;

2. YB Khalid hendaklah meminta ma'af kepada Yang DiPertuan Agong dan Paduka Tuanku Sultan Selangor khasnya kerana pada saya kenyataan beliau adalah satu sikap derhaka yang terbuka terhadap paduka Tuanku Yang DiPertuan Agong dan Tuanku Sultan Selangor, dan beliau hendaklah meminta ma'af kepada umat Islam khususnya di Selangor atas kenyataan biadap dan menghina tersebut;

3. Jabatan Agama Islam dan pihak berkuasa negeri Selangor perlu menyiasat kenyataan tersebut menurut peruntukkan undang-undang negeri Selangor yang ada, dan jika didapati ada kesalahan yang dilakukan, hendaklah mengambil tindakan pendakwaan jenayah syarie terhadap beliau di mana-mana Mahkamah yang berbidang kuasa;

4. Pihak Polis DiRaja Malaysia dan pihak berkuasa yang berkaitan hendaklah menyiasat kenyataan ini menurut Akta Hasutan ataupun Seksyen 298A Kanun Kesiksaan, dan sekiranya ada kes hendaklah suatu pertuduhan jenayah dikenakan terhadap YB Khalid Samad;

5. Kepimpinan PAS perlu menyiasat tindak-tanduk YB Khalid Samad ini terutama kenyataan terbaru beliau ini dan saya syorkan supaya tindakan disiplin diambil dengan memecat beliau daripada PAS kerana ternyata sikap dan tindak-tanduk beliau kebelakangan ini adalah sangat memudharatkan PAS dan memberi tanggapan yang sangat negatif kepada perjuangan PAS untuk mendaulatkan dan memartabatkan Islam.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Khamis
05 Safar 1431
21 Januari 2010

#######################################################

(Petikan daripada MalaysiaKini (versi Melayu) bertarikh Khamis 21.01.2010)

'Enakmen larang kalimah Allah ketinggalan zaman'
Jimadie Shah Othman Jan 21, 10 2:23pm
Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad berpendapat enakmen agama yang melarang penggunaan kalimah Allah dan perkataan-perkataan lain berkaitan Islam sudah ketinggalan zaman.Justeru, ia perlu dibuka kepada perbincangan semula.
“Bagi pandangan saya, ya (ketinggalan zaman). Dan ia bercanggah sebenarnya dengan semangat di sebalik usaha dakwah Islam. Saya menyeru untuk ia dibincang, untuk dibuka untuk dibincang,” kata Khalid.“Bukan kata sudah buat, okeylah semua ikut sahaja, lepas itu tidak boleh kaji balik sama sekali. Itu satu kaedah dan pendekatan yang jumud dan tidak harus ada pada umat Islam.Beliau diminta mengulas sama ada undang-undang itu sudah ketinggalan zaman apabila berkata Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) 1988 boleh dikaji kembali sekiranya kefahaman umat Islam semakin mantap.Bercakap pada sidang media di pejabatnya di Shah Alam, Khalid berkata, pada masa undang-undang itu diluluskan, mungkin tahap kefahaman umat Islam terhadap agama begitu lemah sehingga perlu dilindungi.
'Enakmen bukan hukum bersifat qatii'“Namun, enakmen-enakmen merupakan undang-undang pentadbiran keagamaan dan bukan hukum yang bersifat qatii (putus) yang tidak boleh berubah,” katanya yang juga bekas pesuruhjaya PAS negeri.Selain melarang penggunaan kalimah Allah di kalangan bukan Islam, enakmen yang sudah digubal lebih sepuluh tahun lalu turut melarang penggunaan 24 kalimah lagi.Antaranya ialah ilahi, wahyu, ulama, imam dan nabi.Pada 7 Januari lalu, Umno Selangor menghantar memorandum kepada Sultan Selangor meminta campurtangan baginda bagi menangani isu penggunaan kalimah Allah di kalangan bukan Islam.Ketua biro agama parti itu, Datuk ismail Kijo yang mengetuai perhimpunan itu dilaporkan berkata, enakmen berkenaan jelas menyebut penggunaan perkataan tersebut dilarang.Sultan Selangor pada 11 Januari lalu dilapor menitahkan semua pihak berpegang teguh kepada pendirian mengharamkan pengunaan kalimah Allah oleh agama lain selain Islam.Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa memberitahu, titah itu dinyatakan dalam pertemuan beliau dengan baginda pada 5 Januari lalu.Mohamad Adzib berkata, Sultan Selangor turut meminta MAIS memaklumkan kepada rakyat tentang wujudnya undang-undang menghalang pengunaan kalimah Allah seperti termaktub dalam enakmen itu.

20 comments:

harunn said...

Yb Zul

Cuba tanya bos pkr pula , silap2 dia sokong khalid tu

cuba tanya pula bos pas , pun sokong khalid juga

Abu Hud said...

cukuplah YB..ana betul-betul tak faham dengan cara enta hadapi isu ini..boleh ker tolong zahirkan ketegasan YB dengan hikmah dan bijaksana..bukan ker ramai yang dan semakin beremosi sehingga saling berbalas serangan?apsal lembab sangat enta nak cari jalan penyelesain?kenapa semakin merumitkan keadaan?boleh tak tolong senyap dari memburukkan keadaan?seluruh afrika termasuk monyet2 dah tahu tentang kehebatan YB dalam isu ini..keldai2 di tanah arab pun dah tahu ketegasan YB..cukuplah..tak kan lah terlalu bijak sehingga tak sedar yang enta punya cara ni tak membuka langsung jalan penyelesaian melainkan huru hara,...benarkanlah saya mencaci YB dengan perkatan bongok..terima kasih..

terkadang saya pun bongok dalam beberapa hal..manusia cam tu lah YB..

Abah said...

Itulah jadinya bila politik lagi agung dari agama sendiri.

najamarine said...

maksud YB ISA ke??hehehhehe...

Local Fighter said...

Salam YB Kulim/Bndr Baharu,

Cabaran 24 jam..lagi..? Dahulu dengan Sivarasa, belum sampai 24 jam, YB angkat bendera putih dulu.

Jika para cendiakawan Islam yang bertandang di rumah Dato' Seri Anwar bersetuju dengan larangan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam, kenapa tidak ada kenyataan rasmi boss YB tersebut untuk menyangkal kenyataan sebelum ini yang dibuat oleh Nor Manuty?

Adakah layak YB panggil Salahuddin Ayub itu agamawan? Apa kelulusannya dlm bidang agama?

Persepsi orang ramai kepada pakatan parti-parti pembangkang ini adalah jelas bahawa PKR dan Pas mengeluarkan hujah/pendapat yang bertentangan dengan BN.

Jika UMNO kata putih pasti PKR dan Pas cakap hitam walaupun jauh dalam sudut hati tahu kebenaran putih itu tetapi kerana dendam kesumat dan kebencian yang meluap-luap, sanggup menafikannya.

Itulah realiti politik orang Melayu Islam di Malaysia ini....

JMA@Tekali said...

YB saya yakin YB rapat dengan TG Nik Aziz dan TG Abd Hadi. Tak boleh ke YB berbincang dengan mereka untuk menghentikan kenyataan YB Khalid Samad yang menguris hati umat Islam ni.

Kalau pun beliau mampu berdepan dan berhujah dengan orang bukan Islam bukan bermakna kita perlu londeh semua hak kita dan peruntukkan yang telah sedia ada yang memberi keistimewaan kepada umat Islam.

abe MIE 'TERJAH' said...

syorkan supaya khalid mengucap dua khalimah syahadat.

http://pkrpasdap.blogspot.com

Ariffin said...

Salam tuan YB,

Ikhlasnya...Khalid tidak layak menjadi yang Berhormat kerana tindakannya langsung tidak layak mendapat penghormatan malah keji. Maaf jika bahasa yang tidak manis.

Allah Maha Besar.

Sultan Selangor perlu bertindak.

note: Semoga Allah memberikan cahaya hidayah dan membuka mata hati Khalid dan org2 yang sewaktu dengannya. Amin.

liz said...

am not your supporter but i support your article on The use of kalimah allah and you article on Yb khalid that seems to be misled. In a malay word This man can be called kurang ajar ....for saying such laws ketinggalan zaman...and other of his comments related to titah Sulatan..


YB Kahlid menakutkan orang Islam malaysia....Lets us pray he will realised that he is wrong......and never to let to make amend...

House PK said...

Bro apa pendirian Anwar dalam hal ni, aku harap kau jujur bro, tolak tepi politikseagai blogger brothers, tolong ceritakan pada aku tentang hal anwar ni?

Bukankah dia ni penyokong no 1 untuk kalimah Allaj diguna oleh semua?

email saya parpukari@yahoo.com

harunn said...

Salam YB

Saya sokong cara Yb berjuang dalam memperthankan Islam , saya kira Yb Zul lebih hebat dari pemimpin parti yang memperjuangkan Islam iaitu Pas.

Sekarang ni saya ada sikit persoalan di benak fikiran saya ni

YB hentam Khalid samad diatas keceluparan dia , baguih la hentam , kalau boleh balun dia

Tapi bila bos , yakni pemimpin dari pkr sendiri yang sokong mahkamah membolehkan kristian guna kalimah Allah , kenapa pula Yb tak hentam ??

amacam

Tiger said...

Tak fahamla minda Khalid Samad ni. Betul2 tak faham. Seolah2 beliau telah dibasuh.

noracom said...

Nampak lah sudah seorang politikus yang memperalatkan agama untuk kepentingan sempit politiknya,Dan saya menghimbau kepada semua politikus-politikus muslim : anda jangan jadi "aku islam tapi aku seorang ahli politik", seharusnya anda menjadi ,"saya ahli politik tapi saya muslim" ,pikir-pikirkan lah !

Al Sunnah said...

Teruskan YB Zulkifli! Saya sekeluarga dibelakang tuan, keredhaan ALlah SWT yang kita cari, kesucian Islam yg kita pertahankan.. Ini bukan masalah politik, dorang ni terlalu taksub betul dgn politik.. sejak dari dulu lagi memang mereka telah berusaha. Kebanyakan ahli politik ini tidak tahu sejarah usaha dakyah pihak kristen dan juga usaha pihak agama bukan Islam yg sentiasa hendak melakukan apa jua cara untuk menyesatkan org Islam.Saya pernah ikuti kursus dakwah kepada non muslim masa tahun 90an anjuran perkim dan sahabat2 yg reverts, bekas mubaligh,bekas sami,bekas paderi dsbnya.. mereka tahu ancaman, mereka tahu dakyah.. sekarang saya nampak perbezaan org agama yg turun dakwah kepada non muslim dengan yg tak turun atau kurang turun.. percakapan berbeza. apa yg mereka nak sangat org kristen pakai nama Allah sbg tuhan mereka?adakah mereka juga anggota IFC? kepada pengunjung sila baca>> http://www.abim.org.my/component/content/article/28-artikel-pilihan/94-penubuhan-ifc.html

sehar said...

DSAI pun mnyokong penggunaan ALLAH dipakai oelh kristian..yb taknak nasihat dia juga ke?

hasidy said...

Salam to YB..

Saya telah membaca tulisan YB yang saya lihat sebagai berani menentang segala bentuk penghinaan terhadap Agama, DYMM YDP dan Perlembagaan Negara. Saya berpendapat, tindakan YB membuat laporan polis keatas YB Hj Khalid Samad adalah tindakan yang benar dan betul dan harus diteruskan oleh pemimpin2 islam lain. Saya hairan, bagaimana YB Hj Khalid Samad ini, boleh mengeluarkan kenyataan yang seolah-olah menghina kesucian agama islam, institusi raja2 dan perlembagaan. Saya dan mungkin rakyat jelata malaysia beragama Islam memohon agar YB Hj Khalid Samad harus membuat kenyataan akhbar dan jelas, berkenaan isu kalimah "ALLAH" ini. Sekian.

jigust said...

mcm maner aku nak maki klu takleh bahasa kesat.

faham tak aper makna pakatan?

apa masalah ko ni sebenarnya?

perangai dari stat jadi YB sampai skang mcm bdk2.

tak abis2 dgn mencabar. semua org ko nak cabar.

ko ni hebat sgt ke?

elok ko jgn duduk dalam pakatanla.

nyusahkan org lain je kerjanya.

pikir skit org kat bawah ni.

ko ingat org kat bwh ni takde keja lain ke selain dari nak cover ko punya belagak je.

nak gadoh atau bertekak ada tempatnya.bukan kat media.

jgnla tunjuk terror kat tepi jalan.

elok ko masuk umno je la. lg bagus.

kejanya nak ngentam kawan kat media.

musang said...

Lepas nie sudah tentu Khalid Salib akan mengatakan sdra telah dibayar oleh UMNO. Isu khalid samad bukan seorang saja. Ramai lagi dlm pr berpendirian seperti beliau. Dr Mariah, Dr. Zul Kuala Selangor. Mereka ini merupakan penyokong tegar khalid samad. Benarkah sedara telah dibayar

kayai said...

la..... lulusan west...igtkan kaherah ka, jordan ka, syria ka, dll...timur... patutla no fakta... hadith, mane firman allah... x de langsung,sibuk duniawi fact bosan.... shut... nak glamour la... hehehe... tu pasal masuk pkr... klu masuk pas confirm x dpt tanding... hujah pas mantap....jap lg masukla partiku UMNO .... ramaila yg sokong... inila ulama yg kite cr... xpi YB... anwar kt boleh.dia rujuk ulama terkenal.. camner ye... x patut ni... YB kene report hina umat islam malaysia.... semua umatkan x setuju... hehehe maaf ye YB saje menulis... wassalam ila as sheikh al fadhil al ustat YB zul - ulama termashur sebahagian kecil KBB

pesot said...

YB.. mana semangat musyawarah & jemaah anda, sebelum mengambil tindakan buat report polis.. Apapun setiap sesuatu itu ada hikmahnya.. kita tunggu & lihat kebaikan @ keburukan yg bakal terjelma dari sesuatu tindakan dan ambil iktibar selepas itu..