05 January 2010

DUNIA KRISTIAN TOLAK "ALLAH"

Salam 2 all.
Saya mahu tanya puak-puak Melayu yang beriya-iya sangat nak benarkan Kristan Malaysia guna nama ALLAH sebagai ganti nama Tuhan yang mempunyai anak Jesus saperti mana kepercayaan Kristian, sudah kah mereka bertanya kepada Pope Benedict, Ketua Agama Kristian? Sudahkah satu survey dibuat dikalangan Kristian di Malaysia apakah mereka mahu nama Tuhan mereka sekarang menjadi ALLAH? Apakah statistik yang sudah dibuat untuk menunjukkan peratus Kristian Malaysia yang benar-benar mahu tukar nama Tuhan mereka kepada ALLAH? Pelik bangsa Melayu ni, beriya-iya benar dia nak menjual nama Tuhannya sendiri..demi apa??

Saya perturunkan dibawah ini kontroversi yang berlaku di kalangan Kristian Eropah apabila ada cadangan nama 'God" ditukar daripada Jesus kepada ALLAH. Bacalah sendiri dan tepuk dada tanyalah iman kita!!

Wassalam.
Zulkifli Bin Noordin
Selasa
19 Muharram 1431
05 Januari 2010
##################################################


IS CALLING THE CHRISTIAN GOD "ALLAH" WRONG:
One of America’s pre-eminent evangelicals is challenging the advice of a retiring Roman Catholic Bishop in the Netherlands who has raised eyebrows worldwide by suggesting Dutch Christians pray to “Allah.”
Dr. R. Albert Mohler, Jr., president of The Southern Baptist Theological Seminary, argues that it is inappropriate for Christians to call God Allah based on irreconcilable theological differences associated with the name Allah and core Christian beliefs.
The key condition behind calling the Christian God Allah is that Allah must refer to the same God as the one in the Bible. However, this requirement presents “a huge problem for both Muslims and Christians,” contends M ohler.
The theologian pointed out that the Qur’an explicitly denies that Allah has a son, and Islam considers the idea of a triune God to be blasphemy.
“Thus, from its very starting point Islam denies what Christianity takes as its central truth claim – the fact that Jesus Christ is the only begotten Son of the Father,” wrote Mohler on his web blog Wednesday.
“If Allah has no Son by definition, Allah is not the God who revealed himself in the Son. How then can the use of Allah by Christians lead to anything but confusion …and worse?”
Last Monday, during an interview with a Dutch TV program, 71-year-old Bishop Tiny Muskens promoted the idea of Dutch Christians calling God Allah, believing that it would ease much of the conflict between the Christian and Muslim faiths. Muskens contended that God doesn’t mind what He is called and the arguments over what to call Him is an invention of man.
“Allah is a very beautiful word for God. Shouldn’t we all say that from now on we will name God Allah? …What does God care what we call Him? It is our problem,” said Muskens, according to The Associated Press.
The retiring bishop was a former missionary to Indonesia – the most populous Muslim country in the world – for eight years, where he said priests used the name “Allah” while celebrating Mass.
In response, Mohler pointed out that it would be difficult to support the argument that “Allah” can be used as a generic term for God. The theologian said separation of Allah from the language, theology, and worship closely associated with it is difficult. Moreover, even non-Arabic speaking Muslims use Allah when referring to their god.
Another irreconcilable difference is that Jesus commanded his followers to baptize “in the name of the Father and of the Son and of the Holy Spirit.”
“When this command is taken seriously and obeyed, the whole issue is greatly clarified – a Christian cannot baptize in the name of Allah,” stated Mohler.
“So Bishop Muskens is disingenuous at best when he suggests that God does not care about His name. This is not a matter of mere ‘discussion and bickering,’” said Mohler.
“If Allah has no son, Allah is not the father of our Lord Jesus Christ…This is no mere ‘discussion and bickering.’ This is where the Gospel stands or falls,” the theologian concluded.
Bishop Muskens in the past endorsed other controversial ideas which went against the Vatican leadership – such as those who are hungry can steal bread and that condoms should be permissible in the fight against HIV/AIDS.

31 comments:

Medan Info Kita said...

semoga pendirian sdra ni ikhlas, jgnlah jadi mcm dr hassan ali yg pd mula beria-ia marah pd ronnie liu soal sekatan jualan arak secara terbuka di sgor, tetapi selepas tu berpeluk2....

knpa sdra tak minta pandangan dari ustz badrul amin..??

kita nak dengar pendirian badrul amin...

selepas tu nak dengar fatwa badrul amin dan apa jatuhnya hukum keatas khalid samad ?? apakah sama seperti ustz haron din ???

dulu badrul amin nak pancung dr asri... labelkan dr asri sbg bapak setan

yusof mohamed razali said...

YB yang berkhidmat untuk Allah,
saya begitu terharu dengan keberanian YB menongkah arus PAKATAN dalam isu ini ketika misi perjuangan pejuang-pejuang agama dulunya dicucuk hidung oleh matlamat meraih political merit sujud pada kekufuran demi mencari redha makhluk. Kepada YB..Tiada bahasa untuk menggambarkan syukur kepada Allah kerana masih ada manusia dalam kualiti ini ! Hidup YB Zulkifli ! Allahuakbar !

Con Skaltsas said...

Yg saya faham daripada petikan ini ialah, dunia Kristian bimbang jika nama God ditukar kpd Allah kerana ia akan mengelirukan org Kristian disebabkan akidah (trinity) Kristian tidak sama dgn akidah Islam.

Ini, considering kalau umat Islam kuat dan mampu membersihkan akidah org Kristian, maka ia menjadi satu kebimbangan kpd mereka.

Tapi..

Dalam konteks Malaysia pula, usaha menukar nama God kepada Allah dilihat sbg satu strategi utk mempengaruhi umat Islam di sini - sbb ada yg kabur akidah disebabkan pendidikan formal di sekolah lebih menekankan perkara fekah berbanding kefahaman akidah Islam.

Secara peribadi, saya setuju menggunakan tindakan undang2 utk menghalang pihak yg cuba eksploitasi nama Allah ni. Buat masa sekarang.

Tetapi pada masa yg sama, pendidikan Islam di sekolah pun mesti diubah daripada pelajaran menggunakan buku teks kepada penggunaan AlQuran sepenuhnya.

Tekankan kepada akidah dulu, baru sibuk tentang jenis2 air. Org berdakwah bawa bible pun kat sini dia serang. Akidah.

Sepatutnya beriman dgn kata-kata Allah dalam AlQuran, bukan buku teks.

matrengganu said...

YB Zul,

Saya sanjung pendirian saudara tentang Islam dan kalimah Allah.

Kesuciaan agama tak harus di gadai untuk kepentingan politik .

Jadi lah seorang YB yang berhemah walau apa pun ideologi politik sauadara.

Pak Tam said...

Saya sungguh kagum dan menghormati YB yang berpendirian sangat tegas. YB meletakkan kepentingan agama di hadapan tidak seperti yang lain. Teruskan perjuangan YB walaupun dalam PKR. Saya tidak hairan lagi dengan kenyataan penuh presiden PAS berkaitan dengan isu kalimah Allah. Di kalangan pemimpin utama PAS sendiri pun bercanggah pendapat dengan isu ini. Tak payah sebut siapa pemimpin-pemimpin itu.

anarasa said...

SALAM YB

ANA SUNGGUH2 BERHARAP PANDANGAN YB DLM ISU INI ADALAH SEIKHLAS MUNGKIN DAN BUKAN HANYA PANDANGAN POLITIK YB.
YB DILIHAT SERINGKALI BERMAIN POLITIK DLM KATA2 YB.

ANA BERSAMA YB MEMERTABATKAN KALIMAH AGUNG ISLAM "ALLAH" DARI DIHINAKAN OLEH SEGOLONGAN SAHABAT ISLAM SEPERJUANGAN POLITIK YB.

JIKA PARTI UMNO MERELAKAN KALIMAH ALLAH INI DISELEWENGKAN OLEH PARTI PEMBANGKANG TERUTAMA ANUAR IBRAHIM, PASTINYA KALIMAH ALLAH AKAN TERTERA BERSAMA SAMA SALIB DIGEREJA2 DISELURUH NEGARA.

KEMENANGAN BESAR PAS/PKR DAN DAP.

Rahman,Ahchong,Muniandy said...

Salam Ziarah,

Teman nampak bebeno jiwa mike ni masih berjiwa UMNO the great.cuma rupa mike je bertuko kpd wajah pembangkang.teman syorkan kpd mike kembalilah kpd yg benar.UMNO masih di landasan yang benar.walaupun masih ade koruptor dlm UMNO the great tapi sebenarnya risiko koruptor itu sedang dan telah dikurangkan.

Pintu UMNO masih terbuka luas untuk menerima mike.ini cuma cadangan teman.teman nampak bebeno kini parti dan pemimpin2 tempat mike dok singgah seperti PKR dan PAS dah jauh menyimpang dari mencari mutiara addin yang sebenar.

Teman rasa mike nampak tapi mike buat2 tak nampak.tak perlu mike rasa malu untuk ke jalan asal yg dilihat ikhlas dan benar serta pastinya masih releven.

For ur info sehingga saat ini teman sebeno2nya bukan ahli dari parti mana2 tapi teman suka berehat di dalam pagar dan pondok UMNO kerana di situ teman ade nampak kerdipan sinaran kebenaran. tq

xplorer said...

tahniah zul , saya sokong 100% apa yg saudara zul cakap .benar2 bingung dan keliru dengan pendirian PAS tentang hal ini.Kalau dulu psal PPSMI sanggup berdemontrasi sampai beribu2 org merusuh.tapi hal2 mcm ni diam plak semata2 nak menjaga hati bukan melayu especially DAP.dimana keikhlasan PAS dlm membela islam , haprak saja semua.saya pernah membaca bible bahasa melayu milik roommate saya dari sabah .Mmg mengelirukan pada awalnya sebab tertera nama ALLAH , juga pernah bertanya adakah ALLAH yg sama . Saya risau takut org bukan islam especially org asli akan anggap ianya allah yg sama.ni bukan soal bahasa tapi agenda.sanggup PAS menggadai prinsip demi kuasa politik , mmg dah sah PAS dah tersimpang jauh .Dlm kes ini siapa yang rugi , org melayu jugak sebab tamak kuasa

alkulimi said...

mengajilah lebih sikit. Hang amat sesuai masuk DAP atau UMNO.

Shahnizat bin Sakiran said...

Ha YB Zul... Saya rasa posting terbaru Anwar Ibrahim ni sudah cukup untuk menjadi faktor Anta keluar Parti... Kalau taknak masuk UMNO jadi AP Bebas pun takpe..

Kenyataan Akhbar–

Merujuk kepada kenyataan kami pada 22 November 2009 mengenai perkara di atas, maka BIPPA PKR sekali lagi ingin menjelaskan pendirian kami mengenai hal ini.

Kami berpendirian bahawa, keinginan masyarakat bukan Islam menggunakan kalimah “Allah” sebagai Tuhan adalah suatu perkembangan yang positif dan perlu diterima secara terbuka dan tidak perlu pihak-pihak tertentu mengambil kesempatan untuk menjadikan isu ini sebagai agenda politik untuk menampakkan bahawa merekalah jaguh dalam mempertahankan Islam di negara ini.

Sesungguhnya, kami melihat fenomena ini adalah manifestasi dari fitrah insani bahawa manusia memperakui penciptaan dunia oleh Allah SWT sebagaimana firmannya yang bermaksud:

“Dan jika kamu tanya mereka (orang kafir) siapakah yang mencipta langit dan bumi? Mereka akan berkata Allah…” (Al Quran, Az-Zumar (39):38).

Adalah jelas bahawa penggunaan kalimah Allah untuk mengiktiraf dan membesarkan Allah sebagai Tuhan, adalah hak asasi setiap insan. Ini adalah serasi dengan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 3 (1) yang menjamin kedudukan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan dan lain-lain agama boleh diamalkan dengan aman dan damai. Sesungguhnya, ini juga bersesuaian dengan muafakat Pakatan Rakyat yang diputuskan baru-baru ini.

Selanjutnya, kami berpandangan perjuangan untuk menegak makruf dan mencegah mungkar akan menjadi lebih mudah dan selesa berasaskan firman Allah:

“Katakan wahai Ahli Kitab, mari tegakkan kalimah yang sama antara kami dan kamu iaitu bahawa kita tidak akan menyembah selain Allah dan tidak mensyirikkan (associate) Allah dengan satu apapun serta janganlah ada antara kita yang mengambil tuhan-tuhan selain Allah. Dan jika mereka berpaling maka katakanlah bahawasanya kami adalah orang Islam (menyerah diri pada Allah)” (Surah Ali `Imran(3):64).

Sehubungan itu, demi menjaga keharmonian dan kesejahteraan negara semua pihak perlulah menyelesaikan konflik ini dengan menyuburkan budaya dialog antara agama secara matang dan bijaksana (hikmah) sebagaimana saranan Allah mengenainya (Al Nahl: 125 dan Al Ankabut:46).

Sekian. Terima kasih.

Dr. Muhd Nur Manuty
Pengerusi
Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama (BIPPA)
Parti KeADILan Rakyat.
05 Januari 2010

syed mohammad said...

ada hikmahnya benda ini berlaku, sekurang2nya separuh ayat dah betul cuma yang akhirnya je belum lagi diperbetulkan. Tiada Tuhan selain Allah dan ....... (di sini la kita umat Islam di malysia ini perlu berdakwah supaya mike ngaku Muhammad Rasullullah... Cuma yang kita takut adalah akidah umat Islam Di Malaysia ini yang goyah jikalau Allah mike(kristian) gunakan tetapi kalau akidah kita kuat dan teguh.. saya rasa mereka takut nak gunakan perkataan itu. Ini membuktikan para kristian di sini telah mengiktiraf ada umat melayu yang telah murtad yang tak tahu baca bible bhs english/latin.(cuma andaina sja). YB byk kerja perlu dilakukan.

Shahrulrock said...

Saudara Zol,
Katalah apa saja, selagi ianya memberi dan mencerminkan kebenaran.Insyallah, sebagai manusia yang tidak menyokong mana-mana parti politik, saya sentiasa menyokong perjuangan ke arah kebenaran.
Apa yang mereka mahu sebenarnya?

jamil said...

Heran dgn pemimpin melayu islam dalm pas dan pkr. Buta mata atau buta hati. Kerana undi sanggup mempertaruhkan akidah umat islam dimasa hadapan. Sudahlah berbagai fatwa karut marut mereka keluarkan dan sedikit sebanyak mempengaruhi umat islam sehingga berpecah belah. Dlm keadaan dunia tanpa sempadan serta pengaruh media hari ini, ditambah pula dgn anak2 muda yg semakin longgar keimanan mereka, maka akan bertambah ramailah nanti yg menghampiri pintu murtad. Sepatutnya semua pemimpin islam bukan menganjurkan perpecahan sesama umat, tapi demi politik semua halal. Asyik menyalahkan umno/bn bukan menyelesaikan masalah murtad atau menambah ketakwaan umat islam kepada Allah. Inilah jadinya bila agama dijual beli demi kuasa. Apakah mereka ini lupa bahawa mereklah kelak akan dipertanggung jawabkan dgn keputusan mereka. Berilmu tetapi menolong musuh islam utk menghasut dgn mudah umat islam supaya murtad.

Local Fighter said...

Salam YB Kulim/Bndr Baharu,

Rakyat sedang menilai sejauh mana konsistensi YB dalam mempertahankan akar pendapat YB dalam isu ini.

Jika berlaku sama seperti kes cabaran 24jam kepada Sivarasa dahulu, maka kredibiliti YB pasti dipertikaikan.

Sikap bermuka-muka bos pujaan YB tu terserlah sudah. Lebih mementingkan agenda politik daripada prinsip.

Ini semata - mata untuk menjaga hati rakan di DAP sana.

Lihat nama YB - YB DAP seperti Teresa Kok, Ronnie Liu, Janice Lee dan di PKR, Elizabeth Wong semuanya adalah Kristian.

Bukan menidakkan hak agama mereka tetapi jika dilihat dipihak BN pula kesemua YB mereka dari kaum Cina adalah penganut Buddha/Toisme. Kristian hampir tidak ada.

Mungkin kepimpinan BN sejak dahulu sudah tahu kesan dan natijah berkongsi kuasa dengan orang Kristian.

Lihat di Sabah dahulu, UMNO pergi kesana untuk menyelamatkan agama Islam daripada dipermainkan oleh PBS.

Lihat hasilnya, dahulu Sabah Ketua Menterinya Kristian (Pairin Kitingan) sekarang orang Islam ambil alih. Bukankah ini juga bentuk dakwah?

Secara jelas, UMNO lebih praktikal perjuangkan Islam berbanding gendang kosong Pas dan PKR!!

Zam said...

PKR - Cemerlang, YB Zul tunggu apa lg. Jgn jadi munafik. PKR dah keluarkan statement menyokong so YB kena keluar dari PKR kalau tidak org akan mula kata YB seorang penipu.

(Kalau saya diberi maklum oleh kepimpinan PR bahawa agenda Islam dan Melayu tidak ada dalam PR, maka saya tidak akan teragak-agak keluar daripada PR. )

Momomalaya said...

utk langkah selamat, xyah la benarkan bukan islam guna nama Allah

lebih baik berpegang pd status quo sekarang

selama ni xde masalah pown
nape tba2 nak ada masalah?

zul said...

sejak kebelakangan ini saya sering membuat analisis berkenaan kenyatan2 di harakah..

mengapa PAS sekarang ini jika membuat sesuatu perkara mesti memikirkan umno dahulu kemudian baru islam??

lihat artikel terbaru ikhlas kah "umno dalam isu kalimah ALLAH?"


kemudian disiarkan dimuka hadapan berkenaan komen lim kit siang yang memberi "Thumb up" kepada PAS soal kaliman ini..tak lupa ia selitkan mengatakan mahathir buat retorik perkauman berkenaan isu ini..

apa semua ini? mengapa parti komponen lain dlm BN boleh berdisiplin dlm isu ini dgn mengambil pendekatan berdiam diri tetapi komponen dlm pakatan rakyat begitu lantang??

Ini kah sikap parti islam yang mencurigai ketertalulan saudara islamnya sendiri iaitu umno dlm isu besar ini?

mereka mengatakan bahawa ALLAH adalah hak semua kerana islam itu adil..

apa makna adil..tidak mengapa kalo ada agama yang memang beribu tahun dahulu menggunakan kalimah ALLAH dan mahu menggunkan di malaysia..tetapi adakah agama seperti itu?

kristian sendiri tidak ada maksud ALLAH..ia tuhan..apa semua ini..

YB zul...jika anda mahu melihat belang2 mereka dlm pakatan rakyat..anda patut menguji mereka dgn tindakan yang lebih sedikit agresif..


-mahasiswa utm-

pang5black said...

Saudara Zul,
Apa dah jadi, semalam saya ada baca komen saudara untuk memperjuangkan Islam dan kalimah Allah dan katanya sanggup keluar dari PKR jika sebaliknya. Tetapi baru-baru ini Presiden PKR sendiri mengizinkan agama lain menggunakan kalimah Allah katanya demi keadilan jika dia memerintah, sanggupnya dia menjual maruah agama demi kepentingan politiknya,dan mendapat tepukan gemuruh dari penyokongnya yang saya pasti banyaknya dari kalangan DAP (kafir), begitu jugalah PAS yang tidak sepakat dalam isu tersebut, ini belum dapat memerintah negara lagi, kalau dah menang apa dah jadi dengan negara tercinta ni, menang sorak aje la, agaknya jadi macam Singapura, azan dalam dewan. Masjid, tokong dan gereja dalam satu bangunan aje.

Putrajaya said...

salam YB

masih ingat di kepala saya..
satu ketika dulu seorang artis menang dalam pertandingan dianjurkan oleh TV3.

artis itu mengucapkan syukur kepada Tuhan dengan ucapan "Terima kasih Tuhan".

Ramai dikalangan kita menyindir dan mengatakan artis itu tak faham agama. Tak pandai bersyukur..

Ini menunjukkan kita masih lemah dan tak pandai menjadikan Tuhan itu sebagai kawan yg sedia membantu kita bila2 masa.

Kita biasa dengar dengan ungkapan "Thanks god". Tak kira kafir atau islam. Pernah satu ketika dulu Jakim pernah menegur dan melarang buku2 yang banyak menggunakan perkataan Tuhan dalam.

Cicit Lebai Hj. Ibrahim, Panji Alam said...

Alhamdulillah, YB Zul, jgn biarkan org permainkan agama kita walau seinci...Teruskan Istiqamah Tuan dan semoga Allah bersama dgn org-org yang yg beriman lagi bersabar.

Disini juga ingin saya mempelawa anda semua menyokong Al-Fadil Ustaz Dr. Haron Din dalam kenyataannya dalam TVPas berkenaan isu penggunaan nama Allah ini.

Semoga Islam kita makin kental dan bangkitlah wahai saudara-saudaraku.!

baginda® said...

“Katakan wahai Ahli Kitab, mari tegakkan kalimah yang SAMA antara KAMI DAN KAMU iaitu bahawa kita tidak akan menyembah selain Allah dan tidak mensyirikkan (associate) Allah dengan satu apapun serta janganlah ada antara kita yang mengambil tuhan-tuhan selain Allah. Dan jika mereka berpaling maka katakanlah bahawasanya kami adalah orang Islam (menyerah diri pada Allah)” (Surah Ali `Imran(3):64).

cuba studi siapa ALLAH maksudkan ahli kitab, siapa itu kami, siapa itu kamu dan siapa itu mereka...
Allah maha mengetahui..

Reza Pahlavi said...

Salam wahai YB.

Saya kurang masa untuk memberikan komen jadi saya copy paste balik komen saya kat satu artikel dalam blog Mahaguru58.

Maka berhujahlah pihak-pihak tertentu yang ingin meraih sokongan politik tanpa mengorbankan prinsip parti bahawa di negara-negara Arab orang Kristian menggunakan Allah sebagai nama tuhan mereka, jadi apa salahnya kalau orang Kristian di Malaysia menyamakan nama tuhan mereka dengan saudara seagama mereka di negara-negara Arab.

Malangnya mereka tidak sedar sama sekali bahawa orang Kristian di Malaysia bukan sahaja tidak bertutur dalam bahasa Arab malah tidak mustahil mereka enggan membenarkan anak-anak mereka mempelajarinya, walaupun bahasa Arab mempunyai begitu banyak persamaan dengan bahasa ibunda 'Yeshua' dalam filem Passion of the Christ. Tak payah tunggu bahasa Arab, tulisan Jawi pun dah fobia!

Terdapat juga pihak-pihak tertentu yang mendabik dada bahawa aqidah mereka takkan terjejas dan takkan terkeliru dengan nama Allah sebagai tuhan orang Kristian. Mereka tidak sedar yang tidak semua manusia mempunyai minda yang kuat, kalau tidak kenapa 'phishing website' dan 'con artists' berjaya mencari dan membaham mangsa mereka?

Fitnah kononnya Allah adalah moon god (dewa bulan) masih boleh didapati di Internet. Sepatutnya kita umat Islam menunggu orang Kristian di Malaysia yang menyembah Allah meminta saudara seagama mereka menarik balik fitnah tersebut serta meminta penipu-penipu ini meminta maaf kepada seluruh umat Islam atas pembohongan mereka. Barulah kita boleh mempertimbangkan permintaan mereka menyamakan nama tuhan mereka dengan saudara seagama mereka di negara-negara Arab.

Local Fighter said...

Salam YB Kulim/Bndr Baharu,

Saya 'copy and paste' dari laman blog saya untuk tatapan sahabat sekalian. Nak taip balik satu -satu malas. hehe.. :

Kalam Allah dibawah artikel ini paling menusuk kalbu!

Menyentuh mengenai calon dan wakil rakyat parti bukan Melayu, dilihat parti DAP lebih dikuasai oleh orang - orang beragama Kristian jika dibandingkan dengan MCA, MIC mahupun Gerakan.

Misalnya 15 Ahli Parlimen MCA kini tidak ada seorang yang beragama Kristian. Mudah dikenali melalui nama.

Tidak seperti nama - nama besar di dalam DAP seperti :
Anthony Loke Siew Fook - MP Rasah dan ADUN Lobak
Hannah Yeoh - MP Subang Jaya
Teresa Kok Suh Sim - MP Seputeh dan ADUN Kinrara
Ronnie Liu Lian Kiew - ADUN Pandamaran
Tony Pua Kiam Wee - MP Petaling Jaya Utara
Thomas Su Keong Siong - ADUN Pasir Pinji, Perak - Penolong S/Usaha Kerja DAP Pusat
Jenice Lee - ADUN Teratai

Nama menunjukkan apa anutan mereka. Adakah mereka terlibat sama dalam kes Kalimah Allah ini sebagai 'tangan - tangan ghaib'?

Di PKR juga terdapat juga pemimpin berjiwa mubaligh seperti :
Dr Xavier Jayakumar - ADUN Seri Andalas
Dr Irene Fernandez - Ahli Majlis Pimpinan Pusat
William Leong Jee Keen - MP Selayang merangkap Bendahari Agung PKR
Johnson Chong - Pengarah Komunikasi PKR Pusat
Elizabeth Wong - ADUN Bukit TERLanjanG.

Secara jelas disini boleh disimpulkan berkongsi kuasa 'politik' dengan agama lain adalah lebih baik daripada pemimpin agama Kristian!

Benarlah firman Allah :
'Sekali - kali tidak akan redha orang -orang Yahudi dan Nasrani (Kristian) sehinggalah kamu mengikuti jalan - jalan hidup mereka'.
~ Al-Baqarah : 120

'Wahai orang - orang yang beriman, janganlah kamu menjadikan orang Yahudi dan Nasrani (Kristian) menjadi teman setiamu, mereka satu sama lain sering melindungi. Barangsiapa diantara kamu menjadikan mereka teman setia, maka sesungguhnya dia termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang - orang yang zalim'.
~ Al-Maidah : 51

Abdul Haziq Jamal said...

YB Zulkifli,
Adakah YB pasti ayat yang dimaksudkan oleh YB dibawah ni dari Surah Al Fath?
" Dan Al Quran itu adalah petunjuk yang benar dan haq, dan dimenangkan dan dimuliakan atas agama dan kefahaman lain, walau musyrikin (dan kafir la'natullah lain) tidak suka" (Al Fath: 20).

Saya rasa YB merujuk pada ayat di surah At Taubah :33

Harap buat pembetulan.

Salam Brother
Jamal Wahid

enrozli said...

Salam YB,

Saya sokong kenyataan YB 100%. Teruskan agenda menegakkan kebenaran. Hidup untuk akhirat bukannya untuk dunia atau parti. Saya juga sokong pendapat Dr Haron Din. Kepada yg belum baca sila baca dan fikirkan. Teruskan perjuangan YB.....

mokthar said...

YB Zul boleh tanya pendapat boss YB dululah iaitu DS Anwar Ibrahim...sebelum bertanya kepada puak-puak yg menyokong penggunaan istilah Allah oleh golongan Katolik tu..

little napolean said...

saya hormati pandangan dan pendirian YB. Namun begitu, landasan YB sebenarnya adalah menyimpang dari pendangan umum parti YB sendiri. Saya cadangkan agar YB istihar jadi bebas atau YB join parti pemerintah. Seperti yg YB maklum, ketua umum pembangkang yang menjadi juru kemudi utama parti YB sendiri memiliki pandangan berbeza dengan YB. Maka kini sudah tiba masanya untuk YB memilih saluran dan landasan yang sesuai dengan YB.

sri buat said...

a'kum YB,

Untuk masa depan anak cucu kita yang semakin tipis pengetahuan agama islam mereka dek sistem pendidikan, perjuangkan supaya kalimah ALLAH tidak boleh digunakan oleh kristian.
saya cukup yakin mereka nak gunakan kalimah ALLAH itu untuk memesongkan akidah anak muda kita. Allahuakbar........

arah said...

YB Zul

As a lawyer you have to do more research and provide more evidences.

May be you who are trap by Satan, because Allah is the Almighty God the Creator, the God of all mankind not just for the Muslim.

Do you think there is God for the Jews, there is God for the Christian and there is difference God for the Muslim?

May be you missed the following verse.

21:22 (Y. Ali) If there were, in the heavens and the earth, other gods besides Allah, there would have been confusion in both! but glory to Allah, the Lord of the Throne: (High is He) above what they attribute to Him!

Pope Benedict Responds To Letter From Muslim Scholars
By Father Tom Michel

ROME (UCAN) -- The Vatican on Nov. 29 released its much-awaited response to the letter of 138 Muslim scholars concerning the need for Christians and Muslims to come to a "common word" on essential matters of faith.

The Muslims' letter of Oct. 13 stressed the centrality of the twin duties of love of God and love of neighbor as being at the heart of what the two religions are about.

The response of many Christian leaders was immediate and very positive. Archbishop Rowan Williams of Canterbury, head of the Anglican Communion, replied the same day he received a copy of the letter, addressed to Pope Benedict, the archbishop and other major Christian leaders by name as well as to all Christian leaders in general.

http://www.acommonword.com/index.php?lang=en&page=option1

gagasan_warisan said...

Anuar sokong...hadi macam sokong...Bekas mufti mangkuk hayun tu pun sokong....nik aziz pun macam skong...

Haron Din ngan YB jerkk yang tak sokong.....UMNo pun tak sokong....tapi pas pandang sinis.....

Azman said...

Salam YB.

Saya mempunyai fahaman politik yg berbeza dgn YB, tetapi di dalam isu kalimah Allah ini, tiada satu pun perbezaannya di antara kita.

Maksudnya, jika kita dapat mengenepikan sebentar perbezaan fahaman politik demi Islam, nescaya kita pasti akan berjaya merungkaikan segala kemelut isu yang kusut masai, mengenai Islam terutamanya. Sudah pasti umat Islam akan bertambah kuat dan non-Muslim tak berani nak memperkotak-katikkan kita lagi.

Senang nak cakap tapi susah nak buat, ye tak?

Apapun, ini adalah satu permulaan yang sangat baik.

Terima kasih.