26 January 2010

BISMILLAH

Salam 2 all.

ALLAH berfirman yang mafhumnya tiap orang yang beriman pasti akan di uji. Rasulullah saw bersabda, diakhir zaman nanti untuk menjadi Islam itu adalah pelik, sebagaimana Islam itu bermula pelik. Dan kata Rasulullah, kelak nanti kamu akan melihat nanti memegang kepada Islam adalah saperti memegang bara api!!

Melihat kepada kenyataan akhbar yang riuh dibuat adalah jelas hukuman sudah pun dijatuhkan kepada saya walaupun belum lagi ada apa-apa prosiding dibuat terhadap saya. Kelihatan Fira'un-Fira'un Kecil mula menyalak sana sini menuntut kepala saya dipancung!

Dosa saya: hanya kerana mempertahankan kalimah suci ALLAH daripada disiat-siut dan dicemar oleh golongan yang terlalu mempertuhankan politik. Politik menghalalkan segala cara walaupun perlu menggadai anak bini, politik itu tuhan walaupun ALLAH terpaksa di pijak.

Sejak berjuang untuk Islam, saya sudah bersedia untuk sebarang kemungkinan. Dari zaman saya mula mengenal Islam sebagai suatu addeen yang indah dan benar, saya sudah bersedia untuk menerima hakikat saya akan menerima pelbagai cabaran dan halangan.

Lebih banyak dugaan dan cubaan, lebih saya bersyukur kepada ALLAH. Sedangkan Nabi kekasih ALLAH melalui ujian yang maha hebat, inikan insan kerdil saperti saya.

Cuma yang peliknya, sampai sa'at saya menulis ini, saya masih belum menerima apa-apa notis untuk menghadiri apa-apa prosiding jawatankuasa disiplin atau Biro Politik yang katanya nak bersidang hari ini untuk menentukan tindakan terhadap saya. Sedang Fira'un-Fir'aun Kecil ini sudah pun dalam proses mencincang lumat saya didalam media sana sini, tapi sehingga kini saya tidak dipanggil untuk memberikan penjelasan atau hak membela diri.

Yang saya diberitahu, cuma ada satu taklimat khas oleh DSAI untuk semua wakil rakyat dan pimpinan tertinggi PKR pagi ini berkaitan kes liwat yang akan bermula minggu depan. Itupun saya telah maklumkan saya tidak dapat hadir kerana sudah ada program terdahulu yang tidak dapat saya batalkan.

Apa pun, saya telah menegaskan bahawa dalam isu penyalahgunaan kalimah ALLAH ini saya tidak akan berkompromi walau setitik. Saya bersedia dengan sebarang kemungkinan. Moga ALLAH memberikan keampunanNya kepada saya dan memberi petunjukNya. Ameen.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Selasa
10 Safar 1431
26 Januari 2010

154 comments:

Arai Zdin said...

YB Zul,

Saya pernah menghormati YB dan akan terus menghormati kekuatan prinsip YB, namun YB tidak perlu terus ego dan merasakan YB seorang sahaja yang mengasihi agama Islam ini.

Bila YB menyatakan "isu penyalahgunaan kalimah ALLAH ini saya tidak akan berkompromi walau setitik..." ya semua org Islam tidak akan berkrompomi "penyalahgunaan" kalimah Allah tapi penyalahgunaan kalimah bagaimana yg YB maksudkan.

YB boleh quote mana2 ulama' yg menyokong pendapat YB tp kenapa YB tak quote juga pendapat ulama'2 terkemuka dunia yg tidak selari dgn pndpt YB? Bagaimana pula dengan sunnah yang ditunjukkan oleh Rasulullah dalam mendepani kaum2 musyrik baik penyembah berhala, nasara dan yahudi yg turut menggunakan kalimah Allah pd waktu itu?? YB sila rujuk Quran dan Sunnah apakah pendekatan yg Nabi lakukan? Adakah nabi melarang mereka menggunakan kalimah Allah??

Islam ini berpecah bila kita meninggalkan sunnah dan berpegang pada pendapat manusia yang kita rasakan betul. Saya tak perlu argue ttg penggunaan kalimah Allah oleh non-muslim sbb saya yakin YB sbg pencinta Islam juga telah meneliti ayat quran dan sirah nabawiyah. Persoalannya adakah pendekatan Quran dan sunnah yg kita lakukan dlm mendepani golongan2 musyrik ini?

YB menyatakan mereka akan menyalahgunakan nama Allah, tapi adakah Islam menjatuhkan hukuman atas kesalahan yg belum dilakukan? Itu andaian YB, mungkin benar mereka akan salahgunakan. Ertinya apa beza kita menahan seseorg dlm ISA sebelum seseorg itu melakukan kesalahan yg kita syak akan menghuru-harakan negara? jika YB seorg pejuang Islam kenapa prinsip asas perundangan ISlam ini YB ketepikan?

Ulama'2 yg tidak bersetuju dgn YB bukannya mengetepikan kepentingan menjaga kalimah Allah dari disalahguna, mereka lebih memandang kepada advantage kpd Islam yg mungkin YB tak nampak.

Jadi perbezaan pndapat antara YB dan rakan2 muslim lain bukanlah perbezaan antara cintakan Islam atau tidak, tapi lebih kepada pndgn YB yg menyatakan jika dibenarkan akan membahayakan Islam dan mereka berpandangan sebaliknya. mereka juga berhujah dgn quran dan sirah nabawiyah jadi adakah YB menyatakan mereka tidak Islam bahkan menggelar mereka firaun dsb? Adakah YB menggelar rakan2 YB yg berhujah dgn Quran dan sunnah itu Firaun??

Saya harap YB lebih mengahalusi adab dan tatacara YB daripada terus menerus mempertahan ego seolah2 YB sahaja yg cintakan Islam.

Utk pengetahuan YB, saya merupakan lulusan dari Al-Azhar, pengkhususan akidah dan dakwah, dan telah mengkaji tentang perkembangan kristian secara detail. dan saya juga secara langsung berdakwah dgn ramai rakan2 non-muslim khususnya kristian dan percaya lah YB, sy lebih mudah menarik mereka kpd Islam kerana mereka mengakui Allah sbg tuhan mereka (walaupun mereka berimankan triniti) daripada mereka sndri pun tak tau siapakah Tuhan..

Sekiranya YB kata mereka patut guna God sahaja, God tak semestinya Allah, saya nak tanya YB adakah Allah itu God atau tidak? persoalan mengelirukan ialah masalah pemahaman kita dan bahasa kita. jadikah adakah YB mengambil langkah bermusuh dgn rakan2 jemaah sendiri kerana masalah bahasa Melayu??

Az said...

hanya kerana mempertahankan kalimah suci ALLAH daripada disiat-siut dan dicemar oleh golongan yang terlalu mempertuhankan politik. Politik menghalalkan segala cara walaupun perlu menggadai anak bini, politik itu tuhan walaupun ALLAH terpaksa di pijak.

hai perli khalid samad ke?

Sejak berjuang untuk Islam, saya sudah bersedia untuk sebarang kemungkinan. Dari zaman saya mula mengenal Islam sebagai suatu addeen yang indah dan benar, saya sudah bersedia untuk menerima hakikat saya akan menerima pelbagai cabaran dan halangan.

para tok2 guru dan alim ulama terlebih alim drp anda, tapi tak pulak bertindak terlebih2, tak pulak nak tunjuk hero tak kena tempat, dalam jamaah ada adab dan cara bertindak, bertindak tak kena cara akan lebih bagi mudharat, melainkan org itu gila GLAMOUR.

bronaga said...

teruskan perjuangan anda dgn. Prinsip yg. Sedia ada! Walaupun berbeza fahaman politik saya berdoa agar anda diberikan kekuatan utk. Mempertahankan agama suci Allah. Jgn. Sekadar retorik...wallahualam

Muhammad said...

Majlis Ilmu Dari Buku Habib Abdullah bin Alwi Al-Haddad : http://wp.me/piAx4-167

Pengajian Kitab 40 Hadits Penawar Hati oleh Syaikh ahmad Fahmi Zamzam : http://wp.me/piAx4-169

Majlis Ta'lim Darul Murtadza pimpinan al-Habib 'Ali Zainal 'Abidin al-Hamid : http://wp.me/piAx4-15U

Kemelut Pemikiran Agama : http://wp.me/piAx4-15S

Kajian (nama Allah) bawa paderi kepada Islam ! : http://wp.me/piAx4-15P

niffiras gunung ledang said...

Salam, Tuan.

Allah bersama-sama orang-rang yang benar. Seperti komen-komen saya yang terdahulu... Yang benar pertahankanlah, yang batil ditentang walaupun selemah iman kita biarlah dari dalam hati kita... tentanglah.

Semoga perjuangan tuan diteruskan dengan ikhlas dan jujur. Allah melindungi orang-orang yang berjuang di jalan yang benar.
Hakikatnya matlamat tidak pernah menghalalkan cara. Yang benar tetap benar, yang salah tetap salah.

Semoga tabah menghadapi ujian Allah. Amin.

Unknown said...

Salam YB Zul..

Walau apa pun yg jadi,kami akan tetap sokong pendirian YB..Teruskan p'juangan YB.Hope, walau apa pun tindakan yg di kenakan ke atas YB jgn sampai mematikan api p'juangan YB.And harap sgt YB jgn la smpai keluar dari Pakatan Rakyat.Selamat B'juang.

PUTERI said...

Salam,

semuga saudara istiqamah dgn pendirian. Ameen.

Anonymous said...

Saya rasa saudara sudah tersalah faham antara agama dan fasisme. Apa komen saudara tentang ayat Quran yang mengatakan Allah itu Tuhan kepada manusia, lembu-kerbau, gunung-ganang malah Tuhan kepada Syaitan sekalipun ialah Allah. Walau apa pun yang kita sembah (batu, patung, pokok), Tuhan kita yang memberi kita perlindungan dan kehidupan ialah Allah. Akidah saudara memang pelik, lebih kepada kumpulan Ku Klux Klan.

Asrul Putrajaya said...

SALAM YB

teruskan perjuanagn YB, Allah dan orang2nya berada dibelakang YB. Setiap pejuang kebenaran pasti diujui.

islam akan dipandang pelik, dalam kata lain islam itu Gharib.

teruskan di atas kepercayaan YB.

salji said...

sheh,

tak kenal maka tak cinta.
dah kenal baru tau crita.

balik mai KBB crita kat sini. tu pun kalau ada org sudi. rasanya dah banyak ruang orang kulim tutup.

sheh, cermin diri.kami rakyat dah muak ngan kaki auta hang.

Madir said...

A'kum YB,

Mungkin taraf pendidikan agama saya dengan YB bak langit dan bumi.

Tetapi sebagai orang ISLAM, saya, YB dan seluruh umat ISLAM mengakui ALLAH tuhan semesta alam.

Tetapi mengapa didalam masa yang sama kita menghadkan ALLAH untuk orang ISLAM sahaja? adakah kita mengakui bahawa mereka yang kafir bukan ciptaan ALLAH? ada tuhan lain yang menciptakan mereka?

YB, mungkin setuju jika kita katakan um-NO hanya menggunakan sebahagian dari KITAB AL-QURAN untuk kepentingan mereka, tetapi bukan keseluruhan. Apa bezanya YB dengan um-NO, disebabkan YB hanya menggunakan sebahagian sahaja ulama yang sependapat dengan YB, tapi yang lainya yang berlainan pendapat tidak diendahkan?

Mungkin YB kata, YB mempertahankan ALLAH demi kesucian islam, adakah ulama lain yang tidak sealiran dengan YB ingin menghancurkan ISLAM?

Semoga kita diberi petunjuk dan hidayah oleh ALLAH.

-madir-

ZULKIFLI said...

Salam, Sdr Zul;
Pendirian orang harus dihormati dan saya menghormati pendirian Sdr. Sdr melihat bahawa penggunaan kalimah ALLAH yang wewenang oleh orang bukan Islam di Malaysia akan mencetuskan masalah. Sebagai orang yang pernah menangani kes-kes murtad, saya yakin penentangan Sdr itu sedikit banyak ada asasnya.

Jika akidah Aisyah Bukhari dahulu berjaya dipesongkan walaupun tanpa penggunaan kalimah ALLAH itu, bahaya besar menganga luas di depan anak-anak muda yang cetek agama apabila kalimah itu dibenarkan penggunaannya kepada puak yang beria-ia itu. Saya fikir hal itu merupakan sebahagian daripada asas penentangan Sdr.

Saya juga bersetuju dengan kebimbangan Sdr bahawa kebenaran untuk menggunakan kalimah Allah oleh pihak yang beria-ia itu akan disalahgunakan. Ada pihak yang mempertikaikan kebimbangan Sdr itu sehingga dianggap sebagai tidak Islamik kerana hukuman tidak wajar dijatuhkan atas kesalahan yang belum dilakukan, namun bagi saya mencegah lebih baik daripada mengubati.

Kebimbangan kita yang paling besar di negara ini ialah agamawan seperti Nik Aziz, Haron Din, Abu Hassan Din, Hadi Awang, Shamsuri Ahmad, Zahzan Mohamad, Ismail Kamus, Syed Naquib, dan lain tidak banyak. Yang banyak ialah orang-orang yang agamanya hanya bersalut di kulit dan kebanyakan mereka ialah orang-orang muda. Mampukah orang-orang seperti ini membidas hujah puak Kristian itu nanti kalau kelak kalimat ALLAH itu disalahgunakan?

Wallahu a‘lam. Saya berlindung kepada-Nya, sama seperti Sdr. Teruskanlah perjuangan Sdr.

Mohd Hanif said...

Rujukan pada komen-komen menyokong untuk pihak gereja menggunakan kalimah Allah... Sedih.. orang melayu islam makin keliru berkenaan penggunaan nama Allah.. yang ditentang YB Zul bukan xboleh guna tp xboleh salahguna.. maksud salah guna mcm yang dituntut pihak herald untuk guna namma Allah dalam bible...

Abu Aysar Ahmad Suhaili said...

YB teruskan, pada saya anda telah berjaya mempopular diri anda. Lantak apa orang kata, yang penting strategi anda untuk meletakkan diri anda sebaris dgn pejunag-pejuang Islam tercapai. Salah atau betul, itu secondary. Yang penting diri anda tertonjol. Anda telah popular, tahniah. Popular sebagai, orang yang paling lantang bersuara. Niat? tak payah susah-susah pasal niat. Kalau terasa salah, taubat jelahkan. Yang penting, banyakkan lagi kritik, laporan polis secara terus menerus dibuat.

zul said...

"sehingga kini saya tidak dipanggil untuk memberikan penjelasan atau hak membela diri"...

Habis tu, ada ko gi tanya atau bincang ngan YB Khalid...tup tup terus gi saman...otak kat kepala lutut ko ni....dalam pada PR tgh nak berPAKAT,,ada Syaitan Bersongkok mcm ko...

Mohd Hanif said...

Sedih jugak tengok ada lagi melayu islam yg masih lg duk pegang kat Parti(politik) di saat-saat umat melayu islam malaysia diuji.. Bersatu bukat atas semangat parti politik...tp bersatu atas semangat melayu islam...

nikman said...

dalam perjumpaan di rumah DSAI semasa membicarakan isu Allah ni kenapa YB tak bersuara? menyalak dalam blog je pandai. pigii dah.
Ketua Majlis Ulamak SEDUNIA, Yusuf Qardhawi pun mempunyai pendapat berbeza dari YB, adakah YB nak bagitau yg Yusuf Qardhawi ada kepentingan politik??
cakap takyah guna emosi la.. YB tu org berpendidikan tinggi..jgn jatuhkan darjat dan maruah YB.

najamarine said...

salam saudara..

subhanallah,selepas membaca komen2 yg tidak menyokong saudara,saya sungguh sebak..orang islam masih di buai alunan irama kristian yg sudah berjaya untuk langkah seterusnya berdakwah menyesatkan org islam..

kita tidak pernah mempertikaikan ALLAH itu adalah tuhan segala alam dan kehidupan..tetapi kita hanya mempertikaikan agenda pihak tertentu untuk mengelirukan penganut agama islam dan generasi akan dtg.menggantikan kalimah ALLAH untuk tuhan adalah sangat2 bodoh dan tidak masuk akal..

kalimah ALLAH datangnya dari ayat2 ALLAH dalam Al-Quran.mereka yg tidak beriman kenape perlu menggunakan kalimah ALLAH dalam penyebaran agama anutan mereka???.

saya juga sedih ramai org islam masih tidak sedar apa yg tersirat dan melihat secara luaran isu ini.dan akhirnya musnahlah akidah generasi akan dtg kerana kelalaian segelintir orag islam yg juga lemah akidahnye di zaman ini..

wallahualam

Yusoff bin Ishak said...

YB, bab ni ana memang sokong enta. Cuma ana kurang berkenan kat enta bila enta mempertahankan Asri. Lagi satu, kalau diteliti, ulama2 aliran pondok atau mirip kepada aliran itu jer yang menentang...lain2 semua sokong! Ujian besar akan dihadapi oleh umat Islam akan datang. Hanya yang mantap akidah jer yang boleh bertahan...yang ikut2 saja akan lingkup..namun kesemua itu adalah pilihan yang telah ditentukan Allah...selamat berjuang YB

Arai Zdin said...

kalau kita kategorikan kristian mengaku Allah sbg tuhan pada masa yg sama mengakui triniti sebagai menyalahguna nama Allah, apa bezanya dgn kristian di zaman rasulullah? itu juga keimanan mereka.. tapi persoalannya adakah rasulullah mengambil jalan melarang mereka guna kalimah Allah?

Itu lah yg kita bahaskan skrg ini, bkn bererti membenarkan mereka guna itu bersetuju dgn triniti.. kalau gitu nabi sndri lebih awal membenarkan triniti kerana nabi tak pernah halang mereka guna kalimah Allah.

Sbb tu kita berbalik pd sunnah, bagaimana cara nabi menghadapi triniti?? pernahkah nabi mengarahkan injil2 menukarkan kalimah Allah kepada God, Rabb atau sebagainya? jadi mengapa kita nak mengambil langkah yang bercanggah dgn sunnah nabi?

Sudah la kerja dakwah kita tinggalkan, kita bebankan pula pendakwah2 sedia ada dgn sentimen kita yg lebih menyusahkan jalan dakwah..

Isu pokok ialah kelemahan pelajaran akidah di semua peringkat, bukannya kristian nak gunakan kalimah Allah, khuatir kita menyalak pada perkara yg tidak sepatutnya..

Isunya ialah "takut umat Islam yg lemah akidah terkeliru".. so langkahnya menghalang penganut agama lain berdakyah?? betul kah cara ini? iye tak nafi perlembagaan memperuntukkan non-muslim tak bole berdakwah kpd muslim, masalahnya lagi berapa lama kita nak bergantung pd perlembagaan, mahkamah dsb??

Saya harap satu kajian murtad perlu diadakan benarkah kalimah Allah digunakan kristian ini yg menjadi punca kemurtadan atau 'kecantikan' dakyah mereka yg kita tak pernah amik pusing utk counter yg jadi isu?

Saya tak pernah jumpa lagi org yg murtad kerana terpengaruh dgn triniti ttp ramai sgt yg dah masuk Islam kerana triniti.. so tu 1 advantage buat kita.. Islam itu fitrah, dan manusia dilahirkan dlm fitrah.. dlm setiap kristian yg mengimani triniti itu, ttp ada fitrah Islam kerana mereka dilahirkan fitrah.. tetiba kita yg dah dlm agama fitrah ni bole plak terkeliru dgn triniti..tu pelik bg saya

Mister Ijoi said...

YB, sy doa YB diberi kekuatan dan hidayah dlm perjuangan Islam ni.

Kutukan dan sokong itu adalah biasa dlm perjuangan Islam ini dan diharapkan YB mempunyai niat yg betul dan insyAllah ada org samada PKR, PAS atau BN akan mendoakan YB utk menempuh saat ini.

Ujian ini mungkin ada hikmahnya dgn perjuangan Pakatan. Dan yg pasti rakyat akan menjadi hakim yg mutlak.

Selamat Meneruskan Perjuangan

Apanama said...

Muslims have no monopoly over ‘Allah’ — Anwar Ibrahim

http://www.themalaysianinsider.com/index.php/opinion/breaking-views/50813-muslims-have-no-monopoly-over-allah--anwar-ibrahim

Ust Hj Hishamuddin Bin Mansor said...

Saya melihat ramai yang nak jadi mufti tak bertauliah dalam isu ini. Sepatutnya, apabila para Mufti sudah sepakat mengatakan orang bukan Islam tidak boleh menggunakan kalimah Allah, maka hendaklah di sokong !

Kasihan orang Melayu(Islam).... Apabila digasak oleh orang Kristian dengan isu kalimah ALLAH, orang Melayu terus berpecah menjadi dua.

Itu belum lagi kalau dibenarkan orang Kristian secara rasmi menggunakan kalimah ALLAH, lagilah hancur orang Melayu (Islam) di buatnya.

Apa pun marilah kita bersatu di belakang para Mufti. Mereka bertanggungjawab di bawah Raja-Raja Melayu memelihara kesucian Islam.

Zul Tahir said...

Salam YB,

Saya menyokong YB dalam perkara ini.
Bayangkan perkataan ( halal ) sahaja pun banyak di salah gunakan oleh orang bukan islam.

Pergi tengok kat shopping complex yang besar - besar kebanyak tauke - taukenya orang bukan islam menyalah gunakan pekataan halal tersebut walaupun makanan yang mereka jual itu tidak halal.



Zul

Anonymous said...

Zulfliki,
What's it going to be? Betraying Peoples' trust over 30 pieces of silvers? Come on! Just look at the public responses. The tides are turning against you.
Even your act is very unislamic

jibaouk said...

salam YB Zul...

dari dulu lagi aku memang kagum dgn prinsip YB.

cuma kalau boleh jengah2 la kengkawan sekali. Call2 la kawan kite kat Sg. Besar, Selangor tuh...

Dia pun tengah lenggok2 jugak tuh..

Teruskan perjuangan... kami sentiasa bersama pejuang agama, bangsa & negara... insya Allah

salam hormat.

Unknown said...

Salam,

Don't worry about the infidel, musyrik, munafiq and fasiq people.

You have done the right thing, the thing the mukmins thought a bigger leader would take.

Unfortunate for them (the Islamic Leader) who favor the kafir than his own muslim brother.

We stand together with you for Islam all the way.

Allah blessed you.

Amin.

bronaga said...

kpd. komentar yg. Tidak menyokong yb. Zul, kpd. Yg. Claim study dari uni.azhar, yg. Menggunakan ulamaq arab mesir yg. Lagi banyak perkara yg. Menjadi kemurkaan Allah disana, yg. Heboh nau sanjung owg. Munafiq Sana sini..cuba tanya diri sendiri dimana sebenarnya kedudukan iman anda? Bagi saya Islam ini agama Allah, Allah itu satu, ini tanahairku, dan yg. Paling Penting kafir lahanatullah tidak ada kompromi utk. Anda! Kalimah suci adalah hak Umat Islam! Muktamad!

ag said...

so YB bila nak jadi bebas tapi mesra BN?

sudahla kami dah lama tau perangai tuan,cuma PKR desperate cari calun terpaksa ambil tuan.

yg komen2 sokong yb zul majority org umno dan segelintir yg tidak kenal saudara.

Anonymous said...

"Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengan dia adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang terhadap sesama mereka. Kamu lihat mereka ruku' dan sujud mencari karunia Allah dan keridhaanNya, tanda-tanda mereka tampak pada muka mereka dari bekas sujud." (QS. Al-Fath[48] : 29).

Tok Mie 7 @ Azmi Ahmad said...

Salam Saudara Zul,

La Tahzan Inaallaaham'ana

Hasbunallaahi Wanikmalwakiil

Lahaulawala Quwataillabillah

Wassalam

the Milestone said...

Salam,

Kerana EGO KEmelayuAN, kerana itu YB bertindak sedemikian. Menggunakan SLOGAN mempertahankan ISLAM, utk menutup EGO KEmelayuAN sebenar! Mengapa PERLU bersemangat pada yg tidak perlu? Jawapannya kerana "SIEGE MENTALITY" KEmelayuAN, digunakan untuk menjustifikasikan ISLAM!

Semoga ALLAH memberi petunjuk, rahmat dan belas ihsan dihati kita semua..

Wallahu'Alam

http://showyourmiles.blogspot.com/

-milestone-

Tok Pauh said...

Suatu hari nanti, janganlah kita sesal bila nama Allah di tatto ketempat2 tertentu waima dicelah kangkang, kerana kita yang membenarkan mereka menggunakannya sedangkan kita tahu siapa mereka, kita tahu mereka tidak akan beria-ia menggunkan nama Allah untuk mengikut kita kerana Mereka tidak akan redha sehingga kita yang mengikut mereka.

Sungguh memalukan apabila lulusan luar negara dalam bidang agama tidak dapat meletakkan sesuatu didalam konteks yang betul. Kuah kari yang bersih jika dimakan bolehkah disimbahkan kemuka orang-orang begini kerana katanya bersih.

UltramanTaro said...

Salam YB,

Saya amat bersetuju dgn YB.
Saya doakan agar YB dirahmati dan dilindungi olehNYA..
Insyaallah..

Berani kerana BENAR,
Takut kerana SALAH..

Anonymous said...

Salam
saya sokong apa yg bronaga kata nie.....dan YB zul don't worry.

bronaga said...
kpd. komentar yg. Tidak menyokong yb. Zul, kpd. Yg. Claim study dari uni.azhar, yg. Menggunakan ulamaq arab mesir yg. Lagi banyak perkara yg. Menjadi kemurkaan Allah disana, yg. Heboh nau sanjung owg. Munafiq Sana sini..cuba tanya diri sendiri dimana sebenarnya kedudukan iman anda? Bagi saya Islam ini agama Allah, Allah itu satu, ini tanahairku, dan yg. Paling Penting kafir lahanatullah tidak ada kompromi utk. Anda! Kalimah suci adalah hak Umat Islam! Muktamad!

Unknown said...

Kita laungankan kebebasan dan kita merintih tentang hak. Mengapa langkah Zul Din membuat laporan Polis disanggah? Dia menggunakan haknya oleh kerana dia merasakan yg sesorang telah bertindak ke tahap hasutan. Samada Zul betul atau tidak, cuma undang-undang yg akan menentukan. Ini bukan soal siapa lebih Islam atau bertindak di luar garis susila politik. Jika apa yg seseorang individu nak laksanakan itu kekal di dalam konteks perundangan dan perlembagaan negara harus di tapis pula dari sudut rasa, selera dan emosi maka jangan berpolitiklah kita semua. Nothing is impossible in politics. Zul cuba mendapatkan haknya dari ruang politik tetapi dia sedar yg meja 100 di kediaman DSAI akan menidakan haknya.
Saya rasa ini satu contoh kematangan. Jika pihak pemimpin PR sendiri sudah berkeputusan mutlak, Zul tak seharusnya hipokrit - dan Alhamdulillah, beliau tidak. Ini satu peringatan bahawa orang yg terlibat juga perlu mengambil kira sentimen rakan seperjuangan sebelum melafazkan doktrinnya yang memperlekehkan enakmen yg sedia ada.

Bila Nazree melaporkan Tan Sri MB kepada MACC belia dikecam - kini beliau makan setelam dengan yg dikecam. Mengapa harus melatah? Biar Polis yg merungkai aduan rakyat.

Saya tak katakan yg apa yg Zul buat itu terbaik, tetapi lihatlah dari lensa politik dan juga lensa anda yg melaungkan kebebasan hak. Kita cuba menyatas hak seorang pemimpin dan lebih dahsyat lagi perangai menghukum ni ala mereka di sebelah sana. Apalah bezanya kita? Saya sedih yg laungan kita hanya rethoric, bila ada yg ultra, kita terus secara otomatis kembali ke keselesaan caci-cerca...Entahlah

ZAIFUL ZIN said...

saya hanya menuggu orang2 beragama Hindu pula yang memohon menggunakan kalimah Allah. Jika "Allah" boleh dikongsi oleh org bukan Islam maknaya Hindu pun boleh. Nanti boleh lah org perlekehkan "Mana Allah?"....Tu ahh kat padang tengah ragut rumput....

Wallahuallam....

the Milestone said...

Salam,

Kerana EGO KEmelayuAN, kerana itu YB bertindak sedemikian. Menggunakan SLOGAN mempertahankan ISLAM, utk menutup EGO KEmelayuAN sebenar! Mengapa PERLU bersemangat pada yg tidak perlu? Jawapannya kerana "SIEGE MENTALITY" KEmelayuAN, digunakan untuk menjustifikasikan ISLAM!

Semoga ALLAH memberi petunjuk, rahmat dan belas ihsan dihati kita semua..

Wallahu'Alam

http://showyourmiles.blogspot.com/

-milestone-

proKad - Your Professional Wedding Inspiration said...

Wahai saudara seislamku sekalian. Saya amat menyokong pendapat YB tentang perkara ini. Dewasa ini, muda mudi islam kita begitu lemah imannya. Sekiranya kita tidak bangun menentang penggunaan kalimah ALLAH bagi orang kristian, saya khuatir yang anak cucu kita nanti akan terkeliru dengan isu ini. Mereka akan menganggap agama islam yang suci ini sama sahaja dengan kristian. Bezanya cuma tuhan kristian 3, islam cuma satu. Tapi nama mereka sama sahaja. Bagi mereka yang cetek ilmunya tentang islam, akan membandingkan secara mudah yang mana kristian lebih mudah diamalkan (dosa boleh diampunkan) tanpa menyedari agama kristian hanyalah agama ciptaan manusia. Sedarlah wahai saudaraku sekalian, jangan kelak nanti islam hanya tinggal nama sahaja. Allahuakbar.

mgkarambit said...

Tahniah YB kerana dapat memisahkan politik dengan agama..pihak yang menentang.. diharap dapat petunjuk dan hidayahNYA.Kebanyakan pemimpin sekarang mementingkan politik masing-masing..bila isu Kalimah diperlekehkan ...yang menuding jari adalah pemimpin melayu islam sendiri..kesian... Teruskan usaha memertabatkan islam ..agama lain sedang mentertawakn kita ...SEDARlah...Insaflah...

Syeikh YB said...

yb tak berdosa pon.tapi yb sedikit kebodohan tidak berhikmah.biasa la manusia.berbeza pendapat adalah perkara biasa.

ariff55 said...

YHWH Elohim Jehova Yahuwa Ya ALLAH

Salam YB

http://www.answering-christianity.com/allah.htm

tapi kita perlu cegah jadik begini


Dengan Nama ALLAH
Tuhan Pengasih
Tuhan Penyayang
Tuhan SELURUH AGAMA

kerana sesat lagi menyesatkan
tidak lagi esa pada zat sifat perbuatan NYA

cegah tauhid 3 serangkai

cegah pluralis agama

cegah liberalis aqidah

melalui pindaan Enakmen

cegah Din Ilahi kurun 17 Akbar India

rakyatkan Syariat hakikat dan makrifat

perkasakan iman islam dan IHSAN

cegah sekularisme

Pinda Enakmen Negeri-Negeri

BENE4333 said...

"Bayangkan perkataan ( halal ) sahaja pun banyak di salah gunakan oleh orang bukan islam."

saya quote statement ini dari komen saudara zulkarnaini...memang tepat sekali...sedangkan isu tanda halal pon mereka permain-mainkan kita...inikan pula bila diberi kebenaran menggunakan perkataan Allah.....

MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATI....contoh yang paling mudah yang boleh kita ambil adalah Allah melarang kita menghampiri zina...Hampir pon dah dilarang, inikan pula melakukan nya....
teruskan YB...Jangan takut dengan tindakan yang bakal dikenakan pada saudara...

matdeboq said...

Salam..kpd semua,

Terus kan usaha murni YB, menentang agenda halus IFC ini !!

Puak2 IFC dan yg seangkatan dgn depa kini telah berjaya menimbulkan satu lagi Isu demi utk memecah belah kan umat Islam di M'sia ini.

Semoga usaha YB diberkati ALLAH swt
demi melindungi kesucian Agama Islam.

YB, bukan semua yg menyokong YB di sini pro-Umno. Cuma ada yg terpanggil demi ingin menyatakan sokongan terhadap usaha yg YB sedang perjuangkan ini. IFC kini berjaya menimbulkan kekeliruan umat Islam buat sekian kali nya ini lagi.

Teruskan Perjuangan YB..kerana "Majoriti Senyap Muslim" di M'sia berdoa bersama2 YB dalam menghadapi ujian ALLAH swt Yang Maha Esa keatas umat nya di bumi Malaysia yg tecinta ini.

Wassalam.

zul said...

Pertamanya saya nak mengajak diri saya dan pembaca sekalian untuk bermuhasabah kembali untuk kesekian kali, berkenaan tanggungjawab kita kepada Allah s.w.t dan perjuangan Islam. Kita hendaklah sedar bahawa dalam melaksanakan amanah ini kita tidak boleh berseorangan dalam melaksanakan perintah agung ini.

Islam menetapkan kepada kita untuk bermesyuarah dalam melaksanakan tuntutan ini. Ya sifat " Long Renger " boleh memashurkan seseorang, tapi sedar tak sedar ianya merugikan perjuangan itu sendiri.

Dalam kes YB Zul dan YB Khalid Samad ini. Mungkin keduanya ada pendapat sendiri. Pendapat sendiri, mungkin betul atau mungkin tidak, tapi apa yang pastinya ianya tidak akan mengundang keberkatan kepada jamaah. Kenapa ? Sebab Islam sendiri mengaturkan kepada kita hidup berjamaah. Maksudnya kita berpaksi kepada memberi wala kepada Imam dan juga Jamaah. Jika selama ini kita bersama perjuangan Islam kerana kita yakin dengan kepimpinan Islam yang ada hari ini. Kenapa kini kita seolah-olah mengatur langkah sendiri, setelah kita diajar oleh mereka untuk berjalan bahkan lebih teruk cuba melanggar mereka yang membimbing kita selama ini.

Sedar tak kamu berdua, Tg Hj Hadi dan Pimpinan Pas lain telah buat keputusan secara bersama tentang Isu yang menjadi pertikaian antara kamu. Sepatutnya kamu berdua duduk dibelakang mereka. Mungkin kamu nampak kepincangan dalam mereka membuat keputusan. Tapi sedar tak kamu itu adalah keputusan jamaah !!!

Sedarkah kamu berdua keputusan yang kamu berdua buat lahir dari jiwa kamu berdua sahaja. Nas- nas dari tokoh-tokoh lain juga tidak memadai untuk kamu melawan keputusan syura, yang dibuat secara jamaah. Adakah kamu fikir Tok Guru Hj Hadi tak sayang kepada Islam sebagai mana kamu ??? Atau adakah kamu lebih hebat berjuang untuk Islam lebih dari Tok tok guru kita ???Berpolitik sangatkah Tok guru sampai sanggup menggadaikan agama ???Kamu sahajakah yang betul !!!

Sedarlah wahai kedua-dua sahabat ku ini. Apa yang saudara buat ini sedikitpun tidak menguntungkan jamaah. Yang mendapat untung ialah UMNO/BN. Mereka sejak dari awal lagi berjaya memainkan isu ini untuk mempelagakan kamu. Sila jawab persoalan ini YB Zul, Kenapa Hakim Yang mengendalikan Kes Kalimah Allah ini adalah orang bukan Islam ? Buat saudara Khalid Samad, tak usahlah kamu cuba meraih publisiti melalui benda sensitif ini. Berilah peluang kepada mereka yang layak sahaja untuk bercakap soal ini.

Wassalam

Unknown said...

Entah la....kesian si Khalid Gereja tu...cita2 konon senang la nak islamkan orang Kristian kalau depa guna kalimah Allah.....yang saya terkilan nanti bukan kristian yang masuk islam....tapi orang melayu islam yang lemah imannya yang akan masuk kristian....lepas tu depa akan minta di robah perlembagaan supaya melayu boleh tukar agama....tengok la nanti....sekarang ni pun iman2 melayu lebih2 orang disebelah pantai timur yang muda2 la yang cetek agama dan bila berada kat KL...hancur dibuatnya gara2 "dunia tanpa sempadan" yaitu internet yang tak di tapis untuk bahan2 lucah. SEMUA TU MELAYU...YANG PALING RAMAI KENA AIDS PUN MELAYU PANTAI TIMUR....YANG TAGIH DADAH PUN MELAYU....NEXT COMING PULAK...YANG RAMAI MASUK KRISTIAN DARI PANTAI TIMUR JUGA KOT....SO SEBELUM TERLAMBAT BAIK KITA BERSATU HATI ...HARAMKAN KALIMAH ALLAH DARI DIGUNAKAN OLEH MEREKA....KALAU TUJUAN BAIK....ALLAH SAJA YANG MAHA MENGETAHUI.

Unknown said...

YB Zul, Ingatlah Bahawa Perjuangan YB Zul Bagi Memelihara Islam Di Negara Ini Merupakan Suatu Perjuangan Yg Suci, Sy Berjanji Dan Bersumpah Akan Mempertahankan Islam Walau Terserbam Rebah, Terpecik Darah Namun Mengalah Patang Sekali. Oleh Yang Demikian Saya Akan Meyokong Sepenuhnya Insan Seperti YB ZUL. YB Zul Bukan Berseorangan Ramai Lagi Ribuan Ummah Yang Cintakan Islam Berada Di Belakang YB.. Takbirrrrr .. Hidup YB ZUL

dausz said...

assalamualikum

YB perlu tinggalkan politik sekular.. marilah sertai Hizbut Tahrir... politik yg menegakkan Kerajaan Khilafah...

Madam XoXo said...

Berbalik isu sebenar, sekiranya kalimah Allah boleh digunakan oleh agama lain, apakah bermakna nama Allah itu boleh juga digunakan di atas salib? fikirkanlah.

jebbat said...

YA ALLAH! NAMAMU DIPERJUANG, HUKUMMU DIBUANG
Keputusan Mahkamah Tinggi pada 31 Disember 2009 lepas yang membenarkan akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly
untuk menggunakan kalimah Allah di dalam penerbitan bahasa melayunya telah mengundang kemarahan segelintir umat Islam.
Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada 17hb Januari 2009 yang lalu telah melarang akhbar tersebut berbuat demikian, namun
ternyata keputusan mahkamah akhirnya berpihak kepada mereka. Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Lau Bee Lan telah memutuskan
bahawa akhbar mingguan tersebut mempunyai hak untuk berbuat demikian dari segi Perlembagaan Persekutuan kerana Artikel
11(4) Perlembagaan hanya menghalang orang-orang bukan Islam daripada menggunakan kalimah Allah untuk menyebarkan agama
kepada orang-orang Islam tetapi ia bukanlah larangan untuk orang-orang bukan Islam menggunakannya sesama mereka. Menurutnya
lagi, Artikel 3(1) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan Islam sebagai agama rasmi tidak memberikan kuasa atau
membenarkan Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia untuk menghalang gereja tersebut daripada menggunakan kalimah
Allah [UM 1/1/2010]. Umat Islam yang berdemonstrasi membantah keputusan Mahkamah Tinggi memberi hujah bahawa kalimah
Allah adalah hak eksklusif umat Islam dan agama lain tidak berhak menggunakannya. Sebahagian umat Islam yang membantah
menyifatkan bahawa penggunaan nama Allah oleh akhbar Kristian tersebut boleh mengelirukan akidah umat Islam. Bagaimanapun,
kebanyakan pihak yang berdemonstrasi dikatakan terdiri dari puak-puak yang pro-UMNO, kerana itulah mereka diberi liputan besarbesaran
oleh media dan pihak polis pula langsung tidak mengambil tindakan atau menghalang para penunjuk perasaan yang
melakukan ‘demonstrasi haram’ ini. Dalam pada itu, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak meminta umat Islam bertenang
sementara dia berjanji akan menyelesaikannya dengan sebaik mungkin di mana beliau akan mengadap Agong dan juga Majlis Raja-
Raja dalam masa terdekat.
Di sebalik apa yang berlaku, tidak kurang juga pihak yang menyifatkan bahawa ada agenda politik di sebalik keputusan ini agar parti
pemerintah dapat tampil sebagai jaguh dalam ‘mempertahankan’ Islam, di samping dapat menutup segala kemelut dalaman yang
semakin banyak dan semakin parah. Apa pun, kerajaan telah memberi jaminan bahawa mereka akan merayu terhadap keputusan
Mahkamah Tinggi ini. Dalam pada itu, ada juga pihak yang mencadangkan penyelesaian luar mahkamah terhadap isu ini dengan
mencadangkan agar diadakan dialog di antara pemimpin tertinggi setiap agama bagi mencapai kesepakatan. Dengan kata lain,
konsep ‘dialog antara agama’ telah kembali menjadi modal akal untuk menyelesaikan masalah. Walhal, konsep ini jelas-jelas
merupakan perangkap kuffar terhadap umat Islam bagi mengiktiraf agama mereka yang sesat itu. Alih-alih ingin menyelesaikan
masalah, umat Islam terus memasuki perangkap kuffar dengan konsep pluralisme [sila baca SN76 Dialog Antara Peradaban: Umat
Islam Terperangkap Dalam Agenda Kufur]. Walaupun kekhuatiran sebahagian umat Islam bahawa penggunaan kalimah Allah oleh
puak kuffar ini akan menyebabkan kekeliruan ada asasnya, namun ia hendaklah dijawab dengan nas, bukannya emosi atau akal
semata-mata. Inilah pendirian yang harus diambil oleh kita sebagai seorang Muslim.


bersambung........ 1/4

jebbat said...

Bolehkah Orang Kafir Menggunakan Kalimah Allah?
Penggunaan kalimah Allah ini telah pun wujud sebelum zaman
Rasulullah SAW diutus lagi. Di Mekah sendiri ketika itu, orangorang
kafir Quraisy sudah pun menggunakan nama Allah di dalam
kehidupan seharian mereka, baik semasa beribadat mahupun
dalam sumpah mereka. Sehinggalah Muhammad diangkat
menjadi Rasul, penyebutan kalimah Allah tetap menjadi
kebiasaan mereka, baik oleh kafir Ahli Kitab mahupun kafir Musyrik.
Namun hal ini tidak pernah dihalang oleh Rasulullah SAW.
Sebaliknya apa yang dikecam oleh Rasulullah adalah perbuatan
mereka yang mensyirikkan Allah dan tidak mahu beriman dengan
Al-Quran. Dengan kata lain, yang menjadi perhatian Rasulullah
adalah akidah dan juga sistem mereka yang rosak di mana telah
berlaku penyimpangan dalam aqidah dan sistem yang mereka
terapkan. Namun demikian, terdapat keadaan di mana Allah
sendiri yang mengecam dan melaknat golongan kuffar ini apabila
mereka telah menyalahgunakan dan meletakkan Allah di tempat
yang salah.
(i) Penggunaan Yang Benar – Terdapat banyak ayat Al-Quran di
mana Allah tidak mengecam orang-orang kafir menggunakan
namaNya, tapi apa yang dikecam oleh Allah adalah perbuatan
mereka yang tidak beriman kepadaNya. Antaranya firman Allah,
“Dan Demi sesungguhnya! jika engkau (wahai Muhammad)
bertanya kepada mereka (orang-orang kafir), ‘Siapakah yang
menciptakan mereka?’ sudah tentu mereka akan menjawab,
‘Allah’. Maka bagaimanakah mereka boleh dipalingkan (dari
menyembah Allah)? Dan (Allah mengetahui) ucapan
(Muhammad) yang berkata, Wahai Tuhanku! Sesungguhnya
mereka ini adalah satu kaum yang tidak beriman!” [TMQ al-
Zukhruf (43):87-88]. Firman Allah dalam ayat yang lain, “Dan
sesungguhnya jika engkau bertanya kepada mereka, ‘siapakah
yang menjadikan langit dan bumi dan menundukkan matahari
dan bulan?’ Tentu mereka akan menjawab, ‘Allah’, maka
betapakah mereka (dapat) dipalingkan (dari jalan yang benar)?
[TMQ al-Ankabut (29):61].
Allah juga mengecam orang-orang kafir yang, walaupun meyakini
Allah dan menggunakan kalimah Allah, tetapi menyekutukanNya.
FirmanNya, “Ingatlah! Untuk Allah agama yang bersih (dari syirik).
Dan orang-orang yang mengambil pelindung selain Allah
berkata, ‘Kami tidak menyembah mereka melainkan supaya
mereka mendekatkan kami kepada Allah dengan sedekatdekatnya.
Sesungguhnya Allah akan memutuskan di antara
mereka tentang apa yang mereka berselisih padanya.
Sesungguhnya Allah tidak menunjuk orang-orang yang berdusta
dan sangat kufur. [TMQ al-Zumar (39):3].
Di dalam Sirah Ibn Hisyam, juga di dalam banyak hadis mengenai
perjanjian Hudaibiyah di antara Nabi SAW dengan kafir Quraish,
disebutkan bahawa, tatkala Quraish membuat perjanjian damai
dengan Nabi SAW, antara wakil Quraish ialah Suhail bin Amru.
Apabila Nabi SAW memerintahkan agar Ali k.w menulis di
permulaan perjanjian kalimah ‘Bismillahirrahmanirrahim’, Suhail
berkata, ‘Adapun Bismillah (dengan nama Allah), maka kami tidak
tahu apa itu Bismillahirrahmanirrahim’. Maka Nabi SAW pun
memerintahkan agar Ali memadam kalimah tersebut dan
menggantikannya dengan ‘Bismikallahumma’ (dengan namaMu
Ya Allah).

bersambung.........2/4

jebbat said...

Banyak lagi nas lainnya yang menunjukkan bahawa orang-orang
kafir boleh menggunakan nama Allah. Mafhum yang dapat diambil
daripada nas-nas di atas adalah Islam tidak melarang
penggunaan kalimah Allah oleh orang-orang kafir tetapi apa yang
Allah larang adalah perbuatan orang-orang kafir yang tidak
beriman dan menyekutukan Allah. Kesimpulannya, Islam tidak
menghalang penggunaan kalimah Allah oleh orang-orang kafir
tetapi dengan syarat ia hendaklah digunakan di dalam konteks
yang benar yakni Allah sebagai Tuhan bagi semua manusia, alam
semesta dan juga kehidupan. Umat Islam tidak seharusnya terus
melenting apabila nama Allah digunakan oleh orang kafir, namun
harus dilihat terlebih dahulu konteks penggunaannya. Bahkan
dalam beberapa keadaan, penggunaan kalimah Allah oleh orang kafir mendedahkan dan membuktikan lagi kesesatan
kepercayaan agama mereka.
(ii) Penggunaan Yang Salah – Sememangnya terjadi di zaman
Rasulullah di mana nama Allah telah digunakan di dalam konteks
yang salah oleh orang-orang kafir. Dan hal yang sama boleh
berlaku pada bila-bila zaman/masa sekalipun. Firman Allah,
“Wahai ahli kitab, janganlah kamu melampau dalam agamamu,
dan janganlah kamu mengatakan terhadap Allah kecuali yang
benar. Sesungguhnya Al-Masih, Isa anak Maryam itu adalah
utusan Allah dan (yang diciptakan dengan kalimatNya) yang
disampaikan kepada Maryam, dan (dengan tiupan) roh (dariNya).
Maka berimanlah kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah
mengatakan (Tuhan itu) tiga (‘trinity’)...” [TMQ an-Nisa(4):171].
Dalam ayat lain Allah menyebut, “Sesungguhnya telah kafirlah
orang-orang yang berkata, ‘sesungguhnya Allah adalah al-Masih
putera Maryam...” [TMQ Al Maidah (5):72]. Dalam ayat berikutnya
(ayat 73) Allah menyebut, “Sesungguhnya telah kafirlah orangorang
yang berkata, ‘Bahawasanya Allah adalah salah satu dari
yang tiga (trinity)’. Padahal tiada Tuhan (yang berhak disembah)
melainkan Tuhan Yang Maha Esa. Jika mereka tidak berhenti
dari apa yang mereka katakan itu, pasti orang-orang yang kafir
di antara mereka akan ditimpa seksaan yang pedih”
Allah melarang sama sekali malah mencela mereka yang
menggunakan namaNya dalam konteks yang salah yakni dengan
menjadikanNya sebagai salah satu dari tuhan-tuhan. Walhal demi
sesungguhnya Allah adalah satu-satunya Tuhan. Secara khusus
di dalam ayat di atas, Allah mencela golongan Kristian yang
menyebut atau menjadikan Allah sebagai salah satu dari tiga
tuhan (trinity). Dan Allah sendiri akan mengazab mereka yang
telah menyekutukan atau mengkufuriNya. Di dalam ayat lain, Allah
turut melaknat orang-orang Yahudi yang menggunakan nama
Allah dalam konteks yang salah, “Orang-orang Yahudi berkata,
“Tangan Allah terbelenggu” sebenarnya tangan merekalah yang
dibelenggu dan merekalah yang dilaknat disebabkan apa yang
telah mereka katakan itu” [TMQ Al Maidah (5):64].

bersambung........3/4

jebbat said...

Oleh yang demikian, jika ada orang-orang kafir yang
menggunakan nama Allah, maka hal ini hendaklah diperhatikan
terlebih dahulu konteks penggunaannya. Jika mereka
menggunakan nama Allah untuk merujuk Allah sebagai Tuhan
kepada semua manusia, alam dan kehidupan, maka benarlah
adanya. Tetapi jika mereka menggunakan nama Allah untuk
merujuk Allah sebagai bapa Al-Masih Isa anak Maryam, sebagai
merujuk kepada berhala mereka atau menyekutukanNya, atau
meletakkan Allah dengan sifat yang salah (seperti surah 5:64 di
atas), maka kesemua ini adalah salah dan batil. Ukuran benar
atau salah, atau boleh atau tidak bagi orang-orang kafir
menggunakan kalimah Allah, semuanya hendaklah beristidlal
kepada Al-Quran atau Sunnah, sebagai satu-satunya nas. Kita
sama sekali tidak boleh menjadikan Perlembagaan Persekutuan
sebagai dalil ‘boleh atau tidak’ orang-orang kafir menggunakan
nama Allah. Bagi mahkamah kufur, sudah semestinyalah mereka
akan berpegang kepada Perlembagaan kufur, tetapi bagi kita,
Perlembagaan itu langsung tidak ada nilainya di dalam mengukur
sesuatu hukum atau perbuatan. Kebenaran itu ada pada Al-
Quran, bukannya pada Perlembagaan. Al-Quran dan Sunnahlah
yang wajib menjadi nas, bukannya undang-undang ciptaan
manusia! Justeru, apa sahaja keputusan mahkamah, baik
berpihak kepada gereja atau kepada KDN, kesemuanya bukanlah
ukuran kebenaran!
Nama Allah Diperjuang, Kenapa HukumNya Dibuang?
Setakat kajian yang telah dilakukan, dari dulu hingga sekarang
pihak Kristian tidak pernah menggunakan perkataan ‘Allah’
sebagai Tuhan, baik di dalam kitab mahupun penulisan rasmi
mereka, tetapi mereka menggunakan perkataan ‘God’. Lantas
apakah agenda mereka kali ini sebenarnya? Tidak mustahil
bahawa ini merupakan usaha terbaru mereka untuk
mendakwahkan agama Kristian di kalangan orang Islam. ‘God’
diterjemah kepada ‘Allah’ supaya mudah difahami oleh anakanak
muda yang pastinya akan menolak sekiranya Nabi Isa
dikatakan sebagai Tuhan. Hakikatnya, apa yang perlu disedari
dan dilawan adalah keseluruhan dakyah Kristian itu sendiri,
bukannya terperangkap dengan isu istilah yang mereka gunakan.
Kita perlu bertanya kepada pihak yang bertanggungjawab apakah
langkah yang mereka laksanakan untuk memantapkan dan
menjaga akidah umat Islam? Apakah jalan yang mereka tempuh
apabila mereka melihat para pendakwah Kristian gencar menarik
anak-anak muda ke agama Kristian? Apa pula tindakan
pemerintah ke atas kes-kes murtad yang semakin bertambah?
Kita memang yakin bahawa golongan Kristian dan Yahudi tidak
akan henti-henti cuba menyesatkan umat Islam. Allah telah pun
mengingatkan kita tentang perangai dua golongan kuffar ini.
Ratusan tahun lamanya mereka berjuang melalui serangan
missionaris dan juga orientalis untuk menjatuhkan Islam dari
dalam. Setelah ratusan tahun berusaha, mereka akhirnya berjaya
melemahkan dan menghancurkan bukan sahaja umat Islam,
malah Daulah Islam sekaligus. Khilafah berjaya mereka
runtuhkan. Sejak itu hingga kini, usaha mereka masih tetap
berterusan. Namun perlu diingat bahawa usaha jahat mereka
sering mencapai kejayaan kerana lemahnya akidah umat Islam
itu sendiri dan yang lebih utama, adanya ‘kerjasama’ dan
‘bantuan’ dari pihak pemerintah kaum Muslimin. Sekiranya
akidah umat Islam itu lemah, tetapi jika sistem yang berjalan
adalah sistem Islam, maka sistem ini akan dengan sendirinya
menjaga akidah umat melalui penerapan hukum Islam yang
syumul. Tetapi, dengan penerapan sistem sekular yang
memisahkan agama dari kehidupan, maka para pemerintahlah
yang telah mempermudahkan laluan puak kuffar ini untuk
menyebarkan dakyah sesat mereka ke atas umat Islam. Apa
tidaknya, pemerintah telah ‘menyediakan’ satu sistem demokrasi
kufur yang diambil dari Barat, mereka juga menyediakan
mahkamah kufur dengan undang-undang kufur, malah kadangkadang
hakim kafir atau jika hakim itu beragama Islam sekalipun,
‘kepala’nya dipenuhi dengan pemikiran dan hukum kufur. Semua
ini telah mempermudahkan apa sahaja agenda jahat golongan
kuffar ke atas umat Islam.

tamat ........ 4/4

jebbat said...

Khatimah

Wahai kaum Muslimin! Jika kalian merasakan bahawa puak kuffar
ingin memperdaya kalian, sedarlah bahawa itulah juga yang
sedang dilakukan oleh pemerintah sekular yang ada sekarang.
Mereka telah lama memperdaya kalian dan mereka akan terus
memperdaya kalian. Bila timbul isu sebegini contohnya, para
pemerintah cuba berlagak sebagai penyelamat. Dengan
memperjuangkan nama Allah, mereka menunjukkan seolah-olah
merekalah golongan yang memperjuangkan Islam. Begitu juga
segelintir umat Islam, sama ada mereka adalah talibarut
pemerintah atau mereka yang ikhlas namun terkeliru di dalam
perjuangan, terus bangkit dan menyuarakan kemarahan terhadap
penggunaan nama Allah. Sungguh malang apabila hal ini terjadi
di mana ‘nama’ Allah mereka perjuangkan, namun ‘hukum’ Allah
mereka bakul sampahkan. Sesungguhnya sesuatu yang jauh
lebih berbahaya yang sedang kita hadapi sekarang adalah
penerapan hukum kufur oleh pemerintah ke atas kita semua.
Mereka kononnya menjaga nama Allah habis-habisan, tetapi
hakikatnya mereka telah membuang hukum Allah habis-habisan.
Inilah yang sepatutnya menjadi bantahan umat Islam. Adanya
keputusan mahkamah kufur adalah kerana adanya kerajaan yang
mewujudkannya. Justeru, bukan sekadar penyesatan melalui
penggunaan nama Allah yang boleh puak kuffar lakukan, namun
yang jauh lebih serius dari itu, umat Islam telah terlalu lama
berada di bawah kesesatan undang-undang dan sistem kufur
yang diterapkan oleh pemerintah yang beragama Islam.
Sesungguhnya amat jeleklah bagi mereka yang bersungguhsungguh
menunjukkan kehebatan di dalam melaungkan
pembelaan terhadap penggunaan nama Allah tetapi mereka
sendiri mengotori tangan-tangan mereka dengan mencampakkan
hukum Allah dan menerapkan sistem kufur buatan tangan mereka
sendiri. Bagai ayam si tombong, kokok berderai-derai, ekor
bergelimang najis.

Perompak Cinta said...

Assalammualaikum,

As a Muslim, I truly believed that what you’ve said is correct and rightful.

As a subordinate it is vital for us to follow what is instructed and what is expected of us.

But to be a leader, one must be principled. In this case, I see you as one with principles. Your audacity in voicing your belief which is against those in your party, is highly respected.

In this particular issue, I see many of your Muslim counterparts as hypocrites. It is true we are in the 21st Century but that does not mean that in the kalimah suci case, we should be flexible. To me, it is an objective issue, not subjective, which means there should only by one direction.

thanks

salam

bungled said...

Cukuplah dgn wayang kamu Nordin.
Bandingkan diri kamu dgn Khalid Samad.
Adakah beliau pernah mencerca orang lain? Mengugut orang lain? Menghina pandangan orang lain? Merendah rendahkan orang lain? Beliau setakat memberi hujah dan fikiran.
Kamu pula sebaliknya. Konfrontasi menjadi pilihan kamu. Pengugut. Amalan kamu bukan 'mempertahankan diri' tetapi menyerang orang lain habis habisan, walaupun kawan sendiri, parti sendiri, pakatan sendiri. Semuanya tidak penting. Cuma pandangan kamu yang penting.
Sebiadap mana puak UMNO mereka tak tergamak buat laporan polis terhadap orang sendiri.
Sebelum kamu menuduh "firaun2 kecil" terlebih dulu tanya sama ada kamu sekarang berlagak sebagai firaun besar?

zaidonn said...

Salam YB,
Sangat menyakitkan untuk membaca komen-komen yang menyokong penggunaan kalimah ALLAH oleh pihak gereja di Malaysia. Sebagai seorang Islam saya amat memahami kepentingan Kalimah ALLAH dijadikan hak milik mutlak Umat Islam di Malaysia.

Lihat sahaja kerosakan akhlak yang berlaku disekeliling, ini jelas membuktikan bertapa umat Islam hari ini perlukan satu beteng yang kukuh untuk melindungi akidah mereka. Kita harus bersedia dari segala aspek yang memungkinkan kecederaan akhlak berlaku dikalangan kita (umat Islam).

Kali pertam isu ini diutara saya tidak menyangka yang Pas dan PKR akan mengambil pendirian yang berbeza dengan UMNO. Mengapa tidak kita lupakan sahaja politik di sini. Isu ini bukan kerana ingin politik tetapi tentang keutuhan umat Islam di Malaysia mempertahankan agama ALLAH.

Jangan samakan zaman Nabi Muhammad dengan keadaan di Malaysia. Harus diingat Islam adalah agama baru di Semenanjung Arab, mereka adalah golongan minoriti dan mereka semua adalah bangsa ARAB. Allah di dalam bahasa Arab bermaksud Tuhan.

Tetapi hari ini konteks nya berbeza. Pada zaman nabi Agama Isalam dan Agama-agama lain yang terdapat ditanah arab tiada pilihan selain memanggil tuhan mereka denga panggilan ALLAH. Tetapi di Malaysia Agama alain mempunyai pilihan untuk memanggil nama lain seperti God, Lord dan Tuhan sendiri.

Mengapa perkataan tuhan itu ingin direbut? Apakah niat disebalik tuntutan ini? ikhlaskah mereka ingin menggunakan kalimah ALLAH? Atau sekadar untuk mengocak perpaduan dalam negara.

Paling sedih mengapa ada ramai dikalangan kita yang menyokong mereka, memetik ayat-ayat Quran dan hadis-hadis nabi untuk membolehkan kalimah ALLAH diguna oleh orang bukan Islam di negara ini.

Mengapa tidak menggukan sahaja mata hati untuk menilai isu ini. Pihak gereja pula mengapa tidak diukur baju pada badan sendiri? padahal Christian itu terlalu kecil di Malaysia berbanding agama Islam.

Zaid Onn

zaidonn said...

Salam YB,
Sangat menyakitkan untuk membaca komen-komen yang menyokong penggunaan kalimah ALLAH oleh pihak gereja di Malaysia. Sebagai seorang Islam saya amat memahami kepentingan Kalimah ALLAH dijadikan hak milik mutlak Umat Islam di Malaysia.

Lihat sahaja kerosakan akhlak yang berlaku disekeliling, ini jelas membuktikan bertapa umat Islam hari ini perlukan satu beteng yang kukuh untuk melindungi akidah mereka. Kita harus bersedia dari segala aspek yang memungkinkan kecederaan akhlak berlaku dikalangan kita (umat Islam).

Kali pertam isu ini diutara saya tidak menyangka yang Pas dan PKR akan mengambil pendirian yang berbeza dengan UMNO. Mengapa tidak kita lupakan sahaja politik di sini. Isu ini bukan kerana ingin politik tetapi tentang keutuhan umat Islam di Malaysia mempertahankan agama ALLAH.

Jangan samakan zaman Nabi Muhammad dengan keadaan di Malaysia. Harus diingat Islam adalah agama baru di Semenanjung Arab, mereka adalah golongan minoriti dan mereka semua adalah bangsa ARAB. Allah di dalam bahasa Arab bermaksud Tuhan.

Tetapi hari ini konteks nya berbeza. Pada zaman nabi Agama Isalam dan Agama-agama lain yang terdapat ditanah arab tiada pilihan selain memanggil tuhan mereka denga panggilan ALLAH. Tetapi di Malaysia Agama alain mempunyai pilihan untuk memanggil nama lain seperti God, Lord dan Tuhan sendiri.

Mengapa perkataan tuhan itu ingin direbut? Apakah niat disebalik tuntutan ini? ikhlaskah mereka ingin menggunakan kalimah ALLAH? Atau sekadar untuk mengocak perpaduan dalam negara.

Paling sedih mengapa ada ramai dikalangan kita yang menyokong mereka, memetik ayat-ayat Quran dan hadis-hadis nabi untuk membolehkan kalimah ALLAH diguna oleh orang bukan Islam di negara ini.

Mengapa tidak menggukan sahaja mata hati untuk menilai isu ini. Pihak gereja pula mengapa tidak diukur baju pada badan sendiri? padahal Christian itu terlalu kecil di Malaysia berbanding agama Islam.

Zaid Onn

lilitserbanataspala said...

aku pernah menguploadkan tulisan kawan aku di blog mengenai soal ni..

http://lilitserbanataspala.blogspot.com/2010/01/isu-kalimah-allah-politik-dan.html

YB Zul.. teruskan perjuangan!

Me? said...

Adakah mereka2 yg celupar ini tanpa sedar / tidak sedar termasuk dlm agenda NWO - New World ORder...

Kita mesti menyanggahi mereka - saya sokong YB

tunsaban said...

Yb perkataan salam tu All tu saya agak konfius sikit.setahu saya kalau kita nak sampaikan salam mestilah bermula dengan Assalamualikum,didalam sms pun ada ulamak pertikaikan sms ringkas gitu.
Yb org pandai agama,selalu perjuangkan agama,jadi tlg beri pendapat

tunsaban said...

Yb perkataan salam tu All tu saya agak konfius sikit.setahu saya kalau kita nak sampaikan salam mestilah bermula dengan Assalamualikum,didalam sms pun ada ulamak pertikaikan sms ringkas gitu.
Yb org pandai agama,selalu perjuangkan agama,jadi tlg beri pendapat

Mohd Radzian said...

Salam Zul, if you feel dukacita or tidak tenteram, should minta perlindungan daripada Allah. Surah An-Nas. I think it is a sort of doa.

An-Nas

Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung kepada (Allah) Pemelihara sekalian manusia. (1) Yang Menguasai sekalian manusia. (2) Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia. (3) Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam. (4) Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia. (5) (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia. (6)

Harris said...

Teruskan berjuang YB, saya menyokong 100% perjuangan ini. Allah Hu Akbar!

SpectraGuy said...

Salam YB

Berapa harga motor YB? Saya ingat nak beli satu gak. Nampak macam best lak motor YB.

Sekian.

Rb@ssociat3S said...

Assalamualaikum,

1. Pendapat saya masih sama seperti sebelum ini iaitu saya tidak menentang Orang Bukan Islam menyebut atau menggunakan nama Allah namun saya tidak bersetuju sekiranya ianya bukan merujuk kepada Islam itu sendiri.
2. Bijak pandai banyak memberikan pendapat yang berbeza mengenai isu ini namun pendirian saya mudah iaitu sepertimana yang dinyatakan di atas.

sekian.
Rb

Anonymous said...

Salam YB,

Teruskan perjuangan. Kalimah Allah adalah kalimah suci. Tidak boleh menyebutnya didalam tandas, ini pula penggunaan oleh bukan muslim.

Ramai yang tidak faham akan asas dan tujuan tuntutan pihak gereja, tidakkah kita semua nampak keberkesanan dakyah mereka di Indonesia selepas 3 -4 generasi? Mahu kita mengulanginya di Malaysia?

Masalah ini adalah kecil kepada pihak gereja, kerana mereka boleh menggunakan apa-apa perkataan sahaja untuk Tuhan sebagaimana mereka menggunakannya untuk orang Iban dan lain-lain pribumi , namun ia menjadi besar bila pihak mereka berkeras. Ini yang pelik kerana di Arab sendiri perkataan Allah sudah digugurkan dari bible . Kesan kepada mereka tidak seberapa sekiranya mereka ikhlas!

Bagi pihak yang menjalankan kajian, strategi yang digunakan oleh mubaligh Kristian bagi mengelirukan kita adalah berlapis-lapis. Untuk tuntutan penggunaan perkataan Allah ini, mereka menyediakan dua hujah, jika menang kita akan menjadi keliru seperti di Indonesia, dan jika kalahpun mereka akan kelirukan kita dengan mengatakan bahawa ungkapan Allah adalah nama "dewa bulan" masyarakat kuno Arab, sperti yang dinyatakan oleh Padri Kristian di Australia yang mengatakan penggunaan Allah tidak sesuai untuk orang Kristian kerana itu nama "dewa bulan' puak pagan Arab. Mana mungkin, nama Allah terlalu suci untuk menjadi nama "dewa bulan" seperti yang didakwa. rujuk ini :
http://www.islamic-awareness.org/Quran/Sources/Allah/moongod.html

Kita orang Islam di Malaysia perlu berwaspada dan harus menjadi generasi Muslim pemikir, semoga Allah SWT akan melimpahkan rahmat-Nya kepada kita semua.

harunn said...

Salam to All

Saya doakan semoga Yb Zul dalam kedaan tenang dan dirahmati Allah

Tadi saya ada tengok berita yang pkr suruh Yb agar tidak buat kenyataan media , apa ini ??
inikah cara pkr berpolitik , pigiraa

Saya rasa kalau Yb berjuang untuk benda lain selain agama , maka pkr akan menyanjung Yb , tetapi kalau berjuang untuk Islam maka Yb akan dipancung oleh puak2 firaun.

Ini la zaman sekarang , orang yang berjuang dengan Ikhlas demi agama dikecam serta dihina , tetapi orang yang menghina serta menjatuhkan Islam pula disanjung serta di puji

parti yang kita kata membelakngkan Islam sebenarnya merekalah yang mempertahankan serta memperjuangkan Islam

Saya harap Yb tidak akan berganjak walau setengah inci demi Islam

Mungkin mereka lupa , Yb Zul banyak berjasa untuk bos pkr masa dia susah dulu , sekarang dia mau potong pula

ini la kalau bertuhankan politik

Unknown said...

Daripada Abu Abbas, Abdullah bin Abbas r.a : Bahawa pada suatu hari saya sedang berada di belakang Rasulullah SAW ( di atas binatang tunggangannya ), lalu sabda baginda : ‘Wahai anak kecil, sesungguhnya aku telah mengajar kamu beberapa perkataan. Peliharalah ( perintah ) Allah, nescaya Dia akan memelihara kamu, peliharalah ( kehormatan ) Allah, nescaya engkau akan merasakan Dia berada bersama-samamu. Jika engkau memohon, pohonlah kepada Allah semata-mata. Jika engkau meminta pertolongan mintalah kepada Allah semata-mata. Ketahuilah bahawa jika semua umat manusia berkumpul untuk memberikan kepadamu sesuatu menafaat, nescaya mereka tidak akan mampu memberi menafaat itu, melainkan dengan sesuatu yang telah ditaqdirkan oleh Allah. Begitu juga sekiranya mereka berkumpul untuk menentukan suatu mudharat untuk kamu, nescaya mereka tidak akan mampu menentukannya, melainkan dengan suatu yang telah ditentukan Allah ke atas kamu. Telah diangkat kalam ( tulisan ) dan telah kering ( tinta ) buku catitan.’

(Riwayat Tirmizi)

**bersabarlah diatas ujian yg menimpa tuan. Setiap kebenaran yang ingin ditegakkan pasti ada rintangannya. Nasihat saya agar tuan sentiasa berfikiran rasional, bersabar dan sentiasa berdoa. Sy tak menolak era ini adalah permulaan serangan dajjal kepada minda umat Islam yang akidah dan imannya makin rapuh. Org kini terlalu ramai cerdik pandai dan belajar hingga kalah phd tapi pemikiran mereka terlalu global dan terbuka. Zaman nabi dahulu tidak sama dengan zaman kini tapi Islam adalah bersifat global dan jangan salah tafsirkan antara globalnya Islam dengan akidah manusia pada islam.Wallahualam...

Tegas said...

Saya sokong YB, teruskan perjuangan..Moga2 Allah swt merahmati YB.

Adi Jie said...

Assalamualaikum YB
Saya akan tetap menyokong YB dalam hal ini. Kita sebagai umat islam patut bertindak terhadap isu2 yang boleh menjatuhkan maruah Islam.
Walau apa pun tindakan yang diambil oleh parti terhadap YB, saya akan terus berdiri teguh diblakang YB.
YB tak patut tunduk terhadap tekanan walaupun didalangi bangsa islam sendiri yang mengaku bahawa mereka pejuang islam tetapi tunduk kepada fahaman sekular demi kepentingan politik mereka.
Kebenaran pasti akan datang.
Syabas YB!

Aie said...

Salam YB ...

Saya ingin merakamkan rasa kecewa dan tidak bersetuju 100% dengan YB. YB telah menolak mentah-mentah pendapat orang lain, fikiran tidak dibuka dengan luasnya.
Adalah tidak munasabah mengadili saudara seagama sedemikian, ingatlah kami juga tidak redha walaupun kami izinkan.
Nasihat saya gandakan lah usaha memantapkan akidah umat islam di negara ini daripada terus menembak saudara sendiri.
" Sanggupkah kita makan saudara kita semdiri"

pst : jika dah tak sehaluan lagi dengan berat hatinya, YB dipersilakan keluar PR tanpa tunggu lagi tindakan disiplin.

bagi kami perjuangan kami adalah telus, bagi kamu pula perjuangan kamu adalah telus.

salam...

Unknown said...

Fir'aun Kecil? Jadi, Zulkifli Noordin siapa? Rasul Kecil?

Aie said...

Maha suci Allah ... Segala puji bagi Nya.

sekadar pertanyaan ????

Salah kah bukan Islam menyebut
" Allah tuhan semesta Alam! Allah maha besar! Allah Maha adil "

Hanya si polan ini bukan islam, kita kata ko tak buleh sebut begitu.

Wallahualam

Syazli Tahir said...

Salam YB,

Kepada penulis yang bersetuju penggunaan kalimah allah (termasuk penulis arai yg lulusan al azhar) yg kononnya lebih mudah org Kristian masuk islam... saya rasa kamu telah silap. Berapa ramai penduduk borneo yang kristian masuk islam hanya kerana kalimah allah juga digunakan? Berapa ramai belum Islam yang telah dapat kamu islamkan?

YB Zul..teruskan perjuang kamu. Kalau ditakdirkan kamu disingkirkan dari PKR..amnggaplah itu satu pengorbanan yg paling besar oleh kamu terhadap Agama Islam yg suci ini. Bagi saya PAS bukanlah parti yg memperjuangkan Islam...

PAS hanya menggunakan agama untuk kepentingan politik. Dalam PAS, maki hamun dibenarkan (kerana allah juga mencarut), baca ayat suci alquran salah oleh kafir dibenarkan, doa laknat dibolehkan, orang lain Islam plastik, PAS tu islam polypropelene ke?

Saya yakin sikit masa lagi akan ada ayat al quran yg di keluarkan oleh org PAS yg mentafsir org kafir boleh guna kalimah Allah... Inilah PAS.. hanya kerana nak meraih populariti undi, parti ini akan menggadaikan agamanya.

Di Johor UMNO kuasai, sekolah agama kerajaan disediakan dari darjah satu... sekolah pun banyak. di kelantan PAS dah kuasai 20 tahun, berapa banyak sekolah agama kerajaan?

Apapun tindakan YB, saya tetap menyokong sepenuhnya... biar firaun2 kecil ini membuat kecoh, tapi percayalah satu hari nanti mereka akan dibinasakan oleh musuh2 Islam sendiri...

HIDUP KULIM!!! Hidup YB ZUL!!!

Takbir!!!!

Unknown said...

wow! tiba2 blog tuan dah di datangi oleh puak2 dumbno menyokong penuh pendirian tuan dengan hujah2 cut and paste.

ha ha tuan paati gembira kan? so tak payahla tunggu keputusan parti..YB keluarla dr pkr.

dulu saya dengar tuan kata dumbno seperti kafir,sure puak dumbno nni tak kisah semua itu sekarang,joint saja mereka.lebih aman pakatan meneruskan usaha murni kepada rakyat dan supaya islam pun dapat berkembang.

harunn said...

Salam

Kepada seiapa dok tuduh kononnya sesispa yang menentang kalimah Allah digunakan oleh puak kapir ialah agen umno , itu ialah tuduhan yang salah

Bukan semua penyokong pakatan sokong apa yang dikatakan oleh pemimpin pas dan pkr , ramai yang tak setuju juga , cuma takut hilang jawatan serta sokongan, jadi la yes bos

hari tu Ustaz Nasha tak setju juga , tiba2 bila ada menyuarat , dia setuju la pulak , ini mesti kena sound ke apa kot

Hassan Ali dan Ustaz Harun Din pun tak setuju , so adakah mereka ni agen umno

ramai penyokong sokong membabi buta tuli saja , apa pemimpin kata , semua betui belaka , sampai pemimpin kata komunis baik , yang bawah pun terpusing otak la kata baik juga

yang saya nampak , pemimpin kata komunis baik sebab nak jaga hati rakan2 lain , takut nanti kecik hati la pulak

sekarang bila bab kalimah Allah pula , sebab nak jaga hati rakan2 lain , gadai pun tak mengapalah , janji nanti dapat kuasa

kaptenhasan said...

Kalau kita tidak izinkan orang kristian menggunakan perkataan Allah maka hentikan lah usaha untuk berdakwah kapada orang bukan islam mulai sekarang .mereka akan ada asas menakutkan orang bukan islam kapada islam .Yadim patut di tutup . Kalau anda pikir dakwah hanya untuk orang islam teruskanlah kerana ia telah banyak di buat . Ingat lah iblis dan syaitan tidak suka ramai orang masuk syurga . Saya ialah kaptenhasan dan lagu "biru mata hitamku" nyanyian kumpulan wings dan lirik di tulis oleh allahyarham loloq adalah ditujukan kapada saya . Nyanyilah ramai ramai dan tujukan lagu itu kapada saya .

anakkulim said...

salam perjuangan YB...
Kami orang Kulim berbangga dengan tuan.The riding MP menjadi kebanggaan orang Kulim.Biarpun bermacam fahaman poltik tapi orang Kulim hormati tuan.Tuan tidak mempergunakan agama demi kepentingan politik tuan.Bukan pujian tapi kami hormati prinsip tuan...demi agama sanggup gadaikan masa depan politik tuan.Biarpun suatu hari tuan bertanding atas tiket bebas tapi orang Kulim akan undi tuan.
Syabas perjuang sejati...

Miss-peninG said...

assalamualaikoM!~

saya pengikut pkr.. saya suka perjuangan pkr dan pakatan.. tapi dalam hal ni.. saya sokong YB ZUL... kalo yang lain dalam pakatan tak sudi untuk berjuang.. saya sudi memberi semangat to u yb. saya bukan sapa sapa dalam parti. tapi saya tau beza antara perjuangan parti dengan perjuangan islam.. mana lagi penting??!

teruskan perjuangan mu.

kaptenhasan said...

Kalau anda takut kapada dakyah ugama kristian kapada orang islam , Majlis ugama islam telah melarang orang bukan islam menggunakan 35 perkataan arab antara nya firman syafaat dan lain itu . Saya baca dalam berita harian 15 january lalu tetapi kita semua tak boleh melarang orang bukan islam mengunakan perkataan Allah kerana ia nya hak Allah , hak tuhan bukan hak manusia . Kesalahan orang bukan islam bila menggunakan perkataan Allah ada dosa anatara manusia dengan Allah bukan dosa antara manusia dengan manusia , bukan juga dosa orang kristian kapada orang islam . Khalid samad mementingkan masa depan iaitu dakwah orang islam kapada bukan islam dan hanya kerna itu anda berdua tak patut bermusuhan . Pengharaman 35 perkataan daripada digunakan oleh org bukan islam telah cukup menghalang dakyah kristian jika itu yang anda takutkan .

Pendekar said...

Assalamualaikum YB ..

Saya tetap menyokong keputusan YB ...Allah hanya untuk orang islam ...

kebanyakan yang lain hanya pandai berhujah tapi tidak tahu implikasinya pada masa akan datang

paling senang sekali ..sekarang jika kita terjumpa pihak yang merendah kan nama Allah dengan melukisnya di tapak kasut atau alas kasut ..kita boleh laporkan kepada pejabat agama .......

jika mereka juga boleh gunakan nama Allah untuk tuhan mereka ..sanggupkah kita hanya berdiam ...dan kepada siapa kita hendak laporkan jika terjadi begitu ...


ini baru satu contoh .. akan ada banyak perkara lagi yang mereka boleh pesongkan akidah umat islam dan merendahkan martabat kita jika perkara ini dibiarkan sewenang-wenangnya .....

Untuk yang hanya pandai berhujah ....
jangan hanya tunjuk pandai ....
sekarang kena juga tunjuk yang kita juga pandai menilai apa yang akan berlaku pada masa akan datang ....

Allahhuakbar ....

Anonymous said...

salam YB...
teruskan dgn perjuangn YB...apa yg YB buat tu adalah seelok-eloknya...biarpun dalam satu parti, tetapi dalam hal menegakkan islam kita perlu tegas...Insyaallah ramai yg akan menyokong YB dari belakang...semoga YB tabah menghadapi dugaan yg mendatang...
TAKBIR....

ariff55 said...

liberalis agama

http://www.youtube.com/watch?v=S9mUXcA8U50&feature=related

Supar Yop said...

Kpd ZN,

Jgn takut kalau kene tendang dari PKR.Anwar pasti akan dihasut oleh firaun2 kecil utk menendang anda keluar. Lagi cepat lagi elok, anda keluar dari parti munafik tu yg nak menggadai nana Allah.3 pejuang IFC ada dlm parti tu - Sivarasa, Elize bogel dan Tian Chua.Zaid Ib ?- tak kisah pun org Islam jadi murtad.
Imtiaz Shawaz? - peguam PKR - pengasas draft IFC - bapak MUnafik
Anwar Ib- God father of them all!

Kalau Kulim tak mau hang takpe, mai ke Bandar Baru Bangi kami sambut dgn tangan terbuka!!

eksp said...

salam tuan

sedih kan apabila melihat orang2 yang sama parti, tapi berlainan fikrah kembali menikam belakang tuan?

apabila kepartian lebih tinggi dan daulat dari kesucian nama ALLAH, beginilah jadinya..

tuan ditempelak, dibuat seperti pariah hanya semata2 kerana hendak menegakkan sesuatu yang tuan rasa benar di sisi Islam

berdoalah, minta kepada ALLAH moga ALLAH tunjukkan kepada umat negara ini yang mana Haq, yang mana Batil

dan sesungguhnya saya berlindung dari azab dan musibah ALLAH, di dunia, lebih2 lagi di akhirat..

moga ALLAH terima tuan di kalangan mereka yang mukhlisin... biarkan lah apa mereka kata...

andainya dipenggal kepala betul2 pun, apa salahnya selagi syahid menegakkan kalimah ALLAH?

Allahuakbar!

hafiz said...

salam yb

saya tetap sokong YB..
bagi yang menyokong pergunaan perkataan Allah itu..mereka hanya pentingkan politik sahaja..

Allah adalah milik orang islam
Adakah ayat Bismillahirrahmanirahim itu dari orang arab?tidak ia kalam dari allah..Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani...

pegang apa yang harun din kata
kufurlah mereka yang membenarkan orang lain menggunakan perkataan Allah..

tak kisahla kalau di arab atau di indon kristian boleh guna..tapi dimalaysia sorry...

Anonymous said...

Guys,
There are few things that I would like to share here with you guys including this egoistic Zulklifi Noordin.
First of all, till to-date, no Islamic scholar can show in any part of Islamic scripture that disallows the using og the Word of Allah.
Seriously, it's a shame that even some moslems including Zulklifi Noordin don't really or perhaps pretend not to understand the whole issue on Allah.
Herald is fighting to restore what has been practised since hurdreds & hurdreds of years ago. Furthermore, the word Allah predates the Prophet himself

Guys,
Don't you think that it's very insulting. According to Zulklifi's argument,(some) malaysian moslems are damned naive, guillible & stupid.
My advice is NO MAN IS AN ISLAND. NOBODY SHOULD DICTATE HOW THE OTHER FELLA SHOULD LIVE. GROW UP!
Aku betul2 tak faham. Errr.....Saya ingat orang2 muslim membaca buku Al Quran dari muda. Kalaulah pendapat Zulklifi diterima, apa maksud kamu? Ibubapa gagal dalam mendidik anak. Ataupun Iman2? Ataupun UMNO umumnya.

Guys,
Zulklifi sins are not just for the protection of Islam. There are many ways of protecting Islam.
Barging into the forum, stopping the whole inter-faith proceeding is a BIG NO NO. Worst, it's UNISLAMIC.

Quote me one sentence in your Al Quran that allows people to barge into a meeting threatening people there are ISLAMIC.

You gonna ask Nik Aziz & see if he doesn't give you a big tight slap

As far as I am concerned, Zulklifi is as good as guilty

Guys,
Since Zulklifi has been scouring into christian books, perhaps, Zulklifi has come across one fella called Judas Iscariot
Ask any christians to tell you the ending of Judas Iscariot. I have seen many similarities between Zul & Judas.
Judas started noble but ended up as a traitor. When it's too late, he's a total condemned.

mohd shahran said...

kenapa kau nie BODOH SANGAT
Berapa UMNO BAYAR?
Susah PR nak dapatkan liputan dalam Berita Utama. .
Nak Jadi Pemimpin Jangan BODOH BRO. .
Kau nie layak jd YB PUKIMAK aje

ieza said...

heran kenapa penyokong2 ni bg hujah yang dangkal...Memang lah ALlah tu untuk semua umat, Allah pencipta makhluk dan Allah pembuat alam takda sapa pun nafikan, yang masalah nyer skang dorg nak guna Yesus tu anak Allah, Allah tu berkonsepkan trinity,

Banding dan tukar perkataan God kepada Allah dalam ayat bible kat bawah....

"A proof of His being the Son of God.
Psalms 2:7 I will declare the decree: the LORD hath said unto me, Thou art my Son; this day have I begotten thee.
Acts 13:33 God hath fulfilled the same unto us their children, in that he hath raised up Jesus again; as it is also written in the second psalm, Thou art my Son, this day have I begotten thee.
Romans 1:4 And declared to be the Son of God with power, according to the spirit of holiness, by the resurrection from the dead"

Apostles.
Acts 1:22 Beginning from the baptism of John, unto that same day that he was taken up from us, must one be ordained to be a witness with us of his resurrection.
Acts 2:32 This Jesus hath God raised up, whereof we all are witnesses.
Acts 3:15 And killed the Prince of life, whom God hath raised from the dead; whereof we are witnesses.
Acts 4:33 And with great power gave the apostles witness of the resurrection of the Lord Jesus: and great grace was upon them all.
"


So jgn pikir pada benda yang asas, cuba pegi baca bible and tkar sumer GOD kepada allah dan baca berulangkali...Adakah itu yang kita nak...takyah lar pikir pasal politik tepuk dada tanya selera....benda yang basic ni pun umat Islam kat msia takleh nak bersatu so takyah lar nak memandai2 marahkan negara2 arab sebab tak tolong palestine,iraq,afghanistan dsb....

takyah lar nak bandingkan zaman nabi..iman umat sekarang senipis kulit bawang....lainlar kalau ada hadis betul2 sahih dan jelas yang membenarkan perkataan Allah digunakan oleh agama lain (kalau ada konfirm ulamak2 sunnah takda yang berlainan pendapat)

bandingkan dengan indonesia, apa dah jadi? bandingkan dengan apa yang ada kat sabah n sarawak...perlu diingat kalau kita benarkan mereka ni guna nama Allah itu bermakna kita juga akan membenarkan nama Allah digunakan di merata rata tempat...jgn terkejut kalau nanti tempat ko berak pun ada nama "Allah" sebab mungkin itu cara nya "puak2" tu nak mantapkan iman dia..buat tatoo kat badan kononnya makin kuat iman dorg pada Allah...

Bila ada perbezaan pendapat berbaliklah pada yang Hak iaitu Ulul Amri atau ketua negara.Jelas dalam Al quran dan Hadis Sahih menyuruh kita patuh pada Ulul Amri berbeza dengan hadis tentang penggunaan nama Allah.So yg mana lebih wajar atau patut dituruti?. Dalam kes report polis Yb Zul ni ianya melibatkan Khalid samad dan ketua pemerintah negeri selangor yakni Sultan Selangor.Apa susah sangat nak patuh pada yang disuruh oleh Alquran dan Hadis?

Wallahuallam

IES Agencies said...

YB saya orang Kulim tapi mengundi di KL tapi say atetap gembira YB mewakili kampung saya
teruskan

MC_Shaharul said...

sudahla yb,dlu mmg sy pnh menyanjung anda..tp slps yb menang ditempat sy n sy diantara org yg mengundi anda,baru sy tau siapa diri anda ini sebenarnya,bercakap seolah2 membela agama Islam,anda lah konon2nya yg t`lalu membela agama Islam sgt,tp akhlak anda,cara kepimpinan anda?amanah yg Allah berikan kpd anda di kwsn kami?ckp2 la dgn sifat hipokrit anda..kami sudah t`lalu muak dgn prangai dan kelakuan anda..sy btl2 rasa bersalah dan kesal krn mengundi manusia yg pndai berlakon ini..tgu lah pd pru akan dtg jgn hrp kami akan mengundi anda lg...

krn anda sgt2 mengecewakn kami!!!!kpd yg menyokong anda mungkin mereka tidak mengenal manusia yg bernama ZULKIFLI NORDIN ini!!!!

lebai said...

Saya, ZULKIFLI BIN NOORDIN, dilahirkan di Kg. Carok Bemban, Batu 42, Baling, Kedah pada hari Isnin 13 Ramadhan 1381 bersamaan 19 Februari 1962.

Mendapat pendidikan awal di Ashby Road (English) Primary School, Ipoh. Bersekolah menengah di Anderson School Ipoh dan King Edward VII Taiping. Pra Universiti di Maktab Tentera Di Raja, Sungai Besi sebelum melanjutkan pengajian ke New Zealand. Pengajian A-Level di Pakuranga College, Bucklands Beach, Auckland dan akhirnya memasuki Victoria University of Wellington, New Zealand di antara 1982-1986.

Inilah yang saudara tulis di sebelah kanan laman blog anda. Pastinya saudara seorang yang AMAT bijak pandai. Lebai tak lah bersekolah setinggi saudara.. namun BACA lah apa yang ingin Lebai luahkan kepada saudara dan sekelian pembaca budiman...

ZUL.....

Kepimpinan dalam Islam wujud dalam konteks menyuruh yang makruf dan meninggalkan yang mungkar. Konsep utama daripada prinsip ini ialah seorang pemimpin haruslah berani, berilmu dan adil dalam segala tindakannya.

Kombinasi daripada ketiga-tiga prinsip itu amat penting sebagai khalifah di muka bumi ini dalam usaha menuju keredaan Allah SWT. Firman Allah, "Dan Allah tidak menganiayai mereka tetapi mereka yangmenganiayai diri mereka sendiri."(3:117)

Dalam hal ini Lebai berseru kepada Zul supaya tabahkan hati dan yang penting TETAPKAN IMAN.

Wahai Zul...

Imam Al-Ghazali memberikan huraian yang paling baik mengenai psikologi manusia. Kata Imam Al-Ghazali...manusia pada hakikatnya terbina daripada empat unsur sosiologi penting iaitu sifat ketuhanan; marah; kesyaitanan; dan sifat kebinatangan serta hawa nafsu.

Oleh itu untuk membebaskan diri daripada belenggu itu, manusia wajib beriman dengan akal yang rasional kerana hanya melalui iman dan amal yang salih saja dapat mengawasainya.

Untuk Zul daripada Lebai...

Konsep kepimpinan dalam Islam yang lebih luas adalah diasaskan kepada beberapa unsur yang penting iaitu, kasih sayang, adil, tidak pilih kasih, tanggungjawab dalam setiap aspek dan jujur. Hakikat ini jelas ditunjukkan Rasulullah SAW dan dijadikan ikutan manusia pada hari ini dalam menuju matlamat memenuhi tugas sebagai hamba Allah dan Khalifah di muka bumi ini.

Zul...

Dalam pengertian yang hakiki, kepimpinan dalam Islam ialah amanah keinsanan berupa pelaksanaan dua tugas insan yang telah dijelaskan oleh al-Quran. dan dengan demikian maka kepimpinan dalam Islam tidak dapat dipisahkan daripada konsep ibadat dan khalifah.

Zul mempunyai kepimpinan dan tanggungjawab moral yang besar. Suatu amanah yang mesti dilaksanakan oleh semua orang dewasa yang sudah mukallaf. Ingatlah bahawa kedudukan pemimpin bukan lagi satu keistimewaan, tetapi Zul mempunyai satu tanggungjawab yang sangat berat dan memerlukan ilmu pengetahuan, cekal dan akhlak mulia untuk melaksanakan tugas Zul sebagai khalifah Allah di muka bumi ini.


selanjutnya baca dalam http://paklebai.blogspot.com

profit said...

Ya ke YB you do not bow to Anwar?Kan esok berdakapan pulak macam Sivarasa dulu.

ESA ABD SAMAD said...

YB, saya dari dahulu mengikuti perkembangan YB. Sejak YB giat berceramah ttg isu murtad pada era 1990-an. Mungkin ramai lg x tahu siapa YB Zulkifli Noordin hingga tega menuduh YB nak masuk UMNO, nak projek berbillion dsb. Kpd yg buruk sangka, ingatlah azab Allah amat pedih kpd yg membuat fitnah dan buruk sangka. Kpd YB, bersabarlah krn sememangnya menegakkan kebenaran dan jalan dakwah penuh ranjau dan duri. Di jalan itulah, Nabi Nuh a.s. meratap, Nabi Yahya a.s. disembelih, Saidina Umar dibunuh, darah Saidina Uthman tertumpah, Saidina Ali juga dibunuh, Umar Abd Aziz juga dibunuh. Tidak semestinya jika tuan dipecat/berundur dari PKR, tn harus msk UMNO. Itu adalah pilihan masing-masing. Yang penting, KEBENARAN dan AGAMA diletakkan di hadapan segala-galanya. Saya doakan YB jadi PM suatu hari nanti atas ketegasan YB. Ameen.

www.esasamad.com

Atiq said...

salam alaik yb zul,

saya puji tindakan yb yang bertindak melebihkan islam lebih daripada politik, dunia atau apa sahaja.

ttg isu allah, mgkin isu larangan dakyah bukan islam di negara islam yang ideal mungkin related.

hal ini demikian supaya mereka tidak mengelirukan masyarakat.

misalan, kalau ada grup nak kata 3 + 3 = 5, kita tak boleh membiarkan grup ini mengajar orang lain ttg benda yang jelas batil.

kalau dia nak pertahankan juga untuk diri dia saja, kita tak boleh paksa.

justeru, kalau saya berada di posisi yb, iA saya akan bertindak sama.

moga allah, menyatukan kita di bawah payung iman tanpa ada kepentingan duniawi.

jz

Perigi Duit said...

Kalau nak sangat Keluar parti, letak la jawatan MP KBB, then keluar la Parti, jangan nak jadi KATAK BEBAS..yg menang tu tiket PKR, tu pun kalau masih ada MARUAH la...gentle la...

rahmat said...

Segolongan dari Ahli Kitab suka dan berangan-angan kiranya mereka dapat menyesatkan kamu; padahal mereka tidak akan menyesatkan melainkan dirinya sendiri dan mereka pula tidak menyedari (akibat yang buruk itu).

Wahai Ahli Kitab! Mengapa kamu kufurkan (ingkarkan) ayat-ayat keterangan Allah padahal kamu menyaksikan kebenaranNya?

Wahai Ahli Kitab! Mengapa kamu mencampuradukkan yang benar dengan yang salah, dan kamu pula menyembunyikan kebenaran padahal kamu mengetahuinya?

Surah Ali Imran

Campuraduk kebenaran dengan kebatilan- dual meaning of Allah?

Tapi Allah kata mereka hanya akan menyesatkan diri mereka sendiri huhu

Supar Yop said...

To looes 74,

Whoever the hell you are if you're a Christian is your own business, but just to give a knock on your bloody head, we are not answerable to you..and we dont have to prove anything to you.Allah shall always be for muslims only,.

You can use Hallelujah, Yahweh and many other names but you are just plain arrogant like the jews in Israel, you want to won something that you know well enough is not yours.If you think Zulkifli is very insulting, you are even worse. How dare you insult us by demanding the holy word for you on this muslims soil..Dont think we are stupid of all the damages you have done to our muslims cousins inIndonesia.Get out of this web and leave this matter to us to handle..If you feel Malaysia is unfair to Christians like you then pack your bags and your church and get out of this country and go to Indonesia where they will welcome scumbag like you.

A 65% majority muslims shall not submit to 8% christians especially to scumbag like you in this country.I want to make it clear that not all christians are rude like you.. perhaps some. If you want to share your feelings among your own kind.. you can go to Khalid Samad blog or put it in Malaysiakini where all of you bigots know nothing but insulting the malays and Islam..

ag said...

saya rasa sudah tiba masanya untuk kita menghebahkan siapa sebenarnya zulkifli nordin,sudah tidak boleh selindung lagi.majority yg bagi komen menyokong pun kita tahu siapa.betul tak tun faisal? i,m sure u r monitoring closely your boys here..

buttercity said...

Alhamdulillah.. Ujian terhadap muslim di Malaysia ni ade hikmahnya. Baka kata org putih "blessing in disguise". Sejak Pakiam dok sibuk nak gunakan mahkamah uuntuk justify penggunaan kalimah "Allah" utk pengikut2 dia (tak semua penganut Katolik setuju dgn dia) wajah2 sebenar penyokong PR telah terserlah.

Alhamdulillah masih ramai yg sayangkan Islam didalam PR dan alhamdulillah makin ramai yg menunjukkan sifat sebenar yg sanggup kompromi ape sahaja demi kepentingan politik.

YB Zul, this is trully blessing in disguised. Parti mana jua YB akan join selepas ni harap YB kekal kan integriti dan prinsip YB iaitu Islam come first. Jangan korbankan prinsip YB sekadar utk meraih sokongan undi. Syabas YB Zul!

Tegas said...

Membenarkan nama Allah swt itu digunakan oleh orang bukan Islam, boleh dibahagikan kepada 3 kategori:

1 Nama Allah swt langsung tidak boleh digunakan oleh bukan Islam. Ia hanya utk orang Islam sahaja.

2 Membenarkan digunakan tapi dengan syarat tidak boleh bercanggah dengan surah al-Ikhlas 112.

3 Membenarkan digunakan tanpa ada sekatan apa2. Kalau mereka nak kata Allah swt itu ada anak, mereka dibenarkan.


Tapi yang dijelas ialah tiada ulama yang membenarkan seperti dalam kategori 3, kerana ini BOLEH MEMBAWA SESEORANG MUSLIM ITU KEPADA KEKUFURAN(pandangan Prof. Datuk Harun Din).

Semua ulama yang mengatakan boleh menggunakan nama Allah swt meletakkan syarat bahawa ianya mesti digunakan dengan baik dan tidak disalah guna. Pandangan ini termasuk, Sheikh Dr Yusuf al-Qardawi, Sheikh Dr Wahbah al-Zuhaili, TGNA, DSHA, Dewan ulama PAS, Dr Asri dan Dr Nor Manutty.

Malangnya syarat2 ini tidak diperjelaskan. PAS dan PKR, samada sengaja atau tidak sengaja, tidak memperincikan syarat2 ini. Sebenar nya bagi kita umat Islam ini lah isu nya. Apakah dia syarat2 itu? Apakah ianya sama dengan kategori 2?

Pihak Kristian tentu tidak setuju kalau kita mengenakan syarat kategori 2, mereka akan berkeras maukan kategori 3. Tapi ini boleh membawa kekufuran kepada orang Islam yang membenarkannya.

Kalau kita memaksa juga mereka dengan kategori 2, bagaimana pula kita mau pastikan mereka mengikut syarat2 itu? UMNO, PAS dan PKR langsung tidak membicarakan soal ini. Nampaknya mereka lebih mementingkan tujuan politik masing2.

Bagi kita umat Islam yang sayangkan Allah swt, dan untuk menghilangkan keraguan samada syarat2 itu dipatuhi atau tidak, penyelesaian yang terbaik, ialah dengan memilih kategori 1.

Anonymous said...

Baca sajalah hujah yang diberi oleh Saudara Zaid Ibrahim sebelum membuat keputusan dalam isu ini.

Barulah seimbang.

Nak baca apa yang ditulis beliau?

Pergilah ke sini. Fahamilah apa yang dikatakan dengan baik-baik sebelum memutuskan sokongan atau bantahan anda terhadap pendirian dan tingkahlaku YB Zulkifli Noordin.

Wassalam.

Unknown said...

Salam,

Please stop making fitnah againts YB Zulkifli.

He's action as a Muslim Leader from PR is unmatch in the time of where the muslims are being pressured by groups with intention to bring down Islam in Malaysia.

Allah blessed him and we Muslims support him undivided.

May Allah give taufik and hidayah to all the Christians leaders so their heart and mind will change. Not by force but by better understanding in Islam.

Lets help YB Zul, if you have non-muslim friends, engaged them and provide them with facts and knowledge about Islam, show the beauty of Islam. InsyaAllah the truth will prevail, Islam will prevail, the ummah will prevail.

A. Fuad Paiz said...

Kebenaran tidak perlukan pembelaan, YB, kerana kebenaran itu akan membenarkan dirinya sendiri. Saya sentiasa menyokong YB.

Perompak Cinta said...

Dear looes 74,
let me just share with you sumthing- the word "apple" is understood as a fruit that can be either green or red. But in many societies, different words are used to mean apple : i.e., epol in sarawak, epal in BM, tuffah in arabic, or pomme in french..all these though different in words, they share the same meaning, that is, they refer to "apple."

But when we allow the use of the "kalimah" which refers to different meanings to different people, this isn't worth the debate.

thanks

tobeng said...

'Hukum' penggunaan nama Allah dalam kristian cuma 'harus' saja.Bermakna mereka boleh guna atau tidak nama itu,tak ada masalah langsung.

Maksudnya lagi nama Allah itu bukanlah penting atau 'wajib' atau apa2 pun bagi mereka tidak seperti bagi orang2 Islam.Kristian seluruh dunia(kecuali tanah arab kerana itu bahasa mrk)termasuk Pope di Vatican pun tidak gunakan nama itu.Maksudnya apa?Maksudnya kalau penguasa di Malaysia tidak membenarkan penggunaan nama Allah pun tidak menjadi kudis kepada mereka kerana nama itu tidak penting kepada mereka.Ya,nama itu memang tidak penting bagi mereka.

Lalu apakah sebab mereka beria2 sejak kebelakangan ini mahukan 'hak' itu?Pertama kerana terdapat sokongan daripada pemimpin2 politik Islam sendiri yang menyokong puak2 ini termasuklah dalam penubuhan dan tuntutan IFC(demi kepentingan dan faedah politik).Mungkin yb zul boleh tanya boss yb sendiri tentang hal ini.

Kedua untuk 'test the water' tentang tahap kesensitivitian umat Islam.Ketiga sekadar menegakkan ego mereka.

Mungkin susah bagi orang2 yang konon2nya 'lurus bendul' untuk memahami permainan gerakan kristianisasi ini.Mereka lupa kristian tidak pernah lupa pada perang salib walaupun mereka tidak selalu menyebutnya sekarang(kecuali bush ketika wtc runtuh).Tidak sebut bukan bermakna 'perang' ini sudah tamat bagi mereka.Ingat pelanduk selalu lupa jerat tapi jerat tidak pernah lupa kpd pelanduk.

yb zul,

Zaman ini zaman fitnah yang serba mengelirukan.Zaman ini juga zaman dajjal.Fahamkan maksud hadis2 nabi tentang dajal.Dajal yang memakai proxy atas proxy atas proxy sehingga hilang wajah sebenar dajal itu.Proxy atas proxy atas proxy ini mungkin berselindung disebalik parti2 politik,NGO2,badan2 kebajikan dsb.Berselindung juga atas nama hak asasi manusia,demokrasi,hak kesamarataan,hak 'kebebasan' beragama dan lain2.

Ini bukan cerita pasal politik lagi ya wahai penyembah2 agama politik .Tidak ada kaitannya dengan umno,pas,pkr semua tu.

Unknown said...

Salam YB,

Secara terus terang YB ni macam ektremis, tapi tak cukup ektremis lagi, belum sampai peringkat jadi macam AL Qaeda kot.

YB patutu tubuh parti YB sendiri untuk terus memperjuangkan matlamat YB!

Kalu masuk UMNO tak guna jugak, perjuangan YB jadi sia-sia.

Masuk PAS, org PAS YB hantam!

PKR, Yb ahli PKR tapi tindakan membelakangi PKR!

DAP, tak tahulah pulak, agaknya selari dgn YB kot!

Cukuplah YB, jangn meresahkan lagi...cari jalan berdamai..demi ALLAH!

Buat2 bertenang dan bersabar, bijaksana dalam tindakan YB

ad_dimasyqi said...

Salam Alaik

Sdr. Zul yang dikasihi, saya memahami sikap cemburu saudara terhadap Islam. Namun, pastikan cemburu itu tidak dipengaruhi emosi. Apatah lagi perkara yang sedang hangat dibincangkan ketika ini dikategorikan dalam 'masalah khilafiyyah'.

Saudara kena lihat bagaimana SIKAP ulama (dahulu dan kini) dalam mendepani masalah khilafiyyah ini. Kesatuan umat Islam dapat bertahan hingga kini kerana SIKAP para ulamanya yang 'berlapang dada' ketika berhadapan dengan isu2 yang diperkhilafkan ini. Jika tidak, imam Syafi`iy akan membuang gurunya imam Malik. Imam Malik tidak akan mengakui imam Syafi`iy sebagai murid. Imam Ahmad tidak akan mengiktiraf imam Syafi`iy sebagi guru sementara imam Abu Hanifah ditohmah kerana asyik mendahulukan 'pandangan' daripada nass.

Namun perkara ini tidak berlaku. Hal ini kerana SIKAP berlapang dada, menahan ego (walaupun masing2 punya hujjah dari sumber yang sama) serta toleransi menghiasi jiwa ulama2 tersohor ini. Akhirnya, kesatuan Islam terus utuh dan kepelbagaian mazhab menjadi rahmat buat umat.

Begitu juga dengan isu kalimah Allah. Ia berada dalam kategori khilafiyyah. Tiada siapa yang menjadi kafir atau fasiq jika tidak sebulu dengan lawannya.

Islam memberikan peluang kepada semua orang menyatakan pandangan dan hujjahnya. Pada masa yang sama, seluruh pendebat harus tahu kategori isu yang diperdebatkan, apakah ia masalah qat`ie atau zhonni? Dari situ pendebat boleh menentukan sikapnya diakhir perdebatan.

Jika masalah itu qat`iy, maka pertahankanlah sehingga ke titisan darah terakhir (seperti yang berlaku kepada imam Ahmad yg mempertahankan al-Quran dalam isu apakah ianya kalam Allah yg Qadim @ baharu).

Namun jika ia masalah zhonni, maka berlapang dadalah dengan pandangan pihak lain (selagi ia berasaskan hujjah) seperti yang berlaku kepada mazhab2 fiqh.

Secara jujurnya, saya juga berpandangan seperti saudara. Tidak mahu kalimah Allah digunakan sewenang-wenangnya oleh non-Muslim. Apatah lagi permintaan mereka dalam isu ini datang secara tiba-tiba, yang mengundang prasangka buruk terhadap tujuan mereka. Namun, setelah merujuk kitab2 tafsir muktabar seperti tafsir Qurtubi, Ibnu Kathir, Tafsir al-Munir dan lain2, akhirnya saya akur bahawa ia masalah khilafiyyah. Tidak guna saya terus berkeras mempetahankan pandangan kerana tafsir2 itu menceritakan sebaliknya.

Apa yang boleh kita buat ialah memastikan mekanisma tertentu dalam penggunaan kalimah Allah agar akidah umat terpelihara. Jika Herald menang, PAS khususnya mesti memantau cara guna kalimah ini dari masa ke semasa. Tindakan drastik harus dibuat jika terdapat sebarang penyelewengan.

Justeru, akhirnya, SIKAPlah yang menjadi penentu keutuhan perpaduan ummat. Jadikanlah akhlak ulama sebagai panduan.

Bersabarlah dalam berdebat. Barangkali ada hikmah tertentu di sebalik isu.

ad_dimasyqi said...

Salam Alaik

Sdr. Zul yang dikasihi, saya memahami sikap cemburu saudara terhadap Islam. Namun, pastikan cemburu itu tidak dipengaruhi emosi. Apatah lagi perkara yang sedang hangat dibincangkan ketika ini dikategorikan dalam 'masalah khilafiyyah'.

Saudara kena lihat bagaimana SIKAP ulama (dahulu dan kini) dalam mendepani masalah khilafiyyah ini. Kesatuan umat Islam dapat bertahan hingga kini kerana SIKAP para ulamanya yang 'berlapang dada' ketika berhadapan dengan isu2 yang diperkhilafkan ini. Jika tidak, imam Syafi`iy akan membuang gurunya imam Malik. Imam Malik tidak akan mengakui imam Syafi`iy sebagai murid. Imam Ahmad tidak akan mengiktiraf imam Syafi`iy sebagi guru sementara imam Abu Hanifah ditohmah kerana asyik mendahulukan 'pandangan' daripada nass.

Namun perkara ini tidak berlaku. Hal ini kerana SIKAP berlapang dada, menahan ego (walaupun masing2 punya hujjah dari sumber yang sama) serta toleransi menghiasi jiwa ulama2 tersohor ini. Akhirnya, kesatuan Islam terus utuh dan kepelbagaian mazhab menjadi rahmat buat umat.

Begitu juga dengan isu kalimah Allah. Ia berada dalam kategori khilafiyyah. Tiada siapa yang menjadi kafir atau fasiq jika tidak sebulu dengan lawannya.

Islam memberikan peluang kepada semua orang menyatakan pandangan dan hujjahnya. Pada masa yang sama, seluruh pendebat harus tahu kategori isu yang diperdebatkan, apakah ia masalah qat`ie atau zhonni? Dari situ pendebat boleh menentukan sikapnya diakhir perdebatan.

Jika masalah itu qat`iy, maka pertahankanlah sehingga ke titisan darah terakhir (seperti yang berlaku kepada imam Ahmad yg mempertahankan al-Quran dalam isu apakah ianya kalam Allah yg Qadim @ baharu).

Namun jika ia masalah zhonni, maka berlapang dadalah dengan pandangan pihak lain (selagi ia berasaskan hujjah) seperti yang berlaku kepada mazhab2 fiqh.

Secara jujurnya, saya juga berpandangan seperti saudara. Tidak mahu kalimah Allah digunakan sewenang-wenangnya oleh non-Muslim. Apatah lagi permintaan mereka dalam isu ini datang secara tiba-tiba, yang mengundang prasangka buruk terhadap tujuan mereka. Namun, setelah merujuk kitab2 tafsir muktabar seperti tafsir Qurtubi, Ibnu Kathir, Tafsir al-Munir dan lain2, akhirnya saya akur bahawa ia masalah khilafiyyah. Tidak guna saya terus berkeras mempetahankan pandangan kerana tafsir2 itu menceritakan sebaliknya.

Apa yang boleh kita buat ialah memastikan mekanisma tertentu dalam penggunaan kalimah Allah agar akidah umat terpelihara. Jika Herald menang, PAS khususnya mesti memantau cara guna kalimah ini dari masa ke semasa. Tindakan drastik harus dibuat jika terdapat sebarang penyelewengan.

Justeru, akhirnya, SIKAPlah yang menjadi penentu keutuhan perpaduan ummat. Jadikanlah akhlak ulama sebagai panduan.

Bersabarlah dalam berdebat. Barangkali ada hikmah tertentu di sebalik isu.

Anonymous said...

Maka celakalah mereka yang mengarang kitab dengan tangan-tangan mereka kemudian mendakwa: "ini datang dari Allah", demi memperoleh ganjaran (dunia) yang sedikit. Maka celakalah mereka dengan sebab apa yang mereka tulis dengan tangan-tangan mereka, dan celakalah mereka dengan sebab hasil usaha mereka itu.

(al-Baqarah (2): 79).

Adakah kamu masih mengharap mereka akan beriman kepadamu sedangkan sebahagian dari mereka pernah mendengar Kalam Allah, kemudian mereka tetap menyelewengkannya dengan sengaja walaupun mereka telah memahaminya!

(al-Baqarah (2): 75)

http://www.ikim.gov.my/v5/index.php?lg=1&opt=com_article&grp=2&sec=&key=2018&cmd=resetall

nikman said...

YB masuk je la UMNO tu. abis cite. xyah nak menyamar la YB.

Anonymous said...

Saudara-Saudari,
Saya berasa sedih & heran sampai sekarang masih ramai orang2 terutamanya orang2 melayu masih mengantuk. Oooi, sudah 52 tahun wah oooi. Saya tak mau membazir air liur saya untuk berdebat dengan orang2 bangang yang buta2 menyokong Zul ni
Sudah tengok artikel ini

http://malaysia-today.net/index.php?option=com_content&view=article&id=29854:now-do-you-understand-the-word-turncoat&catid=20:no-holds-barred&Itemid=100087

Kalau Hisham (Tukar Tiub), Raja Petra serta Fadzil Noor, PAS President benci akan ni si Zulklifi Noordin. Apa macam, kawan2 sekalian? Mengapa PAS tak mau mengambil seorang yang konon mempunyai kredential Islam yang tinggi. Malah FADHIL NOOR, PAS PUNYA ORANG, Menjauhkan dia macam wabak ADIS
Kalau sampai seorang ulama tak mau mendekatinya, lagi2 ada orang mau mencium tangan dia.

ANWAR,
JUST SACK ZUL LAH.

riza jose said...

As'kum YB
Tahniah YB! Anda telah popular dgn suara & komen lantang. Saya berharap YB dapat menyerahkan borang keahlian UMNO secepat mungkin. PKR akan sepak terajang YB drp parti tidak lama lagi. Marilah kita sertai UMNO. Parti umat Melayu sejagat.
Takbir!
Allahu Akbar!!

PUTRAKENCANA said...

Tahniah YB Zul, Teman sokong sesangat akan pendirian YB.

Syabas YB, Umat Melayu macam nilah yang akan membela nasib Umat Melayu kita nanti.

PUTRAKENCANA said...

Inilah dia bakal Perdana Menteri yang akan datang.

Fairus M.Zain said...

dey maple....... org islam tak perlu macam lu. lu berjuang bukan kerana ALLAH tapi kerana fullussssss. woi, hg ingat kami tak tau ka apa yg terjadi bila mana hg tak submit penyataan perbelanjaan pilihan raya pd tahun 2004. Afidavit Aziz Fadzil cukup kuat utk guling hg tapi apa dah jadi tiba2 ja diam. hg ingat UMNO haram jadah senang2 ja ka nak bagi kerusi MP bandar baru/kulim kat PKR kalau hg & lawyer sendiri yg kowtim dgn aziz fadzil/UMNO. hg manusia paling celaka, kelakuan hg cukup munafikkkkkk moga ALLAH memberi pembalasan yg cukup setimpal di atas muka dunia ini utk semua rakyat malaysia tahu akan KEMUNAFIKKAN ZULKIPLIAAAAAAAAQ.

Anonymous said...

Lagi2 Zulklifi........

Artikel ini daripada Hishamuddin Rais. Memang dia banyak kritikal terhadap Si Zul ni. Bahkan sejak sedekad lalu, Zul pun kenna komplen

http://tukartiub.blogspot.com/2010/01/melihat-kembali-satu-dekad-dahulu.html

Sometimes, one got to be dictatorial. Looking at situation if Pak Hadi can't accept Zul. Who the hell is Zul?

What's the game Anwar Ibrahim playing? One castration of Zulklifi Noordin would bring the silent majority closer to Pakatan Rakyat. Zul has gone to Judas way.

Anonymous said...

Surat terbuka kepada YB Zulkifli Nordin

Anonymous said...

YB...Bersyukur kepadaNYA kerana YB meletak agama Islam dihadapan...bukan politik dijadikan seperti pegangan agama...pada YB..berkatalah yang benar walaupun ia amat pahit untuk ditelan...dan pada mereka yang menyokong kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam..anda sebenar telah bersubahat mensyirikan Allah...ketahui dosa syirik kepada adalah dosa yang paling besar kepada segala dosa2 besar...

Pendukung Islam said...

Salam YB Zul,

Populariti saudara nampaknya meningkat naik. Nama YB Zul dicetak di muka depan akhbar sementara nama Najib pula tenggelam dimuka belakang. Ruang komentar pun dah mencecah lebih seratus komen.

Kalau blog YB Zul terus popular saya rasa akan ada yang ingin mengiklan di blog saudara. Saya juga tidak akan terkejut kalau ada media luar negara seperti Time yang ingin menginterbiu YB Zul selepas ini.

Suara lantang YB Zul menggerunkan sesiapa shj yg cuba memperlekehkan Islam. Saudara bukan shj konsisten dgn prinsip semasa memberi kuliah & ceramah tetapi juga konsisten didlm & diluar Dewan Rakyat.

Saya yakin YB Zul tidak akan diambil tindakan displin sebab hakikatnya Anwar & PKR memerlukan saudara sbg check & balance kpd PAS dan DAP.

Kalau YB Zul dipecat atau keluar parti, PKR akan dilihat sbg parti yg terlalu moderate,plural & tidak membela Islam.

Anonymous said...

ialah klu PAS dan org. Melayu Islam tidak membela agama Allah sapa lagi..

heran juga org. Islam dr. parti Islam yg. menyokong org. kristian
menggunakan kalimah Allah ..agaknya mata mereka sudah di butakan utk meraih undi.

Ingatlah kemenangan di sisi Allah lebih baik drpd. ganjaran dunia..
sedangkan definisi kemenangan mestilah di sertai dgn keredaan Allah swt jua.

sejak bila pula bahasa arab menjadi bahasa penting utk org kristian di sini..?

Y.B Zul sebagai org. yg. got the first hand experience dlm isu murtad anda adalah org. yg. paling layak utk memperjuangkan kalimah Allah ini..

bg. yg. lain ambilah kisah pengajaran dr. kisah Aishah Bukhari yg. satu masa dahulu pernah bersekolah dgn saya.. Cikgu Bukhari itu pun adalah bekas guru saya..

beliau adlh. anak yg baik.. tidak pernah terlintas di kepala otak sy nie. yg. suatu hari nnti dia akan menjadi murtad..

akhir sekali Tiada Tuhan melainkan Allah..

selamat berjuang...

najwazakaria said...

assalamualaikum YB..
saya menyokong PENUH perjuangan YB..saya faham dan saya mahu rakan2 juga faham..
YB bukan menidakkan ayat2 al-Quran yang menjadi dalil hujah ulama`2 sedunia..tapi saya yakin YB berfikir dalam konteks MALAYSIA..diulangi MALAYSIA..kita juga sedia maklum tentang KRISTIANISASI di MALAYSIA..YB sendiri sebagai insan yang berpengalaman dalam kes2 begini..
saya dapat rasakan KEBIMBANGAN YB terhadap GENERASI akan datang..

Unknown said...

Salam tuan.. saya Rahman dari petaling jaya berdiri teguh dibelakang tuan berkenaan isu nama Allah. kebelakangan ini para ulama, cendikiauan, tok tok guru dari sekutu parti tuan sudah hilang taring untuk mempertahankan islam. Malah ada yg terus membisu,terkaku dan membeku kerana kepentingkan parti dan sokongan sekutu mereka yang selama ini jelas menentang pembangunan islam melebihi segalanya. Mana suara ayam ayam jago dalam parti tersebut yang selama ini melaungkan pelbagai selogan. apa yang sangat menyedihkan mereka ini turut mengecam dan memperlekehkan saudara sehingga ada dikalangan mereka tergamak mencadangkan agar saudara dipecat dari parti. Begitu mudah mereka melupakan perjuangan saudara, hanya kerana hantaran bola tanggung memetik kata kata tuan ibrahim tuan man. bola tanggung yg menanti rejaman dari umno musuh parti tuan. tapi jelas musuh yang dimaksudkan tidak langsung berminat dengan hantaran tersebut, malah sanggup melipat net agar tuan tidak terjatuh menanti bola sampai ke kaki. malah mejoriti musuh sekutu tuan ( ahli umno ) melihat tuan sebagai hulubalang yang perlu dituruti ke medan perang. tuan saya sedih nama Yb tuan kini bermain dari bibir ke bibir dimana mana warong kopi dan surau dikawasan saya yang dikuasai sekutu parti tuan ( pas ). mereka mereka ini umpama ayam sabung yg kehilangan taji menanti masa untuk disembelih dimasak kari dihidang untuk makan tengahari. kekadang musuh sanggup mati bersama. wassallam.

Anonymous said...

Salam bro Zulkifli,

Saya amat kagum dengan keberanian saudara mempertahankan sesuatu yang dikhuatiri akan mendatangkan kesan kerosakan akidah kepada generasi akan datang. Semuga Allah sentiasa bersama dengan orang2 yang benar dan semuga kita semua diberi petunjuk dan hidayah oleh-Nya dalam mengharungi saat2 genting seperti ini. Teruskanlah perjuangan anda wahai saudaraku. Saya dan ramai lagi sdr seagama dengan anda tetap sentiasa berada dibelakang saudara walau apa pun terjadi.

Shahstruan Resources said...

salams to all.

kenapa la nak gaduh gaduh, hidup kita bukan lama and we would leave legacies, but those are unimportant compared to macamana kita bila menghadap yg esa nanti.

fikir fikirkanlah dgn ikhlas, kita hidup ni untuk apa?

To YB Zul, you have my respect and as long as you believe in what you do and ikhlas untuk Allah, rest assured, even if you are minced here on this mundane world, you'll gain later, Insyallah.

To those against YB Zul, dig deep into your hearts and brain and look for the true reason why you are against him. Allah Maha Mengetahui.

Faizal@poyan said...

Assalamualaikum yb...

tahniah atas sikapketegasan yb dalam menegakkan kalimah Allah...

yb biarlah yb di pandang serong oleh makhluk tetapi di sisi Allah insyaAllah Allah akan pandang yb dengan kemulian..

yb kami bersama yb dlm isu ini walau apa pun tindakan yg akan di kenakan oleh parti yb...tetapi itu adalah hukuman makhluk semata-mata yb jgn gentar dan takut teruskan berjuang...ingat bukan mereka yg akan membantu yb di dalam kesusahan tetapi Allah..

cuma sy hairan ketika yb di serang sebegini megapa sahabat2 di dalam parti yb mendiamkan diri.

alangkah bagusnya jika ramai lagi yb yang sama pendekatan seperti yb..

jgn risau yb..kami tetap bersama yb.. jika di pecat tak bermakna yb akan keseorangan banyak lagi parti politik yg akan mengalu-alukan yb atau pun yb boleh bergerak bebas tanpa di kongkong oleh mana-mana parti...

Moga Allah sentiasa melindungi yb

Unknown said...

Sdr Zul,
Teruskan perjuangan menegakkan syariat Islam...peduli apa depa nak kata,Allah mengetahui apa yang kita buat dan niat kita,InsyaAllah yang benar tetap benar,tak semestinye menentang pendapat itu ikut umno..malah ramai lagi yg bukan umno sokong sdr...percaya lah....teruskan niat yang baik , semuga sdr berjaya.

remyzero09 said...

Saya tak pasti dengan jelas apa keputusan PR mengenai isu ini.
Sebagai seorang Islam saya memang bangga jika bukan muslim menyebut Allah sebagai tuhannya. Cuma saya takut orang Islam akan terkeliru di kemudian hari. Kenapa orang Kristian tidak menggunakan perkataan Tuhan atau God sahaja.
Habis cerita.

Sham said...

salam Yb yg paling ISLAM..

Saya org KBB...syabasss Yb lah Org yg paling ISLAM mungkin dalam abad ini....

Org lain mana ada yg terrer cam Yb..atau sekadar alasan nak jump to Asid AMENO....

apa2 pun pisang pasti tak kan berbuah 2 kali.....syabassss

ag said...

yalah termasuk 4 ulamak tersohor di dunia pun tak betul,yg betul zul sahaja.

common la juak2 dumbno,kalau nak puji zul pun berpada2 la,tak semua ahli pas yg akal pendek yg cuba cybertroopers dumbno ni cuba turn over,mungkin segelintir puak UG termakan.
betul tak tun faisal?

safwanmohamad said...

Saya ucapkan tahniah kepada saudara YB. Orang Baling pun berani, noh?! Tak apa, asalkan ada asas yang kuat, keyakinan yang tinggi, maka kita akan perjuangkan. Yang lain tu, tak berapa kuat, keliru antara benar dan salah. Jika parti politik tidak cukup 'besar' untuk menampung anda, NGO sangat 'besar' untuk menampung anda, kerana kita above political parties...

faris said...
This comment has been removed by the author.
idans said...

inilh berlaku bila 'manusia' brbicara tentng agama Allah secara terbuka.. kite sndiri xpasti smada yg mnyokong dan yg mgkritik adalah seorg Islam mahupn tidak... jadi pesan saya, TOLONGlh jgn berbicara sbegini lg jika anda syngkn ISLAM.. bimbng kite semua trgolng dlm golngn yg munafik.. Wallahualam.. sekian terima kasih.. -insan jahil

Anonymous said...

YB yang dikasihi...katakan pada mereka2 yang bertentangan dengan berdirian YB..

Ingatlah janji Allah:

"Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (Wahai umat Muhammad) bahawa Dia (Allah) akan menjadikan mereka berkuasa memegang pemerintahan di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: yang berkuasa; dan Dia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhai-Nya untuk mereka; dan ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain dengan-Ku. Dan (ingatlah) sesiapa Yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang Yang derhaka (fasik)" (an-Nuur: 55)

"Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu memandai-mandai (melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan RasulNya; dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui" (al-Hujuraat: 1)


Kepada penyokong2 parti yang “berlabel Islam” yang disertakan kesyirikan di dalamnya dengan meninggalkan (mengabaikan) petunjuk yang sedia ada (Kitabullah dan sunnah Rasul-Nya), percayalah... ia pasti gagal, dan hanya menambahkan lebih banyak penyimpangan...

Tedung Selar said...

Salam Tahniah kepada YB.Saya sentiasa menyokong anda dalam perjuangan menegakkan kebenaran.dalam hal penggunaan kalimah Allah saya berpendapat .pada zaman Rasullullah memang ada digunakan.dan ini disokong oleh ulama-ulama yang terkenal.Ada pihak mengguna pakai ulama yang dibawany dan sebelah pihak lagi mengguna pakai ulama yang dibawanya.Jika dilihat kedua-dua ulama besar yang kita sanjungi.Sebagai jalan tengah kita boleh menerima pandanga yang boleh digunakan dalam negara kita sesuai dengan masyarakat berbagai bangsa dan agama.Jika kalimah Allah digunakan oleh agama lain ianya mungkai akan mengelirukan generasi akan datang.Sebagai contohnya anak kecil bermain dengan rakan yang beragama Kristian yang juga menggunakan kalimah Allah.Rakannya bertanya kau sembah apa? Tentulah jawapannya Allah.Jawab rakannya ,sama le macam aku.Boleh le kau sembahyang kat gereja sebabnya kita sembah tuhan yang sama.Perkara ini tidak mustahil akan berlaku dengan situasi akhir zaman.Ini semuanya permainan Yahudi yang ingin sangat memporakperandakan negara kita.Pelbagai kaedah yang mereka gunakan.Kita masih lagi bertelagah.Yang untungnya bangsa ........Melayu semakin kebelakang.Kepada orang Melayu yang beragama Islam kembalilah kepada Alquran dan Alsunnah.Dah terlalu banyak perkara yang merugikan kita.Kepada DSAI sedarlah!!!!!!Disebabkan andalah banyak hak kami yang terpaksa digadaikan berbanding UMNO.

profit said...

To Puterakencana

Inilah dia bakal Perdana Menteri yang akan datang.

I refer to your statement above;
KAH KAH KAH KAH KAH,SAMPAI TERKENCING AKU.

zalee said...

Lebih baik YB sertai PAS atau mejadi ahli parlimen bebas tanpa menyebelahi mana2 pihak.

lah said...

Utusan M 28/1/10:Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam menyarankan kepada Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin supaya meninggalkan PKR segera sebelum dipecat.

Baginya, tidak ada faedahnya untuk Zulkifli terus berada dalam parti tersebut yang jelas mempunyai pendirian bercanggah dengan wakil rakyat itu dalam isu-isu berkaitan Islam.

"Elok beliau keluar sahaja daripada PKR, jika beliau tidak suka, daripada tunggu untuk dipecat, baik masuk UMNO atau sertai parti komponen Barisan Nasional (BN) lain," katanya.

Haikaliium said...

Mereka terus ketawa, Melihat kita berlaga-laga,

Mereka terus ketawa, Melihat kita saling mengata,

Mereka terus ketawa, Melihat kita saling membinasa,

Mereka terus ketawa, Melihat kita putus saudara,

Mereka terus ketawa, Rancangan mereka telah berjaya...




Kita terus merana, Taksub buta menjadi punca,

Kita terus merana, Kawan dan lawan tak tahu beza,

Kita terus merana, Matlamat perjuangan semakin dilupa,

Kita terus merana, Al-Quran & Sunnah sekadar baca,

Kita terus merana, Islam dipegangan terus dihina...

tobeng said...

Yb zul,

Saya cadangkan yb menjadi MP BEBAS dan tidak terus bersekongkol dengan pemuka2 IFC dan parti2 politik proksi si mata satu itu.PAS terlalu lemah untuk menerajui PR apalagi menegakkan Islam(walau ramai mengharapkannya),umno pula masih bergelut dengan masalah 'tradisinya' yang masih belum selesai.

Jadilah MP bebas yang rapat dengan NGO2 Islam.Apabila sdr diperlukan memihak kepada mana2 pihak dalam politik nanti,pilihlah yang kurang mudarat antara dua mudarat.

Pablo said...

Salam YB Zul,saya mengikuti perkembangan YB dari dulu lagi dan saya juga tidak berada dalam mana mana parti...tetapi saya cukup kagum dan hormat dengan pendirian YB dari dulu sehingga kini tidak pernah goyah walaupun ditentang...syabas YB

Unknown said...

saya sokong yb sampai bila2

Supar Yop said...

YB ZN,
Kalau betul akan dipecat dari PKR saya sarankan
1) Jadi ahli bebas ATAU
2) Masuk UMNO

Jangan sekali2 buat parti baru.. nanti lagi teruk melayu berpecah.Kita jgn jadi macam kaum India yg walaupun minoriti tapi punya parti politik paling banyak ! Dan pemimpin2 nya yg kalah mcm Samy dan Kaveas jadi mcm pisang lekat kat tandan , sampai layu pun tak jatuh2.. Tanda diorang bersara bila dah mati mcm Pandithan! Diorang ada MIC,PPP,IPF,Parti Nalla yg entah apa nama dan Makkal Sakti.Kelompok diorang pun menumpang dlm PAS,PKR dan DAP..Belum masuk lagi KIMMA utk India Muslim.Sampai isu agama pun berpecah - belah.. rupanya kasta rendah tak dibenarkan pergi ke Batu Caves! Kena buat kuil sendiri utk kasta masing2.Lagi teruk kuil pun dipolitikan! Ada kuil Samy Vellu, ada kuil Pandithan, kuil Subramaniam dan mcm2 lagi!Mahukah jadi begini? - esok ada MAsjid ZN, Gereja Khalid Samad! Dulu tahun 80an,kita dah pernah berpecah sampai sembahyang 2 imam PAs dan UMNO.Paling terbaru berita gembira utk PAS dan PKR, mereka pun turut serta join geng Kristian dan Punjabi kerana mendakwa rupanya ada jugak patung mereka bernama Allah!Saya nak dengar ada lagi tak puak2 Khalid Samad ni yg tumpang syukur kerana 1lagi Agama dah menuntut nama Allah!
Jgn diorang wel - welkan nama Allah masa thaipusam nanti sudah!

adie said...

assalamualaikum,
tahniah buat YB atas keteguhan prinsip perjuangan saudara. terus terang saya katakan bahawa fahaman politik kita adalah berbeza. namun, dalam banyak hal yang diperjuangkan oleh YB saya memang bersetuju. Atas nama islam, YB tetap perjuangkan tidak kira berdepan siapa.Demi keadilan, YB tidak pernah mengaku kalah. Isu beng hock,ridzuan tee dll.


Suka saya merujuk kepada tulisan saudara Arai yang menuntut di al-azhar. sebagai seorg dari bidang akidah mungkin saudara lebih memahami isu ini dengan baik. saudara ada tanyakan apakah Allah itu god? bagi saya YA Allah itu god, yakni tuhan yg disembah itu Allah. mungkin saudara telah lama berada di al-azhar hingga telah lupa dengan penggunaan tatabahasa. antara kata nama khas dan nama am. kita menulis Allah sebagai Allah'iaitu dengan A sebagai huruf besar. mungkin saudara telah lupa bila kita gunakan nama khas maksudnya kita merujuk kepada yang satu. analoginya begini; kalau ada satu nama khas bagi dua org yg berbeza contohnya ada dua org Arai disini, bila saya memanggil nama tersebut pastinya saudara akan keliru kepada siapa panggilan itu dibuat.masyarakat sekeliling saudara pastinya akan lebih keliru bila saya kata arai yang sorang lagi tu penipu dan harus dihindari. saya bimbang masyarakat tersilap memilih dengan menjauhi dari saudara dan mendekati yg penipu itu.

Saya setuju dengan saudara bila menyatakan bahawa ada ulama luar yg tidak kisah Allah digunakan oleh agama lain.. sebagai contoh arab, ya kerana bahasa arab menyebut istilah tuhan sebagai allah juga.. la ila ha illa allah... tapi kenapa dlm bahasa arab tidak digunakan la allah ha illa allah? ini kerana walaupun bahasa arab menggunakan perkataan yg sama masih mahu membezakan antara istilah tuhan dan allah.mungkin saudara lebih memahami bahasa arab dari saya.

Saya juga bersetuju dengan saudara, islam tidak menjatuhkan hukum sebelum kesalahan dibuat..tapi islam mahu kita mencegah suatu yg boleh membawa kemudharatan. contohnya, dan jauhilah kamu daripada zina. adakah hanya bila salah seorang dari ahli keluarga saudara tergelincir akidah baru saudara akan bersetuju agar kalimah Allah dipertahankan?

buat YB Zul, untuk pengetahuan YB saya memang cintakan perjuangan PAS, tapi lagak ahli2 mereka yg merasakan merekalah yg teralim membuatkan saya jd mual dgn parti ini.Mungkin ramai dari mereka merasakan YB ego dalam perjuangan YB, namun mungkin mereka juga tidak sedar yg mereka juga sebenarnya ego utk sesekali mengatakan pemimpin mereka juga mungkin sesekali melakukan kesilapan.

mungkin apa yg saya coretkan di sini merupakan pandangan peribadi saya. saya mohon maaf kiranya coretan saya ini mengguris mana2 pihak terutama saudara Arai.

wassalam.

Haikaliium said...

Salam YB yang dikasihi,





Saya sebagai marhaien yang kerdil berdoa kepada Allah SWT semoga perjuangan Islam akan terus hidup subur di bumi Malaysia.




Berhubung dengan isu penggunaan kalimah Allah oleh orang Kristian, saya amat berharap perbezaan pendapat antara YB Zulkifli dan YB Khalid dapat diselesaikan dengan cara yang baik. Oleh kerana tiada nas yang jelas menghalang penggunaan kalimah Allah oleh Kristian dan sememangnya terdapat kemungkinan besar pihak Kristian akan menyalahgunakan kalimah Allah, kedua-dua pandangan pro dan kontra terhadap isu tersebut adalah bergantung pada hukum akal. Saya yakin YB berdua lebih memahami isu ini berbanding saya. Justeru semangat musyawarah seperti yang diamalkan di zaman Rasulullah SAW dan para Khulafa' Ar-Rasyidin wajar dijadikan panduan dan teladan dalam menangani perbezaan pendapat. Sesungguhnya Rasulullah SAW merupakan contoh ikutan yang terbaik. Sikap berlapang dada, menghormati dan meraikan pendapat yang berbeza seperti yang diamalkan oleh Imam-Imam Mazhab dan ulama' silam juga wajar dicontohi.




Firman Allah SWT yang bermaksud:



"Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu Wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertawakal kepada-Nya" (Surah Ali Imran , ayat 159)




Saya melihat 'perang' melalui media antara YB Zulkifli dan YB Khalid hanya akan meruntuhkan krediliti YB berdua di mata rakyat. Keegoan yang membawa kepada persengketaan dan perpecahan hanya merugikan umat Islam dan menguntungkan musuh Islam. Berdamailah, atas dasar kasih kita kepada Allah SWT dan agamaNya, pasti ada jalan dan kaedah yang lebih indah dalam menangani masalah ini. Mudah-mudahan Allah menunjukkan kita jalan yang benar...

abuhuzaifah said...

salam YB,

walaupun saya agak pening lalat dgn tindakan YB sehari dua ini, saya pulangkan semuanya kepada YB dan Allahlah yang akan menilainya.

soal politik tiada dalam pertimbangan saya mengenai soal kalimah Allah ini jadi biarlah; saya tak nak komen.

pandangan dua2 pihak dalam soal kalimah ini pada pandangan saya ada asasnya masing2.pandang prof. al-attas yg YB siarkan di blog YB juga logical. org kristian mmg tiada hujah kuat apatah lagi kalau ditelusuri hujah2 theology mereka sepanjang zaman.

tapi dalam soal ini saya berfikir : apakah pandangan quran & sunnah terhadap penggunaan kalimah Allah oleh org bukan islam. bukan apa kata kita.. tapi apa kata Allah dan Rasulnya berdasarkan Quran dan Sunnah. atau apa yg dapat kita faham dari Kitabullah dan Sunnah rasulNya.sbb bila kalau Kita faham Allah dan RasulNya tetapkan sesuatu kita tak boleh nak pandai2 kita buat ijtihad...

saya takut kita masuk kategori tak memberi keadilan kepada mereka (org bukan Islam)"wala yajrimannakum Shana aanu qaumin ala alla ta'dilu ..." sedang sendiri akui mereka sebut nama Allah, walaupun lain kefahaman mereka ttg allah.rujuk al-haj:40, dan banyak ayat2 lain kalau sama dgn kita Islam la dah mereka tu.

tapi mmg saya juga setuju dgn pandangan yg tak bersetuju izin org bukan islam guna kalimah Allah bhw kesucian kalimah itu harus dipelihara, klau tidak bermasalah iman kita, bhw ia tidak diguna secara yg menghina akidah umat Islam atau yang boleh menyebabkan huru hara dlm negara....

hamba Allah said...

Aslkum YB.

Sokong sangat tindakan YB tu. Sekurang-kurangnya ada juga ahli PKR memperjuang Islam. Isu ni dah saya posted kepada YB setahun lebih dulu sewaktu archbishop tu bawak ke mahkamah. Tapi posting saya didelete oleh YB. Bukankah baik lagi isu ni di tangani lebih awal lagi? Pengalaman saya dari belajar dan bekerja di beberapa negara luar, bergaul dengan masyarakat luar, pengamatan saya mengatakan matlamat orientalis sememangnya sama & terang dan nyata ingin merosakkan akidah umat Islam.
Cuma saya lihat parti2 politik & individu di Malaysia masing-masing nak ambik kesempatan dari isu ini meraih undi. Untuk PKR & PAS kalau berterusan menyokong penggunaan nama Allah utk yang bukan Islam, banyak empty talk & personal drive, saya tak akan bersekongkol lagi & tak ada undi dari saya untuk PRU akan datang.
wallahualam.

InsanMarhaen said...

Assalaamualaikum,..

Saya nak tegaskan SATU perkara iaitu walaupun saudara YB yakin pendirian YB benar, saya mohon YB sila berdiolog secara ilmiah dan ikhlas dengan ulamak-ulamak yang tidak sependapat dengan YB. Mungkin YB tidak terfikir suatu yang mereka fikirkan. Jangan sekali-kali berTUHANkan kepada pendapat sendiri. Ingatlah kita bukan malaikat yang tiada khilaf, justeru itu waspada dan ambillah pendekatan bermuzakarah. Jangan sampai tersungkur di pintu syurga. Wassalam

InsanMarhaen said...

Assalaamualaikum,..

Yang dikasihi YB,

Dahulu saya kagum dengan kekentalan YB mempertahankan Islam, tapi makin hari makin saya lihat YB sebenarnya DEGIL dengan pendapat YB tanpa ingin mengambil pendirian bermuzakarah.

Isu "Allah" misalnya jelas menunjukkan YB mengambil pendirian DEGIL atas pendapat sendiri tanpa merujuk kepada ulamak-ulamak muktabar. YB mungkin yakin bahawa YB kononnya mempertahankan Islam tapi hakikatnya mungkin meruntuhkan Islam.

Isu "Allah" mesti dilihat pada 2 perkara pokok.

Pertama dari Nas Al-Quran dan As-Sunnah dan yg Kedua adalah maslahat ummat atau pentadbiran.

PERTAMA berdasarkan Al-Quran dan Sunnah, jelas bahawa Allah tidak pernah menyuruh umat Islam menghalang kalimah Allah daripada digunakan oleh bukan Islam walaupun jelas mereka mensyirikkan Allah seperti (triniti dsb). Bahkan byk ayat-ayat Quran menyatakan bagaimana kafir musyrik mengakui bahawa tuhan pencipta alam ini adalah 'Allah' dan Allah mengkehendaki kita bersyukur atas pengakuan mereka itu.

Oleh yang demikian janganlah kita PANDAI-PANDAI mengharamkan apa yang tidak diharam oleh Allah!!! Apakah Allah tidak berapa cerdik???!!! (bersambung...)

InsanMarhaen said...

sambungan....KEDUA, perihal Pentadbiran.

1) Realiti di Malaysia kononnya orang Islam akan keliru jika kalimah 'Allah' diguna pakai oleh orang bukan Islam. Hakikat yang sebenarnya adalah selama ini orang Melayu Islam dalam kekeliruan.

Muslim meyakini bahawa Allah itu esa, tak beranak dan diberanakkan. Sedangkan Kristian pula menyangka Allah itu punya anak. Hakikatnya adalah kedua-dua Muslim dan Kristian merujuk Allah kepada ENTITI yg SAMA tetapi BERBEZA pandangan bagaimana sifat-sifat Allah itu.

TAPI sebahagian muslim menganggap kristian merujuk Allah kepada ENTITI yg LAIN selain tuhan maha kuasa yang satu itu, maka semestinya mereka marah dan menentang kerana menyangka ada DUA ENTITI berkongsi nama yang sama iaitu 'Allah'.

Malah ramai Muslim menganggap bahawa tuhan mereka Allah sedangkan tuhan orang non-muslim bukan Allah. Seolah-olahnya Muslim dan non-Muslim mempunyai tuhan masing-masing.

Muslim mengtauhidkan Allah, Muslim MengEsakan Allah, sedangkan Musyrikin (termasuk kristian) mensyirikkan/menyekutukan Allah. Inilah perbezaan aqidah Islam dan aqidah musyrik.

Yang membezakan antara Muslim dan kristian bukanlah tuhan mereka sembah tetapi aqidah serta pandangan mereka tentang konsep ketuhanan.

Seperti kata Dr Asri, jangan direbut nama Allah tapi perkuatkanlah aqidah muslim.

Orang Melayu Islam ini ibarat sedang tidur dalam kegelapan apabila dibuka lampu agar mereka bangun tapi mereka menyuruh lampu ditutup semula kerana silau tidak mampu celikkan mata, maka kekallah mereka dalam kegelapan. (bersambung..)

InsanMarhaen said...

(.....sambungan)
2) Terjemahan 'God' kepada 'Allah' atau 'Allah' kepada 'God' tidak tepat. Betul memang tidak tepat, kerana Allah (al + ilah) adalah 'The God' tuhan yang esa, yang satu, yang tunggal dengan segala sifat kesempurnaan. Mungkin selama ini pihak kristian menggunakan 'God' sebagai tuhan kemudian mungkin kepada 'The God' kemudian 'Allah' jadi apa masalahnya??. Mereka boleh saja menggunakan hujah yang sama, iaitu kerana 'god bukan terjemahan yang tepat bagi tuhan yang mereka maksudkan justeru mereka ingin menggunakan kalimah 'Allah'. Apakah suatu hari nanti kita akan mengatakan hanya orang Islam saja boleh mengatakan bahawa Allah itu Esa tapi bukan islam tidak boleh???. Ayuh! Yb fikirlah sejenak.

3) Konon ada berpendapat ini adalah strategi pihak Kristian untuk merosakkan orang Islam. Sama ada dakwaan ini benar atau tidak, tidak penting. Ingat! membuka pintu tidak semestinya menyebabkan orang keluar, kerana pintu terbuka juga membolehkan orang masuk. Jika kita yakin dengan kekuatan aqidah Islam yang murni, yang indah, yang diterima logik akal tiada apa yang perlu digusarkan. Si Kristian ini umpama anak ular sawa ingin menelan ekor Gajah. Sang anak ular memang yakin akan dapat menelan ekor gajah yang kelihatan lebih kecil darinya tapi Sang Gajah pula tidak perlu takut kalau ia tahu kelebihan dirinya.

Saya tidak bermaksud meleteri atau mengajar YB. Demi Allah apa yang saya nyatakan ini demi Islam. Oleh itu saya merayu kepada YB untuk mengambil sikap untuk berbincang, berdialog secara Ilmiah penuh ikhlas. Wahai YB tolonglah..walaupun YB terlalu yakin dengan pendirian YB tapi silalah bermuzakarah... Ingatlah jika kita tersilap langkah natijahnya amat buruk kepada Islam dan Umat Islam.

"Menolong Orang Islam tidak semestinya menegakkan Islam tapi menegakkan Islam semestinya menolong Orang Islam"

wassalam

Desa Saujana said...

Tahniah YB dgn pendirian yg cukup consistent....Islam diutamakan, Parti, kemudian...

kadiology said...

hehe, kalau penyokong YB zul ni di tuduh sebagai penyokong UMNO, yang tak menyokong YB zul ni plak adalah penyokong DAP.