14 January 2010

GEREJA ALLAH?

(Gereja "ALLAH")
Salam 2 all.
Sebagaimana yang telah saya nukilkan semalam didalam tulisan bertajuk "Makin Kurang Ajar", saya menyatakan akan ada segelintir puak-puak Kristian akan mengambil kesempatan dari kemelut yang berlaku. Saya menjangkakan mereka akan mula buat pelbagai tuntutan. Tak sampai 24 jam, muncul tuntutan baru.
Dalam isu Herald, mereka menuntut menerbitkan risalah menggunakan nama ALLAH hanya untuk penggunaan segelintir Kristian di Sabah/Sarawak, konon atas alasan mereka berbahasa Melayu. Dua hari lepas, satu lagi permohonan difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menuntut supaya mereka dibenarkan membawa masuk bahan bacaan dan penerbitan dari luar yang jelas menggunakan nama 'ALLAH' sebagai nama Tuhan yang punya anak.
Hari ini, didalam satu wawancara yang disiarkan di thenutgraph.com, sebuah media siber tempatan, Chrisane Chin (Moderator Hal Ehwal Belia Majlis Gereja Malaysia) dan (Sivin Kit (pastor Gereja Lutheran Bangsar) membuat kenyataan bahawa penggunaan nama ALLAH bagi Kristian sepatutnya dibenarkan diseluruh Malaysia dan tidak hanya terhad ke Sabah/Sarawak sahaja. Rasional mereka? Kerana ada Kristian Sabah/ Sarawak yang tinggal dan bekerja di Semenanjung yang tidak faham bahasa selain Melayu!! Malah lebih kurang ajar, mereka dengan sombong menyatakan Kristian Malaysia tidak akan berganjak daripada menuntut menggunakan nama 'ALLAH' sebagai gantinama 'God' dalam bentuk triniti-Tuhan Bapak, Tuhan Anak & Roh Suci.
Mungkin selepas ini mereka akan menuntut Gereja Melayu dengan nama ALLAH dibenarkan! Alasan; sebab ramai Melayu Indon beragama Kristian yang tinggal dan bekerja di Malaysia. Dan inilah yang telah berlaku di Indonesia, saperti gambar diatas. Bersepah Gereja ALLAH muncul di Indonesia sekarang ini. Dan semuanya kerana dasar pancasila yang menyamaratakan semua agama. Memandangkan semua agama sama, maka dibenarkan Kristian di Indonesia menggunakan perkataan-perkataan yang sama dengan Islam.
Setelah berpuluh tahun 'amalan syirik ini dibenarkan, akhirnya generasi Indonesia menjadi bangsa yang cacamerba dan rojak. Apa tidaknya, gadis Melayu berjumpa dengan pemuda Kristian tidak nampak lagi perbezaan diantara mereka. Nama sama, yang Muslim pun "Hartono", yang Kristian pun "Hartono". Yang Muslim pun tuhannya "ALLAH", yang Kristian tuahnnya pun "ALLAH". Yang Muslim "solat" di masjid, yang Kristian "solat" di gereja ALLAH. Yang Muslimnya mengejar "syurga", yang Kristian pun mencari "syurga"! Bagi si gadis Melayu Muslim ni, apa beza Hartono Muslim dan Hartono Kristian..sama saja dong!! Jadi kita tidak hairan ada pasangan suami isteri, dimana si isteri Islam, si suami Kristian. Mula nikah di masjid, lusa nikah pula di gereja..kita serupa dong!!
Apakah kita umat Islam di Malaysia yang sudah begitu sebati dengan Islam redho dengan perkara ini? Kesebatian umat Islam Melayu dengan agama begitu intim, hinggakan British semasa menggubal Perlembagaan terpaksa mengakui hakikat ini, dan menyediakan satu peruntukkan khas di dalam Artikel 160 Perlembagaan bahawa syarat menjadi Melayu itu mestilah dia seorang Islam. Ini tidak ada bagi Melayu Indon, Melayu Filipina, Melayu Siam, Melayu Afrika; malah tidak adfa bangsa didunia ini yang keujudan bangsanya dikaitkan dengan agama, kecuali bangsa Melayu.
Sedarlah saudara ku umat Islam bangsa Melayu, kerana Islamlah bangsa Melayu menjadi hebat dan bertamaddun. Kata Saidina 'Umar radhiallah hu 'anh, "kita dahulunya kaum yang hina (Melayu dahulu asalnya Hindu!). ALLAH swt telah memuliakan kita dengan Islam. Andainya kita mencari kemuliaan selain daripada apa yang telah ALLAH muliakan kita dengannya, maka kita akan dihina oleh ALLAH!".
('Umar ibnul Khattab semasa pembukaan Masjidil Aqsa riwayat yang sanadnya dinilai sahih oleh Al Hakim dan disokong oleh Az Zahabi dalam kitab "Al-Mustadbrak" 1/237, Beirut Darul Ma'rifah).
Apakah selepas ini akan mula muncul gereja-gereja dan salib-salib yang menulis nama 'ALLAH'?! Saya jangka kalau nak muncul pun mungkin bermula di Shah Alam, sebab nampak gaya ada segelintir orang Melayu di Shah Alam yang cukup kuat semangat bertolak ansurnya. Hindu minta bina kuil di kawasan perumahan Islam pun ok; jadi kalau Kristian minta nama Gereja 'ALLAH' pun mungkin juga ok kot!! Na'uzubillah min zaalik.
Wallahua'lam, wassalam.
Zulkifli Bin Noordin
Khamis
28 Muharram 1431
14 Januari 2010

39 comments:

niffiras gunung ledang said...

Salam tuan..
Semoga Allah melindungi Agama, Bangsa dan Negara kita.
Saya bukanlah ahli mana-mana parti. Tapi ikhlasnya saya mempunyai pendirian dan stand saya sendiri. Salam hormat kepada tuan kerana memperjuangkan yang benar itu benar, yang salah itu salah. Ikhlasnya timbul kekeliruan bagi mereka yang jahil atau sengaja menjahilkan diri mereka apabila pemimpin-pemimpin islam parti tak kira PAS, UMNO, PKR mengeluarkan pendapat, pendirian dan pandangan yang berbeza2 dalam isu ini. Dan sesetengahnya menyimpang jauh dari landasan. Saya terfikir apakah agenda dan tujuan mereka. Begitu juga tuan, saya bersama-sama tuan dalam isu ini dan beberapa isu lain. Mungkin juga ada yang saya tak sependapat dengan tuan dalam hal-hal politik, tapi ikhlasnya saya kagum dan hormat pendirian tuan. Moga Allah memberi petunjuk dan mengembalikan mata hati mereka yang telah sendiri menjahilkan diri mereka. Semoga kita terus diberikan kekuatan untuk menegakkan yang benar. Kalimah ALLAH terlalu suci. Amin!

Shah Alam tempat pertama? Nauzubillah. Saya faham apa maksud tuan tapi sama-samalah kita berdoa dan bertindak ianya takkan berlaku.

Nota: Yang baik diikuti, yang batil sekelumit iman kita ada, cegahlah biar dalam hati kita. Matlamat tidak sesekali menghalalkan cara.

Supar Yop said...

Sekiranya begini lah rsponse dari padri2 kristian kurang ajar ni yg tidak tahu menghormati hak orang Islam, masih berdegil hendak menggunakan kalimah Allah, maka kita semua hendaklah ISTIHARKAN PERANG TERHADAP MEREKA dgn mempertahankan habis2an nama mulia ini! Tapi bukan dgn membakar gereja, saya tidak mahu dituduh menghasut ke arah itu, itu bukan kerja saya, kita tiada masa utk buat kerja begitu.

Kita hendaklah menentang habis- habisan, walau seribu kali mahkamah menyebelahi mereka .. Kita hendaklah membangkitkan di dalam kkhutbah Jumaat, hendaklah mengadakan bantahan selepas solat Jumaat, hendaklah bertegas menerangkan kpd sahabat2 kristian dan kafir bahwa kita tidak akan bertolak ansur dgn mereka. Kita hendaklah mengadakan bantahan umum di hari 2 lain juga, di pasar di pasaraya di mana saja, di dlam blog lain dan di Malaysiakini juga, biarkan kita kena bayar utk mendaftar - Tahukah anda skrg mereka juga sedang mempersoalkan kuasa Sultan Selangor melarang mereka dari menggunakan perkataan ALLAH!

Lalu tunggu apa kagi?Chen Man Hin , veteran DAP,cina tua kapir yg blum mampos lagi , tetiba boleh bersuara menyokong penggunaan perkataan suci utk mereka sdgkan dia bukan kristian!

Kebanyakan suara2 sumbang dlm laman keparat tu bukan kristian, tapi adalah bukan Islam.
Isyarat ini jelas menunjukan pertentangn bukan lagi antara Melayu/Islam dgn kristian tetapi adalah antara Melayu/Islam dan kafir keseluruhannya.

Bagi mereka, apa sahaja yg berbau melayu, ketuanan melayu, Islam wajib ditentang atau dibenam jauh kedalam perut bumi.

Maka wajib kita pertahan hak kita dgn apa cara yg wajar di sis undang2.

Oleh itu saya menyeru tuan2 sekelian agar jgn sesekali kita anggap kita di pihak yg bersalah dan bersedia mengorbankan hak kita.
Jika mereka mahu juga, katakan pada mereka, pergi berambus keluar dari bumi melayu ini dgn gereja2 kamu semua.
Katakan juga kita tidak terbsabit dan jgn sesekali mengaitkan perbuatan membakar gereja dgn kita.Malu lah menumpang di tanah orang.

Kpd PAS dan PKR, kita jgn sekali - kali mengundi mereka di masa akan datang hatta dalam PRU atau pilihanraya kecil sekalipun sbg tanda protes terhadap mereka.

Kita mesti pertahankan nama Allah ini walau hingga nyawa di hujung pedang sekalipun krn ia jelas pertembungan antara 2 agama.Pantang sekali kita berundur.

abdrahim kassim said...

Di Mesir, nama orang Islam sama dengan orang Krestian hanya mereka tidak menggunakan nama Muhammad sahaja.

Sebelah masjid, sebelah gereja. Orang Islam pakai jubah, orang Krestian pun pakai jubah juga.

Jadi rasanya kita patut cari alasan lain untuk tidak membenarkan orang Krestian dari menggunakan nama Allah.

Carilah alasan yang nampak lebih cerdik.

harunn said...

Salam YB ,

Wah , nampak garang pula Yb kali ni ye ...

Syabas kami ucapkan , cuma kami heran sikit dengan YB ni , kejab kata bantah puak kristian guna kalimah Allah , kejab sokong penuh kenyataan bos sendiri , kalau sokong bos tu maknanya sokong la pendirian bosnya ye tak
Yang kita tahu bonya sokong apa yang puak kristian minta tu

sekarang ni bantah pula

Kami minta pendirian ini tak berubah walau apa jadi sekalipun

Jangan esok Yb buat U Turn pula dah le

Berkenaan apa yang YB bimbangkan tu , memang betul akan terjadi kalau permohonan ini kita biarkan , kalau ia terjadi kita kena salahkan sesiapa yang bersetuju la jawabnya

Unknown said...

YB, saya setuju dengan kenyataan YB ini..

"Sedarlah saudara ku umat Islam bangsa Melayu, kerana Islamlah bangsa Melayu menjadi hebat dan bertamaddun"

ini semua berlaku pada satu ketika dulu YB..

tapi sekarang ini kerana fitnah dan dakyah (liwat DSAI), hina (Alahyaharham Dato' Haji Ishak Baharom, yang memecat ini bukan DAP, Bukan MCA , Bukan MIC tetapi MB Islam dari UMNO), perlekeh sunnah (pakaian & janggut nabi), arak dan perempuan(JJ), zina(rahim thamby chik), judi (KM Sabah dan Mirzan), duit a.k.a. 'biasiswa' (saifool), rasuah (Khir toyo dan sewaktu dengannya),hasutan (pdrm dan macc), bunuh (aminah&memali), takbir kepada 'takebeer', bantuan pendidikan(SAR), Turn About About Turn (pada 1968 kejadian dimana 4 wakil rakyat PAS termasuk speaker Dewan Negeri Kelantan telah diculik, dikurung dan dipaksa membuat kenyataan media mengaku mereka menyertai UMNO), derhaka dan khianat (PKFZ, enjin jet F5E), bangsa melayu menjadi hina dan tidak bertamaddun.

Terlampau banyak...semua ini angkara Pemerintah federal yang ada sekarang ini.

Apa pun saya sokong dengan kenyataan YB, TAPI jangan sekali2 bersekongkong dengan UMNO dalam perjuangan menegakkan syiar Islam.

UMNO hanyalah sekadar 'oppotunist' (seperti dalam isu 'Allah' ini)!

Sila baca yang tulisan oleh Ustza Ahmad Awang disini:

http://www.scribd.com/doc/12139015/Dosa-UMNO-Pada-Ketuanan-Melayu

Unknown said...

Peristiwa yang berlaku pada 1968 di Kelantan:

Speaker yang diculik memanggil sidang Dewan Negeri bagi meluluskan usul Undi Tidak Percaya kepada Menteri Besar PAS. 3 orang ahli Dewan Undangan Negeri yang diculik pula akan hadir ke sidang Dewan dan menerusi undi mereka, Kerajaan Negeri pimpinan PAS Kelantan akan tumbang.

Berikut adalah rentetan apa yang berlaku,

Pada 25 Julai 1968, YB Umar Muhammad (ADUN PAS) yang ketika itu di dalam perjalanan balik dari Kota Bharu ke Tanah Merah telah ditahan oleh polis dalam satu sekatan jalan raya. YB Mustapha Ahmad, Ahli Parlimen PAS Tanah Merah yang mengekori YB Umar melaporkan bahawa YB Umar dibawa menaiki kereta Ketua Polis Tanah Merah ke Balai Polis Kota Bharu.
YB Umar kemudian tidak dapat dikesan selepas dibawa masuk ke Balai untuk soal siasat.

Pada 2 Ogos 1968, Suratkhabar (mungkin Utusan Melayu terbabit sama) melaporkan 4 ahli Dewan Undangan Negeri PAS Kelantan telah masuk UMNO. Mereka ialah YB Abdullah Haji Yusof, YB Umar Muhammad, YB Abdul Rahman Muhammad Soleh dan YB Yusof Abdul Latif, Speaker Dewan Negeri.

UMNO terus menggunakan media dan pada 3 Ogos 1968 dan 4 Ogos 1968 menabur fitnah dengan menyebut nama ahli-ahli Dewan Undangan Negeri PAS yang lain turut juga menyertai UMNO dan menyebabkan Kerajaan Kelantan Pimpinan PAS telah tumbang.

UMNO Besut dan Tanah Merah secara besar-besaran menyebarkan dakyah dengan pelbagai cara untuk menghancurkan hati dan perasaan ahli dan penyokong PAS dengan menyebarkan lakaran kubur PAS serta masuk ke kampung-kampung dengan kenderaan yang dipasang speaker melaungkan “PAS dah Mampus. PAS dah Mampus dan Perikatan memerintah Kelantan.”
Pada 18 Ogos 1968, 4 ahli YB PAS Kelantan telah dipaksa keluar dalam televisyen mengisytiharkan sokongan kepada UMNO.

Selepas pengisytiharan di Televisyen, keempat-empat YB itu dibenar pulang ke Kelantan dengan kenderaan yang dikawal rapi oleh polis.

Pada 20 Ogos 1968, Speaker Dewan Negeri yang telah isytihar menyokong UMNO mengendalikan persidangan khas Dewan Negeri.

2 Ahli Dewan Negeri PAS yang turut isytihar menyertai UMNO telah memberitahu Dewan Negeri bahawa mereka tetap ahli PAS dan melafaz taat setia kepada Parti Islam SeMalaysia itu.

Usul yang ditaja UMNO tumpas dan PAS terus memerintah Kelantan sehingga Pemimpin PAS membawa PAS menyertai Barisan Nasional.
Akibatnya dalam pilihanraya umum 1974, PAS tidak lagi berdepan dengan UMNO dan ini memudahkan UMNO untuk merangka episod seterusnya membunuh PAS.

Selepas itu, BN bertegas melantik Menteri Besar yang tidak mendapat sokongan padu dari PAS.

Akibatnya PAS berpecah dan akhirnya kehilangan Kelantan!

mulutlancang said...

"kita dahulunya kaum yang hina (Melayu dahulu asalnya Hindu!). ALLAH swt telah memuliakan kita dengan Islam. Andainya kita mencari kemuliaan selain daripada apa yang telah ALLAH muliakan kita dengannya, maka kita akan dihina oleh ALLAH!".
=======================
Anda menghina agama Hindu.Kerajaan hindu Majapahit bagaimana?Apakah masyarakat Melayu Umno (ngaku Islam) sekarang ini mulia dgn kerja-kerja rasuah dan mungkar pelbagai rupa ?

Apakah kerajaan Melayu Islam Hadari ini lebih mulia drp kerajaan India Sekular yg majoriti berugama Hindu? Anda telah menghina agama Hindu; agama ke-3 terbesar dunia selepas Islam dan Kristian.Perlukah kita bersikap begitu?

Reza Pahlavi said...

Agaknya kalau PAS tidak menyokong pengunaan nama Allah oleh orang Kristian, adakah mereka akan dipersalahkan bila gereja-gereja dibakar dan seterusnya dilabel sebagai parti ekstremis?

Agaknya kalau DAP mengikut tindakan MCA dengan menyokong penggunaan nama Allah oleh orang Kristian, adakah DAP menjadi tempat melepaskan segala amarah orang Melayu terhadap orang bukan Islam (padahal MCA yang sokong dulu)?

Yang Kristian ni pun satu. Bukannya orang Melayu Islam kat Semenanjung ni tak reti cakap orang putih! Segala-gala yang ditulis dalam artikel Allah, the Moon God (nama website pun Bible Believers, jadi bukan calang2 Kristian yang tulis) kitaorang boleh fahamlah! WE CAN UNDERSTAND EVERY SINGLE WORD! Janganlah tiru perangai Barisan Nasional yang mempromosikan 1Malaysia untuk bukan Melayu tapi masa kursus BTN ajar lagu 'Anak Kecil Main Api' kat orang Melayu.

Grand Master Of Black Knight said...

Aslmualaikum YB... Saya harap YB teruskan pendirian ini kerana ini juga adalah jihad demi Islam. Jangan takut pada tekanan orang atas.. Teruskan YB dengan perjuangan membantah penggunaan nama Allah oleh orang Kristian...

Quantum Metal Consultant said...

Elok YB tumpukan kes sebgai peguam Anwar di mahkamah syariah kerana jika Anwar menang, dialah sahaja yang akan jadi 'penyelamat' dalam isu 'Allah' ini.

Mungkin itu matlamat suci tuan...

Tetapi peranan dan pembelaan Anwar kepada tuntutan kaum Kristian ini amat ketara dan agak 'meragukan' bila dalam masa yang sama tuan sanggup pula menjadi peguamnya.

Adakah kerana 'duit' semua itu diketepikan.

Supar Yop said...

Kpd mira0579,

Isu yg anda ungkitkan itu tidak ada kena mengena dgn isu terkini iaitu penggunaan nama Allah oleh penganut agama lain.

Apa yg anda ungkit adalah kezaliman yg UMNO lakukan pda PAS, Mufti Selangor, SAR dll yg tidak ada kene mengena dgn isu panas sekarang!

Kita bukan ceriter perkara2 yg dah lama berlaku tu .. Kalau UMNO mengizinkan nama Allah digunakan oleh mereka, pasti saya akan menentang UMNO.

Jadi saya merumuskan bahawa disebabkan UMNO menzalimi PAS atas banyak kejadian yg anda sebutkan di atas, maka apabila kristian minta nama Allah, maka anda berstuju, bukan begitu?

Lain kali bila mereka minta istilah lain spt karamah, barokah,
Rasul , taubat , rumah Allah dan macam2 lagi maka disebabkan kezaliman UMNO pd PAS, anda pun setuju lagi permintaan diorang?

Bagaimanakah kaitannnya UMNO yg menzalimi PAS dgn kristian yg memperalatkan nama Allah?

Kalau nak marah UMNO pun gasak lah diorang cukup2, tapi jgn pasal geram kat mereka awak bagi bonus point pada kristian pulak!

Ada dengar peribahasa marahkan nyamuk kelambu di bakar?

Bukanlah saya kata UMNO tu baik, mereka tetap zalim topi soalnya
Kita sekarang bercakap tentang dakyah kristian,krn isu ini yg paling panas dan mengancam umat Islam !

Anda perlu sedar dgn tindakan PAS merestui tindakan kristian ini akan menyebsbkan orang menjauhi PAS dan mula mendekati UMNO.PAS perlu merampas balik takhta sebagAi pejuang Islam bukan bersekongkol dgn Kafir, demi populariti dan undi!

Bukankah benda yg kononnya UMNO dan NGO sekarang buat ( berdemo, bantahan di masjid) adalah bende
yg PAS selalu buat suatu ketika dulu? Lebih 2 lagi sblum PRU 12?Isu murtad, isu Jeslina, isu arak dll lagi, bukankah PAS yg perjuangkannya, mana pergi semangat juang itu sekarang? Adakah telah tenggelam dlm pelukan
clon kapir Umar Abdul Aziz (Lim Guan Eng) dan Lim Kit Siang?

Joe said...

Berdasarkan kenyataan Zul diatas, saya percaya, Zul makin lama makin tidak rasional atau tidak lagi 'making sense'. Apa dah jadi ? If you really study history, you would know that the word Allah is not solely for muslims. The word has being used for thousands of years long before Prophet Muhammad was born by the arabic people. This is why ppl in Mid East (whether muslim or Christian) use the same words. They talk the same. They wish each other "salam" the same. Only diff is their religion. Mengapa semua yang membuat komen disini tidak understand as well ? Your emotions are not allowing you to see things clearly. I'm sad that ppl in other parts of the world (muslim countries) can see this but not in M'sia. Why ? Why ? Why ? Ok, this may be out of topic, I've seen someones comment in one blog that sanskrit is a hindu word therefore non hindus cant use this word. we in malaysia (muslims and non muslims) use a lot of them. Example Raja, bumiputera, bumi, suara,negara, bandar, dunia, etc Even the word Malay is based on the sanskrit word meaning gunung/bukit (we have many bukits here, hence the name) Sorry to say this but at least 3/4 of Malay language is probably sanskrit word. Even the malay bersanding ceremony is based on hindu ceremonies. So do we ban them bcoz it belongs to hindus ? That is stupid right ? Selangor state (and some other state's as well)anthem has the word 'Allah" in it, so should all non muslims dont sing the songs bcoz it belongs to muslims or change the song from Allah to Tuhan but which muslim should not mention bcoz it belongs to non muslims - pls see our RukunNegara - "Kepercayaan Kepada Tuhan" does that mean nons muslim GOD (well thats what mahathir said). Now even Sikh temple is attacked bcoz Sikh's also use "Allah" in their holy book and prayers. They have been doing them for houndreds of years. Do we ban them as well ? Tak munasabahkan ? Pls be rasional, ok ? I pray for GOD (Allah)'s blessing for each one us here especially for Zul.

Sangtawal Sakranta said...

Salam YB Zul,

Terima kasih atas pendirian Tuan dalam isu kalimah Allah ini.Saya amat berbangga dengan Tuan!

saya sudah lama mengikuti perkembangan politik Tuan, lalu saya tercari-cari apa sebenarnya yang Tuan cari dalam perjalanan politik dan hidup Tuan selama ini.

Persoalan mengapa Tuan memilih PKR tetapi bukan PAS atau UMNO menjadi satu persoalan kepada saya.

Apakah Tuan sanggup meninggalkan PKR? rasanya tidak! dan apakah perjuangan dalam PKR ini akan menemukan Tuan dengan apa yang Tuan cari selama ini??? rasanya juga tidak!

Jadi mengapa masih berkokok dalam reban serati jika Tuan seekor ayam jantan?

Apakah jika Tuan meninggalkan PKR sumber rezeki Tuan akan berkurangan? sudah tentu juga tidak , kerana saya percaya Tuan lebih arif dari saya tentang rezeki itu ditangan Allah, bukan ditangan DAP atau anwar!

Jadi, dengan nama Allah swt , saya berseru kepada Tuan ,tinggalkanlah perjuangan sia-sia Tuan dalam PKR, dan carilah pentas baru perjuangan murni Tuan sesuai dengan jiwa dan keilmuan Tuan , percayalah segala ilmu, pengalaman dan semangat juang Tuan yang tinggi yang dimiliki oleh Tuan itu amat-amat diperlukan oleh setiap Pejuang Kebenaran diluar sana!

kalau bukan sekarang Tuan keluar, bila lagi???

Yang amat berharap:

Sangtawal sakranta!

wassalam.

kapten said...

salam...

Alhamdulilah..terima kasih atas artikel YB. Memang betul apa yg diperkatan oleh YB. Tp saya kurang bersetuju dengan satu statement dr yb iaitu "Melayu dahulu asalnya Hindu". Maybe YB boleh membaca sejarah melayu di blog ini(http://sejarahnagarakedah.blogspot.com/) yang menceritakan segalanya tentang sejarah melayu yang asal..dimana sejarah yg ada sekrang telah dinodai oleh tangan-tangan yg tidak bertanggungjawab. saya rasa YB boleh menilai kebenaran fakta dan bukti-bukti yang terdapat dalam blog itu. Saya harap sangat YB dapat menerjah seketika di blog itu. sekdar pandangan.

ONE NATION ONE LOVE said...

Salam semua,
To Supar Yob aku sanjung semangat ko,setuju sangat malah aku bangga dengan penderian ko.Pada yg lain cuba fokus pada isu.Isunya hal "agama iaitu nama Allah maha suci".Tolonglah jangan dipolitikkan.Benda ni akan jadi panjang lebar sebab bila campurkan hal "agama" dan "politik" takkan ada titik persamaan antara UMNO,PAS dan PKR.(tak payah sebut pasal DAP,MIC,MCA dll).Fokus hal "agama",habis cerita.Aku sokong 100% pendirian Supar Yob.Bagi Joe pula,Kalau kristian kata Allah itu satu,memang ok.Islam pun kata Allah tu satu.Tapi bukannya Tuhan Allah yang ada Tuhan Bapa,Tuhan Anak dan roh Suci.Tuhan yg tiga ni memang tak sama dengan Allah org Islam.Kalau nak persoalkan hal agama Kristian ni,lagi cerita panjang macam debat Ahmed Dedat dan mubaligh kristian.Tapi aku challenge jugalah pendapat org Kristian ni dalam satu hal,iaitu kalau dia org kata Isa tu anak Allah,sebab dia tak de bapak hanya ada Mariam,kenapa dia org tak boleh terima yang Nabi Adam (tak ada bapak,dan juga TAK DE MAK) sebagai anak Allah.Ko jawap,atau kau suruh puak Kristian ni jawap.Aku challenge dia org lagi satu hal.Kita benarkan Kristian guna nama Allah,dengan syarat besar.Iaitu mereka kena terima Nabi Muhammad sebagai pesuruh Allah.BERANI.Aku percaya dia org tak berani,soooo kalau tak berani "drop kan isu pengunaan nama Allah ni".Jadi morale of the story:DIA ORG NI SAMADA KRISTIAN KE,HINDU KE BUDHA KE,SINGH KE, DI MALAYSIA NI; DIA ORG BUKANNYA HERAN SANGAT NAK GUNA NAMA ALLAH TETAPI DIA ORG ADA AGENDA LAGI BESAR IAITU NAK TEST SENSITIVITI ORG MELAYU ISLAM IAITU TAK KIRA UMNO KE ATAU PAS.(joe kau tanya kawan ko Ah Chong,dia nak ke tuhan TOKPEKONG dia nama allah,dia tak heran lah nama2 ni,tak de hal lah pada dia org ni)"DIA ORG CUMA NAK PECAH BELAHKAN UMAT ISLAM/MELAYU MALAYSIA.ITU JE YANG ORG ISLAM/MELAYU PAS DAN UMNO NI YG BANGANG SANGAT TAK SEDAR TENTANG AGENDA DIA ORG NI.BOSAN LAH BANYAK SANGAT POLITIKING.FED UP.SEKIAN.

Harris said...

Nampaknya memang anak kecil sedang bermain api. Jika puak kristian terus mengunakan "Allah" dikhuatiri 50 tahun dari sekarang identiti ugama Islam akan kabur. Mungkin pada hari itu cucu-cicit kita dah tak kisah samada suaminya berugama lain seperti yang berlaku di Indonesia. Wahai suadara2ku yang seugama cukuplah berpolitik, sudah tiba masanya kita bersatu dan laungkan bantahan kita terhadap isu ini. (Allah hu akbar! X 3)

Supar Yop said...

Wahai Mr Joe, Kristian yg datang dari barat spt protestan & katolik ni banyak putar belit politik.Boleh terima ke alasan Padri, tu perkataan Allah diperlukan sbb orang pribumi Sarawak hanya faham Bahasa Melayu?Bila pulak Allah itu perkataan melayu?

Awak nak ke esok jadi Suami Islam istri kristian.Jumaat suami ke masjid, Ahad, istri ke greja?Inilah Islam yg dikehendaki oleh kapir2 di Malaysia ini menerusi suara resmi mereka, Malaysiakini.

Sesiapa je datang sini nak sembah tuhan korang jgn pakai nama ALLAH..Jgn datang sini nak cabar pulak undang2 negara ni " yg kami nak ikut cara kami, kalau tidak kami akan ambil tindakan undang2 mencabar pemerintah".Malaysia tak sama dgn Indonesia dan Mesir.Kenapa bila Switzerland buat referendum jgn buat menara masjid yg tinggi, kamu , DAP, Malaysiakini tak bantah?

Ini awak tulis bunyi tak macam Islam, cara tulis mcm kapir je bunyinya... Nak sgt pakai, pegi lah duduk Indonesia..senang ceriter .Perkara mcm ni mestilah ZN emotional, semua org Islam patut emosional, takkan nak gelak2 pulak dan tepuk tgn dan restui permintaan diorang, itu PAS!

Kemudian awak melalut pulak pegi ke bahasa Sanskrit pulak dah!Kita tak ambil dari Sanskrit shj, kita juga ambil dari Arab,jawa, boyan, banjar, English dan macam2 lagi..

So apa masalahnya kalau 3/4 bahasa adalah sanskrit, bersanding adalah adat hindu? Kita pun dah banyak buang amalan kurafat hindu tu.Sanding pun pakai tudung.Pegi lah ke timur tgh tu, ada juga amalan jahiliah, kenapa tak bising ?

Kalau awak nak tahu lagi berdasarkan website mereka ,melayu ini berasal dari perkataan malai, Kedah itu asalnya dari perkataan Keda..apa tujuannya? Untuk menimbulkan rase bersalah dan inferiority complex pd kita bahwa melayu ini asalnya india/hindu. Akhirnya mereka merumuskan bahwa melayu bukan bumiputra, dan oleh itu kami pun ada hak yg sama di bumi Malaysia ini.Itulah niat sebenar mereka.

Sampai ada org PAS sebut " apa ada pada melayu? Haprak!"Sedih nya saya dengar org melayu kutuk bangsa sendiri. Tak sedar kalau tak pasal melayu tak dapat diorang jadi MB di Perak, itu pun jadi boneka DAP.

Bangsa melayu adalah bangsa yg relatif baru berbanding dgn cina.Lama sebelum jadi hindu, melayu pun sembah batu, pokok dan macam2.Hinggalah Islam datang, secara beransur2 mereka memeluk Islam, tinggalah melayu hindu di Bali.Jadi kalau nak tengok sangat melayu hindu pegilah kesana.Mulai 800 tahun ke atas kita adalah melayu yg berugama Islam dgn ciri2 identiti tersendiri.

Adapun kita menceduk perkataan bahasa lain,Inggeris pun banyak ceduk bahasa perancis dan arab tak bising pun.Jadi kenapa bila bangsa melayu buat semua nya salah? Jadi Islam salah, ada bahasa melayu pun salah, jadi bangsa melayu pun salah!!

Bila kita sebut melayu Islam, ramai bahalol mcm Jo akan pasang reverse gear keluar ceriter once upon a time malays were hindu.Sekarang mereka pun pasang reverse gear, nama Allah ni asalnya tuhan Pagan, Moon God?! Kita boleh jadi rational ke bila dengar ceriter mcm ni?Dan yg menjaja ceriter ini Yang Mulia Raja Petra.

Pada semua bangsa bukan melayu dan org melayu yg nak bersekongkol dgn mereka, hendak lah terima hakikat bahwa kami adalh bangsa melayu yg beragama Islam, DAN KAMI ADALAH TUAN BESAR DI BUMI MALAYSIA INI.
.
Lagu negeri Selangor pun kena jugak! Brother, masa diorang nyanyi tu, di gereja ke? Dalam lagu tu, Allah tu rujuk pd tuhan kristian ke tuhan Islam? Apapasal lagu tu tak sedap ke? Kalau murid kapir tu takut sgt nak nyanyi tak payah nyanyi la ..tapi kalau Allah dlm lagu tu rujuk pd Kristian, tengok lah diorang lah golongan pertama meloncat ke depan nak nyanyi.

Rukun negara pun jadi masalah! Saya ingat masa sekolah rendah dulu sebelum masuk kelas kita ramai -ramai baca ikrar Rukun Negara termasuk, semua bangsa tak kira agama penuh semangat.. Dalam hati saya, tak ingat tuhan Buddha ke hindu ke KRISTIAN ke , tapi beriktikad pada Allah Yg Maha Besar, habis ceriter.
Jadi, jgn tuduh ZN tidak lagi rational atau tidak making sense.Saudalah yg irrational and totally not making sense.

Unknown said...

supar yop..

dah tahu siapa yg silap?

kita sendiri..

hakim buat keputusan berpandukan perlembagaan..

siapa yg dok mempertahankan perlembagaan yg sedia ada? tentu lah Umno..

Umno sudah silap dlm pertimbangannya...

maka sepatutnya perlembagaan malaysia ditukar berlandaskan Alquran dan Sunnah...

jgn tau berteriak tanpa mengetahui punca masalahnya...

bila orang hendak HUDUD dan QISAS, dikatakan ini hukum HUDUD pas, malah meperlekehkan dan mempersenda hukum tersebut (from the top to the bottom), kenapa tidak mahu duduk semeja berbincang? INI bersekongkol menggunakan surat khabar English (The Star), Cina dan India untuk menghentam hukum Allah?

Sudah lupa atau buat2 tak tahu MR Yop??

bila hakim benarkan org islam murtad kenapa kita x berdemo?

Masa itu orang2 macam supar yop pergi mana ya?

Bila hukum Allah dihina kenapa x berdemo?

Kenapa sekarang baru nak perjuangkan nama Allah?

Samada kita benar berjuang untuk Allah atau sama sahaja dgn Abdullah bin Ubai..

Anonymous said...

Salam
YB,
Perang Salib belum berakhir cuma kaedah peperangan saja yg diubah so apa kita nk buat???
Mau tak mau kita jg akan berperang semula....:P
Bila nk mula tu ikut taQdir Allah SWT la...sebab tu JIHAD ada dalam ISLAM kan YB?

Unknown said...

pening2. ade kata buleh ade kata x buleh.

tp bagi aku dgn anak2 aku, kami balik pada sejarah Rasulullah SAW. sbb sejarah manusia sentiasa berulang2 so utk itu x salah aku ambik panduan dari kisah zaman Raulullah SAW.

so let it be. they want it, we give them but in the same time we need to get prepared from any danger that'll appear with our IMAN and our Syahadah.

we follow what ever needed in our rukun iman and rukun islam. and the most important thing is our Solat. bcause Allah SWT promised to us that with a perfect solat will protect us from any danger (Allah SWT know better). anyway we still need an Ulama to lead our beloved country.

Allahuakbar...Allahuakbar...Allahuakbar...

Unknown said...

AKAN AKU TUMPAH DARAH KU UNTUK ISLAM DI MALAYSIA YANG TERCINTA

Unknown said...

jangan hanya berteriak dan berdemo tak tentu hala..

explain to the non-believers...ikuti sunnah rasul..

jangan mempersendakan sunnah dan hukum Allah! itu yang kami mahu.

Kalau dulu silap dan zalim, minta maaf, kenapa keberatan ya?

Tahniah TGNA! You showed everyone the way..

Nik Aziz to host inter-faith meeting - Malaysian Insider

KOTA BARU, Jan 15 — More than 20 leaders of various religions have been invited by Parti Islam SeMalaysia (PAS) spiritual leader Datuk Nik Aziz Nik Mat to a late breakfast meeting on Jan 28.

The online version of Harakah, the newspaper of PAS, reported yesterday that those invited included Islamic scholars, Christian clerics and Buddhist and Hindu priests.

MACAM INILAH YANG KITA MAHU...

Supar Yop said...

DULU DAN SEKARANG

Betul tu Mira, 100% betul, DULU UMNO tentang Hudud, perlekehkan Undang2 Islam tak dapat dinafikan.

TAPI Masa tu saya duduk dlm gelanggang PAS sama2 laungkan takbir!!

SEKARANG apa dah jadi? Suara UMNO mengutuk Islam dah tak kedengaran,.suara PAS nak menegakan HUDUD dan QISAS pun dah tak dengar, bukan gitu?

DULU, UMNO guna suratkhabar cina tamil selagi ada s/k kafir pi hentam PAS, lebih terang zaman Mahathir.. Dia pun bukan PM lagi dah..

SEKARANG PAS bertepuk bahu dgn padri setuju nama Allah dipinjam pd agama lain!!

DULU pejuangkan Islam tapi SEKARANG pejuangkan ketuanan rakyat sebab DAP dah kasi tau jgn
sebut ketuanan melayu - racist! Sekurangkurangnya ketuanan melayu ade jugak ciri Islam sbb ugama orang Melayu adalah Islam!

Didalm PR siapa ketua? Anwar ia ketua umum diwar2kan sbg PM kalau PR menang, tapi kalau dia mati nanti siapa pemimpin kemudian?Kenapa nama PAS tak disebut langsung?Sepatutnya nama pemimpin Islam dikedepan kan.Tapi pasal nak kongsi kuasa sanggup bersengkokol dgn slogan "ketuanan rakyat".Kalau dihalusi slogan ini, bangsa lain boleh menyusup masuk naik jadi PM.
Slogan ini dah jelas dipraktikan, bila PR menang di Perak, ekoran tak kepuasan DAP tak dpt jadi MB, Ahmad Awang, orang kuat PAS ada sebut " Takpe kalau DAP naik pun kita sokong".PAS sendiri bagi jalan!

Tapi ada 1 point MIRA ni menarik jugak, "Kenapa SEKARANG baru nak perjuangkan nama Allah?" - kita olah balik dan tuju pd PAS "Kenapa SEKARANG tak nak perjuangkan nama Allah? "

"Kenapa SEKARANG tak nak perjuangkan Hudud dan Qisas? "


Pada Azman, sabar2 dulu jgn terus2 nak tumpah darah! Nanti ada pihak berkuasa yg salah faham sumbat awak dlm ISA naya! Kita berjuang pakai air liur dan jari dulu ( internet la) !

Unknown said...

2 minggu lepas aku terbaca di Berita Harian iaitu seorang pemimpin Umno Johor (Fuad Zakarsy) mengatakan macamana nak bawa kes DSAI ke mahkamah syariah sebab TAK ADA 4 ORG SAKSI. Aku baca pemimpin Johor ni macam memperlekehkan hukuk Allah. Begitulah juga dgn Menteri agama UmnoNgok (Jamil Khir) dan seorang pengarah JAWI (Che Mat Che Mud)cuba mendapat perintah mahkamah supaya kes DSAI tidak dibawa ke Mahkamah Syariah. Menteri Agama dan Pengarah tu memperlekehkan Mahkamah Syariah.

Jadi terfikir akan aku...
1) Apakah hukum yg Allah nyatakan masih tidak sempurna?
2) Apakah kitab al-Quran yg diagung2kan oleh umat islam ini dikatakan lengkap TAPI sebenarnya TIDAK LENGKAP
3) Terfikir akan aku mengapa aku patut masuk islam sekiranya orang islam sendiri menolak dan memperlekehkan hukum yang tuhan mereka suruh laksanakan TAPI mereka sendiri menolak suruhan tuhan mereka.
4) Aku juga dapat membuat kesimpulan berdasarkan penolakkan dan penafian mengenai kesempurnaan al-quran oleh pemimpin2 diatas ie bahawa Islam itu tidak sempurna dan kitab alquran itu tidak lengkap.

BENE4333 said...

Jangan pandang isu ini dari sudut politik...Walau ape sekali pun, kita perlu berusaha dan bertawakkal agar Allah memberi kemenangan kepada umat islam..

"Ya Allah satukanlah umat islam di Malaysia ini dalam satu payung untuk memuliakan Mu Ya Allah...
Berilah kekuatan kepada kami Ya Allah...
Tunjukkan lah kami jalan yang Engkau redhai Ya Allah...
Sesungguhnya Engkau lah yang Maha Berkuasa di atas setiap perkara..
Amin..Amin..Amin"

Unknown said...

SEKARANG PON MACAM DULU JUGAK

Jadi Mr Yop sekarang dok kat gelanggang UMNO laungkan 'TAKEBEER' lah ek?

Betul kah suara UMNO mengutuk Islam dah tak kedengaran?

http://www.blogtokguru.com/pages/posting/24/beberapa-kenyataan-menghina-islam-oleh-pemimpin-umno-dan-akibatnya

Betul kah suara PAS nak menegakkan HUDUD dan QISAS pun dah tak dengar? (atau buat2 tak dengar sebab tak de nilai politik)

Betulkah SEKARANG PAS bertepuk bahu dgn padri setuju nama Allah dipinjam pd agama lain?

Tepuk dada tanya selera la yob oi..

Yob tanya "Kenapa SEKARANG tak nak perjuangkan Hudud dan Qisas? "

Betul kah...atau buat2 tak tahu lagi.. Baru2 ini pon TGNA ada sebut pasal tegakkan hukum Islam...ini DAKWAH..tapi biasalah..sekarang ini cerita tentang hudud dan qisas orang bukan Islam 'tak beli' dan tiada nilai politik, ianya tidak dijadikan isu oleh UMNO.

Yop.. jangan berjuang pakai air liur dan jari je, otak penting jua!

putihmerah said...

pls la jgn lari tajuk...
lain yg ditanya,lain yg dijawab..
isu lain, komen lain...

iskiskisk bangsaku kalo berhujah cukup panjang,cukup pandai...

tapi sayang,memalukan...sbb hujahnya lari tajuk yg banyak..

sedang bangsa lain melihat kebodohan ini...dan ketawa berdekah-dekah...

sayngnya bangsakuuuuuu...sayangnyaa...

lembut tak bertempat..kasar pon tak bertempat...

akhirnya besok,malaysia jadi cacamerba...

yg bergaduh melayu,yg memusnahkan pon melayu...

bangsa lain berdekah-dekah...

sbb isu Allah ni:

1. yang berjuang menentang penggunaan gereja-Melayu yg mahu isu ini selesai

2. yang menyokong penggunaan- Melayu yg ada kepentingan,Melayu yg memainkan sbg isu politik,dan lain2 kategori meelayu lagi, puak Kristian, puak Agama lain yg ambil kesempatan, Barat etc..ramai lagi

3. yang akan berjaya- anda sendri tahu jawabannya

Unknown said...

yop..nie lagi ada beri'baik'...

bila nak turun demo ek?

KUALA LUMPUR, Jan 15 – The government today said that it allows the use of the word “Allah” by East Malaysian Christians when referring to God in the Malay language.

The apparent concession is seen as a damage control move as Christians in the states of Sabah and Sarawak primarily conduct church services in the Malay language.

In an interview with a Kuching-based daily, The Borneo Post, Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz (picture) said the word has been used traditionally in the two states and that the local Muslims are used to the practice.

CONCESSION?

HARI TU CAKAP LAIN, HARI INI CAKAP LAIN, BESOK CAKAP LAIN...ITULAH UMNO...NOW YOU GOT IT BRO YOP??

P/S: NAK PERPADUAN LAGIK KE?

dausz said...

assalamualaikum....

saya menyokong YB untuk meneruskan kritikan saudara.... sekarang Islam diserang dipelbagai sudut...

sepatutnya kepentingan islam mengatasi kepentingan politik samada PR atau BN. setiap individu islam di malaysia sepatutnya menyokong penuh supaya hak perkataan Allah hanya digunapakai dalam agama islam walaupun kita akui Allah adalah tuhan seluruh alam & manusia.

dalam quran sudah dikatakan bahawa hanya agama islam sahaja yg diiktiraf oleh Allah SWT.

kenapa kristian hanya aktif menggunakan nama Allah di negara2 islam sahaja. kenapa tidak aktif di eropah & US serta latin. ini adalah agenda tersembunyi.

Wahai Umat islam, sedarlah, serangan yg terkena pada palestin & negara2 islam lain sudah mula terkena pada malaysia. kita sekarang lebih memuja pendirian & ortodoks lebih kepada kepartian Pas,PKR,UMNO. tetapi kita sudah lupa pada islam walaupun kita bersolat 5 waktu sehari semalam.
itu belum cukup lagi.

kepada YB Zul marilah kita bersama menegakkan negara khilafah bersama2 seluruh umat Islam melalui gerakan mengembalikan pemerintahan khalifah.

http://mykhilafah.com/

Reza Pahlavi said...

Sedikit poin tambahan untuk mira0579.

Dalam
blog Dr. Puad Zarkashi
sendiri (sila rujuk poin ketujuh) dinyatakan bahawa rompakan dan rasuah juga memerlukan 4 saksi utama. Ini jelas menunjukkan tahap pemahaman Timbalan Menteri Pelajaran terhadap agamanya sendiri.

With Muslims like Dr Puad Zarkashi....

matrasad said...

Adakah agama merupakan hal yang begitu remeh sehinggakan setakat persamaan kecil seperti penggunaan perkataan sama sudah cukup untuk mengelirukan seseorang individu?

Agama Islam dan Kristian kedua-duanya amat kompleks dan mendalam, dan boleh didapati berjuta-juta perbezaan.

Sekiranya seseorang itu boleh dikelirukan oleh persamaan kecil setakat penggunaan perkataan sama, maka masalahnya bukan istilah, tapi kurang pendidikan agama, atau kurang kemahiran berfikir secara kritis.

putihmerah said...

saudaraku,lihatlah:
http://penarikbeca.blogspot.com/2010/01/kalau-kamu-pandai-hina-agama-orang.html

Unknown said...

Dah jadi tabiat bukan Melayu di Malaysia ni, dah bagi betis nak peha. Last last nak potong kepala kita. Saya salah seorang peminat Sdr Zulkifli Noordin kerana sdr bukan seorang yang mencari populariti murahan. Ada pendirian. Supar Yop, well said.

admin said...

walaupun kita taks ehaluan ideologi..
tapi bab2 akidah ...jaganlah kita seteru....tolonglAH WAHAI POLITIKUS
SEKALIAN..
harapan .. jangan terlalu extreme dengan parti politik ...
lupakan polimik...

sekadar berkonsi
http://satuhala.blogspot.com/2010/01/isu-nama-allah-kronologi-1.html

iqra' said...

Cuma ada 2 negara sahaja di dunia yang ada Perlembagaan Negaranya yang unik. Malaysia dan Maldives. Perlembagaan Malaysia mendefinasikan bangsa Melayu sebagi beragama Islam, begitu juga Perlembagaan Maldives definasikan Maldivian as Muslim.

Peruntukan istemewa ini menjadi batu penghalang besar kepada pendakyah kristian dalam agenda sulit mereka di malaysia. Semakin masa berjalan semakin mereka tertekan.

Realitinya sekarang populasi malaysia terdiri daripada Melayu (60%) dengan kadar kelahiran 4% setahun, dan bukan Melayu (40%) dengan kadar kelahiran cuma 2% setahun. Dianggarkan pada tahun 2030 Melayu menjadi semakin dominan dengan jumlah populasi 80% begitu juga agama Islam.

Oleh itu pendakyah perlu pilih strategi paling drastik seawal dan secepat yang mungkin untuk mengkristiankan sebanyak mungkin orang melayu supaya definasi istemewa dalam perlembagaan boleh terlerai dan akhirnya walaupun bangsa Melayu nanti 80% tetapi pegangan agama mereka seimbang.

Apakah ‘marketing’ nama Allah ini strategi drastik itu?

Unknown said...

TOK EMPAT..

HANG PA SEMUA PI MANA BILA UMNO DOK HINA GAMA ISLAM??

admin said...

to: mira0579
aku da cakap aku sokong mana2 parti politik ke??

masa dulu tu bila???
aku kecik lagi kot... aku baru je ngundi tau 2008 lepas.. haha

abih kalau dulu umno hina islam
hang kat mana pulak??

oo...dulu umno hina islam ..skang ni la time PR nak hina Islam pulak Ek????.. ikut la jejak langkah umno

jd mana bezanya umno ngn PKR??

tahniah....
anda masih lagi umno...

http://satuhala.blogspot.com/2010/02/perihal-manusia-suci-tuhan-yang-maha.html

SiamangBukit said...

PAS sekarang dalam selesa bila depa perintah 2 negeri dengan majoriti yang besar. Tapi tertunngu2 juga bilakah nak laksanakan hudud atau ini juga hanyalah pembohongan yang besar?

Paksooyon said...

Zul, tolong baca kitab karangan Ust Fathi Yakan berjodol MEREKA YANG GUGUR DARI JALAN DAKWAH, orang yang ekstrim selalu gugur mengikut orang dia sendiri menentang satu ketika dulu. Proses penapisan selalu berlaku kerana Allah nak jauhkan anasir anasir ekstrim dari Jemaah Islam.

Dulu Zul UMNO kemudian diberi hidayah bila menyertai PAS tetapi bola menyertai pula PKR, saya sudah terbayang kehanyutan saudara dan akan akan terus tenggelam bersama UMNO yang memperjuangkan Assobiyyah Bangsa yang Nabi tak mengaku umat. W'ia zubillah. Hj Haron Baling