28 January 2010

KARTUN TERBARU ZUNAR




Penerbitan komik "Isu Dalam Kartun"
Zunar | Jan 28, 2010 11:20:54 am

SAYA dengan ini mengumumkan penerbitan komik "Isu Dalam Kartun (IDK)", sebuah majalah kartun satira yang mengupas isu-isu semasa secara santai. Seperti "Gedung Kartun" dan "Perak Darul Kartun", IDK sarat dengan karya-karya kartun dengan kritikan pedas terhadap isu seperti kes kehilangan enjit jet, penggunaan perkataan Allah, rasuah, GST, tol dan sebagainya.
Kartunis Enot (Zainal Misran) pula mengemukakan tujuh teori dari perspektif beliau sendiri mengenai kehilangan enjit jet dan pihak yang mencurinya. Enot juga meneruskan karyanya bertajuk "Nostalgia 98" yang mengimbas kembali sejarah ketika gelombang reformasi tercetus.
Kartunis Haili (Nor Halim) pula mengkritik pihak yang mempertahankan perkataan Allah dan dalam masa yang sama melakukan korupsi serta salah guna kuasa. Beliau juga mengulas isu isteri pembesar yang membazir jutaan ringgit untuk membeli-belah di luar negara.

Hishamuddin Rais meneruskan kisah satira popular "Riwayat Jantan Takubin" sementara Rahmat Haron menyambung nukilan bersiri "Bercakap Dengan Puaka." Pyan Habib menyingkap di sebalik tabir kontroversi majalah Gedung Kartun dalam kolumnya "Racau". Peguam Puspa Ros memberi informasi kesedaran rakyat tentang hak-hak mereka yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Saya juga suka mengumumkan bahawa "Isu Dalam Kartun" adalah sebuah majalah yang mempunyai permit penerbitan yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri (PP16565/12/2010(026185)). Saya juga mengucapkan terima kasih kepada syarikat Anilusca Ideas Enterprise yang telah memberi kebenaran untuk saya menggunakan permit penerbitan mereka.


IDK mempunyai ketebalan 84 muka surat termasuk kulit dan dijual dengan harga RM10 setiap naskhah. Cetakan pertama adalah sebanyak 15, 000 naskhah dan akan diedarkan ke seluruh negara.


Ia juga boleh dibeli secara online melalui website cartoonkafe.com atau berhubung terus dengan pejabat saya 03-22744931. Majlis pelancaran akan disempurnakan oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar pada hari Sabtu 30 Januari jam 5 petang di Dewan Perhimpunan Cina, Jalan Maharajalela, Kuala Lumpur. Majlis ini terbuka kepada semua.
*Zunar (Zulkiflee Anwar Haque) ialah Pengarah Urusan/Ketua Pengarang Sepakat Efektif Sdn Bhd pada 28 Januari 2010.
http://merdekareview.com/bm/news.php?n=10576

3 comments:

abe MIE 'TERJAH' said...

Kalau nIzar menang kes, adalah pilihan raya di perak merupakan kartun bagi PAS? Nizar Jamaluddin sebenarnya bapak kartun tetapi diberi watak orang gila kuasa dan berpakaian compang-camping

pkrpasdap.blopgspot.com

Ujang said...

Saya sokong apa yang dia kata tu YB...sebelum ini heboh dok kata UMNO/BN korup, tapi lagi teruk...rasanya tak lama laa tu...

UB44

Putrajaya said...

Salam YB

manusia boleh berubah
hari ini lukis kartun
kutuk orang dia tak suka
esok lukis kartun
kutuk orang yang dia suka

aku berani jamin zunar berpatah arang dengan idolanya