12 January 2010

MENYANGGAH MR. NETTOO

Salam 2 all.

Saya merujuk kepada artikel yang ditulis oleh Mr. Nettoo yang disiarkan oleh media Malaysiakini semalam 11 Januari 2010 bertajuk "Anwar can no longer ignore the Zulkifli problem". Tulisan beliau menasihatkan DSAI supaya mengambil tindakan memaksa saya "bertaubat" dan menjadi "penyembah" kepada mereka, atau jika enggan, hendaklah dipecat daripada PKR.

Pada saya ini adalah rentetan dan kegelisahan dikalangan golongan anti-Islam yang melihat peluang mereka memperkudakan PKR untuk kepentingan sempit mereka terhalang kerana adanya pejuang yang bersedia berhadapan dengan karenah mereka tanpa khuatir dengan risiko yang dihadapi.

Saya ingin menegaskan kepada Mr. Nettoo dan yang sewaktu dengannya, saya bukannya jenis yang boleh diperas atau diugut dengan kedudukan, habuan atau jawatan. Buat pengetahuan Mr. Nettoo dan yang sewaktu dengannya, semasa semua rakan dan kawan lari bila DSAI dipecat, saya adalah antara orang yang kedepan bersama dengan beliau. Saya hadapi risiko besar, karier guaman saya terjejas teruk, firma saya hampir tutup, saya dikenakan tahanan ISA, lokap menjadi rumah kedua saya, malah sehingga kini saya hidup dalam serba kekurangan. Dan kerana apa semua itu, kerana mempertahankan nilai kemanusiaan, membela yang dizalimi, dan memperjuangkan hak rakyat dan umat. Dan Islamlah yang mengajar dan mendidik saya untuk berjuang tanpa mengenal takut, mengharap habuan dan kedudukan.

Apakah Nettoo dan yang sewaktu dengan beliau fikir saya takut dan gentar dengan ugutan dipecat dari PKR?! Malah saya orang yang pertama menawar mengosongkan kerusi Parlimen Kulim Bandar Bharu untuk ditandingi oleh DSAI sebaik beliau layak bertanding, tetapi beliau menolak atas alasan yang beliau ketahui. Dan siapa yang sehingga hari ini terus mempertahankan DSAI termasuk dalam Parlimen? Malahan esok pagi saya akan ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur untuk terus membela dan mempertahankan beliau dalam kes pertuduhan qazaf Mohd. Saiful. Dan saya tidak meminta walau satu sen habuan daripada perjuangan itu, sebagaimana saya dan rakan peguam lain tidak mengambil satu sen pun dari DSAI semasa membela beliau 12 tahun lepas. Dan semua itu saya lakukan atas nama Islam. Islam yang mengajar saya membela manusia yang dizalimi tidak kira siapa. Islam yang mendidik saya bahawa berkata yang haq dihadapan pemimpin yang zalim itu adalah jihad!

Cuma apa yang saya hairan, Mr. Nettoo memilih untuk memutar belitkan fakta dalam mengemukakan pendapatnya. Saya tidak berapa ambil kisah kalau pandangan beliau itu berdasarkan fakta yang benar, tetapi apabila beliau mengambil sikap memutarkan fakta, saya perlu mempertahankan perkara yang sebenar.

Pertama, beliau mendakwa saya menyatakan "Islam sedang diserang" atau "under siege" apabila Mahkamah membenarkan akhbar Herald menggunakan nama ALLAH sebagai gantinama "God" dalam istilah Kristian. Saya tidak pernah menyebut Islam sedang diserang. Apa yang saya pertikaikan ialah keputusan Mahkamah itu adalah bercanggah dengan perlembagaan, terutamanya Artikel 3 dan Artikel 11. Malahan keputusan Mahkamah itu akan mendorong segelintir puak Kristian melakukan jenayah kerana penggunaan perkataan ALLAH dikesemua negeri (kecuali 4) adalah menjadi suatu kesalahan jenayah mengikut undang-undang. Atas sebab itulah Paduka Sultan Selangor mengharamkan bukan Islam menggunakan perkataan ALLAH dalam negeri Selangor. Pandangan saya itu telah saya ulas dengan panjang lebar didalam blog zul4kulim.blogspot.

Saya pun sendiri tidak faham dengan segelintir puak-puak Kristian ini. Mereka berkeras mahu menggunakan perkataan ALLAH sebagai gantinama "god", sedangkan dalam Bahasa Melayu gantinama 'god' adalah "tuhan". Apakah terjejas kepercayaan mereka jika mengguna perkataan "tuhan"? Bukankah Kristian Euro-Amerika sendiri menentang penggunaan nama ALLAH saperti yang berlaku di Belanda sekarang? Apakah Pope di Vatican bersetuju dengan tindak-tanduk mereka? Sehingga ke hari ini saya belum mendengar sebarang komen daripada Pope mereka sendiri. Apakah mereka tidak menghormati pandangan Pope mereka?

Kedua Mr. Nettoo menyatakan saya tidak berkata apa-apa berkaitan pembakaran beberapa gereja beberapa hari ini. Ternyata Mr. Nettoo memilih untuk membutakan mata dan memekakkan telinga tentang fakta bahawa saya antara orang yang terawal melawat Gereja Terbanacle yang mengalami kerusakan serius. Dan saya antara orang yang terawal mengecam tindakan pembakaran tersebut melalui kenyataan dalam blog saya. Tetapi orang saperti Mr. Nettoo bukan berminat kepada kebenaran, hanya pandangan perkauman dan chauvinist yang sempit bagi mengisi agenda kecil beliau!

Beliau juga mengungkit kejadian di program haram anjuran Majlis Peguam. Saya hadir dalam perhimpunan hari itu bersama ribuan umat Islam lain yang tidak puas hati dengan sikap chauvinist dan perkauman yang di amal oleh Majlis Peguam, yang sentiasa mengambil sikap anti Islam. Saya bukan baru dengan Majlis Peguam, saya pernah menjadi ahli Exconya. Saya tahu sikap anti-Islam yang tebal dikalangan mereka. Mereka menyokong penubuhan IFC, mereka menuntut anak Melayu Azlina Jailani dibenarkan murtad dan banyak lagi sikap yang biadap terhadap Islam. Mereka berdegil mahu meneruskan forum membincangkan isu masuk Islam secara terbuka walaupun umat Islam dari segala lapisan, daripada pemandu teksi hingga ke Raja-Raja Melayu membantah. Hinggakan DSAI dan Perdana Menteri sendiri menasihatkan mereka tidak meneruskannya, tetapi mereka dengan sikap ego dan bongkak mereka meneruskannya juga. Pada saya , Majlis Peguam adalah golongan yang bersikap tidak mengerti hidup bertamaddun dan tidak mengerti menghormati hak orang lain.

Mr. Nettoo juga mendakwa saya dikenakan tindakan oleh Jawatankuasa Disiplin PKR atas insiden itu. Saya tidak tahu siapa yang menyumbatkan berita palsu itu ke telinga Mr. Nettoo, tetapi apa yang saya tahu Jawatankuasa Disiplin tersebut tidak ada buat sebarang cadangan pun. Malahan isu itu tidak sempat sampai ke peringkat Lembaga Disiplin pun. Apa yang saya tahu, Pengerusi Lembaga Disiplin pada masa itu telah meletak jawatan dan keluar daripada PKR!

Mr. Nettoo juga mendesak supaya saya bertaubat dan memohon maaf secara terbuka dan menjadi penyembah puak-puak chauvinist ini. Dan "toe the party line!". Pertama saya ingin menegaskan saya ini bukan penyembah manusia. Kedua saya hanya akan "toe to the line of Islam". Kalau apa yang parti saya buat adalah selaras dengan Islam, saya akan menjadi orang pertama memperjuang dan mempertahankannya. Tetapi kalau apa yang parti saya lakukan adalah diluar daripada garis sempadan Islam, saya akan menjadi orang yang pertama menegurnya.

Dan apakah atas alasan itu Mr. Nettoo dan yang sewaktu dengannya mahu saya dipecat daripada PKR..?!!

Dan bagi pandangan yang dikemukakan oleh YB Sdr. Azmin Ali yang disiarkan oleh Malaysiakini, saya hanya ingin menyatakan bahawa saya tidak bercadang membuat sebarang ulasan kerana saya masih menghormati persahabatan dengan beliau. Beliau kenal saya siapa, beliau tahu pendirian saya, dan beliau tahu bagaimana saya sedia berkorban untuk seorang kawan.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Selasa
26 Muharram 1431
12 Januari 2010

######################################################

Anwar can no longer ignore the Zulkifli problem
Terence Netto Jan 11, 10 (8:26am)
Anwar Ibrahim's unequivocal statements condemning acts of insensate destruction against churches and those responsible for the climate of opinion that led to such outrages have made him the surpassing Malaysian leader in this time of national crisis. By saying that Muslims in a majority Muslim nation should protect the rights of minorities, Anwar has not only stayed consistent to his frequent espousals of the nobility of the religion he professes; also, he has plumbed for the humanist principle that the strong protect the weak as a matter of course. This is not an easy thing to say for a Muslim leader who is in competition with other Muslim leaders for the support of the Muslim majority in whose midst live a sizeable number of non-Muslims. But Anwar has come out and said it, giving pause to critics who attribute chameleon instincts to a man they claim is adept at saying different things to different audiences, just to win votes.Often, from time immemorial the fault lines spawning conflict in society revolved around the dominant group's treatment of the Other – how the majority in a community or nation viewed the need of minorities for fair treatment and justice. Anwar has had no hesitation in saying that that treatment is a barometer of the state of justice in society. In the present crisis afflicting the nation, Anwar has blamed Umno for creating the climate of opinion that has led to the arson attacks on churches. He has gone further by pinning culpability for the outrages on theUmno-owned newspaper, Utusan Malaysia. In his latest pronouncement, Anwar has fingered the one-time standard bearer of Malay nationalism for stoking the flames of racial and religious mistrust and hatred.On the other side of the political divide, Umno president and Prime Minister Najib Razak has vociferously rejected that Umno is to blame, claiming, against evidence to the contrary, that the party has never been racist or extremist.The public pronouncements of Umno leaders are apparently not quite susceptible to altering influence save that of the ballot box.

Zulkifli must toe the party's line

Pakatan Rakyat's leaders cannot afford to be comparably impervious to public anxiety over threats to their freedom to worship. Thus Anwar Ibrahim can react proactively to this moment of national crisis by persuading PKR's Zulkifli Noordin, the party's Kulim-Bandar Bharu MP, to recant stances he has taken in recently on issues purportedly affecting the Islamic religion. One of them is that the High Court decision allowing Catholic publication Herald to use the term “Allah” was inimical to the security of Muslims. Anwar is on public record as early as December 2007, telling Christian leaders in Petaling Jaya, that since Christian children these days are largely Bahasa Malaysia speaking, they should be allowed to use the term 'Allah' in study and worship. Zulkifli cannot claim ignorance of his leader's stance. He wrongly affects to give the impression that Islam is under siege in Malaysia.He is eccentric in his protestations about alleged threats to Islam in Malaysia and as far as can be seen, has not said anything about the outrages that have taken place in the last few days. Since behaving in a unpardonably disruptive manner towards a Bar Council meeting in 2008, an action for which the PKR disciplinary committee recommended punishment, Zulkifli has proceeded to compound matters instead of taking due heed of his party's forbearance.Anwar, who has led exemplarily in this current national crisis, can shake the dust off the disciplinary committee's stricture and demand the recalcitrant MP publicly recants and toes the party line or ship out. Such action in these straits would enable Anwar to deflect critics who fault him for two-facedness and bring to heel an MP who has become an acute embarrassment.
http://www.malaysiakini.com/news/121628
××

Stick to PKR stance, Zulkifli told
Rahmah Ghazali Jan 11, 105:42pm
Critical PKR parliamentarian Zulkifli Noordin has been told to respect the party's stand on the 'Allah' issue, said vice-president Azmin Ali.Speaking to Malaysiakini today, the PKR chief whip said Zuklifli was called up by the party supremo Anwar Ibrahim to clarify the matter at a recent meeting.“After the 'Allah' issue came up, the party had a discussion with Zulkifli and action has been taken (based on that).
At the meeting), he shared his views but the party finally told him to work within the Pakatan Rakyat framework.”Zulkifli, who is the Kulim Bandar-Baru MP, had openly criticised the Kuala Lumpur High Court ruling that allows Christian publicationHerald to use 'Allah' in describing God in its Malay-language section.Known for his strong views, especially on racial and religious matters, the practising Syarie lawyer claimed that the word 'Allah' could be abused by the Christians and eventually confuse Muslims.Things took turn for the worse when Zulkifli challenged Khalid Samad, his fellow Pakatan MP from PAS, to step down and join Chinese-based party DAP for defending the non-Muslim right to use the word 'Allah'.However, PKR issued a statement two days later, welcoming the landmark court decision and calling it “an excellent development (that) should be accepted with an open heart”.Azmin said Zulkifli (right) should work based on consensus whenever issues involve party policies.“Whenever they want to come up with any policy statement, every single member needs to adhere to the principles in PKR,” said Azmin.This also applies to private member's bills for submission in the Dewan Rakyat. Azmin advised Zulkifli to discuss these at a pre-council meeting before pushing for a motion to be debated in Parliament.“Zulkifli has met Anwar (about this) and the party has given very strong views on his statements in the past. But we need to give him a chance because, maybe, he did not know the party policy then. Zulkifli is no stranger to controversy. In 2008, he and several other Malay-based NGOs had barged into a Bar Council meeting, resulting in the PKR disciplinary committee recommending punishment against him. In the last Parliament session, the PKR maverick submitted 20 Islam-related motions, which appeared to contradict the policies of the multi-racial PKR.The motions, among others, were to proclaim that Malaysia is not a secular country, and to suggest that Islamic laws be made independent of the constitution.Azmin said the party is not stopping party representatives from expressing their concern on certain matters.“But when it comes to the party stand or solution, he has to respect it,” he said, adding that Zulkifli has agreed to this.Zulkifli could not be reached for comment either on his mobile phone or via text message.
http://www.malaysiakini.com/news/121680

23 comments:

Con Skaltsas said...

Dan berapa banyaknya nabi yang berperang bersama-sama mereka sejumlah besar dari pengikut(nya) yang bertakwa. Mereka tidak menjadi lemah karena bencana yang menimpa mereka di jalan Allah, dan tidak lesu dan tidak (pula) menyerah (kepada musuh). Allah menyukai orang-orang yang sabar. - Ali Imran ayat 146

clean said...

TAKBIR & TAKEBEER adalah dua perkataan yg berbeza? Ada juak UMNO kata Takbir bukan kalimah? Then takbir itu apa? Takebeer pula apa?

PAS pulak yang dikatakan buat benda ni sebagai mainan politik...huh....

Cuba ajukan soalan-soalan objektif seperti berikut kepada juak2 UMNO:

Siapa yang menghapuskan pembelajaran, pembacaan dan penulisan Jawi di Sekolah-sekolah dahulu..? UMNO ke PAS..?

Siapa yang menghapuskan pemberian Wang Perkapita bagi Sekolah-sekolah Agama Rakyat (SAR) yang dikeluarkan sebelum itu..? UMNO ke PAS..?

Siapa yang merobohkan beberapa surau yang antaranya di suatu Kawasan Perumahan di Bandar Baru Bangi dan juga di kampung Bujal, Kemaman..? UMNO ke PAS..?

Siapa yang memecat Mufti Selangor, Allahyarham Datuk Ishak Baharom apabila Allahyarham Datuk Mufti mempertahankan tindakan JAIS menangkap dan mendakwa dua wanita Islam yang mengambil bahagian dalam satu Pertandingan Ratu Cantik di Selangor..? UMNO ke PAS..?

Siapa yang mengambil tindakan ke atas pegawai-pegawai JAIS apabila menyerbu dan mendakwa orang Islam (pemain muzik) yang didapati meminum arak di sebuah pusat hiburan yang dikenali sebagai The Ship..? UMNO ke PAS..?

Siapa yang tidak membenarkan dan melarang Kerajaan Negeri Kelantan dan Terengganu (apabila PAS berkuasa) menguatkuasakan hukum Hudud, Tanzir dan Qisas..? Malah siapa yang memperlekehkannya dengan mengatakan ianya Hudud PAS Kelantan dan Hudud PAS Terengganu..?

Siapa yang menghina Sunnah Nabi dengan menyatakan bahawa Nabi Muhammad tidak mencukur janggut kerana pada zaman itu, tiada pisau pencukur (razor blade)..? UMNO ke PAS..?

Siapa yang menguasai bidang kehakiman dinegara 1Malaysia ini..? UMNO ke PAS..?

p/s: Kini UMNO terdesak dan bertanya pula kemana pejuang Islam PAS. Bila sudah tersepit baru cari nak PAS ke..?

ZULKIFLI said...

Salam, Mr Lawyer;
Barangkali saya terlepas pandang atau terlepas baca. Sehingga kini, saya belum pernah melihat ada insan lain (termasuk PM-PM atau DSAI sendiri) yang begitu konsisten, berani, dan lantang dalam memperkatakan Islam dan mempertahankannya mengikut kehendak Perlembagaan. Saya telah mengikuti blog ini dan Mr Lawyer jelas tidak berkompromi dalam hal yang berkaitan dengan Islam. Jika pendirian Mr Lawyer ini kekal, Mr. Lawyer layak ke JPM sebagai Menterinya!

Alham said...

Salam,

Nampaknya YB bukannya 100% menentang fitnah terhadap agama Islam tetapi kesetiaan tak berbelah bagi kpd DSAI shj.

Buktinya, walaupun DSAI mengemukakan pendapat (fatwa sendiri) berbeza dgn pendirian YB terhadap isu "ALLAH", YB langsung tidak mengkritik ataupun memberi komen berbeza dgn "perselisihan" YB terhadap pandangan YB Khalid Samad.

YB tanpa ragu2 kedepan menyokong kenyataan DSAI mengutuk serangan ke atas gereja2. Itu memang sepatutnya, tapi bagaimana pula isu aqidah yang lebih penting.

AlhamNasir

Wandy said...

Salam buat YB. Sekiranya YB ingin memperjuangkan Islam, ternyata PKR & Pakatan rakyat bukan tempatnya. Anda menggunakan saluran yang tidak kena dalam memperjuangkan Islam. Tunjukkan kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang2 yang Kau beri Nikmat. Bukan jalan mungkar& sesat.

irwan said...

biarla YB,

buat mcmni salah, buat camtu pun salah, mulut manusia ni memang dah macamtu sejak azali lagi. selagi YB berjuang menuju ke Jalan ALLAH, proceed !!!!!!!!

clean said...

UMNO: 7hb. Lulus Lesen Kelab Malam, 8hb "Kamilah Pembela Agama Islam..!"
Sehari sebelum demontrasi NGO Umno bagi membantah penggunaan nama Allah di Masjid Negara 8 Januari lepas, Menteri dari "Parti Pembela Bangsa & Agama", UMNO di Wilayah Persekutuan, Nong Chik Zainal Abidin telah meluluskan rayuan memperbaharui lesen 5 kelab malam. Sebelum ini lesen-lesen kelab berkenaan telah dibatalkan kerana bunyi bising melebihi had

Nampaknya, pemimpin UMNO juga tidak lupa untuk mempertahankan pusat-pusat pesta arak dan gejala sosial ini. Baguslah tu, siang berdemo bela nama Allah, malam pi pulak layan demo kat kelab malam...

bila PPIM dan NGO nak pi berdemo kat Kelab Malam..?

Andalusia said...

YB,

Dalam kes Saiful Bahari, bagaimana YB boleh memutuskan & menganggap DSAI di zalimi & berada di pihak yg benar. Bagaimanana pula nasib Saiful sekiranya benar dakwaan dia. Ada kah kerana dia bukan sesiapa & tidak sewaktu dengan YB maka YB 100% menganggap dia membuat fitnah & tidak mahu membela dia..? Seperti seorang pembaca blog dahulu ada menulis, Saiful bukan lah lawan DSAI, jadi kenapa DSAI harus gelisah sekiranya dia di pihak yg benar.

clean said...

andalusia..

siapa cakap saifool bukan lawan DSAI..

bukankah Saifool berjumpa dengan PM Najib untuk dapatkan biasiswa untuk study?

bukan calang-calang orang dapat berjumpa dengan PM...

Panglima Perang Cyber said...

saya suka kenyataan tuan tentang Majlis Peguam yang tebal anti islamnya..

Ia sama dengan persepsi masyarakat Islam di negara kita.

harap dapat buat sesuatu untuk membolehkan Majlis Peguam tidak anti Islam dan mesra dengan semua agama..

abuuwais said...

Salam
Syabas YB,,,ana bangga ada Umat Islam seperti YB dan Insya Allah semoga YB dipanjangkan Usia dan terus memartabatkan ISLAM di bumi ini....Allah Hu Akbar!!!!

alapalias said...

saya puji dgn keberanian saudara walaupun sy tak berkenan ngan pkr,

Anak Banjar said...

Salam YB;

Saya pasti Allah dan Rasul pasti berbangga terhadap YB tegaskan berkenaan Islam,

InsyaAllah, Allah sentiasa bersama dengan Tuan untuk membela agama yang tercinta ini..

gangga awana said...

salam Tuan.

saya rasa,tuan tidak perlu keluar dari PKR.pandangan tuan adalah hak tuan.dan,kita mesti merayakan demokrasi dalam pandangan!

dan saya masih percaya kepada perjuangan islam yang mesti kita bawa ke mana-kemana.

cuma, saya masih lagi berpegang kepada bagaimana wali songo mampu mengislamisasikan 'pemikiran' Raja majapahit tanpa 'membunyikan semboyan' keislamannya.

begitu juga bagaimana larangan pemakaian tudung di universiti di Turki ditarik balik dengan halusnya sambil menggunakan hujah yang rasional di mata mereka.ia dilakukan dengan berhati-hati.

begitu juga dengan kempen pengurangan meminum arak di Anatolia Turki dengan mengambil kira sentimen sekularnya di sana.dan, kempen ini berjaya dilakukan.

semua ini dilakukan dengan penggunaan akal yang kritis dengan mengambil kira 'suasana semasa' setempat.

soalnya, adakah kita tergolong dalam muslim yang ikhlas dalam memperjuangkan islam tetapi dalam masa yang sama, tindakan kita juga dilihat melemahkan islam (Sheikh yusuf Qardhawi)?

sama-sama kita hadapinya.wallahua'alam.

Alham said...

Salam,

Keberanian YB mcm "storm in a teacup" je, tak lama, bila DSAI pujaan YB tu bukak mulut, sonyap la YB, siap leh peluk2 lg mcm dgn Sivarasa dlu.

Utk "Clean", sekurang2nya UMNO memperjuangkan agar aqidah umat Islam x terpesong. Klau dah asas hancus, semua amalan lain, Allah x trima.

Bg la credit when credit is due walaupon mmg byk kekurangan bila tiba bab lain. PAS pon membolehkan penjualan arak kat bkn Islam, UMNO pon bknnya bg lesen kelab tu kat org Islam.

BLESS said...

saya menyokong sepernuhnya apa-apa perkara berlandaskan kepada islam yg di perjuang oleh saudara zul.

House PK said...

Bro Zul, kenapa masih pertahankan Anwar, apakah tuan rasa dia adalah seorang manusia yang suci?


Apakah tuan tidak nampak yang dialah puncanya semua perkara ini berlaku? Kenapa masih nak pertahankan pengkhianat bangsa ni bro?

Cuba tuan jelaskan sikit, apakah tuan rasa anwar tidak bersalah?

clean said...

alham..

if you re-word it:

PAS tidak membenarkan penjualan arak kat org Islam dari dulu lagi, UMNO pon tak pernah melarang penjualan arak kat org Islam.

note: UMNO failed to get Islamic credentials in the past 50 years, dont think that they can get the islamic credit by carryng out the so called defender of Islamic demos..

Victor said...

Ini daripada posting saudara sendiri, yang mengutuk Khalid Samad.

"Saya mengambil sikap yang mudah. Siapa yang menghina Islam, maka mereka adalah musuh saya walaupun duduk satu parti dengan saya. Sesiapa yang membela dan mempertahankan Islam adalah sahabat saya walaupun berlainan parti. Apatah lagi mereka yang bukan sahaja sanggup menggadai perkahwinan mereka, malah sanggup menjual nama ALLAH! Itulah adalah sebesar-besar musuh saya. Dan saya sedikit pun tidak gentar atau takut dengan celaan mereka yang mencela. Saya tetap akan berkata yang hak walaupun pahit untuk ditelan. Yang penting Islam mesti dipertahankan, maruah umat Islam mesti dibela "at all cost"!!

Ini pula daripada posting ini:


"Pertama, beliau mendakwa saya menyatakan "Islam sedang diserang" atau "under siege" apabila Mahkamah membenarkan akhbar Herald menggunakan nama ALLAH sebagai gantinama "God" dalam istilah Kristian. Saya tidak pernah menyebut Islam sedang diserang."

Sekarang saya nak tanya saudara, benarkah saudara tidak pernah menyebut Islam diserang?? Kalau Islam tidak diserang, mengapa perlu dipertahankan "at all cost"??

Umat Islam sekarang berdepan dengan banyak masalah, boleh tak saudara jangan mencurah minyak dalam api??

obrisi said...

Salam YB..
Sebagai peguam yang senior saudara semestinya faham bahawa kes ni belum muktamad. Saudara telah menunjukkan kepada orang bukan islambertapa tidak rasionalnya orang islam dengan tindak tanduk yang melulu ini. Secara lansung telah merosakkan Agama islam di mata orang bukan islam. Tindakan saudara ini sangat mengecewakan. Kitan mestilah bijak untuk memastikan dakwah Islam itu berkembang. Saudara sangat tidak bersabar. Saudara kononya nak menyatakan saudara adalah pembela islam tetapi ianya menyebabkan Agama Islam dilihat sebagai tidak rasional disebabkan pendirian penganutnya seperti saudara. Kita kena bersabar sehingga mahkamah memutuskan secara muktamad sebelum tindakan yang extreme begini diambil.

Alham said...

Victor,

What YB Zul meant is that Islam is under siege in terms of our faith towards Allah. In Islam, if our "Aqidah" is tainted, we are not Muslims (fellow Muslims, pls feel free to add or correct my comment).

This kind of attitude (over tolerant / tak apa)that makes malays and muslims in msia being taken for granted, stepped on our toes all this while.

Minorities in Msia are always playing the tune of "hey, we r being descriminated by the malays and muslims, SOS please" to get the world's sympathy.

When you are the mojorities (remember Bosnia,Muslims Uighur in China, Burma) did they ever think or have compassion towards the minorities. Honestly, don't be such a hypocrite.

Is Malays and Muslims in Msia like that? We live in harmony .... sikit2 biasalah, hsbn n wife oso gaduh, ma.

We can be tolerant up to certain extent but the "others" also need to learn to be tolerant and respect for muslims.

We need to be tolerant and firm at the same time to earn respect from other religions and foremost, muslims also "need" to show a good example by portraying a true islamic teachings.

Incidences all over the world has proven that muslims are the ones being oppressed and pushed to the corner. Then, when muslims retaliated, muslims are the aggressor, is this fair. Well, when we are weak, these things happens. Fairness is determined by the victors and the force in power.

I don't condone muslims or malays agressiveness towards other races and religions but the other religions and races also pls learn to respect us. It works both ways, right?

Got my drift?

meor said...

tuan ni kebanggaan keramat la.respek.saya nampak tuan tunggu anak naik motor je kat jj.ni lah contoh pemimpin yang kita nak

mohamad said...

Victor and Wandy

Jalan yang ditempoh oleh YB adalah jalan yang lurus.Itulah silapnya orang orang yang menyangka Islam
hanya diperjuangkan oleh PAS yang
kini mengikut telunjuk parti parti lain demi kesatuan semangat juang PAKATAN.

Adanya YB dan yang sewaktu dengannya di dalam PKR adalah sebagai check and balance agar
PKR dan DSAI tidak melatah dan terlanjur mengorbankan Islam
demi untuk mendapat kuasa.