Salam 2 all.
Saya bersama dengan pimpinan Pakatan Rakyat telah menyatakan dengan jelas mengutuk serangan dan pembakaran ke atas beberapa gereja di negara ini mutakhir ini.
Saya telah menegaskan bahawa cara dan tindakan ini langsung tidak menggambarkan nilai pekerti dan akhlak pejuang-pejuang Islam. Kita kagum dan bangga dengan sejarah Islam yang penuh dengan bukti serta toleransi terhadap penganut agama lain termasuk rumah 'ibadat mereka.
Saya percaya mereka yang terlibat ini mempunyai kepentingan tertentu dan mempunyai agenda yang jahat untuk memporak-perandakan negara. Apa yang jelas, ianya tidak memberi sebarang kebaikan kepada umat Islam.
Oleh itu saya menyeru supaya pihak-pihak yang terlibat supaya menghentikan serta-merta perbuatan tidak bertamaddun dan tidak bertanggungjawab ini.
Saya juga menyeru supaya pihak polis menyegerakan siasatan untuk mengenal pasti mereka yang terlibat dan mengambil tindakan sewajarnya menurut lunas undang-undang.
Saya juga menyeru supaya Majlis Raja-Raja segera mengadakan sidang khas bagi membincangkan isu ini dan isu penggunaan kalimah ALLAH supaya satu penyelesaian yang terbaik dapat dirumus dan dilaksanakan dengan segera.
Saya juga menyeru pihak Kementerian Dalam Negeri dan Herald menarik balik kes daripada Mahkamah kerana badan kehakiman bukan venue yang terbaik untuk menyelesaikan kemelut ini, sebaliknya suatu dialog tertutup perlu diadakan segera oleh kesemua pihak yang berkepentingan untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik.
Saya juga mencadangkan agar Parlimen Malaysia mengadakan sidang khas untuk membincangkan isu ini dengan segera dan mencari kata sepakat dan penyelesaian yang boleh menjadi garis panduan kepada pihak-pihak yang terbabit menghadapi masalah ini. Parlimen sebagai sumber tetinggi perundangan negara dan mewakili hasrat, suara dan aspirasi seluruh rakyat adalah tempat yang paling wajar untuk membahaskan isu ini secara bertamaddun dan mendapat kata putus yang boleh mengikat kesemua pihak yang terbabit.
Saya juga menyeru semua pihak yang terlibat supaya menghentikan segera segala pernyataan dan tindakan yang boleh memburukkan lagi keadaan. Oleh itu saya menyokong penuh kenyataan akhbar Ketua Pembangkang YB Dato' Seri Anwar Ibrahim yang menyentuh perkara yang sama dan saya lampirkan dibawah.
Wassalam.
Zulkifli Bin Noordin
Isnin
24 Muharram 1431
11 Januari 2009
##########################
KENYATAAN MEDIA
YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
Ketua Pembangkang Malaysia
Tarikh: 10 Januari 2010
Kami mengecam serangan ke atas saudara kami penganut agama Kristian dan ke atas beberapa gereja di Malaysia. Serangan terbaru ke atas All Saints Church di Taiping juga merupakan satu serangan terhadap salah satu warisan negara.
Sebagai sebuah negara kita masih bergelut untuk menjunjung semangat perpaduan yang dicita-citakan oleh pejuang kemerdekaan negara ini. Saya menyeru agar kita semua akur dengan Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan beragama dan hak penganut agama-agama itu untuk menjaga hal ehwal agama mereka masing-masing. Ketika ini semangat musyawarah dan dialog mestilah mengatasi suara-suara mereka yang mahu memecah belahkan kerukunan rakyat serta meniup api permusuhan di negara ini.
Rakyat Malaysia mestilah bersatu menentang mereka yang mahu memperalatkan sentimen perkauman sempit dan agama untuk menyemarakkan kebencian demi laba politik puak-puak tertentu. Kita mestilah memperkukuh tekad mempertahan kebebasan beragama.
Kejadian ini merupakan satu ujian terhadap keazaman semua agama dan kepercayaan yang mahukan keamanan dan rasa saling hormat menghormati. Kita seharusnya sedar Tuhan yang kita sembah merupakan, Tuhan yang sama, Allah SWT, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
Sejarah menunjukkan kepada kita selama 14 abad ini, Muslim yang bertutur dalam bahasa Arab, penganut Kristian dan bangsa Yahudi, masing-masing menyembah Tuhan yang dikenal sebagai Allah. Sementara diakui keresahan umat Islam di Malaysia terhadap penggunaan kalimah Allah di kalangan penganut agama lainnya, tindakan seumpama menyerang gereja dan mengadakan protes hanya membantut usaha mencari penyelesaian. Jalan terbaik adalah melalui rundingan dan dialog antara agama.
Saya mengajak umat Islam untuk kembali kepada ayat al Quran yang menyeru kita untuk hidup dalam kerukunan dan saling mengenali di antara agama.
“Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Ahli Kitab, marilah kepada satu Kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah " (Ali-Imran, 3:64)
Dan sepertimana yang termaktub di dalam surah al- Ankabut:
Dan janganlah kamu berbahas dengan Ahli Kitab melainkan dengan cara yang lebih baik, kecuali orang-orang yang berlaku zalim di antara mereka; dan katakanlah (kepada mereka): "Kami beriman kepada (Al-Quran) yang diturunkan kepada kami dan kepada (Taurat dan Injil) yang diturunkan kepada kamu; dan Tuhan kami, juga Tuhan kamu, adalah Satu; dan kepadaNyalah, kami patuh dengan berserah diri (al-Ankabut, 29:46)
Nabi Isa al Masih merupakan antara Rasul Ulul Azmi yang begitu dikasihi umat Islam. Saidina Umar r.a yang melawati Gereja Holy Sepulcher pada tahun 638 masehi, menggesa umat Islam untuk menghormati tempat peribadatan dan suci penganut agama Kristian. Oleh itu adalah tidak munasabah apabila pihak Polis teragak-agak untuk memberi jaminan keselamatan kepada gereja-gereja di seluruh negara.
Api kebencian ini bolehlah ditudingkan kepada kegagalan Barisan Nasional yang diketuai Umno. Propaganda Umno yang berteraskan perkauman sempit terutamanya apabila berhadapan dengan isu penggunaan kalimah Allah serta retorika media yang dikongkong kerajaan, seperti Utusan Malaysia, yang meniupkan api kebencian, sewajarnya dipersalahkan berikutan dari serangan tersebut. Provokasi mereka bukan sahaja salah dari sudut undang-undang malah menzahirkan kempen 1Malaysia yang tidak tuntas serta bermuka-muka.
Walaubagaimanapun saya terharu dan gembira kerana serangan tersebut dikecam keras oleh organisasi Islam dan pimpinan umat. Saya juga menyambut baik saranan wakil-wakil penganut Kristian yang menyeru agar sentiasa bertenang dan menolak sebarang tindakan pembalasan serta keganasan.
Kejadian mutakhir ini menuntut kita agar segera memberi perhatian terhadap keperluan dialog antara agama. Semangat persaudaraan yang disarankan agama kita serta Perlembagaan Persekutuan perlu disemarakkan. Pakatan Rakyat akan berusaha memastikan dialog dan rundingan diadakan di semua peringkat seluruh negara. Saudara kita yang beragama Kristian perlu merasa selamat dan aman serta sedar bahawa kebebasan mereka untuk beragama adalah dijamin di negara ini.
ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang
26 comments:
yb pernahkah terpikir betapa mudah nya agen kafir tanpa bantuan cnn berjaya menyebarkan propaganda bahawa islam itu ganas bila kita menunding tangan jari kearah sekumpulan islam yang lain oleh kerana berlainan ideology politik. sedangkan ini berkemungkinan besar dilakukan oleh tangan luar. cakap guna akal yb, sebab ana harap ada segelintir melayu dalam PR yang berakal. pilihanraya serawak semakin hampir, saya boleh kata ini kerja pembangkang meraih undi rakyat serawak kristian supaya menolak umno.
isu kalimah Allah nie janganlah dipolitikkan..anwar,xkanla ttg nie pn nk salahkan umno..salahkan archbishop tue yang x fikir dalam2 tentang kesan drp tindakan die bawa benda nie ke court..apa yg die dapat dgn heret isu nie ke court..even in the west pn the christian rejects to call the god 'allah'..maybe vatican perlu campur tangan dlm hal nie..
begitu mudah anda suruh "hentikan itu ini"
sedngkan pada walnya anda lah orang yang telah menyimbah petrol untuk semarakkan api permusuhan Islam-Kristian.
setuju sangat!
Kerja orang-orang bodoh mereka tu semua. Saja nak cari pasal.
Tak sangka ada juga orang yang suka menangguk di air keruh...
YB,
Kenyataan DSAI bermotifkan kepentingan politik. Typical for Pee R leader. Dia ingat rakyat semua bodoh & tak faham. Mengapa perlu menuding jari pada kerajaan ? Sebenar nya saya dah muak dengan kerenah pemimpin Pee R seperti DSAI & Nik Aziz yg hanya pandai menyalahkan orang lain. Sebenar nya dulu saya respect pada PKR, tapi sorry la buat masa ni selepas 2 tahun, PKR sebenarnya hanya pandai buat kecoh jer .. macam tong kosong, bising saje lebih. Pemimpin-pemimpin dlm BN nampak nya lebih bijak & bekerja lebih keras dalam menjalankan tugas kepada rakyat. Mereka juga tidak memaki, mengutuk atau menyalahkan orang lain..
salam.
Saudara...nampaknya saudara agak mengendur kali ini. Kenapa kah? adakah sudah ada suara sumbang yang menegur saudara? Tidak saya nafikan sikap yg extreme tidak membawa kepada penyelesaian masalah. Saya menyokong Ayat tersebut tetapi bagaimanakah dgn ayat dr ketua saudara ini "Kita seharusnya sedar Tuhan yang kita sembah merupakan, Tuhan yang sama, Allah SWT, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam."
Adakah saudara juga bersetuju dgn ayat dr ketua saudara itu??
bagi saya bukan tuhan yg sama cuma nama yg sama. Apa kata saudara?
salam...
perkara ini akan selasai selepas ianya termaktub dalam perlembagaan seperti ini,"penggunaan KALIMAH ALLAH adalah tidak di benarkan oleh agama lain selain islam dan segala bentuk rencana keagamaan daripada agama selain islam adalah di larang bagi mengormati perasaan penganut agama islam yg majoriti di negara ini"
Salam
Nampaknya Yb Zul dah masuk gear 1 balik, esok lusa tarik hand break la jawabya
sebelum ni bukan main bersemangat nak tentang , la ni lain pula ceritanya , adakah kerna ada tekanan dari atas
Memang la kita bantah pengeboman ketas gereja , itu perbuatan yang tak boleh kita terima sekali , malah kita kutuk perbuatan itu , tapi tak bermakna kita lemah dan bersetuju apa yang merak akan buat pula
Harap Yb Zul boleh bagi penjelasan samada akan tentang pengunaan Kalimah Allah oleh puak kristian atau bersetuju seperti khalid
YB,
macamana pula penggunaan kalimah 'takbir' yang di tulis 'TAKE BEER' oleh penyokong UMNO dipaparkan gambar didada akhbar2 dan blog2 tempatan.
Terang ianya menghina agama Islam.
Terbakar juga hati, namun apa boleh buat sebab ini kerja orang2 yang mengatakan diri mereka Islam.
Pemerintah 'ultra alim' kita pun berdiam diri, malah kelihatan menyokong perbuatan keji dan terkutuk tersebut!
Asyik nak jaga sensitiviti kaum dan bangsa lain, sensitiviti agama sendiri terlepas. hampeh!
Saya org baling dan mengikuti semua apa saja tulisan tuan dan banyak perkara tentang tuan, saya masih ragu tentang apa yang ada di dalam kepala tuan.Hari ini sukar di nyatakan apa yang tuan perjuangkan adalah iklas.
salam saudara...kali ini saudara umpama lalang...itu lh yg sy perhatikan dr sikap saudara...cube saudara terjemahkan kenyataan DSAI ini..."Sejarah menunjukkan kepada kita selama 14 abad ini, Muslim yang bertutur dalam bahasa Arab, penganut Kristian dan bangsa Yahudi, masing-masing menyembah Tuhan yang dikenal sebagai Allah." apa pendapat saudara...adakah masih ujud ahli kitab setelah Allah meredhakan Islam sebagai agama kepada umat Nabi Muhammad SAW.Berdasarkan kenyataan DSAI itu amat mengelirukan.Sebelum ini saudara telah menghuraikan maksud "Trinity" dlm agama Kristian, adakah ianya sama dgn Allah Yang Esa dalam Islam?Dari kenyataan DSAI itu menunjukkan Tuhan itu sama dalam Yahudi dan Kristian...apa komen saudara?Islam apa yang saudara perjuangkan?Sila perjelaskan kepada umum jika saudara berceramah di mana2.
YB YB....saya ingatkan YB nih pegang pada janji...nampak gaya YB pon sama gak. Sembang deras tapi habuk pon tarak. Kata pegang pada prinsip...nak kelaur dari PKR lah itulah inilah...p mai p mai tang tu jugak. Moga pengundi2 YB akan sedar dan jatuhkan YB dimasa hadapan. Tak guna ada YB hipokrit mcm ni. Pesan saya...lain kali kalau tak berani diam saja...
Salam YB Kulim/Bndr Baharu,
Jelas dan nyata, YB tidak ada akar prinsip yang kuat dan utuh dalam mempertahankan sesuatu.
YB menyokong kenyataan Anwar Ibrahim bermakna YB bersetuju Kalimah Allah digunakan oleh orang lain. Adakah orang Kristian dan Yahudi kini Ahli Kitab?
Kalau begitu bolehlah kita kahwin dengan mereka tanpa mereka masuk Islam dahulu?
Kenapa setiap permasalahan harus dituju kepada UMNO dan BN?
Adakah sikap menuding jari ini merupakan ciri pemimpin yang ideal dan berkaliber?
Jika Anwar menuduh UMNO merupakan dalang, dia harus ingat, dahulu disinilah dia mencari makan dan menyuap rezeki ke dalam mulut anak bininya!
Anwar hanya bercakap demi mencari sekelumit populariti!
Sokongan YB akan menjelaskan lagi sikap YB yang tidak konsisten dalam memperjuangkan sesuatu isu!
Maka jelas, YB adalah anak didik Sesumpah yang nyata!!
DSAI,saya rasa dialog agama tak perlu diadakan,saya yakin hasilnya pasti sama apa yang pernah terjadi di indonesia,malah makin banyak tuntutan baru yang dimintanya oleh pihak gereja. kristianisasi berlaku bukan hanya dengan pemurtadan akidah.cara pola pikir pun dia bisa terjadi.malah mereka pernah mengeluarkan kenyataan "biarkan saja kad pengenalannya islam tapi polapikirnya ke-BARAT (AMERIKA),umat islam dipecah-pecahkan ,dan ........ ?
Akhirnya YB, akhirnya... Warna sebenar perjuangan YB terserlah jua.
Kalau Yb boleh buat u-turn 180 darjah dalam isu yang jelas begini, apa yang boleh kami harap dalam isu-isu lain.
kita kena rapatkan barisan dalam menangani masalah kalimah Allah ni. kita kena siasat, si herald ni guna kalimah allah atas ayat apa dalam penerbitannya? jika dia menulis mengenai Jesus dan dikaitan dengan Allah, maknanya memang sah penggunaannya salah.
ghostwriter
http://ohpolitik.blogspot.com
Salam YB..
Saya memang sokong YB dalam beberapa perkara, ada perkara yang YB tertinggal ke belakang.
Ini bukanlah kerja pembangkang atau umno, ini adalah kerja tangan-tangan dari luar..
pada awal 90an dahulu anwar terkenal dengan sikapnya yang rakus sehingga sanggup mengupah orang asing mengkaji group2 bercorak agama di negara kita. mencari jalan bagaimana nak menghapuskannya.
kalau sekarang anwar cuba jadi hero atau pendamai. jangan haraplah..
anwar itu bukan orangnya yang sebenarnya. YB aklan tahu satu hari nanti.
Salam..
Ko juga yg beria2 bakar sana sini, curah petrol sana sini.. sekarang suruh plak si api berhenti.. cuba ko bakar kertas kemudian cakap.. hey api berhenti.. hey api berenti.. wakakakaka ko mmg ting tong la..
#Kami mengulangi cabaran utk beliau...
Sila masuk Umno.. senang kita berperang..
KUASA pemerintahan ISLAM lebih utama..
saya telah lama mengikuti blog yb. selama ini saya kagum dgn pendapat2 yb yg tegas dan berprinsip. tapi setelah membaca posting ni, saya mula rasa sangsi dgn perjuangan yb. mana prinsip yb?
Amboi ....
ramai yang hentam Yb nampaknya kali ni
Itu la YB , ketika ramai rakyat suka cara YB , tapi kenapa Yb berubah rentak pula , adakah kena asakan dari pihak lain , sepatutnya Yb kena konsisten dalam bab ni , ini , baru 2-4 hari berapi bukan main , la ni makin kendur la pula
Siap setuju penuh dengan Ai pula tu .
Ini macam sudah lain macam
Saya masih ingat 2-3 hari lepas Yb kata akan buat apa saja demi pertahankan kalimah Allah , tup tup hari ni lain pula rentak nya , dah tukar gear low la pula
Kita takut nanti esok lusa masuk gear R la pula
Jangan marah ye Yb , kami penyokong Yb , tak salah kalau tegur sikit ye tak
Siapa la kami nak tegur Yb , tapi kami yakin yang YB akan kembali bangkit
Salam,
Maaf saya nak tegur beberapa orang yang mengomen...kalau ikut Quran Tuhan memang sama untuk semua orang tak kira agama atau bangsa iaitu Allah yang Esa. Cume pemahaman penganut saja yang beza-beza..itulah yang dinamakan aqidah dan tauhid. Sebab saya kata biar belajar agama dulu baru leh cakap lebih2.
Sekian
wak lan kau ni tak tahu ujung pangkal tiba-tiba menyampuk. orang tengok kesan penggunaan nama allah terhadap generasi akan datang bukan semudah boleh atau tidak. faham! YB zul adalah YB cari makan. lepas ni YB zul jangan cerita nak bela agama sebab saya orang pertama akan muntah.
Takpe, Buat la U-turn. PRU13 kita pun akan buat U-turn.
Najib lagi berani sebab sanggup pergi selatan thai.
YB (oppss maaf u tak layak digelar YB). sedara, saya dah malas nak meyokong seseorang yang cuba mempertahankan org yg dikatakan dizalimi tp menzalimi dir, agama, dan pengundi anda sendiri. Anyway, pesanan akhir saya, u akan kalah PRU13...sbb u n khalid gereja sama cuma i respek dia sket sbb dia mengaku apa yg dia buat tp sedara hmmm mcm saya katakanlah sebelum ini. Buat apa sembahyang tungging langgang kalau prinsip sendiri tak boleh pegang...kalau ada 10 lg org macam u maka tergadailah Tanah Melayu pada bangsa asing.
memandangkan ramai ahli keluarga saya menyokong sedara. Saya akan print out semua tulisan sedara dan explain pada mereka betapa munafiknya seorang YB bernama Zulkifli Nordin.
SELAMAT BERAMAL
Apa-apa hal pun tak payahlah nak masuk Alif Mim Nun Wau. Nanti tak pasal-pasal kena pertuduhan liwat bila YB bangkitkan isu murtad. Paling tak pun terpaksa berdiam diri bila MCA berdemonstrasi menentang hudud atau melabel PAS parti ekstremis hanya kerana melaksanakan kod etika pakaian di negeri pemerintahan mereka.
Tahu tak Nor Aishah Bokhari mengundi kat mana? Berikut adalah maklumat mengenai tempat pengundiannya dari laman SPR:
Kad Pengenalan 720517015172 / A2205237
Nama NOR`AISHAH BINTI BOKHARI
Tarikh Lahir 17 May 1972
Jantina PEREMPUAN
Lokaliti 164 / 54 / 18 / 005 - JALAN RIMBA TERJUN
Daerah Mengundi 164 / 54 / 18 - BAKEK
DUN 164 / 54 - PULAI SEBATANG
Parlimen 164 - PONTIAN
Negeri JOHOR
Johor? Alamak! Kubu kuat Alif Mim Nun Wau ke? Agaknya boleh tak Alif Mim Nun Wau dapat membawanya balik dan membuang undi dalam pilihanraya yang akan datang sebagai penganut agama Islam?
Post a Comment