27 January 2010

MASALAH PENYELENGGARAAN DI KBB

Salam 2 all.

Saya menerima banyak aduan tentang masalah penyelenggaraan, penyucian longkang, kutipan sampah dan pemotongan rumput di kawasan Kulim Bandar Bharu. Saya telah turun melihat sendiri dan mendapati memang terdapat masalah tersebut. Sebenarnya ini bukan sahaja masalah di Kulim Bandar Bharu, tetapi hampir seluruh negeri Kedah.

Saya telah mengadakan perbincangan dengan Yang DiPertua Majlis Perbandaran Kulim Tuan Fuzi Mohiden dan pihak Majlis Daerah Bandar Bharu yang telah memaklumkan bahawa perkhidmatan penyelenggaraan, penyucian longkang, kutipan sampah dan pemotongan rumput tidak lagi dilaksanakan oleh MPK dan MDBB, sebaliknya diberikan kepada kontraktor yang diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan.

Dalam kes kawasan Kulim Bandar Bharu, kontrak diberikan kepada syarikat E-Idaman Sdn. Bhd. Saya telah mengadakan perbincangan dengan pihak E-Idaman untuk mengenal pasti masalah dan jalan penyelesaiannya. En. Sharafi yang mewakili syarikat E-Idaman telah memaklumkan kepada saya bahawa syarikat sedang menyusun semula jadual kerja dan logistik yang berkaitan, termasuk menyerap semua kakitangan MPK yang mahu meneruskan tugasan yang sama.

Setelah berbincang, En. Sharafi menyatakan bahawa pihak syarikat akan mengadakan satu kaedah gerak-gempur dimana seluruh kerja penyelenggaraan akan dibuat dengan membahagikan kawasan Kulim Bandar Bharu kepada 7 sektor, dan tiap-tiap sektor akan mengandungi beberapa kawasan yang dinamakan menurut taman atau kampung masing-masing. Satu jadual kerja sudahpun dibuat, dimana pada hari yang ditetapkan, seluruh kakitangan yang terlibat akan turun ke lokasi disektor yang dikenal pasti untuk kerja-kerja penyelenggaraan dan pembersihan menyeluruh. Kesemua kerja gerak-gempur ini akan bermula bulan Februari ini, dan dijangka selesai pada penghujung Februari. Jadual kerja itu akan dipamerkan di pejabat MPK dan MDBB. Saya akan melampirkan jadual tersebut sebaik sahaja menerimanya daripada pihak syarikat E-Idaman.

Setakat ini, saya difahamkan lokasi yang akan terlibat bagi Parlimen Kulim Bandar Bharu adalah Taman Orkid, Taman Melor, Taman Dahlia, Taman Anggerik, Taman Kekwa, Taman Cempaka, Taman Melor Indah, Taman Desa Impian, Taman Kempas Merah, Taman Bukit Kulim, Taman Bunga Mawar, Taman Bukit Awi, Taman Khir Johari, Taman Saga, Kg. Baru Mahang, Taman Seri Kulim, Jalan Pegawai, Jalan Tunku Bendahara, Jalan Menteri, Jalan Bukit Awi, Taman Tunku Putra 1-5, Taman Darul Aman/Bukit Besar, Taman Bidara, Taman Rambai, Taman Indah, Taman Desa Kasturi/Melati, Taman Jati, Taman Petaling Indah, Taman Petaling Jaya, Taman Kemuning, Taman Seri Petaling.

Bagi kawasan Bandar Bharu pula, antara kawasan yang dikenal pasti ialah Jalan Kong Koi, Jalan Permatang Pasir/Jalan Sekolah Cina, Jalan Sekolah Cina/Lorong Rumah Penghulu, Bulatan ke Jambatan, Jln Syariah, Kawasan Nuri/ Padang Awam, Stor/Kolej Komuniti, Tmn Berlian Indah 1, Tmn Berlian Indah 1&2, Tmn Berlian Indah 3, Tmn Permata, Taman Cahaya Intan, Taman Cahaya Nilam, Jalan Utama, Bagan Samak, Gerai 12 Unit, Jalan Masjid, Jalan Balai, Persisiran Sungai Kerian, Taman Cempaka, Jalan Raya Besar, Sempadan ke Jalan Mahang dan Rancangan Perumahan Awam.

Senarai saya berikan disini tidak menyeluruh, dan termasuk juga kawasan dengan Parlimen Padang Serai. Saya akan senaraikan seluruh kawasan yang terlibat secara terperinci serta jadual kerjanya dalam masa terdekat ini. Insyallah jika tiada aral melintang, program gerak-gempur ini akan dimulakan pada hari Ahad ini 16 Safar 1431/ 31 Januari 2010 di kawasan Junjong. Selepas itu ianya akan dimulakan mulai Isnin 17 Safar 1431/ 01 Februari 2010.

Saya berharap penduduk kawasan dan lokasi yang terlibat dapat turun beramai-ramai membantu pihak Syarikat E-Idaman dan MPK/MDBB bagi program ini pada masa, tempat dan tarikh yang dijadualkan nanti.

Bagi pihak Majlis Perbandaran Kulim, Majlis Daerah Bandar Bharu dan Syarikat E-Idaman, saya sebagai Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu meminta maaf kepada para penduduk kawasan Kulim Bandar Bharu yang menjalani ketidakselesaan akibat perkhidmatan penyelenggaraan, perkhidmatan, pemotongan rumput, penyucian longkang dan pemungutan sampah yang tidak memuaskan. Saya berharap tuan/puan memahami bahawa pihak MPK/MDBB dan syarikat E-Idaman sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk memperbaiki keadaan, dan saya berharap para penduduk akan membantu dan memberi kerjasama dalam mencapai matlamat projek gerak-gempur ini. Sekiranya ada apa-apa maklumat, cadangan atau aduan, sila kemukakan kepada Pusat Khidmat Ahli Parlimen saya di Taman Kota Kenari atau hubungi terus MPK/ MDBB ataupun syarikat E-Idaman Sdn. Bhd. sendiri.

Sekian wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Rabu
12 Safar 1431
27 Januari 2010

10 comments:

mremzack said...

Salam YB,

Saya kagum dengan perjuangan YB yang konsisten/istiqomah. Teruskan perjuangan YB dalam mempertahankan dan menegakkan agama Allah..

HousePK said...

Bila hang nak pi lompat parti UMNO. Boleh lah hang tegakkan dan bawa kesinambungan Islam Hadhari dari Pak Lah. Pak Lah pun dah tak larat nak pikul tanggungjawap tu!...

princess jiji said...

baguslah YB pun sedaq jugak..lalang dah sama tinggi dengan pokok nyoq!kdg2 smpai kena bumbung keta bila lalu..hope cepatkan sikit yer proses tu..
TQ!

mokafibifuza said...

YB,
Berusahalah, semoga Allah akan meletakkan YB dalam golongan yang akan memasuki syurga bersama-sama dengan Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq.

HousePK,
Takkan lantang sikit, terus nk kena masuk UMNO. kan ke YB dh pernah tulis, jika keluar PKR, beliau akan masuk PAS. UMNO tu hanya layak utk orang-orang yang tak ada pendirian.

Allahu akbar, Allah Maha Besar

shahray said...

Baguih...macam nilah YB
jaga rakyat dibawah penguasaanya..
ambil berat..

TERUSKAN!

Semua YB PKR,DAP,PAS mesti ambil lebih dan lebih berat lagi akan masalah rakyat dibawah..extra power

jangan sampai kalah pulak nanti...

kinto said...

salam yb,apa kata yb keluar pakatan dan tubuh parti islam yang baru,saya pasti ramai yang akan bersama dengan yb....cadangan jer.

hamzanee said...

Salam YB, BN or Umno particulary will smile by now. Dalam isu Allah tak bolehkah YB berlapang dada, rujuk kepada quran dan hadith,muzakarah capai kata sepakat dan patuh pada jemaah walaupun keputusan tak menyebelahi kita, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan Maha Merancang. Jangan terlalu menggunakan akal dan emosi. Ada kaedah dalam islam jika kita berlainan pendapat. You will win this Battle, but people will loose the War. Anyway it's good for you to do the clean up as this will be your first and final term as an MP...at least not from my vote.You really dissapoint me YB, if you jump to Umno or become independent you owe me an answer in akhirat YB...Salam and Adios. Wallahualam.

Ariffin said...

Salam YB

Tak kiralah di mana pun YB berpijak selepas ini, masih dalam PKR, PAS, DAP (minta jauhkan Nauzubillah)atau UMNO sekalipun, kekalkan pendirian. Yang benar tetap pertahankan, yang batil ditentang. Amin.

Aku,Pasbuih Dan Siamang said...

ZULNORDIN..PERIHATIN SUNGGUH HANG NO ! BERAPA KALI DALAM DUA TAHUN HG BALIK KWS ?

Abdullah said...

Yb jangan jadi macam ayam jantan jaguh, tapi sakit perut...berak bersepah beb..