20 January 2010

BEBASKAN AL AQSA

Salam 2 all.

Masjidil Aqsa adalah diantara tiga masjid suci dalam agama Islam. Selain Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, Masjidil Aqsa adalah masjid dimana sejarah risalah Nabawi berlaku. Selain menjadi qiblat pertama umat Islam, Masjidil Aqsa juga mencatat sejarah tersendiri apabila Rasulullah melalui peristiwa isr' wal mi'raj, sebagaimana yang direkod oleh ALLAH didalam surah Al Isro':1.

Sejak dibebaskan oleh Saidina 'Umar pada tahun ke 2 hijrah, Masjidil Aqso telah diletak dibawah pemerintahan umat Islam sehingga Kristian la'natullah merampasnya dalam Perang Salib dengan membunuh 70,000 umat Islam semasa penaklukannya. Muncul Sultan Salahuddin Yusof Al Ayubi yang telah membuka semula Kota Baitul Maqdis dan membebaskan Masjidl Aqsa dari cengkaman pemerintihan Kristian la'natullah.

Kini walaupun umat Islam masih boleh menggunakan Masjidil Aqsa, namun ianya diletak dibawah penguasaan Yahudi la'natullah. Berita terbaru kita terima semalam bahawa Masjidil Aqsa boleh runtuh bila-bila masa. Menurut Ketua Hakim Filistin, Sheikh Tayseer Tamimi, kegiatan pengorekan oleh rejim Yahudi Zionis la'natullah di kawasan kompleks Baitul Maqdis telah menyebabkan rekahan serius ke atas Masjidil Aqsa. Rejim Yahudi la'natullah ini juga dipercayai mahu membina semula kuil Yahudi diatas runtuhan Masjidil Aqsa sebagai menyahut kepercayaan mereka bahawa penyelamat akhir zaman yang akan datang menyelamatkan mereka akan memerintah daripada kuil tersebut yang dikenali sebagai Haikal Sulaiman.

Amatlah malang bagi umat Islam jika Masjidil Aqsa benar-benar runtuh. Kita memerlukan Salahudin Al Ayubi. Saya seru semua umat Islam, bangkitlah kita menjadi Salahuddin, dan bebaskanlah Al Aqsa daripada cengkaman kafir la'natullah ini. Moga ALLAH berikan kita kekuatan dan semangat jihad untuk menebus maruah Islam dan membuka semula Kota Baitul Maqdis dan membebaskan Masjidil Aqsa.

Wassalam.

Zulkilfi Bin Noordin
Rabu
04 Safar 1431
20 Januari 2010

########################################################
(Petikan daripada Berita Harian bertarikh 04 Safar 1431/20 Januari 2010)

Pemimpin Palestin beri amaran kesan buruk Israel gali bawah tanah BAITULMAQDIS: Masjid Al-Aqsa boleh roboh kerana mengalami banyak rekahan dan retakan berpunca daripada kegiatan Pihak Berkuasa Antikuiti Israel menggali kawasan bawah tanahnya atas alasan mencari bukti peninggalan warisan Yahudi, menurut laporan, semalam. Amaran itu dinyatakan oleh ketua hakim Pihak Berkuasa Palestin (PA), Sheikh Tayseer Tamimi, kepada Pusat Media Antarabangsa Asia Barat (IMEMC). Seorang aktivis Palestin, Raed Salah turut bimbang Israel merancang membina kuil Yahudi di kawasan al-Aqsa. Tayseer pula memberi amaran, beberapa rumah di sekitar tanah suci ketiga Islam itu turut berisiko roboh kerana kakitangan Pihak Berkuasa Antikuiti Israel yang bekerja pada malam hari membawa keluar berpuluh-puluh beg berisi batu dari kawasan selatan Masjidil Aqsa. "Saya risau dengan pelan Israel membina kuil di kawasan Masjid Kubah Batu tahun ini yang saya percaya akan membawa kepada pembinaan kuil lebih besar daripada al-Aqsa," kata Raed.
"Kerajaan Israel mesti bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau runtuhan yang berlaku di Masjid al-Aqsa dan kawasan sekitarnya yang turut membabitkan kawasan penganut Kristian," kata Tayseer yang dipetik agensi berita Maan. Beliau juga merujuk peningkatan kehadiran pelampau Yahudi selain pencerobohan tentera dekat al-Aqsa, terbaru kemasukan 50 pelajar pelbagai jabatan arkeologi universiti Israel melakukan penyelidikan termasuk pendatang Yahudi manakala wanitanya beribadat dekat masjid berkenaan, kata Tayseer. Oleh sebab itu, Tayseer mendesak orang Arab dan Muslim di seluruh dunia memberi bantuan menyekat kegiatan menggali oleh Israel dekat tanah suci Islam berkenaan. Beliau memberi pandangan itu selepas satu kawasan penduduk Silwan runtuh di timur Baitulmaqdis, Isnin lalu, dan meninggalkan lubang sebesar 12 meter di tengah jalan Wadi Hilwah. Jawad Siyam, ketua Pusat Penerangan Wad Hilwa, memberitahu Maan bahawa runtuhan itu sedalam 10 meter dan terletak beberapa meter saja daripada satu lagi runtuhan, minggu lalu, atas sebab yang sama.
Dalam kejadian itu, sebuah trak kecil terperosok ke dalam lubang selepas runtuhan berlaku. Seorang kanak-kanak turut cedera apabila terjatuh ke dalam lubang itu. Pusat Baitulmaqdis bagi Hak Sosial dan Ekonomi, (JCSER) melaporkan runtuhan berkenaan pada Isnin lalu, mengulangi kejadian sama tahun lalu. Tanah runtuh itu membabitkan sebuah sekolah perempuan dan 17 pelajar cedera. (JCSER) menekankan, kegiatan Israel menggali menjadi sebab utama bangunan rosak termasuk di Masjid Al Ein.

5 comments:

kulatlapok said...

SLAM YB: DARI SEJAKA SAYA LAHIR KE DUNIA INI, ISU PALESTIN KHUSUSNYA MASJIDIL AQSA, TIADA PENGHUJUNG. KITA TERLALU SENSETIF DAN SANGGUP BERDEMONTRASI BILA ISLAM DIHINA, BILA NABI KITA DIHINA, BILA NAMA ALLAH DIHINA, TAPI UNTUK MEMBELA SDR KITA ISLAM KITA YG TERTINDAS, TIADA SATU NEGARAPUN YG BRANI WAHEMAH NEGARA ARAB SENDIRI TIADA SATUPUN BERGANDING TANGAN UNTUK MENGHAPUSKAN ATAU SEKURANG2NYA MENGAJAR BAGNSA YAHUDI ITU KEPADA SUAUTU PENGAJARAN. APA YG BOLEH KITA BUAT?? HANYA SEMATA2 MENULIS DAN BERCAKAP SESAMA KITA LANGSUNG TANPA MEMBERI KESAN KEPADA YAHUDI.
APA SENENATNYA YG KITA MAMPU LAKUKAN???

saiFTyco said...

Allahu Akbar! Ya Allah bantu lah kami.. bantu lah kami dlm menyelamatkan kan Masjid Aqsa ini.. Ameen Ya Rabb

abuuwais said...

Salam
Masyarakat Islam kat mesia pun x leh nk bersatu lg YB,mcm mana nk bersatu untuk bebaskan Baitul MaQdis???
Isu kalimah ALLAH pun x sepakat mcm mana nk bincang ISU yg lebih besaq???
Inilah yg memeningkan kepala bila difikirkan but bila ingat semuanya itu telah berada di dalam ILMU ALLAH SWT jua...tenang sikit rasa hati kecil ku ini.
So apa jua yg berlaku hidup perlu diteruskan...Lawan tetap lawan kan YB???
TAKBIRRR!!!

ariff55 said...

berpecah kepada 73 golongan

Perancangan Yahudi Nasoro
pecah dan perintah Muslim

Muslim Moderat
Muslim Liberal
Muslim Konservatif
Muslim Fundamentalis
dan lagi dan lagi

bersatu BOIKOT Coca Cola, TESCO, Starbuck, dan lagi dan lagi
pun tak kesampaian

Retorik Jihaaaad pun

Mari jihad solat lima waktu bersatu
Mari baca quran
Mari bagun malam
Mari bersadaqah
Mari bersama dalam majlis zikir orang alim lagi sufi

Jihad pertahan aqidah ASWJ satu golongan yang Rasul Allah kebenaran yang hakiki

Al Aqsa akan dibebaskan oleh tentera Al Mahdi

Kita perlu persiapkan diri menjadi pembantunya atau menyediakan pembantunya

berlindung selalu dr fitnah DAJJAL

salam

sehar said...

kebanyakan isu yang yb utarakan adalah dalam waktu dimana DSAI berada dalam kerajaan..agknya ape yg DSAI buat masa tu?