Zaid Ibrahim, Ahli MPT PKR dan juga anggota Biro Politik PKR telah mengkritik dan menghentam juga kepimpinan PKR kerana enggan akur kepada kehendak beliau supaya saya disepak keluar daripada PKR, dan sementara menunggu prosiding Jawatankuasa Disiplin bersidang, beliau menuntut saya digantung keahlian.
Saya sebenarnya tidak berminat untuk menjawab kenyataan Zaid Ibrahim ini, kerana pada saya beliau hanyalah seorang opportunist - seorang politikus picisan yang sudah tidak laku. Tetapi kerana menghormati hak membela diri dan hak asasi kemanusiaan; maka saya memilih untuk menjawab beliau. Dan saya yakin saya tidak melakukan apa-apa kesalahan apabila menjawab beliau; kerana kalau mempertahankan dan membela maruah dan integriti saya pun salah, saya tidak tahu apa lagi yang tinggal dalam perjuangan ini!
Beliau mendakwa suara minoriti mengatasi majoriti dalam PKR. Malah beliau menghina pimpinan PKR dengan mendakwa saya diberi "layanan istimewa", malahan "untouchables", yang kononnya saya ini macam "jaguh UMNo", bukannya seorang pejuang Islam!!
Pada saya Zaid Ibrahim ini politikus yang sangat emosional dan keliru dengan kedudukan beliau. Pertama, adakah Zaid tidak faham "natural justice" - hak membela diri yang menjadi antara asas perjuangan PKR. Apakah beliau mahu saya dihukum sebelum diberi peluang membela diri. Dan beliau nak bercakap tentang reform?!
Ternyata Zaid Ibrahim tidak mengerti konsep pertanggungjawaban bersama, atau 'collective responsibility'. Beliau adalah anggota kepimpinan parti dan ahli Biro Politik; iaitu Biro Politik yang bersidang Selasa 26 Februari lepas yang telah berbincang panjang isu saya memfailkan lapuran polis terhadap Khalid Samad. Saya difahamkan kesemua ahli biro yang hadir telah diberikan peluang menyatakan pandangan masing-masing. Setelah semua itu dibuat, saya difahamkan Biro Politik membuat keputusan iaitu:
1. merujuk saya ke Jawatankuasa Disiplin yang akan dibentuk dalam tempoh sebulan bagi menyiasat isu lapuran polis saya terhadap Khalid Samad; dan
2. sementara itu, saya dilarang membuat sebarang kenyataan berkaitan isu lapuran polis tersebut sehingga prosiding selesai.
(Sebenarnya hingga ke saat ini saya masih belum menerima apa-apa butiran keputusan Biro Politik samada secara rasmi ataupun tidak. Apa yang saya tahu hanyalah daripada suratkhabar. Jadi saya sendiri pun tidak pasti apa sebenarnya keputusan Biro Politik tersebut).
Bagaimanapun, sebagai seorang ahli Biro Politik tersebut, yang kebetulan juga seorang peguam, Zaid sepatutnya faham setelah keputusan dibuat Biro, beliau perlu akur dan patuh kepada keputusan tersebut. Jikalau beliau berasa ketidaksetujuan yang teramat sangat terhadap keputusan itu, beliau sepatutnya meletak jawatan sebagai anggota Biro Politik dan barulah membuat apa-apa komen atau pendirian.
Malahan saya berpendapat tindakan Zaid menghentam keputusan Biro Politik yang beliau sendiri ahlinya itu adalah satu "contempt " dan penghinaan terhadap Biro politik tersebut. Sepatutnya beliau dikenakan tindakan disiplin kerana menghina keputusan biro tersebut.
Saya ingin menegaskan walaupun saya mempunyai hubungan baik dengan DSAI, tetapi saya tidak pernah mendapat "protection" atau perlindungan ataupun kedudukan istimewa daripada DSAI. Ini jelas apabila DSAI sendiri membuat kenyataan yang keras terhadap saya dengan melabel saya pelampau, melangkaui batasan parti dan beliau sangat terkilan dengan tindakan saya membuat lapuran polis terhadap Khalid Samad. Apakah itu bukan bukti yang cukup saya tidak mendapat layanan istimewa, apatah lagi dilindungi. Lihat kenyataan YB Azmin dan YB Saifuddin Nasution, kedua-duanya sahabat saya, mereka Naib Presiden dan Setiausaha Agong PKR, tetapi mereka bersikap professional dan mengenepikan hubungan akrab dengan saya dan menegur saya dengan teguran keras dalam isu ini. Dan saya bersikap professional dan berlapang dada menerima kritikan dan teguran mereka. Tidak pulak saya melompat dan terkinja-kinja marahkan mereka!!
Apa yang diputuskan oleh Biro Politik adalah berdasarkan peruntukkan undang-undang dan peraturan undang-undang tubuh PKR, dan berdasarkan hukum keadilan semulajadi. Dan peluang membela diri yang diberikan oleh Biro Politik tersebut saya anggap satu peluang terbaik untuk memberi penjelasan terhadap pendirian saya dalam membuat lapuran polis terhadap Khalid Samad. Dan saya cukup yakin setelah mendengar penjelasan dan bukti yang akan saya kemukakan, Biro Politik dan kepimpinan PKR akan memahami mengapa saya bersikap sedemikian.
Zaid turut mengambil peluang mendakwa saya bukanlah seorang pejuang Islam. Saya tidak pernah mendakwa saya seorang pejuang Islam, walaupun saya cuba sedaya-upaya memperjuangkan isu-isu Islam.
Saya juga didakwa oleh Zaid bertindak saperti 'jaguh UMNo'. Sekurang-kurangnya ada juga pengiktirafan saya ni jaguh. Sedangkan pada saya Zaid Ibrahim hanyalah 'sampah UMNo' yang sudah tidak dterima. Cubaan beliau untuk mendapat kedudukan dalam UMNo bahagian pun ditolak. Pada saya, beliau hanyalah 'barang buangan UMNo' sahaja.
Saya dikatakan tidak sesuai dengan perjuangan reformasi yang hendak dibawa oleh PKR. Saya mahu bertanya kepada Zaid, apa perjuangan beliau?
Setahu saya, beliau adalah antara orang yang paling kuat menyokong UMNo semasa krisis kehakiman 1988 sehingga menyebabkan YAA Tun Salleh Abas dipecat. Beliaulah yang memecah-belahkan Majlis Peguam Malaysia dengan menubuhkan Persatuan Peguam Muslim menyebabkan Majlis Peguam menjadi lemah berdepan dengan krisis tersebut. Dan yang pelik inilah orangnya yang dikompangkan oleh Majlis Peguam sebagai taiko mereka sekarang!!
Beliau jugalah orang yang memfailkan saman terhadap Kerajaan PAS untuk menghalang dan membatalkan perlaksanaan Enakmen Hudud, Qisas & Ta'zir. Saya ingat lagi betapa riuhnya "pejuang-pejuang" PAS memaki hamun beliau. Tapi hari ini boleh pulak duduk sebangku pulak!
Saya nak tanya apa yang beliau buat semasa DSAI dipecat, di'aibkan, dimalukan dan dipenjarakan. Beliau kekal dalam UMNo, malahan beliau masih berebut untuk mendapatkan kedudukan dan jawatan didalam UMNo; hingga bertanding untuk berebut jawatan Ketua Bahagian UMNo.
Beliau adalah anggota kabinet yang paracutkan oleh Pak Lah, dan setelah beliau menyedari beliau tidak diterima, malahan dikritik oleh rakan kabinet, beliau meletakkan jawatan. Itu pun setelah diasak bertalu-talu oleh Ahli Parlimen Pakatan Rakyat untuk beliau mendedahkan berapa jumlah wang yang beliau bayar kepada para Hakim yang dipecat. Rekod Hansard Parlimen membuktikan beliau enggan mendedahkan jumlah tersebut, walaupun wang yang diguna untuk membayar para Hakim tersebut adalah wang rakyat; dan sekarang dia bercakap tentang ketelusan dan transparensi!
Sebaliknya saya dari 02 September 1998 sudah bersama DSAI. Dihari rakan dan taulan DSAI cabut lintang pukang meninggalkan DSAI setelah dipecat, saya antara orang yang kedepan mempertahankan DSAI, sehingga ditahan ISA, sehingga lokap polis menjadi rumah kedua saya. Sayalah antara peguam, yang setia bersama menemani DSAI dalam penjara bersembang dan bercerita untuk menghilangkan kesunyian dibalik tirai besi. Sehingga firma guaman saya hampir bungkus, sedangkan firma Zaid sibuk mendapat menafaat menjadi peguam untuk syarikat-syarikat milik UMNo saperti UEM dan lain-lain. Dan saya membela dan mempertahankan DSAI bersama 8 peguam hebat lain tanpa mendapat imbuhan walau satu sen pun, kerana kami melakukannya atas prinsip perjuangan!
Apa pun, nasihat saya kepada Zaid, 'walk your talk and don't double talk'! Kalau beliau tidak mengerti apa itu natural justice, kalau tidak faham apa itu semangat pertanggungjawaban bersama, kalau beliau tidak menginsafi erti perjuangan, eloklah duduk didalam bilik aircon pejabat guaman beliau yang tersergam indah. Beliau bercakap tentang ke'adilan; saya nak tanya apa jenis ke'adilan bilamana saya diarah tutup mulut, tetapi mereka boleh terus mengganyang dan menghentam saya. Sebagaimana yang dibuat oleh Mahathir terhadap DSAI; setelah ditutup mulut DSAI, digari, dipukul, dimalukan, di'aibkan, dipenjarakan..Mahathir terus mengganyang dan melanyak DSAI tanpa belas ihsan. Dan dimana Zaid Ibrahim masa itu?!!
Adios amigos..grasias.
Zulkifli Bin Noordin
Khamis
13 Safar 1431
13 Safar 1431
28 Januari 2010
*Gambar-gambar yang disiarkan hanyalah hiasan semata-mata dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa samada yang hidup apatah lagi yang dah padam, samada yang dok atas pokok atau pun menyorok celah pokok-mesejnya hanya satu ialah: baik aku tidoq lagi baguih!!
44 comments:
Zul, kalau kamu nak sangat masuk Umno pun pergilah, kami tak kisah pun....
YB Zul,
Saya sokong apa yang YB tulis ! Zaid Ibrahim adalah surat khabar lama yang sudah tidak laku lagi.
salam yb..
politik adalah suatu perkara yg anjal dan boleh berubah-ubah..dr dahulu sehingga kini politik tidak setabil mengikut keadaan dan kesesuai sesuatu negara...
seorg ahli politik mestilah tetap pendiriannya..ahli politik dan politik adalah tidak sama...oleh itu biarlah politik itu anjar tetapi ahli politik biarlah tetap pendirian dan landasan perjuangan..
biarkan suara sumbang yang akan tengelam itu tengelam bersama suaranya..yang pasti kalimah allah mesti di tegakkan..
yb zul, jangan layan raja katak tu...
agree with u. zaid baru ja masuk pkr dah nak buat kecoh.. macam dia tu dah berjuang dari 1998! masuk umah orang bila dah kena halau dari umah sendiri. pastu nak mai sound2 plak! i'm with u yb!
apa pon ayat last tu yang paling mahai. tidoq lagi baguih! haha.. sempat lagi buat lawak.
hidup zul
reformasi !
reformasi !
reformasi !
zaid sudah kena penampar jepun
yb...demo xreti berpolitik, xreti berjemaah...itu yg org nyampah ngan yb...soalannya, masa perjumpaan di rumah DSAI tmpoh ari, knapa yb pilih diam membisu, menikus...utarakan ketidakpuasan yb..ini tidak, yb khalid bukan main lg ngan fakta & hujah nya...yb apa pon tarak....alih2 pegi saman yb khalid....dah baca statement ulama qardawi yg kita syg semua tu....patut nya yb cari penyelesaian cara elok...ambo xcaya yb sanggup masuk umno!!apa yb nak bersama parti yg menyuburkan murtad?...kesimpulan yg ambo leh kata sini yb ni jenis manusia yg terasa gah, rasa hebat sgt...hihihi dah lah yb, harap jgn lah lompat umno...jadi je lah bebas cam brahim ali katak tu
tahniah syeikh.hidup mesti berprinsip.dan prinsip menegakkan syiar islam tu adalah yang terhebat.
Yb zul.saya tak minat nak kutuk kamu atau halau kamu atau hina mana-mana pemimpin.kita start dari dsai di pecat ok. jadi jangan hancurkan perjuangan kita. betul salah mesti tegur.itu saya setuju. even yg salah tu anwar ibrahim lantak hentam. i will be with you.but tetapi janganlah ke akhbar .mereka hanya akan buat orang pakatan gabra ok zul.kita tak memerlukasn nasional press.
Setau aku la, YB Zul nak bercakap masa muzakarah hari tu. Dia angkat tangan tapi tak dibagi peluang. Tu yg orang yg pergi cerita la.
Btw, aku sokong stand YB dlm soal ni. Bagi aku politik ni alat je. Kalau politik dah tak boleh pakai untuk pelihara agama, maka politik boleh pergi jahanam.
Tapi bab report polis ni, sori la YB, aku tak berapa setuju la. Walaupun aku menyampah dengan YB Khalid as much as u do, tapi bagi aku bila sampai bab report mereport polis ni, rakyat nampak tak manis. Kalau UMNo yg report polis tu, lain cerita la..
Okeh?
Ambe sokong kenyataan YB Zul. Orang kat luar sana masih belum terima cara YB ni. Mereka tuduh YB nak rosakkan pakatan. Mereka tuduh YB nak lompat masuk UMNO. Mereka kata YB nak tikam kawan sendiri. Maafkanlah mereka yang tak faham tu YB. Tolonglah jangan keluar dari PKR. Klu YB tak de, ambe risau PKR akan hancur. Jgn bagi orang macam Zaid ni mengUMNOkan PKR. Teruslah berjuang untuk kepentingan Islam dan Melayu.
Reformasi!
Ingat tuan - tuan, kalau ZN dipecat dari PKR, habis lah PKR sebab dia adalah benteng suara Islam terakhir dalam parti ini.
Yg tinggal adalah ,melayu - melayu yg dah menggadaikan prinsip dan maruah serta sanggup membiarkan Islam dipijak - pijak oleh kafir - kafir lahnat. Tengok lah nanti..
Ingat PKR dan PAS bukan macam zaman pra PRU 2008 lagi..
Salam Ukhwah YB Zul
Saya dari dulu tetap menyokong perjuanganYB selagi YB istiqammah dalam menegakkan syiar Islam. Biar Zaid dengan labu-labunya. Dia dah tenggelam lama...tiba-tiba muncul kembali. Nak komen YB konon diri dia tu sendiri perlu dibetulkan. Ini semua makhluk politik yang tak ada cermin di rumah. Saya ingat Zaid ni dah tenggelam dan lemas terus.
Teruskan perjuangan. Saya dan rakan-rakan perjuangan tetap berdiri mempertahankan YB.
Oiii Mangkok...Pejuang Islam hapa kalau dah kena pecat dari PAs...Hang Ngaji Mana sifat 20 pun tak ngaji. dok kelentong orang lain boleh la....Orang Bandar Tun razak hang jangan Kelentong, Orang wilayah kenai hang, hang ngaku Timbalan Pesuruhjaya padahai orang lantik hang pun ....hang ni memang jenih suka cari populariti. Khalid Samad tu orang lama dalam PAS. Hang sapa ulamak-ulamak PAS dah terajang hang yang munafiq. ELOK masuk UMNO la.
salam YB...
Kami dah mula mengenali firaun-firaun kecil yang YB maksudkan.Cuma rasa tak berapa kenal lagi firaun-firaun besar...Kami ternanti-nanti tulisan YB mengenai kes liwat yang sering tertangguh...Adakah YB berani buktikan perjuangan dan keadilan yang sebenarnya untuk semua pihak...Kalau YB berani satu Malaysia tabik dengan YB...Sesungguhnya masa depan politik YB bukan ditangan dsai...tapi orang-orang kulim dengan izin Allah SWT.
YB,
Dalam isu ni diharap YB boleh bertolak ansur, saya pun Islam, ramai lagi dalam PR ni Islam dan tak setuju dengan isu nama Allah. Tetapi tidak perlulah kita besarkan hal ni.
YB harus sedar dan waras UMNO akan tertawakan kita kerna semua ni. Dari awal lagi isu ni dah disediakan sebagai perangkap yang paling berbahaya.
Tolonglah cari jalan yang baik, bukan cara yang tidak waras. Untuk semua, rakyat dan islam.
yb zul,
Saya yakin 100% anwar tidak akan berani memecat anda dr pkr.Ini adalah strategi anwar untuk menyeimbangkan pkr yang sudah sedia liberal dan sekular.Pkr perlu kelihatan sedikit islamik dan kemelayuan disebalik keliberalan dan kemultiracialannya.
Anda diperlukan untuk terus 'menambat' hati orang Melayu Islam yang agak konservatif di dalam pkr.Ini kerana pkr masih perlukan sokongan Melayu walaupun tindak tanduk pkr selalu dilihat tidak menyebelahi Melayu dan Islam.
Kadang2 saya terfikir adakah ini semua cuma lakonan anda dan anwar.Maaf kalau saya tersilap.
Tapi saya yakin saya tak silap membaca 'permainan' anwar ibrahim bahawa anda tidak akan di'apa2'kan.
Nah sekarang anda boleh tidur lena dan tak perlu risau apa2 lagi.Kedudukan anda selamat ;)
salam sdr Zul,
saya setuju dgn tulisan sdr. biarlah zaid ibrahim yg langsung x dak pendirian tu berkokok meroyan ....teruskan perjuangan sdr!!
Salam YB Kulim/Bndr Baharu,
Kali ini saya setuju dengan kenyataan YB yang mendakwa bahawa Zaid Ibrahim adalah 'sampah buangan UMNO'! Fakta yang jelas dan tepat!!
Tetapi siapa yang mengutipnya? Dan siapa pula yang mengutip seorang lagi bekas menteri kesihatan yang kalah bertanding jawatan presiden,lalu lari lompat parti?
Maka jelas, parti YB adalah tempat longgokan 'sampah UMNO dan parti kompenan BN lain'!
Dek kerana itulah, pengurusan parti YB huru hara sebab banyak sampah disitu!
Nampaknya 'sampah' yang dianggap senjata ampuh boss YB telah makan diri!
Persepsi orang ramai mengenai parti YB yang dijadikan tempat longgokan 'sampah' yang kecewa dan dibuang oleh BN sangat jelas!
PKR dipenuhi dengan 'sampah'. Lambat laun orang 'bukan sampah' pun akan terlekat bau busuk 'sampah' ini!!!
Let's shit about politik. Just go for what u stand for. Millions of islam in malaysia will stand behind u. That for sure. TAKBIR.
Many politician come and go but one will remember.
well said!
Assalamualaikum YB,
saya sokong penuh YB.. Orang seperti Zaid tidak berminat membela Islam.. mereka bukan orang perjuangan. Kalau lah YB disingkirkan
dari PKR oleh kerana Zaid, saya hanya nampak PKR ni seperti Partis sosialis yang sesat.
Teruskan perjuangan YB, moga2 Allah swt merahmati YB.
Akhi Zul yang dikasihi, yang simamat beruk tu bukan sahaja firaun kecil tapi kepala penyamun. Pengampu dan pengkhianat agama.
Kalau nak ikutkan hukum, waktu kepala penyamun itu menolak hudud dan menentang hudud dulupun dah terbatal syahadahnya dan boleh dah bersama DAP.
Dan sekarang kepala penyamun itulah sekarang yang dipeluk sama pimpinan2 PAS yang tak ada prinsip. Dulu saya mati mati marahkan UMNO parti sekular tu apabila mengatakan PAS menggunakan Quran demi kepentingan politik dan sekarang hampir jelas perkara itu betul kerana dalam isu " kalimah Allah " ini mereka jadi syaitan bisu.
Bagi PAS duit royalti lagi penting dari mempertahankan kalimah Allah.Sekali lagi saya tegaskan. Tinggalkan PKR dan suku sakat mereka dalam Parti sekular tu dan jangan sekali sekali masuk PAS kerana akan dikunci mulut kita dengan dengan fatwa2 mereka.
Akhi Zul libatkan diri dengan Jamaah dakwah dan bertanding dalam parti bebas dan pertahankan islam dengan sungguh sungguh.
Insyaalah
Lawan terus lawan untuk Islam bukan untuk DSAI.
Salam YB, respect YB mempertahankan maruah sendiri,
terus terang PKR banyak penyakit bervirus yang dibawa dari UMNO dan BN! yang susah nak dibuang jauh2!
Nampak sangat PKR sayangi kamu wahai YB!
maka cepatlah mohon maaf, mesti segera dimaafkan.
Kemaafan dendam yang terindah!
Hidup YB Zul!
Salam,
aku pe;ik pasai hang tak buat report polis kat nazri dan nik aziz sekali pasai nama Allah tu??pasai hang nak attack khalid yang kat selagor tu??ada perjanjian lain kot hang ngan BN pasai nak rampas selangor???
Salam to All
Syabas Yb Zul diatas keberanian hentam firaun tu
baru je masuk pkr berapa hari dah nak tunjuk terrer , dia ni besar kepala serta sombong
Dia tak tahu ke yang Yb Zul banyak berjasa untuk anwar serta pkr
walaupun terus terang saya kurang suka dengan parti pkr ni , taapi demi untuk menstabilkan pkr , saya rasa elok bebenor la Yb kekal dalam pkr ni , bukan apa kalau Yb Zul dah keluar dari pkr , alamatnya tiadalah lagi pejuang yang memperjuang hak2 melayu serta mempertahankan Islam
saya tengok dalam pkr , pemimpin lain hanya tahu mengutuk umno je kerjanya , lain tak ada . memang kita thu le umno tu ada yang main rasuah serta zalim , tapi ada juga berjasa untuk rakyat
kalau Yb Zul kena pecat dari pkr ni , bererti mereka tak ubah sperti melepas anjing tersepit dan juga kacang lupakan kulit
dulu masa anwar susah , siapa yang tolong , si firaun masa tu dok syok2 dengan umno
sekarang dah kena buang baru dok hentam sana sini
Lagi satu satu saya heran bin ajaib , kenapa pemimpin Pas berdiam diri dengan perbuatan khalid yang menghiris hati umat Islam tu , apa yang baguih sangat khalid tu , bagi saya dia tu nampak syok sendiri je , keras kepala
Politik bila tidak berlandaskan AlQuran, akan mempunyai byk hala (jadi berhala), byk agenda dan kepentingan lain.
Kena stay fokus, selalu buka dan refer Quran.
Zul interview in the NST today reveal the truth about the hidden agenda and the sad part is that the Malay in PR is helping them to achive the said agenda.
Why is zaid complaining, isnt PR championing the unlimited freedom of speech and expression.
Just because the comment this time by a PKR member is directed to PR then it is wrong and a gag order is issued.
To me zaid and PR are a pile of shit in the hot sun i.e will attract flies and maggot, useless and inconvinient to others.
To all fellow commentor/reader, did you know that RPK revoke my right to comment on MT and recently Zaid did the same on his blog. The two champion of freedom of speech is actually only welcoming boot licking commentor on their site.
Some might cursed me here for having different opinion which is a typical PR members & supporters mentality as they exercise a weird freedom of speech i.e to only hear what they want to hear eventhough there about 27 million Malaysian population whereas about 5 million is a member of a political party.
I’m a member of the remaining 20 million non member of any political part.y whose view is not clouded by fanatical blind disarray loyalty to their leader or de facto leader
Salam...akhlak tuan-tuan...akhlak tuan-tuan...akhlak tuan-tuan...
Sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia”.
Bukanlah termasuk dari cara Rasulullah SAW, berdebat dengan bahasa yang kesat...
"Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari Akhirat, serta ia pula menyebut dan memperingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang" (Al-Ahzab: 21)
Salam YB,
Saja nak buat siaran ulangan.. Orang Malaysia tak berminat mempertahankan ISLAM berbanding POLITIK.
Mungkin satu ketika kita kena uzlah juga dari dunia politik yang begitu mengotorkan hati..
Salam tuan YB,
Zulkifli Nordin vs Zaid Ibrahim
Pandangan peribadi.. kalau Zul teruk, Zaid lagi lah teruk.
Zaid mana-mana parti pun tak buleh.
Hakikatnya... yang benar tetap benar... pertahankan.
Sebagai seorang peguam Islam, saya nak dapatkan pandangan tuan - suatu ketika perakuan bersumpah digunakan dalam beberapa hal gegar seluruh negara, dalam kes BALA, RPK dll. Persoalanya mengapa sesetengah orang Islam begitu mempercayai, memperjuangkan dan menjuarai Perakuan Bersumpah yang boleh dibuat dengan Pesuruhjaya Sumpah (serendah RM4 boleh dapat, yang mahal pun ada)tetapi dalam masa yang sama menolak mentah2 perakuan sumpah muhabbalah atas nama Allah. Benar atau salah, Allah tidak pernah lalai.
Yang benar pertahankan, yang batil ditentang. Amin.
Sila tengok komen dari pkr
ini macam ke komen pemimpin pakatan
hati pemimpin ini terlalu busuk
Anasir dari Umno dan Polis terlibat dengan Insiden kepala babi?
Banyak pihak mengkritik Naib Presiden KEADILAN Azmin Ali mendedahkan bahawa beberapa anggota Umno terlibat dalam pembakaran sebuah gereja di Desa Melawati. Beliau akan mengumumkan nama mereka pada ketika yang sesuai. Mungkinkah kerana itu pihak Menteri Dalam Negeri dan polis tidak mahu memanggil beliau untuk siasatan?
Berikutan peristiwa kepala babi hutan diletakkan dekat masjid di Taman Datuk Harun dan Seri Sentosa pula didapati banyak perbualan mengenainya di kalangan orang ramai setempat. Sehubungan perbualan-perbualan di Taman Medan beberapa kesimpulan dapat dirumuskan, antaranya:
Pertama, kawasan di sekeliling masjid di Taman Medan itu didiami oleh orang Melayu dan tidak mungkin bagi seorang bukan Melayu yang dikenali atau tidak dikenali berani memasuki kawasan untuk membuat kerja buruk ini.
Kedua, kepala babi hutan itu dimasukkan dalam plastik dan diikat dengan tali, menunjukkan kemungkinan besar ia diletak dekat masjid oleh seorang atau lebih Muslim yang tidak mahu memegangnya kerana tahu ia dilarang dalam Islam.
Ketiga, ramai penduduk Taman Medan menganggap kerja ini mungkin dilakukan oleh beberapa orang extremis, termasuk ahli Umno, kerana mereka biasa dengan cara lama Umno ini untuk mengapikan kemarahan kaum.
Keempat, KPN Musa Hassan mengandaikan bahawa kepala babi itu mungkin dibeli dari restoran, dan ekoran dari andaian ini ramai penduduk mengesyaki ada anasir polis yang boleh jadi terlibat, kerana mereka saja – tidak orang biasa – yang boleh mendapatkan empat kepala babi hutan dari restoran sekaligus.
Saya menggesa pihak-pihak berkuasa menyiasat dengan segera dan teliti segala kesimpulan orang ramai ini sebelum ia merebak sebagai yang sebenarnya.
DR SYED HUSIN ALI
Timbalan Presiden KEADILAN
"Dialah (Zaid) orang yang memecahbelahkan Majlis Peguam Negara dan merosakkan institusi kehakiman. Pas juga perlu ingat inilah orang yang failkan saman bagi menghalang Pas laksanakan hukum hudud di Terengganu.
"Ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim dihina, di mana beliau, malah tahun lalu beliau masih ingin bertanding sebagai Ketua Bahagian Umno, namun beliau adalah sampah Umno yang ditolak," katanya.
"Saya akan mengkaji perkara itu, sekiranya PKR membuat keputusan untuk tidak membenarkan saya bercakap mengenai Islam ataupun tidak mahu benarkan mempertahankan Islam," katanya.
******* DALAM PKR NAMPAK YB SHJ KOMITED MEMPERTAHANKAN KESUCIAN AGAMA ISLAM. KENAPA YANG LAIN-LAIN TU TERLALU KEMARUK MENGAUT SOKONGAN SEMATA-MATA.
KESAL LAH ! SAPE SAPE PUN PIMPINAN PKR MAU ANGKUT MASUK DALAM PARTI. DASAR KETERBUKAAN APA MACAM TU ??! YANG AKU NAMPAK PKR NI, ASAL ADA KAKI KAPOR TERUTAMA YANG MENYAMPAH GILER NGAN UMNO... TANGKAPMUAT AJE LAH. SEMUA NAK DIJADIKAN TUKANG KOKOK @ TUKANG KARUT PARTI. ANGKUT LE ANGKUT ! APA NAK JADI ?!
PADA YB, KALAU PERJUANGAN YB DLM PKR TAK DINILAIKAN... KELUAR AJE LA YB OOOII... JADI BEBAS... KAMI TETAP MENDOAKAN KEJAYAAN YB DUNIA AKHIRAT.
PADA GENG GENG PKR TU, INGAT LE...JANGAN TERIKUT-IKUT SANGAT DENGAN GELORA MUDAMU. JGN SAMPAI MARUAH ISLAM TERGADAI @ DAH PUTIH MATA BARU NAK SEDO!! MASA ITU SIAPA NAK SALAH KAN SIAPA ?!!! FIKIR FIKIRKAN...
WA CALO DULU !! BYE
YB, saya menghormati pendirian YB berkenaan isu kalimah Allah, tetapi berhujahlah dengan fakta yang bernas, jangan terburu-buru bertindak kerana tindakan kita mencerminkan kualiti akal dan keperibadian kita.
Satu perkara lagi.... apakah prinsip perjuangan yang YB dan DS Anwar perjuangkan? Adakah prinsip itu lebih kepada personal interest atau nation interest (including islam) Prinsip itu tidak jelas dan sangat kabur pada pandangan saya....
YB KULIM,
KAMI ANGGAP YB SEBAGAI"PAIN THE ASS"
DALAM PAKATAN RAKYAT!
DALAM ISU KALIMAH ALLAH UNTUK MUSLIM SAHAJA, KAMI AMAT MENYOKONG SESIAPA
SAJA TAK KIRA MANA2 PARTI POLITIK/RAKYAT MALAYSIA!
DRP ASPEK POLITIK KAMI MENDESAK YB
KELUAR DRP PAKATAN KERANA SDR ZUL
TIDAK MEMPUNYAI SEMANGAT ESPIRIT
DE CORP(SEMANGAT BROTHERHOOD)!
DLM MANA2 PAKATAN/COALTION,SEMUA KOMPONEN MESTI AKUR KEPUTUSAN MAJORITY WALAUPON TIDAK BERSETUJU !
ADALAH LEBIH BAIK SDR ZUL JOIN UMNO
ATAU JADI INDEPENDENT!
DALAM MILTARY,SEKIRANYA SKUAD
JALANKAN TUGAS LAWAN MUSUH, SEKIRANYA 1 ANGGOTA TAK SETUJU DGN KEPUTUSAN SQUAD LEADER,DIA AKAN DITINGGALKAN SEORG ATAU DIHAPUSKAN!
KAMI TIDAK MENGANGGAP YB ZUL ADALAH BAD GUY BUT JUST AN "OVERZEALOUS MUSLIM"!
drp MEGAT & RAKAN
Bila nak masuk UMNO YB?!...
Akhi Zul,
Saya rasa ada typo sikit. Ditulis tarikh Biro Politik yang bersidang Selasa 26 Februari lepas Saya rasa 26 January la.
Apapun, saya kagum dengan YB zul atas semangat YB. Cuma saya harap bila YB zul menulis, kena pandai olah sikit ayat supaya tak nampak seperti YB Zul bersikap bongkak.
Dari bacaan saya pada beberapa penulisan YB sebelum ni, saya dapat rasa ayat-ayat YB seperti mempunyai nada bongkak seolah-olah YB ni lah seorang pejuang Islam tulen. Dan bila saya lihat beberapa komen, itulah juga yang mereka dok gunakan untuk hentam YB.
Saya yakin YB bukan orang bersikap macam tu. YB sekadar nak jelaskan kedudukan YB. Cuma bila orang baca, kalau orang tu ada niat terpesong, mereka boleh exploitasikannya untuk menghentam YB. Biarlah kita bersederhana sikit bila kita mahu menceritakan sumbangan kita. Cuma sebagai ahli politik, kena pandai olah ayat supaya mesej itu sampai, tapi tidak memakan diri.
Saya sebenarnya sayangkan pemimpin seperti anda. Kita umat Islam perlukan pemimpin seperti anda. Cuma masalah di Malaysia kini ialah orang seperti anda tidak mempunyai tempat dalam politik. Dalam PKR anda umpama duri dalam daging. Dalam UMNO anda tidak sesuai, dan anda sendiri pun tau apa sebabnya. PAS? Entahlah.
Sekiranya satu hari anda keluar/dipecat dari PKR, nasihat saya, jangan sekali-sekala masuk UMNO. Biarlah anda menjadi bebas supaya pandangan anda akan tetap dihargai. Jadilah seperti Dr. Asri yang kekal bebas dalam menyampaikan hujah beliau.
Semoga Allah S.W.T. membantu anda dalam menghadapi cabaran hidup.
p.s tak perlu siarkan komen ini. More like my private message to you.
tolong jgn taksub dgn melayu dan melampaui ajaran agama islam...
sama2 berdoa supaya pakatan kukuh dan utuh....apa yg saya nampak kedua2 YB sama2 nk menonjol...nk tunjuk hero...yb zul boleh keluar PKR,keputusan anda amat dialu2kn..pakatan tak memerlukan org sebegini...berlagak hebat...yaa...aku lah serba tahu...lagaknya...
Salam,
Muslims need a leader like you, we don't want leader who abandon Islam just to be popular and want to satisfy others for political mileage.
U are different, you defend and upheld Islam above politic and thats all that matters.
Allah blessed you and we all pray for you to continue to be resilient in championing Islam.
Kawe tak rasa ada khilaf di kalange ulama kalau nak guna kalimah Allah untuk jadikan kalimah tu sbg Allah Bapa, Allah Anak, Allah Rohul Qudus. Semua ulama muktabar sepakat mengharamkanya. Yg khilaf tu kalau general. Tapi kaki bodek si anwar ibrahim ni ramai sgt, kalau anwar nak jadi syirik ke nak jadi murtad ke, biar dia aje lah, khalid samad, manuty, asri, hj hadi, zaid ibrahim tak payah la sibuk sibuk nak jadi sama.
Yg hj hadi kata kristian dan yahudi tu agama samawi, mu tahu ke tu dulu, lo ni dah jadi agama ciptaan manusia. Mu tahu ko, mubaligh kristian tu nanti bawa kenyataan akhbar mu tu gi ke budak budak mat rempit tunjuk Kat mat rempit tu kata demo semua ni masuk kristian samo mace masuk isle sebab agamo samawi juga. Mu tahu dok ni akibatnyo kenyataan akhbar mu ni?
Apa apa pun kawe respect demo, berkatalah yg benar walaupun pedih. Semoga Allah merahmati demo.
Dok tunggu apa lagi yb zul...kalau dah orang tak suka kat kita belahhhh sajaa
masuk saja Umno lagi baguih.dulu kini dan selamanya. steady dan masih unggul dan kental
nampaknya PKR ni parti mengarut..konon pejuang demokrasi tapiii cakap sikit dah kena zip
bersama yb zahrin,yb azan dan yang seangkatannya tunggu apa lagi keluaq laa dari PKR.tak sesuai untuk anda semua... parti sampah.
akan berkubur macam s46
Salam YB
Saya dengar yang sir petualang tu kena gantung , baru kamu tahu sekarang
ini la balasan dia orang yang celupar , sikit hari lagi kena buang terus , lagi la baguih , orang macam ni buat kotor nama Pas je
YB, apa saje mengenai Agama ISLAM saya sentiasa akan menyokong...Tetapi saya gemar dgn bermesyuawarah...Nampak lebih tertib dalam berkomunikasi...INSYAALLAH, segala yg tersimpul akan terlerai dgn kuasa ALLAH S.W.T...
Mengenai DS Zaid Ibrahim, pada hemah saya, beliau mungkin terlepas pandang kerana ingin menjaga perpaduan PR yg sememangnya agak longgar sekarang ni...
Walau macammana pun YB tepuk dada tanya Iman...Selamat maju jaya untuk YB...
kami tak mahu parti. kami nak pemimpin yang berperinsip. kalau YB pegi UMNO sekalipun, kami akan sokong YB. Sbb kami tahu YB akan pejuangkan keadilan (dan islam utamanya) dimana jua.
Post a Comment