24 January 2010

DANG WANGI REPOT 002868/10

Salam 2 all.

YB Khalid Samad berkata: “Undang-undang Islam yang melarang penggunaan kalimah ALLAH dan perkataan-perkataan lain berkaitan Islam sudah ketinggalan zaman”. Alasannya kerana “pada masa undang-undang itu diluluskan (pada tahun 1988), mungkin tahap kefahaman umat Islam terhadap agama (Islam) begitu lemah sehingga perlu dilindungi”.

Itulah tohmahan YB Khalid Samad terhadap undang-undang Islam negeri Selangor, dan penghinaan beliau terhadap umat Islam yang dikatakan terlalu lemah kefahaman terhadap Islam!!

Nasihat saya kepada YB Khalid, kalau beriya-iya sangat nak menyokong Kristian menyalahguna nama ALLAH sebagai ada anak Jesus pun janganlah melampau sangat; sampai menghina undang-undang Islam dan umat Islam.

Sedangkan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) Negeri Selangor 1988 yang melarang penggunaan nama ALLAH itu adalah undang-undang yang sah dibuat oleh Dewan Undangan Negeri Selangor mengikut peruntukkan Artikel 11 (4) Perlembagaan Persekutuan. Dan DYMM Sultan Selangor sudah pun bertitah mengharamkan penggunaan nama ALLAH oleh orang bukan Islam didalam negeri Selangor Darul Ehsan!!

Kenyataan YB Khalid Samad ternyata bercanggah dengan Dasar Pakatan Rakyat yang diisytihar semasa Konvensyen Khas Pakatan Rakyat pada 19.12.2009 dan ditandatangani oleh YB DSAI, YB Lim Kit Siang dan YB Tuan Hj. Hadi Awang yang menegaskan bahawa, "Pakatan Rakyat akan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam bagi agama Persekutuan dan agama lain boleh di amalkan dengan aman dan damai; dan mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi Raja berpelembagaan".

Ternyata dan terbukti kenyataan YB Khalid tersebut tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan, tidak menghormati kedudukan Islam dalam Perlembagaan, dan tidak menghormati institusi Raja yang memerintah Negeri Selangor Darul Ehsan!

Setelah beristikhorah, dan berbincang dengan beberapa sahabat dan ‘ulama dan ‘ilmuan Islam, saya membuat keputusan membuat lapuran polis. Saya tidak mahu dimasa akan datang apabila generasi masa itu melihat kembali sejarah yang berlaku pada tahun 2010, bilamana kalimah ALLAH dihina sebegitu rupa, agama Islam dan umat Islam diperlekeh sebagai lapuk dan ketinggalan zaman, kita tidak berbuat apa-apa pun!!

Moga ALLAH memberikan keampunan kepada saya dan memberikan petunjuk dan hidayahNya dan memberi saya kekuatan istiqomah untuk meneruskan perjuangan memartabat dan mendaulatkan risalah Islam ini yang semakin mencabar akhir-akhir ini.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Sabtu
08 Safar 1431
23 Januari 2010

##################################################################

LAPURAN POLIS DANG WANGI / 002868 /2010
OLEH ZULKIFLI BIN NOORDIN
AHLI PARLIMEN KULIM BANDAR BHARU

Saya merujuk kepada lapuran yang disiarkan oleh akhbar portal MalaysiaKini bertarikh 21.01.2010 yang ditulis oleh Jimadie Shah Othman bertajuk “Enakmen larang kalimah ALLAH ketinggalan zaman” (sesalinan dilampirkan). Saya percaya ini ada kaitan dengan isu penyalahgunaan kalimah ALLAH oleh segelintir kumpulan Kristian saperti yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur baru-baru ini.

Lapuran itu memetik kenyataan YB Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam yang menyatakan “enakmen agama (Islam) yang melarang penggunaan kalimah ALLAH dan perkataan-perkataan lain berkaitan Islam sudah ketinggalan zaman”. Alasannya kata beliau “pada masa undang-undang itu diluluskan, mungkin tahap kefahaman umat Islam terhadap agama (Islam) begitu lemah sehingga perlu dilindungi”.

Enakmen yang dirujuk oleh beliau ialah Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) Negeri Selangor 1988 (“Enakmen tersebut”).

Saya ingin menegaskan bahawa Enakmen tersebut telah dibuat dengan sempurna dan sahnya oleh Dewan Undangan Negeri Selangor berdasarkan kuasanya dibawah Artikel 74 (2) Perlembagaan Persekutuan dibaca dengan Artikel 11 (4) Perlembagaan Persekutuan yang menyebut “Undang-Undang Negeri...boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan ugama antara orang-orang menganut ugama Islam”.

Malahan DYMM Tuanku Sultan Selangor telah menitahkan baru-baru ini bahawa penganut ugama lain adalah diharamkan daripada menggunakan perkataan “ALLAH” dalam Negeri Selangor Darul Ehsan.

Saya percaya bahawa kenyataan YB Khalid Samad adalah berunsur hasutan dan menghina DYMM Sultan Selangor dan Dewan Undangan Negeri Selangor serta menghina umat Islam secara umumnya. Saya juga percaya bahawa kenyataan beliau itu boleh menyebabkan atau cuba menyebabkan, atau berkemungkinan menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau perasaan permusuhan, benci membenci; atau memudaratkan atau cuba memudaratkan, atau berkemungkinan memudaratkan, pemeliharaan keadaan harmoni dan perpaduan, diatas alasan-alasan agama, diantara umat Islam atau dengan penganut agama Krisitian atau lain-lain agama.

Oleh itu saya membuat lapuran ini agar suatu siasatan dibuat terhadap kenyataan YB Khalid Samad tersebut atas kesalahan samada:

1. menurut Akta Hasutan; dan/atau
2. Seksyen 298A Kanun Kesiksaan; dan/atau
3. Enakmen atau undang-undang berkaitan Islam bagi Negeri Selangor Darul Ehsan.

Sekian lapuran saya.

ZULKIFLI BIN NOORDIN
AHLI PARLIMEN KULIM BANDAR BHARU
Sabtu, 07 Safar 1431 / 23 Januari 2010

35 comments:

Anomie68 said...

Persilihan pendapat yg tidak melibatkan soal akidah pun nak report polis, dah macam umno. nak cari populariti ke.

juhasan said...

“pada masa undang-undang itu diluluskan (pada tahun 1988), mungkin tahap kefahaman umat Islam terhadap agama (Islam) begitu lemah sehingga perlu dilindungi”.

Ini adalah kenyataan yang jauh dari kenyataan dewasa ini. Pada ketika inilah tahap kefahaman terhadap Islam begitu lemah sekali. Dengan gejala sosial yang amat teruk dikalangan bukan sahaja golongan muda tetapi golongan yang berumur maka undang2 Islam mestilah diperketatkan lagi.

ngnia said...

Kami tidak setuju YB Zul buat laporan polis ini kerana seharusnya YB berbincang sekiranya ada yang tidak jelas dengan pandangan khalid samad itu. Sementelah lagi khalid samad itupun wakil rakyat pakatan rakyat, bukannya wakil rakyat dari puak2 umno/bn yang jahat dan zalim itu!

Mohd Radzian said...

Salam Zul,

Eloklah berterus-terang seperti ini.

Tidak ada perkara yang lebih mulia daripada cuba menjaga akidah saudara Islam yang lain dengan apa cara sekali pun. Dan mereka yang menuduh kita kiasu belum tentu menjadi kurang kiasu apabila kuasa berada di tangan mereka, contohnya jiran selatan tanah air.

Tahniah juga kerana Zul tidak sanggup menjadi pak lawak yang ditertawakan mereka yang berkepentingan di belakang tabir. Apa yang dinyatakan dengan terus terang dan ikhlas adalah lebih baik daripada cakap berkias-kias kerana inginkan undi yang tidak seberapa itu daripada pengundi yang mengundi dengan term and condition mereka sendiri.

Quantum Metal Consultant said...

Tahniah dan syabas kerana tidak memilih bulu.

Khalid ada sarankan supaya YB juga patut turut membuat laporan polis kepada Anwar.

Nampaknya dia cuba mengheret dan meraih simpati daripada dua isu yang berbeza.

Saya percaya Khalid sudah tidak lena tidor malam.

bwh said...

Salam YB,

Sy rasa yb jgn emotional dlm hal ni. Tak bole ke selesai mengikut cara islam. Yb dgn yg khalid kan dlm satu parti kan lebih manis klu jumpa face to face bincang secara senyap2, terus ruang utk pihak2 yg bermotif jahat memainkan isu ni tertutup.

Lupakan hal2 peribadi antara yb berdua dan letakkan perintah Allah didepan. Yb berdua kena ikhlas kerna itu yg dituntut oleh Allah, sebagaimana ibadat kita kpd Allah kena ikhlas.

Klu masalah peribadi yb berdua berterusan sampai ke mahkamah dan ada yg kena penjara atau ISA, siapa yg rugi?? Yg pasti Islam akan rugi. Baik2 yb nak perjuang dan nak memartabatkan Islam sebaliknya berlaku. Yb ingat Allah tak murka ker?? Rasanya Allah lagi murka dlm hal yb berdua drp namaNYa digunapakai oleh bukan Islam.

Sy syorkan yb halusi ilmu tasauf sebyk2 mungkin supaya hati kita suci dr sifat2 tercela yg boleh membinasakan kita. Ingat yb Allah melihat pd hati kita dlm kita makrifat pdNya.

Wabillahit-taufik walhidayah

Unknown said...

hallo Yb Zul,

Saya bukan nak sokong Yb Khalid tapi nak tanya u la.....Mana lebih besar titah Allah atau titah sultan selangor di negeri selangor?

Kalu jelas dalam al-quran Allah membolehkan adakah patut rakyat selangor patuh pada titah sultan selangor?

czackPY said...

Salam bro, Jangan sampai tindakan bro dijadikan peluru oleh musoh. Ianya patut diselesaikan oleh majlis PR.

Idealis Malaysia said...

Salam,

Saya terbaca berkaitan muzakarah berkenaan kalimah Allah anjuran Ruslia pada 19 Jan lalu di rumah Anwar... khabarnya majlis itu menjadi tempat menghentam Tuan Guru Haron Din dan pendokong usaha menentang penggunaan kalimah Allah oleh Kristian... dan saya dimaklumkan saudara Zul turut hadir... namun yg malangnya saudara tidak menyuarakan dan memberikan hujah untuk menjelaskan kenapa kita menentang penggunaan kalimah Allah ini...

Petikan berita seperti disini http://adukataruna.blogspot.com/2010/01/haron-din-tak-berani-hadir-muzakarah.html

Khabarnya pada majlis itu terang-terangan Pakatan Rakyat menyokong penggunaan kalimah Allah untuk kristian terutama melalui kenyataan dan jawapan para pemimpin termasuk dari PAS, PKR malahan Anwar Brahim sendiri... mohon saudara zul berikan jawapan dalam posting akan datang... kebenaran sebenar malan itu...

terima kasih

Muhammad Fahmi said...

anda ialah seorang yang amat bodoh. tidak adakah jalan yang lebih baik dari ini? apa yang anda buat ini akan menjejaskan keyakinan masyarakat terhadap Pakatan Rakyat.

tak boleh kah berbincang? kena perlu begitu sombong. sifat sombong itu milik Allah, bukan milik manusia seperti kamu!

Sharrul Rizal Hashim said...

Harap YB dapat baca artikel oleh saudara Hishamudin Rais berkaitan diri YB.
http://tukartiub.blogspot.com/2010/01/satu-malaysia-telah-jelak-dengan-zul.html

Syawal Ipoh said...

Waduh waduh....

Kesian kesian kesian....
pelik bebenor YB skrang ni...

dausz said...

saya menyokong YB zul..... dalam konvensyen Pakatan Rakyat tempohari... Persetujuan telah dicapai utk mempertahankan perlembagaan... YB Khalid Samad sudah melanggarnya... seharusnya dia bermuhasabah balik..

Anonymous said...

Salam.semoga yb dalam lindungan dan rahmat ALLAH selalu.saya agak tidak bersetuju dengan tindakan YB yang membuat laporan polis atas tindakan YB Khalid Samad dan ingin membawa isu ini ke mahkamah.Jangan terlalu mengikut emosi dan perasaan.Fikir sedalam-dalamnya sebelum membuat tindakan.Ingat,YB Khalid Samad ialah YB PAS.Tindakan YB boleh menyebabkan masyarakat bertambah pening kepala dengan situasi politik bukan sahaja yang timbul dalam UMNO tetapi daam PR itu sendiri.

Saya rasa elok YB berbincang secara face-to-face & slow-talk dengan YB Khalid.Cara mana punca berlaku pertembungan antara kalian dan putuskan kata sepakat.Saya rasa cara ini lebih elok.Bukan sahaja tidak menimbulkan kebencian dan permusuhan pada mana-mana pihak bahkan boleh mengelakkan daripada isu ini diambil sebagai senjata oleh UMNO untuk menghentam PR.

Saya tahu bahawa niat YB adalah murni iaitu untuk mengembalikan dan mengangkat Islam di tempat yang tertinggi khususnya dalam politik di Malaysia.Tetapi ingatlah berapa banyak tindakan yang salah yang dilakukan oleh manusia walaupun niat mereka murni dan ikhlas dalam melakukannya.Sekali lagi saya ingin berpesan kepada YB,fikir semasak2nya sebelum mengambil apa-apa tindakan!Selamat meneruskan dan menanggung amanah dari ALLAH sebagai wakil rakyat Malaysia.

Rozez95 said...

Apa-apa pun saya tak gemar stail baru-baru ni dalam PR yang menunjukkan pertelingkahan melalui akhbar, repot Polis dan macam-macam. Ini menununjukkan kelemahan belum jadi kerajaan pusat lagi. Patutnya saudara bincanglah dulu sesama "saudara PR" nak bergaduh ke bertekak ke bincang bersama...

Az said...

saya copy paste dr kedahlanie:
-----------------
25 January 2010
ZUL KULIM PERLU UNDUR!!!

PR AKAN RETAK...ZUL KULIM UNDUR!!!

1. Telah saya katakan, Zul Kulim mesti berundur dari Pakatan Rakyat. Manusia berlagak alim tidak perlu dalam PR memandangkan dia tidak menghormati ketuanya sendiri iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim.


2. Zul Kulim telah dua kali mengguris hati PAS. Sebelum ini isu baiah PAS dan kini isu penggunaan nama Allah. Siapa Zul Kulim ini dibandingkan dengan Sheikh Yusuf Al-Qaradawi, Tuan Guru Nik Aziz, Tuan Guru Hadi Awang dan ulama-ulama besar yang lain?


3. Memandai pula dia memberi ugutan kepada YB Khalid untuk menarik kata-katanya, sedangkan Sultan Selangor pun tidak berbuat demikian. Siapa Zul Kulim untuk memberi amaran seperti itu?


4. Belum pernah dalam sejarah Pakatan Rakyat atau BN, ada ahli Parlimen membuat laporan polis sesama rakan sejawatan. Ini kerja orang gila, siapa Zul Kulim ini yang tergamak berbuat demikian?


5. Perangai Zul Kulim lebih teruk berbanding dari perangai ahli-ahli parti lain samada dari PR mahupun dari BN. Dari BN sekalipun jika berlaku perkara yang tidak sependapat, tidak tergamak untuk mereka membuat laporan polis dan cukuplah bertengkar sedikit di Parlimen.

Nyah kau!

6. Jika Anwar masih mahu menyimpan Zul, adalah lebih baik PAS dan DAP menjalinkan ikatan sesama mereka sahaja. Ini kerana PAS dan DAP tanpa Keadilan di Perak masih juga mampu memenangi pilihanraya di Perak nanti.


7. Sikap Zul Kulim yang terus berdegil walaupun telah bertemu dengan Azmin Ali dan Penasihat Parti Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan perwatakkan sebenarnya. Saya yakin bukan sahaja PAS dan DAP, UMNO sendiri tidak akan menerima Zul Kulim jika dia ingin menyertai parti tersebut. Mungkin PBS akan pertimbangkan, itu pun rasanya mereka akan menolak orang seperti Zul Kulim ini. Musuh dalam selimut.


8. Siapa Zul Kulim menyuruh YB Khalid keluar dari PAS. Siuman atau tidak dia berbuat demikian sedang Presiden PAS sendiri tidak pernah menyuruh YB Khalid berbuat demikian? Ini bukan kerja orang waras!


9. Waras atau tidak Zul Kulim yang merupakan YB Parlimen Kedah dan juga merupakan ahli PKR tiba-tiba ingin menyibuk tentang negeri Selangor dan ahli PAS ???...Barangkali sudah hilang kewarasan.


10. Zul Kulim jika dia waras, dia sendiri akan keluar dari PKR. Ini kerana dia sudah tidak tahu menghormati ketua, prinsip sefahaman PR, tidak sealiran lagi dengan ideologi parti dan tidak boleh duduk dalam kumpulan. Sepatutnya Zul Kulim yang keluar parti dan menubuh partinya sendiri. Mari kita tengok berapa kerat yang ingin menyertai Zul.



11. Demi menjaga perpaduan Pakatan Rakyat dan juga rakyat yang menyokong PR, singkirkan Zul Kulim. Kata Zul Kulim, dia tidak kisah jika PKR berbuat demikian. Jadi biarlah Zul Kulim tubuhkan parti sendiri atau menjadi penulis blog sepenuh masa.


12. Kepada penyokong PR, kita jangan terkejut jika suatu hari nanti Zul Kulim akan bertindak seperti Ezam Mohd Nor.

Perigi Duit said...

hang nie wat leceh la...apa2 problem pun bincang la dulu..nie semua mush duk mananguk di air keruh je tau...apa laaaaa....wat malu jer la...

niffiras gunung ledang said...

Tuan...

Yang benar tetap benar diperjuangkan, yang salah tetap salah dilawan. Biar dari luar atau dalam parti sendiri. Buanglah sikap hipokrit yang memperjuangkan yang benar tapi salah dan yang salah dipertahankan benar.

Jangan takut menegakkan kebenaran.
Saya bersama tuan dalam perkara yang benar dan menyanggah tuan pada perkara yang salah.

Teruskan perjuangan yang sebenar.
Amin!

jebat said...

14 Tuntutan IFC
Nama penuhnya adalah Interfaith Council. Sebelum ini dikenali sebagai Inter Religious Council. IFC didalangi beberapa pemimpin Pakatan Rakyat antaranya adalah Sivarasa a/l Rasiah ( Naib Presiden PKR ), Tian Chua ( Ketua Penerangan PKR ), Ronnie Liu ( Setiausaha Hal Ehwal Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan DAP Pusat ), Elizabert Wong Keat Peng ( Ketua Penerangan Wanita PKR ). Berikut merupakan 14 tuntutan IFC:-

i. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa orang Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.
ii. Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk agama Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali kepada agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.

iii. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh Mahkamah Syariah tetapi dikendalikan oleh Mahkamah Sivil.

iv. Tidak perlu dicatatkan didalm kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.

v. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menagnut agama Islam sekiranya ingin berkahwin dengan ornag Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.

vi. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk agama Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak.

vii. Orang-orang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seseorang yang memeluk Islam hendaklah diberi hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.

viii. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadah orang bukan Islam sebagimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.

ix. Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.

x. Bible dalam bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.

xi. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agam itu hendaklah diajar disemua sekolah.

xii. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahas ibunda masing-masing.

xiii. Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.

xiv. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.

Fairus M.Zain said...

woi kamjad, kalau islam hg hebat sgt.....hujjah dilawan hujjah la. pakai la akai.

Al Sunnah said...

Salaam YB Zul, usia kita akhiri dengan apa yang kita usahakan di dunya sementara ini untuk ALlah SWT mengadili. amal soleh, usaha dakwah etc.. apa jua untuk mendapatkan keredhaan ALlah SWT.

Syazli Tahir said...

Sdr YB Zul Kulim,

Saya berharap Allah memberi kekeutan kepada YB untuk terus berjuang menegakkan kalimah ALLAH walaupun terpaksa menentang rakan sepakatan. YB Khalid Samad yang sepatutynya keluar dari PAS sebab tindakannya mencalar imej PAS.

Saya telah kenali YB Zul sejak dari kes Aisyah Bukhari lagi..dan saya tetap yakin saudara tetap akan berjuang untuk menegakkan agama suci ISLAm hingga ke akhir hayat.

Ya Allah, berilah kekuatan kepada YB Zul agar musuh-musuh islam -termasuk YB Khalid takut untuk menodai kesucian agama ku ini.

kepada komentar yg menyuruh YB Zul keluar dari PKR... saya rasa kalau ada 5 orang macam YB Zul ni, PKR akan bertambah kuat malahan agama Islam akan dihormati dan difahami. Saya berharap YB Zul dapat menyebarkan Islam pd YB Lim Kit Siang ..mudahan hatinya mendapat hidayah untuk memeluk ISlam.

Unknown said...

"mungkin tahap kefahaman umat Islam terhadap agama (Islam) begitu lemah sehingga perlu dilindungi”

statement yang menunjukkan betapa lemahnya kesedaran seorang ahli parlimen yang di angkat untuk mewakili rakyat. zaman sekarang inilah lebih-lebih lagi umat islam patut dilindungi!

We are with you YB. Continue on fighting. Jangan takut pada orang-orang kafir/munafik!

Anonymous said...

Melenting kalahkan mufti harunsani...

bawak2 la bermuzakarah....

ntah2 elaun lebih kot

harunn said...

Salam Yb Zul

Semoga Allah merahmati usaha murni Yb , saya yakin berjuta-juta umat Islam akan bersama-sama Yb tak kira dari parti mana , sekarang kita bercakap mengenai mempertahankan kalimah Allah , agama no 1 , politik no 2, bukan sesetengah firaun kecik yang hanya mahukan pangkat serta kuasa sahaja

Teruskan Yb , jangan diundur walau seinci , biar la sipetualang datang ke Yb bagi menyuruh Yb menarik balik laporan , jawapannya tidak sekali

Harris Nasril said...

encik zul, buat apa nak buat laporan polis.. you think police will investigate it right away? come on lar.. you are a lawyer... police will likely act if you are umno mp.. you are acting exactly like what umno warlords will do. buat laporan polis berpuluh2. just to gain publicity. saya sedih.

Unknown said...

Berani kerana benar YB Zul. Saya kagum dengan pendirian YB.

zirwatul said...

aslmkm yb zul,sy minta mf skirnya mnggnggu tuan2 semua,secara pribadi .sy x stuju laporan polis yg yb buat,perbincangn dlman lebih profesional,dlm maklum balas pembaca pula,ada yg berpandangan secara tauhid,fekah,hukum akal,theory dan sebagainya,pada pndangn pribadi sy apa yg trjadi semuanya drpd Allah swt,Allah swt telahpun menganugerahkn bermacam-mcm nikmat kpd hamba2NYA dan mengagih-agihkan bahagian masing2.maksut saya,ada yg guru,tentera,polis,ahli agama dan sebagainya,yg menjadi masalah kita ialah suka buat tugas org lain,pandangan sya biarlah ahli agama yg menjelaskn supaya kita x berlaga sesama kita,secara kebetuln sya trjumpa dlm AL QURAN Surah AS SAFFAT dpd ayat 149-159.tanyalah kepada yg sepatutnya tentang keterangan drpd Allah swt dan jgn tafsir sendiri.Kalau ditanya pd ulama tentang penggunaan nama Allah oleh kristian,sebahagian mereka akan jawab tidak salah kerana mereka juga agama samawi,Tapi kalau ditanya pd ulama ,patutkah mereka ?meletakkan Allah swt sama macam makhluk?maka disini saya sangat yakin ulama akan mengatakn tidak sama sekali dan mereka akan menentang habis-habisan.jika ada tersalah kata sila betulkn tulisan saya bagi mengelakkn kesesatan org lain .terimakasih.

tobeng said...

YB zul,

Anda ada prinsip dan tidak melebihkan parti daripada agama seperti amalan kebanyakan penyembah2 parti politik(sama ada mereka sedari atau tidak).

Syabas!Tapi anda tersilap naik 'keretapi'.Destinasi keretapi yang anda naiki bukanlah destinasi anda.Maka turunlah dimana2 stesen dan naiklah keretapi yang betul atau naiklah kereta,bas dsb.

Anda faham maksud saya.

lah said...

Salam, YB Zul, saya rasa elok juga tuan bawa teksi baru. Kecil-kecilan dulu. Arahnya tetap sama. Barulah nampak lebih ikhlas dan bebas dr fitnah. Lupakan gelaran politik buat sementara waktu. Inipun sunnah juga dalam keadaan telagah macam ni.
tk.

Kucing Parsi said...

yb,

gua ikot al-quran bukan ikot ulama

al-quran yang paling sempurna.

ada dalam quran cakap tak boleh orang kapir pakai nama allah

visit

melodymockers.blogspot.com

Syazli Tahir said...

Sdr Kucing Parsi,

gua pun nak tanya samu lu...

ada ker dalam al quran kata tuhan tu ada anak?

Lu kalau nak tulis tu pakailah akal sikit..jangan hanya ikut perasaan. Imam Syafie tu ulamak...,lu ni mazhab apa? Mazhab kucing beranak tiga kot???

Lu jangan sampai konpius satu hari nanti.. Allah akan ada dua... Allah kristian dan Allah Islam...Ti sbb YB Zul bermati-matyi mempertahankan kalimah Allah ini.

Neo said...

salam.. nak pertahankan tu boleh..cuma tak setuju buat repot polis.. macam dah tak ada saluran lain ke? berbincanglah secara profesional.. jgn jadi bahan lawak puak gerombolan nanti.. dan hentikanlah publisiti murahan.. hari ni je dah jadi muka depan utusan meloya..takkan bangga kot masuk muka depan lidah UBN tuh...? just a thought..

Conan said...

Salam. Saudara zul, tak kan sampai repot polis kot. Apa2 pun boleh bawa berbincang kan? Jgn sampai terlondeh sudahla.

Desa Saujana said...

YB...teruskan dgn pendirian yg consistent...Islam dahulu...Parti, kemudian....