08 January 2010

HORMATI RUMAH IBADAT

(Masjid Creath di West Midland yang dibakar dan diroboh oleh segelintir fundamentalis kuffar di Amerika Syarikat baru-baru ini )

Salam 2 all.

Kita dikejutkan pagi ini dengan kejadian membaling bom molotov cocktail dibeberapa gereja awal pagi semalam (lihat lapuran dibawah). Saya percaya ini adalah perbuatan pihak yang tidak bertanggungjawab yang sengaja mencari kesempatan di celah-celah kegelisahan umat Islam berkaitan isu kalimah ALLAH yang berlaku baru-baru ini.

Saya telah melawat Gereja Metro Tabernacle Church di Desa Melawati selepas Jumaat tadi dan melihat kesan kebakaran yang agak serius. Menurut kata ketua gereja Pastor Mejar (B) Peter Yeow, kejadian disedari berlaku dalam pukul 12.30 tengah malam tadi bilamana beberapa orang pemuda bermotosikal dilihat membaling molotov cocktail ke arah gereja tersebut yang terletak di celah-celah deretan kedai.

Saya telah meyakinkan pihak penganut Kristian yang ada bahawa ini bukan kerja orang Islam. Kita umat Islam berbangga dengan sejarah kita yang tidak pernah menganggu penganut agama lain, malahan menghormati hak rumah peribadatan mereka.

Kita lihat Rasulullah sendiri berpesan kepada tentera Islam yang pergi berperang supaya jangan ganggu para rahib dan pendita yang sedang beribadat dalam rumah peribadatan mereka. Kita lihat bagaimana kehebatan dan akhlak agung Saidina 'Umar ibnul Khattab yang tidak mengusik synagogue dan gereja di Baitulmaqdis walaupun setelah berjaya dikuasai oleh umat Islam. Kita melihat Sultan Salahauddin Al Ayubi yang menghormati gereja dan salib didalam kawasan Jerusalem walaupun setelah berjaya membuka semula Masjidil Aqsa.

Kita tidak mahu jadi saperti tentera Kristian yang telah membunuh 70,000 umat Islam semasa mereka menawan Masjidil Aqsa dalam perang salib, dan memusnahkan masjid-masjid. Kita tidak mahu mengikut jejak langkah Kristian Serbia yang bukan sahaja membunuh dan menyembelih puluhan ribu umat Islam Bosnia, malahan meruntuhkan masjid-masjid. Kita jangan jadikan sebagai contoh tentera Kristian Bersekutu Amerika yang menodai kesucian masjid dan musollah di Iraq. Kita lihat umat Islam di Perancis dianiaya kerana memakai purdah. Kita persaksikan menara Masjid-masjid diruntuhkan di Switzerland. Kita mendengar tuntutan supaya perkuburan Islam tidak dibenarkan di German. Dunia terkejut dengan pembunuhan umat Islam oleh rejim tentera Budha Siam yang membunuh umat yang sedang solat di Masjid Krisek, Masjid Al Furqan dan lain-lain di Pattani. Kita lihat umat Hindu membakar dan merobohkan Masjid Islam yang tertua di India. Kita melihat dan mempersaksikan bagaimana dunia barat dan kuffar yang bertindak secara zalim dan tidak bertamaddun terhadap umat Islam dan institusi-institusinya merata dunia sejak dahulu sehingga sekarang. Kita bukan umat yang dididik menjadi begitu, walaupun mereka memperlakukan kita begitu rupa!!

Sebab itu saya menyeru kepada semua umat Islam di negara ini supaya bertenang dan tidak mengambil tindakan yang boleh digunakan oleh musuh-musuh Islam untuk memburukkan keadaan. Kita masih ada ruang untuk meremedi kemungkaran yang berlaku akibat pencemaran kalimah ALLAH oleh kumpulan Kristian Herald ini. Saya berharap Mahkamah Rayuan akan segera mendengar rayuan kes ini. Saya juga menyeru pihak berkuasa Islam dan para Mufti dan ulama' serta ilmuan Islam segera mengadakan pertemuan dan berdialog dengan kumpulan Kristian ini untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik bagi semua pihak, tanpa berkompromi dalam penggunaan kalimah ALLAH oleh mereka yang tidak mengesakan dan mentauhidkan ALLAH.
Wassalam.
Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
22 Muharram 1431
08 Januari 2010
* Gambar kecil sebuah Masjid di Bosnia yang dibom dan diruntuhkan oleh Kristian Serbia.
########################################################
(Petikan daripada akhbar Harian Metro online hari ini 08.01.2010)
3 gereja di bakar, polis tingkat kawalan ketat di seluruh negara

KUALA LUMPUR: Polis memandang serius cubaan membakar tiga gereja dipercayai didalangi individu tertentu yang terlalu emosi dengan isu berhubung penggunaan kalimah Allah.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, berkata dalam kejadian pertama jam 12 tengah malam tadi, sebuah gereja di Taman Melawati terbakar selepas seorang lelaki menunggang motosikal mencampak sebuah topi keledar berisi minyak petrol menyebababkan kerusi dan buku di dalam rumah ibadat itu terbakar. Kejadian kedua berlaku di Petaling Jaya jam 4 pagi apabila seorang lelaki dilihat membaling dipercayai `molotov coctail'. Bagaimanapun cubaan itu gagal apabila botol berkenaan tidak pecah. Kejadian terbaru berlaku jam 8 pagi ini di sebuah gereja di Damansara yang menggunakan modus operandi sama, tetapi gagal. Musa dalam sidang media di Bukit Aman pagi ini berkata, polis sejak jam 6 petang semalam sudah meningkat kawalan ketat sekitar gereja di seluruh negara bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku. Beliau berkata, sebelum ini polis sudah menerima aduan daripada pihak gereja yang mendakwa menerima panggilan ugutan daripada individu tidak dikenali.
Selain itu katanya, polis juga akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang berhimpun di seluruh negara sekiranya bertinda di luar jangkaan dan mengancam keselamatan negara. “Polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas termasuk ISA,” katanya.

17 comments:

pria malaya said...

setuju dgn yb..rumah ibadat adalah suatu yg sma sekali dilarang diceroboh/diserang walaupun kita sedang berperang dgn mereka...apatah lagi dlm suasana tiada perang (aman) di malaysia, sudah pastilah ianya dibantah keras...

gambar dan video di sini
http://ruangbicarapriamalaya.blogspot.com/2010/01/gambar-gereja-diletup-dan-dibakar_08.html

alkulimi said...

Ini adalah kesan dri mulut celupar YB yang menyebabkan orang bakar gereja

Joe said...

You said muslims should not be like what non-muslims especially kristians in past have done to muslims .. ex in bosnia, india, etc. what is the purpose of you highlighting this? those who read your article will be humbled ? or Angry ? Its people like you, who stirs up peoples emotions. what has happened in the past should remain in the past. Non-muslims can also claim the same about what muslims have done in the past.see the many churches that have been converted to mosques (hagia sophia in turkey is a prime example), many temples were torn down in indian subcontinenent and converted to mosques. If you 'remember' your history, you will remember the millions of hindus killed by the monghol kings for not converting to islam. i'm sure you may remember the many ppl that was crushed under elephants foot for not converting... but then everyones says the glory days of the monghol kings and not its evil past. does mentioning this helps ? NO! Past is past. May GOD (ALLAH) forgive us all.

Shahnizat bin Sakiran said...

Tak setuju dengan alkulimi...
Jangan letakkan politik mengatasi agama....

Mv Agusta said...

Bangga dgn contoh akhlak pemimpin islam yg YB sebutkan. Hari ini sy kecewa dgn pembela kuil hindu di seksyen 23.

Berbeza pandangan politik tidak mengapa. asal jgn kita memutuskan tali persaudaraan sesama islam. Pada kami di seksyen 23, Khalid Samad adalah sampah yg perlu dinyahkan

alkulimi said...

Aku nak tanya pasaipa bila YB Zul komen masuk dalam muka depan Utusan Malaysia, sebab dia bagi peluru kat UMNO tembak pembangkang. Lebih baik dia masuk UMNO. Senang cerita. Dah la tak jaga kawasan.

zakwan said...

I bet u'r lovin this,YB Zul just as much as u love those so called "Muslims" who paraded 2 the Selangor state secretariat building wit a cow head on the month of Ramadhan of all months
Syaitan dibelenggu,konon

It's ur right as a Muslim intellect to refute n debate a fellow Muslim's explanation regarding the usage of "Allah" by non Muslims
Nobody's havin a problem wit that
But 2 call him a disgrace 2 Islam n demanding his resignation from PAS so that he'll join DAP is downright childish n immature

So what if Khalid Samad joins DAP?
He'll be in a better position perform dakwah 2 DAP leaders,clearing any of their misperceptions regarding Islam
I won't be surprised if DAP leaders someday express interest 2 convert 2 Islam thanx 2 YB Khalid's hardwork

YB Zul,u on the other hand wit ur bigotry r making non Muslims express disgust when the word Islam is uttered
Who knows,u'll be answerable in the Hereafter on whether u've done enough dakwah 2 the unbelievers or not

zakwan said...

"Saya telah meyakinkan pihak penganut Kristian yang ada bahawa ini bukan kerja orang Islam. Kita umat Islam berbangga dengan sejarah kita yang tidak pernah menganggu penganut agama lain, malahan menghormati hak rumah peribadatan mereka."

Wow,such optimism

Funny,it was Malay Muslims who demolished Masjid Bujal at Terengganu
It was Malay Muslims who started treating lavishly build mosques as tourism hotspot at the expense of the rakyat
It was a Malay Muslim who at one time,a Selangor MB who ordered a Hindu Temple 2 be demolished days prior 2 Deepavali which incurred the wrath of the Indians nationwide

It was the Malay Muslims who marched 2 the Selangor state secretariat building wit a severed cow head 2 be delivered 2 state exco member,Dr Xavier(the guy's Christian,actually)as a sign of protest 2 the temple relocation at Section 23,Shah Alam

It was a Malay Muslim police force who shoots tear gas on protesters seeking refuge in mosques

Don't get me wrong,YB Zul
I'm a Malay Muslim too
Honestly,I don't think the Christians are convinced considering we Malay Muslims hav a pretty bad track record when it comes 2 rumah ibadat matters

simply said...

YB Zul, tak payah laa hipokrit nak ampu Anwar Ibrahim, nampak sangat dia ni pun dok play safe memanjang. Tak guna punya Pak Sheikh ni. Cakap bersemboq air-liur, tapi bab nak pertahan Islam, action semua masuk longkang saja. Yang dia tau semua konspirasi UMNO. Berdebat tak habih-habih. Yang kapiaq semua dok gelak kat kita. Kesian rakyat Islam negara ni.

Kalau berani, siarkan komen ni, kalau berani lagi, sila keluar jadi MP Bebas!!

Unknown said...

Apakah yang meyatukan kita selama ini..?

Apakah yang merobek hati kita pada hari ini..?

Apakah punca yang kita dikhianati pada hari ini..?

Apakah akan ada penyelesaian pada permasalahan ini..?

Apakah jaminan untuk anak cucu kita mewarisi kebahagian yang kita ada selama ini..?

Bagi saya jawapannya adalah... letakkan Islam dihati... bukan untuk dijual beli...

anda bagaimana..??

alkulimi said...

Apa tujuan Zul masukkan gambar masjid kena bakar di US dalam posting terbarunya? Tak lain tak bukan nak bakar semangat orang Islam supaya bakar gereja. Zul hang bertanggungjawab bila ada orang bakar gereja. PAS dan Pakatan Rakyat awai2 lagi dah menjelaskan prinsip Islam dalam penggunaan nama Allah. YB Hamidah Sg Rapat siap letak lambang PAS kat dahi Khalid Samad yang dipakaikan pakaian paderi. Inikah sikap orang UMNO. Pergi jahanam dengan UMNO. Najib suruh Demo lepas tu nak ambil tindakan pulak kat orang bakar gereja. Apa ni cakap lebih dari keling. UMNO yang mencetuskan kemarahan orang Islam kat penganut kristian sebab terdesak

albukhary said...

Salam ukhwah
Kepada Y.B Zul biar apapun apa kritikan dan komen yang cuba menjatuhkan reputasi dan perjuangan sdr hadapi dengan tabah. Ingat...Istiqammah dalam perjuangan adalah perlu untuk memastikan Islam terus diletakkan di tempat paling tinggi. Selagi sdr meletakkan Islam sebagai nadi dan hala tuju perjuangan, saya akan tetap dan terus menyokong sdr. Tidak ramai yang berani bersuara dan berjuang bermati-matian kerana Islam kerana yang ada hari ini pemimpin bercakap tentang perjuangan Islam tapi lebih menjaga periuk dan mangkuk nasi masing-masing. Mereka menjual agama kerana habuan dunia yang sedikit. Hari ini dunia Islam menjadi kacau bilau, Islam dipandang enteng dan lekeh oleh orang bukan Islam di seluruh dunia terutama di negara kita yang tercinta MALAYSIA adalah di atas sikap dan perangai orang Islam sendiri. Bila ada orang yang betul-betul istiqammah berjuang atas nama Islam makaakan ada sdr seIslam yang kutuk, mencerca dan melemparkan kata-kata kesat terutama apabila sesuatu hal benda yang diperkatakan tidak menyebelahi mereka. Ulama' dengan ulama' bercakaran kadangkala hanya melibatkan bab-bab furu' atau cabang. Pemimpin-pemimpin sesama Islam kata-mengata sesama sendiri, pengikut parti sesama pengikut parti yang lain (sesama Islam) bergaduh, bersingsing lengan dan maki-memaki antara satu sama lain. Akhirnya yang untung ialah mereka yang berada di luar. Bersorak dan bertepuk tangan di atas kebodohan dan kebebalan kita. Ayuh...kita sudah tidak punya masa, bersatulah atas nama ALLAH dan junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. Jika ada unsur yang cuba memperlekehkan Islam, kita bersatu atas nama ISLAM. Untuk Y.B Zul teruskan perjuangan anda. Perjuangan Islam tidak akan mengharap ganjaran dan pujian dari sesiapapun tetapi yang penting keredaan dari ALLAH. Takbirrrr

Supar Yop said...

To Mr Zakwan,u jgn mimpilah dgn Khalid Gereja masuk DAP,he will soften their hearts , therefore diorang masuk Islam, my foot!Selama berpuloh tahun PAS berkawan dgn DAP ade diorang masuk Islam.. The fact is the closer Pas is with DAP,the better they are to manipulate Islam! Skrg Nga Kor Min dah pandai baca Quran, Lim Guan Eng dah pandai jual nama Umar Abdul Aziz, malah saya dengar dari mulut taksub penyokong PAs,LGE nak masuk Islam tapi dia tunggu bapak dia LKS mati dulu baru dia masuk! Boleh percaya ke ceriter macam ni?Apa LGE tsk ade telor ke sampai nak tunggu bapak dia mati baru nak mengucap?
Apa lagi diorang buat?Ooo ya, anjur majlis berbuka puasa bulan Ramadhan, kasi hadiah kat anak yatim, sama berdoa amin angkat tangan, ada yang sayu hati terbuka lalu masuk Islam? Tak usah cakap ahli Hard core DAP macam Karpal SIngh, ahli biasa DAP ade ke masuk Islam?Apa yg saya tengok sejak PAS sebumbung dgn DAP, dia sudah jadi PARTI ANGGUK SAJA (PAS), bila DAP perjuangkan CHin Peng sbg pejuang kemerdekaan PAS angguk, bila DAP perjuangkan nama Allah utk Kristian PAS angguk, bila PAS nak haramkan arak di kawasan melayu DAP geleng PAS angguk!Macam ni ke pejuang Islam berjuang, sentiasa tunduk pd kehendak kafir laknat mcm DAP?Saudara harus tahu isu kristian ini telah diperjuang oleh Lim Kit Siang sejak tahun 86 lagi,kenapa dia sibuk, padahal dia bukan kristian?

Perjuangan DAP sentiasa menghala pada anti melayu dan anti Islam tapi PAS angguk saja.. Paling teruk Jeff Ooi maki hamun Islam, Nik Azia bela dia!Sekarang isu Islam tidak lagi diperjuang oleh PAS.. Bukan Khalid saja masuk DAP, malah seluruh PAS ELOK DIBUBARKAN saja masuk DAP!!Kita tengok dalam setahun dua kemudian ade ke ahli DAP nak masuk Islam?

Nor Miswary b. Ramli said...

Salam YB Zul.
Saya setuju dgn alkulimi dan zakwan.

Setelah dgn emosi dan dgn terburu 'berhujah' dgn YB Khalid lagak persis seorang 'pejuang' Islam tulen dan setelah dgn 'berjaya'nya mencetuskan huru-huru hara dengan membangkitkan api kemarahan umat Islam dgn fakta2, nas2, dalil2, data-data, bukti-bukti..etc2 yg diyakini YB Zul sbgi hujjah yg membantu umat Islam memamahi isu kalimah ALLAH ini dan setelah 'berjaya' menyemarakan api kebencian segelintir umat Islam maka 3 gereja dirosakkan dan dibakar. Maka dgn berbangganya YB Zul dtg pula ke gereja yg dirosakkan dgn memberi kata-kata semangat dan peransang sbgi membuktikan betapa YB Zul adalah ahli parlimen yg toleran. Dan dgn kemudiannya membuktikan pula melalui blog ini dgn beberapa kes umat Islam yg teraniaya dan dizalimi dan dibunuh oleh mereka yg bukan beragama Islam.

Dgn berkata: "Kita bukan umat yang dididik menjadi begitu, walaupun mereka memperlakukan kita begitu rupa!!"..maka YB sekali lagi cuba mencetuskan api permusuhan dan bukan mencari titik pertemuan menyelesaikan isu ini. Dan sekali lagi, YB Zul kembali sebagai hero yg beremosi, tidak matang, terburu2 dan tidak berhikmah dalam tindakan. Ya, kita dan saya perlukan pejuang Islam yang kuat mempertahankan Islam kerana benar. Kuat perjuangannya atas nama Islam bukan parti mahupun mana2 individu. Tetapi menurut Nabi seseorang yang kuat itu bukan dgn mengalahkan orang lain dgn perang atau tangan tetapi dengan MENAHAN KESABARAN DAN BERTINDAK ATAS KEBIJAKSANAAN. Maaf YB Zul, tindakan saudara adalah sesuatu yg mengecewakan bagi seorang YB yg dianggap terpelajar.

Nor Miswary Ramli

Tabula Rasa said...

Do check alignment & balancing of your big bike YB Zul, if it has got any! It seems to wobble on a crooked track! I am a Muslim & I love peace & harmony! Allahu Akbar! Allahu A'lam!

ibnuwildan said...

Nama Allah disanjung, Hukum Allah dijunjung. Allah Tuhan sekelian alam.YB, perlu kelauar sebagai bebas dan perjuang ikut cara YB.Jgn guna platform PKR, kami jadi confius. Ni nak kata PKR pun tak, PAS pun tak, UMNO pun tak, jgn jadi 3 alam bahaya lebih teruk dari binatang 2 alam.Kalau tak mau politik join mana2 tarikat sufi@ join jemaah tabligh..Kami tak pening kepala tgk gelagat YB ckp lain,buat lain.

Unknown said...

AlKulimi...
Ko ni belajar Agama kat mana...Fikiran sempit...Bodoh sombong...Letak politik kat Atas dan Islam dibawah... Ko jangan masuk forum kat blog ni lagi lah... ILMU tak sekufu dgn forumer yg ada... Pergilah kau berforum kat blog DSAI...Maafkan aku...