13 January 2010

MAKIN KURANG AJAR!

( Sebuah Masjid yang dibom dan diruntuhkan oleh puak pengganas Serbia di Bosnia. Rayuan dan tangisan umat Islam Bosnia langsung tidak diambil peduli oleh dunia)


Salam 2 all.



Nampak gaya segelintir puak-puak Kristian ini tidak faham bahasa perdamaian. Dalam keadaan kita turut bersimpati dengan kejadian pembakaran beberapa buah gereja yang berlaku baru-baru ini, maka kita membuat keputusan untuk tidak membuat apa-apa komen berkenaan isu kalimah ALLAH bagi meredakan keadaan. Kita hulurkan bantuan, rakan taulan kita daripada NGO Islam turun padang membantu mengawal beberapa buah gereja.



Tapi kebaikan yang kita tunjuk dibalas dengan tuba. Kalau melihat tulisan-tulisan dalam dunia internet termasuk di media maya beberapa hari kebelakangan ini, kita dapati mereka bukan sahaja makin angkuh, tetapi membantai umat Islam dengan begitu teruk. Saya tidak mahu perturunkan apa yang ditulis mereka, kerana akan pasti umat Islam bertindak agresif. Tetapi saya berikan amaran kepada puak-puak ini, termasuk para liberalis dan penyembah agama human rightist ini supaya menjaga sikit adab dan menghormati kesabaran umat Islam. Janganlah mengambil kesempatan daripada sikap bertolak ansur yang ditunjukkan oleh umat Islam. Dan jangan terlalu kurang ajar sampai memaksa umat Islam mengambil tindakan tegas!



Saya tidak lupa dengan apa yang dilakukan oleh Yahudi dan Barat di Amerika. Kononnya atas alasan membalas serangan 11 Sept 2001 yang kononnya dibuat oleh "teroris Islam", maka segala pembantaian terhadap umat Islam dan agama Islam menjadi halal. Sedangkan hakikatnya dunia mula mempersoalkan kemungkinan besar mereka sendiri yang meletupkan Menara WTC tersebut sebagai prelude untuk menghalalkan tindakan mereka terhadap Islam.



Saya lihat seolah-olah trend dan modus operandi yang sama sedang berlaku di negara kita. Kononnya atas alasan ada beberapa pembakaran dilakukan atas beberapa buah gereja (yang sampai hari ini kita pun tidak tahu siapa yang sebenarnya melakukannya), namun itu dijadikan alasan dan sandaran untuk membantai dan menghentam Islam akhir-akhir ini.



Kes terbaru yang disebut semalam di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagaimana seorang lagi Kristian memfailkan permohonan mencabar hak untuk dia membawa CD daripada Indonesia yang jelas menghina nama ALLAH dari kacamata seorang Muslim yang tinggal di Malaysia. Kali ini mereka menuntut hak membawa masuk bahan-bahan Kristian tulisan Melayu daripada negara jiran kita Indonesia, negara yang hari ini umat Islam nya pun ada yang dah terkeliru (lihat berita yang dilampir dibawah).



Selepas ini apakah mereka akan menuntut sebagaimana yang dituntut di Indonesia, supaya umat Islam tidak lagi membaca atau mengaji ayat-ayat yang menceritakan tentang kesyirikan, kekufuran dan kesesatan Yahudi dan Kristian, kerana kononnya demi menjaga keharmonian kaum dan perpaduan rakyat. Ayat-ayat tersbut kononnya mengguris perasaan penganut Kristian dan Yahudi.

Daripada gelagat dan tindak-tanduk mereka hari ini, saya tidak hairan suatu hari nanti mereka akan mendesak perkara yang sama di Malaysia. Kalau perkataan ALLAH pun ada Melayu bersedia nak "jual", inikan pulak demi perpaduan dan keharmonian kaum,. Maka akan ada dikalangan kita nanti yang akan menjadi jaguh kampung menari-nari gendang yang dimainkan oleh segelintir puak-puak Kristian ini. Berhati-hatilah umat Islam, walaupun kita, dan saya sendiri bersimpati dengan insiden pembakaran beberapa gereja baru-baru ini, tapi jangan sampai kita terkeliru dengan isu sebenarnya, iaitu penyalahgunaan kalimah ALLAH yang perlu kita pertahankan. Janganlah sampai nama ALLAH pun tergadai dek kerana mainan politik kita yang tak ada penghujungnya.



Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Rabu
27 Muharram 1431
13 Januari 2010

####################################################

MALAYSIAN INSIDER
13 Januari 2010

Another ‘Allah’ court battle looms
By Shazwan Mustafa Kamal

KUALA LUMPUR, Jan 12 — The High Court here fixed March 15 for the mention of an application by a Melanau woman to challenge the Home Ministry’s decision in confiscating eight compact discs of Christian religious teachings containing the word “Allah”. The date was fixed by deputy registrar Nik Mohd Fadli Nik Azlan, setting the stage for another court battle over the word “Allah”. The country has been gripped by a raging debate over the word since the High Court ruled on December 31 that the Catholic weekly Herald’s Bahasa Malaysia edition had a constitutional right to use the word “Allah” in its Christian sense. The ruling sparked protests from Muslim groups and has been linked to a series of firebombing and arson attacks against at least eight churches in the past few days. In the latest case, the applicant has claimed that the compact discs which were confiscated was for her own personal use. The said publications were in audio visual form and had the words “Allah” printed on them. Jill Ireland Lawrence Bill, 27, was granted leave on May 4 last year to initiate the judicial review proceedings against the ministry and the government, as respondents. She wants an order of certiorari to quash the ministry’s decision to confiscate the CDs, an order of mandamus to direct the ministry to return the CDs to her and a declaration that she has the legitimate expectation to exercise her right to possess, use and import publications containing the word “Allah”. On May 11 last year, the ministry seized the CDs under Section 9 (1) of the Printing Presses And Publications Act 1984 when Ireland, a clerk, disembarked at the Low Cost Carrier Terminal (LCCT) in Sepang. The CDs containing titles including “Cara Menggunakan Kunci Kerajaan Allah, Cara Hidup Dalam Kerajaan Allah and Ibadah Yang Benar Dalam Kerajaan Allah” were brought in from Indonesia. Ireland, a Sarawakian native of the Christian faith, claimed that she used the word “Allah” in her prayers, worship and religious education. She claimed that she received a letter dated July 7 last year from the ministry outlining the reasons for the confiscation, including that it was a threat to security, that it used prohibited words and that it was a breach of Jakim guidelines.

5 comments:

Unknown said...

sudah la..... cakap banyak pulak

kau nasihatkan dulu kawan kau tu... Si Nuar Berahim....

yang dia beriya-iya kata bole guna nama ALLAH tu apa hal nya...
kalau berani sangat pergi la nasihat kat dia...

samsiahalwadi said...

Ahli politik yg terang2 bagi sokongan pd mereka. Tu sbb juak2 makin berani... x gune ckap bnyak sbb org yng x rela pggunaan nama Allah digunakn oleh kristian pulak d label sebagai pencetus keganasan . Dah terbalik jadinya....kalau bpolitik berpada2 jgn smpai agama dan negara tgadai demi mdapatkn kuasa dunia yg sementara sifatnya.... Org melayu sendiri yg memusnahkan agama dan bangsanya.. Juak2 mesti skong ahli politik yg bsekongkol dgnnya dlm mgadaikn islam...

Maryam Sofiyyah said...

Pemimpin Melayu Islam TAKUT dan PENGECUT.
Tukar pemimpin!

Anonymous said...

Salam Zul ...

Jelas Zul, bangsa kita dalam PAS dan Dalam PKR lah puncanya semua ini. Sebab gilakan kuasa Politik dan ingin meruntuhkan UMNO hingga dah tak peduli lagi tentang Islam yang makin terperosok asing dinegara kita hinggga kaum kaum kafir terutama dalam DAP yang dah naik ke mata.

Malah PAS tak habis habis mensucikan Tok guru yang tak maksum itu dan menuruti sahaja kehendak kehendak puak puak juhala' didalam PAS ini yang gilakan kuasa dan projek PASIR serta gilakan untuk menjadi ahli2 majlis dan berentap kuasa dengan PKR.
Sudahlah Melayu UMNO yang tak boleh pakai untuk membela islam itu bertambah teruk ditambah pulak sikap PAS yang telah keluar dari landasan perjuangan Islam ini dan cuba memancing simpati dengan puak puak kufur yang memang tak kan redha denagn islam ini selamanya!

Apalah nasib islam di sini. Dan saya teruskan berdoa agar ada Jamaah lain yang dapat mengambil alih peranan PAS ini agar dapat meletakakan islam ditempat yang terbaik dimalaysia ini atau pun kita didatangkan seorang yang dapat memacu jihad di malaysia ini.

Teruskan perjuangan ZuL.

Unknown said...

Part of greater psychological warfare, umat Melayu dan Islam diserang melalui beberapa front atau MO: -

1. Internet warrior/warfare dgn matlamat menyebarkan propaganda tertentu, manipulasi dan juga utk penghasutan di forum2 internet or undermining opposite views. Taktik Yahudi Israel utk melemahkan bantahan Palestin. Web brigade.

2. Fifth column. Mengikut Wikipedia...A fifth column is a group of people who clandestinely undermine a larger group, such as a nation, from within, to the aid of an external enemy. Depa ni yg dok sabotaj2 utk create satu situasi tidak tenteram dan salah sangka. Inline dgn strategi utk menonjolkan Islam sebagai ganas dan tidak rasional. False flag operation.

3. Logical fallacies using Quranic literalism. Mengikut wiki...Qur'anic literalism is the belief that the verses of the Qur'an should be taken at their apparent meaning, rather than employing any sort of interpretation. So, since dlm Quran guna nama Allah...kite pun sembah Tuhan yg sama...so I also got the right to use the word Allah. It also employs the tactic of intentional obfuscation in which other logic and rationality is intentionally ignored in favour of preconceived reasoning.