09 January 2010

PANDANGAN WADAH

Salam 2 all.

Saya menerima email kenyataan oleh Sahibul Fadhilah Dato' Dr. Siddiq Fadzil, Presiden WADAH, iaitu Wadah Pencerdasan Umat Malaysia. Beliau juga adalah Pengerusi Institut Darul Hikmah, sebuah institut pengajian tinggi di Kajang. Beliau juga seorang yang sangat aktif dalam gerakan Islam sejak zaman saya pelajar lagi.

Saya melihat kenyataan beliau berjaya mengupas isu penyalahgunaan kalimah ALLAH oleh segelintir puak Kristian di negara ini. Saya berpendapat analisa dan pandangan beliau perlu diberi perhatian oleh pencinta keamanan dan kedamaian.

Semoga ALLAH memberi keberkatan dan kekuatan serta istiqomah kepada kita umat Islam yang sayangkan agamanya. Insyallah.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Sabtu
23 Muharram 1431
09 Januari 2010

###########################

KONTROVERSI PEMAKAIAN KALIMAT ALLAH:
SUATU PERNYATAAN KEPRIHATINAN

Oleh:
Dato’ Dr. Siddiq Fadzil
Presiden
Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH).


Selama berabad-abad  negara Malaysia (dan sebelumnya Tanah Melayu) yang  terbentuk daripada gabungan Negeri-Negeri Melayu (Malay  States)  ini durujuk sebagai model negara berbilang kaum dan agama yang rukun, harmonis dan penuh tolerasi. Kejayaan mencipta kerukunan hidup antara agama adalah suatu prestasi ketamadunan dan kemanusiaan yang tidak ternilai. Faktor kunci kejayaan ini  tidak lain adalah sikap ramah  bangsa Melayu-Muslim yang menjadi golongan majoriti dan sekaligus “tuan rumah”.   Keramahan luar biasa yang memang menjadi watak bangsa inilah yang memungkinkan penganut pelbagai agama (Kristian, Hindu, Buddha dan lain-lain) di negara ini  menikmati  kebebasan dan keselesaan mengamalkan agama masing-masing tanpa gangguan. Selama ini kerukunan hidup sedemikian itu dapat dipertahankan kerana adanya sikap menghargai keramahan (Melayu-Muslim) tersebut, di samping adanya rasa hormat terhadap kedudukan istimewa agama Islam sebagai agama Persekutuan,  juga kerana adanya kesedaran terhadap realiti kesejarahan dan kebudayaan negara ini.  Memang  dalam sejarahnya  Negeri-Negeri Melayu adalah bahagian daripada warga rumpun besar Dar al-Islam.    Kesedaran tentang hakikat-hakikat inilah yang melatari keharmonian hubungan antara kaum dan agama selama ini.  Justeru, kesedaran tersebutlah yang membentuk sikap saling memahami dan menghormati batas dan sempadan daerah keagamaan masing-masing. Kaum bukan Muslim umumnya cukup memahami daerah sensitiviti masyarakat Melayu-Muslim, dan demikian pula sebaliknya. Kerana itu hal-hal yang berkaitan dengan kedudukan Melayu dan Islam biasanya tidak   diusek atau diganggu.

Ketegangan di sekitar isu pemakaian kalimat Allah ketika ini adalah akibat kegagalan menghayati tradisi menjaga sensitiviti umat Melayu-Islam.

Mereka yang berkeras mahu menggunakan kalimat Allah  dalam konteks agama Katolik bukan tidak tahu tentang keberatan umat Islam terhadap tuntutan mereka.   Sikap tersebut tidak lain adalah gejala hilangnya kepedulian terhadap perasaan  dan pendirian orang lain.   Seharusnya mereka berusaha untuk cuba memahami keberatan umat Melayu-Muslim terhadap pemakaian nama Allah dalam konteks agama selain Islam.

Bagi umat Islam Allah adalah di atas segala-gala. Demikianlah hakikatnya,  Allah selamanya merupakan ultimate concern bagi kaum Muslimin.

Syahadat pertama keislaman mereka adalah kesaksian tentang hakikat ketiadaan tuhan selain  Allah (Yang Maha Esa). Hanya Dia yang bernama Allah,  nama yang dipilih sendiri oleh Allah khusus untuk diri-Nya,  tidak siapa pun boleh memakainya selain Allah sendiri. Ia adalah al-Ism al-A`zam,  Nama Agung bagi Dhat yang wajib al-wujud.    Ia adalah nama yang merujuk  Dhat yang meliputi seluruh sifat ketuhanan.  Sebagai nama khusus-Nya,  ia berbeza daripada nama-nama-Nya yang lain seperti al-Qadir, al-`Alim, al-Rahim yang boleh dipakai oleh yang lain-lain.  Kerana  kekhususannya itu jugalah nama-nama-Nya yang lain itu dinisbahkan kepada nama Allah  lalu disebut asma’u ‘Llah  (nama-nama Allah). Al-Sabur, al-Shakur, al-Qadir misalnya disebut sebagai nama-nama Allah, tetapi tidak boleh disebut sebaliknya,   Allah adalah nama al-Shakur atau al-Sabur. Demikianlah hakikat kalimat Allah sebagai  nama khas (`alam)  yang tidak dipakai untuk selain-Nya.
                        
Allah bukan nama am yang siapa sahaja boleh memakainya,  dan bukan juga kata umum tanpa makna dan definisi tertentu sehingga siapa sahaja boleh memaknainya.   Andainya kalimat Allah dimaknai lain daripada makna dan definisi hakikinya,  jelas akan menimbulkan kekacauan semantik yang serius.  Bagi umat Melayu-Muslim sejak mula kalimat Allah sudah sedia terpadu dengan definisi yang mantap  dan muktamad,   definisi yang diungkapkan oleh Allah sendiri dalam surah al-Ikhlas,  “Katakanlah:  Dia-lah Allah,  Yang Maha Esa.    Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu.  Dia tiada beranak dan tiada pula diperanakkan.  Dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia.”.

Penurunan  surah tersebut dilatari peristiwa kedatangan sekumpulan orang Yahudi meminta  Nabi s.`a.w. memberikan pemerian tentang Tuhannya.  Kerana itu surah ini bermula dengan kata  Qul (Katakan) yang kemudian diikuti dengan ayat-ayat yang mengandungi rumusan  definisi tentang Allah.   Ternyata Allah adalah nama yang menyebatikan makna tauhidik,  nama yang menolak syirik,  dan sekaligus nama yang menafikan faham trinity (Tidak beranak dan tidak diperanakkan).  Kerana itu surah ini disebut juga dengan  nama Suratu ‘t-Tawhid.  Memang ia adalah surah yang merumuskan faham tauhid yang semurni dan semutlaknya.   Ayat-ayat dalam surah ini juga dengan jelas mengungkapkan makna bahawa Allah adalah  “...a Personality”,  bukan sekadar suatu konsep falsafi yang abstrak.

Surah al-Ikhlas adalah antara sekian banyak surah dan ayat al-Qur’an yang membawa mesej conceptual correction terhadap pemakaian nama  Allah di kalangan masyarakat pra-Islam termasuk sebahagian suku-suku Arab jahiliah dan kaum Nasrani.   Mereka memakai nama Allah dalam konteks faham syirik,  termasuk faham al-tathlith atau trinity.    Ayat-ayat korektif tersebut rata-rata membawakan makna dan nada ketidakrelaan Allah terhadap pemakaian nama-Nya dalam konteks yang menyimpang daripada prinsip kemurnian dan kemutlakan tauhid.    Demikianlah kalimat dan nama Allah yang difahami oleh umat Melayu-Muslim umumnya,  lalu bagaimana mungkin  mereka yang saban hari membaca dan menghayati surah al-Tawhid  akan dengan senang merelakan Nama Suci dan Agung  ini dipakai dalam konteks faham syirik.

Sikap berkeras mahu menggunakan juga kalimat Allah (sekalipun dengan mengguris perasaan sebahagian besar umat Melayu-Muslim) menimbulkan tanda tanya, ada apa sebenarnya?  Selama ini,  sejak ratusan tahun,  tanpa memakai nama Allah,  para penganut Katolitik telah  dapat mengamalkan agama mereka dengan leluasa.  Ajaran Katolik dapat difahami oleh para penganutnya,  malah telah dikembangkan tanpa masalah.   Lalu kenapa sekarang isu  ini dibangkitkan dan diperjuangkan dengan cara yang begitu provokatif.  Mereka bukan tidak tahu betapa sensitif dan eksplosifnya isu ini.   Mereka juga bukan tidak tahu bahawa isu ini menyentuh jantung ajaran agama Islam.

Rasanya wajar sekali  kita merenung  kata-kata Gopal Raj Kumar  yang kami petik di bawah ini:

What Catholics appear to be seeking here is an extension to that form of racism that whatever non Malays and non Muslims wish to do in the name of religion has to be tolerated in the name of a half written constitution.  Whilst at the same time arguing against everything that the Malays as a majority in a democracy do as wrong and racist.

Catholics must learn to reciprocate in kind to a people in whose country they have been treated with much reverence, dignity and respect over centuries.  Malaysia although fundamentally a Muslim state has, advocated for and advanced Catholic (and other religious causes and purposes)  without the let or hindrance of religious intolerance like that imposed on them by the Thais, Burmese, Philippines, Australians, Chinese and more recently the Swiss.

Much of the reason we are able to debate such issues and to read and write about it today it is often argued is the result of  a good Catholic education.  Wrong!  It is equally the result of Malay Muslim generosity in allowing the propagation of the faith, its schools and other institutions to thrive and its tolerance of their values.

It is a pity that in return all that the Catholic church  has to offer is an insult to the Malays and Malay Muslims in persuing such a worthless policy of provocation.

In a demonstration of its faith in its own credo of Good Christian Charity and goodwill, the Catholic Church ought to withdraw the ridiculous and provocative demand now legitimised by a flawed decision.  It should demonstrate that it ought not to be allowed the sinister use of one Arabic word Allah which is clearly a thorn in the side of its Malay majority hosts.

The church may do so without any embarrassment to itself.  On the contrary with one fell act of goodness and respect it would build a bridge of understanding likely to last forever  as a monument to its credo, rather than for the blemishes  in its record of insults, abuse, its betrayal to the colonials and the undermining of the cultural and religious sensitivities and heritage of Malaysia’s majority (Rujukan: http://takemon.wordpress.com/about/ ).

Isu ini seharusnya diselesaikan secepat dan sebijaksana mungkin.  Semakin lama dipolemikkan, akan semakin panjang rentetan persoalannya.  Sikap berkeras mahukan sesuatu yang jelas-jelas tidak dapat diberikan akan menimbulkan dugaan adanya agenda terselubung di balik tuntutan tersebut.  Ia akan ditafsirkan sebagai strategi “lulus jarum, lulus kelindan”,  selepas kalimat Allah akan banyak lagi istilah-istilah Islam yang dikatolikkan seperti kalimat syahadat, solat, zakat, haji dan lain-lain lagi.   Isu ini akan memarakkan spekulasi bahawa ia adalah bahagian daripada agenda besar mendistorsikan Islam dengan memakai istilah-istilah Islam yang dirubah erti dan isinya.  Masyarakat Islam akhirnya akan mengalami kekeliruan yang serius dan tidak lagi mengenal Islam yang murni. Lebih jauh lagi isu ini akan membangkitkan semula kenangan pedih masa lalu,  zaman awal kedatangan penjajah Barat yang membawa agenda pengkristianan rakyat pribumi  Melayu.    Arkitek penjajahan Inggeris di rantau ini, S. Raffles tidak datang hanya untuk mengaut kekayaan,  tetapi juga datang dengan misi dan cita-cita pengembangan Bible Society.   Kegiatan menyebarkan agama Kristian di kalangan pribumi Melayu itu  dilakukan atas nama “...cultivating the waste and barren soil of the native mind”.

Usaha mengkristiankan orang Melayu telah dilakukan dengan bersungguh-sungguh,  termasuk dengan menterjemahkan Bible ke dalam bahasa Melayu.  Untuk itu mereka telah mendapatkan khidmat  Abdullah Munsyi.  Bagaimanapun  orang Melayu berpegang kuat dengan Islam.  Abdullah Munsyi yang terlibat dalam penterjemahan Bible mendapat gelar ejekan “Abdullah Paderi”.

Catatan tersebut seharusnya sudah menjadi “perkara masa lalu”  yang sudah tidak relevan lagi dalam konteks semangat masa kini,  era membina kesatuan dalam kepelbagaian.  Provokasi-provokasi keagamaan sehausnya dihindari,  dan tuntutan yang menjadi keberatan umat Melayu Islam ini harus dihentikan.  Apa pun yang berlaku pada pemakaian kalimat Allah di  luar Malaysia tidak semestinya relevan  dengan masyarakat kita.   Isu ini harus dilihat secara kontekstual.  Realiti sejarah dan budaya Malaysia memang tidak memungkinkan pemakaian kalimat Allah di luar konteks keislaman.  Fiqh kita  mengambilkira  `uruf ahl al-balad (budaya warga setempat). Antara yang harus menjadi pertimbangan utama dalam isu ini ialah  mafsadah atau kesan buruknya yang perlu dihindari.

33 comments:

The One said...

Elok ko masuk Umno je.. makin menyampah plak aku tengok gelagat dan lagak ko..

Ko pecaya pada Kejadian Nabi Adam, Nabi Daud, Musa, Isa, Muhamad SAW

Bagai kaduk naik junjung...

Agak2 lah sket.. nak tunjuk pandai.. Perangai lebih kurang Hassan Ali saja lagaknya..,
Ko tu baru berpolitik.. KUASA pemerintahan Islam lebih UTAMA..

Ramai PR/PAS/KEADILAN org besyukur kalo ko masuk umno

Org mcm ko ni lah buat aku rasa LETIH bekerja keras masa pilihanraya dulu dan akan datang..

Spesis mangkuk ayun

NIZAM MAT SAARI said...

Salam,
Terima kasih kerana menyiarkan komentar Dr. Siddiq, ia membantu kefahaman saya dalam isu kontroversi ini.

Semoga Tuan terus tabah dan konsisten dalam memperjuangkan Islam; agama yang benar lagi suci sehingga merentasi batas politik yang tebal di Msia ini.

The One said...

Kamu ingatlah wahai si kaduk..

Kuasa pemerintahan Islam lebih UTAMA dlm perjuangan politik dinegara ini..

LETIH kalu ada 10 org mcm ko.. Elok ko masuk Umno je.. Sealiran dgn ko dan Hassan Ali

Kami tak susah nak buat kerja P Rakyat utk PRU13 nnt..

Makin menyampah dgn ko..

ariff55 said...

Kuasa Pemerintahan Islam - Sarawak berapa kerusi PAS akan tawan?PKR Katolik berapa kerusi?DAP yang paling banyak kerusi?atau Sarawak akan di tadbir oleh DAP? Mana ada UMNO di Sarawak...yang ada Katolik PKR ramaila...

simply said...


The One said...
Kamu ingatlah wahai si kaduk..

Kuasa pemerintahan Islam lebih UTAMA dlm perjuangan politik dinegara ini..

LETIH kalu ada 10 org mcm ko.. Elok ko masuk Umno je.. Sealiran dgn ko dan Hassan Ali

Kami tak susah nak buat kerja P Rakyat utk PRU13 nnt..

Makin menyampah dgn ko..

09 January, 2010 19:09


beruk matye ni.... nak perjuangkan Islam pun tak boleh ka? elok laa hang pi sembah Allah yang satu lagi tu, tak layak langsung jadi orang Islam!!

Supar Yop said...

Kpd The One dan yang sealiran dengannya, kalau anda masih tak faham mesej yg ingin disampaikan oleh ZN baik tak usah baca lah laman ni. Apa maknanya kuasa pemerintahan Islam lebih utama kalau belum jadi pemerintah kau dah mengalah, dah kasi pinjam nama tuhan kita pada diorang? Tak nampakkah putar belit diorang? Adakah anda ingat cukup setakat nama saja diorang mintak? Bila diorang dah menang isu ini, dia kan mintak benda lain pulak.Kalau dgn menyerah nama itu kau kata Kuasa pemerintahan Islam, baik serahkan perjuangan kau tu pada budak Taska saja. Blog ini utk orang yg menentang nama Allah diperkudakan oleh golongan kafir.Kalau kau nak sangat bagi kat diorang, korang buat lah satu blok lain utk Khalid Gereja dan orang2 macam awak yang sealiran dengan dia..

hamdan al-kandahlawi said...

salam tuan..

saya sokong org2 yg ada prinsip mcm tuan,dari orang yang mcm lalang.

mengaku nk bawak islam,tapi sekejap ke kanan sekejap ke kiri.dipengaruhi arus politiking yg tak berkesudahan,memaki hamun sesuka haati,beginikah pendakwah kita?org2 cmni la menyebabkan org kristian berani sampai ke tahap ni.

sendiri mau pk la

hamdan al-kandahlawi said...

to the one..

nak menyampah pun..jgn la sampai saudara seIslam pun nak menyampah sebab beza pendpt..Nabi redha ka buat lagu tu?

cuba cek tgk hadis.cek tgk quran.

jgn asyik pikir nk pegg kuasa jek,dan asyik pikir PRU saja.

kalo letih minim kopi radix

mai secawan~:)

harunn said...

Salam...

kepada the one , saya rasa dia agak terkebelakang sikit otak dia , bila komen sikit bab Islam dan melayu , dikatakan sokong umno , ini bab Islam , tak kan kita diam je , ini bukan hal politik lagi la , tak kira la umno ke pas atau pkr , kita kena la bersuara , itu la cara berpolitik tak matang dan hingusan macam orang shah alam tu

Saya ada baca yang parti pkr sokong keputusan mahkamah tu , so adakah Yb Zul setuju dengan berdirian tersebut , saya rasa pkr setuju sebab nak jaga hati puak2 depa ye tak

Supar Yop said...

Hello The One, kalau anda nak halau ZN masuk UMNO lebih baik halau Haron Din dan Adzmuddin Taib sekali sebab mereka ini sealiran pendapat dgn ZN.

Pendapat Haron Din lebih ada isi - itu pendapat seorang tokoh Ulamak. Boleh terkeluar aqidah kalau menduakan Allah, sedangkan Allah itu satu.Dia tidak beranak atau diperanakan. Fahamkan ayat tu?

Kalau ZN masuk UMNO, tak apalah dia ikan bilis je, market value dia mcm English League Div Satu je.Tapi kalau HD dan AT keluar PAS, jgn ! market value diorang lagi tinggi dari Premier League!.Kalau diorang berdua ni keluar, confidence level ahli PAS akan jatuh, sorang2 keluar.Nanti next PRU depa undi UMNO, tanda protes.

Kalau kita amati pendapat HD dan AT lebih mengikut pada hukum syariat, straight to the point dan tanpa lapik politik.

Tapi pendapat Nik Aziz dan Abul Hadi lebih pada politik - boleh guna nama Allah asalkan jangan dislahgunakan.

Ini pendapat politik, atau pendapat cari makan atau pendapat nak ambil hati kawan 2 jemaah lagi dalam PR, takut depa kecik hati, takut pengundi bukan Islam kecik hati, nanti tak berpeluanglah dapat undi diorang dlm PRU akan datang, tak merasalah tsunami politik lagi...Apa yg dikatakan salah guna pun tak diterang dgn jelas.

Maka 1 mata kemenangan utk DAP, sebab secara langsung sudah mengiktiraf kemenangan pihak kristian sekali gus bukan Islam, sekali gus mencerahkan peluang Anwar nak naik jadi PM sebagi PM yg baik hati, mintak apa saja semua setuju, tapi menghilangkan rasa hormat pada PAS sebagai pejuang Islam di kalangan masyarakat melayu/Islam

Unknown said...

Hello The One,
Orang macam ko ni lah yg sebenarnya meletakkan politik di atas dan Islam di bawah. Sekolah Agama setakat mana lah agaknya ko ni.? Jangan berlagak pandai tapi sebenarnya bodoh sombong. Ape hal ko nak suruh dia masuk UMNO dan kutuk Hassan Ali tak tentu pasal. Kalau kau meletakkan Islam di atas dan politik di bawah, maka bukan itu yang terkeluar dari kotak fikiran ko yg sangat sempit. Gunakanlah kebijaksanaan dgn sebaik2nya. Aku ni penyokong tegar UMNO tapi aku menghormati pandangan YB Kulim ini. Malah aku juga menuntut Ilmu dgn Timbalan Mursyidul Am PAS dan aku mencium tangannya setiap kali mengakhiri kuliyah... Tapi aku meletakkan Islam di atas dan politik di bawah....Rationale lah... Cuba rujuk di TV Pas berhubung dgn kenyataan TG Dato' Dr.Haron Din berhubung isu ini...

Madi said...

Salam YB, Saya menghormati pendirian YB, cuma apa yang saya mushkilkan apakah dasar perjuangan YB? PKR khususnya DSAI telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka menyokong nama Allah digunakan oleh orang-orang kristian. Sedangkan prinsip YB jauh dari dasar PKR. Besarlah harapan saya sekiranya YB dapat memberi penerangan supaya saya terus yakin dengan perjuangan YB.

Unknown said...

Salam

Saya terperanjat membaca komen The One. Orang macam ni pun ada ka? Astarfirullahazim...nilah kalau politik mendasari segalanya, sampai nak memperjuangkan agama pun dicaci. Mengucaplah The One...Allah jua Pemimpin Maha Agung, bukan PKR, bukan DSAI. Allahuakbar!

Brahim Nyior said...

Saya kira Anwar dh tahu pendirian YB Zul. YB Zul sendiri dh tau akibatnya menongkah arus. Pasti YB Zul dah berpatah arang berkerat rotan.

Dalam hal ini, tindakan PKR, jika memecat YB Zul akan jadi senjata makan tuan.

Rakyat khususnya Melayu-Muslim yg meluap kemarahannya pasti menolak PKR.

mohd shahran said...

Terima Kasih ZN. aNDA mesti berbangga dan dalam kegembiraan kerana anda berjaya untuk melahirkan pejuang2 yang boleh membakar rumah ibadat orang lain. Mungkin pada anda ini JIHAD AKBAR.

salam

Unknown said...

Saya mohon mencelah Sdr.Madi. Kalau Sdra sedar PKR atau lebih jelas lagi DSAI menyokong nama ALLAH boleh digunakan oleh org Kristian...maka kita seharusnya tak payah memikir panjang lagi. Kenyataan itu salah dari prinsip perjuangan Agama, Bangsa dan Tanahair. Janganlah meletakkan Agama di bawah dan Politik di atas. Ia umpama bermain api dan sangat merbahaya. Ikut hati kita mati. Saya mohon maaf YB Kulim...dalam banyak petikan video ucapan DSAI yg ada di mana-mana blog skrg jelas menunjukkan yg DSAI meletakkan Politik di atas dan Agama di bawah demi mencapai matlamat politiknya. Na'uuzubillah... Jelas sekali kenyataan beliau begitu terpesong dgn prinsip perjuangan YB Kulim. Saya juga sedar yg YB Kulim berada dlm keadaan yg sukar nak di luah mati anak di telan mati bapak. Tapi saya sangat yakin yg YB Kulim pasti akan meletakkan ISLAM mengatasi segala2nya. Saya doakan kesejahteraan YB Kulim agar diberi kekuatan utk menghadapi saat2 ini. YB adalah Ikon kpd perjuangan Islam di negara berbilang kaum ini. Kalau perlu berhijrah kepada PAS atau UMNO pun mereka pasti akan mengalu-alukannya...Percayalah...PKR tidak akan memperjuangkan ISLAM samasekali...

H said...

Pendapat ZN, HD dan AT adalah pendapat yang straight to the point, pendapat Tn Guru Nik Aziz dan Tn Guru Abd Hadi adalah pendapat yg bersifat politik yg pada sy tiada salahnya dan kita boleh bpegang kepada kedua2nya. Kita perlu ingat bhw kita telah memilih utk bergabung bersama beberapa parti yg bukan islam dalam membentuk satu pakatan utk merampas kepimpinan kerajaan sekarang demi merealisasikan impian kerajaan Islam yg kita impikan. Andai kita masih bsikap tiada toleransi dan emosi, bagaimana kita nak merebut undi kaum bkn muslim utk menyokong impian kita selama ini. Perlukah kita menanti 100 tahun lagi sedangkan kezaliman semakin hari semakin kritikal. WALAUBAGAIMANAPUN, saya tetap menyokong mereka yg amat sensitif dengan pencabulan kalimah Allah dan berusaha dengan bsungguh utk membela kalimah ini dari terus disalahgunakan demi membela KESUCIAN ISLAM itu sendiri.

* w/p ZN dari pihak PKR namun, saya secara peribadi menyokong pendapat2 beliau apabila isu2 agama Islam dipermainkan atau diperendahkan. Takkan nak harap wakil PAS sahaja utk membela agama Islam. Kita perlukan org2 sebegini dalam Pakatan. Cari lah wakil PKR yg serius utk membela agama Islam! jelasnya, rata2 bersikap liberal yg kadangkala terfikir apakah tindakan yg sepatutnya mereka perlu realisasikan/zahirkan.

Unknown said...

Sdra shaj2810,
tidakkah Sdra merasakan yg prinsip perjuangan PKR langsung tidak peka dgn keadaan semasa ini, malah DSAI secara terang-terangan menyokong penggunaan nama Allah oleh orang bukan ISLAM. Tidakkah Sdra menyelami jiwa dan kenyataan yg dibuat oleh YB Kulim, Ust.Dato' Dr.Haron Din dan Taib Azzamuddeen di Parlimen. Haron Din dgn jelas menyindir Saudara2nya supaya berhati2 memberi kenyataan. Siapa yg bangkit bagun berdemonstrasi di Masjid2 seluruh negara...mereka adalah orang2 UMNO,PAS,Perkasa,NGO dll. Mana pergi orang PKR.? Hanya YB Kulim shj yg memberikan komitmennya walaupun menerusi blog dan internet. Ada 20 orang Ahli Parlimen PKR yg beragama Islam tapi mana pergi suara 19 orang yg lain khususnya DSAI...Masa dalam UMNO DSAI dilhat memperjuangkan ISLAM, berfirman, berhadith, berkhutbah, Presiden ABIM dll tapi bila tang isu ini jer terus sokong puak2 tu demi meraih undi dan sokongan... Kamu tanyalah sendiri dgn YB Kulim...

Supar Yop said...

Saya percaya pertembungan pendapat dan pendirian antara ZN dan Anwar Ibrahim pasti akan berlaku tidak lama lagi.

AI sebenarnya tidak mahu ambil tindakan terhadap ZN kerana mengenangkan budi beliau yg menjadi peguam dia semasa merengkuk dlm penjara antara 1999 - 2004. Hingga ZN sendiri pun pernah disumbat dlm penjara guna ISA.

Tetapi desakan bertalu2 dari ahli2 PKR lain pasti akan memaksa AI mengubah pendirian beliau utk mengambil tindakan samada memberi amaran atau memecat ZN keluar dari PKR.

Jika ini berlaku, pasti akan terjadi satu gelombang tsunami pada PR umumnya.ZN tahu beliau sudah establish pasal kes murtad./kristianisasi sejak tahun 90an lagi dan pengaruh dia tidak kurang hebatnya.
Maka pemecatan beliau, akan merubah selera dan citarase pengundi Kulim dan Malaysia khasnya masyarakat melayu.

Tuan2, jika kita melihat sumpah seranah yg dituju terhadap beliau dalam Malaysiakini (juga dlm blog ini), kita akan melihat pertembungan antara Islam dan kristian, antara Islam dan kafir,serta antara Islam sejati vs Islam plural/liberal. Tuan2 boelh fikirlah sendiri nak masuk di kem mana, tetapi mustahil utk duduk di atas pagar, kita tetap kena pilih salah satu kem.

Dalam masa sama, kita berharap ZN meneruskan perjuangan menegakan yg hak tanpa takut ,without fear or favour, tidak kira samada masih ahli PKR, tidak kira jika bertentangan pendapat dgn boss sendiri.Kami sentiasa di belakang anda, InsyaAllah.

Perjuangan menegakan kebenaran tidak sunyi dari cabaran dan ranjau yg tidak berkesudahan

harunn said...

Salam ,

betul kata supar yop tu

aku takut nanti akan ada dikalangan orang pkr akan mengadu kat bos besar suapay ditekan sikit Yb Zul , tapi Yb Zul jangan takut , berjuta penyokong aklan bersama Yb Zul

Saya kira Yb Zul dengan Yb Ibrahim Ali Sama pendapat , sama pahaman dan juga sama perjuangan

Yb Ibrahim tentang komunis chine peng haram jadah , Yb Zul pun sama

Yb Ibrahim pejuang melayu / nasionalis , Yb Zul pun sama

Yb Ibrahim tentang penggunaan kalimah Allah oleh puak kapir , Yb Zul pun sama

Alangkah baiknya kalau ada 1000 lagi pemimpin camni

bukan macam orang shah alam yang suka merapu tu

AbangRM said...

Salam.....bagi saya agama kristian dan yahudi yang ada sekarang bukan agama samawi yang sebenar....kalau kita anggap agama Kristian dan Yahudi sebagai ahli kitab dan kita benarkan mereka menggunakan perkataan Allah...adalah tidak salah jika mengamalkan saja ayat 5 Surah Al-Ma'idah yang menghalalkan orang-orang Islam berkahwin dengan orang-orang yang beragama Nasrani dan Yahudi....inilah motif mereka hendak menggunakan perkataan Allah...ini adalah dakwah mereka yang besar...seperti kejayaan yang mereka capai di Indonesia dan Mesir....mereka hendak mendekatkan hati anak-anak kita kepada Kristian... wawasan mereka bukan esok tetapi 20 tahun akan datang...ingatlah..

Shahnizat bin Sakiran said...

Setuju dengan AbangMalaya.
Kristian bukan agama samawi. Kristian adalah agama ciptaan manusia. Agama samawi adalah agama yang dibawa oleh Nabi Isa dan Nabi sebelumnya yang mengesakan ALLAH.

ALLAHUAKBAR KABIRO. WALHAMDULILLAHI KATHIRO.

SEGERALAH YB KULIM JADI BEBAS JIKA TAK MAHU MASUK PAS ATAU UMNO.

Supar Yop said...

Pendapat Abang Malaya dan Shahnizat amat saya sokong 100%.Sebenarnya ini adalah intipati pd dakyah kristian di Indonesia.Bila sudah sama nama tuhan, lantas apa lagi ditunggu " bukankah kita menyembah tuhan yg sama? Ha.. pegang salib ini, Allah akan bantu kamu." Cacamerba ini menyebabkan keadaan bercelaru di sana hingga Islam kawin kristian sudah lali. Kisah suami Islam menghantar isteri keristian ke gereja pagi Ahad dan suami kristian tak makan kerana istri Islam puasa pada Ramadhan adalah satu kebiasaan.

Inilah menjadi senjata pada suara para kafir2 dlm Malaysia kini. Peliknya program penghapusan lambang etnik di Indonesia tak pulak diorang sokong.

Ini lah menjadi kehairanan bagi saya macamana PAS tidak nampak tipu muslihat ( PKR toksah cakap lah!) kristian ini sedangkan mereka mempunyai latar pendidikan agama yg cukup hebat.Sebab itu kita nampak sikap angguk saja dan mudah mengalah demi undi sudah menular di kalangan PAS hingga mereka sanggup buat apa saja asal dapat pujian dlm Malaysiakini dan dapat meraih undi.Inilah juga intipati pada YB ZN hasil perjuangan belau lebih 10 tahun membangkitkan isu murtad dan kristianisasi dikalangan umat islam kita

Unknown said...

Memang betullah apa yg di katakan oleh Abang Malaya...matlamat diaorang adalah jangka panjang bagi memesongkan aqidah generasi akan datang yang mula ditanam dari sekarang....
Kepada Shahnizat, saya bersetuju dgn Sdra yg menyeru YB Kulim untuk menimbangkan kedudukan yang sedia ada....

Anomie68 said...

Bagi saya kalau orang bukan Islam sudah mula pakai nama Allah, separuh dari usaha dakwah sudah selesai, yang tinggal adalah memahamkan mereka Allah yang sebenar. Untuk memaham Allah yang sebenar bukan mudah, orang Islam sendiri tidak memahaminya dengan baik. Melarang orang lain memakai nama Allah adalah kerja yang mudah bagi jabatan agama yg menjaga hal elwal agama. Mereka sepatutnya masuk ke kampung-kampung di Sabah atau Sarawak (di semenanjung tak ada masalah ini) untuk berdakwah, sebagai mana para mubaligh kristian berdakwah, untuk menerangkan Islam sebenarnya.

Unknown said...

YB ZUL

sedar tak sdr skg secara tiba2 kamu mendapat ramai peminat dr org umno?

so sdr rasa mereka ini perjuangan islam?

then u must be a joker

Unknown said...

isu penggunaan kalimah Allah dalam majalah Herald-The Catholic Weekly

sedih dengan pendirian sebenar PAS.

Yang umat islam malaysia perlukan sekarang daripada parti yang medukung agama islam

apakah pendirian SEBENAR PAS. Setuju atau tidak.

dan masih mengharap PAS Memberikan jawapan diantara setuju atau tidak.
itu sahaja,benar kita boleh berdakwah dan berdebat,berdialog.

tetapi adakah terlau berat untuk memberikan kata putus SETUJU atau TIDAK setuju.

dan saya sedia maklum .ALLAH ,tuhan smeua umat manusia.

disini saya tidak sesekali ingin memburuk-burukan mana-mana parti.
tetapi amat kesal dengan tindakan mereka.

Unknown said...

Sudah terang lagi bersuluh...migrate aje lah YB Zul... toksah pandang ke belakang demi ISLAM, MELAYU DAN TANAH MELAYU. Patutnya dulu toksah tukar nama Persekutuan Tanah Melayu...tapi kan daya. Kita masih belum terlewat utk bertindak...

Apocryphalist said...

Kepada Otak Sengal (i) “magn”:

Dapat peminat dari UMNO? Mana lebih mulia: dipuji dan disanjung oleh kaum muslim sendiri kerana mempertahankan tauhid Allah SWT atau disanjung dipuji oleh para pensyirik kerana telah berjaya menyokong mendefinasi-semula nama Tuhan untuk merangkumi Dianya mempunyai anak dan isteri? Dan satu lagi: bagi seseorang itu mempunyai peminat dari parti lawan: bukankah itu sesuatu yang tidak pernah terjadi di mana-mana?

Kepada Otak Sengal (ii) “Anomie68”:

Kesengalan kamu nak memuntahkan saya. Tak terpikir jugak kah dengan nama Allah didefinasikan semula dan sekarang dipersetujui, dicanang kuat-kuat serta ditampal dalam poster besar-besar bahawa Allah ini mempunyai anak, dan anak ini telah dimatikan untuk mengampun dosa manusia sejagat, maka separuh pendakyahan kristian telah berjaya? Dan konon nak dakwah Islam masuk kampung-kampung kat Sabah Sarawak tu sapa? Kamu ker? Hendak kamu semua yang menyokong nama Allah boleh dikelirukan tadi untuk berdakwah begitu, malahan meningkatkannya 2 kali ganda akibat sokongan kamu tadi? Apa yang kamu ini lalui ketika anak kecil dulu sehinggakan otak kamu terencat dari memikirkan kesemua ini?

Kalau kita perhatikan, runtuhnya ugama kristian barat adalah disebabkan hal-hal fawahishah dan nafsu yang digemari oleh orang ramai, telah di-tidak-apakan oleh padri kristian, digula-gulakan dengan slogan “Jesus itu adalah Kasih Sayang”. Nah kasih sayanglah jadi anutan mereka diatas katil-katil empok tanpa kawin, didalam kelab-kelab gay dan homoseks, menghalalkan pornografi dan sebagainya. Hinggakan padri boleh mengahwinkan pasangan lelaki sama lelaki dalam gereja mereka. Kerana Kristianiti adalah CINTA! CINTA! CINTA!!! Dan Jesus itu cinta kepada kamu! Bende-bende yang kamu buat ini semuanya boleh tutup sebelah mata saja: jadi marilah ke gereja kami! Cuba bagi tahu saya: jiwa anak muda mana yang tak suka jika diperkabarkan begini? Penipuan mereka adalah mendalam, tuan tuan. Bukan setakat mahu mengongsi nama saja!

Menarik juga jika kita lihat bahawa dalam kemelut orang-orang barat bertuhankan Nafsu Syahwat, ada segelintir yang tidak puas hati dan yang sentiasa mempersoalkan agama asal mereka dan mendapati bahawa kesemua itu disebabkan pengajaran suci yang telah diubah suai. Lalu mereka ini mencari, justru berjumpa, seperti mana yang saya nukilkan di sini.

Dan kepada sengal yang lain menyeru supaya YB Zul keluar meninggalkan PKR dan masuk UMNO atau bebas: itu adalah cadangan bangang tahap maharaja.

Sekarang ini, YB Zul umum dilihat sebagai penyelamat kumpulan yang rapuh ini. YB Zul sebenarnya tidak punya apa-apa advantage dalam PKR. Tetapi bagi PKR, YB Zul adalah penyelamat imej. Dengan orang-orang seperti pengangkang tegar Eli Wong, Ustaz al-Fadhil Xavier yg punya tauliah ceramah dalam surau, pakai-baju-melayu-tapi-benci-melayu Tian Chua dan lain-lain, orang seperti YB Zul merupakan serambut gentian yang paling genting yang menghubungi parti itu dengan kepentingan serta undi melayu diluar sana. Kalaulah YB Zul tidak ada, kepentingan Islam dalam parti itu terkubur, apatah lagi ketua umum AI sanggup menjual maruah diri serta maruah ugama demi meraih populariti dan undi.

Apocryphalist

gangga awana said...

salam

terima kasih Tuan Zul kerana melampirkan artikel ust. siddiq fadzil dalam laman tuan.

saya bersetuju dengan pendapat Ust Siddiq fadzil dalam hal ini.Dan begitu, saya juga bersetuju kepada penggunaan nama Allah oleh bukan islam di tempat seperti Mesir dan sewaktu dengannya kerana ia berdasarkan waqi' mereka.

bagi waqi' disini, mungkin ianya agak sukar kerana tidak bersesuaian.

Namun, melihat kepada komentar di blog tuan, saya yakin mereka semua cintakan islam.

tetapi, terkadang dalam hal ini, emosi untuk membela islam harus diketepikan.Hujah kebenaran islam terletak pada nilai ilmu dan espitemologinya.Bukan Emosi semata.

Rujuk kisah saidina ali yang tidak jadi untuk membunuh tentera bukan islam semata-mata takut EMOSI menguasai diri dan takut terlupa bahawa perbuatan membunuh itu bersandarkan kepada emosi.

Tolong betulkan saya jika salah.Kawan saya menyampaikan apa yang beliau dapat sewaktu mengunjung Syeikh yusuf Qardhawi di Qatar tahun lepas.Sheikh Yusuf menyatakan, Zaman ini orang-orang yang Ikhlas terhadap Islam akan melemahkan islam.Apa maksud Syeikh yusuf Qardhawi itu?sama-sama kita renungkan berdasarkan suasana sekarang yang penuh dengan mihnah dan tribulasi.

wasalam

Unknown said...

see i told u so

The One said...

Bila aku kata korang samdol korang marah.. Tapi spesis2 yg tak reti berpolitik ini menyusahkan kami..

Berpolitiklah cara cerdik..

1. Herald mohon mahkamah guna nama Allah.. Bukankah MOLEK dan BERADAB jika Org Islam(so called pemimpin cam Zul) gunalah mahkamah utk membantah juga..

Ini Si Zul ni melenting2 bakar sana, bakar sini.. kata seorang peguam.. tapi benda mcm ni pun tak reti..

Seeloknya dia ni masuk umno dan jadi ayahanda pegida

2. Membakar isu agama di tegah islam.. membakar rumah agama dilarang Nabi dan islam.. Pendirian seorang islam tidak tergugat dgn isu `mainan politik' seremeh begini hasil skrip yg boleh dikenal perekanya.. Tapi utk seorang politician picisan seperti Zul, isu ini merupakan 1 anak tangga baginya..

3. Perjuangan islam lebih penting.. Kuasa pemerintahan islam lebih penting..

4. Allah MAHA mengetahui..

5. Nasihat saya dan rakan2.. Saudara Zul isilah borang UMNO dan berjuanglah atas landasan itu.. lebih sesuai dgn nafsu dan kehendak beliau..

6. Kami kerja bersusah payah di PRU12 dan nnt PRU13 tak rasa terkilan jika KADUK ini menjadi musuh kami.. senang kami nak jawab..

Cabaran utk saudara Zul kalu beliau anak jantan.. sila masuk UMNO..

Syazli Tahir said...

Orang macam The One ni patut masuk dalam parti PPP. Cakap putar belit dan memusingkan fakta. Sara rasa lebih baik saudara mengucap 2 kalimah syahadat semula dan memahami apa itu "Tiada tuhan yang disembah melainkan Allah, dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah"

1. isu macam kalimah Allah tidak sepatutnya pun di bawa ke mahkamah kerana mahkamah tidak mengambil kira isu sensutif, tambahan pula hakim yang mengadili kes ini BELUM lagi beriman pada Allah.

2. apabial kes ini telah dibawa di mahkamah, keputusan akan dibuat oleh hakim tersebut hanya berdasarkan tafsiran beliau.

3. Saya amat bersyukur ada orang PR yang macam sdr ZN ni, sekurang-kurangnya penyokong tegar PAS tidak asyik kata UMNO mempolitikan isu ini. Ini bukannya isu politik... ini isu umat Islam di Malaysia..sepatutnya semua parti politik/ ahli Parlimen yang beragama islam memperjuangkan hak kita sebagai umat islam.

4. apa-apa isu buruk melanda PR sekarang ini, penyokong PR akan kata UMNO adalah puncanya. aku dah naik muak pasal perkara ini. Kes kepala lembu dikatakan UMNO dalangnya (apa bukti?), penyokong PAS berdemonstrasi menyuruh PAS keluar PR, di katanya ini bukan ahli PAS...(tapi sebenarnay ahli PAS Gombak) so saya rasa pemimpin PAS pun sama 2x5 macam peminpin UMNO..suka kelengtong apabila ada perkara buruk yang melanda parti.

4. Banyak juga perkara lain yang kurang elok di sebut oleh Datuk Nik Aziz spt Doa melaknat sedara sesama islam, cakap "celaka" pd penulis blog (agak2 kalau PM kata celaka, apa reaksi org PAS?), tapi kenapa orang PR diam sahaja?

5. Saya raya saudara Zul terus shj dalam PKR..biarkan orang kafir dalam PKR tidak berani nak mempersendakan agama kita. kalau boleh cuma Islamkan mereka (terutama Sivarasah) dan buktikan bahawa PKR adalah parti yang memperjuangkan Islam..bukan hanya PAS ( Parti yang suka maki hamun org lain yang tidak sealiran dengan mereka)

6. Kepada The One... hayatilah maksud "kalimah Syahadah" dan mengucaplah bebanyak dan saya berharap moga Allah umat Islam (bukannya Allah org kristian) memberi hidayah kepada kamu...