29 January 2010

YB DATO' SERI ZAHRAIN:DAP KOMUNIS?

Salam 2 all.

Saya agak terkejut dengan kenyataan yang dibuat oleh YB Dato' Seri Zahrain Hashim, Ahli Parlimen PKR Bayan Baru dan bekas Pengerusi Perhubungan Negeri PKR Pulau Pinang yang mengkritik keras YAB Lim Guan Eng; melabelkan beliau sebagai "diktator, chauvinis dan berotak komunis". Saya ingat saya dah cukup tegas, rupanya ada lagi yang lebih 'kasaw' (kata orang Melaka).

Saya tidak mahu komen apa-apa, tetapi saya perturunkan disini apa yang dinyatakan oleh YB DS Zahrain saperti yang dilapurkan dalam akhbar The Star mukasurat N3 hari ini. Kalau saya yang buat kenyataan macam ini mesti dah melenting habis Firaun-Firaun Kecil. Jadi saya nak tengok apa pula tindakan mereka terhadap YB DS Zahrain. Apakah mereka akan mengadakan Jawatankuasa Disiplin terhadap beliau, apakah mereka akan minta beliau disepak daripada PKR..kita tengok apa tindakan yang akan di ambil.

Saya tidak berapa mengenali YB Dato' Seri Zahrain ini. Tetapi beliau adalah orang kuat DSAI semasa DSAI menjadi Timbalan Perdana Menteri. Beliau adalah bekas Pengerusi Lembaga Pelabuhan Pulau Pinang sebelum menyertai PKR dan bertanding dalam pilihanraya Mac 2008. Beliau ini jarang bercakap, orangnya lembut dan sangat mengambil berat hal ehwal kami MP PKR lain yang miskin-miskin ni. Kalau berkesempatan, beliau sure akan belanja kami makan kari kepala ikan berdekatan EPF PJ, terutama dihari Parlimen bersidang.

Well, good luck Dato' Seri Zahrain, now it's your turn. Lega sekejap teman yop!!

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
14 Safar 1431
29 Januari 2010

######################################################
(Petikan daripada akhbar The Star bertarikh Jumaat 14 Safar 1431/29 Januari 2010)

Zahrain: Lim is a dictator
By SIRA HABIBU


sira@thestar.com.my



PENANG: Dissension within Pakatan Rakyat has spread and the simmering feud between DAP and PKR leaders broke into the open when Bayan Baru MP Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim verbally attacked Chief Minister Lim Guan Eng.
Describing the DAP secretary-general as a “dictator, a chauvinist and communist-minded”, Zahrain who is the former state PKR chairman, said Pakatan should stop compromising with the leader who is from Malacca as Lim had failed to deliver its general election promises.
Stressing that he was not attacking the DAP, Zahrain said Lim would become a liability to Pakatan in the state if he continued the way he was now.
“Lim does not like to be criticised. He is quick to label those who criticise him as Barisan Nasional agents,” he said. “Even his own party colleagues do not have a say the moment Lim makes up his mind.”
Zahrain said among the election promises that were not kept were the introduction of local council election and an open tender system.
“Lim may be reluctant to push for local council election because it will diminish his power if Penangites use that as an avenue to pass verdict on the state’s performance.
“He also promised an open tender system, but he has made the process worse by personally chairing the tender board,” he said, adding that there was better check and balance during Barisan’s rule.
He said when he criticised Lim for his dictatorial ways of managing the state, he was accused of being an Umno agent.
“I am certainly not an Umno agent. I just do not want to see Pakatan going against its promises,” he said. “It is a shame for Pakatan and its principles when projects are awarded based on who knows who.”
Zahrain said Lim was not suitable to be Penang Chief Minister because he was not a local and did not understand local sentiments.
“He has failed to bring in foreign investments despite travelling all over the world to attract investments,” he said.
“Voters are watching. Penangites are very particular about economic progress.”
Zahrain also questioned why a third of Lim’s speech during the Pakatan convention was in Mandarin.
“As a leader of the Pakatan, he should respect people of all races and speak in a language understood by all.”
The attack by Zahrain comes in the wake of the open defiance of Kulim Bandar Baru MP Zulkifli Noordin against party orders over the ‘Allah’ issue.
This led to a feud bet­ween Zulkifli and PAS’ Shah Alam MP Khalid Samad when the former even lodged a police report against the PAS man.
Zulkifli even challenged his party disciplinary board which let him off with a slap on his wrist but this in turned angered PKR’s political bureau chief Datuk Zaid Ibrahim who had quit as an Umno member, minister and senator to join the party.
Zaid criticised the party for letting off Zulkifli lightly saying it was no more than a poor copy of Umno.

32 comments:

matrengganu said...

Wahai Melayu2 Pulau Pinang, anda semua baru tahu ker yang langit tu tinggi ?

Berbuat lah sesuatu demi Melayu Pulau Pinang.

Walaupun agak lewat tetapi belum terlambat.

Biar lambat asal lama ...

Mahadi said...

ok la tu..YB berdua boleh bersama2 tubuh parti baru...x perlu dlm PR...ikut BN kan lagi bagus..

harunn said...

Salam Yb

Say pun mau tengok apa kata firaun2 serta malaun2 pakatan , nak sokong ke nak bela ke

adious

CgLyn said...

Salam,

Ambe ingin dapatkan pandangan YB. Pd pendapat YB, elokkan seseorang wakil PKR menghentam rakannya dari parti lain? Tidakkah PR akan dilihat oleh rakyat sedang berantakan dan retak menanti belah?

Faizal@poyan said...

salam yb..

sy tidak mahu berkata apa-apa cuma sy dah nampak bila melayu dan islam di cabar melayu akan bangun tanpa mengira latar belakang politik..lega sikit sy rasa klu mcm ni

Keyman said...

Rupanya kat Malaysia ni banyak firaun. Ada firaun kecil, firaun besar, firaun kurus, firaun gemuk, firaun botak, firaun ......

Supar Yop said...

Tunggu apa lagi orang Melayu? Sudah terang lagi bersuloh! Selama ini banyak blog dan website yg pro UMNO keluar ceriter pasal DAP ! Sekarang jiran sekampung PR dah maki hamun seberang pagar je! PAS nak cakap apa lagi! Nak back up Umar Abdul Aziz versi kafir ni! Bila dia nak masuk Islam? DAP ikut perangai bapak angkat dia kat tambak johor tu! Perangai LGE ni sama je macam Lee Kuan Yew.,.Kalau orang melayu PP masih nak sokong DAP, terima lah nasib mcm Melayu Singapura! It is time we show who is the Master Of The Land! Hidup ketuanan melayu!

ESA ABD SAMAD said...

Mahadi adalah antara manusia yg berfikir betul-betul lurus bendul...kalau seseorang itu kritis fikirannya, menentang sikap pemimpin dlm PR, janganlah terus dimomokkan sebagai nak masuk UMNO, agen UMNO dsb. Kalau mcm ginilah pemikiran penyokong PR, bererti tak ada bezanya PR dgn BN. Semua nk jadi Yes Man aje...dan berhentilah dpd bercakap soal syura, soal demokrasi, soal reformasi. Sy cdgkan org2 yg berfikiran sehala sebegini menekuni lebih banyak sejarah, pendekatan politik, soal demokrasi dan acuan politik/siasah dalam Islam....perkayakan diri anda dgn ilmu. Zaharin dan Zul bercakap atas dasar ilmu. Begitu juga dgn polemik membabitkan Hassan Ali, Khalid Samad, Zaid dsb...harus ditangani dalam wacana ilmu.

Muhammad Syahmi said...

saya setuju dengan En. Esa...

Supar Yop said...

Alhamdulillah ! Kali ini saya puji PAS kerana menggantung Khalid Al Geraja Samad selama 6 bulan .. Barulah nampak cahaya Islam di dlm pemikiran PAS!Kenapa saya katakan begitu? Kerana para kafir lahnat dalm Malaysiakini sedang memaki hamun PAS kerana membuat keputusan demikian terhadap hero idola mereka.. Kenapa Hasan Ali terlepas dgn amaran shj?Padahal HA lah yg nak mengharamkan arak di kawasan melayu tapi tak dibenarkan oleh si lahnak Ronnie Liu dan direstui oleh satu lagi baghal PKR Khalid Ibrahim! Bacalah KOSMO macamana ada lebih 4000 rumah urut di Selangor - siapa yg orang kuat di belakang mereka? Sekarang terpulang pd PKR nak mengangkat taraf mereka lebih mulia di kalangan orang ISLAM!Takan nak harp ZN sorang saja kot???

Pendukung Islam said...

Salam YB Zul,

Tak sangka ada lebih 4000 rumah urut kat Selangor. Barangkali ramai yg sakit urat atau lemah tenaga batin kot.

Tun Mahathir kata Pakatan Rakyat ni "marriage of convenience". Terlalu banyak "friendly fire" yg dibuat sesama pemimpin & MP Pakatan. Kawan tikam kawan & jaring gol sendiri buat musuh tepuk tangan.

Just govern the 4 states properly and let the rakyat judge.

Unknown said...

yang saya tahu, melayu islam di negara ni are under siege sampai ke nama Allah kita pun nak dipolitikkan. saya tak salahkan kaum lain kalau diorang bertubi-tubi nak jatuhkan melayu dan mengherdik islam tapi yang saya marah kaum kita sendiri yang melayan dan membiarkan mereka ni bermaharajalela. tak payah pandang jauh-jauh, tengok je khalid samad. ni dah kene gam oleh pas, harap-harap beliau sedar yang tindakan beliau boleh mengundang kekufuran.

Mv Agusta said...

Salam YB, dlm PR kerana kuasa dasar perjuangan dipinggirkan. Kata org Parti diutamakan, agama didagangkan

Dr. Joyce Lee said...

Otak tak betul, tak layak jadi YB, letak jawatan sebagai MP je.

Supar Yop said...

Masalah nya Cik Shahimah, kita tak nampak kepimpinan melayu dalam PR.Di dalam BN ( kta tolak tepi isu penyelewengan, zalim, rasuah,dll dulu), kesepakatan adlah jelas UMNO adalah ketua pada semua parti komponen.Walaupun ada gaduh2, tapi mereka tetap rujuk pada Presiden BN.Dan UMNO adalah Pemegang saham terbesar daru segi bil kerusi ADUN dan MP jadi kedudukan mereka dihormati.Adlah elemen kepimpinan melayu dan Islam.

Di dalam PR, yg ada elemen melayu cuma Anwar shj. Kalau ANwar dah dipanggil menghadap Allah Maha Kuasa ( harap yg autentik !) siapa org melayu yg kedepan.Pulak ketiga2 parti ni hampir sama kuat dari segi bil kerusi ADUN & MP. Jadi ego masing2 terserlah.Setakat ni apa yg saya nampak semua kesepakatan bersama.Ketuanan melayu, apatah lagi Islam tak ditonjolkan tapi ketuanan rakyat diwar2kan.Jadi sini PR dah korbankan kepimpinan melayu krn nak ambil hati partner kapir mereka.
Semua kongsi sama 33 1/3% Macamni punya arangement bila jadi PM - dalam 5 tahun tukar ganti sorang 1 tahun 8 bulan!TPM sentiasa ada 3 serentak.

Di dalm kerajaan BN, ada post menteri sensitif yg bukan bumi tak dapat spt Menteri DlM Negeri, Mtr Pertahanan, M Pelajaran dan M Kewangan apatah lagi PM dan TPM.
Masalahnya apakah polisi PR dalam hal ni?Kalau KDN kasi kat Karpal, ratus ribu India kad merah dapat IC biru!

Selama ini yg kita lihat tiada kepimpinan melayu/Islam dalam PR.Ceriter Islam cuma terhad dalam kelambu PAS sj.Apatah lagi ceriter Hudud dan Qisas dah tenggelam terus.PKR tok sah ceriter la.. buat malu je.

Selain dari menerajang UMNO/BN dari kes rasuah/Altantuya, PKFZ, tiada polisi jelas masa depan melayu dlm PR.Apakah DEB nak diteruskan? Munkin tidak kerana menyuburkan rasuah.So alternatifnya bagaimana?Atas dasar2 yg tidak jelas ini, saya nampak nasib melayu./Islam akan hanyut jika PR memerintah pusat.Mereka hanya layak berkubu di negeri masing2 ( PAS di K'tan umpamanya) dan jadi pembangkang shj.

mitchell said...

Greetings in the name of the Almighty, Saudara YB, I have just finish reading your interview with Malaysia KIni on your so called revelation on the spread of Christianty through booklets distributed 10 yrs ago to "convert" Muslims, I sincely urge you to report the matter to the relevant ppl for investigation and also for you to reveal where the books are being distributed. If not, it would seem as you being another great actor/politician. I find your revelation another political gimmick and also to garner support for your lack of spirit. Sad to say, that despite your brilliant education, you have turned out to be like all the rest of the BN politicians.
May God bless you in all your undertakings.

Hisham said...

Salam YB, tolong ulas dlm topic baru. YB Shah Alam kata dia x setuju kalimah Allah digunakan oleh kristian dgn maksud tuhan ada anak (saya tak pandai nak jelaskan, tapi sy tau YB Kulim paham)
YB Kulim juga memang x setuju. So apa point sebenar YB kulim bangkitkan isu ini seolah2 YB Shah Alam setuju Allah tu ada anak..

Ker saya yg masih x paham apa yg dua-dua YB debatkan..

http://www.khalidsamad.com/2010/01/respon-pengunjung-isu-kalimah-allah-dan.html

jebat said...

Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mansor Othman berkata Parti Keadilan Rakyat (PKR) kesal dengan kenyataan Anggota Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim yang mengkritik Ketua Menteri Lim Guan Eng sebagai diktator.

"Kami sedih dan kesal bahawa kenyataan seumpama iu datang dari Zahrain kerana ia bukan cara yang betul untuk menegur pemimpin sendiri dalam Pakatan Rakyat, lebih-lebih lagi Lim merupakan pemimpin senior," kata Mansor yang menggantikan Zahrain sebagai Pengerusi PKR Pulau Pinang tahun lalu.

Beliau mengulas kenyataan Zahrain hari ini yang menyifatkan Lim yang juga Setiausaha Agung DAP sebagai seorang diktator, cauvanis dan berfikiran komunis.

Lim pula enggan mengulas perkara tersebut.

"Oleh kerana saya adalah pihak yang terlibat, saya enggan mengulasnya hari ini sebaliknya saya benarkan Mansor membuat respons," katanya.

malaysiakini

Adam said...

YB,

Saya secara peribadi benar mengharap agar YB boleh terus bersama Pakatan. Saya sendiri tidak bersetuju dengan isu nama Allah, dan ramai lagi yang berfikiran demikian.

Tapi itu tak bermakna kami akan jatuh ke dalam permainan UMNO. Saya berharap agar pimpinan boleh berfikir waras tanpa emosi untuk menyelesaikan isu ini.

Balas membalas, dan tembak menembak akan berakhir dengan kehancuran. Apakah UMNO akan benar ikhlas dan insaf?

el-Barokhas said...

Tak kan orang-orang dalam PKR belum sedar lagi yang Zaid Ibrahim itu diseludupkan oleh BN masuk ke dalam PKR sebagai ejen "fourth column" untuk mengkucar-kacirkan PKR?

Kalau belum sedar, alamatnya PKR akan berkubur sebelun PRU akan datang. Adios amigos!

Rasputin Beliong

Sha said...

I agree with sedara Supar Yop's latest posting. Kalau betullah negara ni kononnya nak mengamalkan toleransi sesama kaum, tapi kenapa hanya pada sebelah pihak saja? Kenapa asyik2 golongan melayu je yang kene toleransi. sampai nama allah dipergunakan pun kita kene toleransi jugak ke? apasal umno dan pas tak nak bergabung? kenapa jurang perbezaan antara umno dan pas je yang kita sibuk menyalak pada masa yang sama sibuk nak berpakat dengan DAP nak cari persamaan. mana logiknya?

TRULY MALAYSIAN said...

"Beliau ini jarang bercakap, orangnya lembut dan sangat mengambil berat hal ehwal kami MP PKR lain yang miskin-miskin ni. Kalau berkesempatan, beliau sure akan belanja kami makan kari kepala ikan berdekatan EPF PJ, terutama dihari Parlimen bersidang."

Abang Zulkifli, berdasarkan kenyataan di atas, ini bermakna orang yang jarang bercakap dan belanja ornag makan adalan ahli politik yang bagus dan merupakan orang yang merupakan orang yang mempunyai prinsipal.....

Saya memang tak paham mengapa Ketua Audit Negara dalan laporan tahunan 2008/2009 telah memuji kerajaan negeri P.Pinand kerana ketelusan dan kecermelangan mereka mengawal perbelanjaan negeri.... Adakan Ketua Audit Negara bohong? atau Zahrain kerana kepentinagan politik sendiri kerana bohong?

To be fair, we rakyat is the one who voted in all the politicians....We want a clean party and KM who always acted in the best interest of people...we do not want a MB who own a multi million mansion beyond his means or a MB who can transfer multi million out to oversea thru money changer or MB who bring Multi ringgit out to Kangaroo country but end up innocent beacuse he did not understand English caught in the custom....

Remember politicians,jangan kerana kepentingan sendiri maka hancurlah Pakatan Rakyat dan kerajaan negeri yang bersih ....Insaf -insaflan ahli politik...

We rakyat can vote you in, we also can vote you no matter you are from which party...

rakyatbiaseje said...

saya kenal dato seri zahrain ni...orgnya dari perwatakan mungkin cakap lepas sikit, tapi hati nya baik..org banyak mengukit zaman senangnya, tapi zaman susahnya dia masih berdiri teguh di belakang PKR. jadi beliau mungkin kecewa dgn kepimpinan pkr yg agak "pondan" dalam membela ahli sendiri.YB camana nak bela rakyat, kalau ahli pun tak boleh nak bela. mesti ada sebab yd ds zahrain berkata begitu. kepimpinan perlu bertanya sebabnya.ingin diingatkan- beliau adalah salah seorg yg dapat majoriti terbesar dlm malaysia pada pru lepas.dia nak jaga kawasan dia jugak.saya org luar pun tgk LGE ni ketegak orgnya-takda adat punya org..mmg tak sesuai-kena belajar lagi.pendapat saya saja lah..terima kasih

harunn said...

Yb Zul

padan muka la di khalid tu

kena gantung 6 bulan , lepas 6 bulan kena buang terus lagi baguih la , aman sikit Pas , tak si petualang

dulu bela kuil , sekarang ni blea kristian guna kalimah Allah pula

kalau camni punya pemimpin ada kat Pas , buat kotor Pas je

ada sorang lagi petualang kata pkr yang sama pendirian dengan khalid ni

harap dimasa depan Yb Zul kena cuit sikit petualang tu

petualang tu lagi bahaya , komunis pun dia kata baguih

jangan takut walaupun dia tu orang atas

Unknown said...

Mengapakah hanya DS Zahrain sahaja yang berani mendedahkan tembelang DAP berkaitan tidak terdapatnya open tender system di PP? Dan mengapakah baru skg kita (yg tak pergi konvensyen PR) tahu 1/3 ucapan beliau dlm bahasa yang org melayu tak faham? Sungguh biadap KMPP tu. Kalau tidak kerana DS Zahrain kita tak tahu. Takutnya yang lain hendak bersuara. Saya berdoa lebih ramai lagi seperti YB Zul dan DS Zahrain yang berani menegakkan kebenaran dan bukan pak turut. Pak turut-pak turut yang semakin meloyakan.

Amri Yunos said...

Apa masalahnya dengan YB YB PKR ni?
Mula YB cari pasal dengan YB Khalid dari PAS sekarang pulak YB Zahrain dengan YAB LGE dari DAP pula.

Tolonglah sedar diri sedikit. Mana PKR dalam PRU12 dahulu tanpa jentera PAS dan DAP?

Jangan harap PKR nak menang di kawasan Melayu tanpa PAS begitu juga dengan DAP di kawasan Cina.

Serik rasanya tolong menangkan PKR di Taman Medan dan Seri Setia kalau beginilah caranya.

Susu diberi tuba dibalas.

Seri Setia

Rahimi said...

"guan Eng kata dia khalifah, khalifah apa kalau gerai gerai tanpa lesen milik peniaga MELAYU ditarik balik dan premis mereka dirobohkan"- datuk seri zahrain.

Aku selalu dengar kawan kawan pas kita dok puji dan sanjung lim guan Eng sbg khalifah umar Abd aziz, aku pun hiaran mcm mana pas boleh samakan dia dgn khalifah umar ABD aziz, NIK aziz Dan Hj hadi pun tak dipanggil khalifah. Aku rasa Kawan kawan pas dah hilang akal kot. Kalau mcm tu Lim guan Eng tu lebih Tinggi darjat dia dari NIK aziz Dan Hj HADI sendiri. Cukupla aku dah tak mahu duduk dalam ajaran khurafat mcm ni. Lebih baik keluar Dan jadi murjiah aja.

jim said...

...the riding MP atau the rising MP,,,,jgn risau pasal nak masuk umno ke...jadi bebas ke...masuk Pos ke...masuk Dop ke (komunis kota)...., utamakan Islam, urusan lain datang dgn sendiri hehehe.....

Anonymous said...

Zul,
Courtesy of Hishammuddin Rais. Saya respek brother ini lebih bagus. Cuba baca!

http://tukartiub.blogspot.com/2010/01/mari-belajar-ilmu-politik.html



KAH KAH KAH

woit… BANYAK NYA BANGKAI DALAM PKR… kah kah kah..

kah kah kah… ADA BANGKAI MARAH KERANA TAK DAPAT PROJEK… kah kah kah..

kah kah kah... ADA BANGKAI BELAGAK JADI IMAM... TAPI SUDAH BUAT DEAL...kah kah kah..

kah kah kah... ADA BANGKAI MEMPERTAHANKAN MELAYU... KERANA TAK DAPAT PROJEK..kah kah kah..

kah kah kah… ADA BANGKAI BUAT BUAT MARAH… KERANA SURAT BANGKRAP SAMPAI.. kah kah kah..…

kah kah kah… ADA BANGKAI BETUL BETUL BANGKAI… kah kah kah..

nota:
dalam ilmu politik tarik sorong ini
untuk kira kira harga
lagi lama lagi baik
lagi lama lagi naik harga
satu hari kata tak nak
kemudian kata nak
satu hari nak keluar
kemudian tak nak keluar

semua ini tunggu offer dari bik mama
kalau bik mama kata: – meh..basuh cawat den baru buleh jadi montori
meloroh masuk kah kah kah..

nota:
kalau jijik tengok diatas ini
seribu kali lagi rakyat nak meloya nak muntah
melihat bangkai bangkai ini kah kah kah


nota:
kalau anjing sudah biasa makan tahi
kalau tidak dimakan pun dikulum juga kah kah kah

BUJANG SUSAH said...

Sudah la zul.. x payah la ko belagak bagus.. org yg x kenal ko boleh la dia kata ko bagus..

Unknown said...

SYABAS YB!!
Saya sekeluarga, ibu, ayah semuanya amat terpegun dengan keberanian YB menegakkan Islam!!
Semoga Allah memberi kekuatan kepada YB dalam perjuangan ini dan tidak membiarkan Islam di Malaysia diperkotak-katikkan pihak2 yang tidak bertanggungjawab!!

Kalau ada kelapangan, walaupun bkn dalam kawasan YB, sila jenguk-jengukkan saudara2 Islam kita di Pulau Pinang juga...secara jujurnya saya tidak yakin dgn Anwar Ibrahim, tetapi masih menaruh harapan kepada PKR...

Anonymous said...

DAP komunis??? aku pun DAP gak aku komunis lah??? Lim Kit Siang komunis report la kat polis suruh polis tangkap dia...report polis pasal Khalid Samad boleh!!!!!!!! fuh lega teman yop!!!!!!